JERITAN BATINKU - itcproject.org · penggunanya. Namun begitu, ia merupakan barangan dagangan yang...

20
JERITAN BATINKU Bunga Tridax procumbens dengan nama tempatannya kancing baju atau orang-aring merupakan bunga kecil yang cantik berbentuk cawan. Ia boleh didapati di merata tempat dan tumbuh liar melata bersama rumput jalanan. Kehadirannya dalam kawasan taman peliharaan sering tidak disenangi dan keindahan rupanya tidak pernah dihargai. Namun ciptaan ini wujud dengan banyaknya disekitar kita dan pohonnya sentiasa teguh menahan ancaman. Ia juga herba yang menyimpan khasiat sebagai ubatan contohnya untuk rawatan sakit perut. Umpama Tridax yang hina maupun berciri mulia, kanak- kanak, anggota keluarga dan semua warga adalah insan yang dicipta sempurna. Namun hak kebanyakkan mereka sering diketepi dan dicerobohi akibat ketagihan terhadap tembakau dan produk utamanya, rokok. Renungkanlah sejenak dan fikirkan secara ikhlas…. Adakah adil sekiranya jeritan batin menentang ancaman rokok terhadap golongan majoriti ini hanya dipandang sepi? Penerangan Tentang Logo bagi Kempen Jeritan Batinku

Transcript of JERITAN BATINKU - itcproject.org · penggunanya. Namun begitu, ia merupakan barangan dagangan yang...

JERITAN BATINKU

Bunga Tridax procumbens dengan nama tempatannya kancing baju atau orang-aring merupakan bunga kecil yang cantik berbentuk cawan. Ia boleh didapati di merata tempat dan tumbuh liar melata bersama rumput jalanan. Kehadirannya dalam kawasan taman peliharaan sering tidak disenangi dan keindahan rupanya tidak pernah dihargai. Namun ciptaan ini wujud dengan banyaknya disekitar kita dan pohonnya sentiasa teguh menahan ancaman. Ia juga herba yang menyimpan khasiat sebagai ubatan contohnya untuk rawatan sakit perut.

Umpama Tridax yang hina maupun berciri mulia, kanak-kanak, anggota keluarga dan semua warga adalah insan yang dicipta sempurna. Namun hak kebanyakkan mereka sering diketepi dan dicerobohi akibat ketagihan terhadap tembakau dan produk utamanya, rokok.

Renungkanlah sejenak dan fikirkan secara ikhlas…. Adakah adil sekiranya jeritan batin menentang ancaman rokok terhadap golongan majoriti ini hanya dipandang sepi?

Penerangan Tentang Logo bagi

Kempen Jeritan Batinku

Sayangnya rumput dipijak-pijakBunga yang mekar dibiar layuSelamatkan keadaan sebelum rosakDengarlah ini jeritan batinku

Dalam senyuman hatiku hibaBila mengenang suamiku tercintaKaulah tunggak harapan keluargaSayangnya kau pergi di usia muda

Siang malam kau gigih bekerja Bertemankan rokok yang terbukti bahayaRacun berbisa membakar dadaImpianku hancur kerana kanser

Sebagai seorang insan yang lemahKesal akibat tersilap langkah Harapan hanyalah kepada AllahUntuk dibebaskan tabiat yang salah

Ayah….. Anakmu lemas separuh matiLelah terhidu asap rokok basiKasihanilah pada diriku iniBukankah aku zuriatmu sendiri

Anakku…. Saat kelahiranmu amatku nantiSemua kehendakmu aku turutiMengapakah ini balasan kau beriRokok dan dadah yang kau cari

Dimanakah letaknya tanggungjawabTanpa segan silu menghembuskan asapWalaupun di tempat larangan menghisapUdara dicemar begitu biadap

Kepada pemimpin kami merayu Lepaskanlah rakyat dari belenggu Tanpa tembakau kita mampu majuMasa depan pun lebih bermutu

Debuan bunga ditiup sang bayuHinggap di mata si gadis jelitaMasalah rokok, masalah MelayuSama-samalah kita menanganinya

-zz

Jeritan Batinku

Yang Berhormat, Tun, Tan Sri, Puan Sri, Dato’, Datin, Tuan, Puan dan saudara-saudari rumpun Melayu sekelian. Sedarlah bahawa merokok merosakkan kesejahteraan serta masa depan anak bangsa dan Negara kita. Bagi melindungi kepentingan bersama, kita amat memerlukan pelaksanaan satu undang-undang yang tegas untuk membendung gejala merokok.

Buku Jeritan Batinku ini ditulis dengan tujuan dan harapan agar ia dapat meningkatkan kesedaran tentang pelbagai isu dan masalah rokok yang kita alami.

Marilah kita sama-sama menyokong supaya Akta Kawalan Tembakau dapat diwartakan dan dikuatkuasakan secepat mungkin.

Profesor Rahmat AwangPenyelaras

Clearinghouse for Tobacco ControlDr. Maizurah Omar

Ketua Penyelidik Kajian Penilaian Polisi Pengawalan Tembakau

Antarabangsa (Malaysia)

Dr. Zarihah ZainKetua Penolong Pengarah Kanan

Unit Kawalan Tembakau dan Urusetia FCTC, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

Profesor Madya Razak Haji LajisPengarah

Pusat Racun Negara, USM

Rosman AhmadKetua Unit

Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Multimedia

Jeritan Batinku

Rokok ialah sejenis produk dagangan yang paling bahaya di dunia. Ia membunuh separuh daripada penggunanya. Namun begitu, ia merupakan barangan dagangan yang sah disisi undang-undang.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 5 juta perokok maut akibat merokok pada tahun 2003. Jumlah kematian dijangka meningkat kepada 10 juta orang menjelang tahun 2030.

Di Malaysia pula, sejumlah 10,000 kematian dianggarkan berlaku setiap tahun akibat tabiat buruk merokok.

Mengenali Rokok Secara Dekat

satu kematian setiap lima saat satu kematian setiap jam

Kadar Kematian

Sebahagian daripada bahan kimia ini:>> adalah toksik dan boleh membunuh,>> diharam atau dikawal penggunaannya,>> dikelaskan sebagai sisa merbahaya.

Sebatang rokok mengandungi lebih daripada �,000 bahan kimia. Apabila dibakar, setiap batang rokok akan menghasilkan:

�00-500mg asap90% nitrogen, oksigen, karbon monoksida dan air�.5% pelbagai habuk halus (mengandungi 3,500 jenis bahan kimia)1.35% wap (yang mengandungi �00-500 sebatian kimia)lebih �0 karsinogen (bahan kimia yang menyebabkan kanser)

Antara bahan kimia toksik yang dikenalpasti termasuklah:

Aseton (Peluntur cat)Amonia (Pencuci lantai)Arsenik (Racun semut)Butana (Gas dalam pemetik api)Kadmium (Bateri kereta)Karbon Monoksida (Asap ekzos kereta)DDT (Racun serangga)Hidrogen Sianida (Gas kamar)Metanol (Bahanapi roket)Naftalina (Ubat gegat)Toluen (Pelarut industri)Vinil Klorida (Plastik)

Apakah yang Terkandung dalam Sebatang Rokok?

5

Apakah Kesan Rokok Terhadap Kesihatan?Rokok menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Antara penyakit yang utama termasuklah kanser paru-paru, penyakit paru-paru kronik dan sakit jantung koronari.

Kematian yang disebabkan oleh tabiat merokok di Hospital Kerajaan, Malaysia (1998)

Tembakau adalah punca kematian dan kesengsaraan nombor satu di dunia masa kini.

Risiko mendapat penyakit yang boleh menyebabkan maut bagi perokok berbanding bukan perokok:

Perokok adalah 15 kali lebih mudah mendapat kanser paru-paru berbanding bukan perokok.

Perokok adalah 13 kali lebih mudah mendapat penyakit paru-paru kronik berbanding bukan perokok.

Perokok adalah 2 kali lebih mudah mendapat penyakit jantung koronari berbanding bukan perokok.

Asap rokok yang dihasilkan bukan sahaja memudaratkan dan membunuh perokok malahan sesiapa sahaja yang terdedah terhadapnya.

Menghidu asap rokok basi adalah sama seperti menghisap rokok.Risiko mendapat penyakit adalah serupa dengan perokok.

Pendedahan Terhadap Asap Rokok Basi

Kajian di Malaysia menunjukkan bahawa �0% bukan perokok remaja (umur 13-15 tahun) terdedah kepada asap rokok di kawasan awam.

Manakala 50% bukan perokok remaja (umur 13-15) terdedah kepada asap rokok di rumah sendiri.

Amalan perokok yang merokok di khalayak ramai tanpa mengira sama ada di kawasan tertutup atau terbuka akan mendedahkan lebih ramai bukan perokok kepada bahaya asap rokok.

Kajian di Malaysia mendapati, hanya 31% perokok dewasa percaya bahawa asap rokok juga boleh memudaratkan kesihatan bukan perokok yang terdedah terhadapnya. Ini antara sebab mengapa ramai perokok masih terus merokok di tempat-tempat awam. Kerajaan harus berusaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan perokok.

Dalam kajian yang sama, ��% remaja Malaysia percaya asap rokok basi boleh memudaratkan kesihatan orang lain. Tahap pengetahuan yang tinggi ini amat memberangsangkan. Namun begitu sekiranya remaja terus didedahkan kepada persekitaran dimana orang dewasa terus merokok dikhalayak ramai, adalah sukar bagi mereka untuk mempercayai bahawa asap rokok basi benar-benar boleh memudaratkan orang lain. Diharapkan perokok dewasa akan lebih bertanggungjawab dengan menunjukkan teladan yang baik.

9

Di mana sahaja kita lawati, banyak kawasan yang diwartakan sebagai kawasan ‘bebas rokok’.

Tindakan Negara-negara yang Sedar BAHAYA Asap Rokok Basi

10

Di Malaysia, walaupun terdapat kawasan bebas rokok, namun suasana persekitarannya lebih menyokong budaya merokok.

Kajian soal selidik yang telah dijalankan di Malaysia mendapati tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai tentang bahaya asap rokok basi masih pada tahap yang rendah. Hanya �0% perokok dan bukan perokok beranggapan bahawa merokok tidak sepatutnya dibenarkan sama sekali dimana-mana kawasan awam berhawa dingin.

Sementara itu, 2�% perokok dan �1% bukan perokok pula merasakan merokok tidak sepatutnya dibenarkan dimana-mana jua kawasan restoran dan lain-lain tempat makan tidak berhawa dingin.

Berkenaan tabiat merokok di dalam bangunan dan tempat kerja pula, 52% perokok dan �2% bukan perokok berpendapat tabiat ini sepatutnya tidak dibenarkan sama sekali.

Hanya 10% perokok yang merasakan merokok tidak seharusnya dibenarkan di dalam rumah. Sementara itu 29% perokok merasakan merokok boleh dibenarkan di tempat-tempat tertentu di dalam rumah.

Sebaik-baik pilihan ialah merokok tidak dibenarkan sama sekali dimana-mana kawasan dalam bangunan atau tempat awam.

11

Semua Jenis Produk yang Mengandungi Tembakau adalah Merbahaya!

Ini termasuklah pelbagai jenis rokok yang dikeluarkan oleh syarikat tembakau seperti:

Rokok yang mengandungi penapisRokok yang mengandungi kandungan tar dan nikotin yang rendahRokok yang berlabelkan “light” dan “mild”

Semua jenis rokok ini tidak dapat menghindarkan seseorang daripada mengalami penyakit akibat terdedah kepada asapnya.

Rokok-rokok ini dipasarkan, dengan tujuan untuk menghilangkan kebimbangan dalam kalangan perokok tentang bahaya merokok terhadap kesihatan dan pada masa yang sama meyakinkan mereka yang rokok-rokok ini mempunyai risiko bahaya yang lebih rendah.

Berdasarkan kepada kajian di Malaysia, 30% perokok dewasa memilih rokok seperti “light” dan “mild” kerana mereka percaya rokok ini lembut, mudah untuk berhenti dan lebih selamat untuk digunakan.

Selain daripada ini, syarikat tembakau di Malaysia terus menerus mempelbagaikan pembungkusan rokok agar ia kelihatan menarik. Ini kerana “kotak rokok yang cantik dan menarik tidak mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada pengguna”. Ini merupakan satu tanggapan yang salah.

12

Australia

Singapura

Thailand

Kanada

Apa yang dilaksanakan di negara-negara lain.Di banyak negara, termasuk jiran kita Thailand dan Singapura, Kerajaan mereka telah mewajibkan penggunaan label amaran bergrafik pada kotak-kotak rokok.

Kotak rokok yang mempunyai label amaran bergrafik seperti yang ditunjukkan ini telah terbukti berkesan meningkatkan tahap pengetahuan perokok dan bukan perokok tentang bahaya merokok. Ia juga telah dapat mengubah sikap dan tingkahlaku terhadap tabiat merokok. Antaranya, ia telah meningkatkan keinginan untuk berhenti merokok dan telah dapat membantu meningkatkan kejayaan dalam usaha untuk berhenti merokok. Penggunaan label amaran sedemikian bukan sahaja berkesan tetapi tidak mempunyai apa-apa implikasi kos kepada Kerajaan.

13

Harga dan Cukai Rokok

Negara Kadar Cukai

Malaysia 3�%

Singapura ��%

Thailand �1%

Vietnam �1%

Cukai rokok (peratus daripada harga runcit)

Meningkatkan harga rokok melalui peningkatan cukai (sebaik-baiknya melebihi �5% daripada harga runcit) merupakan satu langkah yang terbukti berkesan bagi mengurangkan amalan merokok. Secara amnya, bagi setiap peningkatan 10% harga rokok dapat mengurangkan kadar merokok dikalangan remaja sebanyak �% dan mengurangkan penggunaan rokok secara keseluruhan sebanyak �%.

Dari 2 jadual ini, dapat diperhatikan bahawa harga dan cukai rokok di Malaysia masih lagi rendah berbanding dengan beberapa Negara jiran. Faktor ini merupakan antara sebab utama mengapa tabiat merokok sukar dibendung terutamanya dalam kalangan remaja. Ini dirumitkan lagi dengan penjualan dalam pembungkusan 14 batang sekotak yang masih mampu dibeli oleh remaja dan golongan berpendapatan rendah.

0.00

5.00

10.00 �.00

23.00

11.2512.50

10.20

15.00

20.00

25.00

Har

ga(d

ituka

r kep

ada

RM)

Rokok Jenama X

2�.50

Mal

aysi

a

Sing

apur

a

Aus

tral

i a

Brun

ei

Hon

g Ko

ng

Kore

a Se

lata

n

Perbandingan harga rokok antara Malaysia dengan beberapa Negara jiran

Kerajaan biasanya takut untuk menaikkan cukai kerana mereka percaya kenaikan cukai akan menggalakkan penyeludupan. Masalah penyeludupan rokok sebenarnya berlaku dimana-mana dan menyebabkan kerugian berjuta ringgit setiap tahun kepada Kerajaan. Namun begitu, penyeludupan tetap berlaku walaupun cukai tidak dinaikkan. Ada yang mencadangkan bahawa syarikat tembakau sendiri yang terbabit dalam penyeludupan dan terdapat beberapa negara yang telah menyaman syarikat-syarikat tembakau. Oleh yang demikian Kerajaan harus berani untuk menaikkan cukai pada tahap yang berkesan dimana peningkatan cukai itu bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan tetapi juga dapat mengurangkan amalan merokok.

1�

Penjualan Rokok dan Amalan Merokok TIDAK Menguntungkan Kerajaan dan Rakyat

Berdasarkan kajian yang dilakukan di Malaysia, kos rawatan 3 jenis penyakit utama akibat merokok melebihi 3 bilion ringgit setahun (iaitu menyamai cukai yang diperolehi oleh kerajaan).

Jenis Penyakit Kos per penyakit per tahun

Penyakit Jantung Koronari RM�30,�00,000

Kanser Paru-paru RM11�,�00,000

Penyakit Paru-paru Kronik RM2,30�,000,000

Jumlah kos bagi setiap tahun RM3,053,000,000

Kos rawatan ini (yang ditanggung oleh Kerajaan) tidak mengambil kira kos lain-lain penyakit akibat merokok.

RM21,���.00*

RM�2,2��.00*

Perokok dan bukan perokok yang terdedah kepada asap rokok memerlukan sejumlah berikut untuk rawatan jika mereka menghidap penyakit ini.

RM32,1�2.00* KANSER PARU-PARU

PENYAKIT PARU-PARU KRONIK

PENYAKIT JANTUNG KORONARI

* Kos ini adalah mengikut kadar di Hospital Kerajaan. Kos yang lebih tinggi terpaksa ditanggung sekiranya rawatan diperolehi dari hospital swasta.

15

Perokok di MalaysiaDi Malaysia terdapat 3 golongan perokok: perokok lelaki dewasa, perokok wanita dewasa dan perokok remaja. Secara keseluruhan, perokok berjumlah lebih kurang � juta orang bersamaan dengan 1�% daripada keseluruhan penduduk. Mengikut jantina, lelaki adalah kumpulan yang terbesar dimana bagi setiap 2 orang lelaki, seorang adalah perokok. Perokok wanita pula merangkumi �-�% daripada keseluruhan populasi wanita di Malaysia.

Bangsa Melayu merupakan kelompok terbesar terlibat dengan gejala merokok.

Mengikut rajah di atas, populasi perokok dewasa meningkat daripada tahun 19�� hingga 200�. Jumlah yang terjebak dalam tabiat yang membazir dan membahayakan ini dijangka akan terus meningkat sekiranya Kerajaan tidak mengambil langkah yang serius untuk menangani isu ini.

Walaupun peratus perokok wanita masih rendah, banyak usaha telah dilakukan oleh syarikat tembakau untuk menarik perhatian mereka. Pelbagai rokok jenis “light”, “slim”, kurang berbau dan rokok berperisa dihasilkan untuk disasarkan kepada kumpulan ini.

Kaum wanita harus disedarkan bahawa amalan merokok mereka boleh menjejaskan masa depan anak-anak mereka.

1�

Golongan Kanak-kanak dan RemajaMenurut kajian Global Youth Tobacco Survey (GYTS) pula, pada tahun 2003, terdapat �19,999 remaja berumur 13-1� tahun yang merokok di Malaysia.

Sementara itu, dianggarkan seramai 50 remaja akan mula merokok setiap hari. Ini bersamaan dengan tambahan seramai 1�,250 orang perokok remaja setiap setahun. Dalam satu kajian di Malaysia, ada kanak-kanak semuda usia � tahun yang sudah mula merokok. Berdasarkan kepada risiko penyakit dan kematian yang dilaporkan oleh WHO, menjelang usia 30 tahun, daripada setiap � orang perokok, seorang daripada mereka akan mati akibat merokok. Manakala yang lain berkemungkinan besar mengalami pelbagai jenis penyakit kronik.

Mengapa remaja merokok?Dalam satu kajian yang telah dijalankan dalam kalangan remaja, secara umumnya mereka mula merokok kerana dengan merokok mereka beranggapan:

merokok itu melambangkan kehidupan yang moden.

merokok itu membuatkan mereka merasa lebih dewasa kerana kebanyakan orang popular yang mereka kenali adalah perokok.

Selain dari itu, naluri remaja yang sentiasa ingin mencuba dan pengaruh persekitaran dalam kehidupan harian mereka juga memainkan peranan. Iklan-iklan rokok menggambarkan perokok sebagai seorang yang glamor, tergolong dalam golongan orang yang bergaya hidup eksklusif, ramping dan gagah. Selain dari itu, penajaan artis-artis terkemuka dan juga sukan terutamanya sukan permotoran oleh syarikat tembakau juga turut menyumbang dalam mempengaruhi remaja terjebak dalam tabiat buruk merokok.

1.

2.

1�

Jangan Terpedaya dengan Strategi Pemasaran Syarikat Rokok

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal diperingkat dunia dengan aktiviti pemasaran syarikat rokok secara berleluasa. Paparan dibawah menunjukkan sebahagian daripada strategi yang digunakan. Walaupun sesetengah strategi ini telah diharamkan, namun begitu banyak lagi paparan yang masih jelas kelihatan di mana-mana.

Menurut Saffer dan Chaloupka, pelaksanaan larangan pengiklanan dan promosi barangan tembakau secara menyeluruh dapat mengurangkan penggunaan bahan itu sebanyak 6%.

Mereka menekankan bahawa larangan berperingkat hanya memberikan impak yang sedikit memandangkan terdapatnya potensi untuk menggunakan media tidak terlarang.

promosi di tapak jualan

iklan papan tanda memaparkan aktiviti

hiburan

memperkukuh nama dagang pada produk selain tembakau

pengiklanan melalui aktiviti sukan

iklan melalui kotak rokok

rancangan televisyen yang jelas boleh dikaitkan dengan promosi rokok

1�

Jangan Terperangkap. ROKOK Menagihkan!

United Kingdom

Kanada

Di Negara Maju, beginilah iklan yang ditunjukkan kepada masyarakat umum untuk menyedarkan mereka berkenaan kesan ketagihan rokok.

Jangan terpedaya dengan tipu-helah syarikat tembakau. Dalam senyap-senyap, syarikat tembakau juga akui ianya menagihkan. Walaupun demikian secara terang-terangan, mereka menyangkalnya.

Sebenarnya ramai perokok ingin menghentikan amalan merokok. Berdasarkan kepada kajian di Malaysia, lebih separuh perokok dewasa (�1.3%) pernah cuba untuk berhenti daripada tabiat ini. Ramai gagal kerana tidak dapat mengatasi ketagihan yang dialami.

Kajian yang sama juga mendapati, 55% daripada perokok dewasa mempunyai perancangan untuk berhenti merokok. Satu tindakan yang bersepadu perlu dilakukan bagi membantu menyelamatkan mereka.

19

Konvensyen Rangkakerja untuk Kawalan Tembakau

The Framework Convention on Tobacco Control (FCTC)FCTC adalah sebuah perikatan undang-undang dengan persetujuan sah hasil perbincangan megara-negara dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia adalah persetujuan kesihatan awam pertama seumpamanya di dunia yang direka untuk mengurangkan kesan negatif tembakau terhadap kesihatan dan ekonomi.

Peruntukan FCTCFCTC memperuntukkan strategi-strategi berikut untuk mengekang masalah-masalah berkaitan rokok:

Pembungkusan dan penglabelan

Pengiklanan, promosi dan penajaan

Perlindungan daripada pendedahan asap rokok

Sukatan harga dan cukai bagi mengurangkan permintaan

Pergantungan kepada rokok dan strategi pemberhentian merokok

Pendidikan, komunikasi, latihan dan kesedaran umum

Malaysia telah menunjukkan komitmen bagi membenteras gejala merokok. Kempen media Tak Nak telah terkenal di seluruh dunia. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah menandatangani dan mengesahkan komitmen Malaysia dalam FCTC. Komitmen ini perlu diterjemahkan dalam bentuk undang-undang yang termaktub dalam Akta Kawalan Tembakau.

Sejak tahun 2005, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan telah berusaha untuk mengujudkan Akta Kawalan Tembakau dan ianya akan dibentangkan di Parlimen.

Merokok merosakkan kesejahteraan serta masa depan anak bangsa dan Negara kita.

Bagi melindungi kepentingan bersama, sarankanlah supaya Akta ini diwartakan secepat mungkin!

20r o s m a n