Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

27
1 Tugasan : 1) pembentangan 17 Mac 2010 2) penulisan ilmiah Tajuk : Isu dan permasaalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah Nama: Nur Hidayah binti Mohammed Kamar Norain binti Zainuddin Robaizura binti Ramli Nurul Fatiyah binti Alias Nor Hayati binti Omar Fakulti : Seni dan Muzik Jabatan: Pendidikan Teknikal dan Vokasional Tempat: Universiti Pendidikan Sultan Idris Semakan: Encik Kamarul Azman Bin Abd Salam

Transcript of Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Tugasan : 1) pembentangan17 Mac 20102) penulisan ilmiah

Tajuk :Isu dan permasaalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah

Nama:Nur Hidayah binti Mohammed KamarNorain binti ZainuddinRobaizura binti RamliNurul Fatiyah binti AliasNor Hayati binti Omar

Fakulti : Seni dan Muzik

Jabatan:Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Tempat: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Semakan: Encik Kamarul Azman Bin Abd Salam

SHV 4193ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKSOALAN :ISU-ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI PERINGKAT PRASEKOLAHKUMPULAN 5KELAS : RABUMASA : 8 PM 11 PMDISEDIAKAN OLEH :NUR HIDAYAH BT WAN MOHAMMED KAMARNORAIN BIN ZAINUDDINROBAIZURA BT RAMLINURUL FATIYAH BT ALIASNOR HAYATI BT OMARPENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP (AT 31)SEMESTER 2 SESI 2010/2011KUMPULAN : ATARIKH HANTAR : 24/2/2010DISEDIAKAN UNTUK :EN. KAMARUL AZMAN B. SALAM1.0 PENGENALANPendidikan prasekolah pada tahun 1990-an tidak banyak berbeza daripada pendidikan prasekolah pada tahun 60-an bahkan selalu menarik perhatian para ibu bapa, masyarakat mahupun pemerintah sebagai pengambil keputusan iaitu mereka menyedari bahawa kualiti masa awal kanak-kanak termasuk prasekolah merupakan cermin kualiti bangsa pada masa akan datang. Khususnya pada ibu bapa yang semakin lama semakin menyedari betapa pentingnya hubungan mereka dengan anak-anak dan terus mewarnai hubungan anak dalam lingkungannya iaitu rakan sebaya, guru dan sebagainya.Minat terhadap anak dapat dilihat dari situasi disekitar kehidupan kita. Pelbagai majalah yang bertemakan pendidikan anak sudah banyak diterbitkan di mana-mana sahaja. Majalah-majalah tersebut semuanya berorientasikan pada pendidikan khususnya anak pada usia awal.Ceramah-ceramah atau kursus bagaimana mendidik anak dengan baik sering ditawarkan melalui media massa. Ibu bapa yang masih muda memang telah memahami maksud stimulasi sejak usia awal perkembangan. Mereka selalu inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Daripada pandangan pihak lain, perhatian masyarakat terhadap anak di usia awal seringkali dikalahkan oleh peredaran masa politik dan ekonomi. Untuk hal tersebut, para pendidik dituntut belajar dengan lebih baik bagaimana cara untuk mendidik dan mengasuh anak, dengan demikian para pendidik dapat meyakinkan para ibu bapa, masyarakat dan orang disekeliling betapa pentingnya perhatian anak pada awal usia kerana merekalah yang menentukan kualiti bangsa pada masa yang akan datang.

1.1 DEFINISI ISUMerujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ketiga isu merupakan perkara pokok atau persoalan sesuatu perkara.1.2 DEFINISI PERMASALAHANMerujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ketiga permasalahan merupakan sesuatu atau segala-gala yang menjadi masalah.1.3 DEFINISI PENGAJARANMerujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ketiga pengajaran merupakan perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. Menurut Sarina Baharuddin (2009), pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalakkan dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Ciri-ciri pengajaran berlaku apabila adanya guru dan murid, iaitu guru bertindak sebagai pengajar dan murid bertindak sebagai pembelajar melibatkan proses interaksi dua hala antara guru dan murid. Pengajaran hanya bermakna apabila ada pembelajaran yang melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman. Pengajaran juga melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau simbol kepada murid yang memudahkan proses pengajaran sering dikaitkan dengan pengajaran bercirikan unsur sains dan seni. Proses pengajaran guru ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian yang boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber. Ia meliputi rancangan mengajar (KOPI).1.4 DEFINISI PENDIDIKAN PRASEKOLAHMenurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), pendidikan pra-sekolah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan di peringkat sekolah rendah. Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanakkanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.

Pendidikan pra-sekolah adalah bertujuan menyediakan asas yang kukuh kepada pelajar sebelum memasuki peringkat pendidikan formal. Pendidikan prasekolah juga bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah akan membolehkan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas memperoleh asas yang kukuh dalam kemahiran berkomunikasi, sosial, dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan ke sekolah rendah. Program ini juga merupakan asas kepada pembangunan dan perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Kajian mengenai kesan prasekolah membuktikan bahawa pendidikan prasekolah dapat meningkatkan perkembangan kognitif, sosial dan personaliti kanak-kanak dan mempunyai dua kesan positif, iaitu jangka panjang dan pendek. Kanak-kanak yang menghadiri tadika mempunyai keyakinan lebih tinggi, mengalami kurang kegagalan dan dapat menjawat jawatan lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang tidak menghadiri tadika. Pelaburan dalam pendidikan prasekolah adalah bersifat pencegahan dan dapat membantu kanak-kanak berisiko, berkeperluan khas serta yang lemah dalam pembelajaran.

3.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN ISU-ISU YANG TIMBUL DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAHPendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal. Berikutan Akta Pendidikan 1996 , pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Peruntukan ini menunjukkan penumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah. 162. Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah kerana pengalaman prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak-kanak seterusnya.

Menurut kajian Grace (1992) dalam Surayah Zaidon (2003), dalam pendidikan prasekolah, kaedah yang selalu digunakan untuk mentaksir pelajar adalah dengan menggunakan portfolio iaitu rekod proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak. Proses pembelajaran boleh direkod melalui portfolio kerana kandungan portfolio mampu menunjukkan apa yang telah dipelajari bagaimana kanak-kanak mempelajarinya dan bagaimana kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain dalam menyempurnakan tugasan mereka. Menurut Surayah Zaidon (2003) lagi, portfolio Kanak-kanak Prasekolah merupakan satu dokumentasi penting yang dapat menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program prasekolah. Oleh sebab itu portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak. Namun, didapati pelaksanaannya sekadar sebagai satu fail untuk mengumpul hasil kerja kanak-kanak. Ini merupakan satu kerugian yang besar bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga keseluruhan pelaksanaan program prasekolah. Pelaksanaan portfolio yang bertepatan adalah penting bagi menjamin perkembangan kanak-kanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak

Manakala menurut kajian Seefeldt (1990), kanak-kanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad untuk ditafsir dan tidak dapat menggunakan bahasa dengan tepat untuk menerangkan pengalaman yang dialami. Kaedah lain seperti rujukan norma atau penggredan melalui ujian bertulis tidak digunakan kerana tidak sesuai untuk pelajar prasekolah yang tidak berupaya menggunakan bahasa yang tepat untuk menerangkan pengalaman atau pembelajaran yang dialami dan repetior tingkah laku mereka terhad. Seseorang guru prasekolah tidak wajar memberikan soalan ujian berbentuk esei kepada pelajarnya kerana pinilaian berbentuk esei tidak boleh membantu dalam merangsang idea kana-kanak dan dikhuatiri akan memberi tekanan kepada mereka. Perkara sebegini seharusnya dielakkan kerana ianya boleh merencatkan proses perkembangan idea dan bahasa kanak-kanak. Pendekatan seperti penggunaan portfolio lebih sesuai dan praktikal untuk pelajar prasekolah.

Satu kajian oleh Nor Hashimah dan Khadijah (2000) menunjukkan guru tidak mempunyai masa membuat penilaian formatif terhadap pelajar ketika perlaksanaan Pendidikan Islam dan Moral di peringkat prasekolah. Oleh kerana guru banyak memberi tumpuan pada persediaan dan perlaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah, pemerhatian, senarai semak dan rekod individu jarang dilakukan. Hal ini kerana para ibu bapa lebih menekankan pencapaian akademik dan kognitif pelajar seperti asas perkiraan dan bahasa. Keadaan ini juga menyebabkan aspek-aspek yang menunjukkan perkembangan kanak-kanak seperti perkembangan sahsiah dan sikap pelajar tidak menyeluruh perlaksanaannya dan hanya dibincangkan bersama ibu bapa yang berminat terhadap perkembangan anak-anak mereka.

Bagi melaksanakan penilaian ini juga, para guru perlulah mempunyai kemahiran yang cukup dan cekap dalam pemerhatian terhadap pelajar. Menurut kajian Mohamad (1993) berjudul Tugas dan Masalah Guru Dalam Mengendalikan Kurikulum Prasekolah yang dijalankan ke atas 12 orang guru tadika dan 11 orang pembantu guru Tabika Perpaduan mendapati aspek penilaian perkembangan kanak-kanak telah diketahui namun guru menghadapi kesukaran mengendalikannya akibat kurang kemahiran. Isu yang sama timbul dalam kajian Rohaty (1996b) bertajuk Educational Assessment of Malaysian Preschoolers. Kajian tersebut juga menunjukkan guru kurang berpengetahuan tentang kepelbagaian jenis kaedah penilaian perkembangan kanak-kanak walaupun aspek-aspek penilaian perkembangan kanak-kanak telah diketahui namun perlaksanaan penilaian perkembangan tersebut sukar dijalankan. Aspek-aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) seharusnya dinilai menggunakan pendekatan berbeza oleh guru mengikut kaedah yang dipelajari semasa dalam pengajian mereka. Kesemua aspek tersebut memerlukan pemantauan berterusan sepanjang sesi persekolahan.

Menurut kajian Rohaty (2003) dalam Surayah Zaidon pula menunjukkan penilaian yang dijalankan cenderung kepada perkembangan akademik dan kognitif iaitu lebih menumpu kepada pelaporan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa berbanding aspek lain yang juga penting dan perlu dititik beratkan seperti jasmani dan rohani, sahsiah, komunikasi dan sosial kanak-kanak. Pendekatan rujukan norma seperti ujian untuk menentukan gred markah dan kedudukan dijalankan kepada kanak-kanak. Perkara yang berlaku ini tidak sesuai untuk kanak-kanak tersebut kerana perbuatan melabel menggunakan keputusan penilaian tersebut pada peringkat prasekolah akan membebankan kanak-kanak seterusnya akan mengganggu perkembangan emosi dan tingkah laku mereka. Para guru dan ibu bapa juga akan mengalami tekanan kerana harapan untuk memajukan kanak-kanak tersebut. Kebanyakan ibu bapa lebih mengharapkan kepada pihak prasekolah untuk memajukan anak-anak mereka dan meningkatkan prestasi anak-anak dalam akademik dan kognitif. Oleh disebabkan hal ini, para guru lebih mengutamakan penilaian kognitif pelajar walaupun mempunyai kesedaran tentang kepentingan perkembangan pelajar dalam aspek-aspek lain.

Menurut teori Ekologi Bronfenbrenner (1977), ahli keluarga khususnya ibu bapa mempunyai peranan penting sebagai agen sosialis dalam kehidupan kanak-kanak dan mempunyai pengaruh paling besar ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak. Pengaruh baka dan persekitaran memberikan kanak-kanak kadar dan tahap perkembangan yang berbeza-beza. Interaksi pengaruh-pengaruh tersebut membantu dalam menentukan pencapaian perkembangan ke satu tahap yang maksimum. Oleh hal yang demikian, perkembangan kanak-kanak sama ada dalam aspek kognitif, fizikal atau kerohanian perlu lebih diterapkan dari kediaman kanak-kanak itu sendiri berbanding di prasekolah.

3.0ISU DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT KETIKA MENGAJAR DI PERINGKAT PRASEKOLAH.3.1 Celik HurufTimbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM), Datin Asariah binti Mior Shaharuddin berkata, KPM menetapkan agar semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) ketika melangkah ke tahun empat sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Zon Sabah di Kota Kinabalu pada awal Oktober 2009.Sukatan pelajaran prasekolah, antara lain, bertujuan untuk mencelikhurufkan murid. Ada guru Bahasa Melayu beranggapan bahawa semua murid yang diterima masuk ke kelas tahun satu sudah celik huruf. Apabila anggapannya itu meleset, mereka mengeluh. Mereka berasa berat untuk mengajarkan a-b-c kepada beberapa orang murid yang tidak berpeluang mengikuti kelas prasekolah.Ada juga murid yang sudah mengikuti prasekolah tetapi masih belum celik huruf. Murid-murid ini menokok jumlah murid yang perlu dicelikhurufkan oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.Dahulu, pada semester pertama, memang ada program khas. Mulai tahun 2006 KPM memperkenalkan pula program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010 menyatakan, KIA2M bertujuan untuk memastikan murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar di sekolah. Tujuan ini tidak tercapai apabila pada akhir Ogos 2006 hampir 100 ribu murid tahun satu belum celik huruf. Pada akhir September 2009 pula sebanyak 85,000 murid tahun satu belum menguasai 2M.Berdasarkan sasaran yang diuar-uarkan oleh Menteri Pelajaran dan timbalannya dalam BHO, pada tahun hadapan dan tahun 2011 jumlah murid tahun satu yang belum celik huruf pada akhir tahun dijangka masih dalam lingkungan 50,000 orang. Malah, apabila kita mengambil kira jumlah kelahiran yang semakin meningkat, jumlah ini tidak banyak berubah pada akhir tahun 2012. Jadi, penetapan sasaran 85 hingga 87 peratus kanak-kanak berpeluang mengikuti prasekolah pada tahun 2012 itu rendah.Penetapan sasaran yang rendah ini pasti menghampakan pendukung PIPP yang ingin melihat murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar di sekolah. Kenyataan bahawa semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran 3M selepas melangkah ke tahun empat pula bagaikan mengesahkan kehampaan pendukung PIPP.3.2 Kesukaran Menguasai Konsep NomborKonsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran Matematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar kanak-kanak simbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di sekeliling (Rohani et. Al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar.

3.3 Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Kanak-KanakPrasekolah

Tempat penyimpanan hasil kerja adalah juga satu masalah penggunaan portfolio. Terdapat berbagai bentuk portfolio yang boleh diselenggara. Antaranya menggunakan kotak, fail, folder atau disket. Cara menyimpan hasil kerja banyak bergantung kepada pengalaman guru menyelenggara portfolio pada tahun-tahun sebelumnya. Akibat ketidakcekapan guru mengumpul hasil kerja, sikap guru yang tidak selektif, guru sering kali memasukkan kesemua hasil kerja tanpa dianalisis. Ini menjadikan bahan yang dikumpul terlalu banyak dan menjejaskan bentuk fizikal portfolio.

Kajian Umi Kalsom Takriff (2003) dalam Surayah Zaidon (2004), berjudul Persepsi Guru Terhadap Pelaksaan Penilaian Di Prasekolah JAWI mendapati guru melibatkan kanak-kanak semasa mengumpul hasil kerja walaupun kesemua hasil kerja disimpan ke dalam portfolio tanpa melalui proses pemilihan. Penyemakan pula adalah secara langsung atau spontan di mana guru memberi komen secara lisan tentang kesalahan hasil kerja terus kepada kanak-kanak. Kandungan portfolio terutamanya hasil seni dipamerkan di kelas. Kajian tersebut mendapati pengesanan perkembangan keseluruhan kanak-kanak memerlukan pemerhatian ke atas aktiviti kanak-kanak dan interaksi bersama kanak-kanak selain dari maklumat dari hasil kerja.

Hasil kerja yang dikumpul terbatas kepada yang berasaskan kertas yang berbentuk lembaran kerja dan hasil tulisan yang merupakan salinan atau adaptasi dari buku-buku rujukan di pasaran. Pengumpulan kandungan portfolio tidak dijalankan mengikut prosedur tertentu dengan penglibatan kanak-kanak yang terhad. Dari segi tatacara menilai kandungan portfolio, kaedah semakan yang paling menonjol adalah secara memberi ganjaran. Penyemakan yang dijalankan adalah lebih berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu. Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan.

Menurut Surayah Zaidon (2004), penyemakan yang dijalankan adalah lebih berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu. Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan. Kajian beliau telah mengenal pasti antara masalah yang dihadapai guru dalam menggunakan portfolio secara berkesan adalah latihan yang terbatas, bilangan kanak-kanak yang terlalu ramai, peruntukan masa yang banyak diperlukan untuk menilai hasil kerja kanak-kanak dan limitasi portfolio dalam menggambarkan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan. Banyak kajian menunjukkan guru tadika mempunyai pengetahuan yang terhad dalam aspek penilaian perkembangan kanakkanak akibat pendekatan latihan pra perkhidmatan yang berunsurkan teori dan mengetepikan ataupun memperlekehkan pengaplikasian teori. Bakal guru perlu diberi pendedahan kepada input yang dapat merealisasikan matlamat pelaksanaan penilaian. Kanakkanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad bagi dinilai. Justeru, guru perlu didedahkan kepada pelbagai alat pentaksiran pemerhatian daripada segi teori dan pratikal seperti rekod anekdot,dapat menjamin bakal guru benar-benar faham bentuk penilaian yang perlu dijalankan di peringkat prasekolah dan tidak mengambil jalan mudah dengan menggunakan ujian-ujian yang hanya menguji perkembangan kognitif kanakkanak.

3.4Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal

Perubahan kurikulum prasekolah yang sering berlaku di Malaysia banyak menyusahkan proses pembelajaran dan pengajaran guru di peringkat prasekolah. Kurikulum standard prasekolah kebangsaan amat menekankan pengajaran sains awal kepada kanak-kanak prasekolah. Perubahan ini menyebabkan guru-guru prasekolah kurang pengetahuan dalam pengajaran sains awal. Hal tersebut juga memberi kesan terhadap sikap dan keyakinan guru-guru prasekolah dalam pengajaran sains awal.

Menurut kajian Zurida Ismail dan Hashimah Yunus (2004), dalam mengkaji sikap dan pengetahuan dalam pengajaran sains awal di peringkat sekolah, walaupun umumnya menunjukkkan respon positif terhadap pengajaran sains awal tetapi masih terhadap guru sebanyak (7.4%) yang menyatakan mereka merasakan pengajaran sains awal tidak begitu menarik. Manakala hampir 40% pula berpendapat mereka menghadapi kesukaran untuk memahami sains dan beranggapan pengajaran sains awal mengambil masa yang panjang. Selain itu terdapat juga guru yang belum mempunyai pengalaman dalam mengajar mata pelajaran sains. Pengetahuan dan sikap yang positif penting dalam pengajaran sains awal di prasekolah.

3.5Kesukaran Guru Dalam Menjalankan Aktiviti Kaedah Belajar Melalui Bermain .

Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat perhatian di semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di rumah. Di Malaysia, program pendidikan prasekolah adalah satu program pendidikan untuk golongan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di Tahun Satu sekolah rendah.

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

Main adalah sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya.

Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan tokoh-tokoh lain dimana dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut; Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk kepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada kebebasan memilih oleh peserta. Mengikut Vygotsky (1962) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawalsituasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain. (Spodek et al. 1987, p. 181). Jerome Singer (Spodek,1983) menganggap imaginative play sebagai usaha kanakkanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif.

Namun begitu, masih terdapat isu iaitu guru sukar untuk melaksanakan kaedah belajar melalui bermain kepada kanak kanak. Strategi pengajaran dan pembelajaran masih bertumpu kepada aktiviti menyebut, mengeja, membaca, menulis, melukis dan mewarna. Perbezaan strategi pengajaran guru KEMAS, JAIM, PERPADUAN , KPM, DAN SWASTA terdapat pada pendekatan yang digunakan dalam pengajaran, bentuk rancangan pelajaran yang disediakan dan interaksi guru-murid dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kebanyakan guru juga tiada atau pun kurang kefahaman serta tidak memahami perkembangan dan minat kanak-kanak disamping keperluan mereka.

Bersabit dengan tugas-tugas melaksanakan pengajaran melalui aktiviti bermain, terdapat faktor - faktor masalah guru-guru dalam menjalankan aktiviti belajar melalui bermain. Antara faktor faktor tersebut adalah mereka kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk menyampaikan aktiviti belajar melalui bermain. Menurut mereka lagi, masalah ini berpunca daripada perkembangan yang pesat dalam pendidikan prasekolah. Guru-guru yang ditemubual mengatakan mereka berkeyakinan bahawa masalah yang dihadapi ini boleh diatasi jika mereka diberi peluang mengadakan perbincangan pendidikan dengan pakar-pakar, pentadbir dan penyelidik pendidikan prasekolah.

Menyentuh hal tersebut, kebanyakan guru-guru mengatakan terdapat beberapa perkara penting berkaitan dengan masalah kekurangan pengetahuan dan kemahiran iaitu seperti guru kurang faham dengan pendekatan dan cara-cara penyampaian aktiviti, guru kurang yakin dengan pengajaran yang ingin disampaikan, guru juga kurang memahami psikologi kanak-kanak, guru kurang mahir membuat alat bantu mengajar, guru kurang faham dengan kurikulum prasekolah kebangsaan, dan guru mengalami kesukaran membuat pemerhatian dan penilaian ke atas kanak-kanak.

Masalah yang paling ketara dalam melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain ialah bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar yang dibekalkan mestilah selari dan bersesuaian dengan permainan dan konsep yang perlu melibatkan keenam-enam komponen iaitu komponen Perkembangan Bahasa dan Komunikasi, Perkembangan Kognitif, Perkembangan Fizikal, Perkembangan Kerohanian dan Moral, Perkembangan Kreativiti dan Estetika dan Perkembangan Sosioemosi. Boleh dikatakan guru-guru prasekolah memahami dan berpengalaman dalam pengurusan dan pengendalian tadika, tetapi bahan bantu mengajar tidak mencukupi. Mereka boleh menggunakan bahan terbuang tetapi ia bergantung kepada kreativiti guru sendiri dalam mengolah bahan tersebut. Bahan-bahan seperti kotak tisu, kotak mancis, cawan plastik, botol plastik, tin susu, bekas telur, daun kering dan lain-lain lagi boleh digunakan sebagi bahan bantu mengajar yang menjadi pemangkin dalam kaedah belajar melalui bermain. Walau bagaimanapun usaha ini menjadi sia-sia sahaja jika tiada strategi yang tepat dan betul.

Kebanyakan guru juga masih kurang faham tentang Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003. Mereka menghadapi kesukaran untuk menentukan kebolehan mental dan fizikal murid. Mereka juga sukar menentukan apakah jenis aktiviti tahap pelajaran yang hendak dijalankan supaya menjadi lebih berkesan. Turut dikenalpasti ialah masalah yang berkaitan dengan penyediaan bahan pengajaran. Didapati isi kandungan buku aktiviti oleh panel tadika masing-masing perlu disesuaikan dengan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengan tahap umur dan pencapaian kanak-kanak. Ini pula menyebabkan kesukaran guru mengenal pasti tahap-tahap pencapaian kanak-kanak seperti menentukan hasil pembelajaran tersebut.

Masalah juga timbul untuk menyediakan peralatan dan keselesaan kanak-kanak beraktiviti belajar melalui bermain. Masalah ini berpunca daripada tempat belajar yang sering digunakan untuk majlis dan upacara kemasyarakatan. Ini mengakibatkan keceriaan sekolah tidak dapat dibentuk mengikut matlamat tadika yang sebenarnya. Terdapat banyak kelas atau bangunan di mana kelas ini dijalankan tidak begitu selesa dan kurang menggalakkan dari segi pembelajaran kanak-kanak tabika. Contohnya, terdapat sebahagian tadika yang begitu sempit, tandas yang tidak sesuai dan tiada pagar yang sesuai untuk keselamatan kanak kanak.

Pada amnya mereka masih kekurangan kemahiran menyoal, mengarah, menilai dan membuat dendaan. Ini penting kerana seseorang guru prasekolah seharusnya mempunyai kemahiran mengendalikan kelas di samping menjadi pembimbing, penasihat, pengajar, pentadbir dan lain-lain lagi kepada kanak-kanak ini.

Mengenai proses penyampaian aktiviti, masalah yang ditimbulkan berkisar kepada penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan boneka, model-model, doh serta bahan lakonan kurang dititik beratkan. Perkara yang menjadi punca masalah adalah disebabkan kurang kemahiran, kurang peruntukan membiayai pembuatan bahan dan peralatan. Ini dikuatkan lagi dengan faktor sikap yang negatif di sesetengah kalangan guru tersebut. Berkaitan dengan penilaian, jelas terbukti bahawa kemahiran pengukuran dan penilaian di kalangan guru-guru masih di tahap asas. Konsep penilaian yang melibatkan pemerhatian, temuduga, ujian dan persepsi masih belum difahami sepenuhnya oleh sesetengah guru-guru. Umumnya kemahiran pengurusan mikro di kalangan guru-guru masih ditahap yang minima.

4.0CARA-CARA MENGATASI4.4Isu Celik HurufBerdasarkan pendapat Abdul Rahman Abdul Rashid (1995), bahawa penggunaan BBM yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi untuk pengajaran Bahasa Melayu.Selain itu, aktiviti bermain yang diselitkan dalam pelaksanaan Rancangn Pengajaran Harian (RPH), turut membantu meningkatkan kemahiran membaca. Didapati bahawa apabila aktiviti bermain diselitkan, pelajar akan menjadi lebih berminat mengikuti p&p berkaitan kemahiran asas membaca. Aktiviti bermain ini mampu menambah minat serta mendapati pengajaran guru amat menyeronokkan.Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa, oleh kerana guru pemulihan ditugaskan untuk membantu murid lambat dalam penguasaan 3M, maka adalah lebih baik jika mereka didedahkan kepada konsep dan amalan yang terbaru dalam pemulihan kesukaran asas membaca melalui penggunaan teknologi pendidikan yang terkini bersesuaian dengan tahap perkembangan murid prasekolah.

4.5Isu Kesukaran Menguasai Konsep NomborBagi mengatasi masalah kesukaran menguasai konsep nombor bagi murid-murid prasekolah adalah melalui pendekatan permainan dan melalui penggunaan komputer. Main merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Almy et. al. (1984) menyatakan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Jean Piaget (1952) menyatakan bahawa aktiviti dan permainan yang menarik, mampu memberi pemahaman Matematik yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal.

Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar. Penyelesaian bagi beberapa masalah dalam Matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan dan simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan dalam seharian. Simulasi juga sering digunakan untuk menerangkan jawapan atau penyelesaian dalam rekreasi Matematik. Flansburg (1994) telah menyatakan bahawa pembelajaran Matematik bukanlah dengan mengingat tetapi merupakan aktiviti yang kreatif seperti melukis, menulis atau bermain bola keranjang. Definisi terbaik yang pernah didengari oleh beliau ialah keratif adalah permainan.Aktivit bermain membenarkan mereka memenuhi keperluan perasaan ingin tahu, di samping meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mereka (Rohani, 2004). Menurut Vygotsky (1962), permainan pilihan kanak-kanak sendiri disokong oleh seorang guru ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan sesi soal jawab menggalakkan pencapaian kognitif yang lebih tinggi.Dalam mengendalikan aktiviti pembelajaran kanak-kanak. Piaget mengesyorkan supaya kanak-kanak diberi kebebasan memilih aktiviti permainan mereka sendiri. Kanak-kanak biasanya akan menumpu kepada keperluan perkembangan mereka, ketika memilih aktivit bermain. Hanya dengan cara demikian kita dapat memastikan mereka memilih sesuatu aktiviti yang menarik dan menggembirakan. Pada masa yang sama, mereka dapat memilih sesuatu yang bukan menumpu kepada kemahiran atau pengetahuan yang telah lama dikuasai dan tidak terlalu sukar atau jauh daripada tahap perkembangan semasa.Dengan perkataan lain, kanak-kanak dibenarkan memilih aktiviti permainannya sendiri dapat memilih aktiviti yang tepat dengan keperluan perkembangannya. Aktiviti bermain bersifat meransang perkembangan dan merupakan bahagian utama (integral) dalam kurikulum perkembangan. Konsep bermain sambil belajar dapat memenuhi keperluan dan perkembangan mental, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak.

4.6 Isu Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Kanak-KanakPrasekolah

Penggunaan portfolio membawa kesan positif dalam kurikulum dan pengajaran walaupun penggunaannya berhadapan dengan beberapa masalah. Dalam penilaian berasaskan portfolio pelajar menunjukkan apa yang mereka boleh buat dan pelajar dinilai berdasarkan apa yang mereka sepadukan dalam membina portfolio dan bukan apa yang mereka dapat ingat kembali. Hal yang demikian, disebabkan portfolio sebagai alat penilaian adalah untuk mengumpul bukti tentang bagaimana pelajar mengolah, memproses dan menyempurnakan tugasan dalam sesuatu domain.

Kajian Surayah Zaidon (2004), telah mengenal pasti antara masalah yang dihadapai guru dalam menggunakan portfolio secara berkesan adalah latihan yang terbatas, bilangan kanak-kanak yang terlalu ramai, peruntukan masa yang banyak diperlukan untuk menilai hasil kerja kanak-kanak dan limitasi portfolio dalam menggambarkan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan.

Portfolio berpotensi sebagai salah satu alat penilaian alternatif dalam menilai perkembangan kanak-kanak masa kini. Namun, permasalahan seperti yang dinyatakan perlu mendapat pertimbangan sewajarnya agar pelaksanaannya memenuhi matlamat.

4.7Isu Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal

Guru prasekolah hendaklah mengetahui peranan mereka dalam mempelbagaikan aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada kanak-kanak prasekolah. Antara peranan guru prasekolah adalah sebagai pendorong yang menggalakkan pembelajaran kanak-kanak. Hal ini disebabkan kanak-kanak belajar melalui permainan atau aktiviti yang tidak formal. Guru yang berpengetahuan akan berusaha untuk menyediakan aktiviti pembelajaran yang mengembirakan dengan melibatkan kanak-kanak secara aktif. Aktiviti yang dirancang tersebut membolehkan kanak-kanak mencapai kejayaan di peringkat kebolehan mereka.

Selain itu, guru prasekolah yang berpengetahuan dalam pengajaran sains awal juga mempunyai pengaruh yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Sikap dan sahsiah yang dimiliki oleh guru tersebut akan menjadi contoh kepada kanak-kanak prasekolah. Secara tidak langsung kanak-kanak akan memerhati dan seterusnya meniru kelakuan guru tersebut. Oleh hal yang demikian, guru prasekolah hendaklah menggunakan peluang dengan menunjukkan contoh serta teladan yang baik dan menerapkan nilai-nilai yang positif kepada kanak-kanak prasekolah. Bagi merangsang pemikiran sedemikian, guru-guru perlulah merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan kanak-kanak supaya ia bersesuaian dengan topik dan aktiviti sains. Antaranya adalah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang berbantukan komputer. Ia memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia berfungsi untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid.

Gaya dan kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang sesuai (Rohaty, 2003). Pelbagai gaya dan kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains awal di peringkat prasekolah yang memerlukan guru berperanan dalam merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak.

Menurut Kamarudin & Siti Hajar (2004), seseorang guru seharusnya dapat menentukan jenis dan bentuk bahan atau media yang akan digunakan. Ia juga harus menentukan bahan-bahan itu sesuai dengan minat, pengetahuan dan keupayaan murid. Contoh bagi alat bantu mengajar yang biasa digunakan ialah pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer amat digalakkan pada peringkat prasekolah. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan murid-murid dalam mengendalikan perisian komputer malahan cara pengajaran ini boleh membuatkan murid-murid lebih berminat untuk belajar serta menjadikan mereka lebih maju dalam menerajui kecanggihan teknologi dari semasa ke semasa.

Oleh itu, penggunaan elemen-elemen mutimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih efektif dan menarik perhatian pelajar. Dengan animasi ataupun video, murid sekolah dapat mengenal dan membuat perbezaan dalam mengklasifikasi jenis haiwan seperti haiwan bersayap, berjalan, berkaki dua dan sebagainya. Sebagai contoh burung dan ayam dapat dikelaskan dalam kategori haiwan bersayap manakala lembu dan kambing adalah haiwan yang berkaki empat. Tambahan pula, di persekitaran mereka terdapat pelbagai jenis haiwan yang mereka biasa lihat dan secara tidak langsung akan menambah pengetahuan sedia ada.

Selain itu juga, kaedah pengajaran yang paling berkesan bagi pendidikan prasekolah adalah melalui teknik belajar dalam bermain. Pendekatan belajar sambil bermain ini adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang mengembirakan dan bermakna. Pendekatan ini memberi penekanan kepada proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah semulajadi kanak-kanak. Melalui bermain, mereka akan berasa gembira dan senang hati untuk membuat penerokaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4.8Isu Kesukaran Guru Dalam Menjalankan Aktiviti Kaedah Belajar Melalui Bermain.Guru memainkan peranan dalam mencetak atau melahirkan individu yang baik, berguna dan bersepadu. Mereka merupakan jambatan atau agen langsung yang mendidik kanak-kanak. Oleh itu guru memerlukan latihan seperti kursus atau bengkel yang sesuai dengan falsafah dan matlamat pendidikan prasekolah amnya. Beberapa kursus dan bengkel dicadangkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru. Latihan yang perlu ialah mengenai pemahaman kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran, pengurusan pengajaran mikro, psikologi perkembagan kanak - kanak, pengukuran dan penilaian, pengurusan tingkah laku kanak-kanak dan membina dan menggunakan bahan bantu mengajar. Selain itu guru-guru tadika perlu mahir dalam pengajaran mikro termasuk menentu dan memilih objektif, bahan-bahan pengajaran, kaedah mengajar, ukuran-ukuran pencapaian dan penilaian, tindak balas kanak-kanak dan kawalan bilik darjah.

Di samping itu mereka berperanan menerapkan nilai-nilai murni dan bersepadu semasa di dalam bilik darjah. Di sini jelas menunjukkan bahawa seseorang guru tadika perlu mempunyai persediaan perasaan dan sikap yang positif. Ini penting bagi mempengaruhi pembentukan dan pengembangan anak-anak muridnya. Tambahan pula harapan ibu bapa dan masyarakat sekitar terhadap tadika begitu tinggi bagi mendapatkan pendidikan yang sempurna. Guru Tadika juga perlu memahami dengan secukupnya Falsafah Pendidikan Negara iaitu hasrat yang dikandunginya dan matlamat yang ditujuinya. Kefahaman perlu diiringi dengan kesedaran serta keinsafan, amalan dan penghayatan. Mereka harus mendokong penuh paksi pendidikan iaitu percaya dan patuh kepada Tuhan.

Guru Tadika perlu menampilkan diri sebagai keibubapaan (parenting) kepada murid - muridnya. Mereka kaya dengan kasih sayang, menjaga dan prihatin terhadap perkembangan kanak-kanak. Justeru itu akan terbentuk hubungan harmonis yang dilimpahi dengan ciri hormat, taat, kasih sayang dan keberkatan. Guru Tabika adalah model yang hampir dengan anak didik. Guru menjadi suri teladan yang baik kepada mereka. Ini dimanifestasikan pada budi bahasa, penguasaan bahasa yang baku, kesempurnaan kerja, rupa diri, kesesuaian pakaian, amanah, rajin dan cekap bekerja.

Guru Tabika juga perlu mempertingkatkan penguasaan dan menjiwai Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. Guru-guru prasekolah hendaklah merancangkan aktiviti supaya kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang selesa, sihat dan gembira. Menerusi permainan, kanak-kanak dapat menyiasat benda-benda, mencipta, meruntuh dan membina. Selain itu, secara tidak langsung mereka mempelajari berbagai-bagai kemahiran seperti kemahiran sosial, bahasa dan berfikir disamping menggalakkan pertumbuhan rohani dan jasmani.

Guru perlu lebih aktif dan kreatif. Guru boleh menggunakan bahan terbuang dalam membuat bahan bantu mengajar yang mudah didapati dipersekitaran. Ianya menjimatkan kos dan kanak-kanak lebih biasa dengan bahan tersebut. Selain itu, guru perlu membuat persediaan awal dalam membuat perancangan aktiviti, supaya pemilihan bahan bantu mengajar untuk sesuatu aktiviti dapat membantu kanak-kanak untuk mencapai tahap perkembangan mereka. Mereka juga mesti melibatkan diri bersama-sama dengan kanak-kanak. Aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak mestilah mendapat perhatian dari guru. Ini bermaksud, guru bukan sahaja berfungsi sebagai pengarah tetapi lebih kepada pembimbing. Mereka mesti ada bersama-sama kanak-kanak dalam semua aktiviti yang dijalankan untuk memastikan kanak-kanak membuat aktiviti belajar melalui bermain mencapai objektif yang diharapkan.

Guru juga perlu menyertai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Bagi memastikan guru lebih memahami konsep belajar melalui bermain , guru perlu didedahkan dengan pelbagai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Konsep pendidikan secara tradisional dapat digantikan dengan konsep belajar melalui bermain jika sekranya kaedah tersebut dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada guru.

5.0KESIMPULANMelalui kajian-kajian lepas yang telah dibuat, terdapat beberapa isu dan permasalahan yang sering menyukarkan pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah. Para guru dan pihak pentadbiran seharusnya bekerjasama dalam mengawal dan menyelesaikan segala masalah yang akan dan bakal dilalui apabila berada ditahap pendidikan prasekolah.Sememangnya kita perlu mengetahui keadaan kanak-kanak di peringkat prasekolah, bagaimana tahap pemikiran dan tingkahlaku mereka supaya segala apa yang kita lakukan akan meningkatkan lagi kepercayaan dan keyakinan mereka dalam melakukan sesuatu perkara.Pihak kerajaan harus mewujudkan lebih banyak sekolah-sekolah pendidikan yang berteraskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bagi kanak-kanak prasekolah yang bakal menerajui Negara kita suatu hari nanti.Akhir kata, kerjasama semua pihak terutamanya pihak kerajaan harus diwujudkan dengan pihak-pihak kementerian pendidikan supaya segala perancangan yang akan dilakukan bagi kanak-kanak prasekolah akan lebih terjamin keberkesanannya.

12