Isu Dan Masalah Yang Dihadapi Dalam Pentaksiran Formal

download Isu Dan Masalah Yang Dihadapi Dalam Pentaksiran Formal

of 9

description

penididikan moral

Transcript of Isu Dan Masalah Yang Dihadapi Dalam Pentaksiran Formal

ISU DAN MASALAH YANG DIHADAPI DALAM PENTAKSIRAN FORMAL

ISU DAN MASALAH YANG DIHADAPI DALAM PENTAKSIRAN FORMAL Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah harus diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan itu Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai, dan emosi maka penilaian terhadapnya sering menghadapi masalah

Pemahaman guru tentang Pendidikan Moral

Masalah strategi mengajar yang tidak betul. Didapati bahawa tidak semua guru dilengkapkan dengan pengetahuan tentang strategi pengajaran pendidikan moral.

Guru-guru yang mengajar Pendidikan Moral tidak berupaya dalam melaksanakan pendekatan pengajaran yang betul dalam pengajaran.Kesannya,ramai murid bosan dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut.

Kefahaman guru tentang konsep-konsep asas dalam mata pelajaran Pendidikan Moral adalah tidak sama tentang kemoralan dan Pendidikan Moral.

Proses pentaksiran memerlukan masa yang panjangPenilaian moral dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan. Penilaian kendalian sekolah ditekankan di sekolah tetapi jarang dipraktikkan atau kurang efektif pelaksanaan kesuntukan masa dan kurang kepakaran guru.

Pentaksiran Pendidikan Moral adalah subjektifKertas peperiksaan dengan skema pemarkahan yang terlalu rigid serta bersifat akademik dengan soalan-soalan yang lebih berbentuk situasi yang jarang dialami oleh muridpelajar yang tidak mengalami situasi tersebut tidak dapat membuat keputusan moral.banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji.

Domain afektif yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang amat sukar dinilai. Walaupun aspek penaakulan moral boleh dinilai, namun aspek ini tidak mengukur kebolehan pelajar dalam menangani sesuatu masalah dan situasi

Penekanan pengajaran untuk lulus peperiksaanpeperiksaan sentiasa ditekankan hingga mewujudkan keadaaan bahawa mengajar dan belajar adalah untuk peperiksaan semata-mata.Pengajaran secara latih tubi dan penghafalan nilai menjadi kewajipan pengajaran.Cara ini sebenarnya tidak membenarkan perkembangan keupayaan dan kekreatifan murid-murid untuk berfikir.

Kekurangan sumber pengajaran dan pembelajaranmasalah dalam mencari sumber atau alatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Moral.

Sumber yang kurang menyebabkan murid-murid berasa bosan bila belajar kerana guru menggunakan kaedah yang sama sahaja sepanjang tahun.

Pihak sekolah lebih menitik beratkan sumber/alatan bagi matapelajaran teras sahaja.

Pendidikan Moral hanya dipandang sepi sahaja kerana berpendapat ia lebih menekankan kemoralan murid sahaja.