Internet tmk-kdpm-ipg

14
KERJA KURSUS TMK 2013 KDC-KDPM/KEMAS

Transcript of Internet tmk-kdpm-ipg

Page 1: Internet tmk-kdpm-ipg

KERJA KURSUS TMK 2013

KDC-KDPM/KEMAS

Page 2: Internet tmk-kdpm-ipg

Pengenalan Kepada Internet

Konsep Internet

Internet adalah kumpulan atau jaringan komputer yang ada di seluruh dunia.

Dalam hal ini komputer yang dahulunya digunakan berasingan dapat berhubung terus

dengan host-host atau komputer-komputer yang lain.

Defenisi yang lain adalah, Internet bagaikan sebuah kota elektronik yang sangat besar

dimana setiap penduduk memiliki alamat ( Internet address ) yang dapat untuk

berkirim surat atau maklumat. Jika kita ingin mengelilingi dunia, di atas alam siber atau

media telekomunikasi. Jalur lambatnya menggunakan talian telefon, dan jalur cepatnya

menggunakan talian leased atau ISDN.

Oleh kerana sifatnya berupa ruang yang mirip dengan dunia kita seharian, maka

internet boleh disebut dengan ruang siber ( cyber space)

Sejarah Internet

Sebelum Internet ada, ARPAnet (US Defense Advanced Research Projects

Agency) atau Jabatan Pertahanan Amerika pada tahun 1969 membuat jaringan

komputer yang tersebar di seluruh US untuk menghasilkan maklumat berpusat, yang

apabila berlaku peperangan, maklumat mudah disebarkan. Jadi bila satu bahagian dari

sambungan rangkaian terganggu dari serangan musuh, jalur yang melalui sambungan

itu secara automatik dipindahkan ke sambungan lainnya. Setelah itu

Internet digunakan oleh kalangan akademik (UCLA) untuk keperluan penelitian dan

pengembangan teknologi. Setelah itu, pada awal tahun 1990 kerajaan Amerika Syarikat

membenarkan penggunaan internet untuk tujuan komersial.

Page 3: Internet tmk-kdpm-ipg

Ringkasan Sejarah Internet

1960 - Pakar komputer menemui cara untuk membina sistem rangkaian.

1969 - ARPANET (DoD Advanced Research Project Agency) menyambungkan

UCLA, University of California di Santa Barbara, University of Utah, dan

Stanford Research Institute.

1975 - Pentabdiran internet dipindahkan kepada Agensi Komunikasi Pertahanan U.S.

1979 - USENET mula disebarkan ke sistem perhubungan berita antarabangsa.

1981 - BITNET (Because It's Time Network) mula menawarkan mel-elektronik dan „ list

servers ‟untuk sebaran maklumat. CSNET (Computer Science Network)

menawarkan servis „dial-up‟ untuk e-mail. Perkhidmatan internet menggunakan

komputer pc diperkenalkan.

1982 - TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol) menjadi piawai

Komunikasi rangkaian pada ARPANET.

1983 - MILNET dan DDN (Defense Data Network) diasingkan dari ARPANET.

1984 - Sistem Domain Name Server (DNS) diperkenalkan.

1986 - Cleveland FreeNet memulakan operasi.

1987 - Agensi Sains Kebangsaan US (NSF) menandatangi perjanjian lima tahun ($14

juta ),

dengan IBM, MCI, dan Michigan Educational Research Information Triad untuk

menguruskan rangkaian.

1988 - Robert Morris, Jr. melepaskan "worm" ke Internet.

1990 - CERN ( European Particle Physics Laboratory di Switzerland)

Page 4: Internet tmk-kdpm-ipg

memperkembangkan

World Wide Web.

1991 - NSF memperkenalkan undang-undang siber penggunaan internet untuk tujuan

komersial. DoDDS mula menggunakan CC:Mail.

1994 - Digital video dan audio mula diperkenalkankan melalui Internet.

Page 5: Internet tmk-kdpm-ipg

Kegunaan Internet

Banyak kegunaan yang menguntungkan yang boleh didapati dari Internet dalam semua

bidang (perniagaan, akademik, kerajaan, organisasi dsb), antara lain:

1. Maklumat yang boleh diperolehi dengan lebih cepat dan murah dengan aplikasi:

o Mel Elektronik ( e-mail )

• World Wide Wide ( www )

• NewsGroup

• Multimedia

• FTP

• Gopher

• dan lain-lain

2. Mengurangkan perbelanjaan kertas dan kos pengeluaran dan penyebaran,

contoh:

• Buku di Internet

• Majalah, brosur, dsb

• Sebagai media iklan/promosi, contoh:

• Imej syarikat

• Pengenalan, dan pemesanan produk

3. Komunikasi Interaktif

• Multimedia

• E-mail

• Sidang Video (Videoconferencing)

• Internet Relay Chat

• Internet Phone

4. Sebagai alat Research and Development

5. Pertukaran data

Page 6: Internet tmk-kdpm-ipg

Mel Elekronik (E-Mail)

Mel Elektronik adalah salah satu kemudahan atau aplikasi yang paling banyak

digunakan di internet. Dapat menerima dan menghantar mesej, fail-fail berupa program,

gambar grafik dan sebagainya dari komputer ke komputer lain dan dihubungkan melalui

alat dan perisian komunikasi.

Kelebihan

• Murah

• Cepat

• Mudah

• Berkesan

World Wide Web (WWW)

WWW adalah aplikasi yang paling menarik di internet seperti e-mail aplikasi ini

sangat penting dan banyak digunakan. Aplikasi ini kadang-kadang disebut “The killer

application” atau “the world is in your finger tips” kerana sedemikian mudahnya kita

dapat mendapatkan maklumat tidak hanya teks tetapi gambar ( imej ), maupun

multimedia. Dalam apklikasi ini banyak kemudahan yang dapat dilaksanakan seperti:

• Memesan atau membeli sesuatu barang secara online

• Mendaftar secara online

• Mengakses multimedia, dsb

Informasi yang diletakkan di www disebut “laman web” dan setiap laman web

mempunyai alamatnya masing-masing.

Page 7: Internet tmk-kdpm-ipg

File Transfer Protokol (FTP)

File Transfer Protokol (FTP) adalah salah satu aplikasi di Internet untuk muat

turun (download) dan muat naik (upload) sesuatu fail di FTP server. Dengan ini kita

dapat bertukar fail dengan cepat. Pada masa sekarang terdapat banyak program dan

software yang percuma (free) untuk di muat turun dari mana-mana laman web di

internet.

Sidang Video

Sidang video merupakan perhubungan antara penguna dari berbagai lokasi yang

dihubungkan melalui internet. Perkakasan yang diperlukan oleh setiap pengguna

adalah komputer, kamera tv, perisian komunikasi dan alat untuk perhubungan. Ianya

boleh dianggap, seperti suatu mesyuarat yang dijalankan diruang siber dimana

pesertanya terdiri dari pelbagi lokasi yang berlainan. Pengguna boleh berinteraksi

secara langsung (on-line) antara satu dengan lain.

News Group

News Group merupakan forum diskusi yang merupakan ruangan-ruangan

diskusi yang terpisah dan setiap ruangan mempunyai tajok diskusi yang berbeza-beza.

Disetiap ruangan boleh terdapat lebih dari seorang yang saling bertukar pendapat atau

pandangan. Jadi pendapat yang diberikan boleh diterima oleh semua orang yang ada di

ruangan tersebut. Ianya boleh juga dianggap seperti Bulletin Board yang ada di

sekolah atau pejabat, sehingga setiap orang boleh meletakkan artikel-artikel atau

pendapat-pendapatnya yang boleh dilihat dan dibaca oleh semua orang. Dengan

aplikasi News Group artikel atau surat yang dikirim dapat dengan cepat terletak di

group yang diinginkan.

Page 8: Internet tmk-kdpm-ipg

Telnet

Dengan Telnet kita boleh mengakses komputer yang lain tanpa perlu mempunyai

program komputer berkenaan. Jadi yang dilihat dimonitor komputer adalah isi dari

komputer yang kita hubungkan tersebut. Ini sering juga disebut “ Remote Login”.

Contoh-contoh yang dapat dilakukan dengan Telnet :

• Mencari katalog perpustakaan, kampus, dsb

• Mengakses pangkalan data

• Mengakses Buletin Board Organisasi kerajaan.

Untuk menggunakan Telnet kita harus mempunyai IP adress atau domain name

dan juga kita harus mempunyai hak untuk mengakses yaitu dengan login name dan

katakunci (password).

Gopher

Gopher adalah aplikasi yang dapat mencari informasi yang ada di Internet, tetapi

hanya teks saja atau berasaskan teks. Untuk mendapatkan maklumat melalui Gopher,

kita harus menghubungkan dengan Gopher server yang ada di internet.

Chat

Chat adalah program aplikasi internet yang memungkinkan kita bercakap secara

langsung (on-line) dengan pengguna internet yang lain. Program aplikasi ini biasa

disebut IRC ( Internet Relay Chat ) Disini, berbicara melalui papan kekunci dan harus

mengadakan hubungan dengan IRC server.

Page 9: Internet tmk-kdpm-ipg

Pelayar Internet

Untuk melayari Internet kita memerlukan sebuah komputer, modem dan talian telefon.

Kita juga harus mendaftar ke Internet Service Provider untuk membolehkan akses ke

Internet. Internet Service Provider adalah syarikat yang menyediakan laluan ke Internet.

Kita juga harus mempunyai alamat di ISP.

Jenis Laluan

Jenis laluan yang diberikan oleh Internet Service Provider:

• IP Connection

Kalau semua hardware dan sofware kita ingin dihubungkan secara langsung atau akses

ke Internet, maka kita harus menggunakan IP (Internet Protocol) address.

• Dial UP Connection

Kalau kita menggunakan modem untuk dial ke ISP supaya mendapatkan sambungan

ke Internet, maka dikenal Dial UP akses.

Internet Service Provider di Malaysia

1. JARING Joint Advanced Research Integrated NetworkinG JARING ditadbir oleh

MIMOS (Malaysian Institute of Microelectrinic System)

2. TMNet Telekom Malaysia Networking. Diuruskan oleh Telekom Malaysia

3. DIGI

4. Celcom

5. Maxis

6. P1

7. Yes

Page 10: Internet tmk-kdpm-ipg

Alamat Internet (IP Address)

Alamat IP terdiri dari empat bahagian angka yang dimulai dari angka 1 hingga 255, dan

setiap bahagian dipisahkan oleh titik (.) Contoh : microsoft , alamat IP adalah

198.105.232.4

Nama Domain

Nama domain adalah penamaan suatu alamat yamg memudahkan kita untuk

mengingatnya. Nama domain terdiri dari nama sistem rangkaian, nama organisasi dan

nama jenis organisasi / nama negara.

Contoh-contoh

• www.jaring.my

• www.tm.net.my

• www.waumail.com.my

• www.hotmail.com

Page 11: Internet tmk-kdpm-ipg

Singkatan domain

1. Negara

• au : Australia

• ca : Canada

• fr : Perancis

• uk : United Kingdom

• id : Indonesia

• my : Malaysia

• us : USA

• sg : Singapura

2. Jenis organisasi

• .com : untuk perusahaan atau badan komersial, contoh : apple.com

• .edu : untuk institusi pendidikan, contoh : utm.edu.my

• .gov : untuk badan kerajaan, contoh : moe.gov.my

• .mil : untuk kalangan tentera, contoh : af.mil

• .int : untuk badan bebas antarabangsa

• .net : untuk host yang mengatur jaringan / ISP, contoh : jaring.net

• .org : untuk organisasi swasta yang tidak tergolong dari di atas

Page 12: Internet tmk-kdpm-ipg

Perisian Web Browser

Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk melayari internet. Di antaranya

adalah :

• Internet Explorer

• Netscape

· Mozilla

Bahasa Internet

Untuk tujuan membina perisian dalam internet dan membolehkan pengguna lain

mengakses homepage yang dibina. Pembina homepage perlu menggunakan bahasa

khusus yang digunakan dalam internet iaitu :

• Bahasa HTML (hypertext markup language)

• Bahasa JAVA.

Isu Moral Dan Undang-Undang

Terdapat kebimbangan masyarakat mengenai Internet yang berpunca daripada

beberapa bahan kontroversi di dalamnya. Pelanggaran hakcipta, bahan lucah, curian

identiti, dan fitnah, adalah biasa dan sukar hendak dikawal selia.

Masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan paparan yang terdapat melalui laman

web. Mereka tidak menilai sama ada sesuatu itu benar atau palsu. Kandungan yang

bersifat fitnah dan maklumat palsu amat mudah mempengaruhi pemikiran masyarakat.

Masyarakat sepatutnya menilai sesuatu yang dipaparkan di internet mempunyai

kesahihan atau tidak. Jangan menerimanya secara membabi buta.

Page 13: Internet tmk-kdpm-ipg

Selain itu, banyak syarikat rakaman serta syarikat penerbitan filemmelahirkan

kebimbangan mereka mengenai gejala cetak rompak yang semakin menjadi-jadi

menerusi internet. Pengguna internet boleh memuat turun filem, video ataupun lagu

berformat MP3 secara percuma dengan mudah melalui beberapa laman web tertentu

ataupun melalui perisian rakan-ke-rakan sepertiBittorrent. Pada tahun 2004, Persatuan

Industri Rakaman Amerika (RIAA) telah memfailkan saman terhadap lebih 250 individu

yang menawarkan muat turun lagu yang dicetak rompak.

Page 14: Internet tmk-kdpm-ipg

Penggunaan Internet bagi aspek pengajaran dan profesion

Kebanyakkan responden sebanyak 31.8% menyatakan mereka sangat setuju

dan 40.4% daripada responden menyatakan setuju bahawa penggunaan internet dalam

P&P membantu dalam proses pengajaran mereka dan memberikan imej profesion yang

baik kepada mereka. Walaubagaimanapun, 15.0% daripada responden menyatakan

tidak pasti dan 8.5% dan 3.3% dari responden menyatakan tidak bersetuju dan sangat

tidak setuju mengenai kenyataan ini.

Jika ditinjau mengenai respon pensyarah yang dikaji, ternyata bahawa

penggunaan internet dalam P&P ini memudahkan mereka mengendalikan proses P&P

dengan berkesan (item 1; min 4.13), dapat mempelbagaikan kaedah dan strategi

pengajaran (item 2; min 3.89), pengajaran menjadi lebih menarik dan tidak

membosankan (item 3; min 3.73), menghidupkan suasana pengajaran yang lebih

berkesan (item 4, min 4.07), memudahkan pensyarah menilai dan menyelia tugasan,

kuiz atau ujian pelajar (item 6, 3.63) dan hubungan mereka dengan pelajar bertambah

dengan penggunaan forum, ruangan chat dan email (item 7, 3.78). Selain itu,

pengetahuan dan kemahiran mereka mengendalikan aplikasi internet bertambah baik

(item 8; min 4.04), dan mereka sangat yakin berhadapan dengan pelajar mereka. (item

9; min 3.76) lalu seterusnya meningkatkan imej dan profesion mereka sebagai

pensyarah (item 10; min 4.17).

Penggunaan internet bagi aspek kesan pembelajaran terhadap pelajar

Melalui kajian ini, kita dapat mengetahui bahawai 22.9% daripada responden

menyatakan mereka sangat setuju dan 38.9% daripada responden menyatakan setuju

bahawa penggunaan internet dalam P&P ini memberikan kesan yang baik kepada

proses pembelajaran pelajar. Walaubagaimanapun 21.9% daripada responden

menyatakan mereka tidak pasti dan terdapat 13.0% dan 1.31% daripada responden

pula menyatakan mereka tidak setuju dan sangat tidak setuju bahawa penggunaan

internet ini memberikan kesan yang baik kepada proses pembelajaran pelajar.