Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

30
Interaksi 7 Pendekatan pembelajaran Bahasa Pembelajaran berasaskan aktiviti Pembelajaran berasaskan situasioanal Pembelajaran berasaskan permainan Definisi dan ciri-ciri Langkah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran

description

BMM3117 (Kuliah)

Transcript of Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

Page 1: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

Interaksi 7Pendekatan pembelajaran Bahasa

•Pembelajaran berasaskan aktiviti

•Pembelajaran berasaskan situasioanal

•Pembelajaran berasaskan permainan

Definisi dan ciri-ciri

Langkah pelaksanaan pengajaran danpembelajaran

Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Page 2: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

PEMBELAJARAN

BERASASKAN AKTIVITI

Page 3: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

• Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan.

• Dibawah konteks pendidikan, ia melibatkan segalagerak kerja yang dilakukan oleh guru dan muriduntuk mencapai objektif pelajaran.

• Aktiviti- suatu pendekatan utama dalam pendidikanmoden.

• J. Dewey (1910)- pelajaran haruslah berasaskanaktiviti murid.

• Melalui aktiviti murid, JERIS mereka dapatdikembangkan secara menyeluruh dan seimbang.

• Murid-murid akan belajar dengan lebih berkesanmelalui cara praktik.

Page 4: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

• Didalam konteks pendidikan moden, terdapatpelbagai aktiviti dan tugasan yang boleh digunakandi sekolah.

• Antaranya aktiviti membaca, menulis, mengira, bermain, berbincang, membuat model, melukis, menyelesaikan masalah, menyanyi dan sebagainya.

• Penggunaan pelbagai aktiviti P&P yang disarankandiatas telah menghasilkan beberapa kaedahmengajar yang berkaitan seperti kaedahpenyelesaian masalah, kaedah perbincangan dansebagainya. Kaedah ini juga digunakan untukmembimbing murid-murid menjalankan aktiviti.

Page 5: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

Contoh aktiviti• Dalam sesuatu pengajaran bahasa, murid-murid akan

dilengkapi dengan satu senarai kata yang perlu dikuasai.

• Bagi memahami perbendaharaan kata tersebut, murid-muriddiberi terjemahan dalam bahasa ibunda.

• Di samping itu, murid-murid juga dilatih untuk membentukayat berdasarkan peraturan-perturan nahu yang telah diajar

• Aktiviti membaca merupakan asas untuk mencerakinkan nahuserta menterjemahkan bahasa daripada bahasa sasarankepada bahasa ibunda ataupun sebaliknya.

• Aktiviti menulis merupakan latihan nahu yang telah diajarserta latihan menulis tentang bahan-bahan yang dibaca danditerjemahkan oleh murid-murid.

Page 6: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

Pembelajaran berasaskan

situasional

Page 7: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

• Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatansituasi, berpendapat bahawa pernyataan lisanbukan sahaja merangkumi semua unsur kefahamanmendengar serta penggunaan unsur-unsur bunyibahasa yang betul dalam pola-pola nada danintonasi yang betul tetapi juga merangkumipemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi sertapenyusunan unsur-unsur tersebut dengan betulsupaya tergambar makna yang betul.

Page 8: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

• Pendekatan situasi yang berlandaskan teoribahasa struktural dan teori pembelajaranbehaviouris beranggapan bahawa penguasaankemahiran lisan memerlukan seseorangpenutur menguasai beberapa kemahiran kecilbagi menangkap, mengingat serta menyebutsistem bunyi dan struktur dalam sesuatubahasa yang betul.

Page 9: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

Pendekatan ini berpendapat bahawa pengajarankemahiran mestilah berlandaskan prinsippengajaran berikut:

• Pengajaran kemahiran lisan memerlukan usahaguru yang banyak. Tiap2 gerak balas yang betulperlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangilagi.

• Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancarkalau mereka hanya mendengar pertuturan oranglain sahaja. Jadi, beri mereka peluang mereka untukbertutur.

• Aktiviti pengajaran bertutur bagi pendekatansituasi.

Page 10: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

LATIH TUBI• Latih tubi dijalankan bagi melatih murid menguasai

bahasa, sebutan dan pola yang digunakan oleh guru.

• Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian muridmeniru dan mengulangi sebutan tersebut.

• Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutantersebut, murid harus ulanginya lagi.

• Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang diambildibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid.

Pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan maknadigunakan. Contoh: daki dengan laki, tari dengan lari.

Page 11: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

Dialog dan nyanyian

• Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan.

• Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi olehguru sebelum guru dapat menyuruh muridmeniru dan menghafal dialog.

• Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-muridmenguasai kemahiran lisan kerana menyanyimemerlukan penyebutan bunyi-bunyi denganbetul, mengikut rentak, nada yang betul

Page 12: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

.LATIHAN PANDANG DAN SEBUT

• Gambar-gambar boleh digunakan bagimenghasilkan pertuturan.

• Latihan pandang dan sebut merupakan latihtubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan

• Carta bergambar, bahagian filem dan slaidjuga digunakan.

• Semua alat digunakan supaya murid-muriddapat menghasilkan pertuturan yang baik.

Page 13: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

Pembelajaran

Berasaskan Permainan

Page 14: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

• Permainan adalah satu jenis aktiviti yang menarikdan memikat.

• Aktiviti ini amat secocok dengan sifat-sifat dannaluri semula jadi murid-murid yang sukakanhiburan, cabaran dan kepuasan.

• Guru-guru boleh menggunakan permainan sebagaisatu pendekatan mengajar yang positif. Bermainbiasanya bersifat komunikatif dan menghiburkan.

Page 15: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

• Murid-murid belajar lebih banyak melalui aktivitikerana permainan memberi lebih banyak peluanguntuk melibatkan diri dalam proses komunikasi.

• Bagi guru-guru di sekolah, permainan merupakanalat yang amat penting kerana ia boleh digunakanapabila kanak-kanak berhadapan dengan konsep-konsep dan kemahiran yang memerlukankonsolidasi dan peneguhan.

• Ia juga dianggap penting sebagai alat yang bolehmembantu mendorongkan murid-murid belajarsesuatu yang baru secara berkesan.

Page 16: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

Tujuan Aktiviti Bermain

• Memberi motivasi.

Murid-murid biasanya mahu melibatkan dirisecara aktif dan tidak hanya bertindak sebagaipenonton. Motivasi mereka akan dapatdipertingkatkan sekiranya mereka melihathubungan, bagaimana aktiviti-aktiviti kelasmereka boleh digunakan di luar, terutamayang melibatkan kehidupan mereka seharian.

Page 17: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

• Menggalakkan interaksi.

Peluang-peluang menggunakan tenaga dankebolehan berkomunikasi adalah bahagian-bahagian yang berhubung rapat dalam pengalamanberbahasa. Perkara yang lebih penting ialah kesandaripada hubungan rakan-rakan sebaya.

• Pertandingan.

Permainan memberi peluang kepada murid-muridbertanding sesama sendiri. Permainan bolehmelibatkan peserta, masa, kebolehan tertentu, kecemerlangan dan matlamat-matlamat tertentu. Permainan mewujudkan kecenderungan untukbertanding dan menyalurkannya untuk tujuan-tujuan pembelajaran.

Page 18: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

• Kerjasama

Kerjasama adalah elemen penting dalampermainan. Ahli-ahli sesebuah kumpulanbekerjasama sesama sendiri untuk memastikankumpulan mereka berjaya. Oleh itu, permainanboleh mewujudkan naluri semula jadi manusiauntuk bekerjasama.

• Pembelajaran secara semula jadi

Permainan-permainan yang berbentuk komunikatifmembenarkan pembelajaran secara komunikatif. Banyak aspek pembelajaran bahasa berlaku hanyamelalui proses yang semula jadi apabila seseorangitu terlibat dengan penggunaan bahasa untukberkomunikasi.

Page 19: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

Tujuan Permainan Komunikatif

• Untuk memerangsangkan interaksi verbal murid-murid.

Dalam permainan, murid-murid digalakkanbercakap untuk membolehkan merekamenyuarakan pendapat dan menyatakanpandangan mereka.Guru sebagai fasilitator akanmewujudkan pembelajaran yang “berpusatkanmurid”. Peranan guru ialah menggalakkan interaksidan mengawal keadaan kelas dari segiketenteraman dan displin.

Page 20: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

• Untuk menambahkan kelancaran dan keyakinan.

Permainan boleh digunakan sebagai satu cara untukmenambah dan mempertingkatkan kelancaran dan keyakinanmurid-murid. Fungsi bahasa boleh dilaksanakan melalui araslinguistik yang berbeza-beza. Ini membolehkan permainanyang mengandungi arahan-arahan dapat dilaksanakan padasemua peringkat mengikut kadar kefasihan dan kelancaranserta pengetahuan murid terhadap bahasa tersebut.

• Untuk mewujudkan konteks pembelajaran.

Permainan menyediakan peluang-peluang perhubungan yang positif untuk berkembang, bukan sahaja di antara murid-murid bahkan juga di antara guru dan murid. Perhubunganyang mesra membantu mengharmonikan kelas, membentukperhubungan mesra sesama mereka.

Page 21: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

• Untuk bertindak sebagai alat bagi mengatasikebosanan pada saat-saat kritikal .

Pada saat-saat kritikal seperti waktu hampir-hampir tiba masa makan tengah hari,murid-murid merasa letih dan biasanya mereka akanbosan, mengantuk dna lapar. Permainan dapatmenciptakan satu bentuk komunikasi secarasemula jadi untuk menemui keperluan murid-murid. Contoh: permainan berdasarkan justifikasiperbalahan.

Page 22: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

Prinsip-prinsip bermain

• Permainan yang dipilih untuk sesuatu sesipengajaran dan pembelajaran hendaklah dapatmemenuhi keperluan psikologi murid-murid iaitusesuai dengan umur, minat, kebolehan mental dan pengalaman murid-murid.

• Guru harus peka dengan objektif permainan yang hendak dijalankan Sebaik-baiknya permainanyang telah dipilih itu dapat memenuhi tujuan danmatlamat pengajaran hari itu.

Page 23: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

• Setiap permainan yang dipilih harus dapat memberisumbangan yang besar terhadap peningkatan tahapberbahasa dan pengetahuan atau kemahiran yang hendak dikuasai.

• Sebelum permainan itu dijalankan, guru perlumerancangkannya terlebih dahulu, iaitu bagaimanahendak melaksanakannya, alat-alat yang diperlukan, ganjaran-ganjaran yang perlu disediakan, ruang untukmenjalankan gerak kerja tersebut, penglibatan muriddan sebagainya.

• Penerangan tentang peraturan-peraturan dan syarat-syarat permainan mestilah dijelaskan terlebih dahulusebelum pelajaran dapat dijalankan.

Page 24: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

• Semasa aktiviti permainan dijalankan, guru hendaklah membimbing murid-murid.

• Di bahagian akhir aktiviti, guru bolehlah bincangkankesalahan-kesalahan yang berlaku. Guru juga bolehmenyemak jawapan murid atau membincangkanperjalanan permainan tersebut.

• Guru hendaklah memastikan permainan tersebutmempunyai penutup.

• Permainan harus difokuskan kepada sesuatukemahiran atau pengetahuan.

Page 25: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

Langkah melaksanakan aktiviti

• Guru harus menerangkan terlebih dahulu permainanyang akan dimainkan. Murid-murid harus tahu apakahyang akan dikaitkan oleh permainan itu.

• Sekiranya permainan itu memerlukan penerangan danpenjelasan, guru harus menyediakan kad-kad atausalinan foto. Edarkan salinan foto ini kepada murid-murid dan beri mereka sedikit masa untukmempelajarinya.

Page 26: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

• Guru kemudian menunjukkan cara bagaimanapermainan itu dapat dilaksanakan. Gunakan seorangmurid atau sekumpulan murid dan lakukan demonstrasidi hadapan kelas. Dengan cara ini, idea bagi permainantersebut adalah lebih mudah dikuasai melalui salinanfoto yang dibekalkan, dan penerangan secara verbal tidak dapat membantu pemahaman murid secaraberkesan.

• Permainan hendaklah digunakan mengikut peringkatdalam pelajaran.Ia harus berfaedah dan menyumbangsesuatu bagi mengukuhkan pengetahuan dankemahiran yang hendak dipelajari dan dikuasai.

Page 27: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

• Kelas boleh dikendalikan secara berpasangan atauberkumpulan.

• Permainan secara individu boleh juga dijalankan

untuk mempertingkatkan kemahiran murid-murid.

Page 28: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

Contoh-contoh permainan bahasa

• Nama permainan: Mendengar dan membuat.

• Tujuan: supaya murid-murid boleh mendengardengan betul dan mengikut arahan.

• Bahan: struktur ayat: Pegang hidung kamu, sentuh tangan kamu dan lain-lain.

• Cara bermain : kelas

Page 29: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)

• Langkah-langkah: Guru memberi arahan seperti:

1- Bongkokkan badan kamu

2- Angkat tangan kamu

3- Pusingkan badan kamu.

Murid-murid membuat arahan itu sambil berkata “ Saya bongkokkan badan saya” “ saya angkat tangansaya” dan lain-lain. Jika terdapat perbuatan yang salah, maka murid itu tidak dapat markah, kalaubetul dapat markah.

Page 30: Interaksi Bmm3117 (7)Pengajaran Mikro(Situasional,Aktiviti&Permainan)