Interaksi Antara Organisma Hidup

download Interaksi Antara Organisma Hidup

of 21

description

sains tingkatan 2 bab 4

Transcript of Interaksi Antara Organisma Hidup

  • INTERAKSI ANTARA ORGANISMA HIDUP

  • MANGSA - PEMANGSAIni adalah hubungan antara organisma yang memakan organisma lain dan juga organisma yang kena makan.Pemangsa - Organisma yang memakan organisma lain.Mangsa - Organisma yang kena makan.PemangsaMangsa

  • PERSAINGANPersainganIntraspesiesInterspesies

  • Persaingan IntraspesiesHubungan antara organisma yang sama spesies yang bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama. (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan)

  • Persaingan InterspesiesHubungan antara organisma yang berlainan spesies bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama. (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan)

  • Contoh Persaingan Interspesies

    Tumbuhan bersaing mendapatkan cahaya matahari, garam mineral dan juga air.

  • SIMBIOSISHubungan antara dua spesies yang berlainan yang hidup bersama.

    Ada yang mendapat faedah, dan ada yang mendapat kerugian.

    Jenis simbiosis :KomensalismeMutualismeParasitisme

  • KOMENSALISMEKomensalisme ialah interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat faedah daripada organisma lain.

    Manakala organisma yang satu lagi tidak mengalami sebarang kerugian.

  • Contoh komensalismeIkan remora menumpang pada badan ikan yu untuk mendapat makanan dan Perlindungan

    Ikan yu tidak mengalami kerugian.Ikan remora & ikan yu

  • Contoh komensalismePokok tanduk rusa menumpang pada pokok lain untuk mendapatkan cahaya matahari.

    Pokok tidak mengalami apa-apa kerugianPokok tanduk rusa

  • MUTUALISMEMutualisme adalah interaksi antara dua organisma dengan kedua-duanya mendapat faedahKerbau dan burung gembala kerbau.

    Burung gembala kerbau dapat makanan dengan makan kutu yang ada pada badan kerbau.

    Manakala kerbau pula mendapat manfaat kerana tiada kutu yang menghisap darahnya.

  • Contoh mutualismeBurung dan buaya

    Burung makan sisa makanan yang terdapat di celah gigi buaya.

    Gigi buaya menjadi bersih.

  • Contoh mutualismeLebah dan bunga

    Lebah mendapat makanan (madu) daripada bunga.

    Butir-butir debunga akan disebarkan oleh lebah dan membolehkan berlakunya pembiakan bunga.

  • PARASITISMEInteraksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat faedah, manakala yang satu lagi mendapat kerugian

    Parasit organisma yang mendapat faedah

    Perumah organisma yang alami kerugian

    Parasit biasanya lebih kecil daripada perumah.

    Parasit hidup dalam/pada perumah.

  • Contoh parasitismeKUTU

    Kutu hisap darah daripada perumah

    Perumah kepala gatal, kehilangan darah

  • Contoh parasitismeCACING PITA

    Cacing pita hidup dalam usus kecil manusia.

  • KEPENTINGAN INTERAKSI ANTARA ORGANISMA HIDUPInteraksi antara organisma adalah cara semulajadi untuk mengawal saiz populasi dan membolehkan keseimbangan ekosistem dikekalkan.

  • KAWALAN BIOLOGI Cara yang diamalkan dalam bidang pertanian untuk mengawal perosak tanpa menggunakan racun.

    Perosak dikawal menggunakan musuh semula jadi perosak.

    Interaksi mangsa-pemangsa adalah kawalan biologi yang biasa diamalkan.

    Contoh :Burung hantu dan ular digunakan untuk memburu dan memakan tikus di ladang kelapa sawit.

  • Fikirkan.Apakah kebaikan dan keburukan kawalan biologi?

  • Terima kasih