Ilmu Medan Peran

56
TERHAD BAB 1 PENGENALAN AM 101. Ilmu Medan Perang (IMP) adalah segala kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh seseorang soldadu di medan pertempuran. IMP berkait rapat dengan latihan senjata. Seseorang soldadu yang telah menguasai pelajaran senjata dan mahir dengan IMP boleh dikatakan telah menjadi seorang soldadu yang baik. Pelajaran ini wajib diajar kepada semua soldadu supaya mereka boleh bertempur dengan baik dan penuh semangat untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu pertempuran ataupun operasi. TUJUAN ILMU MEDAN PERANG 102. Tujuan IMP diajar kepada semua soldadu adalah seperti berikut: a. Bergerak dan melakukan ikhtiar hidup dengan pantas di medan perang. b. Memerhati dan mengelak diri dari diperhatikan. c. Menggunakan tanah dan perlindungan. d. Boleh mengagak jarak. e. Boleh menunjuk sasaran, tahu lengkok tembakan dan Perintah Kawalan Tembakan (PKT). f. Tugas sentri. g. Pergerakan menggunakan senjata dan peralatan dengan senyap. 1 TERHAD

Transcript of Ilmu Medan Peran

TERHAD

BAB 1

PENGENALAN

AM

101.Ilmu Medan Perang (IMP) adalah segala kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh seseorang soldadu di medan pertempuran. IMP berkait rapat dengan latihan senjata. Seseorang soldadu yang telah menguasai pelajaran senjata dan mahir dengan IMP boleh dikatakan telah menjadi seorang soldadu yang baik. Pelajaran ini wajib diajar kepada semua soldadu supaya mereka boleh bertempur dengan baik dan penuh semangat untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu pertempuran ataupun operasi.

TUJUAN ILMU MEDAN PERANG

102.Tujuan IMP diajar kepada semua soldadu adalah seperti berikut:

a.Bergerak dan melakukan ikhtiar hidup dengan pantas di medan perang.

b.Memerhati dan mengelak diri dari diperhatikan.

c.Menggunakan tanah dan perlindungan.

d.Boleh mengagak jarak.

e.Boleh menunjuk sasaran, tahu lengkok tembakan dan Perintah Kawalan Tembakan (PKT).

f.Tugas sentri.

g.Pergerakan menggunakan senjata dan peralatan dengan senyap.

h.Sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang keadaan.

i.Perapungan merentasi halangan sungai.

103.IMP meliputi keperluan-keperluan berikut:

a.Pakaian dan Peralatan Perseorangan.

b.Penyamaran dan Perlindungan.

c.Pemerhatian Awalan.

d.Isyarat Senyap Medan.

e.Pergerakan Perseorangan dan Berpasangan Dengan Senjata.

f.Melintas Halangan.

g.Mengagak Jarak.

h.Bantuan Mengagak Jarak.

i.Menunjuk Sasaran.

j.Mengenal Sasaran Melalui Bunyi.

k.Perintah Kawalan Tembakan (PKT).

l.Kad Jarak.

m.Simpulan Tali dan Ikat Mengikat.

n.Mendirikan Khemah Medan.

o.Perapungan Rekaan.

p.Pengenalan Kerja Waktu Malam.

q.Pergerakan Perseorangan Waktu Malam.

r.Mengesan dan Mengenal Bunyi Waktu Malam.

s.Tugas-Tugas Sentri.

t.Menghendap Musuh.

BAB 2

PAKAIAN DAN PERALATAN PERSEORANGAN

AM201.Sebelum melaksanakan sesuatu operasi ataupun latihan, seseorang soldadu mestilah memastikan bahawa semua kelengkapan persendirian mencukupi mengikut seperti mana yang ditetapkan. Ini bertujuan untuk menambahkan keyakinan kepada seseorang soldadu untuk melaksanakan sesuatu operasi ataupun latihan.

202.Pakaian dan peralatan perseorangan ini boleh dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu:

a.Alat kelengkapan pada tubuh.

b.Alat kelengkapan di tali pinggang.

c.Alat kelengkapan di Pack Galas.

d.Peralatan ikhtiar hidup.

e.Peralatan melepaskan diri jika ditawan.

KELENGKAPAN PADA TUBUH

203.Alat kelengkapan pada tubuh yang lazim bagi seseorang askar tempur adalah seperti berikut:

a.Topi Hutan. Topi Celoreng yang diperuntukkan oleh ATM.b.Baju Celoreng. Lengan baju mestilah dilepaskan dan butang dikancing dengan kemas.

c.Seluar Celoreng. Seluar mestilah tidak terlalu longgar atau sempit dan selesa untuk bergerak. Kaki seluar mestilah dipasang gutters.

d.Spike Boot. Spike boot yang diperuntukkan oleh ATM dan tali kasut mestilah diikat dengan kemas supaya tidak terbuka.

e.Disc Pengenalan Diri. Tanda pengenalan yang mengandungi butiran peribadi seperti nama, nombor tentera, agama dan kumpulan darah.KELENGKAPAN DI TALI PINGGANG (WEBBING) 204.Peralatan berikut mestilah dipasang pada tali pinggang:

a.Pouches kiri dan kanan.

b.Kelopak dan Peluru.

c.Parang tajam.

d.Patrol Pack dan rangsum kecemasan.

e.Alat pencuci dan minyak senjata.

f.Field Dressing.

g.Botol air.

205.Peralatan yang dinyatakan di atas mestilah dipasang dengan kemas supaya tali pinggang boleh dipakai dengan keadaan yang selesa.

PACK GALAS

206.Kelengkapan yang mesti dipastikan di dalam pack galas adalah seperti berikut:

a.Rangsum dan alat memasak.

b.Pakaian Celoreng.

c.Hammock.

d.Pisau cukur.

e.Beg air.

f.Alat jahitan.

g.Tuala mandi.

h.Ubat air dan bedak kaki.

i.Ponco.

j.Berus gigi, ubat gigi dan sabun.k.Bateri lampu dan lampu suluh.l.Entrenching Tool.

PERALATAN IKHTIAR HIDUP

207.Peralatan tambahan untuk ikhtiar hidup yang perlu dipertimbangkan untuk dibawa semasa melaksanakan sesuatu operasi adalah seperti berikut:

a.Pisau serba guna.

b.Alat menyalakan api.

c.Alat membuat pancing dan jerat.

d.Tali.

e.Garam.

f.Alat bantuan cahaya (cermin atau asap)

g.Kelengkapan pencuci senjata.

h.Peralatan-peralatan yang difikirkan perlu.

PERALATAN MELEPASKAN DIRI JIKA DITAWAN

208.Jika ditawan oleh musuh, peralatan berikut boleh digunakan untuk melepaskan diri:

a.Peta dicetak di atas kain.

b.Kompas kecil.

c.Pisau kecil.

d.Dawai lembut/kepingan besi keras.

e.Tali sepanjang tali kasut.

209.Peralatan ini boleh diselitkan/disembunyikan di dalam lipatan atau jahitan seluar/baju.

BAB 3

PENYAMARAN DAN PERLINDUNGANAM301.Penyamaran dan Perlindungan adalah salah satu aspek yang amat penting dalam melaksanakan sesuatu operasi. Oleh itu, semua soldadu perlu dilatih supaya bijak dan mahir menyamarkan diri dan peralatan.

PENYAMARAN

302.Penyamaran boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

a.Sumber Semulajadi. Contohnya daun, tanah, arang dan sebagainya.b.Sumber Buatan Manusia. Contohnya krim penyamaran, jaring penyamaran dan sebagainya.303.Perkara-perkara yang perlu disamarkan adalah seperti berikut:

a.Penyamaran pada tubuh.

b.Penyamaran pada peralatan.

304.Cara-cara penyamaran:a.Tubuh. Bahagian yang terdedah dan bercahaya perlu disamarkan dengan krim atau arang mengikut keadaan sekeliling. Pakaian yang dipakai juga mestilah bersesuaian dengan keadaan sekeliling.

b.Peralatan. Peralatan mestilah disamarkan dengan daun-daun atau jaring penyamaran yang dicipta mengikut keadaan sekeliling.

PERLINDUNGAN

305.Perlindungan boleh dibahagikan kepada dua jenis:

a.Perlindungan yang kukuh dan kalis tembakan.

b.Perlindungan yang tidak kukuh dan tidak kalis tembakan.

306.Perlindungan boleh diperolehi sama ada daripada sumber semulajadi ataupun sumber buatan manusia.307.Penyamaran dan perlindungan yang baik boleh diperolehi dengan cara:

a.Samarkan diri dengan tumbuhan, pastikan dapat melihat keadaan sekeliling dari tempat perlindungan.

b.Jika terpaksa memerhati dari kedudukan perlindungan, elakkan bayang-bayang dapat dilihat oleh musuh.

c.Elakkan mengambil perlindungan yang berlatarbelakangkan persekitaran yang cerah/terang.

d.Menggunakan perlindungan dan penyamaran yang sama dengan persekitaran.

e.Menggunakan perlindungan yang dilindungi oleh bayang-bayang pokok.

f.Menggunakan perlindungan yang tidak dapat dikesan semasa bergerak.

g.Mengelak daripada mengambil perlindungan yang ganjil.

h.Bergerak perlahan-lahan dan berhati-hati supaya keselamatan lebih terjamin.

BAB 4

PEMERHATIAN AWALAN

AM401.Pemerhatian Awalan bertujuan menentukan keadaan muka bumi dan tumbuhan yang penting di kawasan tanggungjawab. Pemerhatian yang teliti memerlukan penumpuan penglihatan yang baik. Keselamatan akan terancam jika pemerhatian tidak dilakukan dengan teliti.

PERKARA-PERKARA TERSEMBUNYI YANG DAPAT DIKESAN402.Sebab perkara-perkara yang tersembunyi dapat dikesan adalah seperti berikut:

a.Pergerakan.

b.Bentuk yang berlainan.

c.Penyamaran yang kurang dan tidak sesuai.

d.Habuk, debu ataupun asap.

e.Benda-benda yang bercahaya.

f.Bunyi.

403.Terdapat beberapa faktor yang membolehkan kita membuat penglihatan iaitu:

a.Bentuk. Sesuatu yang membayangkan bentuk.

b.Bayang. Bayang yang terhasil akibat cahaya matahari.

c.Bayangan. Keganjilan dari keadaan sekeliling.

d.Permukaan. Kaki langit dan permukaan air.

e.Jarak. Jarak penglihatan atau jarak dari sesuatu benda.

f.Gerak-geri. Gerak-geri yang dibuat dengan tiba-tiba.

CARA-CARA PEMERHATIAN

404.Cara-cara pemerhatian yang boleh digunakan untuk memerhati benda-benda di atas muka bumi adalah seperti berikut:

a.Membahagikan permukaan bumi kepada petak-petak kecil.

b.Memerhati dari satu petak ke satu petak.

c.Pandang dari kiri ke kanan berbentuk Z.

d.Penglihatan mestilah dibuat dengan teliti.

e.Cari benda-benda yang berlainan.

f.Fikir dan buat perbezaan apakah benda itu.

BAB 5

ISYARAT SENYAP MEDAN

AM501.Isyarat Senyap Medan yang diterangkan di bawah ini adalah untuk kegunaan semua soldadu ATM. Tujuan utama untuk mengelakkan daripada membuat bising semasa menjalankan operasi. Semua Isyarat Senyap Medan hendaklah diberi dengan menggunakan tangan.

CARA-CARA ISYARAT SENYAP MEDAN

502.Cara-cara Isyarat Senyap Medan adalah seperti berikut:

a.Isyarat disampaikan dengan tangan.

b.Senjata sedia ditangan.

c.Isyarat yang diberi mestilah disampaikan melalui seorang demi seorang.

d.Pastikan isyarat yang diberi jelas dan dapat diperhatikan.

e.Pastikan isyarat itu difahami oleh semua.

ISYARAT-ISYARAT SENYAP MEDAN

503.Isyarat Senyap Medan yang biasa digunakan adalah seperti berikut:

a.Tangan Genggam, Ibu Jari Ke Atas. Bagi Kumpulan Tinjau bermakna jejak telah disahkan atau semuanya baik (okay sign).

b.Tangan Genggam, Ibu Jari Ke Bawah. Kehadiran musuh telah dipastikan.

c.Tangan Terbuka Dan Dibengkokkan, Menunjukkan Ke Atas, Ibu Jari Disebelah Luar. Menunjukkan jerangkap samar.

d.Tangan Lurus, Kedua-Dua Jari Telunjuk Dan Jari Tengah Disilangkan. Menunjukkan terdapat halangan dihadapan.

e.Tangan Terbuka, Jari Lurus Dan Rapat, Menunjukkan Ke Bawah, Tapak Tangan Menghala Ke Dalam. Bermakna betulkan kedudukan.

f.Tangan Genggam Paras Bahu. Bermakna, Kumpulan Senjata Bantuan yang dikehendaki.

g.Kedudukan Tangan Dihayunkan Dari Belakang Ke Hadapan. Bermakna Mara.

h.Tangan Genggam, Dua Jari Dilekapkan Di Lengan. Bermakna Ketua Seksyen dikehendaki ke hadapan.

i.Tangan Genggam, Jari Telunjuk Diluruskan Paras Bahu. Bermakna Kumpulan Tinjau dikehendaki.

j.Tangan Genggam, Tiga Jari Diluruskan Dilekapkan Ke Lengan. Bermakna Platun Sarjan dikehendaki.

k.Tangan Genggam Dua Jari Diluruskan Dan Diletakkan Di Atas Bahu. Bermakna pegawai dikehendaki.

l.Tapak Tangan Dirapatkan Di Telinga. Bermakna berhenti untuk mendengar.

m.Tangan Genggam, Diletakkan Berhampiran Telinga. Bermakna berhenti untuk berhubung dengan alat radio.

n.Tangan Diluruskan, Diletakkan Diparas Hidung. Bermakna bersiap untuk serang hendap.

o.Tangan Genggam, Dua Jari Berupa V Ke Mata. Bermakna Kumpulan Penjejak dikehendaki.

p.Tangan Genggam, Jari Telunjuk Dilurus Ke Hidung. Bermakna bersiap untuk serang hendap, anjing pengesan dikehendaki.

q.Tangan Berupa Teropong, Diletakkan Ke Mata. Bermakna Kumpulan Tinjau akan menjalankan tugas.

r.Tangan Genggam, Dua Jari Diluruskan, Diletakkan Ke Bibir. Bermakna berhenti untuk menghisap rokok (masa akan diberi melalui isyarat jari tangan dibuka tutupkan).

s.Kelima-Lima Jari Dikuncupkan Dan Diletakkan Ke Mulut. Bermakna berhenti untuk makan.

t.Tangan Ditepuk Di Atas Kepala, Semua Jari Dirapatkan. Bermakna orang yang memberi isyarat berkehendakkan perlindungan. u.Tangan Terbuka Dipusing-Pusingkan Mengikut Muka Jam Paras Pinggang. Bermakna Pusing Belakang.

v.Lengan Diluruskan Daripada Bawah Paras Bahu Dan Dihayunkan Ke Hadapan Dan Ke Belakang, Semua Jari Dikembangkan. Bermakna Deploy (Mengambil Kedudukan). w.Tangan Genggam, Jari Telunjuk Dan Jari Kelingking Diluruskan Menghala Ke Langit (Seperti Telinga Arnab) Di Paras Bahu. Bermakna Grened.x.Tapak Tangan Dikenakan Pada Senjata Dan Dinaikkan Perlahan-Lahan Buat Beberapa Kali. Bermakna Menjaga Jarak. y.Kedua-Dua Belah Tangan Diluruskan Ke Belakang Berupa Huruf V. Bermakna Formasi Anak Panah. z.Kedua-Dua Belah Tangan Diluruskan Ke Paras Bahu. Bermakna Barisan Melintang.

504.Untuk mencapai keberkesanan penggunaan Isyarat Senyap Medan, semua soldadu di dalam sesuatu kumpulan tersebut mestilah memahami secara keseluruhan Isyarat Senyap Medan yang digunakan.

BAB 6

PERGERAKAN PERSEORANGAN DENGAN SENJATA

AM601.Pergerakan di medan pertempuran dilakukan dalam beberapa cara untuk mengelakkan daripada tembakan dan pandangan musuh. Cara-cara pergerakan ini digunakan mengikut kesesuaian keadaan tanah dan perlindungan. Sungguh pun, pergerakan-pergerakan ini dilihat mudah tetapi memerlukan latihan dan kepintaran.

CARA MENGAMBIL PERLINDUNGAN

602.Perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan ketika mengambil perlindungan ataupun persembunyian:

a.Sebelum bergerak pilih satu tempat perlindungan supaya apabila bergerak tidak dapat dilihat musuh.

b.Semasa bergerak berhati-hati dan mengawasi kawasan serang hendap kiri dan kanan.

c.Fikirkan cara pergerakan yang sesuai untuk bergerak ke perlindungan.

d.Pistol grip sentiasa dipegang supaya mudah bertindak.

e.Gunakan kesempatan dari bunyi angin, hujan dan bunyi-bunyi binatang supaya pergerakan tidak dapat dikesan.

JENIS-JENIS PERGERAKAN

603.Jenis-jenis pergerakan perseorangan dengan rifel adalah seperti berikut:

a.Lari Kera. Pergerakan ini perlu menggunakan tangan dan lutut. Sesuai digunakan di sebalik perlindungan yang tingginya lebih kurang 2 kaki.

b.Merangkak Harimau Bintang. Pergerakan cara ini adalah menggunakan siku dan lutut. Sesuai digunakan di sebalik perlindungan yang rendah.

c.Mengguling/Berguling. Paling sesuai digunakan dari kawasan yang tinggi ke kawasan yang rendah.

d.Berjalan/Jalan Hantu. Berjalan dengan keadaan siap sedia dan sentiasa berwaspada.

604.Pergerakan berpasangan dengan Mesin Gun Ringan (MGR) boleh dilakukan dengan cara berikut:

a.Merangkak Harimau Bintang Cara 1. Serupa dengan pergerakan menggunakan rifel.

b.Merangkak Harimau Bintang Cara 2. Serupa dengan cara 1 tetapi berpasangan.

c.Merangkak Sebelah Badan. Baring mengiring disebelah kiri atau kanan.

d.Merangkak Dengan Lutut. Bergerak dengan menggunakan lutut.

BAB 7

MERENTAS HALANGAN

AM701.Semasa melaksanakan sesuatu operasi kita pasti akan menemui halangan. Halangan-halangan ini biasanya dalam bentuk jalan raya, parit besar, tanah paya, batang kayu besar dan seumpamanya. Apabila merentas halangan kita perlulah berhati-hati kerana biasanya halangan-halangan ini merupakan tempat yang sesuai untuk musuh membuat serang hendap. Elakkan halangan seberapa yang boleh dan sekiranya terpaksa juga merentasinya, maka haruslah dilakukan dengan pantas dan selamat untuk mengurangkan kecederaan.

JENIS-JENIS HALANGAN

702.Jenis-jenis halangan yang biasa ditemui adalah seperti berikut:

a.Dawai Concertina/Kawat Berduri.

b.Pintu Pagar Berduri.

c.Tembok.

d.Jalan Raya dan Lorong.

e.Parit dan Anak Sungai.

f.Kawasan Terbuka.

g.Pokok Mati Yang Besar.

CARA-CARA MERENTAS HALANGAN

703.Berikut merupakan cara-cara merentas halangan:

a.Kawat Berduri.

(1)Hantar Kumpulan Pelindung. (2)Potong kawat yang di bahagian bawah.

(3)Merangkak di celah kawat berduri.(4)Merentas seorang demi seorang.b.Pagar dan Pintu Pagar.

(1)Hantar Kumpulan Pelindung.

(2)Potong kawat yang di bahagian bawah.

(3)Merangkak di celah kawat berduri.

(4)Merentas seorang demi seorang.

c.Tembok.

(1)Hantar Kumpulan Pelindung.

(2)Panjat tembok, badan rapat dengan tembok.

(3)Jika tembok tinggi cara bantu-membantu perlu dilakukan.

d.Jalan Raya Dan Lorong.

(1)Hantar Kumpulan Pelindung.

(2)Gunakan selekoh jalan/lorong.

(3)Rentas dengan pantas seorang demi seorang.

e.Parit dan Anak Sungai.

(1)Hantar Kumpulan Pelindung.(2)Gunakan selekoh.

(3)Rentas dengan pantas seorang demi seorang.

f.Pokok Tumbang.

(1)Hantar Kumpulan Pelindung.(2)Awasi Jerangkap Samar.

(3)Cari jalan lain jika ada.

(4)Jika tiada jalan lain, merentasinya dengan berhati-hati. g.Kawasan Terbuka (kawasan yang terdedah kepada musuh dan tiada perlindungan).

(1)Hantar Kumpulan Pelindung.

(2)Cari kawasan yang sesuai.

(3)Bergerak berhati-hati seorang demi seorang.

(4)Bergerak pada waktu malam sekiranya perlu.

704.Tiap-tiap halangan mestilah dianggap merbahaya. Soldadu perlu berhati-hati dan mengambil tindakan yang betul dan pantas apabila merentas halangan.

BAB 8

MENGAGAK JARAK

AM801.Seseorang soldadu perlulah mengetahui cara-cara mengagak jarak dengan betul. Jarak yang betul dan tepat boleh membantu soldadu menggunakan senjatanya dengan lebih efektif untuk memusnahkan musuh.

CARA-CARA MENGAGAK JARAK

802.Terdapat 2 kaedah yang biasa digunakan untuk mengagak jarak iaitu:

a.Unit Ukur (Unit of Measure).

b.Cara Mengenal Rupa (Appearance Method).

803.Untuk mengagak jarak Unit Ukur adalah seperti berikut:

a.Bayangkan jarak 100m di atas tanah. Anggarkan berapa unit 100m boleh dimasukkan di antara anda dengan objek tersebut mengikut arah pandangan. Sekiranya objek itu 3 unit, bermakna jaraknya ialah 3 kali 100m bersamaan 300m.

b.Cara ini tidak berkesan sekiranya:

(1)Kita dapat melihat keseluruhan tanah di antara pemerhati dengan objek itu.

(2)Jaraknya tidak boleh melebihi 400m.

804.Mengagak jarak cara mengenal rupa adalah seperti berikut:

a.Lihat bentuk rupa sesuatu benda itu.

b.Melihat jarak sesuatu benda itu melalui keadaan sekeliling.

805.Keadaan yang melibatkan bentuk benda adalah seperti berikut:

a.Sebab-sebab benda jauh kelihatan dekat:

(1)Cahaya terang atau matahari memancar dari hadapan pemerhati.

(2)Benda itu lebih besar dari keadaan sekeliling.(3)Terdapat tanah rendah atau tanah mati di antara kita dengan benda itu.

(4)Pemerhati memerhati dari bawah ke atas bukit atau tanah tinggi.

b.Sebab-sebab benda dekat kelihatan jauh:

(1)Cahaya tidak baik atau matahari memancar dari belakang pemerhati.

(2)Benda-benda itu lebih kecil daripada keadaan sekeliling.

(3)Pemerhati memerhati dengan cara mengiring.

(4)Memerhati benda di celah-celah lorong pokok atau lurah.

BAB 9

MENUNJUK SASARAN

AM901.Sesuatu keadaan tanah, jika telah dibentuk dengan susuncara Lengkok Tembakan, ianya akan memudahkan seseorang ketua/penembak menunjuk sasaran. Hasil kajian, cara ini mudah difahami dan dapat diketahui dengan cepat oleh si penembak.

TUJUAN

902.Bab ini akan memberi garis panduan untuk membolehkan tiap-tiap sasaran dapat ditunjukkan mengikut peraturan dengan cara yang betul dan tepat.

MENGATUR LENGKOK TEMBAKAN

903.Lengkok Tembakan (Arc of Fire) mestilah diberi dengan membahagikan tanah seperti berikut:

a.Paksi, sempadan kiri dan kanan.

b.Pembahagian tanah:

(1)Tanah dekat.

(2)Tanah tengah.

(3)Tanah jauh.

c.Tanda panduan.

904.Menunjuk paksi, sempadan kiri dan kanan:

a.Contoh perintah menunjuk paksi: SEKSYEN PANDANG HADAPAN POKOK RIMBUN TERUS KEHADAPAN ITU ADALAH PAKSI.

b.Contoh perintah menunjuk sempadan kiri atau kanan: SEKSYEN PANDANG KIRI/KANAN POKOK MATI TERUS KEHADAPAN ITU ADALAH SEMPADAN KIRI/KANAN.

905.Menunjuk pembahagian tanah:

a.Contoh perintah tanah dekat: SEKSYEN - PANDANG KIRI - JARAK 200 M - POKOK PINANG - MELINTANG KEKANAN ITU IALAH TANAH DEKAT.

b.Contoh perintah tanah tengah: SEKSYEN - PANDANG KIRI - JARAK 400 M - RUMAH BERATAP BIRU MELINTANG KEKANAN ITU IALAH TANAH TENGAH.

c.Contoh perintah tanah jauh: SEKSYEN - PANDANG KIRI - RUMAH BERATAP BIRU - MELINTANG KEKANAN - TERUS KEHADAPAN ITU IALAH TANAH JAUH.906.Menunjuk Tanda Panduan. Tanda panduan merupakan benda-benda yang statik, dipilih di kawasan lengkok tembakan untuk memudahkan panduan bagi menunjukkan sasaran. Untuk memudahkan menunjuk sasaran, ganti nama boleh diberi kepada tanda panduan.

a.Contoh perintah menunjuk tanda panduan:(1) SEKSYEN - PANDANG SEPARUH KANAN - JARAK 200M - RUMAH - TIANG YANG DISEBELAH KIRI - DIKENALI SEBAGAI TIANG.(2) SEKSYEN - PANDANG SUKU KIRI - JARAK 300M - POKOK RIMBUN - PANGKAL YANG DISEBELAH KANAN - DIKENALI SEBAGAI MERAH.CARA MENUNJUK SASARAN

907.Terdapat 3 cara menunjuk sasaran:

a. Menunjuk sasaran cara terus.

b. Menunjuk sasaran cara menggunakan tanda panduan.

cMenunjuk sasaran menggunakan muka jam.908.Cara Terus.a. Sasaran ditunjuk dengan ringkas, nyata, jelas dan boleh ditunjuk dengan pantas.

b. Dalam keadaan terdesak dan tidak mempunyai masa yang cukup.

Contoh:

(1)SEKSYEN - PANDANG SETENGAH KIRI - 300M - POKOK MATI, DI SITU ADA MUSUH.(2)SEKSYEN - PANDANG HADAPAN - 100M - DI SITU ADA MUSUH.909.Cara Tanda Panduan. Pilih benda atau tumbuhan semulajadi yang tidak bergerak diberi nama bagi memudahkan menunjuk sesuatu sasaran dengan jarak yang diketahui.

Contoh:

a. SEKSYEN - PANDANG SETENGAH KIRI - 200M - POKOK MATI SEDIKIT KANAN - RUMPUN HIJAU - DI SITU ADA MUSUH.910.Cara Muka Jam.

a.Letakkan muka jam di tengah-tengah tanda panduan.

b.Sasaran yang sukar ditunjuk dengan cara terus atau tanda panduan.

Contoh:

(1)SEKSYEN - PANDANG SEPARUH KANAN - 300M - PONDOK BURUK - PUKUL TIGA - DERETAN POKOK MATI - POKOK YANG DI SEBELAH KANAN SEKALI - DISITU ADA MUSUH.SASARAN YANG SUKAR DIKENALI

911.Menunjuk dengan Tembakan. Peluru Pengesan boleh digunakan untuk menunjuk sasaran yang sukar dikenali tetapi harus mendapat kebenaran daripada ketua. Contoh perintah menunjuk sasaran dengan tembakan adalah seperti berikut:

a. SEKSYEN PANDANG HADAPAN/KANAN/KIRI - 400M - LIHAT PENGESAN INI - DI MANA KENA DI SITU ADA MUSUH.912.Kawad Kegagalan Mengenal Sasaran yang Ditunjuk. Sekiranya sasaran yang ditunjuk gagal dikenali oleh soldadu, perkara berikut perlu dilakukan:

a.Jika sasaran yang ditunjuk tidak nampak hendaklah menjerit `TIDAK NAMPAK, sasaran akan ditunjuk sekali lagi.

b.Jika menunjuk sasaran cara pertama gagal atau sasaran tak nampak, tukar kepada cara yang lain.

913.Prosedur atau perintah Menunjuk Sasaran itu hendaklah digunakan sebagai satu kawad supaya soldadu yang menerima dapat mengenali sasaran dengan mudah dan tidak membuang masa.

BAB 10

MENGENAL SASARAN MELALUI BUNYI

AM1001.Selalunya dalam situasi Peperangan Melawan Insurgensi (PMI), musuh menembak dari tempat persembunyian dan sukar untuk mengagak kedudukan mereka. Disebabkan masalah ini, latihan mengenal dan mengagak sasaran melalui bunyi amatlah penting kepada semua soldadu. Cara mengesan dan mengagak kedudukan musuh adalah dengan menggunakan kesemua pancaindera:

a.Mata.

b.Telinga.

c.Hidung.

d.Lidah.

e.Tangan.1002.Cara mengesan bunyi yang paling berkesan adalah dengan menggunakan penglihatan (cahaya tembakan, asap, pergerakan, debu dan lain-lain). Jika tidak kelihatan maka pendengaran adalah lebih berkesan.

MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI DARI BUNYI CRACK DAN TUMP1003.Apakah yang dikatakan Crack dan Tump. Crack dan Tump adalah bunyi letupan berpunca dari ketukan pin peletup dan anak peluru meninggalkan laras.

1004.Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bunyi Crack dan Tump adalah:

a.Bunyi Crack dikesan sebelum letupan. Bunyi desingan perjalanan anak peluru dapat dikesan dari mana arah datangnya peluru.b. Bunyi Tump dapat dikesan sebelum anak peluru meninggalkan laras.c.Lanjut atau singkat bunyi Tump menunjukkan jauh atau dekat dengan sasaran itu dan jenis senjata.d.Lebih jauh jarak tembakan lebih panjang atau bunyi Tump.1005.Cara-cara mengesan sasaran melalui bunyi:

a.Dengan lama masa bunyi Crack dan Tump, cuba anggarkan jarak letupan senjata itu.

b.Dengar bunyi Tump, anggarkan jarak dan arah datang bunyi Tump.

c.Lihat arah bunyi Tump tadi, cari kesan-kesan asap, habuk, cahaya atau pergerakan daun-daun.

d.Cari kedudukan yang dijangka musuh berlindung atau bersembunyi dengan cara pemerhatian awalan.

BAB 11

PERINTAH KAWALAN TEMBAKAN

AM1102.Sebagai seorang soldadu, tidak kira apa jua pangkat, anda boleh menjadi ketua sesuatu kumpulan tembakan. Oleh yang demikian semua soldadu mestilah tahu dan memahami Perintah Kawalan Tembakan (PKT).

1102.PKT mestilah diberi dengan cara-cara tertentu dan mengikut peraturan. Perintah mestilah diberi dengan kuat dan terang untuk mudah didengar dan difahami oleh semua soldadu yang terlibat.

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIFIKIRKAN SEBELUM MEMBERI PKT

1103.Orang yang memberikan PKT perlu membuat kajian terhadap perkara-perkara berikut:

a.Adakah jarak sasaran boleh/sesuai ditembak dengan senjata yang ada.

b.Adakah lebih baik menunggu sehingga sasaran sesuai ditembak.

c.Jenis tembakan (Tubi-tubi/biasa).

d.Apakah senjata terbaik yang perlu digunakan.

e.Adakah tembakan sesuai menggunakan senjata rifel atau Mesingan Ringan (MGR).f.Apakah jenis tembakan yang sesuai (sebutir-butir/semburan).

g.Apakah tembakan yang sesuai untuk perlindungan bagi pasukan mara menyerang atau memusnah musuh.

PERATURAN-PERATURAN MEMBERI PKT

1104.Peraturan-peraturan memberi PKT adalah seperti berikut:

a.Kumpulan. Sebagai contoh PLATUN / SEKSYEN / KUMPULAN RAIFAL / KUMPULAN BANTUAN / KUMPULAN TINJAU atau lain-lain lagi.

b.Jarak. Bertujuan menetapkan pejera dan sejauh mana keperluan mencari sasaran. Contoh DUA RATUS / EMPAT RATUS / ENAM RATUS atau lain-lain lagi.

c. Menunjuk Sasaran. Supaya mengetahui arah dan sasaran yang ditunjukkan. Contohnya POKOK MATI / RUMAH BERATAP BIRU SEDIKIT KANAN / PUKUL SEMBILAN POHON RIMBUN atau lain-lain lagi.

d. Jenis Tembakan. Samada sasaran ditembak cara semburan atau sebutir-sebutir. Contohnya TEMBAK / TUBI-TUBI TEMBAK / APABILA MUSUH KELUAR TEMBAK / PERHATI DAN TEMBAK atau lain-lain lagi.

1105.Contoh PKT yang lengkap dan mengikut peraturan adalah seperti berikut:

NO. 1 SEKSYENPAKSI TIGA RATUS RUMAH BERATAP BIRU PUKUL TIGA POKOK RIMBUN DIBAWAH ADA MUSUHTUBI-TUBI TEMBAK.JENIS TEMBAKAN DAN KEDERASANNYA

1106.Contoh jenis tembakan dan kederasannya adalah seperti berikut:

a.TEMBAK. Tembak dengan serta merta dengan kederasan biasa.

b.TUBI-TUBI TEMBAK. Tembak dengan serta merta dengan kederasan tembakan bertubi-tubi.

c.PERHATI DAN TEMBAK. Tembak dengan sendiri bila nampak musuh di tempat yang telah ditunjukkan.

d.TUNGGU PERINTAH SAYA. Bersedia untuk menembak tetapi jangan memulakan tembakan sehingga arahan diberi.

e.TERUSKAN. Teruskan tembakan dengan kederasan biasa melainkan perintah TUBI-TUBI TEMBAK, TERUSKAN diberi.

1107.Perintah-perintah tambahan atau susulan yang harus diberi semasa menembak adalah seperti berikut:

a.BERHENTI. Berhenti menembak tetapi terus memerhati.

b.BUAT SELAMAT. Keluarkan peluru dan isikan semula dengan kelopak penuh. Biasanya perintah diberi bila bersedia untuk mara.

c.TERUSKAN TEMBAKAN. Tembak semula dengan kederasan PKT sebelumnya. Pada masa yang sama ketua akan memberi perintah lain untuk mengawal tembakan bagi mengelakan pembaziran peluru. Contohnya:

(1) KUMPULAN BANTUAN HENTI, KUMPULAN RIFEL TEMBAK / KUMPULAN TINJAU HENTI, KUMPULAN BANTUAN TEMBAK / NO. 1 SEKSYEN HENTI, NO. 2 SEKSYEN TEMBAK atau lain-lain lagi.

(2) KUMPULAN RIFEL DAN TINJAU TEMBAK, KUMPULAN BANTUAN HENTI - KUMPULAN BANTUAN TEMBAK, KUMPULAN RIFEL DAN TINJAU HENTI.(3)NO. 1 SEKSYEN TEMBAK, NO. 2 SEKSYEN HENTI NO. 2 SEKSYEN TEMBAK, NO 1 SEKSYEN HENTI.(4)NO. 1 PLATUN TEMBAK, NO. 2 PLATUN HENTI NO. 2 PLATUN TEMBAK, NO. 1 PLATUN HENTI.UNDANG-UNDANG PKT

1108.Undang-undang PKT adalah seperti berikut:

a.Terang dan jelas.

b. Kuat.

c. Sebagai Perintah.

d. Perenggan atau berhenti.

JENIS-JENIS PKT 1109.Jenis-jenis PKT adalah seperti berikut:

a. PKT Penuh. Diberi apabila mempunyai masa yang mencukupi dan keadaan sasaran yang tidak begitu jelas. Contohnya:

KUMPULAN RIFEL PANDANG SEPARUH KANAN ENAM RATUS POKOK MATI DIBAWAHNYA ADA MUSUH SIAPA NAMPAK TUBI-TUBI TEMBAK.b. PKT Ringkas. Diberi apabila sasaran di jarak yang dekat atau jelas dan mempunyai masa yang singkat. Contohnya:

MUSUH KIRI TEMBAK.c. PKT Bertangguh. Digunakan apabila tindakan musuh dapat dijangka. Contohnya:

SEKSYEN PANDANG SETENGAH KANAN DUA RATUS RUMAH PUTIH DIHADAPAN ADA JALAN RAYA MUSUH AKAN MUNCUL DARI KIRI KE KANAN APABILA MUSUH MUNCUL TUBI-TUBI TEMBAK.d. PKT Perseorangan. Diberi bila musuh kelihatan dalam masa yang singkat dan memberi peluang kepada orang perseorangan menembak dengan cepat. Contohnya:

SEKSYEN PANDANG SETENGAH KIRI DUA RATUS DERETAN RUMAH MUSUH BERADA DIKAWASAN ITU SIAPA NAMPAK TUBI-TUBI TEMBAK.e. PKT Peluru Pengesan. Digunakan bila sasaran tidak dapat ditunjukkan melalui PKT. Contohnya:

SEKSYEN PANDANG SUKU KIRI EMPAT RATUS DERETAN POKOK RIMBUN DISITU ADA MUSUH IKUT PELURU PENGESAN SAYA DI MANA JATUHTUBI-TUBI TEMBAK.BAB 12MEMBUAT KAD JARAK

AM1201.Kad Jarak adalah satu cara untuk mendapatkan penyatuan antara anggota-anggota seksyen dan platun dalam lengkok tembakan tanggungjawab kawasan pertahanan masing-masing. Dalam latihan ataupun operasi, kad jarak mesti disediakan apabila menduduki satu-satu kawasan dalam tempoh masa yang lama untuk memudahkan menunjuk sasaran dan memberi PKT.

KEPERLUAN-KEPERLUAN YANG PERLU ADA DI DALAM KAD JARAK

1202.Keperluan atau data-data yang perlu ada di dalam kad jarak adalah seperti berikut:

a.Keadaan tanah serta bentuk muka bumi atau tumbuh-tumbuhan yang dijadikan tanda panduan serta jarak yang telah diketahui.

b.Arah atau kawasan yang dijangka musuh akan datang.

c.Menyukat dan mencatat jarak ke setiap tanda panduan yang diambil.

d.Tanda panduan yang diubah nama dicatatkan.

e.Tanda-tanda panduan untuk paksi, sempadan kanan dan kiri tidak boleh berubah di atas tanah.CARA-CARA MEMBUAT KAD JARAK

1203.Cara-cara membuat kad jarak adalah seperti berikut:

a.Lukiskan 6 garisan setengah bulatan di atas kertas dan dibalut dengan plastik.

b.Adakah sedikit ruang dibahagian bawah untuk rujukan.

(1)Rujukan Grid.

(2)Cara-cara menyukat jarak.

(3)Siapa yang membuat.

(4)Tarikh dibuat.

c.Pembuat mestilah boleh menghuraikan/menerangkan dengan tepat apa jua yang tercatat dalam Kad Jarak.

d.Letakkan jarak pada tiap-tiap bulatan seperti terdapat atas tanah yang sebenar.

e.Lukiskan tanda panduan pada tiap-tiap jarak.

f.Tuliskan nama-nama pada tanda panduan yang betul.

TUJUAN MEMBUAT KAD JARAK

1204.Kad Jarak dibuat untuk mencapai tujuan-tujuan berikut:

a.Menentukan sempadan kawasan tembakan perseorangan dan seksyen.

b.Mengawasi kawasan hadapan yang dipertanggungjawabkan.

c.Memudahkan mencari sasaran dan mengubah pejera bagi mendapat ketetapan menembak.

d.Memusnahkan sasaran mengikut jarak-jarak membunuh senjata yang ada.

(1)Paksi. Garisan bayangan dari hadapan pemerhati kepada tanda panduan yang membahagikan sempadan kanan dan kiri lengkok tembakan.

(2)Panduan Kanan Dan Kiri. Satu garisan bayangan disebelah kanan dan kiri lengkok tembakan pemerhati bagi had melepas tembakan.

(3)Lengkok Tembakan. Kawasan bahagian hadapan yang dipertanggungjawab kepada perseorangan, seksyen dan platun bagi mengawasi dan memusnahkan musuh yang muncul serta boleh menunjukkan sasaran.

(4)Tanda Panduan. Tanda panduan adalah benda-benda yang tidak bergerak yang terdapat di atas tanah bagi memudahkan menunjukkan sasaran dan panduan jarak.

BAB 13PENGENALAN KERJA WAKTU MALAM/PEMERHATIAN WAKTU MALAMAM1301.Sesuatu penugasan yang dilakukan di dalam operasi, bukanlah terhad kepada waktu siang tetapi dilakukan pada waktu malam. Walaupun Night Vision Goggle (NVG), boleh digunakan tetapi peralatan ini bukanlah sentiasa diperolehi. Oleh kerana itu setiap soldadu perlu dilatih supaya dapat menggunakan pancaindera dengan efektif pada waktu malam.

FUNGSI MATA

1302.Mata berfungsi seperti kamera. Setiap manusia mempunyai 2 sel cahaya yang sensitif untuk melihat iaitu:

a.Sel mata untuk melihat waktu siang hari dipanggil Sel Kon. Ianya boleh melihat warna, boleh membezakan dengan jelas dan boleh melihat bentuk.

b.Sel mata untuk malam dipanggil Sel Rod yang terletak di sekeliling kawasan kon. Sel ini boleh melihat warna putih, hitam dan bayang kelabu. Untuk penglihatan yang berkesan pada waktu malam Sel Rod akan berfungsi.

1303.Sel Kon memerlukan cahaya terang seperti lampu, cahaya bulan dan lain-lain, manakala Sel Rod bekerja apabila tidak mempunyai cahaya terang seperti cahaya lampu, bulan atau matahari.

1304.Waktu malam pandangan tidak boleh tepat pada sesuatu benda yang dilihat oleh kerana sel mata malam berada di sekeliling mata hitam. Lama masa yang diambil bagi menyesuaikan mata dalam gelap bergantung kepada jasmani seseorang biasanya dalam masa 30 saat.

PRINSIP-PRINSIP MELIHAT WAKTU GELAP

1305.Prinsip-prinsip melihat dan melakukan kerja pada waktu malam adalah seperti berikut:

a.Penyesuaian malam dalam gelap.

b.Penglihatan serong.

c.Melihat dengan cara meninjau.

d.Yakin.1306.Penyesuaian Mata Dalam Gelap.a.Sebelum gelap, sesuaikan penglihatan mengikut keadaan yang terdapat pada tanah.

b.Jika terjaga dari tidur, jangan terus bergerak, sesuaikan penglihatan mata selama 30 saat.

c.Jika terkena pancaran cahaya lampu atau suaran penglihatan akan menjadi rabun. Jangan bergerak sesuaikan penglihatan selama 30 saat.

d.Untuk mengelak rabun daripada terkena pancaran lampu dan suaran pejamkan sebelah mata.

e. Seseorang mesti berada di dalam gelap terlebih dahulu untuk membuat penyesuaian mata. 1307.Penglihatan Secara Serong.

a.Memandang sesuatu 100 ke 180 mils dari benda yang dilihat.

b. Untuk membolehkan Sel Rod berfungsi.

c. Sesuatu benda waktu gelap dilihat dengan tepat beberapa saat penglihatan tidak jelas. (Tidak boleh dilihat dengan tepat).

d. Untuk membolehkan Sel Rod menyimpan penglihatan yang jelas adalah dengan mengerakkan mata ke atas dan ke bawah serta ke kiri dan ke kanan.

1308.Meninjau.

a.Penglihatan mata yang pantas di sekitar kawasan yang dilihat.

b. Alihkan penglihatan mata antara 4 - 10 saat dari benda yang dilihat.

c.Meninjau dengan penglihatan mata yang serong.

d.Sel Rod akan melihat perbezaan keadaan benda yang dilihat.

e.Menggunakan penglihatan yang maksima.

1309.Yakin.a.Mestilah yakin dengan apa yang dilihat pada waktu malam.

b.Penglihatan waktu malam terhad jaraknya dan perlu berhati-hati.

c.Benda yang dilihat waktu malam adalah samar-samar, pemerhatian yang fokus akan memberi keyakinan diri.d.Kemahiran mengenal benda-benda pada waktu malam perlu dipelajari. e.Mengetahui sepenuhnya prinsip-prinsip melihat waktu malam.

1310.Cara-cara mengelak dari dikesan ketika melakukan kerja pada waktu malam adalah seperti berikut:

a.Sentiasa berhati-hati dan elakkan dari bunyi bising yang boleh dikesan.

b.Gunakan gergaji lipat jika memotong kayu.

c.Jika memotong kayu dengan parang jangan takuk berturut-turut dan jauh dari tempat duduk sebenar.

d.Jika batuk atau bersin, tutup mulut dengan topi hutan atau lain-lain kain.

e.Jangan berjalan terlalu pantas dan menghentak kaki ke tanah.

f.Cahaya api atau lain-lain ditutup dengan topi hutan atau benda-benda lain supaya cahaya tidak keluar jauh.

g.Lampu suluh yang digunakan dibalut dengan daun-daun kayu dan tebuk lubang kecil untuk cahaya keluar.

h.Bergerak perlahan-lahan, jangan memijak ranting atau kayu yang mati.

BAB 14PERGERAKAN DAN PENGENALAN BUNYI WAKTU MALAM

AM1401.Pergerakan perseorangan pada waktu malam memerlukan pengawasan yang lebih teliti kerana tiap-tiap pergerakan akan memberikan cahaya atau bunyi yang mana dapat dikesan oleh musuh dari jarak jauh. Walaupun kegelapan malam boleh memberi perlindungan daripada pandangan tetapi ia juga mudah memdedahkan kehadiran kita kepada musuh jika tidak diawasi.

PERSIAPAN SEBELUM BERGERAK MALAM

1402.Perkara-perkara berikut perlu dilakukan sebelum bergerak pada waktu malam adalah:

a.Samarkan semua peralatan yang dibawa yang boleh mengeluarkan cahaya.b.Samarkan semua kulit muka dan badan yang bercahaya.c.Gunakan luminous dikaki atau di pack/topi untuk panduan. CARA-CARA MENGURANGKAN BUNYI BISING

1403.Cara-cara mengurangkan bunyi bising semasa bergerak pada waktu malam adalah:

a.Ikatkan tali di sekeliling pergelangan kaki seluar bagi mengelak kaki seluar dari bergesel.

b.Jika ada botol minyak senjata dalam udi tentukan tidak bergoncang.

c.Peralatan di pack dan tali pinggang diikat dengan kemas.d.Kelopak dan peralatan di dalam pouches pastikan tidak mengeluarkan bunyi.

e.Jika memakai helmet balistik, penyamaran hendaklah dibuat. PERATURAN BERGERAK PADA WAKTU MALAM

1404.Peraturan am yang perlu diikuti untuk mengurangkan bunyi bising adalah:

a.Pergerakan hendaklah berhati-hati kerana waktu malam musuh akan lebih mendengar dari melihat.

b. Gunakan kasut spike bagi mengurangkan bunyi semasa berjalan.c.Bergerak, berhenti, dengar dan bergerak semula.

d.Setiap kali berhenti dan mendengar, mestilah di sebalik perlindungan atau di sebalik pancaran cahaya.

e.Meniarap di atas tanah apabila terkena suluhan lampu.

f.Apabila terdengar bunyi-bunyi yang disyaki, diamkan diri sebentar kemudian bergerak mencari perlindungan.

g.Meniarap dan letak telinga di atas tanah bagi mengesan bunyi berjalan atau berlari.

h.Hendaklah bergerak di kawasan yang tidak ada ranting kayu bagi mengelakkan bunyi dan dapat sepenuhnya membuat pemerhatian ke hadapan.

i.Ambil kesempatan untuk bergerak daripada bunyi seperti bedilan artileri, kapal terbang, angin, hujan dan lain-lain yang bergerak.

j.Elakkan daripada berlari, kecuali perlu.

CARA-CARA BERGERAK

1405.Pergerakan pada waktu malam mestilah mengikut cara-cara yang betul untuk mengurangkan bunyi bising. Terdapat dua cara yang efektif untuk bergerak pada waktu malam iaitu:

a.Berjalan.(1)Berjalan dengan cara menimbang berat badan menggunakan tapak kaki belakang (tumit) diangkat tinggi bagi mengelak terpijak ranting-ranting.(2)Letak hujung kaki hadapan perlahan-lahan ke tanah.

(3)Tukarkan berat badan dengan cermat di kaki yang sebelah hadapan.

b.Merangkak.(1)Merangkak menggunakan tangan dan lutut sama seperti pergerakan siang. Di waktu malam tangan menyapu dan membuang ranting-ranting kayu.

(2)Jangan merangkak badan atas tanah kerana akan mengeluarkan bunyi.

(3)Merangkak dengan menggunakan perut kaki ke bawah, senjata dipegang jauh ke hadapan.

(4)Pegang senjata dengan tangan kiri, tangan kanan membuang ranting-ranting kayu.

(5)Gerak badan ke hadapan dengan hujung kaki, angkat badan dari tanah dan gerakan badan ke hadapan dengan perlahan-lahan letak atas tanah.

TINDAKAN APABILA TERKENA CAHAYA

1406.Perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila terkena suaran atau lampu daripada musuh adalah:

a.Jika ada perlindungan bergerak ke belakang perlindungan dengan pantas dan senyap.

b.Jika tanah lapang, diam dan rebahkan diri ke tanah dan matikan diri.

c.Jika kawasan belukar seeloknya-eloknya berdiri dan diamkan diri di sebalik perlindungan kerana mungkin musuh berada berdekatan.

d.Biarkan satu mata tertutup untuk mengelakkan diri menjadi rabun selepas suluhan cahaya bagi penyesuaian mata pada waktu malam.

e.Bunyi letupan suaran selalunya akan memberikan amaran beberapa saat sebelum cahaya menjadi terang. Kesempatan ini digunakan untuk merebahkan badan, berhenti dari berjalan, ambil perlindungan dan pejam sebelah mata.

MATLAMAT MENGESAN BUNYI1407.Mengesan bunyi dapat membantu perkara-perkara berikut:

a.Menentukan samada bunyi itu dibuat oleh binatang, pasukan sahabat atau musuh.

b.Menentukan arah datangnya bunyi.

c.Menentukan jarak.

d.Menentukan jenis senjata apabila berlaku letupan.

CARA-CARA MENGENAL BUNYI

1408.Dalam situasi ini, telinga akan mengambil peranan mata sebagai alat untuk menentukan tempat dan arah terutamanya di kawasan hutan belantara. Untuk memperolehi pendengaran yang baik, perkara-perkara berikut perlu dipatuhi:

a.Berdiam diri dan condongkan sedikit badan ke hadapan serta mulut separuh terbuka.

b.Halakan sebelah telinga ke arah bunyi dan letak tapak tangan di belakang telinga dengan cara dicorong.

c. Baringkan badan ke tanah dan sebelah telinga dilekapkan di atas tanah untuk mendapatkan pendengaran yang lebih jelas.

d.Semasa mengenal dan mengesan bunyi jangan memakai topi.

BUNYI-BUNYI YANG SERING BERLAKU

1409.Bunyi yang sering berlaku dan senang dikesan adalah:

a.Berbual atau berbisik-bisik.

b.Mematah ranting pokok.

c.Memotong atau menebang.

d.Menggali lubang.

e.Mengetuk pokok.

f.Menukar kelopak peluru.

f. Mencekah senjata.

h.Senjata jatuh.

i.Bunyi siulan atau bunyi binatang.

j.Bunyi letupan atau tembakan.

k.Lain-lain bunyi yang dibuat oleh manusia.

KESIMPULAN DARI BUNYI

1410.Kesimpulan yang boleh dibuat hasil dari pendengaran adalah seperti berikut:

a.Memotong Kayu. Musuh atau pasukan sahabat membuat pengkalan.

b.Bunyi Senjata Dicekah. Mencuci senjata atau mengeluarkan peluru.

c.Siulan. Sebagai isyarat.

d.Mengetuk Pokok. Sebagai isyarat.

e.Bercakap/Batuk. Pangkalan sementara.

f.Ranting Patah. Menandakan musuh menghampiri.

g.Cahaya Bergerak. Musuh bergerak taktikal waktu malam.

1411.Tindakan apabila terdengar bunyi-bunyi seperti di atas adalah:

a.Berhenti dan ambil perlindungan, perhati dan dengar dengan teliti.

b.Halakan senjata ke arahnya, pastikan bunyi dengan teliti.

c.Tumpukan perhatian ke arah bunyi dari sebalik perlindungan.

d.Anggarkan jarak dan arah bunyi datang, cuba bergerak ke perlindungan lain untuk mencari bunyi tersebut.

e.Sebelum bertindak, pastikan benar-benar musuh atau pasukan sahabat.

f.Jika benar-benar musuh, bertenang dan terus ambil tindakan.

39TERHAD