HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

53
Tajuk 2: Budaya dan Masyarakat Disediakan oleh: Chin Han Wei

description

HBSS3203 Pengenalan Sosiologi

Transcript of HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Page 1: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Tajuk 2: Budaya dan Masyarakat

Disediakan oleh: Chin Han Wei

Page 2: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Hasil Pembelajaran• Di akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:•  • menerangkan maksud budaya dan kepentingan

budaya dalam masyarakat;• memberi contoh difusi dalam sesebuah

masyarakat;• menyenaraikan serta menjelaskan elemen-

elemen budaya;• menghuraikan maksud integrasi budaya; dan• menjelaskan aspek-aspek variasi budaya serta

sikap terhadap variasi budaya.

Page 3: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Pengenalan Budaya dan masyarakat adalah konsep yang luas dalam memahami

kewujudan sosial masyarakat. Tanpa kedua-duanya konsep ini maka sukar untuk kita memahami kehidupan sebenarnya. Untuk kita memahami gaya hidup berbagai manusia termasuk diri kita sendiri, sosiologi sering kali menggunakan konsep budaya: perkongsian persamaan barangan, ilmu dan kepercayaan sebuah kumpulan manusia atau masyarakat. Konsep ini tidak terhad kepada seni, sastera, dan musik klasik sahaja tetapi merangkumi aspek kehidupan lain dalam masyarakat. Ahli sosiologi membahagikannya kepada dua jenis iaitu: (1) budaya kebendaan yang terdiri daripada objek fizikal yang digunakan oleh manusia untuk mencapai matlamatnya seperti peralatan dan mesin yang digunakan dalam pembinaan, atau komputer dan mesin kira untuk menyelesaikan masalah matematik; dan (2) budaya bukan kebendaan yang terdiri daripada nilai, seni lukisan, bahasa, pandangan dan simbol yang mewakili dunia sosial dan fizikal. Contoh budaya bukan kebendaan ialah cerita dongeng kanak-kanak atau kod perundangan, musik dan pandangan yang dipelajari semasa dewasa. Dalam tajuk ini tumpuan isi kandungan ialah menjelaskan aspek budaya yang bukan kebendaan dan memperlihatkan pengaruhnya keatas ahli masyarakat.

Page 4: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

2.1 Perkembangan Budaya Masyarakat

Page 5: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Konsep Budaya

•Apakah yang dimaksudkan dengan budaya?•Budaya boleh didefinisikan sebagai corak

hidup dan juga sebagai pemahaman persetujuan yang digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti seharian mereka.

•Ahli sesebuah masyarakat perlu berkongsi idea asas yang sama tentang bagaimana masyarakat mereka berfungsi, apa yang penting dalam kehidupan mereka, apakah artifak mereka dan apakah maksud tindak tanduk mereka.

Page 6: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

• Struktur sosial masyarakat merujuk kepada perkara yang praktikal atau instrumen yang berkaitan dengan hubungan sosial manakala budaya merujuk kepada aspek simbolik atau luahan perasaan hubungan sosial tersebut.

• Semua mahluk mempunyai corak kehidupan masing-masing, iaitu cara kepercayaan, gaya membesarkan anak, strategi mencari nafkah seharian dan cara memperolehi habitat dan sebagainya.

• Apa yang menarik tentang budaya ialah ia mencorakan untuk kehidupan sesebuah masyarakat yang diperolehi melalui pembelajaran.

Page 7: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

• Kebanyakan anak haiwan berupaya untuk hidup setelah dilahirkan tetapi tidak dengan seorang bayi.

• Contohnya, beberapa jam setelah dilahirkan seorang anak kuda sudah boleh tendang dan berlari.

• Tetapi untuk seorang bayi yang baru dilahirkan, dia hanya mempunyai beberapa tindakan refleks yang asas.

• Maka persekitaran akan mendidiknya dengan berbagai kemahiran.

• Melalui kemahiran jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial kanak-kanak itu akan memahami budaya dan masyarakatnya.

• Terdapat beberapa kejadian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang dibesarkan dalam keadaan dimana mereka diasingkan daripada bergaul dengan kanak-kanak atau orang dewasa lain, tingkah laku mereka ternyata kurang bersifat manusia.

Page 8: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

• Mereka berkomunikasi hanya dengan berbunyi, tidak mampu mengawal pergerakan mereka dan tidak kisah dengan manusia disekeliling mereka.

• Maka ini ternyata bahawa manusia perlu belajar untuk menjadi manusia.

• Perkembangan manusia bergantung kepada sosialisasinya, iaitu proses interaksi dimana manusia akan mempelajari identitinya dan kemahiran bersosial.

• Isi kandungan sosialisasi berubah daripada satu masyarakat dengan masyarakat lain.

• Melalui proses sosialisasi ini kita memperolehi budaya masyarakat dimana kita dibesarkan; kita belajar corak kehidupan masyarakat kita.

Page 9: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Difusi • Bilakah difusi berlaku?• Kita boleh saksikan aspek-aspek difusi dalam budaya di Amerika

Syarikat. • Contohnya, muzik rock yang popular pada zaman 1960an

digunakan dalam produk komersial. • Begitu juga dengan fesyen yang sering dipinjamkan dan

diubahsuaikan oleh budaya lain. • Makanan seperti pizza dari Itali, frankfurters dari German, tacos

dari Mexico, sushi dari Jepun, falafel dari Timur Tengah dan sebagainya.

• Muzik pula seperti rock dari Amerika dan tarian yang mengabungkan salsa dari Latin Amerika, reggae dari Caribbean, jazz dan blues dari budaya Afrikan Amerikan.

• Perlu dinyatakan bahawa penyerapan budaya asing kedalam budaya asal adalah kurang merbahaya.

• Kebiasaannya budaya asal masih dikekalkan oleh ahli masyarakat tersebut.

Page 10: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

2.2 Elemen Budaya

• Setiap budaya di dunia ini mempunyai caranya tersendiri dalam mengendalikan cara hidup mereka seharian.

• Cara pembelajaran, upacara perkhawinan dan aspek-aspek lain dalam budaya dipelajari dan disampaikan melalui interaksi diantara manusia dalam sesebuah masyarakat.

• Contohnya, di negara India pada kebiasaannya ibu bapa memilih jodoh untuk anak mereka.

• Tetapi di Amerika lain pula caranya. • Ibu bapa memberi kebebasan anak mereka mencari

jodohnya sendiri. • Aspek-aspek budaya yang lazimnya membentuk cara

bagaimana sesebuah masyarakat itu hidup ialah bahasa, norma, kawalan, dan nilai.

Page 11: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Bahasa

• Tahukah anda mengapa bahasa penting untuk sesebuah masyarakat?

• Pada hari ini terdapat sebanyak 7,000 bahasa yang ditutur diseluruh dunia.

• Bilangan ini melebihi jumlah negara yang terdapat di dunia.

• Dalam sesebuah negara mungkin ada lebih daripada satu bahasa yang digunakan untuk bertutur, seperti di Malaysia terdapat bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

• Namun begitu ada juga negara yang hanya menggunakan satu bahasa sahaja seperti di Korea dan Jepun.

Page 12: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

• Melalui penggunaan bahasa atau perkataan, ini akan mencerminkan budaya sesebuah bangsa.

• Contohnya, bahasa Inggeris banyak menggunakan perkataan yang dikaitkan dengan peperangan misalnya, menakluki (conquering) angkasa lepas, memerangi dadah (waging war on drugs), sesuatu yang besar dikatakan sebagai bom (bom).

• Ini mencerminkan betapa pentingnya peperangan dalam budaya Inggeris.

• Begitu juga di Malaysia perkataan yang mempunyai banyak persamaan seperti “galas,” “bimbit,” kepit,” yang mencerminkan bahawa kita banyak menggunakan tenaga anggota.

Page 13: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

• Bahasa merupakan asas pada setiap budaya masyarakat.

• Bahasa adalah sistem perkataan yang bermakna dan bersimbol untuk setiap aspek budaya.

• Ia melibatkan pertuturan, penulisan, nombor, simbol, dan pergerakan yang tidak menggunakan bahasa dan penyataan.

• Memandangkan bahasa merupakan asas sesebuah budaya maka penguasaan beberapa bahasa dilihat sebagai penting dalam perhubungan diantara berbagai bangsa.

Page 14: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

• Ini ternyata dengan penggunaan bahasa Inggeris yang dikatakan sebagai bahasa antarabangsa.

• Penguasaan bahasa tersebut penting untuk kita berinteraksi diperingkat global seperti di persidangan Bangsa-bangsa Bersatu, seminar antarabangsa, dan menerbit penulisan dalam jurnal luar negara.

• Di Amerika, selepas peristiwa September 11 maka kerajaan Amerika mendapati perlunya anggota perisik mereka menguasai bahasa Arab untuk memudahkan menjejak pengganas.

Page 15: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

• Bahasa merupakan budaya universal namun demikian terdapat beberapa perbezaan dalam penggunaannya.

• Misalnya, bahasa Arab menggunakan perkataan yang berbeza mengikut jantina orang yang bertutur.

• Begitu juga dengan bahasa Inggeris dimana penggunnaan “he” dan “she” membezakan siapa yang dimaksudkan dalam perbualan.

• Tetapi dalam Bahasa Melayu kita tidak dapat membezakan diantara jantina sebab tidak ditekankan perbezaan ini.

Page 16: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Norma

•Untuk kita hidup dalam sesebuah masyarakat kita perlu berkongsi pemahaman tentang apa yang boleh kita lakukan dan apa yang tidak boleh diterima oleh masyarakat tersebut.

•Contohnya, kita tidak boleh mengambil barang jiran kita tanpa memberitahunya dahulu.

•Ada perbezaan di antara mencuri dan meminjam dan ini bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak.

Page 17: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

•Persetujuan atau kesefahaman inilah yang mengawal kehidupan seharian kita dan membuat kita berfikir tentang perbuatan kita; apa yang boleh kita arah dan apa yang orang lain boleh arah kita.

•Apabila kita memasuki institusi tinggi, berkahwin, atau memulakan pekerjaan, kita perlu tahu apakah jangkaan orang terhadap kita dalam sesuatu situasi ini.

• Jangkaan seperti itu dipanggil norma.

Page 18: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

•Norma adalah peraturan sosial yang menentukan tingkah laku yang boleh diterima dan tidak boleh diterima dalam sesuatu situasi. Ia memberitahu kita apakah “boleh,” “mesti, ” dilakukan, begitu juga dengan apa yang “tidak boleh,” “tidak semestinya.”

•Didalam semua budaya terdapat peraturan sosial yang melibatkan perkara seks, harta dan keselamatan.

•Tetapi norma bukan sahaja tentang peraturan.

Page 19: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

• Norma menyediakan panduan yang boleh kita aplikasikan kepada tindak tanduk kita agar sesuai dengan orang lain apabila terdapat situasi yang kurang jelas atau kabur.

• Norma menyediakan piawai dimana kita menilai orang lain dan membuat keputusan tentang bagaimana kita berinteraksi dengan mereka.

• Contoh, di barat semasa orang berada dalam pengangkutan awam mereka mungkin membaca surat khabar, merenung kepada iklan, atau bercakap tentang cuaca pada hari itu.

Page 20: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

•Seseorang yang tidak melakukan “peraturan” ini tetapi sibuk bersembang akan dilihat oleh penguna pengangkutan awam yang lain sebagai orang luar daripada kawasan tersebut dan tidak menampakan sebagai seorang yang merbahaya.

•Tetapi sekiranya seorang yang tidak mengikut “peraturan” ini dan cuba menendang kaki penumpang lain, ia akan dilihat sebagai seorang yang merbahaya dan mungkin penumpang tersebut akan menjerit meminta tolong.

Page 21: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

•Walau pun norma merupakan ciptaan manusia, kita mengalaminya sebagai sebahagian daripada ciri persekitaran sosial kita.

•Manusia merujuk kepada beberapa norma yang dianggap penting (kawalan) dan hukuman dijatuhkan kepada mereka yang melanggarnya.

Page 22: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Jenis-jenis norma

• Ahli sosiologi mengkelaskan norma kepada dua jenis iaitu yang formal dan tidak formal.

• Norma yang formal adalah norma yang telah didokumenkan dan ditetapkan jenis hukuman sekiranya seseorang itu melanggar norma tersebut.

• Undang-undang adalah norma yang formal. • Disebaliknya norma yang tidak formal adalah norma yang

diterima pakai oleh sebuah masyarakat tetapi tidak didokumenkan.

• Contohnya, pakaian yang sesuai dipakai. • Memakai baju yang dipenuhi oleh manik berkilat ke

pejabat bukanlah salah tetapi tidak sesuai. • Ia lebih sesuai dipakai ke majlis malam.

Page 23: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Penerimaan norma

• Adakalanya norma tidak diikuti oleh kebanyakan ahli masyarakat.

• Contohnya, merokok tidak digalakkan dalam masyarakat Malaysia tetapi remaja kita masih menghisap rokok dalam atau luar sekolah.

• Ada juga terdapat tingkah laku yang tidak boleh diterima oleh masyarakat tetapi diterima oleh segolongan ahli dalam masyarakat tersebut.

• Contohnya, lumba haram sangat diminati oleh kumpulan remaja “Mat Rempit” yang telah menjadikannya norma atau budaya mereka tetapi tidak diterima sebagai norma masyarakat di Malaysia.

Page 24: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

• Adakalanya norma diketepikan disebabkan ia bercanggah diantara satu norma dengan norma yang lain.

• Contohnya, anda terdengar jeritan kanak-kanak yang menakutkan, yang didera oleh ibu bapanya.

• Anda serba salah untuk mengambil tindakan. • Sekiranya anda ingin menolong anda mungkin

merasa seolah-olah anda telah menjaga “tepi kain” orang, manakala membiarkan jeritan tersebut mungkin akan menggalakkan penderaan berlanjutan.

Page 25: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

• Ada juga norma yang bercanggah tetapi masih boleh diterima.

• Contohnya, membunuh seseorang bukanlah norma yang boleh diterima dimana-mana negara.

• Tetapi membunuh dengan sebab mempertahankan diri boleh diterima.

• Begitu juga membunuh musuh dalam peperangan adalah norma dan adakalanya diberi ganjaran dan kepujian keatas seseorang pahlawan itu.

Page 26: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

•Penerimaan norma juga bergantung kepada perubahan situasi politik, ekonomi dan sosial.

•Contohnya, di Malaysia pada zaman sebelum merdeka perkahwinan campuran diantara kaum tidak dapat diterima sebagai norma masyarakat kita.

•Tetapi pada hari ini perkahwinan campuran sudah menjadi norma terutamanya di bandar seperti Kuala Lumpur.

Page 27: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Kawalan

• Kawalan dimaksudkan sebagai hukuman dan ganjaran keatas tingkah laku bersabit dengan norma sosial.

• Sekiranya seseorang itu mematuhi norma yang mendorong kepada kawalan positif beliau akan menerima pujian atau ganjaran.

• Manakala kawalan negatif berupa denda, ugutan atau dipenjarakan.

• Contohnya, seorang pemandu kenderaan yang tidak membayar tiket letak kereta akan dikenakan saman.

Page 28: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Nilai

• Nilai merupakan andaian dan penilaian yang dilakukan terhadap bahan, matlamat atau keadaan yang dipandang penting, keinginan dan perlu dikejar.

• Contoh, di Amerika menghormati hak individu memiliki harta adalah satu nilai penting, begitu juga dengan hak individu bersendirian dan kebebasan bersuara.

• Nilai membentuk sistem norma masyarakat dengan mendefinisikan kriteria untuk menilai tingkah laku yang mana boleh diterima dan yang mana ditolak.

Page 29: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

• Namun begitu nilai tidak semestinya penentu tingkah laku kita.

• Normalah yang menentukan persepsi tingkah laku yang ideal dalam sesuatu situasi; ia tidak semestinya mencerminkan perkara atau tingkah laku yang sebenarnya.

• Walau pun nilai hak individu itu adalah satu nilai yang penting dalam masyarakat di Amerika, namun begitu barang kepunyaan pelajar boleh diperiksa oleh guru dan pentadbir sekolah, kehidupan pekerja boleh disiasat oleh majikannya dan sejarah latar belakang peminjam boleh diberitahu kepada pihak bank.

Page 30: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

•Nilai mempengaruhi tingkah laku manusia dan digunakan sebagai kayu ukur untuk menilai tingkah laku orang lain.

•Nilai, norma dan kawalan sesebuah budaya ada hubungan diantara satu sama lain.

•Misalnya, sebuah masyarakat yang meletakkan nilai tinggi keatas institusi kekeluargaan akan ada norma (dan kawalan ketat) sebagai usaha untuk memastikan tidak berlaku zina atau perceraian.

Page 31: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

• Nilai sebuah budaya boleh berubah tetapi kebanyakan nilai seseorang itu akan berkekalan sepanjang hayatnya.

• Ahli sosiologi Robin Williams (1970) menyenaraikan nilai asas manusia sebagai berikut:▫kejayaan▫kecekapan▫keselesaan kebendaan▫nationalisma▫keadilan▫keagungan sains▫penjelasan melebihi kepercayaan

Page 32: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

•Nilai pelajar yang memasuki institusi tinggi di Amerika berbeza dengan senarai nilai asas manusia oleh Robin Williams.

•Selama 39 tahun yang lepas pelajar di Amerika Syarikat telah meletakkan nilai “menjadi mewah dari aspek wang ringgit,” sebagai nilai yang berkaitan dengan wang ringgit, kuasa.

•Tahap kedudukan pula sebagai nilai yang semakin diterima.

Page 33: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

•Nilai “membentuk falsafah hidup yang bermakna,” sebagai nilai kesedaran sosial, manakala altruism (seperti menolong orang) merupakan nilai yang semakin diketepikan.

• Pada akhir-akhir ini pelajar di universiti didapati mempunyai budaya plagiarism dimana sebahagian besar tugasan bertulis mereka diceduk daripada internet.

Page 34: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

2.3 Integrasi Budaya dan Variasi Budaya• Setiap kaum mempunyai budaya yang tersendiri.

Setiap budaya pula mempunyai keunikannya. • Contohnya, mereka yang tinggal di kawasan yang

mempunyai empat musim akan mengalami musim luruh, sejuk, bunga dan panas.

• Pada setiap musim pula mereka akan mengenekan pakaian yang bersesuaian dengan musim yang dialami.

• Berlainan pula dengan mereka yang tinggal di kawasan khatulistiwa, mereka akan sentiasa mengalami musim panas dan pakaian mereka nipis.

• Begitu juga dengan makanan.

Page 35: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

• Mereka yang tinggal di negara Malaysia, Thai, Indonesia dan India lebih gemar memakan nasi berbanding dengan mereka yang tinggal di Amerika, Australia dan United Kingdom yang lebih gemar memakan ubi kentang.

• Maka budaya sebuah kaum itu disesuaikan dengan keadaan seperti cuaca, lokasi, bilangan penduduk dan juga tahap teknologi.

• Walau pun terdapat persamaan seperti agama namun terdapat variasi di antara setiap budaya di dunia.

• Contohnya, di Malaysia terdapat variasi dalam budaya di antara orang Melayu di negeri-negeri di utara dan selatan.

Page 36: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Aspek Variasi Budaya

Page 37: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Budaya Kecil

• Contoh budaya kecil adalah seperti petani yang bekerja di bendang, nelayan yang ke laut, penjual sayur di pasar.

• Mereka ini merupakan sebahagian kecil daripada masyarakat yang lebih besar.

• Mereka juga mempunyai nilai, norma, dan adat resam tersendiri yang berlainan daripada masyarakat umum.

• Maka budaya kecil ini boleh dianggap sebagai budaya yang wujud dalam sebuah budaya yang dominant dalam sebuah masyarakat.

• Kewujudan banyak budaya kecil ini ternyata wujud dalam sebuah masyarakat seperti di Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum yang tinggal dalam sebuah negara.

Page 38: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

• Ahli budaya kecil ini melibatkan diri dalam budaya yang dominan dalam masyarakat dan pada masa yang sama mereka juga melibatkan diri dalam budaya kecil mereka.

• Maka keadaan ini akan mewujudkan sebuah bahasa (argot) yang hanya digunakan oleh ahli dalam budaya kecil tersebut.

• Misalnya, orang nelayan ada bahasanya tersendiri di mana perkataan-perkataan yang disebut mungkin kita yang bukan daripada kaum nelayan tidak akan memahami.

• Bahasa inilah yang digunakan oleh ahli dalam budaya kecil (kaum nelayan) sebagai corak komunikasi diantara mereka.

Page 39: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

•Contohnya, di Malaysia kita sering mendengar tentang budaya anak-anak remaja kita.

•Mereka ini adalah dalam golongan usia belasan tahun, mempunyai gaya hidup mereka tersendiri; pakaian, muzik, bahasa dan makanan mereka adalah berlainan daripada golongan usia 20an dan 30an.

•Mereka ini juga digolongkan dalam budaya kecil.

Page 40: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Counterculture

• Counterculture merujuk kepada corak budaya yang kuat menentang budaya yang diterima oleh masyarakat umumnya.

• Contohnya, pada tahun 60an terdapat kumpulan remaja counterculture yang menolak budaya aliran utama pada masa itu yang dikatakan sebagai terlalu pentingkan diri, kuat bersaing, dan menekankan kebendaan.

• Kumpulan hippies dan counterculture yang lain lebih gemar kepada budaya yang lebih bercorak gaya hidup bekerjasama dan budaya yang memperkembangkan pertumbuhan individu daripada budaya yang menyanjung kebendaan seperti memiliki rumah dan kereta mewah.

• Perbezaan ini mengakibatkan setengah golongan manusia “keluar” daripada kumpulan masyarakat tersebut.

Page 41: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Kejutan Budaya

• Istilah kejutan budaya merujuk kepada perasaan yang bersifat mengelirukan (disoriented) dan menekankan (stress) yang dialami oleh manusia apabila mereka memasuki atau mengalami persekitaran budaya yang mereka tidak biasa.

•Terdapat banyak perbezaan di antara budaya sebuah negara dengan negara yang lain.

•Ramai manusia yang beranggapan bahawa budaya negaranya adalah lebih hebat daripada budaya negara lain.

Page 42: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

•Dengan berlandaskan pemikiran sedemikian maka tidak hairanlah apabila seseorang itu mengembara atau melancong ke negara lain, mendapati dirinya kurang selesa dengan budaya yang dilihatnya.

•Contohnya, seorang pelajar Melayu yang tinggal di luar bandar, mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke sebuah universiti di luar negara seperti di New York.

Page 43: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

• Memandangkan beliau tidak pernah keluar daripada kampung halamannya maka pastinya beliau akan terkejut melihat gaya hidup penduduk di kota raya kosmopolitan New York yang berpusu-pusu berjalan ke destinasi masing-masing tanpa mengindah orang lain, jenis pakaian yang mereka pakai dan cara pergaulan mereka seharian.

• Semua ini akan dilihat sebagai sesuatu yang sangat pelik dan asing bagi beliau. Perasaan yang dialami pada ketika itu boleh ditafsirkan sebagai beliau sedang melalui satu kejutan budaya

Page 44: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Sikap terhadap Variasi Budaya: Ethnosentrism, Cultural Relativism

Page 45: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Etnosentrisme

• Apabila seseorang itu melalui kejutan budaya iaitu mengalami budaya yang baru maka kemungkinan beliau akan mula mentafsir budaya tersebut dengan membuat perbandingan dengan budayanya sendiri.

• Selalunya beliau akan membuat rumusan iaitu budaya yang baru ini adalah kurang baik berbanding dengan budayanya.

• Contohnya, kumpulan budaya seperti Caribs, Kiowas, Lapps dan Tunguses menganggap diri mereka sebagai “manusia” dan ini dengan tidak langsung membuat mereka memandang yang bukan ahli kumpulan-kumpulan mereka sebagai kurang “manusia.”

Page 46: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

• Etnosentrisme wujud disebabkan kurang pemahaman tentang budaya. Sekiranya kita melihat sesuatu budaya luar daripada konteksnya kemungkinan budaya itu akan dilihat sebagai pelik atau aneh.

• Contohnya, di zaman dahulu di negara Cina kaum perempuan dikehendaki mengikat atau membalut kaki mereka agar saiz kaki tidak membesar.

• Pada kita perbuatan ini dilihat sebagai zalim dan mendiskriminasi kaum perempuan tetapi tidak bagi orang Cina pada zaman itu.

• Perempuan yang saiz kaki kecil dilihat sebagai cantik dan menawan.

Page 47: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

•Di Malaysia kita membuka kasut apabila kita memasuki rumah sebagai tanda menghormati tetapi di negara Barat budaya ini dilihat sebagai kurang selesa.

•Mereka sebaliknya memakai kasut sehingga masuk ke dalam bilik tidur.

Page 48: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Cultural Relativism

• Sekiranya kita menganggap bahawa etnosentrisme adalah satu anggapan yang kurang tepat yang dilakukan terhadap sesebuah budaya maka alternatifnya ialah cultural relativism.

• Mempraktikkan cultural relativism adalah sesuatu yang bukan mudah.

• Kita perlu mempunyai sikap terbuka terhadap budaya orang lain, menerima nilai dan norma yang berbeza, serta tidak menilai mengikut kepercayaan dan nilai kita.

• Sikap begini sangat penting pada hari ini dimana kita berinteraksi dengan manusia daripada berbilang kaum dan budaya.

Page 49: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

•Di Malaysia terdapat tiga kaum dan di negara seperti Amerika, Britain dan Australia pula terdapat berbagai bilang bangsa tinggal di negara-negara tersebut.

•Melalui hubungan internet kita mampu berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dari seluruh dunia.

•Kesemua hubungan ini sangat penting untuk memastikan manusia memahami budaya serta dapat menerimanya dengan fikiran terbuka.

Page 50: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

RUMUSAN

• Budaya boleh didefinisikan sebagai corak hidup dan juga sebagai pemahaman persetujuan yang digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti sehariannya.

• Budaya ini dicorakkan melalui pembelajaran iaitu integrasinya dengan masyarakat disekelilingnya.

• Semasa berinteraksi ini juga manusia akan menyerapkan budaya orang lain kedalam budayanya iaitu melalui proses difusi.

• Terdapat beberapa elemen dalam budaya seperti bahasa, norma, kawalan, dan nilai.

Page 51: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

• Setiap elemen ini mempunyai fungsinya tersendiri dalam membentuk sesuatu budaya.

• Setiap budaya di dunia mempunyai keunikannya tersendiri.

• Kelainan budaya ini dipengaruhi oleh keadaan seperti cuaca, lokasi, bilangan penduduk dan juga tahap teknologinya.

• Variasi dalam budaya akan menimbulkan budaya kecil, counterculture dan kejutan budaya.

• Begitu juga dengan sikap manusia terhadap variasi budaya.

Page 52: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

•Disebabkan variasi inilah maka ada manusia yang bersikap etnosentrisme; hanya memandang budayanya lebih baik daripada budaya lain.

•Maka kita perlu menilai sesebuah budaya itu mengikut nilai masyarakat budaya tersebut.

Page 53: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2

Rujukan

•http://www.TheSociologyPage.com (or http://www.macionis.com)

• •Macionis, J.J. (2005). Sociology. Upper

Saddle River: Pearson.•  •Schaeefer, R.T. (2008). Sociology. Boston:

McGraw Hill