Topik Persekitaran 3 Budaya -...

24
PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah yang merangkumi elemen budaya. Kita akan membincangkan kepentingan budaya kepada perniagaan antarabangsa dan juga risiko yang boleh ditimbulkan oleh budaya ke atas perniagaan antarabangsa. Dalam dunia masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa adalah penting bagi mana-mana pengurus untuk menghargai dan peka terhadap perbezaan budaya, lebih-lebih lagi dalam keadaan silang budaya. Bahasa asing, perbezaan kepercayaan dan nilai merupakan ciri persekitaran perbezaan budaya. Oleh itu, pengurus global perlu membina pemahaman dan kemahiran dalam berurusan dengan budaya lain bagi mengelakkan daripada melakukan kesilapan kebudayaan. Pengaruh budaya ke atas perniagaan antarabangsa dibincangkan bersama dengan cara mengatasi cabaran budaya. Topik 3 Persekitaran Budaya HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisikan budaya dan risiko silang budaya; 2. Menjelaskan kepentingan budaya dalam perniagaan antarabangsa; 3. Menentukan bagaimana perbezaan budaya mempengaruhi perniagaan antarabangsa; 4. Menentukan bagaimana elemen budaya seperti bahasa, agama, struktur sosial dan interaksi, estetik dan nilai budaya mempengaruhi perniagaan antarabangsa; dan 5. Membincangkan cara mengatasi cabaran budaya.

Transcript of Topik Persekitaran 3 Budaya -...

Page 1: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

� PENGENALAN

Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah yang merangkumi elemen budaya. Kita akan membincangkan kepentingan budaya kepada perniagaan antarabangsa dan juga risiko yang boleh ditimbulkan oleh budaya ke atas perniagaan antarabangsa. Dalam dunia masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa adalah penting bagi mana-mana pengurus untuk menghargai dan peka terhadap perbezaan budaya, lebih-lebih lagi dalam keadaan silang budaya. Bahasa asing, perbezaan kepercayaan dan nilai merupakan ciri persekitaran perbezaan budaya. Oleh itu, pengurus global perlu membina pemahaman dan kemahiran dalam berurusan dengan budaya lain bagi mengelakkan daripada melakukan kesilapan kebudayaan. Pengaruh budaya ke atas perniagaan antarabangsa dibincangkan bersama dengan cara mengatasi cabaran budaya.

Topik

3� Persekitaran

Budaya

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mendefinisikan budaya dan risiko silang budaya;

2. Menjelaskan kepentingan budaya dalam perniagaan antarabangsa;

3. Menentukan bagaimana perbezaan budaya mempengaruhiperniagaan antarabangsa;

4. Menentukan bagaimana elemen budaya seperti bahasa, agama,struktur sosial dan interaksi, estetik dan nilai budayamempengaruhi perniagaan antarabangsa; dan

5. Membincangkan cara mengatasi cabaran budaya.

Page 2: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

� TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA 44

KONSEP BUDAYA

Budaya telah didefinisikan dalam pelbagai cara. Menurut pengurusan moden, Hofstede melihat budaya sebagai „pemprograman minda manusia‰ (Cavusgil et al., 2008), manakala, dalam istilah berorientasikan perniagaan, Terpstra dan David (1991) mendefinisikan budaya sebagai „satu set simbol yang dipelajari, dikongsi, menambat hati dan saling berkaitan dengan maknanya yang menyediakan satu set orientasi untuk ahli dalam sesuatu masyarakat‰.

Definisi budaya yang digunakan untuk topik ini adalah yang diberikan oleh Whitely dan England (1977) yang menggambarkan budaya sebagai „pengetahuan, kepercayaan, seni, undang-undang, moral, adat resam dan kebolehan lain yang dimiliki oleh sesebuah kumpulan, yang membezakannya daripada kumpulan lain‰.

Walaupun terdapat pelbagai definisi yang berbeza, budaya mempunyai empat ciri yang umum, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Empat ciri budaya

3.1

Page 3: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA �

45

Mari kita lihat penerangan setiap ciri tersebut dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Penerangan Empat Ciri Budaya yang Umum

Bil Ciri Penjelasan

1. BBudaya adalah dipelajari

Ia merupakan tingkah laku yang dipelajari dan dipindahkan melalui proses pembelajaran dan interaksi dengan persekitaran dan ia tidak diwarisi.

2. BBudaya adalah tidak ketara

Ia bukan mengenai „benda‰ seperti produk atau nilai. Ia menekankan tentang makna yang tidak dapat dilihat sebaliknya harus disimpulkan.

3. BBudaya perlu dikongsi Ia tidak dimiliki oleh seseorang individu tetapi dikongsi antara individu yang merupakan ahli sesebuah kumpulan atau masyarakat. Budaya dikenal pasti melalui sesuatu bangsa, firma atau masyarakat.

4. BBudaya adalah saling berkaitan

Ia merangkumi pelbagai bahagian berbeza yang saling berkaitan, sebagai contoh, budaya seseorang seperti bahasa atau agama memberi kesan ke atas bahagian lain.

RISIKO SILANG BUDAYA DAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Budaya penting dalam perniagaan antarabangsa. Budaya merupakan bahan utama dalam pengurusan perniagaan antarabangsa. Biasanya syarikat multinasional (MNC) beroperasi dalam persekitaran budaya yang berbeza digambarkan melalui bbahasa asing, kkepercayaan, nnilai dan ggaya hidup. Budaya boleh menjadi satu liabiliti keasingan dan menimbulkan risiko kepada kejayaan MNC di luar negara.

Risiko silang budaya merujuk pada situasi atau peristiwa dengan kkesilapan komunikasi budaya yang menyebabkan nnilai kemanusiaan dipertaruhkan.

Cavusgil et al., 2008

3.2

Page 4: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

� TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA 46

Impak budaya ke atas perniagaan antarabangsa merangkumi pelbagai aspek daripada formulasi strategi dan komunikasi hingga operasi pelaburan asing dan struktur organisasi. Pengurusan silang budaya yang efektif terhadap sumber dan pengendalian sesebuah firma merupakan satu kelebihan daya saing yang utama. Budaya boleh memberi kesan ke atas tugas pengurusan dalam pelbagai cara seperti berikut:

(a) Strategi pemasaran yang melibatkan pembangunan produk, perkhidmatan dan pengiklanan;

(b) Strategi pelaburan langsung asing (FDI) seperti komunikasi dan interaksi dengan rakan kongsi asing, penyaringan dan pemilihan pengedar asing dan rakan kongsi lain, perundingan dan penstrukturan usaha niaga perniagaan antarabangsa;

(c) Amalan perniagaan seperti interaksi dengan pelanggan semasa atau calon pelanggan dari luar negara;

(d) Pengurusan sumber manusia antarabangsa; dan

(e) Reka bentuk organisasi dan tingkah laku seperti motivasi, kepimpinan dan persepsi.

ELEMEN BUDAYA

Seterusnya, kita akan membincangkan elemen budaya. Budaya mempunyai pelbagai komponen yang berhubung kait dengan banyak pemboleh ubah, sebagai contoh, bahasa dan agama. Sesetengah elemen budaya adalah atribut ketara yang mempunyai dimensi objektif (seperti simbol, warna, seni dan muzik) sementara sesetengah lain mempunyai atribut tak ketara (seperti nilai, sikap, norma dan agama). Pengurus perniagaan antarabangsa perlu mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang mendalam tentang komponen budaya yang berbeza. Elemen asas dalam budaya yang penting dalam perniagaan antarabangsa ialah bahasa, agama, pendidikan, struktur sosial, interaksi, estetik dan nilai budaya.

3.3

Apabila bekerja dalam persekitaran perniagaan global, pengetahuantentang kesan perbezaan budaya adalah sangat penting untuk kejayaanperniagaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang profil budayanegara berbeza, layari laman web http://www.worldbusinessculture.com.Kongsi hasil pencarian anda dengan rakan sekuliah.

AKTIVITI 3.1

Page 5: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA �

47

3.3.1 Bahasa

Mari kita sambung perbincangan dengan melihat kepada elemen budaya yang pertama iaitu bahasa. Bahasa merupakan salah satu dimensi utama bagi budaya. Bahasa dianggap sebagai „cermin‰ budaya dan memberi pemahaman tentang budaya. Ia adalah penting bagi komunikasi dan sosialisasi asas dengan nilai dan norma dinyatakan dan disampaikan. Bahasa merupakan kuasa yang berupaya menyatukan dan juga memisahkan. Diversiti dalam bahasa wujud di antara dan di dalam sempadan negara. Kini, dunia mempunyai hampir 7,000 bahasa yang aktif. Negara India sahaja mempunyai lebih daripada 200 bahasa pertuturan. Jadual 3.2 menunjukkan bahasa-bahasa utama di dunia.

Jadual 3.2: Bahasa Utama Dunia

Bahasa Keluarga Lokasi Utama Bil. Penutur

(anggaran dalam juta)

Cina Sino-Tibet China 885

Inggeris Indo-Eropah (kumpulan Germanik)

Amerika Utara, Great Britain, Australia, Afrika Selatan

450

Hindi-Urdu Indo-Eropah (kumpulan Indo-Iran)

India, Pakistan 333

Sepanyol Indo-Eropah (kumpulan Romawi)

Amerika Selatan, Sepanyol

266

Portugis Indo-Eropah (kumpulan Romawi)

Brazil, Portugal 175

Bengali Indo-Eropah (kumpulan Indo-Iran)

Bangladesh, India 162

Rusia Indo-Eropah (kumpulan Slavik)

Bekas Kesatuan Soviet 153

Arab Afro-Asia Afrika Utara, Timur Tengah

150

Jepun Altaik Jepun 126

Perancis Indo-Eropah (kumpulan Romawi)

Perancis, Kanada, Belgium, Switzerland, Afrika Barat dan Utara

122

Jerman Indo-Eropah (kumpulan Germanik)

Jerman, Austria, Switzerland

118

Sumber: alis.isoc.org/languages/grandes.en.htm

Page 6: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

� TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA 48

Oleh sebab terdapat perbezaan antara struktur bahasa dengan penggunaan slanga dan dialek, kesilapan bahasa adalah biasa dalam situasi perniagaan. Terjemahan, makna dan ekspresi berbeza di seluruh spektrum bahasa. Makna dan konsep sesuatu perkataan adalah tidak universal walaupun perkataan tersebut boleh diterjemahkan ke bahasa lain. Kesilapan bahasa adalah memalukan dan tidak diperlukan, sebagai contoh, kecuaian dalam terjemahan slogan pengiklanan atau label produk. Contoh kesilapan bahasa dalam pemasaran silang budaya seperti berikut menggambarkan betapa pentingnya bahasa dalam perniagaan antarabangsa:

(a) Eksekutif pemasaran kecewa apabila mengetahui jenama minyak masak yang mereka mempromosikan di Amerika Latin telah diterjemahkan ke bahasa Sepanyol menjadi „Minyak Baghal‰;

(b) Dalam bahasa Cina, slogan Kentucky Fried Chicken „ItÊs finger licking good‰ menjadi „Makan jari anda‰;

(c) Di Taiwan, terjemahan slogan Pepsi, „Come alive with the Pepsi generation‰ menjadi „Pepsi akan menghidupkan semula moyang anda yang telah mati‰; dan

(d) Di Itali, kempen „Air tonik Schweppes‰ diterjemahkan menjadi „Air tandas Schweppes‰.

Sebagai medium komunikasi, bahasa mempunyai dua bahagian: lisan dan bukan lisan (bahasa senyap seperti ruang, ekspresi muka dan gerak isyarat (gesture)). Kecekapan linguistik ialah aset besar dalam perniagaan antarabangsa kerana ia membantu pemahaman silang budaya terutamanya dalam perundingan perniagaan. Sebagai contoh, adalah penting untuk pelabur mahir berbahasa Mandarin dan ia menjadi satu kelebihan jika mengetahui bahasa asli China semasa berniaga di China. Bagi bahasa bukan lisan, ekspresi muka dan isyarat tangan boleh membawa interpretasi berbeza dalam budaya lain. Ia biasanya merumitkan komunikasi antarabangsa. Seseorang yang berurusan dengan anda mungkin secara tidak sengaja menghantar isyarat bukan lisan yang anda tidak faham atau salah tafsir. Anda juga mungkin juga secara tidak sedar menghantar isyarat anda sendiri.

Antara contoh kesilapan bahasa dan kurang kesedaran budaya adalah seperti berikut:

(a) Sebuah syarikat mencetak gambar isyarat tangan „OK‰ dalam setiap muka surat katalognya. Di kebanyakan bahagian Amerika Latin, isyarat ini dianggap isyarat lucah. Keseluruhan katalog tersebut terpaksa dicetak semula; dan

Page 7: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA �

49

(b) Seorang eksekutif Amerika menolak tawaran secawan kopi daripada ahli perniagaan Saudi. Penolakan sedemikian dianggap sangat biadab. Oleh itu, perundingan perniagaan tersebut dibatalkan.

Adalah penting untuk ingat bahawa supaya bahasa benar-benar berguna bagi ahli perniagaan, mereka mesti memahami penggunaan, jarak, isyarat dan interpretasi yang mengiringi komunikasi lisan. Pengurus perniagaan global mesti membiasakan diri dengan bahasa tersembunyi budaya asing. Pemasar syarikat MNC perlu membuat keputusan untuk memilih bahasa yang ingin digunakan dalam label produk dan risalah pengiklanan.

3.3.2 Agama

Perbincangan seterusnya adalah tentang agama.

Agama mempengaruhi budaya secara langsung, oleh itu, ia juga mempengaruhi perniagaan dan tingkah laku pengguna. Terdapat beribu-ribu agama di seluruh dunia, namun, empat agama yang dominan di dunia ialah Kristian, Islam, Hindu dan Buddha. Jadual 3.3 menunjukkan agama utama di dunia dan peratusan setiap agama.

Jadual 3.3: Agama Utama Dunia

Agama Penganut Peratusan

Kristian 2.1 bilion 33

Islam 1.5 bilion 21

Hindu 900 juta 14

Buddha 376 juta 6

Sumber: www.infoplease.com

Agama boleh didefinisikan sebagai satu sistem dengan kkepercayaan, ssikap dan rritual uumum yang dianggap ssuci.

Mengapakah bahasa bukan lisan adalah penting dalam perniagaanantarabangsa? Berikan beberapa contoh bagaimana ia berbeza antarabudaya.

LATIHAN 3.1

Page 8: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

� TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA 50

Impak agama terbukti dalam perniagaan antarabangsa. Agama mempengaruhi sikap terhadap kepenggunaan, amalan perniagaan dan organisasi sosial. Pengurus global mesti sensitif bukan sahaja terhadap perbezaan agama dan kepercayaan antara agama-agama utama tetapi juga terhadap agama di antara sub kumpulan. Contoh bagaimana agama boleh mempengaruhi perniagaan antarabangsa adalah:

(a) McDonalds di India menghadapi cabaran agama. Oleh sebab lembu dianggap haiwan suci oleh penganut agama Hindu, McDonalds terpaksa mengubah suai menunya dengan menawarkan menu alternatif iaitu kambing, ayam dan sayur-sayuran menggantikan burger lembu.

(b) Kes Nike Air merupakan contoh klasik kesilapan budaya. Pada tahun 1998, Nike Air Bakin menjadi tajuk utama apabila kumpulan Arab-Amerika berpendapat cara „Air‰ ditulis di kasut serupa dengan cara kalimah „Allah‰ ditulis dalam bahasa Arab. Nike telah memanggil semula beribu-ribu kasutnya semula, kemudian logo tersebut ditampal dan diletak semula di rangkaian kedai. Walau bagaimanapun, Nike menghadapi masalah kerana terdapat beratus ribu kasut yang baru dengan logo sama dikeluarkan oleh kilangnya (Nicekicks, 2012).

(c) Dalam pasaran Islam, Nokia melancarkan telefon bimbit yang menunjukkan arah kiblat untuk penganut agama Islam. Syarikat arak gergasi Belanda, Heineken pula mengeluarkan minuman malt, Fayrouz.

(d) Hari cuti utama di kebanyakan negara berkait dengan agama. Hampir 90 peratus rakyat Brazil ialah Katolik, menjadikan Brazil sebagai populasi Katolik terbesar di dunia. Kesannya, percutian Katolik mempengaruhi jadual kerja masyarakat Brazil dan diraikan secara besar-besaran. Syarikat multinasional (MNC) yang beroperasi di sana harus mengingati perkara ini apabila merancang acara pemasaran, menjadualkan mesyuarat atau ketika beroperasi di pejabat tempatan.

(e) Di negara Islam, yang melarang penggunaan alkohol, perjudian, riba dan pendedahan „kurang sopan‰, firma yang berurusan dengan minuman beralkohol, resort, hiburan, dan pakaian wanita, di samping agensi pengiklanan, bank dan institusi lain yang memberi pinjaman wang adalah terjejas.

Page 9: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA �

51

3.3.3 Struktur Sosial dan Interaksi

Sekarang, kita akan teruskan dengan elemen kebudayaan ketiga iaitu struktur sosial dan interaksi.

Struktur sosial memberi kesan kepada keputusan perniagaan yang terdiri daripada pemilihan tapak pengeluaran, perundingan dan pemasaran serta kos menjalankan perniagaan di sesebuah negara. Satu dimensi penting dalam struktur sosial yang berbeza merentasi budaya ialah interaksi kumpulan sosial.

Dua interaksi kumpulan sosial penting yang mempengaruhi aktiviti perniagaan di seluruh dunia ialah uunit keluarga dan jjantina.

(a) Peranan Unit Keluarga Unit keluarga berbeza secara mendadak merentasi masyarakat. Dua jenis unit keluarga ialah:

(i) Keluarga asas yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak dan didapati terutamanya di negara-negara Barat; dan

(ii) Keluarga luas yang terdiri daripada kumpulan yang lebih besar daripada ahli keluarga yang termasuk saudara-mara dan adalah lazim di negara membangun.

Interaksi kumpulan sosial merujuk kepada bagaimana orang dari budaya yang berbeza mmengaitkan diri mereka dan bberinteraksi antara satu sama lain.

Struktur sosial merujuk kepada organisasi sosial asas sesebuah masyarakat.

Kenal pasti agama dominan di setiap satu negara berikut: (a) China;(b) India; (c) Brazil; (d) Rusia; (e) Korea Selatan; (f) Indonesia; dan(g) Jepun.

SEMAK KENDIRI 3.1

Page 10: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

� TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA 52

Cara setiap keluarga distrukturkan mempersembahkan situasi yang menarik bagi ahli peniaga yang tidak biasa dengan budaya tersebut. Sebagai contoh, dalam budaya keluarga luas, pengurus dan pekerja lain selalunya cuba mencari pekerjaan bagi saudara-mara mereka dalam syarikat mereka sendiri. Ini boleh mendatangkan cabaran kepada pengurusan sumber manusia. Dalam sesetengah budaya, perniagaan dimiliki oleh keluarga dan saudara-mara. Pemilik dan pengurus akan membeli bekalan dan bahan hanya daripada syarikat yang dimiliki saudara-mara atau seseorang daripada kerja keluarga luas tersebut. Dalam budaya yang mengamalkan keluarga luas sebagai satu kebiasaan, keputusan pembelian utama dipengaruhi oleh ahli keluarga luas tersebut.

Dalam budaya Cina, guanxi ialah salah satu elemen yang paling penting yang melibatkan interaksi sosial dalam konteks perniagaan. Guanxi bermaksud hhubungan. Membina hubungan adalah penting apabila mewujudkan rangkaian perniagaan di China seperti apabila merundingkan perjanjian, menubuhkan suatu usaha sama dan semasa pertemuan perniagaan formal. Syarikat di China akan berasa lebih selesa menjalankan perniagaan dengan syarikat yang mempunyai guanxi yang kukuh dengan mereka kerana mereka percaya ia akan membuatnya lebih mudah bagi mereka untuk mempercayai rakan perniagaan mereka. Ia adalah sama penting bagi syarikat asing untuk membina guanxi yang kuat dengan syarikat di China dan organisasi kerajaan. Guanxi ini akan membantu syarikat anda sekiranya anda menghadapi masalah menjalankan perniagaan di China. Di samping itu, syarikat di China akan berasa lebih selesa melakukan perniagaan dengan anda jika mereka mempunyai guanxi yang kuat dengan anda sama ada kerana anda telah membina hubungan yang kukuh dengan mereka atau anda telah diperkenalkan kepada mereka oleh seseorang di rangkaian mereka (www.businessinsider.com). Jadual 3.4 memberikan beberapa panduan menjalankan perniagaan di China.

Page 11: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA �

53

Jadual 3.4: Panduan Menjalankan Perniagaan di China

Bil. Panduan

1. Membuat kajian untuk mengetahui tentang pasaran China sebelum membuat sebarang langkah yang kukuh. China ialah sebuah negara yang besar dengan pelbagai budaya dan bangsa. Setiap kawasan mempunyai demografi yang unik dan kehendak pengguna yang penting bagi sebarang pelan perniagaan. Apa yang berkesan dalam sesebuah bandar tidak semestinya berkesan di bandar lain.

2. Lakukan komunikasi anda dalam bahasa Cina. Upah pekerja berbahasa Cina untuk mengendalikan komunikasi di China atau menggunakan khidmat jurubahasa untuk kerja tersebut. Orang China mementingkan hubungan baik (guanxi).

3. Buat yang terbaik untuk mencari rakan kongsi tempatan yang baik. Undang-undang China yang sedia ada melarang pejabat perwakilan asing daripada menandatangani kontrak secara langsung di China. Gunakan ejen tempatan yang boleh dipercayai untuk menandatangani semua kontrak jualan dan menghantar penyata bil kepada pelanggan apabila diperlukan. Rakan kongsi tempatan yang baik juga dalam posisi yang terbaik untuk menjual dan mengedarkan produk anda di China.

4. Jangan menandatangani kontrak tanpa mendapatkan nasihat undang-undang. Jangan mengorbankan keuntungan jangka pendek untuk keuntungan jangka panjang semata-mata. Iklim ekonomi di China sentiasa berubah dan mungkin tidak boleh diramal.

5. Jangan gunakan saluran tidak selamat untuk pembayaran. Jadikannya sebagai satu amalan untuk menerima atau membuat pembayaran menggunakan institusi perbankan yang mantap sahaja dan dengan meminta Surat Kredit atau instrumen kewangan lain.

6. Lindungi hak harta intelek anda. Jenama yang menguntungkan atau terkenal biasanya menjadi mangsa pelanggaran hak cipta atau cetak rompak.

Sumber: www.chineseewhispers.com

(b) Peranan Jantina Sekarang mari kita mengetahui lebih lanjut tentang peranan jantina dalam

aktiviti perniagaan.

Jantina dalam kkonteks budaya merujuk kepada ttingkah laku sosial yang dipelajari dan ssikap yang berkaitan dengan peranan lelaki atau wanita.

Page 12: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

� TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA 54

Ini termasuk tingkah laku dan sikap seperti gaya berpakaian, pilihan aktiviti dan kuasa membuat keputusan. Setiap budaya mengendalikan peranan jantina dengan berbeza dan ini mempunyai kesan yang besar pada perniagaan antarabangsa. Peranan ekonomi wanita berbeza dari budaya ke budaya. Sebagai contoh, perniagaan dalam pemasaran global di negara Islam perlu mengetahui peranan wanita. Pemasaran untuk wanita didorong oleh agama dan kepercayaan tempatan.

Dalam gaya pengurusan Asia, wanita secara umum mempunyai peluang yang kurang daripada lelaki di tempat kerja dan dengan itu kurang terlibat dalam membuat keputusan. Sebagai contoh, wanita di China masih bertanggungjawab terutamanya bagi menjaga keluarga dan rumah. Wanita di China bekerja keras tetapi mereka tidak mendapat kedudukan yang setara untuk tahap pengetahuan dan pendidikan mereka. Terdapat satu masalah yang jelas apabila bekerja di syarikat di China iaitu lelaki tidak melaporkan kepada wanita tentang hal perniagaan. Ia tidak boleh diterima di China bagi wanita untuk mengambil jawatan pengurusan atau mempunyai status yang lebih tinggi dalam pekerjaan daripada rakan lelaki mereka. Kini, wanita di China memainkan peranan yang semakin penting tetapi mereka masih jauh dari mendapat hak sama rata (Hofman, 2009).

3.3.4 Estetik

Sekarang kita akan teruskan dengan elemen yang lain, iaitu estetik. Apakah yang anda faham dengan perkataan estetik?

Estetika ialah dimensi objektif dalam budaya yang merangkumi simbolik dan bahan pengeluaran, pengertian alat, seni bina, bentuk seni, muzik dan penggunaan jenama. Budaya berbeza dengan ketara dari segi pilihan estetik mereka. Warna dan bentuk (reka bentuk dan bentuk) digunakan sebagai simbol yang mempunyai makna tertentu. Warna dan simbol mempunyai makna yang berbeza � agama, simbolik, sebab patriotik dan tarikan estetik dan

Estetik merujuk kepada pperasaan dan ttanggapan tentang kkecantikan dan citarasa yang baik sesuatu budaya.

Berikan definisi bagi istilah struktur sosial. Bagaimana interaksikumpulan sosial memberi kesan kepada perniagaan antarabangsa?

LATIHAN 3.2

Page 13: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA �

55

kepentingannya berbeza dari budaya ke budaya. Warna sebagai identiti jenama telah menjadi satu isu besar undang-undang; baru-baru ini undang-undang tanda perniagaan melindungi warna tertentu yang kuat dikaitkan dengan produk atau pengeluar tertentu. Warna dan simbol menjadi tarikan dalam perniagaan antarabangsa kerana tindakan undang-undang pelanggaran tanda perniagaan yang membenarkan syarikat untuk memperuntukkan warna tunggal, gabungan warna atau simbol. Pemasar global perlu tahu kepentingan psikologi warna dan makna simbolik warna dalam perancangan produk, pembungkusan, penjenamaan dan pengiklanan. Jadual 3.5 menunjukkan beberapa perkara yang perlu dielakkan apabila mencipta simbol universal.

Jadual 3.5: Perkara yang perlu dielakkan Apabila Mencipta Simbol Universal

� Elakkan isyarat tangan dalam simbol grafik � Di sesetengah negara, ikon menggunakan ibu jari, „V‰ untuk kemenangan atau tanda „OK‰ menunjukkan bahawa sesuatu yang baik tetapi ini boleh menjadi isyarat lucah di negara lain.

� Elakkan haiwan dalam simbol grafik � Burung hantu melambangkan kebijaksanaan di Amerika tetapi mereka melambangkan kebodohan di beberapa negara Asia. Haiwan lain boleh menyebabkan kesalahan kerana kepentingan agama mereka. Sebagai contoh, anjing dan babi untuk umat Islam, lembu bagi penganut Hindu, gajah untuk orang Thai.

� Elakkan teks memerlukan terjemahan dalam simbol grafik � Perkataan atau huruf tunggal mungkin tidak akan menjadi universal kerana penterjemahan diperlukan.

� Elakkan humor dan slanga dalam simbol grafik � Humor tidak selalunya boleh diterjemahkan.

� Elakkan topik sensitif budaya dalam simbol grafik � Contohnya bangsa/etnik, politik, agama dan jantina.

� Elakkan unsur spesifik-kawasan dalam simbol grafik � Mata wang, masa/tarikh dan bendera (contohnya, dalam pilihan bahasa laman web) tidak akan berkongsi makna sejagat merentasi sempadan.

Sumber: www.globalization-group.com

Ketahui apa yang warna-warna berikut melambangkan di negara yangdinyatakan di bawah.

(a) Jingga bagi India dan Mesir;

(b) Ungu bagi Brazil dan Thailand; dan

(c) Merah bagi China dan Rusia.

LATIHAN 3.3

Page 14: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

� TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA 56

3.3.5 Dimensi Nilai Budaya Hofstede

Setakat ini, kerja yang paling banyak digunakan mengenai budaya nasional diperkenalkan oleh Geert Hofstede, yang mengkaji nilai sikap lebih daripada 100,000 orang pekerja IBM di seluruh dunia. Kajian Hofstede mendedahkan empat dasar dimensi bagi budaya nasional: jarak kekuasaan (power distance), pengelakan ketidakpastian (uncertainty avoidance), individualisme lawan kolektivisme (individualism versus collectivism), dan kelelakian lawan kewanitaan (masculinity versus femininity).

(a) Jarak Kekuasaan (PD)

Contoh negara dengan PD yang tinggi adalah Jepun, India, Brazil dan Malaysia manakala Amerika, Denmark dan Sweden menunjukkan PD yang rendah. Masyarakat dengan PD yang tinggi cenderung untuk bertolak ansur dan menerima ketidaksamaan sosial yang agak tinggi. Simbol status memainkan peranan yang penting. Organisasi dengan PD yang tinggi adalah lebih berpusat, dengan lebih struktur berlapis dan hierarki dengan lebih penyeliaan terhadap kakitangan dan perbezaan upah yang lebih besar. Dalam masyarakat dengan PD yang rendah, jurang antara yang berkuasa dan lemah adalah minimum dan simbol status kurang ditekankan. Organisasi dengan PD rendah disifatkan dengan struktur yang lebih mendatar dan kurang berpusat.

(b) Individualisme/Kolektivisme (I/C)

Ia juga dirujuk sebagai masyarakat „saya‰ dan „kami‰. Dalam masyarakat individualistik, tumpuan diberikan kepada kepentingan sendiri sementara masyarakat yang tinggi dalam kolektivisme cenderung untuk mengejar kepentingan kumpulan dan keharmonian kumpulan. Persaingan adalah penting di kalangan individualis manakala kepatuhan kumpulan sangat dititikberatkan dalam kolektivisme. Amerika, Australia dan United Kingdom ialah negara individualis. Negara kolektivisme ialah Korea Selatan, Mexico, China dan Indonesia. Organisasi dengan budaya kolektivisme yang tinggi

Individualisme/kkolektivisme menerangkan sejauh mana orang berfungsi terutamanya sebagai iindividu atau dalam kkumpulan.

Jarak kuasa ialah tahap suatu masyarakat berhadapan dengan perbezaan kuasa yang wujud antara manusia.

Page 15: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA �

57

mengamalkan kesetiaan kumpulan, rasa tanggungjawab dan penyertaan kumpulan. Organisasi ini adalah lebih paternalis (organisasi ini dipandang sebagai sebuah keluarga) manakala organisasi individualistik lebih bersifat peribadi dan menggalakkan inisiatif individu.

(c) Pengelakan Ketidakpastian (UA)

Masyarakat dari budaya UA yang tinggi berasa terancam dengan ketidakpastian dan cuba untuk menyeragamkan peraturan dan tingkah laku yang membentuk kehidupan. Dalam budaya pengelakan ketidakpastian yang rendah, orang akan lebih mengambil risiko, mudah bergaul dan berciri keusahawanan. Negara yang mempamerkan UA yang tinggi adalah Jepun, Perancis dan Sepanyol. Malaysia, India, United Kingdom dan Hong Kong ialah contoh negara yang mempamerkan pengelakan ketidakpastian yang rendah. UA adalah salah satu dimensi yang paling kritikal untuk pelaburan asing kerana implikasinya terhadap pengambilan risiko dan pelaburan. Syarikat multinasional dari budaya UA yang tinggi mungkin mengambil pendekatan tambahan yang lebih untuk mengantarabangsakan perkembangan perniagaan mereka.

(d) Kelelakian/Kewanitaan (M/F)

Mereka memberi penekanan terhadap nilai wanita seperti penyayang, berorientasikan orang, kualiti hidup dan pengasuhan. Contoh biasa bagi budaya maskulin ialah Australia, Jepun dan Itali manakala Thailand, Sweden dan Finland adalah rendah dalam sifat kelelakian itu. MNC dari budaya feminin cenderung untuk mengurangkan peranan jantina dengan mengambil lebih ramai wanita di lebih banyak pekerjaan yang selayaknya. Organisasi demikian cenderung untuk menghargai anugerah sosial dan manfaat kepada pekerja.

Jadual 3.6 menunjukkan perbandingan nilai yang berkaitan dengan kerja antara negara. Skor indeks secara kasar adalah dari 0 hingga 100. Semakin tinggi markah, lebih banyak dimensi tersebut yang dipamerkan dalam

Dimensi kelelakian/kewanitaan menerangkan kepentingan nnilai lelaki seperti daya saing, ketegasan, status dan kejayaan.

Pengelakan ketidakpastian merujuk kepada setakat mana ketidakpastian dan kkesamaran boleh dditerima.

Page 16: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

� TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA 58

masyarakat. Negara Barat seperti Amerika, Kanada dan United Kingdom mendapat skor tinggi pada skala individualisme dan rendah pada skala jarak kuasa. Negara Asia mendapat markah tinggi pada jarak kuasa tetapi memberi penekanan kepada kolektivisme. Jepun mempunyai pengelakan ketidakpastian yang kuat dan kelelakian yang tinggi. Markah yang tinggi bagi nilai jarak kuasa Malaysia. Sweden dan Denmark mempunyai kedua-dua dimensi pengelakan ketidakpastian rendah dan kelelakian.

Jadual 3.6: Perbandingan Negara bagi Nilai Berkaitan Kerja untuk 15 Negara Terpilih

Negara Jarak Kuasa (PD)

Pengelakan Ketidakpastian

(UA)

Individualisme(IDV)

Kelelakian (MAS)

Australia 36 51 90 61

Kanada 39 46 80 52

China 80 40 20 66

Denmark 18 23 74 16

Jerman 35 65 67 66

India 77 40 48 56

Indonesia 78 48 14 46

Jepun 54 92 46 95

Malaysia 104 36 26 50

Saudi Arabia 95 80 25 60

Sweden 31 29 71 5

Thailand 64 64 20 34

Turkey 66 85 37 45

United Kingdom 35 35 89 66

Amerika 40 46 91 62

Sumber: http://geert-hofstede.com

Dapatkan maklumat lanjut berkaitan budaya nasional dan budayaorganisasi, di http://www.geert-hofstede.com.

AKTIVITI 3.2

Page 17: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA �

59

Mari kita beralih dengan melihat Jadual 3.7 yang memberikan ringkasan ciri dimensi budaya Hofstede dan panduan untuk menangani setiap orientasi nilai berikut.

Jadual 3.7: Dimensi Nilai Budaya Hofstede � Ciri-ciri dan Panduan

Nilai Ciri-ciri Panduan

Tinggi PD

� Syarikat berpusat.

� Hierarki yang kuat.

� Jurang besar dalam pampasan, kuasa dan hormat.

� Akui kuasa seseorang pemimpin.

� Sedar bahawa anda mungkin perlu pergi ke atas untuk mendapatkan jawapan.

Rendah PD

� Organisasi mendatar.

� Penyelia dan pekerja dianggap sama rata.

� Mengamalkan kerja berpasukan.

� Melibatkan seberapa orang yang mungkin dalam membuat keputusan.

Tinggi IDV

� Penghargaan yang tinggi atas masa orang lain dan keperluan mereka untuk kebebasan.

� Seronok menghadapi cabaran dan jangkaan bagi ganjaran untuk kerja keras.

� Menghormati privasi.

� Mengakui pencapaian.

� Jangan meminta maklumat peribadi terlalu banyak.

� Menggalakkan perdebatan dan ekspresi idea sendiri.

Rendah IDV

� Penekanan kepada pembinaan kemahiran dan menjadi pakar bagi sesuatu.

� Bekerja untuk ganjaran intrinsik.

� Keharmonian lebih penting daripada kejujuran.

� Menunjukkan rasa hormat kepada umur dan kebijaksanaan.

� Menyekat perasaan dan emosi untuk bekerja dalam suasana harmoni.

� Menghormati tradisi dan memperkenalkan perubahan secara perlahan.

Tinggi MAS

� Lelaki maskulin dan wanita feminin.

� Ada perbezaan yang jelas antara kerja lelaki dan kerja wanita.

� Sedar bahawa orang mungkin menjangka peranan lelaki dan perempuan untuk menjadi berbeza.

� Nasihatkan lelaki untuk mengelakkan perbincangan emosi atau membuat keputusan berasaskan emosi atau hujah.

Page 18: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

� TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA 60

Rendah MAS

� Seorang wanita boleh melakukan apa sahaja seorang lelaki boleh lakukan.

� Wanita berkuasa dan berjaya dikagumi dan dihormati.

� Elakkan sebuah mentaliti „kelab lelaki‰ yang lama.

� Memastikan reka bentuk pekerjaan dan amalan tidak berat sebelah kepada mana-mana jantina.

� Melayan lelaki dan wanita sama rata.

Tinggi UAI

� Pengendalian perniagaan yang sangat formal dengan banyak peraturan dan dasar.

� Perlu dan mengharapkan struktur.

� Rasa gemuruh mencetuskan tahap emosi yang tinggi dan ekspresi.

� Perbezaan dielakkan.

� Jelas dan padat tentang harapan dan parameter anda.

� Merancang dan menyediakan, berkomunikasi dengan kerap dan awal, menyediakan pelan terperinci dan memberi tumpuan kepada aspek taktikal pekerjaan atau projek.

� Meluahkan emosi anda melalui isyarat tangan dan suara yang tinggi.

Rendah UAI

� Sikap perniagaan yang tidak rasmi.

� Lebih mengambil berat dengan strategi jangka panjang daripada apa yang berlaku setiap hari.

� Menerima perubahan dan risiko.

� Jangan mengenakan peraturan atau struktur yang tidak perlu.

� Mengurangkan tindak balas emosi anda dengan menjadi tenang dan mempertimbangkan situasi sebelum bercakap.

� Ungkapkan rasa ingin tahu apabila anda menemui perbezaan.

Sumber: www.mindtools.com

MENGATASI CABARAN BUDAYA

Perbezaan budaya antara negara mempunyai kesan secara langsung terhadap aktiviti perniagaan antarabangsa. Kesilapan budaya dan salah faham yang dihadapi oleh syarikat besar dalam contoh kita telah membuktikan kepentingan pengetahuan budaya tempatan. Oleh sebab globalisasi menjadi lebih ketara dalam perniagaan antarabangsa, terdapat keperluan yang tinggi bagi syarikat untuk memahami budaya tempatan dalam usaha untuk meningkatkan kelebihan daya saing mereka.

3.4

Page 19: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA �

61

(a) Elakkan Bias Budaya Salah satu punca utama kesilapan budaya berkaitan yang dibuat oleh pengurus ialah eetnosentrisme. Ini merupakan satu bentuk bias budaya berdasarkan kepercayaan bahawa kumpulan budaya sendiri adalah lebih unggul daripada lain. Pengurus perniagaan antarabangsa perlu peka dengan bias budaya yang mempengaruhi pemikiran seseorang atau mengelakkan etnosentrisme supaya tidak mengabaikan aspek positif dan berfaedah daripada budaya lain. Pada masa yang sama, pengurus harus membentuk celik budaya untuk menghargai kepelbagaian budaya dan menghormati identiti budaya. Celik budaya ialah pengetahuan terperinci tentang budaya yang membolehkan seseorang untuk berfungsi dengan berkesan di dalamnya (Wild et al., 2008). Syarikat yang beroperasi di pasaran tempatan dan dalam persekitaran kerja dengan pekerja dari pelbagai budaya harus menggalakkan kepekaan komunikasi antara budaya dan kepelbagaian budaya. Ini ialah satu langkah yang kritikal untuk mengelakkan bias budaya dan mengatasi tindak balas etnosentrik (Dong dan Collaco, 2009).

(b) Elakkan Stereotaip Budaya

Stereotaip seperti ini boleh memberi kesan kepada sikap dan jangkaan kita apabila berkomunikasi dengan orang daripada budaya lain. Oleh itu, pengurus yang terlibat secara langsung dalam perniagaan antarabangsa harus membentuk celik perniagaan melalui latihan silang budaya dan memberi perhatian kepada sub-budaya yang ketara dalam negara. Ini adalah penting terutamanya dalam persekitaran kerja dengan rakan dan rakan sejawat daripada budaya lain dan juga dalam hubungan perniagaan antarabangsa. Jadual 3.8 mempersembahkan pelbagai bentuk celik perniagaan yang perlu dipelajari oleh pengurus dan eksekutif untuk melakukan perniagaan di pasaran global.

Stereotaip budaya adalah suatu aandaian atau ggeneralisasi yang dibuat mengenai individu berdasarkan kkriteria superfisial sendiri, misalnya, andaian budaya berkenaan jantina seseorang, umur, tabiat dan tingkah laku seseorang.

Page 20: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

� TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA 62

Jadual 3.8: Bentuk Celik Perniagaan

Bentuk Penerangan

Celik peribadi

Memahami dan menghargai diri sendiri seperti kesedaran diri, pembaharuan diri, mempunyai nilai yang kuat dan menjadi cukup fleksibel untuk mengetahui bahawa orang daripada budaya lain mempunyai nilai dan etika yang berbeza.

Celik sosial Melibatkan diri dan mencabar orang lain seperti mempelajari apa yang akan dikatakan secara bukan lisan, dan belajar memahami persekitaran, konteks dan keadaan.

Celik perniagaan

Mempelajari dan membina perkara baru, membina dan membina semula, melupuskan apa yang tidak berkesan, melibatkan diri dalam penyelesaian masalah, mengemudi melalui keadaan huru-hara dan memimpin orang melalui perubahan.

Celik budaya

Menghargai dan memanfaatkan perbezaan budaya, memahami warisan budaya sendiri, menyedari kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan membina hubungan merentasi budaya. Celik budaya dalam pemasaran, sikap kerja, ekspatriat, dan jantina adalah penting.

Sumber: Rosen & Digh (2001)

(c) Memahami Budaya Perniagaan dan Amalan Selain mempunyai pemahaman umum tentang latar belakang sejarah dan budaya negara asing yang berurusan dengan sesebuah syarikat, penting bagi pengurus sedar dan peka terhadap ciri-ciri penting budaya perniagaan. Adalah penting bagi pengurus untuk bukan sahaja mempunyai kesedaran umum bagi budaya lain tetapi memperoleh pengetahuan mengenai butiran khusus tentang bagaimana untuk mengendalikan diri dalam pelbagai situasi perniagaan. Beberapa garis panduan utama yang perlu untuk memahami amalan perniagaan termasuk kelakuan yang sesuai semasa perbualan, mesyuarat perniagaan dan perjumpaan sosial serta penampilan fizikal, termasuk cara berpakaian dan ekspresi muka. Kesedaran budaya tersebut dan pengetahuan adalah penting untuk kejayaan urusan perniagaan. Walau bagaimanapun, amalan perniagaan berbeza merentasi negara. Syarikat hendaklah menawarkan pengurus perniagaan antarabangsa latihan dalam komunikasi silang budaya.

Page 21: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA �

63

1. _____ terdiri daripada masyarakat dengan kepercayaan, nilai dansikap yang dikongsi bersama.

A. Moral

B. Kebudayaan

C. Identiti

D. Konsep kendiri

2. Bahasa senyap termasuk semua yang berikut KECUALI

A. Jabat tangan

B. Bahasa gerak-geri

C. Simbol warna dan sekutunya

D. Ekspresi muka

3. Manakah antara agama berikut melarang membayar ataumenerima faedah ke atas transaksi perniagaan?

A. Kristian

B. Buddha

C. Islam

D. Hindu

4. ______ ialah kepercayaan bahawa budaya sendiri adalah lebihkepada orang lain.

A. Geosentrisme

B. Policentrisme

C. Etnosentrisme

D. Regiosentrisme

LATIHAN 3.3

Layari laman web Planet Eksekutif untuk mengetahui garis panduanmengenai budaya dan etika perniagaan ketika bertemu dengan rakanperniagaan daripada budaya lain, di www.executiveplanet.com/

SEMAK KENDIRI 3.2

Page 22: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

� TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA 64

5. Manakah antara pernyataan berikut mengenai budaya adalahBENAR?

A. Memupuk kesedaran budaya adalah satu tugas yangmudah.

B. Pengurus perniagaan antarabangsa dijangka untukmemahami variasi amalan perniagaan di setiap negara.

C. Semua syarikat mempunyai tahap kesedaran budaya yangsama.

D. Syarikat yang baru dalam perniagaan antarabangsamungkin hanya memerlukan tahap pemahaman budaya dansensitiviti yang minimum.

6. Dalam mana satu keadaan berikut akan syarikat mencapaikejayaan pemasaran terbaik mereka apabila menekankan iklanyang meluahkan nilai kumpulan?

A. Tinggi individualisme

B. Tinggi kolektivisme

C. Tinggi kelelakian

7. Antara yang berikut, manakah BUKAN pemboleh ubah budaya?

A. Pilihan kerjaya

B. Estetik

C. Interaksi sosial dalam unit keluarga

D. Agama

8. Antara yang berikut, yang manakah BUKAN nilai maskulin?

A. Kualiti hidup

B. Ketegasan

C. Pencapaian

D. Status

Page 23: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA �

65

� Budaya merupakan kuasa penting dalam perniagaan antarabangsa.

� Kekurangan pemahaman budaya dan kepekaan terhadap budaya asing apabila melakukan perniagaan merentasi budaya boleh membawa kepada kesilapan budaya.

� Bahasa dan agama merupakan dua elemen budaya terpenting yang memberi impak secara langsung terhadap operasi dan strategi perniagaan antarabangsa.

� Hofstede menyenaraikan budaya nasional kepada empat dimensi nilai budaya utama iaitu jarak kekuasaan, individualisme/kolektivisme, pengelakan ketidakpastian dan kelelakian/kewanitaan.

� Unit keluarga dan jantina merupakan dua komponen interaksi kumpulan sosial yang mempengaruhi tingkah laku budaya dalam situasi tertentu.

� Warna sebagai satu bentuk tarikan estetik memainkan peranan penting dalam strategi pengiklanan, pembungkusan dan penjenamaan.

� Cabaran budaya utama yang dihadapi MNC termasuk bias budaya, etnosentrisme, stereotaip budaya dan kesilapan komunikasi silang budaya.

� Celik budaya yang membentuk sebahagian daripada pemahaman tentang budaya perniagaan dan amalan pasaran tempatan merupakan kunci kejayaan MNC di luar negara.

Page 24: Topik Persekitaran 3 Budaya - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBNG3103/33476... · PENGENALAN Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah

� TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA 66

Agama

Amalan perniagaan

Bahasa bukan lisan

Bahasa lisan

Bias budaya

Budaya

Celik budaya

Estetik

Etnosentrisme

Individualisme

Interaksi kumpulan sosial

Jarak kuasa

Kelelakian

Kepekaan budaya

Kewanitaan

Kolektivisme

Orientasi nilai

Pengelakan ketidakpastian

Simbol warna

Struktur sosial