Hand tools

30
Modul 3 :- hand TOOLS Prepared by :- Md hafizi bin mohamad Tek. Baikpulih badan kenderaan KUCHING

description

Dalam bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan bidang pembuatan dan penghasilan sesuatu projek, peranan alat tangan adalah sangat penting untuk kerja kerja asas seperti :- Menanda Memotong Memegang Menguji Mengukur

Transcript of Hand tools

Modul 3 :- hand TOOLS

Prepared by :- Md hafizi bin mohamad

Tek. Baikpulih badan kenderaan

KUCHING

ISI KANDUNGAN

Pengenalan

Objektif

Alatan MemanduPemilihan Alatan

Uji Minda

1

2

3

4

5

1. Nyatakan alatan-alatan tangan.

2. Terangkan mengenai tukul.

3. Terangkan mengenai pemutar skru.

4. Terangkan mengenai spannar.

5. Terangkan mengenai allen key.

Objektif Pembelajaran

Dalam bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan bidang pembuatan dan penghasilan sesuatu projek, peranan alat tangan adalah sangat penting untuk kerja kerja asas seperti :-◦Menanda ◦Memotong◦Memegang ◦Menguji◦Mengukur

Pengenalan

Alatan tangan mestilah sesuai dengan bahan dan tujuan alat digunakan.

Kriteria pemilihan alatan tangan ialah :1. Kesesuaian alatan tangan dengan

bahan.2. Kemahiran mengendalikan alatan.3. Kemudahan mendapatkan alatan.4. Faktor keselamatan semasa

menggunakan alatan.

PEMILIHAN ALATAN

Alat memacu

Alat memacu merupakan alat yang digunakan untuk mengerakkan benda kerja atau alat lain semasa melakukan kerja seperti mengetatkan benda kerja atau melonggarkan benda kerja.

TUKULPEMUTAR SKRUSEPANAALLAN KEY

Tukul digunakan untuk memandu alat (biasanya untuk tujuan memotong),untuk membengkokkan benda, untuk menyambung atau memisahkan gegasan rapat bahagian-bahagian dan untuk kerja-kerja yang bersesuaian.

Saiz tukul bergantung pada berat kepalaTukul boleh dibahagikan kepada dua

kategori iaitu :-a) Tukul besib) Tukul lembut

tukul

Kepala tukul besi diperbuat daripada keluli yang dikeraskan khususnya pada bahagian muka dan bongkol.

Muka dan bongkol kepala tukul dikeraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan mengembang apabila ditukul.

Bahagian keliling lubang dan leher dibiarkan lembut.

Biasanya tukul besi digunakan untuk kerja-kerja menggegas dan menanda.

Terdapat tiga jenis tukul besi iaitu :- a. Tukul bongkol bulat b. Tukul bongkol lurus c. Tukul bongkol tirusTukul besi

Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat.

Bahagian permukaan(muka) yang rata digunakan untuk menatal dan membuat kerja-kerja am seperti untuk menukul kepala pahat dan alat-alat penanda.

Bongkol bulat pula digunakan untuk merivet.

Tukul besi

TUKUL BONGKOL BULAT

Kepala tukul ini searah dengan paksi hulunya.

Tukul jenis ini digunakan untuk menukul bahagian-bahagian yang tidak boleh dilakukan oleh tukul kepala bulat.

TUKUL BONGKOL LURUS

Tukul besi

Kepala tukul ini bersudut tepat kepada paksi hulunya.

Kegunaannya sama seperti tukul bongkol lurus kecuali sudut penggunaannya sahaja yang berbeza.

Tukul ini digunakan jika tukul kepala lurus tidak boleh digunakan.

Tukul besi

TUKUL BONGKOL TIRUS

Tukul LEMBUT

Tukul lembut digunakan untuk membentuk dan memasang benda kerja serta mengelakkan permukaan benda kerja menjadi rosak.

Tukul lembut juga terbahagi kepada empat jenis iaitu :-

a. Tukul bongkol kulit b. Tukul bongkol plastik c. Tukul bongkol gangsa d. Tukul bongkol getah

Tukul ini digunakan pada logam lembut seperti tembaga atau loyang.

Ia tidak akan meninggalkan kesan pada benda kerja.

Tukul LEMBUT

TUKUL BONGKOL KULIT

Tukul jenis ini boleh digunakan pada logam-logam yang biasa digunakan dalam bengkel.

Tetapi apabila ia digunakan pada logam yang lebih lembut,hendaklah lebih berhati-hati,supaya tidak meninggalkan kesan.

Tukul LEMBUT

TUKUL BONGKOL PLASTIK

Apabila tukul ini dihentak ,ia tidak akan melantun seperti kedua-dua jenis tukul yang disebut diatas.

Hentakan yang kuat boleh dibuat tetapi harus berhati hati jika logam yang dihentak itu adalah logam lembut.

Ia digunakan juga semasa kerja-kerja pemasangan.

Tukul LEMBUT

TUKUL BONGKOL TEMBAGA

Tukul LEMBUT

TUKUL BONGKOL GETAH

Kayu jenis hickory, ash atau spotted gum digunakan untuk membuat batang tukul.

Kayu dari Malaysia yang paling sesuai digunakan ialah kayu kapur dan kayu cengal.

Kayu-kayu tersebut mempunyai lenturan yang boleh mengelakkan gegaran tangan apabila hentakan dilakukan.

Panjang tukul bergantung pada berat kepala dan juga kegunaannya.

BATANG Tukul

Hentakan tukul mestilah dilakukan pada muka tukul dan bukan pada tepinya.

Kepala tukul mestilah sentiasa ketat pada batangnya.

Gunakan tukul yang sesuai untuk sesuatu jenis kerja.

Pegang tukul pada hampir dengan hujung batang tukul supaya hentakkan yang tepat dan padat dapat dilakukan.

Fokuskan mata anda pada tempat yang akan dibuat hentakan,bukanya pada kepala tukul.

PENJAGAAN Tukul

Cara pengunaan tukul

Pemutar skru

Terdapat dua jenis pemutar skru yang biasa digunakan:-

a) Pemutar skru mata rataHujungnya rata disuaikan untuk kepala skru jenis belah.

b) Pemutar skru mata philipHujungnya berbentuk pangkah menirus dan digunakan pada skru-skru berlurah pangkah(Philip).

Kegunaan :-Dalam proses memasang atau membuka komponen yang melibatkan skru.

Pemutar skru

sepana

Diperbuat daripada keluli campuran krom vanadium atau krom molibdenum.

Pada umumnya,sepana terbahagi kepada tiga jenis iaitu:-

a) Sepana hujung terbukab) Sepana bergabungc) Sepana gelangKegunaan :-a) Untuk mengetatkan atau melonggarkan bolt

atau nat.Terdapat beberapa jenis sepana khas yang

digunakan untuk kegunaan tertentu.Mempunyai beraneka saiz dalam MILIMETER atau

INCHES

sepana

Ia merupakan sepana buka hujung dengan rahang yang boleh dilaraskan. Rahang dilaras oleh nat gear belitan.

Ia boleh disuaikan dengan nat atau bolt dalam berbagai bagai saiz.

Ia cuma dibenarkan apabila sepana lain tidak sesuai dengan kepala bolt atau nat.

Sepana BOLEH LARAS

Ia mempunyai gigi pada kedua-dua rahang.Rahang dibuka oleh satu nat.

Ia digunakan untuk mencengkam atau memutarkan benda-benda yang beraneka bentuk.

Ia tidak boleh disuaikan dengan kepala bolt atau nat .

Sepana PAIP

Sepana khas

Sepana khas

Jenis sepana kegunaan

Sepana boleh laras

Untuk membuka dan memasang bolt atau nat pelbagai saiz tanpa menukar sepana yang berlainan

Sepana paip

Untuk memasang peralatan yang berbentuk silinder atau paip

Sepana allen

Untuk memasang bolt yang berkepala allen

Sepana soket

Untuk mencengkam kepala bolt dengan lebih kemas supaya tidak mudah tergelincir

Spana L dan sepana T

Untuk melindungi bolt yang kerap dipasang dan dibuka supaya tidak rosak

Ialah keluli perkakas heksagon berbentuk ‘ L’ .

Sepana Allen dibuat untuk dipadankan dengan soket heksagon pada skru penuh tanpa kepala “Allen”.

Skru penuh ini digunakan untuk mengenakan kapi dan relang apabila skru atau bolt dengan kepala yang menonjol tidak boleh digunakan.

ALLEN KEY

ALLEN KEY

Bersedia untuk tajuk seterusnya

MARKING TOOLS