FUNGSI DAN PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU.pptx

download FUNGSI DAN PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU.pptx

of 23

Transcript of FUNGSI DAN PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU.pptx

FUNGSI DAN PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU

FUNGSI DAN PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU1SEJARAH PKGPKG bermula pada tahun 1979 apabila sebanyak 330 unit Projektor Slaid dibekalkan kepada sekolah-sekolah yang disebut sebagai Pusat Sumber Tempatan. Sekolah ini dipilih berdasarkan kepada mudahnya dihubungi oleh 10 hingga 20 buah sekolah yang lain.Kemudian Pusat Sumber Tempatan ini telah diubah nama kepada Pusat Media Daerah dengan fungsi utamanya untuk menyediakan kemudahan bagi guru membina bahan bantu mengajar.Apabila Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dibina di empat buah negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah, Kementerian Pelajaran pada tahun 1981 telah menekankan tentang perlunya ditubuhkan cawangan-cawangan PSPN di luar bandar.Ini adalah bertujuan untuk mengatasi mutu pendidikan yang rendah dan pencapaian akademik yang tidak seimbang di antara murid di bandar dan luar bandar. Dengan itu konsep Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) yang sebelumnya dikenali sebagai Pusat Sumber Daerah diterima.Bermula pada tahun 1986 bantuan kewangan telah diterima daripada Bank Dunia Ke-8 bagi membekalkan alat-bahan kepda 350 buah sekolah yang dijadikan PSPD (bagi negeri Johor sebanyak 44 buah telah diwujudkan). Seterusnya dengan bantuan kewangan daripada Pinjaman Bank Dunia ke-10 sebanyak 200 buah bangunan PKG (termasuk 26 di Negeri Johor) telah dibina.Pembinaan bangunan bagi 150 buah PKG telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-6. pada 14 Ogos 1990 nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah ini ditukarkan nama kepada Pusat Kegiatan Guru bagi menyesuaikan pusat ini dengan peranannya.Penubuhan PKG ini adalah salah satu inovasi baru dalam bidang pendidikan bagi memenuhi hasrat untuk menyediakan ruang kepada guru-guru untuk mengembangkan diri mereka. Ini merupakan penjelmaan suatu pemikiran yang mengutamakan perubahan dalam usaha Kementerian Pelajaran.Penubuhannya adalah satu usaha untuk menggerakkan aktiviti pendidikan dengan cara desentralisasi yang lebih berkesan di peringkat daerah dan kawasan bagi mencapai matlamat pendidikan yang bermutu dan berkesan.Kini, sebanyak 45 buah Pusat Kegiatan Guru telah dibina di seluruh Negeri Johor.

VISIWujudnya budaya penggunaan teknologi pendidikan di sekolahMISIMembina dan mengekalkan budaya penggunaan teknologi pendidikan di kalangan guru dan murid bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.PIAGAM PELANGGANKami warga Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Daerah Pasir Gudang dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk:1. Menghasilkan minima 1 judul bahan pendidikan dalam pelbagai media dalam setahun.2. Menyebarkan bahan pendidikan seperti rancangan tv pendidikan, radio pendidikan, perisian kursus yang terkini melalui saluran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan.3. Memberi bantuan, bimbingan kepada sekolah bestari dan penyelesaian masalah sepanjang masa.4. Memberi khidmat bantu kepada 10 buah Pusat Sumber sekolah setahun.5. Melaksanakan 3 program galakan membaca setahun.6. Memberi perkhidmatan profesional dan cekap serta memenuhi kehendak pelanggan sepanjang tahun.FUNGSIMemantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pusat sumber sekolah dan program gerakan membaca di sekolah.- Pemantauan PSS- Khidmat bantu PSS- Bengkel PSS- Bengkel teknologi pendidikan- Mesyuarat pengurusan program untuk Guru Perpustakaan dan Media (GPM)- NILAMMemantau, menyelaras.menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program ICT di sekolah.- Support Ticketing System ( STS )- Indeks Kualiti Pusat Sumber Sekolah ( iQ-PSS )- Smart School Qualification Standards ( SSQS )- Sistem Pemantauan penggunaan ICT Sekolah ( SSPICTS )- Makmal Komputer- 1BestariNet- Pusat akses- PPSMI- Aplikasi ICT- Insiatif ICT- Konfigurasi rangkaianMemberi perkhidmatan meja bantuan aras 3 kepada sekolah- Perkakasan- Perisian

Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan.- iQ-PSS- SPPICTS- SSQS- Data NILAM- Penggredan PSS- Latihan sumber manusia ( Latihan )

Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media.- Bahan cetak- Bahan bukan cetak

Melaksana, menyebar,mempromosi dan menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah.- Rakam salin DVD/VCD/CD- Poster- Brosur- Kalendar Aktiviti- Buletin- Bahan cetak- Bahan bukan cetak- Mesyuarat permuafakatan- Mesyuarat jawatankuasa kecil aktiviti PKG.RINGKASAN FUNGSI1. Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan.2. Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media.3. Menyebar, mempromosi dan menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah.4. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu PSS di sekolah.5. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program gerakan membaca di sekolah.6. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program ICT di sekolah.7. Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 kepada sekolah.

SEKIAN