forum GCS

31
Sajak – Abadi Dalam Harum Nama Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli. Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malarnnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara. Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama. Ismala 1988 Berdasarkan sajak yang saya bacakan tadi, jelaslah bahawa peranan seorang guru ini sangat besar kepada masyarakat dari zaman dahulu sehinggalah sekarang. GURU harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas mencakupi pelbagai bidang dan perlu berani melakukan perubahan ke arah kreativiti serta inovasi bersesuaian dengan tema sambutan Hari Guru kali ke-43 tahun ini iaitu Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.Jadi bertemu kita pada forum pada hari ini adalah untuk berdiskusi mengenai tema Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Pada hari ini kita telah datangkan khas dua orang panel kita iaitu panel kita yang pertama adalah Datin Iffah bt Abdul halim, Pengarah Universiti Perguruan Sultan Idris ….apa khabar datin? Selamat datang ye ke forum kita…dan panel kita yang kedua adalah Puan Siti Nurfatimah bt Sahari, Pensyarah di Fakulti Pengajian Melayu , Universiti Malaya. Selamat datang puan? Jadi pada hari ini kita akan sama-sama mengupas mengenai tema kita iaitu…(…………………..) Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140519/pe_02/Guru-perlu- kreatif-inovatif#ixzz3BZzpuF3S © Utusan Melayu (M) Bhd

description

GSC

Transcript of forum GCS

Sajak – Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik muliasudah berabad lalubermandi keringatmeniti gigi harimendaki puncak tinggidi merata lurah dan denaimenabur baktitanpa mau dipeduli.

Guru pendidik muliabukan untuk dipujaatau di dewa-dewasiang dan malarnnyaadalah perjuangan juarela meluah bahagiamenelan duka nestapadengan senyum dan takwabiarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulialaksana kuntum kembang mekarmemuncak nama pembela sejahteraabadi dalam harum nama.

Ismala1988Berdasarkan sajak yang saya bacakan tadi, jelaslah bahawa peranan seorang guru ini sangat besar kepada masyarakat dari zaman dahulu sehinggalah sekarang. GURU harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas mencakupi pelbagai bidang dan perlu berani melakukan perubahan ke arah kreativiti serta inovasi bersesuaian dengan tema sambutan Hari Guru kali ke-43 tahun ini iaitu Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.Jadi bertemu kita pada forum pada hari ini adalah untuk berdiskusi mengenai tema Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Pada hari ini kita telah datangkan khas dua orang panel kita iaitu panel kita yang pertama adalah Datin Iffah bt Abdul halim, Pengarah Universiti Perguruan Sultan Idris ….apa khabar datin? Selamat datang ye ke forum kita…dan panel kita yang kedua adalah Puan Siti Nurfatimah bt Sahari, Pensyarah di Fakulti Pengajian Melayu , Universiti Malaya. Selamat datang puan? Jadi pada hari ini kita akan sama-sama mengupas mengenai tema kita iaitu…(…………………..)

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140519/pe_02/Guru-perlu-kreatif-inovatif#ixzz3BZzpuF3S © Utusan Melayu (M) Bhd 

Baiklah hadirin yang saya hormati, saya suka untuk memetik kenyataan dalam akhbar utusan yang bertarikh ……………dalam akhbar tersebut Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata, keperluan tersebut bersesuaian dengan perubahan bidang pendidikan masa kini yang memerlukan guru kreatif dan inovatif untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran efektif seterusnya melahirkan produk berkualiti.

Menurutnya, guru mesti bersedia memainkan peranan penting dalam mengerakkan kreativiti dan inovasi dalam semua bidang di sekolah dan bijak menerapkan kedua-dua elemen tersebut melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang.

"Guru tidak boleh lagi mempraktikan pengajaran yang sama seperti 10 atau 20 tahun dahulu kerana pelajar pada hari ini semakin bijak seiring dan pengetahuan semakin mencabar dan sebab itu, guru harus bersedia membuat perubahan ini

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140519/pe_02/Guru-perlu-kreatif-inovatif#ixzz3Ba0CGCnp © Utusan Melayu (M) Bhd 

S1: para hadirin yang saya hormati sekalian , berdasarkan pemahaman saya , kreatif itu adalah boleh mencipta sesuatu yang baru dan inovasi pula adalah menambah baik sesuatu yang telah ada. Namun sebenarnya maksud kreatif dan inovatif adalah lebih daripada itu. Jadi Saudari iffah, boleh saudari kongsikan apakah maksud tema kita pada hari ini iaitu Guru: pencetus kreativiti, penjana inovasi.

Ulasan ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________.

Kenapa guru perlu kreatif : Kenapa guru perlu kreatif & inovatif? hadirin sekalian , dalam mengajar dan mendidik guru perlu kreatif dalam setiap

penyampaiannya. Guru perlu kreatif membina bahan bantu mengajar yang menarik untuk

mempermudahkan pemahaman murid dalam sesuatu subjek serta menarik minat murid untuk mengikuti

pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang menarik dapat mengelakkan murid daripada berasa bosan.

Guru yang kreatif juga penting bagi menjadi pemangkin yang mempercepatkan proses globalisasi melalui

usaha mendidik dan melahirkan generasi yang bakal memimpin negara . Guru kreatif perlu berusaha

mempelbagaikan corak pnp bagi menghasilkan pengajaran yang berkesan . Selain itu, guru yang kreatif

juga boleh menjadi penghalang kepada keburukan-keburukan hasil daripada globalisasi. Melalui pnp di

sekolah guru dapat memberi nilai-nilai positif disamping membetulkan pengaruh-pengaruh negatif yang

diterima oleh murid daripada media2 sosial.

S2 : Jadi kita nak tahu juga apakah ciri-ciri guru kreatif ? Saudari Siti Nurfatimah, boleh saudari beritahu hadirin kita apakah ciri-ciri guru kreatif dan faktor-faktor utama perkembangan kreatif dan inovatif dalam pembelajaran.?

Ulasan :_______________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________.

Guru yang kreatif ini adalah guru yang sentiasa berusaha mempelbagaikan corak pengajarannya. Seorang guru yang kreatif mampu bertindak mengikut cara yang sesuai dalam sesuatu situasi. Jadi bolehkah saudari iffah kongsikan apakah contoh tindakan yang menunjukkan bahawa seorang guru itu kreatif?

Ulasan:

________________________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________.

S4: apakah kesan guru kraetif terhadap murid?

Kekreatifan seorang guru dapat memberikan kesan kepada murid. Guru yang kreatif dapat mewujudkan pengajaran yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar . Selain itu murid juga berasa seronok dan bersemangat untuk terus belajar. Selain itu, kekretifan guru dalam membina bahan bantu mengajar juga dapat memudahkan pemahaman murid dan seterusnya dapat mencipta pemikiran inovatif dalam kalangan murid untuk mencipta sesuatu yang baharu.

S 6:Puan Siti Nurfatimah bolehkan puan kongsikan apakah kesan sumbangan guru kreatif dan inovatif kepada sekolah?Ulasan:

_____________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________

Rumusan :Guru yang kreatif amat penting dalam usaha mendepani cabaran pendidikan pada zaman

globalisasi kini. Kekreatifan seorang guru dapat dibuktikan dengan peningkatan pencapaian murid.

Sebelum mengundur diri saya akan ingin membacakan sebuah pantun iaitu Suasana bilik darjah

penuh  ceria,

Dihias dengan lukisan kreatif;

Murid belajar berlumba-lumba,

Kerana semuanya berminda positif.

Sekian warahmatullahhiwabarakatuh

Maklumat tambahan

Perkataan “kreativiti” berasal daripada perkataan Barat iaitu creativity yang bererti keupayaan mencipta atau daya cipta (Hassan, 1997). Perkataan creativity pula berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang bermaksud  “membuat”. Perkataan Greek pula menterjemahkan “krainein” sebagai “memenuhi”(Young,1999). Namun begitu menurut Torrance(1988), adalah amat sukar atau mustahil untuk memberikan satu definisi yang benar-benar tepat mengenai maksud kreativiti ini. Ini adalah kerana ciri – ciri kreativiti itu sendiri yang infinitif serta melibatkan setiap deria yang dimiliki oleh manusia termasuklah penglihatan, pendengaran, bau, rasa, dan perasaan ( Torrance, 1998).

Menurut Kamus Dewan,(2002), kreativiti ditakrifkan sebagai suatu kemampuan (kebolehan) mencipta

daya kreatif. Kebolehan mencipta, menghasil dan mengembangkan  idea baru dan asli dimaksudkan sebagai

kreatif. Selain itu, ada juga pendapat mentakrifkan kreatif dan kreativiti ini sebagai satu penghasilan sesuatu

yang tidak ada sebelum ini.

            Secara ringkasnya kreativiti melibatkan daya berfikir, dan kemahiran berfikir. Justeru,

kreativiti sebenarnya boleh dibentuk dan dilatih. Ramai pengkaji mengklasifikasikan kemahiran

berfikir secara kreatif sebagai kemahiran menggunakan otak kanan. Individu yang mempunyai

kebolehan ‘kreatif’ biasanya mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif kerana individu ini

dianggap mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan,

2003).

Utusan ARKIB : 01/02/2013

BUKIT MERTAJAM 31 Jan. - Guru perlu mengunakan kreativiti mereka untuk mendedahkan pelajar kepada kesan buruk gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang kini merupakan masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya menyedari gejala itu semakin menular di negara ini dan satu langkah segera lebih proaktif harus diambil bagi menanganinya.

Ekoran itu ujarnya, kementerian memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan Reproduktif di sekolah yang menekankan isu-isu pendidikan seks dalam kalangan pelajar.

"Selain itu, melalui transformasi pendidikan yang dibuat, mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral juga diperkemaskan bagi menyediakan pelajar yang lebih matang tentang isu-isu berkaitan sosial.

"Biarpun tiada garis panduan khusus tetapi guru-guru terutama kaunselor dan guru hal ehwal murid harus lebih kreatif untuk menjelaskan isu ini kepada pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keibubapaan Menangani Isu LGBT di Politeknik Seberang Perai di sini hari ini.

Seminar sehari anjuran Yayasan Guru Malaysia Berhad dan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah-sekolah Putrajaya itu adalah kali kedua diadakan di Pulau Pinang.

Tambah Mohd. Puad, pada masa sama peranan untuk menangani isu LGBT dalam kalangan pelajar sekolah juga tidak terletak di bahu guru semata-mata tetapi melibatkan ibu bapa dan masyarakat.

"Ini kerana tidak ramai dalam kalangan masyarakat yang mengetahui tanda-tanda awal seseorang pelajar itu terjebak atau mengenali simptom LGBT sebelum terdedah lebih jauh,'' katanya.

Jelasnya, ibu bapa sendiri harus mengawal anak masing-masing sejak di bangku sekolah lagi serta mendidik mereka tentang gejala sosial yang serius itu.

"Isu ini harus dicegah dari peringkat awal lagi dan tidak hanya dibincangkan apabila berlaku sesuatu kes melibatkan sekolah yang dilanda masalah LGBT," ujarnya.

"Oleh itu, peranan ibu bapa di dalam PIBG juga amat diharapkan agar ditangani sebaiknya serta pencegahan awal dapat dibuat dan tidak hanya menunggu program pemulihan," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130201/dn_07/LGBT-Guru-perlu-kreatif-didik-pelajar#ixzz3BjM0kVmL © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 19/05/2014

Guru perlu kreatif, inovatif

Oleh Norizan Abdul [email protected]

GURU harus melengkapkan persediaan dengan ilmu pengetahuan yang luas mencakupi pelbagai bidang dan perlu berani melakukan perubahan ke arah kreativiti serta inovasi bersesuaian dengan tema sambutan Hari Guru kali ke-43 tahun ini iaitu Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata, keperluan tersebut bersesuaian dengan perubahan bidang pendidikan masa kini yang memerlukan guru kreatif dan inovatif untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran efektif seterusnya melahirkan produk berkualiti.

Menurutnya, guru mesti bersedia memainkan peranan penting dalam mengerakkan kreativiti dan inovasi dalam semua bidang di sekolah dan bijak menerapkan kedua-dua elemen tersebut melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang.

"Guru tidak boleh lagi mempraktikan pengajaran yang sama seperti 10 atau 20 tahun dahulu kerana pelajar pada hari ini semakin bijak seiring dan pengetahuan semakin mencabar dan sebab itu, guru harus bersedia membuat perubahan ini.

"Salah satu perubahan ini adalah dengan cara mencabar keupayaan pelajar mereka berfikir dengan menggunakan pelbagai teknik mengajar dan alat bantu pengajaran yang menarik minat murid atau boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran," katanya ketika menjadi panel Forum Pendidikan sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-43 di PWTC baru-baru ini.

Selain Noor Rezan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri S.K. Devamany dan Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr. Jessica Ong Hai Liaw turut menjadi ahli panel pada forum itu yang dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku, Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, menurut Noor Rezan, sebagai guru, golongan berkenaan perlu memainkan peranan penting bagi menerapkan kedua-dua elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran mereka sama ada dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah.

"Guru mesti bertindak sebagai pencetus kreativiti dan penjana inovasi kerana guru sebagai penyampai ilmu perlulah memiliki kemahiran tinggi bagi melakukan transformasi dalam menjana minda murid agar menjadi lebih dinamik.

"Sesungguhnya murid yang kreatif dan inovatif akan menjadi seorang yang sentiasa berfikir, ingin mencipta, bercita-cita besar, berani dan yakin kepada diri sendiri. Inilah ciri-ciri murid yang perlu kita lahirkan untuk menjadi warganegara bagi menghadapi cabaran masa depan terutama dalam memasuki era 2020," katanya.

Sementara itu, menurut Devamany, pelaksanaan aspek pedagogi yang kreatif dan inovatif amat penting agar kurikulum yang digubal dapat diterjemahkan dengan cara menarik, berkesan dan berkualiti.

"Zaman sudah berubah dan kini guru-guru berada pada alaf ke-21 dan untuk itu, guru mesti bersedia menghadapi cabaran semasa dan mesti mengambil usaha menggerakkan peranan sebagai pencetus kreativiti dan penjana inovasi,'' katanya.

Namun, pada masa yang sama, katanya, Kementerian Pendidikan perlu memastikan sistem pendidikan yang disediakan telah sempurna dan sesuai mengikut keperluan warga pendidik seterusnya mampu membantu golongan itu mencapai matlamat pendidikan negara.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140519/pe_02/Guru-perlu-kreatif-inovatif#ixzz3BjNLwlwG © Utusan Melayu (M) Bhd 

Berita harian: Guru kreatif tingkat pembelajaran muridOleh Zuliaty Zulkiffli dan Nur Syazwana [email protected]/05/02

GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI - Ciptaan alat bantu mengajar tarik minat pelajar kuasai ilmu

Kuala Lumpur: Kreativiti dan inovasi guru dalam pembelajaran mampu meningkatkan minat murid dalam subjek yang diajar sekali gus melonjak pencapaian mereka.

Penghasilan kreatif dan inovatif sebagai alat bantuan mengajar juga berupaya menyuntik pengalaman luar bilik darjah yang membolehkan murid mudah menguasai sesuatu subjek.

Kepentingan aspek itu digarapkan oleh Kementerian Pendidikan dalam tema sambutan Hari Guru tahun ini iaitu ‘Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.’

Ciptaan ‘beg bercahaya’

Guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Yuh Min, Air Hitam, Kedah, Tan Kooi Heang, 31, berkata ciptaan ‘beg bercahaya’ yang digunakan sebagai alat bantu mengajar murid prasekolah di situ berjaya meningkatkan penguasaan anak didiknya dalam subjek Sains dan Matematik.

Ciptaan itu dibentuk seperti papan berlampu pelbagai warna yang diletakkan nombor untuk bermain bersama murid.

Murid yang duduk di keliling alat itu akan diminta menekan nombor seperti permainan dan menunggu lampu di nombor tertentu menyala yang mewakili nombor soalan disediakan Kooi Heang.

“Dengan menggunakan bahan terbuang di kedai perkakasan milik datuk, saya cuba untuk menghasilkan beg bercahaya ini.

“Saya berpuas hati dengan apa yang dihasilkan ini kerana daripada jumlah 11 murid prasekolah yang diajar menggunakan produk ini, 10 daripada mereka berjaya meningkatkan prestasi ke tahap memuaskan dalam subjek,” katanya yang menerima Anugerah Guru Inovatif Kategori Individu Prasekolah 2013.

Idea cipta alat bantuan mengajar

Bekas jurutera itu berkata, idea mencipta alat bantuan mengajar itu tercetus selepas berbincang dengan bekas pensyarahnya di sebuah maktab perguruan sebelum itu.

“Inovasi dan kreatif sangat penting dalam pendidikan kerana ia dapat membantu murid terutama di luar bandar memudahkan pembelajaran,” katanya.

Melalui penggunaan bahan seperti itu, katanya, ia dapat meningkatkan kecerdasan minda kanak-kanak seawal usia lima hingga enam tahun dan dapat mengajar mereka supaya lebih banyak bercakap.

Kooi Heang berkata, beliau tidak pernah menyesal meninggalkan kerjaya sebagai jurutera ketika bertugas di sebuah kilang di Pulau Pinang dan sanggup menyambung pengajian ketika itu untuk menjadi seorang guru bagi merealisasikan impiannya mendidik murid dengan cara secara lebih kreatif.

Ikon Guru 2013 dari Sekolah Menengah Teloi Kanan, FELDA Teloi Kanan, Kuala Ketil, S Kalaimani, pula berkata tugas guru tidak hanya terhad kepada mendidik dalam kelas untuk lulus peperiksaan, tetapi perlu mencari jalan untuk menanam rasa cinta murid kepada ilmu pengetahuan yang disampaikan.

Katanya, pengalamannya selama 25 tahun menjadi pendidik dalam subjek Geografi dan Alam Sekitar memerlukannya sentiasa kreatif dan berinovasi untuk menarik minat pelajarnya.

“Ramai pelajar menganggap subjek ini kurang menyeronokkan, namun sebagai guru saya berusaha menarik minat mereka dengan membabitkan mereka dalam pelbagai aktiviti amali di luar kelas.

“Pelajar lebih mudah memahami dan dapat melihat situasi sebenar konsep yang dibaca dalam buku apabila mereka melakukan kerja amali di luar kelas.

“Dengan cara itu pemikiran mereka akan berkembang dan mudah untuk memahami serta mengingati sesuatu konsep dalam subjek ini," katanya.

Bawa murid sertai program di luar negara

Bagi menarik minat murid kepada subjek, beliau berusaha membawa beberapa murid yang terpilih untuk ke luar negara bagi mengikuti pelbagai program berkaitan alam sekitar.

“Sejak tahun 2009 saya mula menganjurkan program seperti ini dengan bantuan dan sokongan daripada pengurusan sekolah selain ibu bapa.

“Dalam tempoh berkenaan kami berjaya membuat lawatan di 32 negara luar membabitkan pelbagai jenis program pada peringkat antarabangsa.

“Dengan cara ini saya lihat pelajar akan lebih teruja untuk mendalami ilmu berkaitan alam sekitar selain meluaskan lagi pengetahuan mereka,” katanya.

Bagi Kalaimani, walaupun terpaksa berkorban masa, tenaga dan kewangan beliau tetap puas hati kerana segala usahanya itu membuahkan hasil apabila melihat murid menunjukkan minat dan mahu membabitkan diri dalam program yang dianjurkan.

“Sebagai seorang pendidik, sudah tentu saya mengharapkan yang terbaik untuk murid, saya bukan sekadar mengajar untuk menghafal yang tertulis di dalam buku, tetapi membantu mereka memahami

serta mendalami ilmu,” katanya.

Beliau berkata pengalaman hidup ketika murid berada dalam program luar bilik darjah seperti itu juga membekalkan ilmu lain terutama kreatif dalam kehidupan kepada mereka.

Hak Cipta Terpelihara Berita Harian 2012 Emel kami untuk sebarang maklum balas.

Teks Ucapan Sempena Sambutan Hari Guru Kali Ke-43 oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia

16 May 2014TEKS UCAPAN

YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSINTIMBALAN PERDANA MENTERIMERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURUKALI KE-43

"GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI"16 MEI 2014, PUKUL 9.00 PAGI, DEWAN MERDEKA, PWTC

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Yang Berhormat Datuk Seri Idris bin JusohMenteri Pendidikan II

Yang Berhormat Datuk Mary Yap Kain ChingTimbalan Menteri Pendidikan I

Yang Berhormat Tuan P. Kamalanathan a/l P. PanchanathanTimbalan Menteri Pendidikan II

Yang Berbahagia Datuk Dr. Madinah binti Mohamad,Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia;

Yang Berbahagia Dato’ Seri Ir Dr. Zaini bin Ujang,Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Malaysia;

Yang Berbahagia Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,

Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia, Pengarah-Pengarah Pendidikan Negeri,

Yang Berusaha Tuan Haji Abdullah bin Mad Yunus,Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk, Dif-dif Jemputan, Tuan-tuan, Puan-puan dan para pendidik yang saya hormati sekalian.

1. Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan rahmat-Nya kita dapat berhimpun pada hari ini sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-43 Tahun 2014. Saban tahun kita meraikan Perayaan Hari Guru sebagai mengiktiraf peranan dan sumbangan guru dalam mendidik anak bangsa dan memacu kemajuan negara. Sempena hari yang amat bermakna ini, saya merakamkan ucapan segunung kasih dan setulus penghargaan kepada semua guru di seluruh pelosok negara atas segala jasa, bakti dan sumbangan anda semua.

‘GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI’

Para guru, saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

2. Selaras dengan tema Hari Guru pada tahun ini, iaitu ‘Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi’, sudah tiba masanya guru benar-benar menjadi pencetus kreativiti dan penjana inovasi dalam mendidik murid. Ini adalah amat penting memandangkan negara kita sedang menuju era negara maju di mana ekonomi negara kita perlu dipacu oleh daya inovasi rakyat. Untuk menghadapi persaingan global yang semakin sengit dalam persekitaran ekonomi yang dipacu oleh inovasi, sistem pendidikan kita sebenarnya memainkan peranan yang amat penting dalam menjana daya inovasi rakyat.

3. Menyedari hakikat ini, kerajaan berusaha mentransformasi sistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang memberi penekanan terhadap elemen kreativiti dan inovasi. Selaras dengan itu juga, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah dilaksanakan di sekolah yang merangkumi tujuh elemen iaitu kurikulum, pedagogi, pentaksiran, sumber, sokongan masyarakat, ko-kurikulum dan bina upaya guru. KBAT di bilik darjah telah diperkukuh melalui Program i-Think iaitu satu program yang membantu pihak sekolah memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif dalam kalangan murid. InsyaAllah, menerusi program i-Think ini kita akan dapat melahirkan para pencipta generasi masa depan Malaysia yang hebat dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

4. Dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia (AIM), sebanyak 1,048 buah sekolah telah melaksanakan Program i-Think pada tahun 2013. Pada tahun ini, guru-guru dari 1,000 buah sekolah telah diberi latihan KBAT secara dalam talian sebagai langkah memperluas Program i-Think ke semua sekolah di seluruh negara. Pembudayaan KBAT turut dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) melalui kursus untuk guru pelatih dan pensyarah.

5. Bagi menggalakkan pembudayaan inovasi dalam kalangan warga pendidik, Kementerian Pendidikan sentiasa memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada projek-projek inovasi guru melalui Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan yang dilaksanakan sejak tahun 2002. Antaranya projek “Smart Kiosk” oleh Cikgu Mohd Solleh Halim bin Mohd Sokhi dari Sekolah Kebangsaan Parit Serong, Tanjung Karang, Selangor, yang dihasilkan daripada bahan terbuang yang terdapat di persekitaran sekolah. Cikgu Teh Tik Seng dari SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak yang telah menghasilkan inovasi “Matematik EZ Draw”, iaitu satu kaedah penyelesaian masalah bagi meningkatkan prestasi murid dalam Matematik. Cikgu Vimala a/p Muniandy dari SJK(T) Subramaniya Barathee, Gelugor, Pulau Pinang menghasilkan “Courseware Kesusasteraan Bahasa Tamil” untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Produk inovasi berkaitan disiplin juga turut dihasilkan bagi meningkatkan pengurusan disiplin di sekolah. Pada tahun 2013, SMK Agama Putrajaya telah menghasilkan “X-Time2” untuk membantu murid menepati masa; Jabatan Pendidikan Negeri Sabah menghasilkan “Minda Ajaib Portable Whiteboard” untuk mengatasi masalah pembelajaran luar kelas; dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang menghasilkan projek “Smart Iqra” untuk mengatasi masalah penguasaan asas al-Quran dalam kalangan murid berkeperluan khas penglihatan.

6. Semua inovasi ini telah dihasilkan melalui pendekatan, kaedah, teknik, bahan dan peralatan baharu yang terbukti berjaya meningkatkan keberkesanan PdP. Semoga kejayaan guru-guru yang saya sebutkan tadi dapat merangsang guru-guru lain untuk terus meningkatkan usaha mencari idea baharu yang lebih kreatif dan inovatif ke arah meningkatkan kualiti pendidikan negara.

PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

Para guru dan hadirin yang saya hormati sekalian,

7. Sememangnya menjadi guru dewasa ini tidaklah semudah yang disangka. Tugas dan tanggungjawab besar yang terletak di bahu para guru menuntut komitmen yang tinggi khususnya dalam menghadapi persaingan global yang menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan. Untuk itu, guru sebagai golongan profesional perlu bersedia untuk menerima perubahan dan memiliki ciri inovatif sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah Hadis Riwayat Muslim yang bermaksud, ‘Barang siapa melakukan hal baharu yang baik, maka ia mendapat pahalanya dan mendapat pula pahala orang lain yang mengerjakan hal baharu yang baik itu’.

8. Guru juga perlu sentiasa menambah nilai intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan modal insan yang diperlukan oleh negara kita. Great teachers groom their students to become leaders. Ordinary teachers direct us along the right path, but great teachers inspire us to seek our own path. They encourage us to discover our talents.

9. Peningkatan profesionalisme dan kualiti guru harus diutamakan bagi mencapai matlamat PPPM. Untuk tujuan ini, Kementerian akan memantapkan latihan guru di IPG. Kursus-kursus dalam program pendidikan guru turut memberi penekanan terhadap penerapan unsur-unsur kreativiti dan inovasi dalam latihan perguruan merangkumi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program

Diploma Perguruan Lepas Ijazah (PDPLI). Elemen inovasi turut diberi tumpuan melalui aktiviti PdP merangkumi pembentangan, projek, pembinaan sumber PdP, pertandingan inovasi bagi pendidikan lestari dan pembelajaran atas talian. Pembudayaan inovasi di IPG juga dimantapkan dengan penganjuran program-program inovasi di peringkat IPGM dan IPG kampus.

10. Selain itu, dalam usaha kita untuk memartabatkan profesion keguruan, Kementerian telah menggabungkan skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) ke dalam satu skim perkhidmatan bersepadu PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) berkuatkuasa pada 1 Januari 2014. Pada tahun ini dianggarkan 5,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 akan dinaikkan pangkat ke Gred DG42.

11. Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang bermula di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh meletakkan sasaran 60 peratus guru siswazah sekolah rendah dan 90 peratus guru siswazah sekolah menengah pada tahun 2015. Pada tahun ini seramai 6,286 orang PPP yang sedang mengikuti PPG dijangka bergraduat, manakala 27,105 orang PPPD dijangka bergraduat pada tahun 2015. KPM juga sentiasa menyokong guru-guru untuk menyambung pengajian sehingga ke peringkat tertinggi. Berdasarkan rekod pada tahun 2014 sahaja, seramai 250 guru menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan 150 guru ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah.

12. Selanjutnya, penambahbaikan laluan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan yang memberi peluang yang luas kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk menikmati kenaikan pangkat merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan kerajaan kepada para guru. Sehingga Jun 2014, dijangkakan seramai 195 orang guru dinaikkan ke gred DG54, manakala 643 orang ke gred DG52, 803 orang ke gred DG48 dan 8,954 orang ke gred DG44. Bagi Guru Bukan Siswazah pula, seramai 354 orang dinaikkan ke gred DGA38, manakala 11,314 orang dinaikkan ke gred DGA34 dan 4,091 orang ke gred DGA32.

13. Dianggarkan seramai lebih 10,500 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan 15,700 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma telah mendapat manfaat kenaikan pangkat melalui skim tersebut. Bagi melaksanakan semua urusan kenaikan pangkat guru, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar kewangan yang membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam membentuk modal insan yang berpersonaliti unggul. Justeru, saya berharap agar peluang kenaikan pangkat ini akan memberi semangat dan dorongan kepada semua guru untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

14. Saya juga telah mengumumkan penganugerahan Tawaran Baru Guru Besar kepada 566 buah sekolah rendah yang berjaya melonjakkan pencapaian sekolah masing-masing melepasi sasaran prestasi yang ditetapkan pada tahun 2013. Bilangan sekolah tersebut mewakili 7.31 peratus daripada 7,746 sekolah rendah dan melepasi sasaran 6 peratus yang ditetapkan oleh KPM. Sebanyak 209 (36.9%) adalah sekolah bandar, 302 (53.4%) adalah sekolah luar bandar dan 55 (9.7%) adalah sekolah pedalaman. Ini menunjukkan peningkatan berbanding pencapaian bagi tahun 2012 iaitu sebanyak 180 sekolah bandar dan 280 sekolah luar bandar telah menerima anugerah ini.

15. Daripada keseluruhan penerima anugerah ini, 119 buah sekolah telah menerima anugerah ini sebanyak empat kali berturut-turut. Sebanyak RM23.1 juta telah diagih kepada hampir 22,063 orang warga sekolah, yang terdiri daripada guru besar, guru-guru serta anggota kumpulan pelaksana sebagai ganjaran kepada penganugerahan tersebut. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemimpin sekolah dan guru-guru yang telah menerima ganjaran tawaran baru pada tahun ini. Saya berharap ganjaran ini dapat menyemarakkan semangat guru dalam mengoptimumkan peranan untuk melahirkan anak didik yang boleh bersaing di peringkat global, mempunyai keistimewaan tersendiri serta bersahsiah tinggi.

KEJAYAAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

16. Hasil bimbingan guru yang kreatif mampu menjana inovasi murid. Kita berbangga dengan pencapaian murid kita dalam pelbagai pertandingan seperti Pertandingan Inovasi Kebangsaan dan Malaysian International Young Inventors Olympiad 2013 (MIYIO) dengan muncul sebagai johan dalam beberapa kategori. Di peringkat antarabangsa, murid kita melakar kejayaan dengan muncul johan keseluruhan dalam World Robots Olympiad 2013 di Jakarta. Pingat emas dan markah penuh telah diraih oleh adik Yeoh Zi Song dari SJKC Chong Teik, Balik Pulau, Pulau Pinang dalam 16th Primary Mathematics World Contest (PMWC, 2013) Hong Kong. Semasa 64th INTEL International Science and Engineering Fair (INTEL ISEF) di Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat, adik Nur Liyana Johari telah menerima Intel ISEF 2013 Special Awards Organizations berjumlah USD5000 daripada United Airlines Foundation.

17. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor pula telah memenangi Anugerah Best International Team Award Pertandingan National Final F1 di United Kingdom dan Anugerah Emas dalam Asia Pasific Conference of Young Scientists yang diadakan di Palembang, Indonesia. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya telah menyertai Festival Muzik Antarabangsa Australia (SP Winds) dan dianugerahkan Gold Award di Sydney, Australia. Manakala, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, telah memenangi tempat kedua anugerah khas United Airlines Foundation sempena Intel International Science and Engineering Fair 2013 di Arizona, Amerika Syarikat. Sekolah Menengah Sains Selangor memperolehi Anugerah Emas dalam European Exhibition of Creativity and Innovation (EUROINVENT) 2013 yang diadakan di Lasi, Romania. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua warga pendidikan yang telah berusaha gigih untuk memastikan nama negara harum di peringkat antarabangsa.

18. Dalam bidang sukan di peringkat antarabangsa pula, Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Asia (ASTFC) yang pertama dengan meraih 12 pingat emas, 14 pingat perak dan 10 pingat gangsa untuk mendahului lapan lagi negara yang bertanding. Pasukan Malaysia juga mencapai kejayaan cemerlang dalam Temasya Sukan Asean Para Games, Nay Pyi Taw Myanmar 2014 dengan memenangi 9 emas, 5 perak dan 2 gangsa.

19. Saya juga amat berbangga dengan kejayaan guru kita yang meraih kejayaan cemerlang dalam temasya sukan di peringkat antarabangsa. Saya mengucapkan tahniah kepada Cikgu Mohd Jironi Riduan dari Sekolah Sukan Tuanku Mahkota Ismail, Johor yang telah memenangi 2 pingat emas dalam Sukan Sea ke-27, di Nay Pyi Taw, Myanmar dalam acara lumba lari 800m

dan 1500m.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

20. Sempena majlis yang penuh bermakna ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada para guru yang dinobatkan sebagai Tokoh Guru Kebangsaan, Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan dan Ikon Guru bagi tahun ini. Anugerah ini ialah tanda penghargaan dan pengiktirafan negara terhadap jasa serta pengorbanan tokoh-tokoh guru yang tidak ternilai kepada bangsa dan negara.

21. Justeru, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para insan bergelar guru di mana jua anda berada. Biarkan ungkapan keramat ‘guru’ atau ‘cikgu’ tetap kekal meniti di bibir murid, ibu bapa dan masyarakat hingga ke akhir hayat seorang guru. Semoga saudara dan saudari para guru terus menjadi inspirasi kepada generasi penerus bangsa. Kepada guru-guru saya ingin berpesan agar sayangilah murid-murid seumpama ibu atau bapa kepada mereka dan didiklah mereka dengan baik. Kepada murid-murid, nasihat saya, hormatilah dan hargailah jasa guru-guru anda.

16 Mei sentiasa dinantiSambutan meriah penuh tradisiTerima kasih guru-guru yang dikasihiJasa baktimu sentiasa diingati

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, sukacitanya saya merasmikan Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-43 Tahun 2014. SELAMAT HARI GURU! TERIMA KASIH CIKGU! Wabillahitaufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

 

Published by Corporate Communications Unit

Guru pemangkin pembangunan negara

PETIKAN perutusan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof sempena sambutan Hari Guru 2014 pada 16 Mei lalu.

Tanggal 16 Mei merupakan hari yang amat bermakna kepada individu yang bergelar guru atau lebih sinonim dengan gelaran ‘cikgu’ kerana hari ini merupakan hari yang diiktiraf sebagai Hari Guru. Seperti biasa, tarikh keramat 16 Mei disambut dengan meriah bagi meraikan para guru yang bertungkus lumus mendidik anak-anak kita tidak kira di ceruk mana sahaja berada untuk menjadi orang yang berguna. Pada  hari ini, guru-guru diraikan oleh anak-anak didik mereka sebagai tanda sokongan dan penghargaan atas usaha bakti yang telah dicurahkan.

Marilah kita semua bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita dapat menyambut Hari Guru kali ke-43 pada tahun ini. Selamat Hari Guru dan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan terhadap komitmen, keikhlasan, dedikasi dan prestasi tinggi para guru kepada bangsa dan negara. Jasa dan pengorbanan guru serta seluruh warga pendidikan terhadap pembangunan pendidikan negara sentiasa relevan dan dihargai.Tugas sebagai seorang guru dipandang tinggi dan amat mulia sebagai pemangkin pembangunan negara, pembentuk generasi dan menjadi asas kemajuan pendidikan negara di samping memacu kejayaan rakyat. Guru-guru perlu mempunyai jati diri dan semangat yang tinggi untuk menabur bakti kepada anak bangsa tanpa menghirau penat lelah, tanpa menghirau jarak dan sempadan malah mereka diakui mampu melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh dan boleh memacu pembangunan dan ekonomi negara ke arah yang lebih baik.

Kini kita telah pun melangkah ke tahun kedua pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Saya akan meneruskan amanah yang diberikan untuk terus memastikan PPPM ini berada pada landasannya. Ini bertujuan untuk memastikan transformasi pendidikan negara ini dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan mencapai matlamatnya.

Bagi mencapai hasrat itu, pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya.

Salah satu aspek penting dan utama yang diberi penekanan menerusi pelan tersebut adalah berkaitan profesion keguruan. Tumpuan akan diberi kepada usaha-usaha peningkatan kualiti guru serta menjadikan profesion ini sebagai profesion pilihan. Menerusi pelan ini juga, para guru di seluruh negara adalah diharap dapat meneruskan peningkatan keilmuan masing-masing sejajar dengan perkembangan teknologi dan persekitaran semasa.

Guru-guru sepatutnya menjadikannya sebagai satu cabaran baru dalam meneroka dan meningkatkan lagi kebolehan, keupayaan masing-masing bagi menghadapi gelombang perubahan yang berlaku masa kini dan mendatang.

Pada hemat saya selain daripada dasar dan pelan yang disediakan, guru-guru merupakan pemain utama dan penentu terhadap transformasi menyeluruh dalam sistem pendidikan. Segenap lapisan rakyat dalam negara ini sentiasa menaruh harapan kepada guru. Yakinlah bahawa pendidikan adalah harapan masa depan negara.

Oleh itu, saya menyeru warga pendidik agar bersama-sama meletakkan keutamaan pada tahap tertinggi bagi memastikan semua perancangan dalam pelan pembangunan pendidikan berjalan lancar. Hal ini kerana, saya berpandangan bahawa sentuhan masa depan negara (touching the future) sebenarnya bermula di tangan guru.

Dalam hal ini, saudara dan saudari para guru disaran agar lebih peka dengan realiti murid masa kini dan mengambil pendekatan kontemporari dalam mendidik. Tugas ‘memanusiakan manusia’ bukanlah perkara yang mudah, guru juga harus memiliki jati diri yang jitu untuk menzahirkan akhlak mulia bagi menjadi contoh kepada anak didik mereka. Guru perlu memiliki personaliti yang cemerlang untuk menarik perhatian dan menjadi tempat rujuk murid.

Tema Hari Guru tahun ini ‘Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi’ sangat bertepatan dengan dunia pendidikan pada masa kini. Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini. Para guru harus sentiasa meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan tugas yang semakin mencabar. Untuk itu, guru perlu peka dan sentiasa bersedia menambah ilmu untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Kreativiti ialah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong penjanaan idea baharu. Kreativiti melibatkan kombinasi antara idea baharu dan idea lama yang diproses semula, membuat pemilihan dan menukar ganti menjadi sesuatu yang baharu. Inovasi pula merupakan

suatu idea, amalan atau objek yang baharu dan yang lebih baik. Inovasi dihasilkan oleh manusia kreatif yang dapat membina trend baharu dan menggunakan peluang semaksimum mungkin dalam ekosistem yang penuh persaingan. Sebagai contoh, jika dulu penggunaan telefon bimbit hanya sebagai alat perhubungan tetapi kini melalui inovasi, digunakan sebagai penyampai maklumat, pandu arah perjalanan, internet, kamera dan alat hiburan.

Kreativiti amat penting dalam membangunkan masyarakat dan negara. Secara umumnya, para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli psikologi menyatakan bahawa kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era globalisasi, perubahan, cabaran, dan persaingan yang sedang dan akan terus berlaku. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun dan berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, keperluan terhadap kreativiti semakin mendesak. Tambahan pula, perkembangan ekonomi yang berlaku akibat transformasi dasar kerajaan telah mengubah lanskap pendidikan negara.

Guru memainkan peranan penting bagi menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran mereka. Oleh itu, guru perlu sentiasa berfikir untuk membudayakan elemen kreatif dan inovatif dalam setiap aspek pengajaran dan pembelajaran. Melalui budaya pemikiran kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mengaktifkan minda murid menjadi lebih dinamik, kreatif dan inovatif. Hasil atauoutcome pembudayaan elemen kreatif dan inovatif ini, insya Allah akan menjadikan pengajaran guru dan pembelajaran murid lebih berkualiti. Oleh itu, untuk mencapai tujuan ini maka para guru mestilah sentiasathink again, think across and think ahead.

Dalam hal ini juga, saya percaya bahawa kita perlu melihat apa yang berlaku di dalam kelas atau pembelajaran di bilik darjah. Pada saya, the classroom is the source of energy for positive vibrations – the nucleus of change. Slight ripple of improvement in the classroom will create a strong wave of transformation. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah harus menekankan kepada pedagogi. Fokus pembelajaran murid hendaklah menjadi agenda utama seseorang guru. Guru-guru disaran agar sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran mereka dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Peranan pengurusan sekolah juga penting dalam membudayakan elemen kreativiti dan inovasi agar menjadi organisasi pembelajaran yang bermaklumat, menggalakkan pengembangan pengetahuan baharu, membudayakan ilmu saintifik dan teknologi termasuk menggunakan tenaga sumber secara maksimum. Barisan pentadbir sekolah haruslah bertanggungjawab bagi mencetuskan budaya kreativiti dan inovasi.

Bagi mewujudkan suasana kreatif dan inovatif, sekolah perlu mengurangkan kerenah birokrasi dalam pengurusan demi memberi ruang kebebasan berkarya kepada warganya. Oleh itu, pihak pengurusan juga perlu menjadikan iklim sekolah sentiasa ceria, bersih, kemas dan

bermaklumat. Pengurusan sekolah perlulah memastikan komunikasi dua hala, pengaliran maklumat lebih demokratik, gaya kepimpinan yang berhemah dan pembangunan insan yang harmoni bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara meluas dapat membina imej baharu dalam pengurusan organisasi yang berprestasi tinggi. Ia akan menjadikan sekolah lebih berdaya saing dan menjadi lebih produktif. Guru juga disaran meneliti semula amalan bilik darjah yang sesuai dengan ciri serta situasi murid sekarang. Menurut Sternberg (2004), “minda manusia mempunyai tiga potensi utama iaitu kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan, ketiga-tiganya mesti dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum.”

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi, iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional seperti yang dihasratkan dalam PPPM. Guru juga perlu sentiasa menggunakan kemahiran dan pengetahuan pedagogi bersifat kreatif dan inovatif serta menerapkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menjadikan pembelajaran menarik dan menyeronokkan.

Ciri budaya sekolah yang menggalakkan kreativiti dan inovasi akan mendorong semangat belajar yang tinggi dalam kalangan murid. Daya usaha murid sendiri dan sentiasa berusaha mengembangkan potensi diri dengan bimbingan dan sokongan guru-guru yang dedikasi, terlatih dan profesional akan membuahkan kejayaan.

Pembangunan modal insan merupakan unsur penting yang seharusnya diberikan tumpuan terutamanya dalam rangka negara kita sedang bergerak untuk mencapai Wawasan 2020 dan sekaligus menjadi lebih berdaya saing pada peringkat antarabangsa. Menyedari hakikat ini, pembangunan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif serta berdaya saing di peringkat antarabangsa penting untuk melahirkan tenaga kerja yang memiliki kemahiran, pengetahuan dan daya kreativiti agar mereka dapat menyelesaikan tugasan yang semakin kompleks.

Di samping itu guru juga mempunyai tugas berat dalam menghasilkan generasi muda yang berpotensi dengan kemahiran pelbagai dan dapat membentuk ciri-ciri keperibadian agar selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru perlu mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam menjana idea, konsep atau strategi baharu yang dapat meningkatkan amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik. Saya amat berharap guru dan murid perlu sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk membangunkan pendidikan negara.

Hal yang demikian, guru perlu melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran global. Guru perlu mencanai perancangan strategik serta menyatukan aspirasi bagi memastikan sekolah mampu melahirkan murid cemerlang. Di samping itu, para guru perlu ketelusan minda dalam mendidik murid, menyuntik semangat agar terus gigih, berinovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam menggalas tanggungjawab.

Di samping para guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang amat mencabar ini, saya juga amat memahami akan keluhan perasaan saudara dan saudari. Untuk itu, saya akan pastikan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan sentiasa berupaya mendengar, prihatin dan serius, sentiasa terbuka dan telus terhadap sebarang rungutan dan pandangan daripada saudara dan saudari.

Namun saya juga berharap agar segala pandangan atau rungutan termasuk kritikan membina perlulah dilakukan secara tertib, berhemah serta mengikut peraturan dan saluran yang betul. Ini bertujuan agar profesion keguruan dapat sentiasa terpelihara dan dihormati oleh masyarakat. Kita perlu sentiasa menjaga imej kita sebagai guru di samping sentiasa berpegang kepada nilai-nilai murni yang menjadi amalan masyarakat kita serta menjadi nadi penggerak ke arah perpaduan negara.

Marilah kita memperbaharui tekad dan azam dengan seluruh tenaga dan keupayaan demi membangunkan modal insan berkualiti. Saya yakin bahawa tanggungjawab berat yang digalas oleh saudara dan saudari para guru di samping tekanan yang dihadapi sedikit pun tidak melunturkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak didik semua. Saya amat yakin dan percaya bahawa saudara dan saudari para guru yang ada di hadapan murid-murid mereka adalah guru yang penyayang. Setiap murid di mata dan hati seorang guru adalah permata bersinar yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan tersendiri. “Ketahuilah bahawa pendidikan anak-anak murid ini merupakan pelaburan jangka panjang dalam konteks pembangunan sesebuah negara”.

Kepada anak-anak murid yang disayangi sekalian, guru merupakan ibu dan ayah kepada anak-anak didik semua, kepada guru-gurulah harapan ibu bapa untuk menjadi pengganti mereka bagi mendidik anak-anak ketika berada di sekolah. Sekiranya ada antara murid-murid yang ditegur oleh guru, janganlah mudah berkecil hati atau merasa diri kurang disayangi. Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa di sekolah yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang terbaik untuk murid-murid semua.

Besarlah harapan saya agar saudara dan saudari para guru yang dikasihi sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan. Selaku pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, saudara dan saudari mempunyai kedudukan tersendiri, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Marilah kita teruskan amalan budaya kerja

cemerlang, sikap kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat mujahadah setiap daripada kita untuk melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa.

Saya mengambil kesempatan di sini, mengucapkan selamat hari guru dan terima kasih cikgu kepada semua insan yang bergelar guru dengan pesanan jadilah guru yang berdedikasi, komited, cemerlang, kreatif, inovatif, kaya maklumat dan bersemangat tinggi dalam perjuangan di arena pendidikan. Selain itu, jadilah guru yang prihatin serta sentiasa menyayangi muridnya. Sesungguhnya Malaysia amat memerlukan khidmat bakti saudara dan saudari para guru demi agama, bangsa dan negara tercinta.

SELAMAT HARI GURU

TERIMA KASIH CIKGU

__________________________________________________________________________

Koleksi pantun

Pantun

PANTUN GURUKU SAYANG MURIDKU SAYANG

12Mar, 2011

Author: Ummu Sal | 

KARYA:  UMMU SAL

Selamat menyambut Hari Guru,

Ucapan daripada muridmu untuk guruku;

Hingga kini terkenang budi baikmu,

Ilmu diajar rasa tak jemu.

Guru penyayang murid disayang,

Baik hatimu hingga kini kukenang;

Dikau mengajar terkenang-kenang,

Dalam peperiksaan jawapan terbayang-bayang.

Kuberi hadiah untuk guruku tersayang,

Bila mengajar penuh kasih dan sayang;

Budi baikmu takkan hilang,

Akan kubuktikan menjadi murid cemerlang.

Hari guru disambut penuh keceriaan,

Telatah guru murid terhibur;

Hadiah istimewa untukmu kuberikan,

Acara penyampaian semua teratur.

Guru  kreatif murid tak bosan,

Apa diajar didengar difaham;

Pulang ke rumah mengulangkaji pelajaran,

Ibubapa melihat teramat kagum.

Suasana bilik darjah penuh  ceria,

Dihias dengan lukisan kreatif;

Murid belajar berlumba-lumba,

Kerana semuanya berminda positif.

Suasana belajar amat menyeronokkan,

Guru  kreatif murid positif;

Apa  diajar semua difokuskan,

Impak pembelajaran  guru  kreatif.

Murid diajar beradap sopan,

Saling hormat menghormati asas perpaduan;

Tiada tercicir dalam pembelajaran,

Kerana itu satu kebanggaan.

Guru  cemerlang murid terbilang,

Itulah cita-cita Menteri  Pelajaran;

Apa diajar takkan hilang,

Kecemerlangan murid jadi tumpuan.

Murid bermasalah  guru  pening kepala,

Guru bermasalah murid yang rugi;

Kehidupan baru kini bermula,

Murid berjaya berpelajaran tinggi.

Guru mengajar sepenuh hati,

Demi kerana murid tersayang;

Apa  diajar lekat di hati,

Itulah harapan guru penyayang.

Pergi ke sekolah menuntut ilmu,

Ilmu itu pelita hati;

Menuntut ilmu janganlah jemu,

Masa depanmu bersinar nanti.

Apabila belajar bersungguh-sungguh,

Kerana itu amalan mulia;

Banyak ilmu janganlah megah,

Sifat riak membawa binasa.

Murid berdisplin  guru  gembira,

Sekolah lahirkan murid cemerlang;

Sukanya hati tidak terkira,

Kerana muridku terus gemilang.

Murid ponteng amatlah rugi,

Pelajaran tercicir masa depan gelap;

Suka ponteng jangan diulangi,

Dalam peperiksaan tidak tersilap.

Indah sungguh suasana sekolah,

Burung berkicauan  di waktu pagi;

Suasana sekolah sungguh meriah,

Keceriaan sekolah patut dipuji.

Guru besar kreatif sekolah cemerlang,

Murid ke sekolah penuh keazaman;

Setiap tahun sekolah cemerlang,

Gemilang murid itulah idaman.

Persatuan Ibu Bapa Guru bersatu hati,

Usaha melahirkan pelajar cemerlang;

Setiap cadangan akan direalisasi,

Agar murid terus gemilang.

Sekolah pencetus ilhamku,

Galakan guru pembakar semangatku;

Akan tersemat nasihat di hatiku,

Moga bahagia hidupmu hidupku.

Guru  Pembina Negara Bangsa,

Murid pencetus ilham guru;

Jasamu guru  kuingat  setiap masa,

Perpisahan nanti buat kuterharu.

Guruku sayang muridku sayang,

Ku di sini mengajar penuh kasih sayang;

Moga dikau menjadi pelajar cemerlang,

Impaknya nanti Negara terus gemilang.

Karya:   Ummu Sal

             16 Mei 2010 

             (Bersempena Sambutan Hari Guru)

Puisi Guruku Sayang Muridku Sayang

Guruku sayang…

Aku amat terhutang budi padamu,

Kau mengajar aku tentang…

Kehidupan… 

Kehidupan  yang  semuanya

berpaksikan ilmu.

Tanpa tunjuk ajarmu…

Aku bagaikan burung patah sayapnya…

Kapal  hilang nakhodanya…

Hidup bagaikan gelap-gelita.

Guruku sayang…

Ajarlah aku…

Nasihatkanlah aku…

Pimpinlah aku ke jalan  benar …

Agar aku tidak terkapai-kapai

lemas di atas kejahilanku sendiri

tidak berminat menuntut ilmu.

Mulai  hari ini aku berazam

menjadi murid cemerlang dan terbilang!

Itulah janji aku! Itu sumpah aku padamu guru!

Terima kasih guru…

Di atas segalanya!

Tanpa mu siapalah aku!

Karya:    Ummu Sal

              16 Mei 2010

               (Bersempena Sambutan Hari  Guru)

0 comments:

Post a Comment