Falsafah Pendidikan Islam & Timur

11
Falsafah Pendidikan Islam & Timur

Transcript of Falsafah Pendidikan Islam & Timur

  • Falsafah Pendidikan Islam & Timur

  • Falsafah Pendidikan IslamKonsep & PrinsipSheikh Mustafa Abd. Al-Razak falsafah Islam berkembang di negara Islam dan di bawah naungan negara Islam hasil pemikiran ahli falsafah yang berada di bawah lingkungan kekuasaan Islam tentang hakikat sesuatu dalam premis pemikiran yang logik dan sistematik.

  • Pengertian Falsafah IslamMenurut Al-Kindi Falsafah Islam mempunyai 3 aspek:Ilmu fizik berasaskan bendaIlmu Matematik ilmu hitung, & astronomiIlmu Ketuhanan tidak berkaitan dengan benda sama sekaliMenurut Ibn SinaFalsafah di kategorikan kepada:Ilmu wahyu termasuk makhluk-makhluk rohani yang membawa wahyu dan cara bagaimana wahyu disampaikan;Ilmu akhirat badan manusia tidak dihidupkan lagi, maka rohnya yang abadi itu akan mengalami seksa dan kesenangan

  • Pandangan ahli-ahli falsafah:

    Ibnu Rushd:Falsafah hidup Ibnu Rushd:Hidup sederhana dan bersahaja tanpa mempedulikan tentang pakaian. Harta benda atau masa depan;Bersifat pemurah kepada semua orang meskipun mereka yang pernah memusuhi atau menghina dirinya;Bersifat rendah diri terutama kepada orang yang miskin, tetapi mengambil berat tentang harga diri dan maruah dirinya dan pantang merendah diri kepada orang-orang yang berpangkat besar.

  • Al-Ghazali:Berpendapat bahawa proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani & hormat-menghormati.

  • Ibn KhaldunBeliau berfokuskan kepada ilmu mystic & teologi.Sumbangan utama Ibn Khaldun adalah dalam bidang falsafah sejarah dan sosiologi (Umraniyat).Berusaha menulis tentang sejarah dunia.Beliau juga menganalisis tentang dinamika hubungan kelompok serta menunjukkan kepentingan al-Asabiyya (perasaan kekitaan) bagi mewujudkan tamadun baru serta meningkatkan kuasa politik dalam kalangan masyarakat.

  • Al-Farabi:Falsafah boleh dilihat dari dua sudut:Falsafah teori mengetahui sesuatu yang ada. Cth: ilmu matematik, ilmu fizik, metafizik dan sebagainya;Falsafah amalan mengetahui sesuatu yang seharusnya diwujudkan dalam perbuatan. Cth: ilmu akhlak (etika) dan falsafah politik.Antara sumbangan penting ialah membahagikan pengajian logik kepada dua kategori. Iaitu Takhayyul (idea) dan Thubut (bukti).

  • Falsafah Pendidikan TimurKonsep & PrinsipPendidikan merupakan suatu elemen yang amat penting bagi seseorang & bagi ahli falsafah Timur baik di dunia ataupun di akhirat kerana pendidikan menpunyai fungsi-fungsi berikut:Membolehkan seseorang untuk mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaanMenggubal undang-undangMemenuhi kehendak-kehendak sosial & ekonomiPeranan guru sebagai penyampai ilmu kepada orang ramai serta mengajar cara-cara hidup yang baik & betul.

  • Prinsip Falsafah Pendidikan TimurKehidupan manusia akan menjadi baik jika mereka sanggup berubah. Perubahan akan berlaku akibat kontek dengan guru masing-masing tanpa mengambil kira sama ada guru itu seorang nabi, sifu, atau tok guru;Sikap seorang terhadap kehidupan merupakan faktor penentu pencapaian kebahagiaan. Cth: menurut ajaran Buddah, sekiranya kita hidup semata-mata untuk mengejar kebendaan sahaja, agak mustahil untuk kita bahagia.Manusia belajar melalui pemerhatian alam semulajadi mereka. Ini bernaksud bahawa refleksi kendiri @ muhasabah diri yang kita lakukan hasil pemerhatian tersebut akan menimbulkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan atau keinginan untuk bertaubat;Setiap manusia ingin memperoleh kebijaksanaan dan mencapai Nirvana. Kesemua jalan hidup sebenarnya menghala ke arah tersebut. Apabila kita sudah menjadi bijak. Secara automatik, kita akan buat baik & elakkan diri daripada perbuatan jahat.

  • Pandangan Ahli-Ahli Confucius (Kung Fu Tze)Falsafah pendidikan Confucius Konsep pendidikan Pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengambilkira status sosio-ekonomi atau kedudukan sosial;Matlamat pendidikan Menghasilkan individu yang berkebolehan serta bermoral tinggi;Kurikulum Berfokuskan kepada mata pelajaran seperti: Pendidikan Moral hormat ibu bapa, hormat orang lebih tua, ketekunan, kesetiaan, jimat-cermat, tolak-ansur, kebijaksanaan, & keberanian. Enam buku Conficius yang merangkumi bidang falsafah, politik, ekonomi & kebudayaan.Muzik, Puisi, Kesusasteraan, Sejarah, kod & tatacara kelakuan yang baik.Peranan Guru Sebagai fasilitator & penyampai ilmu yang mahir. Untuk itu, guru perlu menunjukkan komitmen terhadap tugas & tanggungjawab yang diberi. Guru harus mengenali & memahami murid yang diajar agar dapat memaksimumkan potensi & kebolehan mereka.

  • Rabindranath TagoreFalsafah pendidikan Rabindranath TagoreKonsep pendidikan Merupakan satu proses yang menyediakan setiap individu untuk menyara hidup masing-masing kelak;Matlamat pendidikan Menghasilkan individu yang menyeluruh melalui interaksi & integrasi dengan persekitaran;Kurikulum Menekankan komponen ilmu & aktiviti fizikal. Muzik, seni, kesusasteraan, drama & tarian, sejarah, pendidikan alam sekitar.Peranan Guru Sebagai fasilitator serta pemangkin bagi menggerakkan perbincangan murid & penjana idea yang kreatif & bernas dalam kalangan murid.