EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

16
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR MOHD PIHIN BIN HASSANAL EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA IPG KAMPUS KENINGAU

Transcript of EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

Page 1: EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMURMOHD PIHIN BIN HASSANAL

EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIAIPG KAMPUS KENINGAU

Page 2: EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

INDEKS1. Falsafah Pendidikan Islam

Pendapat tokoh Sumber ilmu Matlamat pendidikan

2. Falsafah Pendidikan Timur Pendapat tokoh Sumber ilmu Matlamat pendidikan

3. Perbezaan Falsafah

Page 3: EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

CABANG FALSAFAH Falsafah diklasifikasikan kepada 4 cabang iaitu :

Metafizik yang berkaitan dengan kajian realiti. Epistemologi yang berkaitan dengan kajian ilmu. Aksiologi yang berkaitan dengan kajian nilai. Logik yang berkaitan dengan penaakulan.

INFO TAMBAHAN

Terdapat ahli falsafah yang

tidak mengakui

logik sebagai cabang

falsafah. Mereka

berpendapat bahawa

cabang logik ialah kaedah

yang digunakan

dalam cabang metafizik,

epistemologi dan aksiologi.

Page 4: EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

Falsafah Pendidikan Islam Falsafah pendidikan Islam adalah berasaskan ajaran al-Quran.

Konsep Pendidikan Islam Proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah 

Al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara

potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.

Page 5: EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

Tujuan pendidikan Islam adalah seperti yang berikut : Mendidik murid mengenai perkara yang baik dan mulia. Mendidik murid melakukan perkara-perkara yang baik dan mulia. Membiasakan diri murid untuk melakukan perkara-perkara yang baik dan mulia. Mendidik jiwa dan dalaman murid supaya sentiasa mulia.

Matlamat Pendidikan Islam Membentuk insan supaya menjadi Muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh

dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang bertakwa.

Melahirkan insan yang taat kepada Allah SWT, hidup dalam masyarakat dengan keharmonian, keamanan, kedamaian dan mendapat keredaan serta kesejahteraan di akhirat.

Page 6: EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

Al GhazaliPendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspek-aspek

seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukan akhlak yang mulia,

berani dan hormat-menghormati.

Page 7: EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

“”

Pendidikan adalah satu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.

Pendidikan bertujuan untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal,

emosi dan rohani individu ke tahap kesempurnaan.

Mohd Qatb

Page 8: EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

Falsafah Pendidikan Timur Falsafah Timur berasaskan falsafah Cina dan falsafah India. Falsafah pendidikan Timur menggariskan beberapa prinsip-prinsip

yang berikut : Kehidupan manusia akan menjadi baik jika mereka sanggup

berubah. Sikap seseorang terhadap kehidupan merupakan faktor penentu

kebahagiaan yang dicapai. Manusia belajar melalui pemerhatian alam semulajadi mereka. Setiap manusia ingin memperoleh kebijaksanaan dan

mencapai nirvana.

GLOSARI

Nirvana – nikmat yang

tercapai oleh

rohani mengikut kepercayaan Hindu

dan Buddha.

Page 9: EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

ConfuciusPendidikan adalah satu proses

memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh dicapai melalui amalan-amalan seperti

bersopan-santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua,

menyayangi orang yang lebih muda serta taat kepada dan negara

Page 10: EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

Konsep pendidikan Pendidikan adalah untuk semua tanpa mengira sosio-ekonomi atau kedudukan sosial.

Matlamat pendidikan Menghasilkan individu yang berkebolehan dan bermoral tinggi.

Kurikulum Menekankan aspek nilai

Peranan guru Fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir Menunjukkan tugas dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Mengenali dan memahami watak murid agar dapat memaksimumkan potensi dan kebolehan

mereka.

Page 11: EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

Rabindrananth TagorePendidikan merupakan proses yang

bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna dan

berupaya mencapai segala aspek kehidupan termasuk fizikal, intelek, moral dan rohani. Seseorang yang berpendidikan sedia berkhidmat

untuk masyarakat dan negara.

Page 12: EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

Konsep pendidikan Merupakan satu proses yang menyediakan setiap individu untuk menyara hidup masing-masing

kelak.

Matlamat pendidikan Menghasilkan individu yang menyeluruh melalui interaksi dan integrasi dengan persekitaran.

Kurikulum Menekankan komponen ilmu dan aktiviti fizikal

Peranan guru Fasilitator pemangkin bagi menggerakkan diskusi murid penjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan murid.

Page 13: EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

Perbezaan Konsep Falsafah Islam Proses pendidikan merupakan

penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah Al-Quran yang menjadi teras pendidikan.

Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan kesimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.

Falsafah Timur Pendidikan membolehkan

seseorang untuk mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan.

Peranan guru sebagai penyampai ilmu dan mengajar cara-cara hidup yang baik dan betul

Page 14: EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

Perbezaan Matlamat Falsafah Islam Membentuk dan memperkembangkan

insan supaya menjadi muslim yang berilmu,beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T.yang bertakwa.

Melahirkan insan yang taat kepadaAllah S.W.T., hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman dan damai dan seterusnya mendapat keredaan dan kesejahteraan di akhirat.

Falsafah Timur Menghasilkan individu yang

berkebolehan dan bermoral tinggi. Individu menyeluruh dengan

interaksi & integrasi

Page 15: EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

Perbezaan Kurikulum Falsafah Islam Berlandaskan sumber yang jelas

dan kukuh iaitu Al-quran dan As-sunnah.

Meliputi fardu ain seperti solat, puasa dan zakat dan fardu kifayah seperti ilmu sains, matematik, bahasa dll.

Falsafah Timur Berteraskan pendidikan Moral Menekankan komponen ilmu dan

aktiviti fizikal. Mengesyorkan ilmu kod dan

tatacara kelakuan, sastera, muzik, sejarah, seni, pendidikan alam sekitar, drama dan tarian.

GLOSARI

Fardu – kewajipan yang dituntut oleh agama. (Islam)Fardu ain – fardu bagi orang perseorangan.Fardu kifayah – tuntutan bersama bagi orang Islam.

Page 16: EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

SEKIAN, TERIMA KASIH.