DASAR PEMBELIAN BAHAN DAN JUMLAH NASKAHpustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PEMBELIAN BAHAN DAN...

5
1 DASAR PEMBELIAN BAHAN DAN JUMLAH NASKAH 9.4 Jenis koleksi dan bilangan naskah Jenis koleksi serta jumlah bilangan naskah yang dibeli bergantung kepada peruntukan tahunan yang diperolehi. Secara umum, berikut adalah jenis koleksi dan bilangan jumlah naskah yang akan dibeli :- 9.4.1 Buku Teks/Monograf (a) Buku biasa/umum 1 – 3 naskah bagi buku biasa/umum. (b) Buku dalan senarai bacaan pensyarah 3 - 10 naskah bagi buku yang disenaraikan dalam senarai pensyarah bacaan terutama buku dalam Bahasa Malaysia. Jumlah ini bergantung kepada cadangan dari pensyarah dan peruntukan yang diberi pada tahun kewangan. Jumlah saiz akan berubah mengikut perubahan dan saiz Universiti. 3 naskah akan diletakkan di koleksi tanda merah. 9.4.2 Koleksi Rujukan 1 naskah bagi koleksi rujukan seperti ensaiklopedia, kamus, handbook, indeks, abstrak, direktori dan sebagainya. 9.4.3 Fiksyen (i) 1 naskah bagi koleksi asas novel, karya klasik dan separa klasik berkaitan dengan Kesusasteraan Melayu yang tidak termasuk dalam program/subjek yang ditawarkan.

Transcript of DASAR PEMBELIAN BAHAN DAN JUMLAH NASKAHpustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PEMBELIAN BAHAN DAN...

Page 1: DASAR PEMBELIAN BAHAN DAN JUMLAH NASKAHpustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PEMBELIAN BAHAN DAN JU… · peruntukan yang diberi pada tahun ... 2 naskah setiap judul suratkhabar akan

1

DASAR PEMBELIAN BAHAN DAN JUMLAH NASKAH

9.4 Jenis koleksi dan bilangan naskah

Jenis koleksi serta jumlah bilangan naskah yang dibeli bergantung kepada peruntukan

tahunan yang diperolehi. Secara umum, berikut adalah jenis koleksi dan bilangan jumlah

naskah yang akan dibeli :-

9.4.1 Buku Teks/Monograf

(a) Buku biasa/umum

1 – 3 naskah bagi buku biasa/umum.

(b) Buku dalan senarai bacaan pensyarah

3 - 10 naskah bagi buku yang disenaraikan dalam senarai

pensyarah bacaan terutama buku dalam Bahasa Malaysia.

Jumlah ini bergantung kepada cadangan dari pensyarah dan

peruntukan yang diberi pada tahun kewangan. Jumlah saiz

akan berubah mengikut perubahan dan saiz Universiti. 3

naskah akan diletakkan di koleksi tanda merah.

9.4.2 Koleksi Rujukan

1 naskah bagi koleksi rujukan seperti ensaiklopedia, kamus, handbook,

indeks, abstrak, direktori dan sebagainya.

9.4.3 Fiksyen

(i) 1 naskah bagi koleksi asas novel, karya klasik dan separa

klasik berkaitan dengan Kesusasteraan Melayu yang tidak

termasuk dalam program/subjek yang ditawarkan.

Page 2: DASAR PEMBELIAN BAHAN DAN JUMLAH NASKAHpustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PEMBELIAN BAHAN DAN JU… · peruntukan yang diberi pada tahun ... 2 naskah setiap judul suratkhabar akan

2

(ii) Karya-karya penulis anugerah kesusasteraan seperti Anugerah

Sastera Negara dan SEA Writers Award akan turut diperolehi.

9.4.4 Terbitan Bersiri

(i) Judul jurnal yang akan dilanggan serta jumlah judul

berdasarkan kepada cadangan oleh Dekan Fakulti untuk

tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

(ii) Jurnal secara “online” akan turut dilanggan jika ada peruntukan

yang cukup serta diperlukan oleh Fakulti.

(iii) Judul jurnal yang terdapat dalam pangkalan data komersil

yang dilanggan tidak akan dilanggan dalam bentuk “hard copy”.

9.4.5 Tesis/Disertasi/Laporan Projek

(i) 1 naskah Tesis/Disertasi/Laporan Projek pelajar UPSI akan

turut diperolehi secara sumbangan.

(ii) 1 naskah tesis/disertasi dalam bentuk buku atau dalam

mikrofilem turut dibeli jika berkaitan dengan bidang program

Universiti.

9.4.6 Koleksi Karya Anak Kandung dan Terbitan SITC

Bahan penulisan anak kandung dan penerbitan SITC seperti laporan,

artikel projek, cenderamata, Bayu dan lain-lain akan turut diperolehi

secara sumbangan atau pembelian dari orang perseorangan.

Page 3: DASAR PEMBELIAN BAHAN DAN JUMLAH NASKAHpustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PEMBELIAN BAHAN DAN JU… · peruntukan yang diberi pada tahun ... 2 naskah setiap judul suratkhabar akan

3

9.4.7 Koleksi Arkib Universiti

Semua penerbitan UPSI seperti buku cenderamata, buku panduan,

buku teks, laporan, terbitan ilmiah, brosur, gambar foto, kertas

persidangan, seminar dan sebagainya sekurang-kurangnya 1 naskah

setiap penerbitan diperolehi secara sumbangan atau pembelian

terutama bagi buku teks karangan pensyarah atau bakal pensyarah

UPSI.

9.4.8 Koleksi Suratkhabar

Suratkhabar yang dilanggan adalah seperti berikut :-

(i) NST

(ii) Star

(iii) Berita Harian

(iv) Utusan Malaysia

(v) Mingguan Malaysia

(vi) Harian Metro

(vii) Tamil Nesan

(viii) Sit Chew Jit Poh

(ix) Kosmo

2 naskah setiap judul suratkhabar akan dibeli di mana 1 naskah untuk

bahan bacaan umum sementara 1 naskah lagi untuk keratan akhbar.

9.4.9 Koleksi Media/Bahan Pandang-Dengar

1 naskah bahan pandang-dengar/koleksi media dalam bidang perkara yang

dicadangkan oleh Fakulti akan dibeli. Tajuk dalam bidang umum atau lain

yang dianggap perlu akan juga diperolehi jika dianggap penting sebagai bahan

rujukan.

Page 4: DASAR PEMBELIAN BAHAN DAN JUMLAH NASKAHpustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PEMBELIAN BAHAN DAN JU… · peruntukan yang diberi pada tahun ... 2 naskah setiap judul suratkhabar akan

4

9.4.10 Koleksi Peta

Peta topografi serta yang berkaitan dengan Malaysia akan dibeli sekurang-

kurangnya sebanyak 1 naskah bergantung kepada keperluan fakulti.

9.4.11 Koleksi Dokumen

Koleksi dokumen dalam bentuk laporan, terbitan bersiri (termasuk laporan

tahunan, surat berita jabatan/agensi), risalah, laporan kajian/penyiasatan dan

laporan perangkaan akan turut diperolehi sekurang-kurangnya 1 naskah bagi

setiap judul. Bahan yang akan dibina adalah seperti berikut :-

(i) Terbitan Kerajaan Malaysia

(peringkat Kementerian/Jabatan)

(ii) Terbitan Kerajaan Negeri

(iii) Terbitan Badan berkanun di Malaysia

(iv) Terbitan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensinya

(v) Terbitan Kerajaan Negara ASEAN

(vi) Terbitan Kerajaan Asing (tertentu)

(vii) Terbitan OECD (Organization for Economic Co-operation and

Development)

(viii) Terbitan Perbadanan Antarabangsa (Intergovernmental bodies)

(ix) Terbitan Rand Corporation, sebuah institusi swasta yang menerbitkan

laporan, kertas kerja, nota dan lain-lain untuk penyelidikan.

9.4.12 Koleksi Nadir & Manuskrip Melayu

Bahan-bahan nadir terutama Nadir Malaysiana dan Manuskrip Melayu dalam

bidang Sains Sosial dan Pembangunan Manusia akan diperolehi untuk

menyokong penyelidikan dan kajian pembelian bahan nadir perlu

Page 5: DASAR PEMBELIAN BAHAN DAN JUMLAH NASKAHpustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PEMBELIAN BAHAN DAN JU… · peruntukan yang diberi pada tahun ... 2 naskah setiap judul suratkhabar akan

5

mendapatkan kelulusan dari Jawatankuasa Perpustakaan yang kemudian

dibawa ke Jawatankuasa Kewangan untuk kelulusan pembaca.

9.4.13 Kertas Persidangan, Seminar, bengkel dan sebagainya

(i) 1 set kertas Kerja Persidangan/Seminar/Bengkel anjuran UPSI perlu

diperolehi secara pembelian/ sumbangan.

(ii) 1 naskah bagi setiap judul kertas kerja persidangan, seminar bengkel

yang ada kaitan dengan program akademik anjuran Fakulti akan terus

diperolehi.

9.4.14 Kertas Peperiksaan

Sebanyak 1 naskah bagi setiap judul kertas peperiksaan semua program/mata

pelajaran yang lepas akan diperolehi untuk rujukan pelajar.

9.4.15 Pemilihan judul mengikut program

Pemilihan judul bahan adalah mengikut program seperti berikut yang

ditawarkan oleh setiap Fakulti di Universiti. Pemilihan jurnal bagaimanapun

bergantung kepada program yang bakal ditawarkan oleh Universiti di masa-

masa akan datang.