Cara Jahit Manik Teratai

download Cara Jahit Manik Teratai

of 19

  • date post

    11-Nov-2015
  • Category

    Documents

  • view

    172
  • download

    14

Embed Size (px)

description

share

Transcript of Cara Jahit Manik Teratai

Cara Jahit Manik Teratai

Sebenarnya setiap kali mengajar kelas jahit manik asas, cheq-sue akan cuba curi masa utk ajarkan teknik yang lebih advance cthnya seperti jahit manik bunga teratai nih. Para peserta sangat suka bilamana bunga teratai mereka menjadi. Yang tak menjadi tu tak pernah putus asa utk terus mencuba. Di kesempatan ini sambil jahit manik pada baju raya sendiri, cheq-sue sempat ambik gambar langkah demi langkah utk jahit manik teratai. Saiz bunga teratai yg terbentuk bergantung kepada saiz bulatan yg kita lukis dan jumlah kelopak yg kita jahitkan di sekeliling bulatan tersebut.

Langkah-langkah:

1. Lukiskan bulatan. Untuk saiz bunga 9 kelopak ini cheq-sue buat bulatan saiz penutup pen. Saiz ni lebih kecil daripada duit 5 sen. Tapi apabila sudah jadi bunga ia akan kembang dan jadi sebesar duit 10 sen!

2. Utk setiap kelopak cheq-sue gunakan 3 labuci besar, 1 labuci kecil dan 2 manik bulat. Cucuk jarum dari bawah kain dan keluarkan jarum di atas garisan bulatan. Masukkan labuci seperti dlm gambar di bawah. Cheq-sue lebih suka guna istilah ni: (terlangkup + terlentang + manik + terlentang + labuci kecil terlentang + manik). Manik yg ke-2 tu kalau tak nak letak pun tak pa.

3. Kemudian turunkan labuci spt kedudukan ini menghala ke tengah bulatan dan cucuk jarum ke bawah. Keluarkan jarum di sebelah jahitan pertama di atas garisan bulatan.

4. Ulangi langkah 2 & 3 sehingga bulatan dipenuhi dengan kelopak labuci. Labuci yang terangkat dan berada di tengah bunga disusun berlapis supaya bulatan terbentuk kemas.

5. Utk tengah bunga jahitkan manik pearl. Sekiranya ruang di tengah bunga terlalu besar (cth: saiz bulatan 10 sen) maka elok dijahitkan lagi labuci spt langkah 2 & 3 sehingga semua ruang dipenuhi. Tinggalkan sedikit ruang utk jahit manik pearl pada tengah bunga.

OkHarap semua dapat memahami langkah-langkah ini. Selamat mencuba!

sumber

Jahit Manik Jelujur Sulur Paut

Teknik seterusnya ialah Jahit Manik Jelujur Sulur Paut atau juga dikenali sebagai Tali Air. Kita akan mengikut semua bentuk bunga dan daun dengan jahitan manik seolah-olah melukis corak di atas kain dengan deretan manik.

Harus diingat Tali Air ni tak sama dengan Tali Air Sulam Benang. Di masa akan datang cheq-sue akan tunjukkan pula teknik sulam benang tali air. Sulam benang tali air juga boleh ditambahkan manik atau labuci untuk menambahkan lagi seni kreatif pada sulaman tangan.langkah-langkah:1. Sekiranya corak baju yang hendak disulam terletak di tengah badan baju, elok menggunakan ram supaya mudah untuk disulam.

2. Mulakan di mana-mana hujung corak cucuk jarum dari bawah kain dan masukkan 5 hingga 6 biji manik. Bentukkan barisan manik tersebut betul-betul di atas corak yang hendak dibentukkan itu.Cucuk jarum dihujung manik terakhir.

3. Keluarkan semula jarum di antara manik ke 2 & ke 3 di sebelah dalam lengkungan manik. (Setiap kali menjahit sekiranya bentuknya adalah melengkung pastikan jarum dikeluarkan di sebelah dalam lengkungan supaya jahitan terbentuk cantik kerana benang akan menolak deretan manik ke arah luar lengkungan).

4. Susupkan jarum melalui lubang manik keluar mulai dari manik yang ke 3 hingga manik ke 5.

5. Ulangi langkah 2,3 & 4 dengan memasukkan lagi 5 6 biji manik mengikut bentuk yang ingin diikut/dilukis.

6. Beginilah rupa manik jelujur sulut paut @ tali air yang sudah dijahit. Kesannya amat dramatik dan timbul serinya. Selamat mencuba!

Manik Piramid

Yang ditunggu dah tiba! Oleh kerana ramai sangat yang minta diajarkan step untuk jahit manik piramid ni, maka hari ni cheq curi masa juga untuk tunjukkan langkah-langkahnya. Oleh kerana tak der baju baru nak dijahit, maka cheq terpaksa buat demo kat baju lama aje. Harap semua dapat ikut langkah-langkah ini.

1. Pastikan guna manik bulat. Pilihan warna terpulang kepada kreativiti anda memadankannya dengan warna & corak pada baju. Cucuk jarum pada hujung lengan baju, jarak dari hujung lengan baju lebih kurang 1 atau 2 mm. Masukkan 8 biji manik. Cucuk jarum pada hujung manik ke-8.

2. Keluarkan jarum untuk baris ke-2, selang 1 manik dari baris pertama.Masukkan 6 biji manik dan cucuk jarum pada hujung manik ke-6.

3. Seperti langkah ke-2 tadi, kali ini keluarkan jarum untuk baris ke-3, selang 1 manik dari baris ke-2. Masukkan 4 biji manik dan cucuk jarum pada hujung manik ke-4.

4. Keluarkan pula jarum untuk baris ke-4, selang 1 manik dari baris ke-3. Masukkan 2 biji manik dan cucuk pada hujung manik ke-2.

5. Akhir sekali untuk melengkapkan sebuah piramid, keluarkan jarum dan masukkan 1 biji manik dan cucuk di hujung antara 2 manik tadi.

6. Cucukkan jarum pada hujung manik baris pertama untuk membentuk piramid ke-2 dan ikuti langkah 1 hingga langkah 5. Ulangi sehinggalah semua piramid siap dibentuk. SELAMAT MENCUBA!sumber

Cara Jahit Manik Pintalan

Kali ini kita akan mempelajari pula cara-cara menjahit manik pintal pada lengan baju. Kat sini cheq tunjukkan gambar baju raya cheq tahun 2006. Jahit manik pintal merupakan teknik jahit manik yang pertama cheq pelajari hasil dari pemerhatian.

Langkah-langkah:

1. Cucuk jarum pada hujung lengan baju. Jarak dari hujung lengan baju ialah 1 atau 2mm. Sediakan 4 manik bulat dan 2 manik heksagon dlm bilangan 2+2+2. Manik bulat diletakkan dikedua-dua hujung supaya manik pintal terbentuk dengan cantik. Sekiranya menggunakan manik heksagon, jahitan akan kelihatan agak kasar dan tidak kemas.

2. Cucukkan jarum dihujung manik dan susup keluar jarum pada manik ke-3. Masukkan 2+2+2 manik dan jahit lurus mengikut teknik jahitan batang (Stem Stitch).

3. Ulangi langkah ini seterusnya sehingga selesai. Perlu diingat sekiranya jarum dikeluarkan di sebelah kanan, pastikan pada jahitan seterusnyapun jarum dikeluarkan dari sebelah kanan. Begitu juga sebaliknya. Jangan diselang-selikan kanan dan kiri.

4. Beginilah rupa hasil jahit manik pintal. SELAMAT MENCUBA! sumber

Cara Jahit Manil Baby Daisy

Cheq bercadang nak hiaskan dress flower girl Aisyah ni dengan manik baby daisy. Oleh itu cheq telah pilih manik pearl kuning sebagai tengah bunga dan manik round toho warna cream untuk kelopak bunga. Teknik jahit manik ini amat mudah dan hasilnya juga amat comel. Sangat cantik bila dijahit pada baju kanak-kanak/baby, sesuai dengan namanya iaitu baby daisy.

Cheq bercadang nak hiaskan dress flower girl Aisyah ni dengan manik baby daisy. Oleh itu cheq telah pilih manik pearl kuning sebagai tengah bunga dan manik round toho warna cream untuk kelopak bunga. Teknik jahit manik ini amat mudah dan hasilnya juga amat comel. Sangat cantik bila dijahit pada baju kanak-kanak/baby, sesuai dengan namanya iaitu baby daisy.Langkah-langkah:1. Cucuk jarum dari bawah kain dan masukkan manik pearl utk tengah bunga. Cucuk jarum ke bawah kain.

2. Cucuk semula jarum dari bawah kain ke atas dan masukkan 8 biji manik bulat (perlu di ingat saiz manik ini perlu lebih kecil daripada manik utk tengah bunga. Bilangan manik bulat bergantung kepada saiz lilitan pada manik tengah. Sekiranya manik tengah lebih besar maka lebih banyak manik bulat diperlukan untuk membuat lilitan penuh supaya membentuk kelopak bunga.

3. Lilitkan manik bulat mengelilingi manik pearl (tengah bunga) dan cucuk jarum ke bawah di hujung lilitan.

4. Cucuk jarum dari bawah dan keluarkan jarum di celah manik ke-4 (ikut bilangan separuh lilitan). Cucuk semula jarum ke bawah untuk mematikan jahitan supaya lilitan manik tidak terangkat seperti gambar di bawah.

5. Siaplah jahitan manik baby daisy. Selamat mencuba

Edisi cuci mata/tayang anak dara:Aisyah melaram dengan dress flower girlnya semasa kenduri kahwin Moknie. Dress belum dijahit manik baby daisy. sumberJahit Manik Manjalara

Hari ni cheq sempat siapkan jahit manik manjalara. Atas permintaan kawan-kawan yg selalu singgah ke blog cheq ni, cheq nak berkongsi teknik atau cara-cara jahit manik untuk bunga manjalara (nama sulam manik ni ikut suka kita nak letak nama apa pun sebenarnya).

1. Sediakan peralatan secukupnya. Pilihan warna manik ikut kreativiti, asalkan matching dengan warna kain. Gunakan jarum khas utk jahit manik. Pilih warna benang yang hampir dengan warna kain.

2. Lukiskan bentuk seperti gambar di bawah menggunakan eraseable pen atau kapur lukis. Masukkan 3 manik maroon & 3 manik putih.

3. Jahitkan manik di setiap penjuru mengikut bentuk yang dilukis.

4. Mulakan jahitan untuk kelopak bunga jarakkan 1 manik ke bawah. 3 manik maroon & 3 manik putih. Jahitkan sebelah menyebelah.

5. Penuhkan semua kelopak bunga.

6. Jahitan di belakang kain akan kelihatan begini. Kalau rajin boleh jahitkan kain lain untuk tutup kesan jahitan ni. Ada juga yg buka dulu basi jahitan pada lengan baju tu.apabila siap dijahit manik barulah dijahit semula basi kain dengan jahitan silang pangkah. Kena caj lebih sikitlah kalau nak macam tu.

7. Matikan jahitan. Jahitkan untuk tengah bunga menggunakan manik mutiara (cheq guna manik beras, sebab tak sempat beli manik mutiara). Untuk lengan baju cantik sekiranya bunga dijahit 3 atau 4 kuntum.

8. Jahit manik manjalara ini tak lengkap kalau tak ditambah dengan jahitan batang berlekuk macam ni. Lukis lekuk untuk batang manjalara (menjalar).

9. Jahit manik putih menggunakan teknik jahitan ke belakang (back stitch). Sesetengah orang jahit teknik jelujur. Bagi cheq pula teknik back stitch lebih kemas dan kukuh.

10. Dah siap!! Selamat mencuba sumber