Burung terbang dipipiskan lada

13
ANTOLOGI: S E J A D A H R I N D U BAHASA MELAYU (KOMSAS) TINGKATAN 5 5EA1 MUHAMMAD ARIF BIN ADNAN

Transcript of Burung terbang dipipiskan lada

ANTOLOGI:

S E J A D A H R I N D UBAHASA MELAYU (KOMSAS)

TINGKATAN 5

5EA1 MUHAMMAD ARIF BIN ADNAN

PROSA TRADISIONAL

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

Cerita memaparkan percubaan raja Siam, Bubunnya hendak

menyerang kerajaan Melaka yang tidak kesampaian kerana kebijaksanaan pemerintah dan kesaktian hulubalang Melaka.

Ceritanya bermula pada zaman dahulu kala negeri Siam yang dikenali sebagai Syahrunnuwi begitu kuat sehingga semua kerajaan bawah angin telah ditakluki oleh Siam kecuali kerajaan Melaka. Apabila Melaka yang diperintah oleh Sultan Muzaffir Syah enggan memberi surat sebagai tanda tunduk kepada Siam, raja Siam telah menyuruh panglimanya Awi Cakri membawa hulubalang dan rakyatnya yang sangat ramai untuk menyerang Melaka melalui hulu Pahang. Apabila Sultan Muzaffir Syah mendengar berita tentang rancangan serangan Siam itu, baginda pun menghimpunkan rakyat Melaka dari segenap pelusuk negeri. Tun Perak dari Kelang telah datang membawa bersama-sama dengan anak isteri masing-masing. Pada masa itu, Seri Amerta dilantik oleh sultan sebagai bentara kerana kecerdikan dan kepetahannya berkata-kata.

Sinopsis

Kebijaksanaan dalam menyelesaikan kemelut atau

masalah yang dihadapi.

Contoh: Tun Perak menyuruh orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan anak-anak mereka supaya mereka berperang dengan bermati-matian untuk mengalahkan Siam.

Tema

Kebijaksanaan menggunakan akal dan strategi. Contohnya, Sultan

Muzaffar menggunakan strategi mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu untuk mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.

Perpecahan dalam kalangan pemimpin akan membinasakan negara. Contohnya, perbalahan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menyebabkan orang Melayu berpecah dua dan Melaka dalam keadaan bahaya.

kepentingan ilmu dalam kehidupan. Contohnya, Tun Sidi Arab memiliki ilmu yang tinggi hingga boleh membunuh Cau Pandan di Siam hanya dengan menggunakan panahnya dari Melaka.

Persoalan

LATAR TEMPAT:• Melaka. Contohnya, cerita berkisar di negeri Melaka pada

zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.

• Batu Pahat. Contohnya, askar Siam berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di bawah Awi Dicu.

• Kelang. Contohnya, tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik menjadi bendahara Melaka.

Latar

LATAR MASYARAKAT• Masyarakat yang mengamalkan ilmu dalam melaksanankan

tugas. Contohnya, Tuan Sidi Arab membunuh Cau Pandan dari jauh sahaja, iaitu dengan menggunakan panahnya.

• Masyarakat yang bijaksana. Contohnya, Tun Perak menyuruh orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan anak-anak mereka supaya mereka berperang dengan bermati-matian untuk mengalahkan Siam.

• Masyarakat yang berani. Contohnya, Tun perak berani menghadapi cabaran Seri Amerta apabila telah didakwa menganiayai orang Kelang.

LATAR MASA• Zaman Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka. Contohnya, semasa

Melaka sedang maju dan kuat.• Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Contohnya, Sultan Muzaffar

memerintah Melaka selama 42 tahun dan Melaka menjadi negeri yang makmur.

• Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka. Contohnya, Tun Perak dilantik menjadi bendahara dengan gelaran Paduka Raja. Ketika itu Melaka sangat kuat

Tun Perak: pembesar Melaka yang menjaga daerah Kelang.

bijaksana. Contohnya, mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang Siam.

baik hati.Contohnya, menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu berkahwin semula.

Berani.Contohnya, memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang hendak menyerang Melaka.

Watak dan Perwatakan

Sultan Muzaffar Syah: - mementingkan keharmonian Melaka. Contohnya,

berusaha mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja untuk memakmurkan Melaka.

- perihatin . Contohnya, meraikan askarnya yang menang dengan pemberian hadiah pakaian persalinan.

- bijaksana . Contohnya, mendamaikan pembesarnya dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu.

- Tidak terburu-buru . Contohnya, tidak menghukum Tun Perak setelah Tun Perak difitnah sebaliknya memanggil Tun Perak menceritakan keadaan yang sebenarnya.

Seri Nara Diraja - Beliau merupakan bendahara Melaka.

- Beliau sudah tua sehinggakan bulu kening bdan bulu matanya telah bercantum.

- Beliau telah berkahwin dengan Tun Kudu, iaitu bekas isteri Sultan Melaka.

- Beliau mempunyai anak daripada hubungannya dengan gundik, iaitu Tun Nina Madi.

Nilai kebijaksanaan . Contohnya, Tun Perak bijaksana apabila

membakar bokok bakau pada waktu malam hingga cahaya api itu disangka askar Melaka yang ramai dan menakutkan askar Siam.

Nilai baik hati . Contohnya, Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan dengan sepasang persalinan.

Nilai Keikhlasan. Contohnya, Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas untuk menjadi bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat.

Nilai

Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh demi negara. Contohnya, Tun perak dan tenteranya berani menentang tentera siam yang bilangannya begitu ramai demi melindungi Melaka.

Kita mestilah bijak menggunakan strategi untuk mendapat kemenangan. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah bijaksana dalam menyelesaikan konflik antara Seri Nara Diraja dengan Paduka raja, iaitu dengan mengahwinkan Seri Nara diraja dengan Tun Kudu.

Kita mestilah ikhlas apabila melakukan sesuatu perbuatan. Contohnya, Seri Nara Diraja ikhlas menyokong pelantikan Paduka Raja sebagai Bendahara Melaka.

Pengajaran

TAMAT

SEKIAN TERIMA KASIH