Budaya Popular Busking

22
KURSUS PRASYARAT BUDAYA POPULAR (SKMK2133) Set 4 TAJUK BUDAYA POPULAR : SATU KAJIAN BUSKING DALAM KONTEKS PENERIMAAN MASYARAKAT MALAYSIA PUSAT PUSAT PENGAJIAN BAHASA KESUSASTERAAN KEBUDAYAAN MELAYU (PPBKKM) FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) NAMA PENSYARAH PROF. MADYA DR. AB SAMAD KECHOT NAMA MOHD AZLY BIN ZAKARIA (P79798) FADHLI HARIZ BIN FAYAHET (P85040) SITI ARVINA BINTI CHE COB (P82233) MHD RAES BIN ARIFIN (P85044) NIK FAZLI BIN MOHAMAD (P85033)

description

busking

Transcript of Budaya Popular Busking

Page 1: Budaya Popular Busking

KURSUS PRASYARAT

BUDAYA POPULAR

(SKMK2133)

Set 4

TAJUK

BUDAYA POPULAR : SATU KAJIAN ‘ BUSKING ‘ DALAM KONTEKS PENERIMAAN

MASYARAKAT MALAYSIA

PUSAT

PUSAT PENGAJIAN BAHASA KESUSASTERAAN KEBUDAYAAN MELAYU (PPBKKM)

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

NAMA PENSYARAH

PROF. MADYA DR. AB SAMAD KECHOT

NAMA

MOHD AZLY BIN ZAKARIA (P79798)

FADHLI HARIZ BIN FAYAHET (P85040)

SITI ARVINA BINTI CHE COB (P82233)

MHD RAES BIN ARIFIN (P85044)

NIK FAZLI BIN MOHAMAD (P85033)

NURUL ARZEEHAN BINTI ABU BAKAR (P79822)

Page 2: Budaya Popular Busking

1.0 PENGENALAN

Fenomena “busking” bukanlah terlalu asing pada hari ini. Kegilaan para remaja untuk

menyerlahkan bakat di jalanan kini semakin berleluasa, tidak hanya di kota metropolitan namun

ianya mula menjadi ikutan di bandar-bandar kecil di seluruh negara. Persembahan jalanan ini

kebiasaannya melibatkan kumpulan pemuzik dan penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu terkini

dengan gaya dan lagak tersendiri. Definisi persembahan jalanan sebenarnya tidak terhad kepada

persembahan muzik dan nyanyian, malahan melibatkan empat bidang asas persembahan, iaitu

persembahan sarkas, walk-by acts, “persembahan lampu merah” dan persembahan di kafe-kafe

gaya hipster terutamanya.

Persembahan jalanan atau “busking” ini mula dicatatkan di Great Britain pada tahun

1860-an. Buscar bermaksud “untuk mencari” merupakan perkataan dari bahasa Spanish telah

berkembang ke serata Eropah dan digunakan sebagai aktiviti-aktiviti jalanan. Melalui sejarah

persembahan jalanan ini, menurut Stephen Baird (2000), kebanyakan pemuzik menjadikan

aktiviti jalanan ini sebagai pekerjaan mereka sebelum bermulanya penggunaan alat-alat

elektronik dan perakam. Apabila aktiviti busking ini telah menjadi suatu pekerjaan, maka aktiviti

tersebut dapat menjana pendapatan di kalangan buskers melalui mengumpul sumbangan ataupun

tips dari orang ramai dalam pelbagai bekas yang berbeza mengikut aktiviti busking masing-

masing. Bersesuaian dengan rekod sejarah mendokumentasikan amalan masyarakat Roman

membaling duit syiling iuntuk penghibur secara umumnya telah menjadi konsep buskers

menerima “tip” atau ganjaran pada zaman ini.

Kecenderungan pemuzik dan penyanyi jalanan ini telah mendorong kepada pihak

kerajaan untuk mulai memberi peluang ataupun “kelulusan” terhadap persembahan versi baharu

ini kerana melihat kepada perkembangan dan penerimaan masyarakat yang mulai menjadikan

busking sebagai suatu persembahan yang mampu mengurangkan kadar tekanan yang berlaku di

dalam masyarakat. Susie J. Tanenbaum dalam bukunya Underground Harmonies : Music and

Page 3: Budaya Popular Busking

Politics in the Subways of New York, menyatakan bahawa “keistimewaan muzik adalah untuk

melegakan haiwan liar” merupakan definisi yang sesuai terhadap busking. Melalui kajian

sosiologinya keputusan menunjukkan bahawa kawasan yang biasa menjalankan aktiviti busking

kadar jenayahnya semakin menurun dan golongan berpendidikan tinggi mulai menghargai dan

memberi sokongan terhadap buskers. Hal ini demikian kerana beliau mendapati busking boleh

menjadi penawar untuk menghilangkan tekanan sosial dan bukan sahaja memberi pengaruh

dalam bidang hiburan tetapi juga pada semua.

Oleh itu, satu kajian lapangan untuk mengenal pasti dan membincangkan permasalahan

yang timbul di kalangan para buskers telah dijalankan di sekitar Lembah Klang, pada tarikh 10

Mei hingga 14 Mei 2016 yang lalu menggunakan kaedah soal selidik terhadap 100 orang

responden dan temubual serta ikut serta dijalankan.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Evolusi muzik di Malaysia telah banyak mempengaruhi gaya hidup masyarakat kini. Jika diamati

perkembangan muzik di tanah air, Malaysia berdepan dengan pendedahan muzik luar,

terutamanya daripada Amerika Syarikat, Korea, Jepun, Indonesia dan United Kingdom.

Fenomena yang tercipta daripada negera-negara berpengaruh itu telah membawa kesan kepada

kemunculan buskers yang tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Perkembangan

busking di Malaysia sejak akhir-akhir ini telah memperlihatkan potensi penglibatan pemuzik-

pemuzik jalanan mampu merebut kuasa pasaran muzik negara. Namun begitu, perkembangan

busking secara berleluasa ini akan memberikan suatu impak baharu dalam membina jati diri dan

penerimaan rakyat di negara ini lebih-lebih lagi terhadap perwarisan muzik terutama muzik

tradisonal yang memerlukan dukungan kuat daripada pelbagai pihak, terutamanya Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan generasi muda atau khalayak.

Page 4: Budaya Popular Busking

Pengawalan terhadap aktiviti busking ini bertujuan untuk memelihara muzik berunsurkan

identiti negara tidak tenggelam di samping perkembangan muzik terkini. Oleh itu, kerajaan telah

memperketatkan pengeluaran permit kepada buskers agar persembahan-persembahan jalanan itu

dapat dipantau dengan sebaiknya. Walau bagaimanapun, bagi golongan buskers permit yang

dikenakan merupakan tindakan yang dilihat sebagai menyekat kebebasan mereka untuk

mengekspresi dan menghasilkan karya serta menganggu proses perkembangan busking.

Tindakan pemantauan kerajaan mengenakan permit ke atas buskers itu juga adalah kerana

kononnya ada segelintir buskers yang membuat persembahan “tidak tentu arah” atau tidak masuk

akal yang akan memberi tanggapan terhadap imej pelancongan negara.

Selain itu, proses permohonan permit yang penuh dengan karenah birokrasi juga turut

mengenakan beberapa syarat yang mana ia boleh menyekat kreativiti golongan ini untuk

menghasilkan karya seni mereka. Keterhadan pengeluaran permit adalah berikutan kerana pihak

berkuasa tempatan perlu melihat lokasi yang sesuai untuk busking, seperti lokasi yang tidak

menghalang lalulintas atau di hadapan premis-premis persendirian yang akan memberi impak

terhadap aktiviti-aktiviti perniagaan mereka. Penetapan sesuatu lokasi oleh pihak berkuasa

tempatan dalam pemberian permit dan sebagainya boleh membantutkan suatu persembahan seni

itu dan persembahan-persembahan tersebut menjadi beku dan kaku.

Akhir sekali, kepelbagaian karektor dan bakat buskers telah memberi tanggapan yang

berbeza daripada pelbagai pihak yang mentafsir sesuatu hasil seni itu. Perkara ini juga boleh

mencetus permasalahan di kalangan buskers dalam menjana pendapatan mereka.

Page 5: Budaya Popular Busking

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini adalah untuk menganalisis tahap penerimaan masyarakat terhadap

terhadap aktiviti-aktiviti busking dan cabaran yang dihadapi oleh mereka. Melalui kajian

lapangan ini, dapat dijadikan laluan kepada perbincangan lanjut tentang dilema yang dihadpai

oleh buskers dengan objektif-objektif berikut:

i. Mengenalpasti aktiviti-aktiviti busking di sekitar Lembah Klang.

ii. Mengenalpasti persepsi masyarakat tentang busking.

iii. Menganalisis busking dalam konteks penerimaan masyarakat Malaysia.

4.0 KAJIAN LEPAS

Masih terlalu kecil kajian-kajian yang dijalankan terhadap budaya popular busking ini di

Malaysia. Jikalau adapun kajian-kajian tersebut hanyalah untuk melihat aktiviti-aktiviti busking

di kalangan anak muda dan kebanyakannya adalah untuk melihat sejauhmana perkembangan

aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan di sekitar kota metropolitan. Satu kajian yang dijalankan oleh

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam Buletin KPKT

Bil 1/2014 melalui artikel bertajuk “Fenomena Busking di Malaysia” telah membongkar sejarah

busking dan budaya popular di dunia. Selain itu, penubuhan My Buskers Corner oleh KPKT

yang ditubuhkan sebagai platform masyarakat tempatan untuk mengembangkan bakat-bakat

mereka dengan secara langsung. Kajian KPKT ini juga mendapati aktiviti-aktiviti busking boleh

dikembangkan secara sihat bagi mewujudkan suasana sejahtera di bandar atau tumpuan orang

ramai.

Page 6: Budaya Popular Busking

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 HASIL SOAL SELIDIK

Seramai 132 orang telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Berdasarkan Krejcie dan Morgan

(1970), saiz sampel berkenaan boleh meliputi populasi seramai 210 orang. Pengedaran borang ini

dijalankan secara rawak tanpa memilih kriteria pengisi secara berkelompok.

Page 7: Budaya Popular Busking

Berdasarkan rajah di bawah, seramai 45 orang sampel adalah lelaki manakala selebihnya (87

orang) adalah wanita.

LELAKIPEREMPUAN

65.9%

Rajah 1.0 JANTINA

Berdasarkan rajah dibawah, seramai 49 orang berasal dari Kuala Lumpur manakala 83 orang

berasal dari selainnya

KUALA LUMPURLUAR KUALA LUMPUR62.88%

Rajah 1.1 ASAL

37.12%

34.1%

Page 8: Budaya Popular Busking

Seterusnya, rajah di bawah pula menunjukkan umur mengikut kategori:

1) <20 Tahun : 23 orang

2) 21 Tahun – 30 Tahun : 96 orang

3) 31 Tahun – 40 Tahun : 11 orang

4) 40 Tahun ke atas : 2 orang

<20 Tahun21 Tahun – 30 Tahun31 Tahun – 40 Tahun40 Tahun ke atas

72.73%

1.52%

Rajah 1.3 UMUR

Rajah di bawah menunjukkan kategori pekerjaan:

Kerajaan : 30

Swasta : 19

Sendiri : 23

Pelajar : 52

Tidak bekerja : 8

17.42%8.33%

Page 9: Budaya Popular Busking

KerajaanSwastaSendiriPelajarTidak Bekerja

39.4%

6.05%

Rajah 1.4 PEKERJAAN

Soalan 1 : Anda pernah mendengar istilah persembahan jalanan / ‘busking’?

1) Ya : 124

2) Tidak : 8

YATIDAK

93.94%

Rajah 1.5

Rata-rata mengakui pernah mendengar tentang ‘buskers’ dan aktiviti ‘busking’ melalui media

massa: radio, media sosial (twitter, facebook, instagram), dan televisyen.

17.42%

22.73%

14.4%

6.06%

Page 10: Budaya Popular Busking

Soalan 2 : Sejak bila anda mengetahui mengenai persembahan jalanan / ‘busking’?

1) <2010 : 23

2) 2010-2016 : 98

3) Sekarang : 11

<20102010-2016Sekarang

17.42%

Rajah 1.6

Berdasarkan penemuan ini, didapati ramai yang mengetahui tentang topik ini dalam lingkungan

2010-2016. Ini menunjukkan aktiviti ini bukanlah sesuatu yang diperkatakan atau menjadi topik

hangat pada tahun-tahun sebelumnya. Ada yang menyatakan di dalam borang soal selidik,

mereka berminat dengan ‘buskers’ setelah kemunculan Caliph Buskers di Juara Lagu.

Soalan 3: Adakah budaya ini budaya popular dan diterima?

1) Ya : 127

2) Tidak : 5

74.24%

8.34%

Page 11: Budaya Popular Busking

YATIDAK

96.21%

Rajah 1.7

Majoriti mengatakan ya. Didapati juga masyarakat sudah mula menerima kehadiran penggiat

aktiviti ini tidak kira di mana lokasi samada di hadapan pusat membeli belah, restoran mahupun

di kaki lima yang menjadi tumpuan umum seperti Bukit Bintang. Ini berbeza dengan tanggapan

pada suatu ketika dahulu yang ada menganggap penggiat ini sebagai penghibur bawahan atau

merasakan aktiviti mereka adalah sia-sia dan membuang masa.

Soalan 4 : Adakah budaya ini menimbulkan masalah?

1) Ya : 18

2) Tidak : 114

YATIDAK

86.36%

Rajah 1.8

3.79%

13.64%

Page 12: Budaya Popular Busking

Majoriti mengatakan tidak. Tetapi bagi yang mengatakan tidak, ada dalam kalangan mereka yang

mengatakan aktiviti mereka khususnya yang berada di kaki-kaki lima, mengundang kegiatan

yang tidak baik seperti budaya lepak, remaja berkelakuan terlalu bebas, lokasi berkumpulnya

mat-mat rempit dan mengundang bunyi bising yang membawa ketidakselesaan.

5.2 HASIL TEMUBUAL

Dalam menjalankan kajian ini, kaedah temubual telah digunakan bagi mendapatkan maklumat

serta data. Untuk tujuan ini klami telah mengunjungi bebereapa lokasi yang menjadi tumpuan

aktiviti busking di sekitar Lembah Klang iaitu di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Stesen

KTM Komuter Bandar Tasik Selatan dan KL Sentral. Seramai tiga orang respondan iaitu

pemuzik jalanan atau buskers telah berjaya ditemubual. Salah seorang daripada mereka adalah

pendatang asing dari Sri Lanka. Selebihnya, seorang busker tempatan yang bernama Encik

Sudin dan satu kumpulan duo yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan Busking Agak-

Agak Ingat?.

Hasil daripada temubual yang dijalankan, kami telah mengenal pasti dua perkara utama

yang boleh dibincangkan. Perkara-perkara tersebut ialah faktor yang membawa kepada aktiviti

busking dan cabaran yang dilalui sebagai buskers. Pertama, menurut responden yang telah

ditemubual, rata-rata menyatakan bahawa faktor utama yang membawa kepada aktiviti busking

ialah sebagai pendapatan utama untuk menyara kehidupan. Sebagai contoh, responden pertama

kami iaitu Encik Dharma dari Sri Lanka yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Menurutnya, busking merupakan satu-satunya punca pendapatan untuk menyara keluarga.

Berlainan pula bagi Encik Sudin dan kumpulan Busking Agak-agak Ingat?, mereka tidak

berminat dengan pekerjaan lain dan disebabkan minat yang mendalam dalam bidang muzik,

mereka memilih busking sebagai kerjaya utama. Selain itu, mereka ingin mengembangkan

kerjaya ke dalam industri muzik arus perdana tetapi tidak mendapat peluang yang sebaiknya.

Jadi, busking merupakan platform terbaik bagi mereka untuk menunjukkan bakat yang mereka

ada di samping menjadi sumber pendapatan utama. Antara faktor lain termasuklah keinginan

mereka berkongsi bakat dan menyampaikan mesej-mesej tertentu khalayak. Dalam erti kata lain,

aktiviti busking merupakan medium komunikasi antara buskers dan khalayak. Sebagai contoh,

Page 13: Budaya Popular Busking

bagi kumpulan Busking Agak-agak Ingat?, mereka banyak memainkan muzik-muzik Melayu

tradisional seperti joget. Ini merupakan usaha mereka untuk mengingatkan khalayak tentang

keindahan muzik-muzik Melayu tradisional

Aktiviti busking mempunyai cabarannya yang tersendiri. Daripada temubual yang

dijalankan, beberapa cabaran telah dikenal pasti. Antara cabaran yang dihadapi oleh buskers

termasuklah kesukaran mendapat lokasi yang sesuai, kerjasama dari pihak berkuasa tempatan

serta penerimaan, reaksi atau persepsi khalayak terhadap aktiviti busking. Dari segi kesukaran

mendapatkan lokasi, kebanyakan daripada mereka mengatakan bahawa agak sukar untuk

mendapatkan tempat yang strategik untuk aktiviti busking kerana faktor kekurangan khalayak

serta persaingan dengan buskers yang lain. Pendapat ini disokong oleh buskers terkenal tanah air

iaitu Caliph Buskers yang mengutarakan permasalahan pemilihan lokasi ini. Selain itu, mereka

juga menghadapi cabaran daripada pihak berkuasa tempatan. Sesetengah tempat memerlukan

mereka mendapatkan kebenaran atau lessen daripada pihak berkuasa tempatan. Sebagai contoh,

menurut kumpulan Busking Agak-Agak Ingat, mereka pernah dihalau oleh pihak berkuasa

tempatan semasa sedang menjalankan aktiviti busking di sekitar SOGO. Cabaran yang terakhir

adalah daripada khalayak iaitu dari segi reaksi, peresepsi atau penerimaan mereka terhadap

buskers. Menurut responden-responden yang ditemubual, secara keseluruhan, orang ramai atau

khalayak memberikan reaksi yang positif terhadap mereka. Sebagai contoh, ada khalayak yang

memberikan sokongan kepada mereka iaitu dengan memberikan sumbangan dalam bentuk wang

dan juga sokongan moral seperti turut serta menyanyi dan menari bersama mereka ataupun

bertepuk tangan beramai-ramai. Ada juga yang menunjukkan penghargaaan dengan merakam

persembahan mereka. Namun begitu, terdapoat juga segelintir yang memberikan reaksi negative

seperti memandang rendah terhadap buskers ini iaitu dengan bersikap acuh tak acuh atau tidak

tidak mempedulikan langsung tentang kewujudan mereka di tempat tersebut. Ini kerana mereka

menganggap mereka sebagai pengemis semata-mata yang mencacatkan suasana ibu kota serta

mengganggu lalulintas awam.

Page 14: Budaya Popular Busking

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, hari ini atau sejak kebelakangan ini kita boleh lihat penerimaan yang sangat positif

dari pihak masyarakat juga kerajaan terhadap golongan busker (pemuzik jalanan). Busker di sana

sini, menghiburkan masyarakat terutamannya untuk golongan ‘working class’ ( marhaen ) menikmati

hiburan yang pasti menghiburkan.

Kajian yang berlatarbelakangkan sekitar Lembah Klang seperti pusat membeli belah sekitar

Bandaraya Kuala Lumpur seperti SOGO, Terminal KL Sentral dan Terminal Bersepadu Selatan

(TBS) serta sekitar Bukit Bintang dapat dilihat betapa ramainya peminat muzik jalanan memenuhi

kawasan busking di sana untuk menikmati muzik yang dimainkan di tepi jalan secara ‘live’ dari pagi,

petang membawa ke malam sampailah ke subuh.

Kita boleh lihat berbagai aktiviti busking yang dianjurkan Malaysian Buskers Club (MYBC)

melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti DBKL di setiap kawasan untuk program di

sepanjang tahun di mana kehadiran lambakan busking ini bermula sempena Tahun Melawat

Malaysia bermula 2014. Bagi badan bukan kerajaan NGO Kakiseni pula, mereka juga turut punya

inisiatif untuk mengembang dan mempopularkan konsep dan aktiviti busking agar diterima oleh

setiap lapisan masyarakat tanpa mengira apa bangsa dan agama mereka.

Maka bermula pada februari 2014, pada setiap hari, pelbagai aktivis dan pihak menjemput

busker yang lama dan baru untuk terlibat sama dalam program busking atau mereka namakan

‘Buskstop’. Kawasan atau port yang terlibat seperti di sekitar Pavillion dan di hadapan kompleks beli

belah SOGO, ‘Farenheit 88’ di Bukit Bintang serta sekitar Bukit Bintang. Antara busker yang terlibat

seperti Azmyl Yunor, Wolf, Nan Blues, Ali Gecikarana dan ramai lagi. Cuma yang agak ralat, bunyi

yang sangat bising yang datang dari dalam kompleks tersebut juga papan iklan mengganggu

permainan dan muzik yang kita mainkan secara ‘live’.

Pihak pengurusan masih mengambil sikap tidak peka pada nilai seni dan kreativiti, melainkan

di dalam kepala mereka tetap memikirkan aspek untung dan rugi berbanding nilai seni itu sendiri.

Busking selain untuk duit poket, dapat juga mengisi masa dengan bermain muzik dan dalam masa

yang sama praktis untuk memantapkan cara permainan dan skil malah memberi faedah kepada

khalayak dan melatih diri dalam membantu golongan yang lebih memerlukan. Akhir sekali, sejuta

tahniah pada pihak DBKL, Malaysian Buskers Club dan Kakiseni atas inisiatif yang mereka

tunjukkan dalam memartabatkan imej seniman jalanan di mata penerimaan masyarakat.

Page 15: Budaya Popular Busking

LAMPIRAN

LATAR BELAKANG DAN RESPON KHALAYAK

Sila tandakan X pada ruangan yang disediakan.

1.      JantinaLelaki  Perempuan  

 2.      Asal 

Kuala Lumpur  Luar Kuala Lumpur ; Nyatakan_______________________________

 

3.      Umur  

<20 Tahun  21 Tahun – 30 Tahun  31 Tahun – 40 Tahun  40 Tahun ke atas  

4. Pekerjaan    

Kerajaan  Swasta  Sendiri  Pelajar  Tidak bekerja  

5. Anda pernah mendengar istilah persembahan jalanan / ‘busking’? 

Ya  Tidak  

 

6.Sejak bila anda mengetahui mengenai persembahan jalanan / ‘busking’? 

<2010  2010-2016  Sekarang  

7. Adakah budaya ini budaya popular dan diterima?

Ya  Tidak  Lain-lain ; Nyatakan : ___________________  

8.Adakah budaya ini menimbulkan masalah?  

Ya  Tidak  Lain-lain ; Nyatakan : ___________________  

Page 16: Budaya Popular Busking
Page 17: Budaya Popular Busking