BIOMEKANIK DALAM RENANG

31
BIOMEKANIK DALAM RENANG

description

tujuan biomekanik, biomekanik dalam renang, keapungan, rintangan, dorongan, fleksi dan ekstensi, hukum newton, prinsip bernoulli, gaya bebas, kuak dada, kuak lentang, kuak kupu-kupu, biomekanik dalam mencegah kecederaan dalam renang

Transcript of BIOMEKANIK DALAM RENANG

Page 1: BIOMEKANIK DALAM RENANG

BIOMEKANIK DALAM RENANG

Page 2: BIOMEKANIK DALAM RENANG

DEFINISI

• Biomekanik adalah ilmu pengetahuan yang menerapkan hukum-hukum mekanik terhadap struktur hidup, terutama pergerakan lokomotor dari tubuh (Lokomotor = kegiatan di mana seluruh tubuh bergerak kerena tenaganya sendiri dan umumnya dibantu oleh gaya beratnya) (Hidayat, 2003).

• Menurut Hay (1985), biomekanik adalah: “The science that examines the internal and external forces acting on the human body and the effect produced by these forces”.

• Biomekanik mempelajari bentuk dan pelbagai pergerakan atas dasar prinsip-prinsip mekanik dan menganalisis pergerakan.

Page 3: BIOMEKANIK DALAM RENANG

TUJUAN BIOMEKANIK

• Untuk meningkatkan dari segi: 1) Performance2) Technique3) Equipment4) Training methods5) Coaching technique6) Reduction in injury

Page 4: BIOMEKANIK DALAM RENANG

TUJUAN GURU PJ DAN JURULATIH MEMPELAJARI BIOMEKANIK

• Mendapat dasar ilmu pengetahuan untuk mengambil keputusan berkenaan dengan keterampilan atlet.

• Sebagai dasar untuk memperoleh jawapan tentang masalah dalam latihan atlet.

• Mampu mengembangkan gerak dasar atlet dengan lebih efisien.

Page 5: BIOMEKANIK DALAM RENANG

BIOMEKANIK DALAM RENANG

• Secara umumnya, 2/3 daripada permukaan bumi adalah air.

• 90% adalah air laut dan selebihnya adalah air tawar.

• Keadaan ini membolehkan manusia dan haiwan untuk berenang.

• Tanpa mengira berenang di air laut atau air tawar, ia tetap menggunakan prinsip yang sama – berat badan manusia akan berkurang semasa dalam air.

Page 6: BIOMEKANIK DALAM RENANG

KEAPUNGAN• Apungan merupakan asas kepada semua jenis renang

dan ia mudah dilakukan.• Keapungan adalah sifat semula jadi tubuh dan tidak

perlu dipelajari.• Belajar mengawal keapungan semula jadi tubuh

menjadikan tubuh anda sangat mudah terapung dalam sebarang posisi yang anda suka.

• Tiga unsur yang mengawal keapungan:i. Kawalan nafas (jumlah udara dalam paru-paru)ii. Posisi tubuh (mengimbangkan tubuh pada posisi yang

anda suka)iii. Kesantaian (berat tubuh anda adalah kekal sama ada

anda berada dalam keadaan tertekan atau rehat)

Page 7: BIOMEKANIK DALAM RENANG

• Setiap benda yang dalam air akan tertakluk kepada dua daya iaitu daya apungan dan daya graviti.

• Umumnya, kaki perenang akan tenggelam lebih rendah daripada anggota tertinggi badan. Ini kerana badan mereka adalah lebih padat daripada air.

• Kedudukan di mana satu jasad akan terapung-apung dalam air adalah hasil kuasa-kuasa pusat keapungan dan pusat graviti, manakala keupayaan sebuah badan untuk mengapungkan adalah ditentukan oleh kepadatan badan berbanding dengan kepadatan air.

• Seseorang yang mampu untuk mengapungkan dirinya dengan senang adalah berkemungkinan lebih bersedia mempelajari renang daripada seseorang yang mempunyai kesukaran dalam mengapungkan diri.

Page 8: BIOMEKANIK DALAM RENANG

• Sebarang pergerakan atau putaran yang berlaku semasa mengapungkan diri menjadi hasil pusat graviti dan pusat keapungan dalam keadaan yang selari.

• Faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku adalah:– faktor bentuk– faktor simetri

Page 9: BIOMEKANIK DALAM RENANG

FAKTOR BENTUK

• Dari segi bentuk, kedudukan anggota badan dan kepala boleh berubah secara drastik mengubah kedudukan keapungan badan.

• Seseorang dapat mengapungkan dirinya sekiranya pusat apungan dan pusat graviti menjadi sejajar.

Page 10: BIOMEKANIK DALAM RENANG

FAKTOR SIMETRI

• Simetri adalah faktor yang menjejaskan cara di mana badan terapung.

• Satu simetri adalah badan yang sama rata berposisi yang tetap dibentuk boleh terapung-apung.

Page 11: BIOMEKANIK DALAM RENANG

RINTANGAN

• Perenang yang mempunyai tubuh badan yang tegap di mana apabila dipandang dari pandangan sisi dan ini boleh mengurangkan rintangan.

• Untuk merasai bagaimana rintangan air boleh berlaku, seseorang itu perlu berada di dalam air yang mempunyai kedalaman separas dengan dada. Kemudian, cuba berlari atau berjalan secara pantas.

• Terdapat fakta yang menunjukkan kelajuan akan menyebabkan berlakunya rintangan.

• Semakin cepat sesuatu objek itu bergerak di air, semakin besar rintangan yang dihasilkan.

Page 12: BIOMEKANIK DALAM RENANG

• Bagi atlet renang, rintangan adalah satu masalah yang boleh menentukan kemenangan pertandingan.

• Oleh itu, baju renang telah diubahsuaikan dari kapas ke bahan yang sintetik di mana ia dapat mengurangkan rintangan.

Page 13: BIOMEKANIK DALAM RENANG

DORONGAN

• Rintangan dan dorongan adalah faktor yang penting di dalam biomekanik renang.

• Pendorong boleh didapati daripada lengan-lengan dan daripada kaki yang boleh digambarkan sebagai tuas, manakala tangan dan kaki yang digunakan sebagai dayung.

Page 14: BIOMEKANIK DALAM RENANG

FLEKSI DAN EKSTENSI

• Pergerakan yang membengkokkan sendi dipanggil fleksi manakala pergerakan yang meluruskan sendi dipanggil ekstensi.

• Apabila otot-otot besar di sekitar sendi pinggul boleh beroperasi, ia merupakan satu kelebihan seseorang perenang.

• Keadaan ini adalah untuk mendapatkan pendorong yang lebih besar.

Page 15: BIOMEKANIK DALAM RENANG

• Semasa berenang, pergerakan yang perlahan sering berpunca daripada sedikit kelenturan siku, tetapi mereka yang berenang cepat akan mengangkat lengan-lengan mereka sehingga 90 darjah untuk mendapatkan pendorong yang maksimum.

Page 16: BIOMEKANIK DALAM RENANG

HUKUM NEWTON

• Hukum gerakan Newton ketiga menyatakan bahawa setiap daya tindakan, terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan.

• Dalam renang, tindakan adalah seimbang dan reaksi adalah berdemonstrasi sebagai tangan sampai ke hadapan dan bentuk-bentuk untuk meneruskan air dan badan beraksi dengan arah yang bertentangan.

Page 17: BIOMEKANIK DALAM RENANG

PRINSIP BERNOULLI

• Prinsip Bernoulli adalah sebuah istilah di dalam mekanika fluida yang menyatakan bahawa pada suatu aliran fluida, peningkatan pada kecepatan fluida akan meningkatkan penurunan tekanan pada aliran tersebut.

Page 18: BIOMEKANIK DALAM RENANG

• Prinsip ini diguna pakai dalam berenang. Contohnya:– Berdiri tetap dengan bahu tenggelam dan cuba

mendayung dengan sebelah tangan beberapa inci di bawah permukaan air.

– Mendayung dengan tangan curam / bersudut 45 darjah. Pergerakan adalah berterusan dan ia dikira berjaya apabila puting beliung terbentuk.

Page 19: BIOMEKANIK DALAM RENANG

GAYA BEBASRintangan• Posisi badan ketika berenang dengan gaya bebas

seharusnya mendatar atau pada paras sedikit bawah permukaan air.

• Sewaktu meluncur di dalam air, kedudukan kepala haruslah sesuai dan berubah untuk membolehkan kedua-dua tumit kaki berada sebaik-baiknya di bawah paras permukaan air.

• Secara keseluruhannya, ia akan– mengurangkan rintangan hadapan ketika berenang gaya bebas.– Mengurangkan rintangan pusaran yang terhasil ketika berenang

dan seterusnya menyebabkan renangan itu menjadi lebih laju ke hadapan dan lancar.

Page 20: BIOMEKANIK DALAM RENANG

GAYA BEBAS

Pendorong• Bahagian lengan dan tangan menghasilkan

pergerakan kayuhan yang utama dalam gaya bebas. Keberkesanan dalam kayuhan kuak ini adalah berdasarkan faktor berikut.

Page 21: BIOMEKANIK DALAM RENANG

FAKTOR-FAKTOR– Tangan memasuki air dengan rintangan yang kurang iaitu

dengan ibu jari, jari telunjuk yang akan masuk dahulu dalam air diikuti dengan pergelangan tangan, bahu. Siku tangan perlu lebih tinggi daripada pergelangan tangan ketika fasa ini.

– Tangan akan terus meluncur ke hadapan sehingga lurus sebelum tangan yang berada di bawah air akan melakukan kuak di mana akan menghasilkan tekanan dan pergerakan dalam keadaan menyeret atau drag.

– Tangan akan terus menguak sehingga tangan mencecah permukaan air di mana tangan itu akan melepaskan tekanan untuk meminimakan rintangan dalam gaya bebas.

Page 22: BIOMEKANIK DALAM RENANG

GAYA BEBAS

Pendorong kaki– Kaki menghasilkan kestabilan tekanan dan tujahan.– Kayuhan kaki yang dalam akan menyebabkan tekanan

pusaran terhasil di bahagian belakang dan akan mengakibatkan kelajuan dan pergerakan menjadi perlahan.

– Oleh itu, kaki perlu berada dalam keadaan fleksi-plantar di mana sendi kaki ke bawah. Keadaan ini menyebabkan kaki menjadi lurus dan meminimakan rintangan kerana kaki berada dalam keadaan lurus atau mendatar.

Page 23: BIOMEKANIK DALAM RENANG

GAYA BEBAS

Pernafasan– Pernafasan penting untuk menyambung

pergerakan.– Selepas menghembus nafas di dalam air, perenang

akan menarik nafas kembali apabila posisi badannya adalah pada sisi.

– Perenang seboleh-bolehnya akan mengangkat atau hanyak mendongak ke sisi sedikit saja bagi menarik nafas untuk mendapatkan rintangan yang sedikit.

Page 24: BIOMEKANIK DALAM RENANG

KUAK LENTANG

Rintangan– Keadaan badan dalam kuak lentang perlu berada dalam

keadaan mendatar di permukaan air.– Seperti dalam gaya bebas, tangan dan lengan

memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan kayuhan dan pergerakan.

– Kayuhan kaki dalam kuak lentang akan menstabilkan posisi badan supaya sentiasa berada dalam keadaan mendatar di permukaan air.

– Bukaan kayuhan yang melebihi 30cm juga akan menyebabkan rintangan terhasil.

Page 25: BIOMEKANIK DALAM RENANG

Pendorong– Fasa pertama kayuhan iaitu dengan tangan

dimasukkan dalam air untuk kayuhan adalah amat penting di mana jari kecil dimasukkan dahulu dan diikuti bahagian lengan yang lain.

– Tangan perlu dimasukkan dalam air pada keadaan jam 11 di mana bukaan itu dapat menghasilkan tujahan yang kuat dengan tenaga yang minima.

– Bahagian kaki pula berperanan menyokong badan dalam menghasilkan kuasa dan kelajuan

KUAK LENTANG

Page 26: BIOMEKANIK DALAM RENANG

KUAK DADARintangan

– Fasa pemulihan tangan dan kaki ketika berenang menghasilkan rintangan hadapan yang tinggi.

– Pergerakan di dalam air melibatkan pergerakan paha dan tangan menyebabkan rintangan besar terhasil dan menyebabkan kelajuan berkurang.

– Fasa meluncur dalam kuak dada amat penting. Teknik yang betul dapat menghasilkan kelajuan yang optimum dengan rintangan yang berkurang.

– Posisi badan yang tinggi dengan bukaan sudut lutut yang tidak terlalu besar dapat mengurangkan rintangan pusaran yang terhasil dan juga mengurangkan rintangan hadapan.

Page 27: BIOMEKANIK DALAM RENANG

KUAK DADA

Pendorong– Pergerakan luncuran akan membawa dorongan

yang maksimum dan lancar.– Dalam fasa pemulihan tangan, keadaan tangan

haruslah bersudut seperti membaca doa atau membuka buku. Ia perlu dilakukan di bawah dagu bagi menghasilkan tujahan dan luncuran yang laju dengan rintangan hadapan yang berkurang.

Page 28: BIOMEKANIK DALAM RENANG

KUAK KUPU-KUPU

Rintangan– Kuak ini lebih perlahan kerana gaya bebas bukaan

kuak yang besar dan keadaan lutut dan kaki menghasilkan rintangan hadapan yang tinggi.

– Kekuatan yang tinggi diperlukan dalam fasa pemulihan berganda.

– Pergerakan punggung yang tinggi dan kepala akan menghasilkan rintangan hadapan yang tinggi.

Page 29: BIOMEKANIK DALAM RENANG

KUAK KUPU-KUPU

Pendorong– Pelbagai kemahiran dan teknik diperlukan untuk

menghasilkan kelembutan dari bahagian punggung hingga ke bahagian kaki untuk menghasilkan dorongan ke hadapan yang kuat dan laju.

– Teknik yang betul dengan pergerakan yang mengikut mekanikal yang betul dapat menghasilkan tujahan dan kuak yang kuat.

– Semasa fasa pemulihan tangan, tangan perlu memasuki ke dalam air dengan lancar dan dalam keadaan 45 darjah untuk meminimakan rintangan dan tenaga untuk meluncur.

Page 30: BIOMEKANIK DALAM RENANG

BIOMEKANIK DALAM MENCEGAH KECEDERAAN DALAM RENANG

• Penyebab dalam kecederaan bahu dalam sukan renang adalah disebabkan teknik kuak atau kayuhan yang salah dari segi biomekanik.

• Fasa ketika tangan masuk ke dalam air dengan keadaan tangan yang melebihi paksi tengah badan menyebabkan mekanikal di bahagian otot biseps dan otot supraspinatus.

• Untuk mengelak kecederaan ini, teknik yang betul iaitu kedudukan badan yang bertukar arah dan bersudut 45 darjah bagi setiap kali pergerakan kuak tangan dengan bahagian jari memasuki permukaan air dan berada di paksi tengah dengan bahagian kepala.

Page 31: BIOMEKANIK DALAM RENANG

SEKIAN TERIMA KASIH