bidalan.ppt

download bidalan.ppt

of 24

Transcript of bidalan.ppt

  • BIDALANBidalan ialah perkataan yang mempunyai pengertian tertentu disebalik kelompok kata yang diberikan.Kelompok kata-kata tersebut adalah berkaitan dengan sikap dan tingkah laku manusia.Bidalan mempunyai erti selapis,iaitu susunan katanya tidak berselimdung,sebaliknya menyatakan maksud secara langsung atau nyata.Bidalan biasanya mengaandungi kata-kata nasihat,pengajaran dan teladan.

  • Ada gula ada semut :apabila ada sumber rezeki,akan banyaklah orang yang berkumpul di situ.Ada udang di sebalik batu:mempunyai niat tertentu di sebalik perbuatan atau pertolongan yang dilakukan.

  • Alah bisa tegal biasa:pekerjaan yang susah atau sukar akan menjadi senang apabila selalu dilakukan.Alah membeli menang memakai:biarlah barang yang dibeli mahal harganya,asalkan bermutu dan tahan lama.

  • Alang-alang mandi biarlah basah:membuat sesuatu pekerjaan itu biarlah hingga selesai.Bagaimana acuan begitulah kuihnya:sesuatu itu menurut asalnya;anak menurut baka ibubapanya.

  • Bagaimana gendang, begitulah tarianya:bagaimana perintah,begitulah yang diturutBangkai gajah tidak dapat di tutup dengan nyiru:sesuatu kesalahan yang besar tidak akan dapat diselindung.

  • Belum duduk sudah berlunjur:membuat sesuatu pekerjaan tanpa mengikut peraturan atau belum tiba masanya.Belakang parang diasah lagikan tajam :orang yang bodoh akan menjadi pandai jika selalu belajar.

  • Benih yang baik jika jatuh ke laut menjadi pulau :orang yang berasal daripada keturunan yang baik akan berkelakuan baik di mana-mana sahaja dia berada.Bertemu buku dengan ruas :seseorang yang bertemu atau berlawan dengan lawan yang sama gagah dan kuat.

  • Dengar guruh di langit,air tempayan dicurahkan: kerana mengharap keuntungan besar yang belum tentu diperoleh,hasil kecil yang sudah pasti dilepas.Bumi mana tidak ditimpa hujan: sesiapa sahaja sudah tentu tidak lepas daripada melakukan kesalahan.

  • Besar periuk besarlah keraknya : semakin besar pendapatan semakin besarlah pembelanjaan.Biar lambat asal selamat:melakukan sesuatu kerja dengan berhati-hati supaya mendapat hasil yang baik sempurna.

  • Enggang lalu ranting patah: sesuatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba.

    Genggam bara api biar sampai menjadi arang: apabila melakukan pekerjaan yang sukar kita hendaklah tekun dan bersabar sehingga berjaya.

  • Gunting dalam lipatan: musuh atau pengkhianat dalam kalangan sahabat atau saudara mara kita yang tidak kita ketahui.

    Hilang di mata di hati jangan: walaupun berjauhan,selalu ingat di dalam hati.

  • Bagaimana rupa begitulah bayangnya:anak menurut baka ibu dan bapa;sesuatu itu menurut asalnya.Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak:makin kaya atay berilmu,makin sombong,

  • Lautan dalam dapat diduga,hati manusia siapa yang tahu: sifat atau perasaan manusia tiada siapa yang mengetahuinya.Lempar batu sembuyi tangan: orang yang membuat sesuatu kesalahan tetapi berdiam diri seolah-olah melakukannya.

  • Malas berdayung perahu hanyut: seseorang itu tidak akan berjaya jika malas berusaha.Marah nyamuk kelambu dibakar: kerana marah seseorang ,harta sendiri dimusnahkan.

  • Melentur buluh biarlah daripada rebungnya: mendidik seseorang itu dengan perkara yang baik biarlah ketika masih kecil.Melepaskan batuk ditangga: membuat sesuatu pekerjaan sambil lewa, tidak bersungguh-sungguh ;membuat secara terpaksa.

  • Batu yang selalu bergolek itu tidak dilekati lumut : orang yang selalu bertukar pekerjaan tidak mungkin mencapai kemajuan dalam hidup.Baik bawa resmi padi jangan resmi lalang: hendaklah mengamalkan sikap rendah diri dan jangan sombong atau meninggi diri.

  • Diam penggali berkarat : ilmu yang di simpan lama-kelamaan akan hilang.Buang yang keruh ambil yang jernih: jauhi perkara yang jahat dan amalkan yang baik; memulakan penghidupan yang baru.

  • Ditelan mati emak,diluah mati bapak: sukar untuk memilih atau membuat keputusan.Daripada hidup bercerminkan bangkai, lebih baik mati berkalangkan tanah: lebih baik mati daripada menanggung malu.

  • Ayam dikepuk mati kelaparan , itik di air mati kehausan : keadan susah yang dialami oleh seseorang walaupun berada ditampat yang mewah.Jauh panggang dari api : jawapan atau sindiran yang tidak benar atau salah sama sekali.

  • Indah khabar daripada rupa : perkhabaran tentang sesuatu yang lebih indah daripada keadan yang sebenar.Musuh dalam selimut : musuh dalam kalangan kita sendiri yang tidak diketahui.

  • Mencurahkan garam ke laut: melakukan pekerjaan yang sia-sia;menolong seseorang yang tidak memerlukan pertolongan tersebut menyebabkan pertolongan itu tidak dihargai.Biar senget jangan tertiarap: lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak.

  • Makin murah makin menawar: makin di beri ,makin banyak yang diminta.Air yang tenang jangan disangka tiada buaya: orang yang nampak baik dan pemdiam jangan disangka tidak berbahaya.

  • Menepuk air di dulang : mendapat malu sendiriAir ditetak/dicincang tidak akan putus: perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan,ahkirnya akan berbaik semula.