Behavior

21
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS (Strategi dalam P&P) Di Sediakan Oleh : Ras Anisha Lim Ting Len Herna Julian Roziyaana Rahim Roshila Roslan Siti Kalsom Nur Syazwani Halimah Sulaiman Nur Asyikin

description

teori behavior

Transcript of Behavior

PowerPoint Presentation

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS(Strategi dalam P&P)Di Sediakan Oleh :Ras AnishaLim Ting Len Herna JulianRoziyaana RahimRoshila RoslanSiti KalsomNur SyazwaniHalimah SulaimanNur Asyikin

Setiap teori pembelajaran yang dikemukakan memberi implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran secara tersendiri. Berdasarkan teori pembelajaran behavioris yang dipelopori oleh : John Broadus Watson,Ivan Petrovich Pavlov Edward Thorndike Burrhus Frederic Skinner. Dalam teori mereka, mereka memberi bebrapa fokus dalam pengukuhan, pengukuhan berjadual, shaping, penghapusan dan modifikasi tingkahlaku.Teori Behavioris

Menurut teori pelaziman klasik, cara pembelajaran yang sesuai ialah menggunakan ransangan tak terlazim dikaitkan dengan ransangan terlazim. Hal ini dibuktikan oleh Pavlov dan Watson melalui kajian yang mereka jalankan iaitu Eksperimen Little Albert dan eksperimen ke atas anjing. Eksperimen-eksperimen tersebut secara ringkasnya menekankan bahawa, peneguhan atau keselesaan kepada responden pada awalnya. Kemudian, setelah responden terbiasa dengan keadaan tersebut, penghapusan akan dijalankan.

Pelaziman Klasik

WATSON ' LITTLE ALBERT EXPERIMENTEksperimen pelaziman klasik Pavlov

Gerak balas positif (perhatian dan penglibatan murid- murid dalam P&P) dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Selain daripada itu juga, ia perlu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid- murid untuk memudahkan proses P&P. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan perkataan bola kepada murid, pastikan murid mampu menyebut perkataan tersebut terlebih dahulu apabila ditunjukkan sebiji bola kearahnya. Antara implikasi teori tersebut dalam P&P

Kemudian, tunjukkan kad perkataan bola disertakan dengan sebiji bola untuk mendapat gerak balas murid tersebut. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehinggalah murid mampu menyebut perkataan buku apabila ditunjukkan kad perkataan kepadanya. Malah, guru perlu membimbing murid- murid menggunakan kemahiran generalisasi dengan tepat, dengan memberikan pelbagai contoh yang berkaitan.Selain daripada itu juga, guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim.

Contohnya, memberikan penyelesaian masalah yang sukar untuk memukul bola dengan kerap kali. Seterusnya, gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, jika sebelum ini guru memberikan gula- gula, pada suatu hari guru memberikan pensel sebagai peneguhan. Malah, guru perlu membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.

teori pelaziman operan yang dipelopori oleh Skinner lebih menekankan kepada peneguhan diberikan selepas responden berjaya dalam sesuatu usaha atau berlakunya peningkatan positif.

Melalui kajian yang dijalankan beliau terhadap tikus, dapatlah disimpulkan bahawa tingkahlaku yang disertai dengan pengukuhan akan meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkahlaku yang sama pada masa akan datang. Pelaziman Operan

Manakala peneguhan negatif yang diberi akan membawa kesan tidak menyeronokkan dan responden akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini.

Proses eksperimen yang dijalankan oleh Skinner

Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberikan peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan. Selain daripada itu, prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diigini, misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau negatif. Antara implikasi teori tersebut dalam P&P

Peneguhan negatif sesuai digunakan untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.

Malah, guru juga perlu membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.

Teori yang dikemukakan oleh Edward Thorndike ini terdapat pertindahan untuk dikelaskan. Dalam sesetengah sumber, ia dikategorikan dalam teori pelaziman, dan sesetengahnya pula pengklasifikasikan sebagai Hukum Kesan. Thorndike menjalankan kajian ke atas kucing yang sedang lapar dibiarkan di dalam sangkar yang mempunyai penyendal untuk membuka pintu sangkar tersebut dan kucing tersebut boleh mendapatkan makanan yang berada di luarnya. Hukum Kesan

Dalam teorinya, terdapat tiga jenis hukum iaitu hukum kesediaan, latihan dan kesan.

Meningkatkan tahap kesediaan belajar. Pada masa yang sama, guru perlu memainkan peranan dalam menggunakan motivasi yang sesuai. Selain daripada itu, ia mampu mengukuhkan pertalian antara ransangan dan gerak balas pelajar dengan memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan.Implikasi teori Thorndike dalam P&P

Guru juga perlu memberikan ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul daripada pelajar. Antara peneguhan yang boleh digunakan ialah peneguhan sosial dan material. Malah, teori ini juga menekankan pemberian peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.

Guru-guru boleh menggunakan peneguhan positif atau negatif bagi meransang murid-murid berusaha untuk meningkatkan kemahiran membaca. Seelok-eloknya, guru perlu memberi ganjaran atau hadiah kepada murid-murid yang menguasai kemahiran tersebut. Sebagai contoh, seorang guru memberikan coklat kepada muridnya yang dapat menyenaraikan penyakit berjangkit dengan betul. Kaedah ini akan memberikan motivasi kepada kanak-kanak lain untuk mencuba dan kanak-kanak yang memperoleh peneguhan tersebut untuk terus menguasai huruf seterusnya.IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KE ATAS PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KEPADA KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

seseorang guru perlulah membuat persiapan sebelum mengajar. Sediakan BBM yang menarik, ransangan yang sesuai dan teknik pendekatan yang praktikal. Selain daripada itu juga, guru perlu memastikan tahap kesediaan murid. Bagi mengetahui tahap murid-murid, gunakan waktu set induksi untuk berinteraksi dan bertanyakan hal-hal umum kepada murid- murid.Contohnya, guru bertanyakan cara pemakanan yang sihat untuk tubuh badan.

Guru perlu memberikan respon yang spesifik dan kerap. Hal ini kerana murid-murid khas sentiasa memerlukan perhatian dan respon agar mereka dapat meningkatkan tahap kelakuan kearah yang lebih positif. Respon guru dan teguran yang positif serta spesifik agar kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku dapat mengetahui masalah mereka yang lari dari norma asal. Contohnya, kanak-kanak down sindrom yang bermasalah akolalia iaitu mengulang-ulang perkataan dengan kerap, guru perlu menegur secara terus terang bahawa perlakuannya adalah diluar norma manusia normal. Respon guru tersebut, mampu mengurangkan keadaanya kepada yang lebih baik.

Selain daripada itu juga, guru perlu menggiatkan penghapusan tingkah laku yang tidak diingini.Gunakan kaedah time-out, kontrak, pengasingan, dan sebagainya dalam mengawal dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.Namun begitu, kaedah atau hukuman tersebut perlulah sesuai dengan masalah tingkah laku kanak-kanak tersebut. Jika kanak-kanak yang mengalami masalah down sindrom, kaedah time out merupakan antara kaedah yang boleh digunakan.

SEKIAN..TERIMA KASIH