Bahan Taklimat Kssrpk 2016

download Bahan Taklimat Kssrpk 2016

of 12

description

bahan taklimat

Transcript of Bahan Taklimat Kssrpk 2016

  • KEPERLUAN BUKU TEKS TAHUN 2016

    PESANAN BUKU TEKS PENDIDIKAN KHAS

    Masalah PenglihatanMasalah PendengaranMasalah Pembelajaran

  • Pesanan Buku Teks Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan, Masalah Pendengaran dan Masalah Pembelajaran) adalah dibuat oleh Bahagian Buku Teks berdasarkan maklumat enrolmen yang diperolehi daripada Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri.

    BUKU TEKS PENDIDIKAN KHAS KSSRPK

  • BUKU TEKS PENDIDIKAN KHAS KSSRPK/BRAILLESemua judul BUKU TEKS PENDIDIKAN KHAS KSSRPK bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah untuk kegunaan tahun 2016 telah dimasukkan ke dalam Borang Maklumat Enrolmen Murid & Stok Buku Teks Pendidikan Khas. Sila rujuk Lampiran (BORANG MAKLUMAT ENROLMEN MURID & STOK BUKU TEKS PENDIDIKAN KHAS KEGUNAAN TAHUN 2016).

  • BUKU TEKS PENDIDIKAN KHAS KSSRPK/BRAILLEMasalah PenglihatanJudul Buku Teks Braille Tahun 5 kegunaan 2016 & Tahun 6 (Kaimal) kegunaan 2016 - Sekolah yang menawarkan mata pelajaran ini sahaja yang dibenarkan memesan buku teks ini. (SKPK & PPKI)

    Masalah PendengaranJudul Buku Teks Terbitan Baharu KSSRPK Masalah Pendengaran Tahun 5 & Tahun 6 Sekolah yang menawarkan mata pelajaran ini sahaja yang dibenarkan memesan buku teks ini. (SKPK & PPKI)

  • BUKU TEKS PENDIDIKAN KHAS KSSRPK/BRAILLEMasalah PembelajaranJudul Buku Teks KSSRPK Tahun 6 Masalah Pembelajaran adalah BUKU TEKS TERBITAN BAHARU. Pihak sekolah hendaklah memastikan semua judul dipesan mengikut unjuran murid Tahun 6 2016.

  • KRITERIA-KRITERIA PERMOHONAN KEPERLUAN BUKU TEKS KSSRPK TAHUN 2016Batas perbelanjaan yang dibenarkan Bagi buku teks cetakan semula, pesanan hanya boleh dibuat mengikut batas perbelanjaan yang telah dibenarkan. Seperti yang termaklum pada tahun ini peruntukan kewangan adalah amat terhad. Sehubungan itu langkah penjimatan dan perbelanjaan berhemah perlu dilaksanakan.

  • KRITERIA-KRITERIA PERMOHONAN KEPERLUAN BUKU TEKS KSSRPK TAHUN 2016Buku teks yang tidak akan dipesan:Untuk mengawal perbelanjaan bagi buku teks cetakan semula, Penyelia perlulah memastikan sekolah tidak memesan buku teks sewenang-wenangnya. Pesanan perlu mengambil kira keperluan sebenar dan stok sedia ada. Kawalan terhadap kerosakan buku perlu ditingkatkan manakala penggantian BCS hendaklah dibuat dengan penuh berhemah.Jika bilangan pesanan terlalu tinggi, BBT akan merujuk kepada data yang disediakan oleh BPKhas. Pesanan akan dibuat berdasarkan data tersebut.

  • MAKLUMAT TAMBAHAN Pastikan semua judul buku teras dipesan oleh pihak sekolah. Pesanan BCS bergantung kepada jumlah murid dan stok buku/buku elok sedia ada. Ketepatan data adalah sangat penting dalam penentuan keperluan buku teks SPBT sekolah. Pastikan pihak sekolah melengkapkan dan membawa bersama maklumat enrolmen murid dan maklumat stok/buku elok buku teks Pendidikan Khas yang disahkan oleh Guru Besar/Pengetua (sila rujuk Lampiran) semasa bengkel pengisian borang pesanan BTBT190.

  • MAKLUMAT TAMBAHAN Bahagian Buku Teks akan membuat semakan dan analisa terhadap data yang diberikan oleh sekolah dengan data yang diberikan oleh Bahagian Pendidikan Khas. Oleh itu pihak sekolah hendaklah memastikan data yang diberi adalah sahih dan benar tanpa sebarang pemalsuan. Pihak sekolah hendaklah memastikan jumlah murid mesti sama untuk semua judul buku teras.

  • MAKLUMAT TAMBAHAN Pastikan Buku Aktiviti adalah buku yang perlu digantikan 100%.Bagi buku yang mempunyai 2 Jilid, hendaklah dipastikan kedua-dua Jilid dipesan dan jumlah murid mestilah sama untuk kedua-dua jilid tersebut.

  • SEKIAN TERIMA KASIH

    ***********