Bahagian-Pengertian-Sejarah

5
1.0 Pengertian Sejarah Istilah Sejarah adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun yang bermaksud pohon atau pokok. Jika kita membaca silsilah raja-raja akan kelihatan seperti gambar pokok dari sederhana dan berkembang menjadi besar, maka sejarah dapat diertikan silsilah keturunan raja - raja yang bererti peristiwa pemerintahan keluarga raja pada masa lampau. Sejarah juga adalah kejadian yang berlaku pada masa lampau yang tak boleh kita lupakan serta ada juga yang disusun berdasarkan peninggalan- peninggalan berbagai peristiwa. Syajaratun juga bermaksud salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul (Azami, Mohd. Fo’ad). Hal ini bermakna sejarah merupakan penyelidikan kepada sesuatu perkara yang telah berlaku pada zaman terdahulu. Dari sudut lain pula, istilah history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani yakni Histories yang membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian serta dalam bahasa Inggeris, kata sejarah disebut history, ertinya masa lampau; masa lampau manusia. Peninggalan sejarah itu disebut sumber sejarah Dari sudut lain pula, istilah history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani yakni Histories yang membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian serta dalam bahasa Inggeris, kata sejarah disebut history , ertinya masa lampau; masa lampau manusia. Sejarah boleh dibahagikan kepada tiga aspek iaitu masa lampau , masa kini , dan masa yang akan datang. Masa lampau dijadikan titik tolak untuk masa yang akan datang sehingga sejarah mengandung pelajaran tentang nilai dan moral. Manakala masa kini, sejarah akan dapat difahami oleh generasi penerus dari masyarakat yang terdahulu sebagai suatu cermin untuk menuju kemajuan dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa, dan

description

sj

Transcript of Bahagian-Pengertian-Sejarah

Page 1: Bahagian-Pengertian-Sejarah

1.0 Pengertian Sejarah

Istilah Sejarah adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun yang

bermaksud pohon atau pokok. Jika kita membaca silsilah raja-raja akan kelihatan

seperti gambar pokok dari sederhana dan berkembang menjadi besar, maka sejarah

dapat diertikan silsilah keturunan raja - raja yang bererti peristiwa pemerintahan

keluarga raja pada masa lampau. Sejarah juga adalah kejadian yang berlaku pada

masa lampau yang tak boleh kita lupakan serta ada juga yang disusun berdasarkan

peninggalan- peninggalan berbagai peristiwa. Syajaratun juga bermaksud salasilah,

riwayat, keturunan dan asal usul (Azami, Mohd. Fo’ad). Hal ini bermakna sejarah

merupakan penyelidikan kepada sesuatu perkara yang telah berlaku pada zaman

terdahulu. Dari sudut lain pula, istilah history merupakan terjemahan dari perkataan

Yunani yakni Histories yang membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian

serta dalam bahasa Inggeris, kata sejarah disebut history, ertinya masa lampau;

masa lampau manusia.

Peninggalan sejarah itu disebut sumber sejarah Dari sudut lain pula, istilah

history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani yakni Histories yang membawa

makna satu penyelidikan ataupun pengkajian serta dalam bahasa Inggeris, kata

sejarah disebut history , ertinya masa lampau; masa lampau manusia. Sejarah boleh

dibahagikan kepada tiga aspek iaitu masa lampau , masa kini , dan masa yang akan

datang. Masa lampau dijadikan titik tolak untuk masa yang akan datang sehingga

sejarah mengandung pelajaran tentang nilai dan moral. Manakala masa kini, sejarah

akan dapat difahami oleh generasi penerus dari masyarakat yang terdahulu sebagai

suatu cermin untuk menuju kemajuan dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa,

dan bernegara. Peristiwa yang berlaku pada masa lampau akan memberi kita

gambaran tentang kehidupan manusia dan kebudayaannya di masa lampau

sehingga dapat merumuskan hubungan sebab akibat mengapa suatu peristiwa dapat

terjadi dalam kehidupan tersebut, walaupun belum tentu setiap peristiwa atau

kejadian akan tercatat dalam sejarah.

Sejarah terus berterusan sehingga merupakan rentang peristiwa yang

panjang. Oleh kerana itu, sejarah merangkumi masa lalu yang dilukiskan

berdasarkan urutan waktu ( kronologi ) dan mempunyai hubungannya dengan sebab

akibat kejadian itu berlaku serta kebenarannya bersifat subjektif sebab masih

perladanya penelitian lebih lanjut untuk mencari kebenaran yang hakiki. Menurut

Aristotle, Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan,

rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh (R. Suntralingan) 1985. Sumber sejarah

Page 2: Bahagian-Pengertian-Sejarah

boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu sumber pertama dan sumber kedua.

Sumber pertama merupakan bahan ataupun alat yang ditinggalkan yang mempunyai

catatan tentang sesuatu peristiwa seperti, fosil, dokumen, peta dan lain-lain. Sumber

kedua pula, merupakan bahan yang mempunyai catatan peristiwa yang telah

diproseskan oleh manusia seperti buku rujukan sejarah, video filem dan

seumpamannya. Pandangan Aristotle juga bersamaan dengan tokoh Muhd. Yusof

Ibrahim (1989), iaitu sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu

peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu. Tambahan pula, tokoh Abdul

Rahman Abdullah di dalam bukunya “ Penghantar Ilmu Sejarah” berpendapat

sejarah adalah terdiri daripada dua aliran iaitu aliran empirisisme dan seterusnya

aliran objektivisme. Empirisisme bermaksud pengalaman sebagai sumber utama

pengetahuan. Sejarah merupakan kisah-kisah yang berlaku pada masa lampau

dimana mengikut kedua-dua aliran ini. Ia hanya dapat dibuktikan setelah mendapat

fakta sejarah yang objektif dan bebas, serta dapat dikaji secara saintifik dan kritis.

Di samping itu, menurut Ibnu Khaldun. Sejarah adalah membicarakan tentang

masyarakat manusia,atau peradaban manusia tentang perubahan-perubahan yang

berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu. Di sini merupakan sumbangan-sumbangan

yang telah dilakukan oleh manusia untuk memajukan tamudun. Manusia telah

berubah cara hidup secara berorganisasi, penciptaan barang bagi memudakan

urusan manusia, pembinaan bangunan terangung dan seumpamannya. Seperti

kewujudan tamadun Mesopotamia, Mesir Purba, Hwang –Ho dan Indus. Mengikut

pandangan Herodotus, Sejarah merupakan penceritaan tentang tindakan manusia

dan sebab-sebab mereka melakukannya. Manusia melakukan perubahan bagi

menyesuaikan diri dalam kehidupan pada zaman masa itu. Drs. Sidi Gazalba (1966)

pula mengambarkan sejarah sebagai masa lampau manusia dan persekitaraannya

yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan

tafsiran dan penjelasan yang member pergertian dan kefahaman tentang apa yang

berlaku. Hal ini sesuatu sumber sejarah mestilah mempunyai fakta yang benar,

tanpa ditokok tambah atau direka.

Selain itu, menurut R.G.Collingwood sejarah adalah satu bentuk penyelidikan

tentang hal- hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau serta sejarah

adalah satu proses yang tidak putus- putus antara ahli sejarah dengan faktanya atau

antara masa kini dengan masa lampau (E.H.Carr dan John Bank 1990). Di samping

itu, menurut Sejarah merupakan semua kejadian atau peristiwa masa lampau.

Sejarah dapat membantu masyarakat untuk memahami perilaku manusia pada masa

yang lampau, masa sekarang dan masa yang akan datang. semua kejadian yang

Page 3: Bahagian-Pengertian-Sejarah

dimaksud dalam pendapat tersebut adalah kejadian atau peristiwa yang berkaitan

dengan manusia. Dalam kejadian atau peristiwa tersebut terdapat bagaimana

manusia berperilaku. (1990)

Dari beberapa definisi yang dikemukakan oleh beberapa tokoh di atas

tidaklah sama dalam hal isi, taraf dan tujuannya. Namun, ia juga mempunyai

beberapa persamaan iaitu sejarah ialah sesuatu yang berkaitan dengan masa serta

masyarakat. Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa perkataan sejarah iaitu ilmu

yang dapat daripada menyelidiki perkembangan peristiwa atau kejadian- kejadian

pada masa lampau. Selain itu, kita boleh belajar banyak perkara daripada sejarah

iaitu, pengajaran, nilai serta unsur patriotisme.

Azami bin Man, M. B. (2002). Sejarah Tingkatan 1 Buku Teks. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, (Kuala Lumpur: DBP-USM),

hlm. 160.

Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, (Kuala Lumpur: DBP-USM),

hlm. 162.

Azami bin Man, M. B. (2002). Sejarah Tingkatan 1 Buku Teks. In H. Ibnu Khaldun,

Pandangan tokoh terhadap pengertian sejarah (pp. 3,4). Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

E.H.Carr, J.B. (1990). What is History.Great Britain: Penguin Books.

Suntralingam, R. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Merican and

Sons Sdn Bhd, hlm. 58.

Muhd.Yusof Ibrahim. (1986) Pengertian Sejarah :Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Gazalba, D. S. (1966). Pengantar Sejarah Sebagai Ilmu. Jakarta, hlm 11.