Bab5-4.docx

10
  TOPIK 5(T4) 5.1 MEMAHAMI PANTULAN CAHAY A Hukum Pantulan 1. Sinar tuu! "inar #antulan $an n%rmal t&rl&tak #a$a "ata' an "ama *. "u$ut tuu! i+ , Su$ut #antulan! r+ CE-MIN SAT AH  1. Ciri im& an $i&ntuk %l&' /&rmin "ata' a) T&r"%n"an "i"i ) Sama "ai0 $&nan %&k /) Maa ti$ak %l&' $itaan #a$a "krin $) 2arak im& $ari#a$a /&rmin , arak %&k $ari#a$a /&rmin  Alat 3 in"trum&n an m&nunakan /&rmin "ata'

description

fizik tingkatan 4

Transcript of Bab5-4.docx

TOPIK 5(T4) 5.1MEMAHAMI PANTULAN CAHAYAHukum Pantulan1.Sinar tuju, sinar pantulan dan normal terletak pada satah yang sama2.sudut tuju,i= Sudut pantulan,rCERMIN SATAH

1.Ciri imej yang dibentuk oleh cermin sataha)Tersongsang sisib)Sama saiz dengan objekc)Maya tidak boleh ditayang pada skrind)Jarak imej daripada cermin = jarak objek daripada cermin

Alat / instrumen yang menggunakan cermin satah

1.CerminAnti paralaks dalam ammeter dan voltmetera)Ralat paralaks berlaku apabila kita dapat melihat jarum penunjuk dan imejnya.b)Mata hendaklah normal kepada jarum penunjuk supaya imejnya tidak kelihatan, bagi mengelakkan ralat paralaks2.Periskopa)Mengandungi dua cermin satah pada kedudukan sudut 45.b)Imej yang kelihatan oleh pemerhati adalah dalam keadaan tegak.3.Cermin pandang belakang dan cermin sisi kenderaanPerkataanAMBULANCE sengaja ditulis dalam keadaan tersongsang sisipada ambulans supaya imej yang dilihat melalui cermin pandang belakang kenderaan di hadapannya adalah ejaan sebenarnya

CERMIN CEKUNGDAN CERMIN CEMBUNG

Imej yang terbentuk oleh cermin cekungCara melukis gambarajah sinarDua daripada tiga sinar berikut perlu dilukis :1. Sinar 1 selaridengan paksi utama dipantulkan oleh cermin dan melalui titik fokus , F.2. Sinar 2 yang melalui titik fokus F akan dipantulkan oleh cermin selari dengan paksi utama.3. Sinar 3 yang melalui pusat kelengkungan C akan dipantulkan oleh cermin mengikut lintasan yang sama.( CF = CP)

Cermin cekung boleh menghasilkan imej sahih bergantung kepada jarak objek.u < f

Imej maya, tegak dan lebih besar daripada objeku = f

Imej di infinitiu < f < 2f

Imej sahih (nyata), terbalik dan lebih besar daripada objeku = 2f

Imej sahih (nyata), terbalik dan sama kecil dengan objeku > 2f

Imej sahih (nyata), terbalik dan lebih kecil daripada objekAplikasi cermin cekung dalam peralatan

1.Cermin soleka)Menggunakan cermin cekung yang mempunyaijarak fokus yang besar.b)Menghasilkan imej tegak, lebih besar dan maya.2.Transmisi (penghantaran) isyarat gelombang radioCermin dengan permukaan parabola cekung digunakan untukmemfokus isyarat gelombang radio.3.Pemantul lampu suluha)Mentol lampu dipasang pada titik fokus cermin cekung supaya memantulkan sinar cahaya yang selari.b) Sinar cahaya yang selari itu akan mengekalkan keamatannya pada jarak yang lebih jauh.Imej yang dibentuk oleh cermin cembung

Cermin cembung membentuk imej maya, kecil daripada objek dan tegakAplikasi cermin cembung dalam peralatan1.Meluaskan medan penglihatan2.Medan penglihatan cermin cembung lebih luas daripada cermin satah3.Oleh itu cermin cembung digunakan sebagaia)Cermin pandang belakang dan sisi kenderaan kerana ia akan memberikan sudut penglihatan yang luas untuk melihat kenderaan di belakang mereka.b)Cermin keselamatan di kedai-kedai.c)Cermin di selekoh tajam.

5.2MEMAHAMI PEMBIASAN CAHAYA1.Pembiasan cahaya ialah fenomena dimana arah sinar cahaya berubah apabila melintasi sempadan antara dua medium yang berlainan ketumpatan. (density).2.Ia terjadi akibat daripada perubahan halaju cahaya apabila merambat dari satu medium ke medium yang lain.

Hukum biasanSinar tuju dan sinar pantulan berada pada kedudukan bertentangan antara garis normal dan semuanya berada dalam satah yang sama.Hukum Snellmenyatakan apabila cahaya merambat daripada vakum kepada medium yang diberi, makaNilaisin i(vakum)adalah malar (constant),sin r (medium)dan dikenali sebagai indeks biasanIndeks biasan,n =sin i(vakum) sin r (medium)Sudut biasan bergantung kepada indeks biasan medium dan sudut tuju, iIndeks biasan , n =Laju cahaya dalam vakum atau udaraLaju cahaya dalam mediumContoh

1.Kira sudut biasan bungkah kaca di atas (indeks biasan bungkah kaca = 1.52)n =sin isin r1.52 =sin 30sin rsin r =sin 301.52r= 19.2

2.Laju cahaya dalam kaca ialah 2.0 x 108m sdan lajunya dalam udara pula 3.0 x 108m s. Kirakan indeks biasan kaca itu.

n=laju dalam udaralaju dalam medium=3.0 x 108= 1.52.0 x 108

Dalam sebenar, H dan dalam ketara, h

Hubungan di antara dalam sebenar, H dalam ketara, h

MEMAHAMI SUDUT GENTING DAN PANTULAN DALAM PENUHSudut genting,c1.Apabila cahaya merambat dari medium yang lebih tumpat (kaca) kepada yang kurang tumpat (udara), ia akan dibiaskan jauh dari normal.2.Sebahagian kecil daripada cahaya itu dipantulkan ke dalam medium yang lebih tumpat itu.

3.Jika sudut tuju,i, bertambah, sudut biasan,rjuga bertambah4.Ketika sudut biasan mencapai 90, pada masa itu cahaya dibiaskan di sepanjang sempadan blok kaca deangan udara.5.Sudut tuju dalam kaca ketika ini dinamakan sudut genting, c (critical angle)

Pantulan dalam penuh1.Jika sudut tuju lebih besar daripada sudut genting, (i > c) cahaya tidak lagi dibiaskan tetapi dipantulkan pula ke dalam kaca2.Fenomena ini dikenali sebagai pantulan dalam penuh (total internal reflection).

Hubungan di antara sudut genting (critical angle) dan indeks biasan(refractive index)

Contoh1.Sudut genting air ialah 49. Tentukan indeks biasan air itu.

2.Bungkah kaca mempunyai indeks biasan ,n= 1.5. Kirakan sudut gentingnya (critical angle)