Bab 8 Sistem-perlindungan & Pembumian

36
A 8 A 8 SISTEM ISTEM PERLINDUNGAN ERLINDUNGAN DAN PEM UMIAN AN PEM UMIAN

description

perlindungan & Pembumian

Transcript of Bab 8 Sistem-perlindungan & Pembumian

  • BAB 8 SISTEM PERLINDUNGAN DAN PEMBUMIAN

  • 1.SISTEM PERLINDUNGAN

  • PERLINDUNGANPengenalan.

    Perlindungan bermaksud memberi jagaan kepada alat-alat pemasangan dari sebarang bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik.

  • SISTEM PERLINDUNGANBagi tujuan perlindungan dari bahaya elektrik, setiap pemasangan hendaklah mengadakan tiga jenis perlindungan litar, iaitu:

    (a).Perlindungan litar daripada Beban / Arus Lebih.

    (b).Perlindungan litar daripada Arus Bocor ke Bumi

    (c). Perlindungan litar daripada Voltan Lebih.

  • ALAT-ALAT PELINDUNG LITAR1).Perlindungan beban lebih / arus lebih / litar pintas.Geganti beban lebihFiusPemutus litarArus lebih - bermaksud arus yang melebihi had maksima mengalir dalam litar itu.

    Litar Pintas sambungan terus tanpa beban di antara pengalir Hidup dengan neutral atau antara fasa.

    Beban lebih Pertambahan beban mekanik ke motor

  • ALAT-ALAT PELINDUNG LITAR2) Perlindungan arus bocor ke bumiPemutus litar bocor ke bumi kendalian arus baki (PLBB).Arus bocor - ialah arus yang mengalir keluar dari kabel fasa / neutral dan masuk ke bahagian logam (pembuluh) atau rangka logam kelengkapan elektrik seperti seterika, cerek dan sebagainya dikatakan telah bocor daripada aliran biasa.

    Jika rangka logam ini di pegang tanpa lapik penebat kita akan mendapat kejutan elektrik.

  • ALAT-ALAT PELINDUNG LITAR3) Perlindungan voltan lebih (kilat)Perangkap kilat jenis injapPerangkap kilat jenis kebuk pembuanganPerangkap kilat jenis pembuangan tiub pelindungPerangkap kilat antenaPerangkap kilat paip air sejukPerangkap kilat bangunanVoltan Lebih bererti voltan yang diterima oleh sesuatu beban atau pemasangan yang lebih daripada kadaran biasa beban atau pemasangan itu.Kilat merupakan sebab utama berlakunya voltan lebih di sesebuah pemasangan atau talian.

  • Peranti Arus lebih / Beban lebih & Litar Pintas. (i).Fius.

    Fius ialah dawai aloi timah plumbum yang akan melebur apabila arus berlebihan ( lebih had keupayaan) mengalir melaluinya.

    Tiga jenis fius yang lazim digunakan: (a). Fius dawai semula.(b). Fius Kartrij(c). Fius Kapasiti Pemutus Tinggi (HBC).

  • Jenis-jenis Fius.(a).Fius Boleh Dawai semula.

    Fius ini mendapat namanya dari sifatnya yang boleh didawai semula apabila ia telah lebur (putus).

    Dawai fius dipasang pada pembawa dan kemudian dilekatkan pada tapak fius.

    Dibuat dalam dua bentuk iaitu separuh tertutup dan terdedah.

    Sesuai digunakan pada pendawaian domestik ( PFA).

  • Jenis-jenis fius ( sambungan )(b).Fius Kartrij.

    Fius ini mendapat namanya kerana amnya ianya berbentuk kartrij ( tiub seramik & tiub kaca ).

    Di bina dalam dua bentuk sama ada dalam bentuk keranda dan bentuk belah pisau.

    Fius ini paling banyak digunakan contohnya pada palam 3 pin, fius kereta dan sebagainya.

  • Jenis-jenis fius ( sambungan ) (c). Fius Keupayaan pemutus tinggi.

    Fius ini terdiri daripada seutas unsur yang dibaluti oleh tiub seramik dan diisi dengan silikon untuk membolehkannya menahan renjatan yang tinggi.

    Sesuai digunakan pada beban yang tinggi dan pada fius pengasing di kilang-kilang.

  • Jenis-jenis fius ( sambungan )Istilah berkaitan dengan Fius:

    i). Kadaran Arus Fius -Arus yang maksima yang boleh di bawa oleh fius.

    ii). Arus Leburan / Lakuran fius-Arus yang minima yang boleh meleburkan fius.

    iii). Faktor Fius / Faktor lakuran-Nisbah bagi arus leburan / lakuran terhadap kadar arus.

  • Peranti Arus lebih / Beban lebih & Litar Pintas ( sambungan ).(ii).Pemutus Litar.

    Pemutus litar ialah alat pelindungan arus lebih yang mempunyai kadar pemutusan yang tinggi. Ia dapat dikendalikan dengan secara automatik atau insani (manual).

    Terdapat berbagai jenis kendalian pemutus litar diantaranya ialah:(a). Jenis kendalian magnet.(b). Jenis kendalian haba ( termal).(c). Jenis kendalian elektronik(d). Jenis kendalian hidrolik.

  • Jenis-jenis Pemutus Litar(a). Pemutus Litar Kendalian Haba.Pemutus litar ini akan berkendali apabila pertambahan haba yang dihasilkan oleh arus lebih terjadi.Haba ini akan memanaskan sentuhan dwilogam yang seterusnya akan melengkung dan memutuskan suis pemutus litar. ( kendaliannya agak lambat )Contoh penggunaan Pelindung beban lebih untuk motor elektrik.

  • Jenis-jenis Pemutus Litar(b). Pemutus Litar Kendalian Magnet.

    Berkendali apabila berlaku arus lebihan yang akan mempengaruhi gegelung elektromagnetnya.

    Pemutus litar ini lebih cepat bekerja. Oleh itu ianya sesuai digunakan untuk pelindungan litar pintas.

  • Pelindungan Arus Bocor ke Bumi.i). Pemutus Litar Arus Bocor ke Bumi (PLBB) kendalian arus

    Pemutus litar arus baki akan bekerja sekiranya arus di pengalir fasa tidak sama dengan arus di pengalir neutral.Ketidakseimbangan ini terjadi apabila berlakunya arus bocor ke bumi.Apabila berlakunya kebocoran arus, gegelung cari akan menjanakan dge dan mengalirkan arus tersebut ke gegelung belantik.sentuhan utama akan ditarik oleh gegelung belantik dan litar bekalan akan diputuskan. Jika arus yang bocor itu kecil, ia akan diperbesarkan oleh penguat sebelum disambungkan ke gegelung belantik.Peranti ini mesti bekerja dalam jangka masa tidak lebih 0.02 saat.

  • Pemutus Litar Arus Baki

  • Pelindungan Voltan Lebih ( Kilat )Perangkap Kilat.Perangkap kilat akan berfungsi apabila voltan yang melebihi had memasuki litarnya dengan memecah tebat (mencantumkan) selar udaranya dan mengalirkannya ke bumi.Apabila voltan telah menurun, arus yang mengalir ke bumi dihadkan oleh perintang sesiri dengan selar udara, dan selar udara akan terbuka semula kerana besinya telah sejuk dan ditolak oleh medan magnet di selar udara itu.

  • Kendalian Perangkap Kilat:

    Pada keadaan biasa ( tiada kilat ), voltan talian akan masuk terus ke beban

    2.Voltan talian tidak memasuki litar perangkap kilat kerana selar udara perangkap kilat terbuka.

    Jika voltan di talian meningkat melebihi hadnya ( kilat ), selar udara akan pecah tebat dan bercantum.

    Arus kilat akan melalui perangkap itu terus ke bumi dan bukannya ke beban. Ini adalah kerana rintangan pada perangkap itu lebih rendah berbanding pada beban.

  • Apabila voltan menurun, arus yang mengalir ke bumi akan dihadkan oleh perintang siri.

    6.Selar udara akan terbuka semula kerana besinya telah sejuk dan ditolak oleh medan magnet di selar. Hal ini terjadi tanpa menganggu litar beban.

  • Perangkap Kilat

  • Perbandingan kegunaan Peranti Perlindungan

  • Perbandingan kegunaan Peranti Perlindungan ( sambungan )

  • 2. SISTEM PEMBUMIAN

  • PEMBUMIANPengenalan.

    Pembumian merupakan sambungan yang dibuat antara logam dan bumi bagi tujuan mendapatkan keupayaan sifar( tujuan keselamatan ).

  • i. Mendapatkan keupayaan sifarii. Mengalirkan arus bocor ke bumiiii. Mengelakkan kebakaraniv. Mengelakkan kejutanv. Mengelakkan luka, lumpuh atau maut

    Tujuan Pembumian

  • Istilah-istilah bumiIstilah-istilah berkaitan dengan bumi:

    i. Sambungan berkesan ke bumiii. Galangan bumiiii. Elektrod bumiiv.Sistem bumiv. Pengalir bumivi. Pengalir pengikat bumivii. Pengalir pelindung bumi

  • Istilah-istilah bumi (sambungan)Sambungan berkesan ke bumiSambungan kabel pengalir sistem bumi bergalangan rendah

    Sistem bumiSistem pembumian yang digunakan bagi sesuatu pemasangan

    Galangan bumiNilai galangan litar yang dilalui oleh arus rosak ke bumi

    Pengalir bumi ( Dawai Bumi )Dawai yang menyambungkan tamatan bumi utama dengan elektrod bumi

  • Istilah-istilah bumi ( sambungan )Elektrod bumiPengalir yang bersambung secara elektrik dengan bumi

    Pengalir pelindung (keselanjaran bumi)Pengalir perlindungan kejutan elektrik / disambungkan dari pangkalan bumi utama ke bahagian-bahagian yang perlu dibumikan

    Pengalir pengikatanMenyambungkan pangkalan bumi utama dengan bahagian logam bukan pemasangan elektrik

  • Cara PembumianPembumian dilakukan dengan menggunakan salah satu daripada cara berikut:

    1.Sambungkan ke elektrod bumi.

    2.Sambungkan ke Peranti Pelindungan daripada Arus Bocor ke Bumi.

    3.Sambungkan ke Paip air atau Gas perlukan elektrod tambahan kerana bahaya kebocoran arus masih wujud. ( tidak dianggap pembumian sepenuhnya ).

  • Cara Pembumian ( sambungan )4. Sambungkan ke Salutan Kabel Dalam Tanah.

    5.Sambungkan ke Aerial ( bumi ) yang disediakan oleh pembekal elektrik ( untuk talian rentang atas ).

  • Elektrod BumiElektrod bumi ialah rod, pelit atau jalur yang ditanam didalam bumi untuk mendapatkan ciri-ciri bumi ( keupayaan sifar).

    Jenis-jenis elektrod:a).Paip galvanib).Batang (rod) kuprumc).Jalur kuprumd).Struktur kelulie).Besif).Sarung logam / perisai kabel.

  • Elektrod Bumi ( sambungan )Jika nilai rintangan elektrod bumi (galangan) yang diperolehi tidak mencapai tahap yang dikehendaki, nilainya perlu dikurangan dengan cara-cara yang berikut:a).Tambah bilangan elektrodb).Tambah kedalaman elektrod ditanamc).Pasang elektrod di tempat yang lembabd).Menabur garam disekeliling elektrode).Menabur serbuk besi disekeliling elektrod

  • Peraturan IEE - Pembumian di Bilik Mandi1.* Soket keluaran tidak boleh dipasang kecuali unit pencukur.

    2.Suis mestilah dipasang ditempat yang tidak mudah dicapai, seperti gunakan suis tarik (siling) atau dipasang diluar bilik.

    3.Alat mudahalih mestilah ditukar dengan alat pegun.

    4.Pemanas yang terdedah mestilah berada di tempat yang tidak mudah di capai oleh pengguna kolah atau jauhkan dari pemancutair.

  • Peraturan IEE - Pembumian di Bilik Mandi5.Pemegang lampu mestilah dari jenis tertutup / diselubungi dengan bahan yang tidak boleh dimasuki air dan hendaklah dipasang dalam jarak 2.5 meter dari kolah air.

    6.Semua kerja logam yang terdapat di bilik mandi ( paip air, sink ) mestilah dibumikan.

    *Jika pemancut air dipasang di bilik lain ( bukan dalam bilik mandi ) sebarang soket boleh dipasang dengan syarat jaraknya tidak kurang daripada 2.5 meter dari pemancut air tersebut.

  • Bahan-bahan yang perlu di Bumikan dan yang tidak perlu dibumikan.1. Semua struktur logam dalam sistem pendawaian yang bukan membawa arus. (pelapik logam, pembuluh, sesalur ).

    Semua struktur logam terdedah termasuk yang bukan berkaitan dengan elektrik ( paip air, rangka rumah ) 1. Klib logam.2.Penutup logam lampu3.Rantai logam untuk pengantung lampu.4.Peralatan lampu antik yang diperbuat dari logam.5.Logam kecil seperti skru & plat nama.