Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1

18
KONSEP PENDIDIKAN ISLAM

Transcript of Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1

Page 1: Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1

KONSEP PENDIDIKAN ISLAM

Page 2: Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1

Pengenalan

• Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan.

• Islam adalah satu-satunya agama yang amat menitikberatkan kemajuan ilmu dan pendidikan.

• Dalam bahasa Melayu:

-didik yang bermaksud ‘jaga’,`pelihara’

atau ‘ajar’.

Page 3: Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1

• Definisi Pendidikan

• Pendidikan ialah proses menyerapkan ilmu pengetahuan dalam bentuk teori serta melakukan latihan bagi membentuk peribadi dan watak serta mencungkil bakat yang terpendam.

Dari sudut istilah: Pendidikan Islam adalah satu proses pembentukan keperibadian

manusia menjadi khalifah Allah yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh bersumberkan al-Quran dan Sunnah.

Dalam bahasa Arab: -`ta’dib’(addaba). -takrif ini menjelaskan hubungan rapat antara pendidikan dan adab.

Page 4: Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1

Hadis Nabi Muhammad s.a.w bermaksud: “Tuhan telah mendidikku dan menjadikan pendidikanku yang terbaik.”

Pendidikan dalam Islam merujuk kepada pendidikan nabi dan rasul (adab).

Tujuan adab adalah untuk mendidik manusia yang pelupa (an-nisyan) mengenal Allah dan menghindar manusia menjadi zalim dan jahil.

• Pendidikan Islam dalam bahasa Arab: -`tarbiyyah’ berasal dari perkataan Rabb (Tuhan) dan murabbi(pendidik). -`ta’lim’ bermaksud mengajar.

Page 5: Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1

• Kesimpulan: pendidikan Islam menekankan: a)pendidikan seumur hidup. b)pembangunan seluruh potensi manusia. c)menyampaikan 2 fungsi: -sebagai hamba Allah -sebagai khalifah Allah d)memakmurkan seluruh alam: -kesepaduan dan kesempurnaan iman -ilmu dan amal soleh

Page 6: Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1

Umumnya falsafah pendidikan Islam:Membentuk dan melahirkan insan kamil.Melahirkan masyarakat yang sempurna

beriman,berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada Allah, diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Menanamkan semangat sanggup berjihad serta kekuatan jiwa

Membina keupayaan berdikari.Melahirkan insan yang menjadikan Rasullullah

s.a.w sebagai role model. Memupuk manusia yang beriman, bertaqwa dan

beramal soleh serta rasa cinta kepada Allah

Page 7: Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1

Tujuan pendidikan Islam• Tujuan Khas• Iaitu perubahan melalui proses pendidikan seperti

kemahiran, gabungan pengetahuan• Ianya dapat dilaksanakan di institusi pendidikan.

• Tujuan Am - Untuk mendapatkan keredhaan Allah. - Untuk membentuk akhlak yang mulia. - Untuk mempersiapkan kehidupan di dunia dan akhirat.• Tujuan Akhir• Untuk mewujudkan kesempurnaan diri.• Selain itu, untuk mengembangkan personaliti dalam

aspek kerohanian, psikologi, intelektual dan jasmani• Untuk tujuan ini, ianya tidak hanya tertumpu di institusi

pendidikan tetapi juga melalui saluran lain seperti internet, tv, akhbar dsb.

Page 8: Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1

Kaedah pendidikan Islam

Berasaskan al-Quran.• Kaedah Penceritaan -ilmu disampaikan melalui cara bercerita. Cerita umat

zaman silam dalam al-Quran sebagai iktibar atau pengajaran.

• Kaedah perbandingan -kaedah ini digunakan dalam Al-Quran untuk menyampaikan risalah.

Page 9: Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1

• Kaedah pengasahan bakat dan ketajaman akal -Allah menjadikan akal sebagai asas penerimaan

segala bentuk pengajaran al-Quran -Al-Quran sentiasa mendidik akal fikiran

manusia untuk berfikir sendiri dan menyelidik .

)

Page 10: Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1

Kaedah secara beransur-ansur - Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam

tempoh 23 tahun. - ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah

meyentuh ajaran asas dalam Islam dan kisah teladan dari zaman silam.

- ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Madinah menyentuh soal hukum dan peraturan.

Proses dan Implementasi Pendidikan dalam Islam

• Meniru apa yang dilihat dan didengar.• Peranan kebiasaan.• Kekuatan fitrah kejadian manusia(akal dan

nafsu).• Melalui ganjaran dan balasan

Page 11: Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1

Pendidikan Zaman Nabi Muhammad S.A.W

Membina Budaya Keilmuan di Tanah Arab• Pendidikan rasmi sebelum Islam hampir tidak

wujud di Tanah Arab . Ramai yang masih buta huruf. Hanya 17 org yg boleh membaca & menulis.

• Kelahiran Islam mengubah nilai sosial dlm pendidikan. Kepentingan pendidikan dpt dilihat berdasarkan ayat 1 surah al-Alaq.

• Penekanan Rasulullah terhadap pendidikan dapat dilihat misalnya - meminta tawanan perang Badar mengajar 10 kanak-kanak Islam di Madinah sehingga pandai membaca & menulis sebelum dibebaskan.

• Masjid merupakan institusi pendidikan pertama di zaman nabi Muhammad s.a.w

Page 12: Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1

Pendidikan tidak formal di zaman Nabi Muhammad S.A.W.

• Peringkat awal penyebaran Islam, nabi berdakwah secara senyap

• Rumah Arqam b Abi Arqam dipilih sebagai tempat orang Islam bertemu, menimba ilmu dan mempelajari ajaran Islam diturunkan melalui wahyu.

• Faktor menjadikan rumah Arqam (Darul Arqam) ialah: Faktor HikmahArqam masih muda

Musyrikin Quraisy tidak akan menyangka golongan muda berminat dengan gerakan dakwah.

Arqam adalah dari Bani Makhzum iaitu musuh kuat Bani Hasyim

Musyrikin Quraisy tidak akan mengesyaki sesuatu jika nabi Muhammad s.a.w bergiat dikawasan musuhnya

Page 13: Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1

Pendidikan Islam di Alam Melayu

1. Pendidikan tidak formal

• Masyarakat Islam dahulu mendidik anak di rumah dengan

memberi ilmu yang berkaitan dgn pekerjaan harian.

• Anak perempuan diasuh dgn ilmu kraftangan, kesenian dsb.

• Selepas kedatangan Islam, ilmu secara tidak formal meliputi

mempelajari al-Quran, cara solat dan hal-hal yang berkaitan

agama di rumah guru/ustaz.

2. Pendidikan formal• Sekolah pondok• Madrasah• Istana• Masjid• Rumah ulama’

Page 14: Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1

• Sekolah Pondok• Institusi pendidikan formal terawal di Alam Melayu• Institusi ini dibina khusus untuk pengajian ilmu• Pelajar tinggal di kawasan sekitar sekolah pondok• Institusi ini terdapat beberapa bangunan seperti

balai, rumah tuan guru, surau, asrama pelajar• Sekolah pondok terawal di Alam Melayu ialah dayah

di Perak. • Di Tanah Melayu, sekolah pondok mula berkembang

sejak abad 18 di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Antara yang terkenal – pondok Kubang Pasu dan Tok Kenali di Kelantan, Pondok Tok Ku Pulau Manis dan pondok Hj. Wan Abdul Latif di Terengganu, Pondok Pak Ya di Kedah.

Page 15: Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1

TEMPAT PANGILAN

Tanah Melayu & Selatan Thai

Pondok

Aceh & Pasai Dayah

Minangkabau Surau

Jawa Pesantren

Sulawesi Pengajian

Page 16: Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1

• Madrasah• Madrasah pertama didirikan di Tanah Melayu –

Madrasah al-Masriyyah di Bukit Mertajam

• Istana Raja• Orang yang mahir dalam pendidikan berpeluang

menjadi jurutulis, pengarang, guru dan ulamak di istana. Mereka menjadi guru kepada golongan istana.

Page 17: Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1

• Masjid• Masjid juga merupakan pusat pendidikan.• Catatan Ibn Batutah menyatakan masjid di Pasai

adalah masjid pertama di Alam Melayu menjadi pusat pengajian. Sultan Pasai sendiri sering hadir majlis ilmu yang diadakan di masjid

• Rumah ulamak• Rumah ulamak sering menjadi tumpuan penduduk

untuk menimba ilmu daripada ulama termasuk sultan.• Dalam kitab Sejarah Melayu menceritakan Sultan

Mahmud Syah yang pernah berguru di rumah ulamak Maulana Yusuf.

Page 18: Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1