Bab 5 Rumpun Bahasa Austronesia
-
Upload
nur-zieyma -
Category
Documents
-
view
621 -
download
2
Transcript of Bab 5 Rumpun Bahasa Austronesia
-
7/26/2019 Bab 5 Rumpun Bahasa Austronesia
1/17
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
1
BAB 5: RUMPUN BAHASA AUSTRONESIA
Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:
a) Membezakan di antara keluarga dan rumpun
b) Membincangkan ciri-ciri bahasa Austronesia
c) Membanding persamaan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa nusantara lain
d)
Membanding persamaan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Austronesia lain
5.1 Pengenalan5.2 Filum Austrik
5.3 Rumpun Austroasia
5.4 Rumpun Austronesia
5.5 Keluarga Nusantara
5.6 Bahasa Melayu dan Bahasa Nusantara
Lain
5.7 Bahasa Melayu dan Bahasa Polinesia
5.8 Bahasa Melayu dan Bahasa Melanesia
5.9 Bahasa Melayu dan Bahasa Mikronesia
5.10 Rumusan
Perkataan Penting
Ringkasan
Rujukan
-
7/26/2019 Bab 5 Rumpun Bahasa Austronesia
2/17
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
2
Kebanyakan bahasa-bahasa dunia mempunyai pertalian kekeluargaan sama ada pertalian jauhatau pertalian dekat. Sesuatu bahasa yang memiliki lebih banyak ciri-ciri yang sama antara
mereka akan menganggotai satu kelompok. Walau pun terdapat berbagai-bagai cara
mengkategorikan bahasa-bahasa dunia, secara umum bahasa dikelompokan berdasarkan
usianya seperti berikut:
Filumbermaksud kelompok bahasa induk yang paling tua usianya, iaitu 5000 tahun
ke atas.
Rumpunpula bermaksud kelompok bahasa yang berusia 2500-5000 tahun.
Keluargabermaksud kelompok bahasa berusia kurang dari 2500 tahun.
Bahasa-bahasa yang dikelompok dalam sesuatu keluarga kemudiannya dipecahkankepada Subkeluarga
Lihat Rajah 5.1.Filum Austris terbahagi kepada TIGA Rumpun: iaitu rumpun Austronesia,
rumpun Tibet-China dan rumpun Austroasia. Perkataan Austrikberasal daripada perkataan
Latin, austroyang bermakna selatan. Filum Austrik merangkumi beribu jenis bahasa yangditutur di seluruh benua Asia dan terbahagi kepada TIGA rumpun.
Rumpun Austroasia terdiri daripada bahasa Khasi di Annam, Nicobar, Mon, Khmer,
dan Munda.
Rumpun Cina-Tibet terdiri daripada bahasa Cina, Tibet, Burma, Siam, Annam, dan
lain-lain.
Rumpun Austronesia (dahulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia) terdiri daripada
EMPAT keluarga bahasa: Nusantara, Polinesia, Melanesia, dan Mikronesia
Pembahagian rumpun kepada beberapa keluarga juga dipengaruhi oleh ciri-ciri persamaan
dan perbezaan. Sejumlah bahasa yang mempunyai ciri-ciri persamaan yang banyak, dannampak jelas membezakan kesemuanya dari sejumlah bahasa yang lain digolongkan menjadi
satu dan dinamakan keluarga bahasa. Begitu juga halnya pembahagian keluarga kepada
beberapa sub-keluarga.
5.1 PENGENALAN
5.2 FILUM AUSTRIK
-
7/26/2019 Bab 5 Rumpun Bahasa Austronesia
3/17
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
3
Rumpun bahasa Austro-Asiatik yang bermaksud Asia Selatan adalah sebuah rumpunbahasa-bahasa yang dipertuturkan di Asia Tenggara dan Asia Selatann (Lihat Rajah 5.1). Di
antara bahasa-bahasa yang termasuk rumpun bahasa ini, hanya bahasa Vietnam, bahasa
Khmer, dan bahasa Mon yang mempunyai catatan sejarah yang panjang, dan bahasa Vietnam
dan bahasa Khmer yang dianggap sebagai bahasa rasmi (masing-masing di Vietnam dan
Kemboja), sementara bahasa Santali dan bahasa Khasi masing-masing dijadikan bahasa rasmi
di utara India. Bahasa lain dari rumpun ini dituturkan oleh sekelompok kecil masyarakat.
Rajah 5.1 Taburan Rumpun Bahasa Austroasia
Rumpun bahasa Austroasia tersebar secara terpisah-pisah di India, Bangladesh, dan Asia
Tenggara. Ia dipisahkan oleh daerah di mana bahasa-bahasa lain dituturkan. Secara luas
dipercayai bahwa rumpun bahasa Austroasia merupakan bahasa asli daerah di Asia Tenggara
dan bahagian timur benua India. Rumpun bahasa lain di kawasan tersebut termasuklah Indo-
Eropah, Tai-Kadai, Dravida, dan Sino-Tibet. Ia lantaran hasil dari proses migrasi manusia.(Sebagai contoh, terdapat kata-kata bahasa Austroasia pada rumpun bahasa Tibeto-Burma di
Nepal timur). Beberapa ahli bahasa telah cuba membuktikan baahwa rumpun Austroasia
mempunyai pertalian dengan rumpun bahasa Austronesia.
Rumpun bahasa ini dipecahkan kepada dua cabang iaitu cabang Mon-Khmer dan Munda di
India. Cabang Mon-Khmer ada dua bahasa yang penting iaitu bahasa Khmer yang
dipertuturkan oleh kurang lebih 10 juta penduduk di Kemboja dan bahasa Vietnam yang
dipertuturkan oleh kurang lebih 80 juta penduduk di Vietnam. Selain itu bahasa Mon juga
dituturkan oleh sekelompk kecil etnik Mon di Myanmar di sempadan Thailand dan bahasa
5.3 RUMPUN AUSTROASIA
-
7/26/2019 Bab 5 Rumpun Bahasa Austronesia
4/17
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
4
Khmer dipertuturkan di utara Laos (bersempadan dengan Myanmar). Bahasa yang dituturkan
oleh orang Negrito d Semenanung Malaysia juga merupakan cabang bahasa Mon-Khmer.
Di India bahasa Mundari dan bahasa Santali adalah bahasa Austroasia yang telah dipengaruhi
oleh bahasa Indo-Eropah. Penutur asli bahasa Mundari adalah dari kelompok yang telah
tersebar luas di India utara.
Di kepulauan Nicobar pula dipertuturkan bahasa-bahasa Austro-Asiatik. Penduduk asli
kepulauan Nicobar dan Andaman adalah suku bangsa Negrito yang masih mempunyai
pertalian dengan orang asli di Malaysia dan penduduk Papua.
Sebagai kesimpulannya rumpun bahasa Austroasia boleh dikategorikan seperti berikut:
Bahasa Munda
Bahasa Mundari
Bahasa Santali
Bahasa Mon-Khmer bahasa Mon
bahasa Vietnam
bahasa Khmu
bahasa Asli
Tulisan bahasa Mon (Burma)
Dalam bab ini, kita akan bertumpu kepada rumpun Austronesia yangpertama kali digunakan
oleh sarjana lingustik bandingan, Wilhelm Schmidt pada abad ke-19. Beliau banyak meneliti
bahasa-bahasa dalam rumpun dan bahasa yang terdapat di tanah darat Asia. Istilah
Austronesia terhasil daripada kata bahasa Latin, iaitu austroyang bermaksud selatan dan
5.4 RUMPUN AUSTRONESIA
http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Rumpun_bahasa_Munda&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Santali&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Rumpun_bahasa_Mon-Khmerhttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Mon&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Vietnamhttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Khmu&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Rumpun_bahasa_Aslihttp://id.wikipedia.org/wiki/Rumpun_bahasa_Aslihttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Khmu&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Vietnamhttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Mon&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Rumpun_bahasa_Mon-Khmerhttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Santali&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Rumpun_bahasa_Munda&action=edit&redlink=1 -
7/26/2019 Bab 5 Rumpun Bahasa Austronesia
5/17
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
5
kata bahasa Yunani nesos yang bermaksud pulau. Oleh itu rumpun Austronesia
membawa maksud bahasa-bahasa di pulau-pulau selatan. Sebelum wujudnya istilah
Austronesia, istilah yang digunakan ialah Melayu-Polinesia.
Kesamaan bahasa yang sama atau hampir sama di kawasan sekitar telah menyebabkan
Wilhelm membuat kesimpulan bahawa bahasa-bahasa itu berasal daripada sumber yangsama, tetapi perkaitan kekeluargaan itu berlaku di dalam satu tempoh masa yang lama, yakni
5000 tahun ke atas.
FILUM
RUMPUN
SUBKELUARGA
NUSANTARA
KELUARGA Melanesia
Mikronesia
Polinesia
Rajah 5.2: Salasilah Bahasa Melayu
AUSTRIK
TIBET-CINA AUSTROASIAAUSTRONESIA
Sumatera
Filipina
Bali-Sasak
Jawa
Kalimantan
Melayu
Batak
Minangkabau
Aceh
Lampong
Nias
-
7/26/2019 Bab 5 Rumpun Bahasa Austronesia
6/17
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
6
Terdapat sesetengah pakar bahasa yang membahagikan rumpun Austronesia kepada rumpun
Austronesia Barat dan rumpun Austonesia Timur. Sesetengah pengkaji
menamakan rumpun Austronesia Barat sebagai bahasa Hesperanesia manakala
rumpun Austronesia Timur sebagai bahasa-bahasa Oceanasia.
Bahasa-bahasa Austronesia tersebar ke bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantaibarat (Lautan Hindi) dan selatan Asia (kawasan Nusantara). Juga termasuk Madagaskar,
Indonesia, Filipina, Formosa, dan kelompok pulau Melanesia, Mikronesia dan Polinesia di
Pasifik. Seperti dinyatakan tadi, rumpun Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum
bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (Nik Safiah
Karim, 1999).
Lihat 5.3. Rumpun Bahasa Austronesia terdiri daripada beberapa bahasa yang tersebar yang
meliputi gugusan kepulauan Asia Tenggara dan Lautan Pasifik. Beberapa bahasa ini juga
dituturkan di Tanah Besar Asia. Rumpun bahasa Austronesia tersebar luas dari Taiwan dan
Hawaii hingga ke New Zealand di wilayah (Aotearoa) dan dari Madagascar sehinggalah ke
Pulau Easter (Rapanui).
Rajah 5.2 Peta Gugusan negara Rumpun Austronesia
Walau bagaimanapun, bahasa Austronesia utama mempunyai penutur yang ramai.
Sesetengah bahasa Austronesia merupakan bahasa rasmi di beberapa buah negara. Otto
Dempwolff, seorang sarjana Jerman, merupakan ahli bahasa pertama yang menyelidikbahasa-bahasa Austronesian dengan mendalam menggunakan kaedah bandingan
(comparative method). Para pakar bahasa pula tidak sepakat tentang keluarga bahasa
manakah yang mempunyai bahasa yang terbanyak. Walau bagaimanapun, rumpun bahasa
Austronesia mempunyai 1,268 bahasa (berdasarkan Ethnologue), yakni lebih kurang satu
perlima daripada jumlah keseluruhan bahasa yang diketahui di dunia. Rumpun Austronesia
terbahagi kepada EMPAT keluarga bahasa; iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia dan
Polinesia (Lihat Rajah 5.2).
-
7/26/2019 Bab 5 Rumpun Bahasa Austronesia
7/17
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
7
Dalam keluarga bahasa Nusantaraterdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Namun begitu,bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada subkeluarga tertentu seperti subkeluarga:
Filipina
Sumatera
Jawa
Kalimantan
Bali-Sasak
Muna Butung
Gorontalo
Tomini Loinang
Bunku-Laki
Sulawesi selatan
Bima- Sumba
Ambon-Timul
Sula-Bacon, dan
Halmahera selatan-Irian Jaya.
Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa Sumatera. Beberapa teori telah
mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang
diberi nama Austronesia. Pemerincian subkeluarga kepada unit yang lebih kecil boleh berlaku
dan dipanggil sebagai subkelompok. Keterangan lanjut berdasarkan subkelompok ini boleh
dilihat berdasarkan nama bahasa dan tempat tertentu. Sebagai contohnya, bahasa Melayu
dan bahasa Miningkabautermasuk di dalam kumpulan yang sama.
Perkataan Nusantaraberasal daripada dua perkataan bahasa Jawa kuno, iaitu nusayang
bermaksud pulau dan antara yang bermaksud lain. Istilah Nusantara merujuk
kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang
merangkumi Kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian paling Selatan
Thailand, Filipina, Brunei, Timor Timur, dan mungkin juga Taiwan. Istilah ini digunakanuntuk menunjukkan persamaan antara bahasa-bahasa di pulauan Polinesia, yakni bahasa-
bahasa yang meliputi bahasa Fiji, Maori, Hawaii dan bahasa Melayu. Istilah Polinesia yang
dicipta oleh William Marsden juga menunjukkan hal yang sama.
Istilah padanan untuk Nusantara dalam bahasa Melayu ialah Alam Melayu dan dalam
bahasa Indonesia ia lah Nusantara, walaupaun is ti lah in i kin i juga digunakan
secara meluas di Malaysia. Bagi memastikan kebenaran fakta-fakta ini, kita perlu
merujuk kepada pen yelidikan yang kebanyakannya dilakukan oleh para pengkaji yang
datang dari Barat. Antara pengkaji dan hasil-hasil penyelidikan para pengkaji tersebut
adalah seperti
5.5 KELUARGA NUSANTARA
-
7/26/2019 Bab 5 Rumpun Bahasa Austronesia
8/17
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
8
William Marsden (1754-1836M) iaitu seorang yang banyak mengkaji bahasa di Asia
Tenggara khususnya bahasa-bahasa di Sumateras seperti bahasa Melayu, Batak
d a n l a i n - l a i n . K a j i a n i n i d i b u a t s e m a s a b e l i a u t i n g g a l d i Bengkulu dan
selepas beliau pulang ke negara asalnya. Antara hasil karya tulisannya ialah A His tory of
Sumatera (1783) dan A Dict ionary of the Malayan Language (1812).
Beliau telah membuat rumusan dengan mengatakan bahawa bahasa Melayudan bah as a Po lin esi a ad ala h serumpun.
Lihat Rajah 5.1.Keluarga Nusantaraterdiri daripada subkeluarga Bali-Sasak (seperti Bali,
Sasak, Sumbawa), Filipina (seperti bahasa Tagalog, Bikol, Sulu), Jawa (seperti Sunda, Jawa,
Madura), Kalimantan (seperti Iban, Melanau) dan Sumatera. Bahasa Melayu termasuk dalam
Subkeluarga Sumaterabersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau,
Nias, Lampung dan Orang Laut.
Bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali
sebagai bahasa Melayu kuno dan jauh berbeza dengan bahasa Melayu yang moden. Bentuk
bahasa Melayu kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batubersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula
pada akhir abad ke-7. Seperti yang telah kita pelajari dalam Bab 1, terdapat beberapa bukti
yang menunjukkan perkembangan bahasa Melayu Kuno.
Dengan memahami tentang penyebaran bahasa, kita dapat mengkaji tentang rumpun
Austronesia. Rumpun Austronesia bermula dengan bahasa-bahasa yang kawasan
penyebarannya dari Formosa ke New Zealand, dan dari Madagaskar ke Perpulauan Easter,
dan justeru itu digolongkan di dalam satu rumpun. Jumlah bahasa yang terdapat di dalam
rumpun ini tidak pula dapat dipastikan. Di Indonesia, terdapat lebih kurang 400 bahasa, di
Filipina terdapat 250 bahasa dan di Malaysia pula terdapat lebih kurang 50 bahasa.
Keseluruhan bahasa yang terdapat di dalam rumpun ini mungkin mencecah ribuan.
Perlu di fahami bahawa rumpun Austronesia adalah berdasarkan ciri-ciri persamaanantara
satu sama lain. Terdapat juga perbezaan yang ketara antara rumpun tersebut. Perbezaan inilahyang menjadi asas kepada pembahagian keluarga tersebut. Perbezaan tersebut dapat kita lihat
dari aspek sistem bunyi, pembentukan kata dan ayat, dan perbendaharaan kata. Mari
kita lihat tentang komponen rumpun tersebut.
A) BAHASA ACEH
Bahasa Aceh merupakan sebuah bahasa yang dituturkan oleh suku Aceh yang terdapat di
wilayah pesisir Indonesia, sebahagian pedalaman dan sebahagian pula di kepulauan Aceh.
Bahasa-bahasa yang memiliki keakraban yang rapat dengan bahasa Aceh adalah bahasa
5.6 BAHASA MELAYU DAN BAHASA NUSATARA LAIN
http://id.wikipedia.org/wiki/Suku_Acehhttp://id.wikipedia.org/wiki/Suku_Acehhttp://id.wikipedia.org/wiki/Suku_Aceh -
7/26/2019 Bab 5 Rumpun Bahasa Austronesia
9/17
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
9
Cham,Roglai,JaraidanRade.Bahasa-bahasa lain yang turut mempunyai pertalian dengan
bahasa Aceh adalahbahasa Melayudanbahasa Minangkabau.
Contoh
Tapajh mi Ach jak!Makan mi Aceh ya!
Jak! Pat tapajh?
Ya! Di mana kita makan?
Pat nyan? Na mangat?
Di mana tu? Enak kah?
Padum sikilo Bang?
Berapa sekilo Bang?
Siplh rib Dk.
Sepuluh ribu Dik.
Meuhay that lago!
Mahal sekali tu!
Nyan cit ka dumnan Dk.
Memang sudah begitu Dik.
B) BAHASA SUNDA
Sekiranya kita melihat bahasa Sunda, ia telah digunakan oleh lebih kurang 34 juta orang dan
merupakan bahasa kedua paling banyak digunakan di Indonesia selepas Bahasa Jawa.
Bahasa ini ditutur oleh mereka di bahagian selatan Provinsi Banten, Jakarta dan di
kebanyakan tempat di Jawa Barat. Terdapat beberapa dialek dalam bahasa Sunda, bermula
dengan dialek Sunda-Banten sehinggalah dialek Sunda-Jawa Tengahan yang mulai
bercampur dengan bahasa Jawa. Terdapat beberapa dialek yang sering dipertuturkan iaitu:
Dialek Barat Dialek Utara
Dialek Selatan
Dialek Tengah Timur
Dialek Timur Laut
Dialek Tenggara
http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Chamhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Chamhttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Roglai&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Roglai&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Roglai&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Jarai&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Jarai&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Jarai&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Rade&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Rade&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Rade&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Minangkabauhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Minangkabauhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Minangkabauhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Minangkabauhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Rade&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Jarai&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Roglai&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Cham -
7/26/2019 Bab 5 Rumpun Bahasa Austronesia
10/17
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
10
Contoh
Bilangan Sebutan
1 hiji
2 dua
3 tilu4 opat
5 lima
6 genep
7 tujuh
8 dalapan
9 salapan
10 sa-puluh
C) BAHASA TAGALOG
Tagalogialah salah satu bahasa terpenting di Republik Filipina. Bahasa ini tergolong dalam
kumpulan bahasa Austronesia dan mempunyai hubungan dengan bahasa Indonesia dan
bahasa Melayu. Tagalog berasal dari sebuah bahasa Filipina Tengah. Ia mempunyai
hubungan rapat dengan bahasa yang dipertutur di kawasan Bicol dan Visayas (cuba
kenalpasti kedudukan kawasan ini). Bahasa-bahasa yang telah membuat sumbangan penting
dalam pembangunan perbendaharaan kata bahasa Tagalog termasuklah bahasa Sepanyol,
Inggeris, Hokkien, Melayu, Arab dan bahasa-bahasa tempatan yang lain.
Contoh
Tagalog Melayumasakit sakit
basa basah, baca
malambot lembut
malagkit melekit
kanan kanan
tulong tolong
lima lima
mura murah
mahal mahal
kalapati merpatisayang sayang
tanghal tengah hari
dalamhat dalam + hati
luwalhat luar + hati
sarp sedap
pinto pintu
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Indonesiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Indonesia -
7/26/2019 Bab 5 Rumpun Bahasa Austronesia
11/17
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
11
D) BAHASA DAYAK
Bahasa Dayak, adalah bahasa yang diucapkan oleh suku-suku Dayak, dan terdiri dari 7
kelompok bahasa. Pemakai bahasa Dayak, tersebar di seluruh Kalimantan, Malaysia hingga
ke kepulauan Sulu Filipina. Bahasa Dayak dapat dikelompokkan seperti berikut: Kelompok
Bahasa Dayak Darat
Kelompok Bahasa Borneo Utara
Kelompok Bahasa Sulawesi
Kelompok Bahasa Melayik Borneo Barat
Kelompok Bahasa Barito Barat
Kelompok Bahasa Barito Timur
Kelompok Bahasa Melayik Borneo Timur
E) BAHASA BIDAYUH
Bahasa Bidayuhmerupakan salah satu cabang bahasa Austronesia di Borneo Barat. Bahasa
ini tersebar daru hujung barat Sarawak di sebelah utaranya hinggalah ke daerah utara di
Kalimantan Barat, iaitu sekitar Sungai Pawan. Di bahagian timur, kawasan bersempadan
dengan Sungai Sekadau juga termasuk di dalam varian ini. Bahasa Bidayu mempunyai
bilangan penutur yang ramai dan sebahagian besar daripadanya tersebar di wilayah
Kalimantan barat, Indonesia. Dari segi terminologinya, penutur bahasa Bidayuhik biasanya
digelar sebagaiLand Dayak (Dayak Darat). Istilah ini telah muncul pada abad ke-19 dalam
tulisan mubaligh dan penulis Barat. Istilah inilah yang membezakan suku ini daripada suku
Sea Dayak (Dayak Laut), yakni suku Iban yang dikatakan sering menyerang kapal di di
perairan Sarawak. Walaupun pada masa kini, Sea Dayak tidak digunakan lagi untuk merujuk
kepada suku Iban, namun istilah Land Dayaktetap digunakan sebagai etnonim untuk penutursubcabang bahasa Austronesia ini yang dikenal sebagai cabang Bidayuh.
Keluarga Polinesia meliputi bahasa-bahasa yang digunakan di Hawaii, Fiji, New Zealand,
Haiti dan Tonga. Antara bahasa-bahasa keluarga Polinesia yang digunakan dengan meluas
ialah bahasa Hawaii, bahasa Tonga, bahasa Maori, bahasaHaiti dan bahasa Samoa.
A) BAHASA HAWAII
Bahasa Hawaii mengambil namanya daripada Hawaii yak
ni pulau yang terbesar di kepulauan Pasifik Utara. Bahasa
Hawaii merupakan ahli daripada rumpun bahasa
Austronesia dan ia juga berkaitan rapat dengan bahasa
Polinesia yang lain (misalnya Marquesan, Tahiti, Maori,
Rapa Nui dan pertalian yang lebih jauh seperti Bahasa
5.7 BAHASA MELAYU DENGAN BAHASA POLINESIA
Penduduk Asal Hawaii
-
7/26/2019 Bab 5 Rumpun Bahasa Austronesia
12/17
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
12
Melayu, Indonesia, Malagasi, dan Bahasa asli Filipina (misalnya, Pangasinan, Tagalog,
Ilokano, Visayan).
Contoh
Bahasa Hawaii dan Bahasa Melayu
Bahasa Hawaii, bersama dengan bahasa Inggeris, adalah bahasa rasmi bagi negeri Hawaii,
Amerika Syarikat. Raja Kamehameha III menubuhkan Bahasa Hawaii pertama perlembagaan
pada tahun 1839 dan 1840. Kerana berbagai alasan, jumlah penutur asli Hawaii berkurang
secara berperingkat sejak tahun 1830. Pada tahun 2000, jumlah penutur asli di Hawaii di
bawah 0,1% daripada jumlah penduduk dan ahli Bahasa bimbang tentang masa depan bahasa
Hawaii.
B) BAHASA TONGA
Tonga terletak di sebelah selatan Samoa dan timur Fiji. Negara ini terdiri dari 176 pulau. BahasaTonga adalah bahasa masyarakat Tonga yang termasuk dalam rumpun Austronesia. Bahasa inidituturkan oleh lebih kurang 100 ribu penutur.
Hawaii Melayu
kahi satu
lua dua
kolu tiga
h empat
lima limaono enam
hiku tujuh
walu lapan
iwa sembilan
hulu sepuluh
niho gigi
make mati
maka mata
lepo kotor
lau daun
-
7/26/2019 Bab 5 Rumpun Bahasa Austronesia
13/17
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
13
Contoh
Bahasa Tonga Melayu
afi apiaka akar
au aku
efu debu
fakakaukau berfikir
fale rumah
fua buah
fulufulu bulu
h apa
hai siapa
Melanesia merupakan sebuah
subkawasan di Oceania yang meliputi
dari barat akhir Lautan Pasifik hingga ke
Laut Arafura, berada di timur Fiji. Ka
wasan ini meliputi kebanyakan pulau di
utara dan timur laut Australia. Nama
Melanesia telah pertama kali digunakan
oleh Jules Dumont d'Urville pada 1832
bagi merujuk kepada etnik dan kumpulan
geografi pulau yang terletak jauh dari
Polinesia dan Mikronesia.
Bahasa-bahasa keluarga Melanesia
ditutur oleh penduduk yang tinggal
dibahagian pedalaman pulau-pulau besar
yang terdiri daripada New Guinea,
Kepulauan Solomon, Vanuatu, New
Caledonia, Fiji, Wilayah Maluku dan
Irian Barat.
5.8 BAHASA-BAHASA KELUARGA MELANESIA
-
7/26/2019 Bab 5 Rumpun Bahasa Austronesia
14/17
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
14
Lihat peta di sebelah yang menunjukkan
kawasan Mikronesia yang terletak di
sebelah timur Filipina dan ke utara
kawasan Melanesia.
Pelbagai jenis bahasa ditutur oleh
penduduka di pulau Caroline, pulauMarshall, pulau Mariana, Palau, Guam,
pulau Wake, pulau Gilbert dan Kiribati..
Sebagai rumusan lihat jadual dibawah yang menunjukkan perbandingan beberapa bahasa
daripada rumpun Austronesia.
5.9 BAHASA-BAHASA MIKRONESIA
5.10 RUMUSAN
-
7/26/2019 Bab 5 Rumpun Bahasa Austronesia
15/17
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
15
a) Kenalpasti 4 rumpun Austronesia.
b) Jelaskan sejarah bahasa Aceh.
c) Kenalpasti 5 perkataan daripada bahasa Tagalog yang mempunyai
persamaan dengan bahasa Melayu.
d) Kenalpasti beberapa perkataan daripada bahasa Tonga yang mempunyai
persamaan dengan bahasa Melayu.
-
7/26/2019 Bab 5 Rumpun Bahasa Austronesia
16/17
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
16
Di dalam bahasa terdapat pertalian kekeluargaan sama ada pertalian jauh dan pertalian
yang dekat.
Filum bermaksud kelompok bahasa induk yang paling tua usianya, iaitu 5000 tahunke atas.
Rumpun pula bermaksud kelompok bahasa yang berusia 2500-5000 tahun.
Keluarga bermaksud kelompok bahasa berusia kurang dari 2500 tahun.
Rumpun bahasa Austroasia tersebar secara terpisah-pisah di India, Bangladesh, dan
Asia Tenggara.
Keluarga Nusantara terdiri daripada subkeluarga Bali-Sasak (seperti Bali, Sasak,Sumbawa), Filipina (seperti bahasa Tagalog, Bikol, Sulu), Jawa (seperti Sunda, Jawa,
Madura), Kalimantan (seperti Iban, Melanau) dan Sumatera.
Terdapat sesetengah pakar bahasa yang membahagikan rumpun Austronesia kepadarumpun Austronesia Barat dan rumpun Austonesia Timur.
Istilah Austronesia terhasil daripada kata bahasa Latin, iaitu austroyang bermaksudselatan dan kata bahasa Yunani nesosyang bermaksud pulau.
PERKATAAN PENTING
Filum
Rumpun
Keluarga
Subkeluarga
Austronesia
Autrik
Austroasia
Nusantara
Sumateria
Polinesia
Melanesia
Mikronesia
-
7/26/2019 Bab 5 Rumpun Bahasa Austronesia
17/17
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
17
Perkataan Nusantaraberasal daripada dua perkataan bahasa Jawa kuno, iaitu nusa
yang bermaksud pulaudan antarayang bermaksud lain.
Tagalog ialah salah satu bahasa terpenting di Republik Filipina.
Bahasa Bidayu merupakan salah satu cabang bahasa Austronesia di Borneo Barat.