Bab 3 Pendekatan Sejarah Dan Kritikan Seni Visual

download Bab 3 Pendekatan Sejarah Dan Kritikan Seni Visual

of 26

  • date post

    26-Jul-2015
  • Category

    Documents

  • view

    1.848
  • download

    5

Embed Size (px)

Transcript of Bab 3 Pendekatan Sejarah Dan Kritikan Seni Visual

BAB 3 : APRESIASI SENI VISUAL - PENDEKATAN SEJARAH DAN KRITIKAN SENI VISUAL Ringkasan Bab : (a) Konsep Dan Kaedah Sejarah Seni Visual i. Maksud Sejarah Seni Visual ii. Tujuan Sejarah Seni Visual iii. Kaedah Sejarah Seni Visual (b) Konsep Dan Kaedah Kritikan Seni Visual i. Pengertian Kritikan seni Visual ii. Tujuan Kritikan Seni Visual iii. Kaedah Kritikan Seni Visual

HURAIAN BAB : (A) Konsep Dan Kaedah Sejarah Seni Visual Pengenalan: Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni memenuhi keperluankeperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambilkira aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.

Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan persekitaran, serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun manusia menerusi penelitian terhadap kerja-kerja seni.

1

i. Maksud Sejarah Seni VisualRingkasan : MENGKAJI PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA MENERUSI PENELITIAN TERHADAP KERJAKERJA SENI MELIBATKAN APA JUA BERKAITAN KERJA SENI: PENGKARYA, PEREKA, PELUKIS, BENTUK, STAIL, PROSES, TEKNIK, BAHAN, MAKNA, PEMILIK, PENAUNG, PERSEPSI, TANGGAPAN, PERANAN, DLL. MENEROKAI FAKTOR-FAKTOR PENCETUS KARYA, AKIBAT, KESAN, PERANAN, FUNGSI, NILAI, MAKNA, DAN PERSEPSI MASYARAKAT BERKAIT DENGAN BIDANG, ILMU DAN PROFESION LAIN: BUDAYA, SASTERA, SAINS, POLITIK, DLL. PERJELAS PERANAN SENI DALAM KEHIDUPAN

Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual juga muncul sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop, peranan, dan cabang-cabang yang luas. Sejarah Seni Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau pengkajian tentang bentuk-bentuk seni, malahan melibatkan apa-apa jua yang berkaitan dengan kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang pengkarya: pelukis dan pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan, makna, pemilik, penaung, persepsi, tanggapan, peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang terhasil akibat daripada kewujudan karya seni itu. Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai pengalaman yang merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu. Dalam konteks ini, Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus terhasilnya karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai, makna, serta persepsi masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana penghasilan karya seni itu turut berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas, justeru itu bidang Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan bidang-bidang ilmu dan profesion lain. Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia (Zakaria Ali, 1989; Muliyadi Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).

ii. Tujuan Sejarah Seni VisualRINGKASAN: MEMAHAMI MASA LALU MENERUSI KERJA-KERJA SENI

2

KARYA SENI SEBAGAI DOKUMEN SEJARAH APRESIASI/PENGHAYATAN SEBAGAI DASAR/ASAS SEJARAH SENI

Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa masa lalu sebagai asas untuk memahami situasi masa kini. Jika sejarawan memahami masa lalu dengan mengkaji fakta-fakta peristiwa, sejarawan seni visual pula berusaha untuk memahami masa lalu menerusi karya-karya seni. Dalam konteks ini, karya seni visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang merakamkan akan masa atau era yang menghasilkannya, sementara apresiasi atau penghayatan seni yang menjadi dasar bidang Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk memahaminya. Selain daripada memperjelaskan akan bentuk, makna, dan fungsi sesuatu karya, Sejarah Seni Visual juga melihat akan perubahan-perubahan persepsi, fungsi, mahupun makna yang berlaku ke atas sesuatu karya itu, contohnya dengan mengkaji faktor-faktor yang mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).

iii. Kaedah Sejarah Seni VisualRINGKASAN:

MENGHAYATI SENI DENGAN BERTANYA SOALAN-SOALAN ASAS TENTANG 3

KARYA APAKAH OBJEK ITU? UNTUK SIAPA DIBUAT? BAGAIMANA KEADAANNYA SEKARANG? ADAKAH IA SATU-SATUNYA? APAKAH MAKSUDNYA? BAGAIMANA DIPERSEMBAHKAN? SIAPA MENGHAYATINYA? (ASAS MENGENALI DAN MEMAHAMI KARYA: MENYESUAIKAN DIRI DENGAN KARYA SENI)

Dalam bidang Sejarah Seni Visual, karya seni merupakan dokumen sejarah atau sumber primer yang penting, sementara apresiasi atau penghayatan seni menjadi asasnya. Kaedah mendekati atau menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan mengajukan beberapa soalan asas tentang karya yang sedang dikaji ataupun dihayati. Misalnya, ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?; untuk siapa ia dibuat?; ia dibuat daripada apa?; bagaimana keadaannya sekarang?; adakah ia satu-satunya objek sedemikian?; apakah maksudnya?; apakah yang cuba disampaikan?; bagaimanakah ia dipersembahkan?; dan siapakah yang menghayatinya?. Atau, ia boleh dimulakan dengan soalan siapakah pembuatnya?; di mana ia sekarang?; bagaimana ia berada di tempatnya kini?; bila ia sampai di tempatnya kini?; siapa yang mendapatkannya?; mengapa?; berapakah harganya?; siapa pemilik asalnya?; siapa yang menghayatinya? (Pointon, 1994: 61). Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar dalam mengenali serta memahami sesebuah karya seni itu dengan lebih dekat dan bermakna. Ini yang ditegaskan oleh Hauser dalam tulisannya, bahawa dalam usaha memahami karya seni, kita tidak terus menerangkannya, tetapi cuba menyesuaikan diri kita dengannya. Berbicara tentang karya seni, Hauser menulis: We do not go straight towards them, but circle around them. Each generation sees them from a different point of view and with a fresh eye; nor is it to be assumed that a later point of view is more apt than an earlier one. Each aspect comes into sight in its own time, which cannot be anticipated or prolonged; and yet its significance is not lost, for the meaning that a work assumes for a later generation is the result of the whole range of previous interpretations. (Hauser, 1959 in Fernie, 2001: 205). Pengkajian Sejarah Seni Mengambilkira Aspek Berikut :

4

RINGKASAN: MENGAMBIL KIRA ASPEK: PENGOLAHAN KARYA : IDEALISASI , REPRESENTASI , STAILISASI GAYA PENAMPILAN : REALISTIK , SEPARA REALISTIK , ABSTRAK PERIOD/ASPEK MASA: SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MAKNA: TERSURAT, TERSIRAT

Secara umumnya, pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspek-aspek bentuk (aspek-aspek formal, termasuklah pengolahan karya dan gaya penampilan) dan makna (ikonografi: tersurat dan tersirat). Penelitian terhadap bentuk dan makna ini pula dihubungkan dengan konteks penghasilan sesuatu karya, misalnya aspek-aspek period atau masa: sejarah dan kebudayaan. a. Aspek Formal Pengolahan karya : Idealisasi ,Representasi , Stailisasi -Idealisasi merujuk kepada persoalan kepercayaan -Staillisasi merujuk kepada pengkaryaan dan perekaan -Representasi merujuk kepada perlambangan Pengolahan Idealisasi Ciri-ciri/maksud -Idealisasi merujuk kepada persoalan kepercayaan -gaya ini banyak diguna pada imej agama.Olahan dibuat menggunakan formula dan perkiraan. -ia biasa dibuat dalam susunan segitiga(hieratic) dan saiz figura berbeza mengikut kepentingan. -ia dibuat begitu untuk menyampaikan rasa keunggulan dan ketinggian serta kemuliaan. -susunan secara hieratic iaitu satu system susunan bertingkat, dimana orang yang penting diletakkan di bahagian atas.Biasanya dibuat dalam susunan segitiga. -unsur exaggeration juga dibuat pada imej.Exageration bermaksud imej utama dilebih-lebihkan terutama dari segi saiznya.Contohnya imej Tuhan dibesarkan saiznya hampir 3 Stailisasi kali ganda saiz orang biasa. -Staillisasi merujuk kepada pengkaryaan dan perekaan -imej dibuat dengan menekankan aspek bahan yang digunakan dan rupa yang akan diserasikan.keserasian bahan dengan imej.Ia lebih kepada masalah rekaan contohnya penggunaan gambar dalam motif.Sesuai atau tidak gambar yang digunakan 5 -motif batik , wayang kulit Contoh -contoh dalam karya Leonardo da Vinci , El Greco.

pada motif tersebut,cth motif pada kain batik. -juga disebut penggayaan imej dimana imej diringkaskan atau Representasi dimudahkan.Contoh imej kartun. -Representasi merujuk kepada perlambangan -perlambangan untuk tujuan abstrak/mujarad bagi menerangkan perkara bukan objek contoh tentang asal usul atau ketuhanan. -menekankan aspek elemental(unsur-unsur) dan primeval(asas). -corak pada ukiran misalnya boleh menyatakan tentang unsure asas pada alam kalau ukiran itu bermotifkan tumbuhan.Tumbuhan tersebut diringkaskan atau diabstrakkan. -ukiran tradisi Melayu , arabesque(corak hiasan pada dinding masjid yang bersifat geometric)

Contoh pengolahan idealisasi :Contoh pengolahan idealisasi bentuk hieraki segitiga Pengkarya :Leonardo DA VINCI (14521519) Italian painter, draftsman, sculptor, architect, and engineer Tajuk:The Virgin of the Rocks Tahun:1503-06 Media: Oil on wood Saiz: 189.5 x 120 cm (6 x 4 ft) Contoh pengolahan idealisasi bentuk hieraki segitiga Contoh pengolahan idealisasi bentuk saiz

b. Aspek Formal Gaya Penampilan : Realistik , Separa Abstrak , Abstrak Gaya Penampilan Ciri-ciri/maksud 6 Contoh

Realistik

-gaya yang menekankan aspek ketepatan dan realistik.Imej dilukis seperti objek asal atau menyamai objek asal. -juga disebut aliran naturalisme , realisme , superealisme. -superealisme adalah pendekatan pengkaryaan yang hampir