Bab 2 kesantunan berbahasa

10
2.1 KONSEP KESANTUNAN Menurut Kamus Dewan (1984), kesantunan bermaksud: halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan. Apabila seseorang berbahasa dengan santun, penggunaan bahasa adalah secara halus, nilai rasa yang baik, penuh kesopanan serta berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam berkomunikasi. Awang Sariyan (2007), mendefinisikan kesantunan sebagai: penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam masyarakat.

Transcript of Bab 2 kesantunan berbahasa

Page 1: Bab 2   kesantunan berbahasa

2.1 KONSEP KESANTUNAN

Menurut Kamus Dewan (1984), kesantunan bermaksud: halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan. Apabila seseorang berbahasa dengan santun, penggunaan bahasa adalah secara halus, nilai rasa

yang baik, penuh kesopanan serta berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam berkomunikasi.

Awang Sariyan (2007), mendefinisikan kesantunan sebagai: penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan

penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga

menjadi prasyarat dalam masyarakat.

Page 2: Bab 2   kesantunan berbahasa

2.1 KONSEP KESANTUNAN

Secara amnya, kesantunan merangkumi aspek-aspek:I. Kesantunan mencerminkan nilai kesopanan yang halus

Orang yang bersantun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya semasa berkomunikasi dengan ahli masyarakat.

II. Kesantunan sangat konteksual Nilai kesantunan berlaku pada tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam

masyarakat, situasi dan tempat lain.

III. Kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak Seorang anak akan sentiasa menghormati dan berbahasa bersantun dengan ibu bapa.

Namum mungkin tidak berlaku jika berkomunikasi dengan rakan sebaya, ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar.

IV. Kesantunan tercermin dalam setiap aspek kehidupan Misalnya cara berpakainan, cara bekerja, cara bertutur, cara belajar dan lain-lain.

Page 3: Bab 2   kesantunan berbahasa

2.2 TAKRIF KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Menurut Asmah Haji Omar(2000), kesantunan mengikut perspektif Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersingguh daripada pendengar. Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat. Bahasa halus dan

tersirat selalu dugunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.

Kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu. Strategi ini dikaitan dengan kesantunan dan perlu diikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang

santun. Ia melibatkan faktor:

I. Kesedaran akan pernan masing-masing

II. Pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.

Page 4: Bab 2   kesantunan berbahasa

2.2 TAKRIF KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Kesantunan terbahagi kepada dua jenis:I. Kesantunan asas

- Kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.

- Menunjukkan sikap berbaik-baik antara satu sama lain.

II. Kesantunan berkala- Kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu

sama lain bergantung kepada keadaan, situasi dan tempat tertentu.

- Taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa dan cara percakapan disampaikan.

Page 5: Bab 2   kesantunan berbahasa

2.2 TAKRIF KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Menurut Leech(1983), kesantunan diinterpretasi sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Penggunaan bahasa mestilah halus, beradab sopan, perlakuan lemah-lembut, dan berbudi pekerti

dalam usaha mengurangkan konflik atau pergeseran.

Menurut J. Ferguson dan Das Gupta(1968), kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.

Page 6: Bab 2   kesantunan berbahasa

2.2 TAKRIF KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Kesantunan mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW ialah: “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkaa baik atau lebih baik

diam.” “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti pada hari kiamat ialah

orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara.” “Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” “Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia

mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat.” “Janganlah kalian saling dengki=mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah

kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

“Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik.”

Page 7: Bab 2   kesantunan berbahasa

2.2 TAKRIF KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Menurut Hamka,kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Kata-kata yang lembut dan beradab dapat melembutkan hati manusia yang keras.

Menurut Aristotle, ketinggian darjat seseorang diukur melalui akal dan adabnya, bukan asal keturunan. Adab dan sopan lebih penting daripada makan dan minum. Aspek kesantunan memainkan peranan yang sangat penting dinilai terhadap seseorang individu

bagi menentukan seseorangitu berakhlak terpuji atau mempunyai akhlak yang tercela.

Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya balas, dan bersikap adil ketika kuat.

Page 8: Bab 2   kesantunan berbahasa

2.2 TAKRIF KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Kesantunan tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka, dan nada suara. Lakof (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam

sesuatu interaksi yang berlaku sama ada secara verbal atau nonverbal. Fraser dan Nolan (1981) menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan

digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.

Brown dan Levinson (1987) menganggap kesantunan sebaga usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar.

Dalam konteks kesantunan berbahasa, Asmah Haji Omar (2000) mengaitkannya denga penggunaan bahasa sehari-harian yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Ini akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dengan pendengar.

Page 9: Bab 2   kesantunan berbahasa

2.2 TAKRIF KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada sosial budaya masyarakatnya yang berpegang pada adat resam, malah diperkukuhkan oleh pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yang berbunyi “ Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah.”

Konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keikhlasan. Seseorang itu boleh menutur kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan

dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti mengambarkan keikhlasannya.

Kesimpulannya, kesantunan ialah perlakuan yang sopan dan berbudi bahasa semasa berkomunikasi bagi menghormati individu lain.

Page 10: Bab 2   kesantunan berbahasa

2.2 TAKRIF KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Kesantunan berbahasa menitikberatkan penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

Ia dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus. Menurut Asmah Haji Omar (2000), bahasa halus disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tataterbit.

Kesimpulannya, kesantunan merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada secara lahiriah atau batiniah. Kesantunan yang tulen harus disertakan dengan niat yang ikhlas.