Azfa hanani (repaired)

24

Transcript of Azfa hanani (repaired)

Page 1: Azfa hanani (repaired)
Page 2: Azfa hanani (repaired)

ISI KANDUNGAN1) BIODATA PENGARANG M/S 1

2) SINOPSIS NOVEL M/S 2

3) TEMA M/S 4

4) PERSOALAN M/S 5

5) WATAK DAN PERWATAKAN M/S 6

6) PLOT M/S 9

7) LATAR M/S 11

8) GAYA BAHASA M/S 12

9) NILAI-NILAI MURNI M/S 13

10) LATIHAN PENGUKUHAN M/S 15

Page 3: Azfa hanani (repaired)

BIODATA PENGARANG

Halis Azhan Mohd. Hanafiah dilahirkan di Melor, Kota Bharu, Kelantan pada 1 Januari 1970. Beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Melor, Kelantan dan Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan.

Beliau memperoleh B.Ed.TESL (Hons) daripada UKM dan Ijazah Sarjana dalam bidang Kesusasteraan Melayu daripada UPM. Kini, beliau berkhidmat sebagai pensyarah kursus Penilaian Kreatif di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

Antara novel beliau ialah Konflik, Krisis, Arif , Cinta Gadis Nadia, Biduk Berlalu, Erni Aflina, dan Seperti Sejalur Pelangi. Tiga buah antologi cerpen remaja beliau ialah Dunia Kecil Kami, Terjerat dalam Belenggu, dan Cerita pada Hari Valentine.

Antara anugerah yang dimenangi ialah Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank pada tahun 1988-1989 dan 1991-1994, Hadiah Pertama Cerpen Kanak-kanak Mobil- DBP 1998, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003.

Page 4: Azfa hanani (repaired)

SINOPSISNovel ini mengisahkan kehidupan seorang gadis yatim piatu bernama Azfa Hanani yang berusia 17 tahun. Setelah kematian ibu bapanya akibat kecelakaan di jalan raya, dia dibesarkan oleh bapa saudaranya, iaitu Pak Madi dan Mak Diah. Kemalangan yang meragut nyawa kedua-dua orang tuanya berlaku ketika Azfa Hanani masih bayi. Bapa saudara yang menjaganya merupakan seorang yang miskin dan tinggal di kampong. Azfa Hanani merupakan seorang pelajar yang bijak dan belajar di Sekolah Menengah Sri Dian.

Pada suatu hari, Azfa Hanani dipanggil oleh pengetua kerana ada sepasang suami isteri, iaitu Tengku Mazran dan Kak Finaz ingin mengambilnya sebagai adik angkat. Mereka ingin mengambilnya sebagai adik angkat kerana wajahnya seiras dengan adik mereka, Tengku Murni yang telah meninggal dunia akibat kemalangan. Datin Maziah tidak dapat menerima dan tidak mempercayai kematian anak kesayangannya itu.

Azfa Hanani dikehendaki menyamar sebagai Tengku Murni bagi mengubati kebingugan orang kaya itu. Azfa Hanani menghadapi konflik, sama ada meneruskan kehidupan bersama-sama bapa saudaranya yang serba-serbi kekurangan di Kampung Merpati atau menerima tawaran lumayan daripada orang kaya itu. Akhirnya, Azfa Hanani menerima tawaran itu.

Ketika berada di rumah Datin Maziah, pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh Azfa Hanani. Antara cabaran tersebut ialah sikap abang Tengku Murni, iaitu Tengku Muzaffar dan bapanya, Datuk Tengku Makmur yang kadang-kadang tidak dapat menerimanya dalam keluarga itu walaupun mereka mengetahui tujuan sebenar.

Azfa Hanani mendaftar diri di Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah tersebut, dia merupakan seorang pelajar yang baik dan terlibat dalam aktiviti kokurikulum seperti Forum Remaja. Dia juga banyak membantu pelajar-pelajar tingkatan lima menjayakan Hari Sumbangsih. Dia juga berkawan rapat dengan

Page 5: Azfa hanani (repaired)

Ketua Murid Tingkatan Lima yang bernama Ekran. Abang Muzaffar tidak bersetuju Azfa Hanani berbaik-baik dengan Ekran.

Dalam pertengkaran mereka pada suatu ketika, Azfa Hanani dengan tidak sengaja menyebut bahawa dia bukanlah Tengku Murni. Kata-kata tersebut didengar oleh Datin Maziah menyebabkan dia sangat marah dan menghalau Azfa Hanani dari rumah itu. Azfa Hanani pulang ke kampung untuk tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya semula.

Pada suatu hari, Datin Maziah dan keluarganya datang dan memohon maaf atas kekasaran yang dilakukan. Mereka juga menjelaskan bahawa kematian ayah dan ibu Azfa Hanani dalam kemalangan disebabkan perlanggaran dengan kereta yang dipandu oleh Datuk Tengku Makmur. Azfa Hanani pernah disusui oleh Datin Maziah yang ketika itu sedang menyusu Tengku Murni. Hal ini bermakna Azfa Hanani merupakan anak susuan Datin Maziah, tetapi terputus hubungan setelah Azfa Hanani dijaga oleh bapa saudaranya.

Datin Maziah dan keluarganya ingin membawa balik Azfa Hanani ke rumahnya. Dia tidak perlu lagi menyamar sebagai Tengku Murni kerana dia diterima sebagai ahli keluarga yang sebenar. Azfa Hanani pulang ke rumah orang kaya itu dan dilayan dengan penuh kasih sayang.

Page 6: Azfa hanani (repaired)

TEMANovel ini bertemakan ketabahan seorang gadis mengharungi cabaran dalam kehidupan. Azfa Hanani digambarkan sebagai seorang yang tabah kerana Berjaya menghadapi pelbagai cabaran bermula daripada kematian ibu bapanya. Kehidupan bersama-sama dengan keluarga bapa saudaranya yang susah menyerlahkan lagi ketabahannya. Penyamaran sebagai Tengku Murni dalam keluarga Datin Maziah yang penuh cabaran dilalui dengan tabah oleh Azfa Hanani.

Page 7: Azfa hanani (repaired)

PERSOALAN

PERNYATAAN

HURAIAN/CONTOH

Pengorbanan yang dilakukan untuk membalas budi baik keluarga

Azfa Hanani menerima tawaran keluarga bangsawan untuk membalas budi baik mak long dan pak long.Pak long dan mak long sudah jenuh berusaha mengubati Zuraini. Tidak memadai perubatan moden, perubatan tradisional juga turut dicuba. (hal. 33)

Kesombongan golongan elit

Datuk Tengku Makmur bertanyakan upah yang perlu dibayarnya kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Tengku Murni.“Berapa Mazran janji nak bayar upah?”“Upah?” Aku terkesima. (hal. 68)

Menebus kesilapandengan melakukan kebaikan

Datuk Tengku Makmur yang menyebabkan kematian kedua-dua orang tua Azfa Hanani. Beliau telah mambawa gadis itu tinggal bersama-sama keluarganya.“Ya, Nani. Berilah kami peluang untuk menunaikan janji dan menebus dosa papa yang lalu,”.... (hal. 202)

Kemiskinan menyukarkan usaha bagi meneruskan pelajaran

Azfa Hanani tidak mampu membeli buku rujukan sehingga memaksa dia mencuri buku-buku di perpustakaan.Buku-buku yang kubawa keluar itu kupulangkan setelah selesai menelaahnya.(hal. 3)

Page 8: Azfa hanani (repaired)

Sikap prejudis terhadap golongan miskin

Tengku Muzaffar bersikap prejudis terhadap Azfa Hanani pada awal perkenalan mereka.“Mula-mula tu memanglah berlakon jadi anak orang kaya. Lepas tu betul-betul jadi anak orang kaya, kan?” (hal. 41)

WATAK DAN PERWATAKAN

PERWATAKAN

HURAIAN/CONTOH

AZFA HANANIRemaja yang kematian ayah dan ibu

Ibu dan bapanya meninggal dalam kemalangan jalan raya.Ibu meninggal dunia serta-merta… Ayah pula, kalaulah masih hidup… (hal. 30)

Berumur 17 tahun

Dia akan menduduki peperiksaan SPM.Aku sudah mendaftarkan diri untuk mengambil peperiksaan…. (hal. 26)

Dipelihara oleh pak long dan mak long

Sejak bayi lagi, Azfa Hanani dipelihara oleh pakcik dan makciknya.Kalian telah menjaga dan membesarkan aku dengan penuh tanggungjawab. (hal. 30)

Lemah dalam bahasa inggeris

Di sekolah, Azfa Hanani lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.Pendedahan adalah perlu kerana aku terlalu lemah dalam mata pelajaran itu. (hal. 39)

Page 9: Azfa hanani (repaired)

Tabah Dia seorang remaja yang tabah menghadapi cabaran hidup.Berputus asa dengan nasib malang..samalah ertinya dengan tidak percaya dengan sifat Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani! (hal. 26)

PERWATAKAN

HURAIAN/CONTOH

DATIN MAZIAHPengasih Datin Maziah merupakan seorang ibu yang pengasih dan

penyayang.…aku memberikannya peluang untuk mencium dahiku dam seterusnya memelukku. (hal. 45)

Ibu kepada lima oranganak

Beliau mempunyai empat orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. (hal. 26 dan 117)

Sering kesunyian Beliau kesunyian sejak suaminya beristeri muda.Ayah Abang Mazran itu sudah lama tidak pulang ke rumah, sejak berkahwin dengan isteri muda… (hal. 42)

Menghadapi tekanan

Beliau tertekan akibat kematian anak bongsunya, iaitu Tengku Murni.Sejak itu dia asyik bertanyakan bilakah anak perempuan tunggalnya itu akan pulang. (hal. 21)

TENGKU MURNIAnak orang kaya Dia merupakan anak kepada Datuk Tengku Makmur dan

Datin Maziah.Murni anak seorang hartawan… (hal. 160)

Page 10: Azfa hanani (repaired)

Manja, keras kepala, dan tidak suka mengalah

Walaupun manja, dia juga keras kepala dan tidak suka mengalah .“Nini tu manja sangat. Keras kepala dan tak suka mengalah pula tu.” (hal. 33)

Peramah Ellina mengakui bahawa Nini seorang yang peramah.“Nini yang sebenar amat peramah orangnya.” (hal. 51)

Page 11: Azfa hanani (repaired)
Page 12: Azfa hanani (repaired)

PERWATAKAN

HURAIAN/CONTOH

PAK LONGPenyayang Memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak

saudaranya, Azfa Hanani.Selama kehilangan ayah dan ibu kandungnya, kasih sayang mereka terhadapku belum pernah luak.(hal. 21)

Bertanggungjawab Pak Long berusaha untuk mengubati anaknya, Zuraini.Pak long dan mak long sudah jenuh berusaha mengubati Zuraini… (hal. 33)

Berusia 50 tahun Walaupun sudah berusia 50 tahun, tetapi pak long masih tampan.Dia kelihatan segak dan tampan, tidak padan dengan usianya yang sudah mencecah angka 50 tahun itu. (hal. 169)

EKRANPengerusi Persatuan Pelajar

Dia merupakan Pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Taman Sari.“Muhammad Ekran bin Muhammad, pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima SMTS.” (hal. 56)

Anak orang berpendidikan

Ayah dan ibunya sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.“Ayah dan ibu sedang belajar di Amerika Syarikat sekarang. Siapkan pengajian doktor falsafah…” (hal. 213)

Sahabat baik Tengku Murni

Dia berkawan rapat dengan Tengku Murni di Sekolah Menengah Taman Sari.“Murni ialah teman akrab saya…” (hal. 182)

Pemimpin pelajar Dia merupakan pemimpin pelajar yan karismatik.Ekran pemimpin murid yang karismatik…menampilkan ciri pemimpin ulung. (hal. 76)

Page 13: Azfa hanani (repaired)

PLOTPERMULAANPembaca didedahkan dengan watak Azfa Hanani yang menghadapi masalah bagi meneruskan pelajarannya. Dia terpaksa mencuri buku di perpustakaan sekolah untuk mengulang kali pelajaran dan berhasrat untuk memulangkan buku itu semula setelah selesai digunakan. Konflik yang dihadapi oleh Azfa Hanani akhirnya digambarkan menemukan suatu jalan penyelesaian.

PERKEMBANGANAzfa Hanani diminta untuk menyelesaikan masalah sebuah keluarga kaya yang baru kehilangan adik bongsu mereka, iaitu Tengku Murni. Dia semakin dapat menyesuaikan diri dengan ‘penyamarannya’ sebagai Tengku Murni. Selain itu, dalam perkembangan cerita ini pembaca dapat mengenal perwatakan watak utama dan watak sampingan yang lain.

KONFLIKPelbagai konflik mula berlaku ketika Azfa Hanani mula menyesuaikan diri sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani sentiasa bimbang kerana khuatir tersasul ketika sedang menyamar sebagai Tengku Murni. Selain itu, hubungan antara Ekran dengan arwah Tengku Murni masih menjadi tanda tanya pada dirinya. Azfa Hanani juga berkonflik dengan Tengku Muzaffar kerana dia menghalang persahabatan antara Azfa Hanani dengan Ekran.

KLIMAKSPertengkaran berlaku antara Tengku Muzaffar dengan Azfa Hanani. Pertengkaran itu didengar oleh Datin Maziah dan akhirnya membongkar penyamaran Azfa Hanani yang selama ini disembunyikan daripada pengetahuan isteri Datuk Tengku Makmur itu. Cerita sampai di puncak apabila Azfa Hanani dihalau keluar oleh Datin Maziah dari rumah.

Page 14: Azfa hanani (repaired)

PELERAIANAzfa Hanani bersetuju untuk tinggal semula di rumah Datin Maziah, tetapi kali ini dia mahu dikenal dengan identitinya sendiri. Datin Maziah dapat menerima semula Azfa Hanani kerana gadis itu pernah disusuinya ketika peristiwa kemalangan yang mengorbankan ibu bapa gadis itu.

Page 15: Azfa hanani (repaired)

LATARLATAR TEMPAT

Banglo milik Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah - tempat Azfa Hanani tinggal dan menyamar sebagai Tengku Murni.

Sekolah Menengah Sri Dian – sekolah pertama Azfa Hanani. Sekolah Menengah Taman Sari – sekolah Tengku Murni dan Ekran. Hotel Universe – tempat Azfa Hanani menginap sebelum ke banglo

Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah. Dusun Pak Hji Arshad dan gerai burger Ekran.

LATAR MASA Pada waktu siang dan malam dan selama beberapa bulan.

LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang berhati mulia kerana sanggup berkorban bagi

membantu orang lain – Azfa Hanani sanggup berkorban demi memenuhi hasrat keluarga bangsawan.

Masyarakat pelajar yang mempunyai semangat tinggi untuk Berjaya dalam pelajaran – Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Taman Sari dan Sekolah Menengah Sri Dian saling bekerjasama untuk Berjaya dalam pelajaran.

Masyarakat yang mementingkan ilmu - Datin Maziah sentiasa mementingkan pelajaran anak-anaknya sehingga semua anaknya berjaya dalam pelajaran.

Masyarakat yang memandang rendah terhadap orang yang kurang berada - Tengku Muzaffar tidak mengizinkan Murni berkawan baik dengan Ekran kerana menyangka Ekran merupakan anak orang miskin.

Page 16: Azfa hanani (repaired)

GAYA BAHASAGaya

BahasaContoh

Peribahasa Hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. (hal. 194) dan sambil menyelam minum air (hal. 173)

Personifikasi Biarpun dadaku dikocak debar yang bukan kepalang hebatnya… (hal. 45), …kerana perasaan tertarik itu acap kali hadir tanpa disedari… (hal. 151), dan Tiba-tiba, hati ini ditusuk hiba. (hal. 68)

Simile macam rusa masuk kampung, bagai aur dengan tebing, dan umpama gajah putih (hal. 37)

Metafora arus lamunan (hal. 107), putik-putik kedewasaan (hal. 151), dan takhta hati (hal. 152)

Sinkope “Agaknya, orang tu tak dapat cari nombor PIN.” Jelas Kak Finaz… (hal.63) dan “Sikit-sikit tu, fahamlah. Cuma, nak menjawab tu yang susah,” ujarku berterus terang. (hal.54)

Penggunaan perkataan bahasa Arab

Keadaan akan berubah tetapi mereka akan terus kuhubungi, insya-Allah. (hal.43)

Penggunaan perkataan bahasa Perancis

“Merci beau coup. Datang lagi ya, bang.” (hal. 98)

Page 17: Azfa hanani (repaired)

Paradoks …gadis malang yatim piatu ini mahu diangkat menjadi anak emas sebuah keluarga hartawan (hal. 20) dan …bahawa kedua-dua orang tuanya bekerja sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dia bukannya berasal daripada keluarga miskin. (hal. 213)

NILAINILAI HURAIAN/CONTOH

Hormat-menghormati

Abang Mazran dan Kak Finaz menghormati pak long dan mak long walaupun mereka berketurunan bangsawan. (hal. 32)

Kasih sayang Bapa saudara Azfa Hanani, yang dipanggil pak long sanggup menjaganya dari kecil selepas kematian ayah dan ibu Azfa Hanani. (hal. 21)

Tanggungjawab Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni demi memulihkan tekana perasaan yang dihadapi oleh Datin Maziah. (hal. 21)

Kesyukuran Walaupun sebelum ini Azfa Hanani tinggal di rumah mewah milik Datin Maziah, namun dia masih gembira walaupun kembali tinggal di rumah pak longnya. (hal. 198)

Baik hati Azfa Hanani memaafkan kesalahan Syafikah dan Fuziana dan dia sedikit pun tidak mendendami mereka. (hal. 209)

Page 18: Azfa hanani (repaired)

PENGAJARANPERNYATAAN HURAIAN/CONTOH

Kita hendaklah memberikan pertolongan kepada yang memerlukan.

Azfa Hanani sanggup membantu Abang Mazran dan Kak Finaz dengan menyamar sebagai Tengku Murni. (hal. 20)

Kita hendaklah menerima takdir yang menimpa dengan reda.

Azfa Hanani reda menerima takdir bahawa kematian ayah dan ibunya dalam kemalangan disebabkan oleh Datuk Tengku Makmur. (hal. 203)

Kita hendaklah bersikap rendah diri terhadap orang lain walaupun berasal daripada keluarga berada.

Walaupun Tengku Murni anak orang kaya, tetapi dia tidak sombong dengan rakan-rakan yang lain. (hal. 57)

Seseorang yang pernah melakukan kesilapan mestilah sanggup mengakui kesilapannya.

Datuk Tengku Makmur meminta maaf dan mengakui kesilapannya sehingga menyebabkan kematian ibu dan bapa Azfa Hanani. (hal. 203)

Kita hendaklah bersimpati terhadap kesusahan orang lain walaupun kita telah hidup senang.

Azfa Hanani teringatkan keadaan pak long, mak long dan sepupu-sepupunya semasa dia melihat lauk-pauk yang lazat dihidangkan kepadanya. (hal. 60)

Page 19: Azfa hanani (repaired)

Kita perlu menjaga maruah diri setiap masa.

Azfa Hanani menolak perlawanan lelaki yang tidak dikenalinya itu yang mahu menghantarnya pulang ke rumah. (hal. 95-95)

LATIHAN PENGUKUHAN

a) Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan Azfa Hanani sanggup melakonkan watak Tengku Murni.

Faktor-faktor yang menyebabkan Azfa Hanani sanggup melakonkan watak Tengku Murni ialah demi memulihkan tekanan perasaan yang dihadapi oleh Datin Maziah. (hal.21). Azfa Hanani juga menerima tawaran keluarga bangsawan itu untuk membalas budi baik mak long dan pak long. Pak long dan mak long sudah jenuh berusaha mengubati Zuraini. Tidak memadai perubatan moden, perubatan tradisional juga turut dicuba.(hal.33). Azfa Hanani juga sanggup melakonkan watak Tengku Murni demi untuk membiayai kos perubatan sepupunya Zuraini yang hampir lumpuh.

b) Berdasarkan contoh-contoh peristiwa dalam novel, nyatakan tiga iktibar atau pengajaran yang anda boleh dapati daripadanya.

Berdasarkan contoh-contoh peristiwa dalam novel, terdapat beberapa pengajaran yang boleh saya dapati daripada novel Azfa Hanani. Antaranya ialah, kita hendaklah memberikan pertolongan kepada yang memerlukan. Azfa Hanani sanggup membantu Abang Mazran dan Kak Finaz dengan menyamar sebagai Tengku Murni. (hal. 20). Seterusnya, seseorang yang pernah melakukan kesilapan

Page 20: Azfa hanani (repaired)

mestilah sanggup mengakui kesilapannya. Datuk Tengku Makmur meminta maaf dan mengakui kesilapannya sehingga menyebabkan kematian ibu dan bapa Azfa Hanani. (hal. 203). Kemudian, kita juga hendaklah bersimpati terhadap kesusahan orang lain walaupun kita telah hidup senang. Azfa Hanani teringatkan keadaan pak long, mak long dan sepupu-sepupunya semasa dia melihat lauk-pauk yang lazat dihidangkan kepadanya. (hal. 60).