Apc dan h ri gru dan raya

21
TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016 AGENDA TEKS PENGUMUMAN Majlis dengan sukacitanya mempersilakan ahli jawatankuasa pengelola, para jemputan dan jemputan khas untuk mengambil tempat kerana majis akan bermula sebentar sahaja lagi. Dan Mohon kerjasama hadirin hadirat sekalian untuk mematikan telefon bimbit atau meletakkannya dalam mod senyap. Terima kasih. MENGUMUMKAN KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan : Yang Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut. PERSEMBAHAN TARIAN SAMBUT TAMU Terima kasih diucapkan. Untuk makluman Yang Berhomat datuk dan hadirin sekalian, persembahan tarian sambut tamu sebentar tadi telah dipersembahkan oleh murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Moynod yang telah dibimbing oleh ___________________________________ dan paluan kompang pula dari murid-murid Sekolah Kebangsaan Ulu Muanad dibimbing oleh

Transcript of Apc dan h ri gru dan raya

Page 1: Apc dan h ri gru dan raya

TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016

AGENDA TEKSPENGUMUMAN Majlis dengan sukacitanya mempersilakan ahli jawatankuasa

pengelola, para jemputan dan jemputan khas untuk

mengambil tempat kerana majis akan bermula sebentar sahaja

lagi.

Dan Mohon kerjasama hadirin hadirat sekalian untuk

mematikan telefon bimbit atau meletakkannya dalam mod

senyap. Terima kasih.

MENGUMUMKAN KETIBAAN VIP

Mengumumkan ketibaan :

Yang Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan

Negeri N39 Sugut.

PERSEMBAHAN TARIAN SAMBUT

TAMU

Terima kasih diucapkan.

Untuk makluman Yang Berhomat datuk dan hadirin sekalian,

persembahan tarian sambut tamu sebentar tadi telah

dipersembahkan oleh murid-murid dari Sekolah Kebangsaan

Moynod yang telah dibimbing oleh

___________________________________ dan paluan kompang

pula dari murid-murid Sekolah Kebangsaan Ulu Muanad

dibimbing oleh ___________________________.

Yang Berhormat Datuk, mohon izin memulakan majlis.

NYANYIAN LAGU Hadirin sekalian,

Page 2: Apc dan h ri gru dan raya

TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016

Majlis dimulakan dengan nyanyian 2 buah lagu iaitu

1. Lagu Negaraku dan

2. Sabah Tanah Airku

Hadirin diminta berdiri bagi menghormati nyanyian lagu.

Terima kasih diucapkan. Hadirin dipersilakan duduk.

SALUTASI Bismillah itu permulaan kalam

Dengan nama ALLAH khalikul alam

Berkat Muhammad Sayyid Al anam

Memberi rahmat siang dan malam

Awal Bismillah kalam dimula

Tuhan seru alam semesta

Selawat dan salam diiring bicara

Bismillahirahmanirahim.

Yang Berhormat,

1. Datuk Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan

Negeri N39 Sugut.

Yang Berusaha

2. Tuan Haji Soje Bin Haji Abd. Hassan, Pegawai

Pendidikan Daerah Beluran merangkap pengerusi

pengelola.

Yang Dihormati,

Page 3: Apc dan h ri gru dan raya

TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016

3. En Suhaili bin Riman Pegawai Daerah Beluran

4. Pengetua-pengetua cemerlang, Pengetua-pengetua,

guru besar-guru besar cemerlang, guru besar-guru

besar ,penolong kanan-penolong kanan daerah beluran,

5. Penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

6. Penerima-penerima Anugerah Hari Guru

7. Warga pendidik daerah beluran

8. Dif-dif kehormat, tetamu-tetamu jemputan, ahli-ahli

jawatankuasa pengelola, serta hadirin hadirat yang di

hormati sekalian.

ALUAN PENGACARA

MAJLIS

Sireh berlipat sireh pinang

Sireh asal pulau mutiara

Pemanis kata selamat datang

Assalamualaikum pembuka bicara

Assalamualaikum wrth, salam sejahtera dan salam sehati

sejiwa.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan

izin dan limpah kurnianya dapat kita sama – sama berkumpul

di Dewan Serbaguna Daerah Beluran pada pagi yang indah ini

bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah

Beluran dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

2015 bagi tahun 2016 serta Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri

Page 4: Apc dan h ri gru dan raya

TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016

Pejabat Daerah Beluran.

Selamat Datang diucapkan..

BACAAN DOA Menadah tangan tanda kerendahan,Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,

Doa dipohon penuh pengharapan,Agar Majlis mendapat keberkatan.

Tertib acara diteruskan dengan bacaan doa yang akan

dipimpin oleh

1. Al Fadhil Ustaz Dsarjaman Amali bin Abd Azip

Majlis mempersilakan...

Amin..amin Ya rabbal Alamin...terima kasih diucapkan kepada

1. Al Fadhil Ustaz Dsarjaman Amali bin Abd Azip

Atas pimpinan doa sebentar tadi..

Pengenalan Hari Guru

Tuan-tuan, puan-puan, serta hadirin hadirat yang dikasihi

sekalian,

Melati kuntum menghias gelas,

Tumbuh melata di tepi kali,

Guru mendidik tak minta dibalas,

Ukhwah utuh kuat sekali.

Untuk makluman hadirin sekalian,

Page 5: Apc dan h ri gru dan raya

TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat daerah Beluran dan

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta majlis rumah

terbuka aidilfitri bagi tahun 2016 ini diadakan adalah untuk

menyatukan semua guru dalam majlis permuafakatan seperti

ini dan memberi penghargaan kepada guru-guru yang telah

banyak berjasa demi anak bangsa serta dalam dunia

pendidikan.

Dalam masa yang sama, majlis ini juga dapat menitikberatkan

peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk

perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan

perkhidmatan kepada masyarakat. Malah, dengan jasa dan

pengorbanan tersebut akan dianugerahkan dengan anugerah-

anugerah tertentu. Oleh yang sedemikian, majlis sebegini juga

dapat memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di

antara guru serta sekali gus dapat meninggikan martabat dan

taraf guru dalam masyarakat.

UCAPAN ALU-ALUAN PPD

Hadirin hadirat sekalian,

Pergi ke kota beli selasih,

Sayang si dara senyum tertawa,

Kata azimat simpulan kasih,

Sulamkan mesra satukan jiwa

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya

Page 6: Apc dan h ri gru dan raya

TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016

menjemput

Yang Berusaha Tn Hj Soje bin Haji Abd Hassan Pegawai

Pendidikan Daerah Beluran merangkap Pengerusi Pengelola

Majlis Sambutan Hari guru dan Anugerah perkhidmatan

cemerlang bagi menyampaikan ucapan alu-aluan...

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Tn Hj Soje bin Haji Abd

Hassan atas kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan

sebentar tadi..

UCAPAN PERASMIAN

GIMIK

Tak lengkap keris tanpa sarungnya,

tak lengkap pinang tanpa sirihnya,

tak lengkap angin tanpa semilirnya.

tak lengkap majlis tanpa perasminya

Maka dengan ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan

1. Yang Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan

Undangan Negeri N39 Sugut.

Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan

Majlis sambutan Hari Majlis Guru Peringkat Daerah Beluran

dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015

bagi Tahun 2016.

Dengan Segala Hormatnya majlis mempersilakan..

Dengan ini, majlis mempersilakan Yang berhormat datuk

Page 7: Apc dan h ri gru dan raya

TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016

untuk menyempurnakan acara gimik perasmian...

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang

Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan

Negeri N39 Sugut atas kesudian menyampaikan ucapan

perasmian dan menyempurnakan gimik perasmian sebentar

tadi.

Cantik berlian indah dibentuk

Elok dibelai kekal bersemi

Terima kasih buatmu datuk

Kerana merasmi majlis kami

Untuk pengetahuan hadirin, acara gimik perasmian sebentar

tadi juga telah dibantu oleh Kumpulan SMK Beluran ROBOT

ICON sebagai simbolik perasmian. Malah untuk makluman

semua, kumpulan SMKBeluran ROBOT ICON ini terdiri

daripada 3 orang pelajar iaitu Mohd Hanafi Adli bin Mat

Ruzaimi, Mohd Hafizzudin bin Asli Sabah dan Mohd Syisyi

Shaarshizuan bin Abdul Razak yang telah dibimbing oleh

Puan Lindy Marcus daripada SMK Beluran Bestari.

Buat pengetahuan hadirin sekalian, SMKBeluran ROBOT ICON

ini telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan National

Robotics Challenge Zon Level 2016 yang telah berlangsung di

Page 8: Apc dan h ri gru dan raya

TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016

SMK Merpati Sandakan. Malah, dengan kejayaan yang

diperoleh, kumpulan ini akan meneruskan perjuangan mereka

ke peringkat State Level di SMK Teknik Likas pada 18 Ogos

2016. Sama-sama kita doakan kejayaan mereka.

BACAAN IKRAR Hadirin hadirat, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati

sekalian..

Indah purnama tengahnya malam

Terimbau jasa Ibu pertiwi

lafaz ikrar janji tersulam

janji ditunai buat pertiwi

Majlis diteruskan lagi dengan baacan ikrar hari guru

Hadirin diminta berdiri.

Terima kasih diucapkan atas bacaan ikrar sebentar tadi dan

untuk makluman hadirin sekalian, bacaan ikrar sebentar tadi

telah dipimpin oleh Yang Berusaha Tuan Haji Soje Bin Haji

Abd. Hassan, Pegawai Pendidikan Daerah Beluran.

Terima kasih diucapkan..hadirin dipersilakan duduk.

PENGENALANAPC

Tuan-tuan, puan-puan, serta hadirin hadirat yang dikasihi

sekalian,

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah

Page 9: Apc dan h ri gru dan raya

TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016

Perkhidmatan Cemerlang.

Untuk makluman hadirin sekalian, anugerah perkhidmatan

cemerlang merupakan penghargaan kerajaan kepada anggota

perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan yang

cemerlang dan bermutu serta penghasilannya melebihi

daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya.

Antara kriteria pemilihan penerima APC ialah anggota

perkhidmatan awam dalam semua kumpulan, gred, dan

kategori yang dilantik oleh mana-mana pihak berkuasa

melantik berkenaan, untuk berkhidmat dengan agensi-agensi

awam samaada secara tetap, sementara atau kontrak. Ini

termasuk anggota yang berada di atas tangga gaji dan syarat-

syarat perkhidmatan di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet

1976, Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Selain itu, penerima juga telah berkhidmat bagi tempoh genap

setahun pada hari terakhir tahun penilaian dan penerima

berkenaan telah memberi sumbangan kepada organisasi,

perkhidmatan awam, komuniti, daerah negeri, negara dan

peringkat antarabangsa dengan memperolehi markah

sekurang-kurangnya 85% keatas.

Page 10: Apc dan h ri gru dan raya

TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016

PENYAMPAIAN APC

Bersipuh puteri menjamu kuini,

Kuini Madu manisnya rasa;

Penyampaian anugerah tibalah kini,

Tanda penghargaan guru berjasa.

Sijil tersusun tampak kemas,

Berbahagia Datuk senyum sekilas,

Tampillah Datuk ke atas pentas.

Menyempurnakan Penyampaian Anugerah Khas.

Kini tibalah kita ke acara penyampaian Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang 2015 bagi tahun 2016.

Majlis dengan ini mempersilakan

Yang Berusaha Tuan Haji Soje bin Abd Hassan Pegawai

Pendidikan Daerah Beluran untuk menjemput dan mengiringi

Yang Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan

Negeri N39 Sugut bagi menyempurnakan acara penyampaian

anugerah.

Berikut diumumkan penerima-penerima anugerah...

Mendahului senarai.. (mengikut lampiran)

Page 11: Apc dan h ri gru dan raya

TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016

Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima-penerima

Anugerah Perkhidmat Cemerlang dan jutaan terima Kasih

diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk James bin Ratib

Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut atas penyampaian

anugerah sebentar tadi..

PERSEMBAHAN KOIR APC

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan persembahan koir, Lagu Guru

Malaysia, Guru Pembina Negara Bangsa dan Lagu Jabatan

Perkhidmatan Awam. Sama-sama kita saksikan...

Untuk makluman hadirin sekalian, persembahan koir sebentar

tadi telah disampaikan oleh guru-guru SK Pekan Beluran

dipimpin oleh En Jasnikah Jeppy dan En Jimson Kalapah.

Terima kasih diucapkan...

PENYAMPAIAN ANUGERAH HARI GURU

Tuan-tuan, puan-puan serta hadirin hadirat yang dihormati

sekalian,

Kembara pendidik dengan semangat

Berehat sebentar di Pekan Tambunan

Anugerah diberi tandanya diingat

Buatmu insan banyak pengorbanan

Majlis pada pagi ini diteruskan acara penyampaian anugerah

Khas sempena sambutan hari guru peringkat daerah beluran

bagi tahun 2016.

Page 12: Apc dan h ri gru dan raya

TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016

Acara penyampaian anugerah khas dimulakan dengan

penyampaian

1. Anugerah Pengurusan Kewangan Sekolah 2015/2016

2. Anugerah Pusat Sumber Sekolah

3. Anugerah MEKAR

4. Anugerah Bakti Guru Pedalaman

5. Anugerah Jasamu Dikenang

6. Anugerah Tokoh Guru 2016

Majlis dengan ini sekali lagi mempersilakan Yg Berusaha Tn

Hj Soje bin Hj Abd Hassan Pegawai Pendidikan Daerah

Beluran untuk menjemput dan mengiringi Yang Berhormat

Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39

Sugut bagi menyempurnakan acara penyampaian anugerah.

Berikut diumumkan penerima-penerima anugerah hari guru

bagi tahun 2015.

1. Anugerah Pengurusan Kewangan Sekolah 2015/2016

- Rujuk lampiran

2. Anugerah Pusat Sumber Sekolah

- SK Keniogan

3. Anugerah MEKAR

- Rujuk Lampiran

Page 13: Apc dan h ri gru dan raya

TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016

4. Anugerah Bakti Guru Pedalaman

- En Rainol bin Mohd Enarji dari SK Obah

5. Anugerah Jasamu Dikenang

- Pn Mariam binti Abdullah @ Martha

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk James

bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut atas

penyampaian anugerah sebentar tadi...

6. Anugerah Tokoh Guru

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Tokoh Guru.

Dengan ini majlis menjemput

1. En Sharif Basa bin Sharif Bakir

2. En Saratin bin Haji Abd Hassan

untuk tampil ke pentas..

Dengan ini, eloklah kiranya kita mendengar dan menghayati

latar belakang Tokoh Hari Guru 2016 melalui tayangan montaj

yang telah disediakan. Sama- sama kita saksikan..

Maka dengan ini, Majlis sekali lagi mempersilakan Yg

Berusaha Tn Hj Soje bin Hj Abd Hassan Pegawai Pendidikan

Daerah Beluran untuk menjemput dan mengiringi Yang

Page 14: Apc dan h ri gru dan raya

TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016

Berhormat Datuk James bin Ratib Ahli Dewan Undangan

Negeri N39 Sugut bagi menyempurnakan acara penyampaian

anugerah.

Maka dengan ini, majlis mempersilakan

1. En Sharif Basa bin Sharif Bakir

2. En Saratin bin Haji Abd Hassan

Untuk menerima Anugerah Tokoh Hari Guru 2016.

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk James

bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut atas

penyampaian anugerah Tokoh Guru sebentar tadi...

Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Soje

bin Abd Hassan Pegawai Pendidikan Daerah Beluran untuk

menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Datuk

James bin Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Sugut

sebagai tanda kenang kenangan.

Majlis mempersilakan...

Terima kasih diucapkan Yang Berusaha Tn Hj Soje bin Abd

Hassan Pegawai Pendidikan Daerah Beluran atas

Page 15: Apc dan h ri gru dan raya

TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016

penyampaian cenderamata sebentar tadi..

Tangannya kanan insan yang memberi

Tangan kananlah juga insan menerima

Terima kasih ucapan diberi

Buat kalian insan berhati mulia

SESI BERGAMBAR

Hadiran sekalian,

Majlis diteruskan dengan sesi bergambar. Dengan ini, majlis

dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat datuk,

dif-dif kehormat, penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang untuk tampil ke pentas bagi sesi bergambar.

Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu 1 Agenda 1 Impian..

hadirin diminta bersedia.

Terima kasih diucapkan..

Dengan berakhirnya sesi bergambar sebentar tadi maka kita

telah sampai ke penghujung majlis.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak

terhingga diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk, dif dif

kehormat serta tidak dilupa semua tetamu jemputan, pegawai-

pegawai yang terlibat, Ahli-ahli Jawatankuasa pengelola,

hadirin hadirat dan mereka yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung bagi menjayakan malis ini.

Dikesempatan ini, kami mewakili pihak majlis dan

jawatankuasa pengelola ingin memohon maaf sekiranya

Page 16: Apc dan h ri gru dan raya

TEKS MAJLIS HARI GURU DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA RUMAH TERBUKA PPD BELURAN 2016

terdapat kesilapan dan kekurangan sepanjang majlis ini

dijalankan.

Untuk itu, majlis dengan ini menjemput Yang Berhormat

Datuk, dif-dif kehormat, tetamu-tetamu jemputan dan hadirin

hadirat sekalian ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pejabat

Pendidikan Daerah Beluran di Perkarangan Pejabat

Pendidikan Daerah Beluran.

Maka hadirin,

Bintang Barat terbit petang

Bintang timur terbit pagi

Kalau tidak melarat panjang

Dapat kita bersua lagi

Kalau ada jarum yang patah

Jangan disimpan di dalam peti

Kalau ada silap dan salah

Jangan disimpan di dalam hati

Sekian, daripada saya Mohd Riezman Bin Ramli dan saya

_____________________________________________

Terima kasih. Majlis bersurai...