Apa Itu Terapi Pasir_1

download Apa Itu Terapi Pasir_1

of 22

Transcript of Apa Itu Terapi Pasir_1

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    1/22

    Apa itu terapi pasir??

    Terapi pasir merupakan satu bentuk bengkel yang memberi peluang kepadaindividu untuk meneroka hal-hail berkaitan dengan perasaan atau emosi

    secara mendalam.

    Terapi ini secara tidak langung memberi peluang kepada individu untukmeluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan.

    Penggunaan terapi permainan pasir ini mampu membuatkan kanak-kanak

    lebih rileks.

    Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan

    permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya puncasebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan.

    Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi

    simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dansebagainya.

    Tujuan terapi pasir

    Melatih daya kreativiti kanak-kanak

    Menghilangkan rasa marah

    Percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu

    Meningkatkan keyakinan diri

    Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak

    Kepentingan terapi pasir

    membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan

    membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi

    merangsang pemikiran murid

    menguranan tekanan emosi

    membantu meningkatkan kemahiran sosial

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    2/22

    Terapi dalam pendidikan khasAsal usul terapi

    Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran

    yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon"

    Oleh itu terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit.

    Apa itu terapi??

    Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.

    Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang

    pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.

    Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu

    untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu.

    Konsep terapi dalam Pendidikan Khas

    Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan

    khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan

    untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu, kaedah terapi

    dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan yang tersebut di atas.

    Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di

    sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke

    satu peringkat yang lebih tinggi.

    Keperluan terapi dalam pendidikan khas

    Kanak-kanak khas memerlukan terapi adalah untuk :

    Meransang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran

    Sebagai persediaan untuk belajar dari segi mentel, fizikal, emosi dan sosialisasi

    Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor kanak-kanak bermasalah

    pembelajaran

    Sebagai motivasi kepada kanak-kanak

    Membina konsep kendiri

    Merangsang pengaliran darah dan oksigen

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    3/22

    Kepentingan terapi

    Terapi berkepentingan untuk :

    Meningkatkan kemahiran pengamatan

    Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid

    Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri

    Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi

    Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi

    Merangsang pemikiran dan kreativiti murid

    Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan

    Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan

    Jenis-jenis terapi

    Terdapat beberapa jenis terapi yang boleh diaplikasi di sekolah, antaranya :

    Terapi fisio

    Terapi cara kerja

    Terapi pertuturan

    Terapi muzik dan nyanyian

    Terapi seni visual

    Terapi hidro atau terapi air

    Terapi pergerakan kreatif

    Terapi main

    Terapi alternative

    - Terapi aroma

    - Terapi herba

    - Terapi ozon

    - Tetapi floortime

    - Terapi pasir

    - Terapi haiwan

    - Terapi snoozeland

    Terapi fisio

    Apa itu fisio terapi??

    Fisio terapi adalah terapi yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor

    kasar. Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan tubuh

    melakukan pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari, menendang, mengangkat, dan melempar bola.

    Terapi fisio membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggiyang mampu dicapainya

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    4/22

    Terapi fisio boleh didefinisikan sebagai rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dgn menggunakan

    agen-agen fizikal dan kaedah berikut :

    mengurut

    manipulasi

    latihan teraputik

    penyejukan dan pemanasan

    terapi hidro

    rangsangan menggunakan elektrik

    rangsangan menggunakan cahaya

    Kesemua kaedah di atas adalah sebagai satu cara memulihkan pesakit dan mengekalkan fungsi normal selepas

    mengalami sesuatu kecederaan atau penyakit

    Aktiviti fisio terapi

    Terapi fisio kerap dilakukan oleh pakar perubatan yang terlatih. Aktiviti

    terapi fisio yang dilaksanakan di adalah bergantung kepada permasalahan

    psikomotor yang berbeza pada seseorang individu.

    Terdapat beberapa kaedah aktiviti yang dapat dilaksanakan seperti :

    Latihan berpusatkan motor halus

    - memotong- menggunting

    - mencabut- meramas

    - menguli

    - merenyuk- mencubit

    - memicit

    Latihan yang berpusatkan psikomotor kasar

    - Membaling- Menolak

    - Memukul- Melambung- Menyambut

    Latihan imbangan

    - Berdiri dengan sebelah kaki

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    5/22

    - Membawa buku di atas kepala- Berdiri di atas kerus

    Latihan koordinasi

    - memasukkan jarum ke dalam lubang manik- melambung dan menyambut bola berbagai saiz

    Terapi cara kerjaApa itu terapi cara kerja??

    Turner, Foster dan Johnson (2002) mendifinisikan terapi cara kerja ialah latihan aktiviti-aktiviti yang bermaknauntuk meningkatkan tahap kefungdian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu

    yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur.

    Menurut NASAM, terapi cara kerja merupakan sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. ia

    tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiiti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian di

    tempat kerja dan riadah.

    Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) pula mendefinisikan terapi cara kerja sebagai aktiviti pemulihan yang

    memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran

    seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian, produktiviti

    dan pelbagai aktiviti riadah.

    Objektif terapi cara kerja dijalankan

    membolehkan individu menguruskan kehidupan seharian dengan baik

    memulihkan anggota yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik

    membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja seharian

    Kepentingan terapi cara kerja

    Dilakukan untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor

    halus dengan lebih baik

    Meningkatkan kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu

    dengan otot-otot kecil yang ada

    Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah

    ketidakupayaan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan

    fizikal pada semua peringkat umur

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    6/22

    Aktiviti terapi cara kerja

    Aktiviti terapi cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yangberkemahiran sahaja. Peralatan untuk menjalankan aktiviti terapi cara kerja

    hanya boleh didapati di pusat-pusat latihan tertentu sahaja. Namun, gurupendidikan khas juga boleh melakukan terapi cara kerja yang mudah dan

    bersesuaian dengan murid bermasalah pembelajaran di sekolah.

    Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah :

    Latihan aktiviti berkaitan kemahiran hidup

    Latihan pravokasional

    Latihan aktiviti membuka dan memasang peralatan

    Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif

    terapi muzik

    Apa itu terapi muzik??

    Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), terapi muzik adalah alternatif dalam

    rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik

    bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan tarak kesihatanmental dan fizikal.

    Objektif terapi- Pengurusan tingkah laku

    - Tingkatkan penglahiran perasaan- Tingkatkan harga diri

    - Tingkatkan keupayaan akademik

    - Kembangkan emosi- Mudahkan komunikasi interpersonaldan intrapersonal

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    7/22

    - Latih pertuturan

    Jenis peralatan muzik

    a) Peralatan muzik tradisional Melayu

    - Di palu (rebana, beduk, kompang)- Di petik (rebab, gambus, kecapi)

    - Di tiup (serunai, seruling, tetuang)

    - Di goncang (angklung)

    b) Perlatan muzik Barat- Perkusi tidak berpic (tamborin, kerincing, kastenet)

    - Tiup dan bras (rekoder, seksofon, trompet)

    - Bertali (piano, biola, mandolin)

    Langkah-langkah bermain alat muzik

    Terdapat beberapa langkah yang perlu diberi perhatian semasa mengajarmurid bermasalah pembelajaran bemain alat muzik.

    a) memperkenalkan peralatan muzikb) guru membuat demonstrasi

    c) aktiviti warming up yang sesuaid) teknik bermain yang betul

    e) postur badan yang betul

    f) membunyikan pola ritmag) memainkan corak ritma

    h) bermain mengikut gilirani) membuat pergerakan yang sesuai

    h) bermain secara keseluruhan

    Pemilihan muzik sebagai satu rawatan

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    8/22

    a) muzik adalah suatu fenomena yang boleh memberi kesan kepadasemua manusia. Ia memberi kesan gerakbalas pada fizikal, kognitif dan

    emosi serta perhubungannya dengan pemikiran dan tubuh badan

    b) muzik memberi kesan interaksi antara dan sesama individu. iaboleh mendorong dan menstruktur sesuatu aktiviti dan pencetusan idea.

    c) muzik meruakan sumber kepada keseronokan,

    memperkembangkan penghargaan diri dan menggalakkan interaksi yangpositif.

    Kebaikan terapi muzik

    a) murid terencat akal

    - dapat meningktkan kemahiran sosial dan emosi

    - dapat meningkatkan kemahiran komunikasi- dapat meningkatkan kemahiran psikomotor

    b) murid bermasalah komunikasi

    - meningkatkan kelancaran pertuturan- membetulkan masalah suara- meningkatkan keyakinan diri dan luahan emosi

    c) murid autistik

    - meningkatkan pertuturan dan bahasa

    - meningkatkan kemahiran sensorimotor- menggalakkan interaksi sosial

    Aktiviti terapi muzik

    - Membuat pergerakan mengikut lagu- Menulis lirik lagu

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    9/22

    - Bermain berlatar belakangkan muzik- Mengenal dan membuat latihan menggunakan alat muzik

    - Latihan praktikal guna alat muzik

    Terapi pergerakan kreatif

    Apa itu terapi pergerakan kreatif??

    Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria

    yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.

    Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkanindividu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma,

    kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan.

    Aspek pergerakan kreatif

    a) lokomotor

    pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan

    keseluruhan badan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

    contoh pergerakan lokomotor

    i) berjalan

    ii) melompat

    iii) merangkak

    b) bukan lokomotor

    pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah

    kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik.

    contoh pergerakan bukan lokomotor

    i) berlari setempat

    ii) melompat setempat

    iii) imbangan bangau

    c) manipulasi alatan

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    10/22

    manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana alatan digunakan untuk

    membentuk pergerakan

    kemahira ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal

    dan mengawasi sesuatu objek.

    contoh manipulasi alatan

    i) melantun bola ambil berjalanii) memusingkan gelung dengan tangan

    iii) skipping sambil berjalan

    Tema pergerakan

    Pergerakan kreatif mempunyai enam belas tema sebagai panduan dalam

    pengajaran dan pembelajaran

    Tema 1 : Kesedaran tubuh badanTema 2 : Kesedaran rintangan kepada beban dan masa

    Tema 3 : Kesedaran ruang

    Tema 4 : Aliran beban badan dalam ruang dan masa

    Tema 5 : Penyesuaian terhadap kawan.

    Tema 6 : Penggunaan tubuh badan sebagai alat.

    Tema 7 : Lapan lakuan daya asas

    Tema 8 : Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.

    Tema 9 : Bentuk-bentuk pergerakan.

    Tema 10 : Gabungan lakuan daya asas.

    Tema 11 : Orientasi ruang

    Tema 12 : Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan.

    Tema 13 : Penaikan dari lantai.Tema 14 : Kesedaran berkumpulan.

    Tema 15 : Formasi pergerakan dalam kumpulan.

    Tema 16 : Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.

    Kepentingan terapi pergerakan kreatif

    a) meningkatkan kecerdasan

    b) meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa

    c) meningkatkan kemahiran bertutur

    d) meninkatkan kreativiti

    Aktiviti yang boleh dilakukan

    - Gimrama

    - Tarian moden

    - Tarian tradisional- Pergerakan berkumpulan dan berpasangan

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    11/22

    Terapi pertuturanApa itu terapi pertuturan??

    Kamarudin Hj Husin (1987) menyatakan bahawa pertuturan ialah kegiatan

    melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alatpertuturan(artikulator). Ia juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam

    suasana bahasa manusia.

    Pertuturan juga boleh bermaksud bercakap, hasil daripada percakapan, apa

    yang dituturkan, bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek

    tersendiri sesebuah wilayah atau tempat.

    Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yangdihadapi oleh

    seseorang individu.

    Terapi pertuturan juga adalah kaedah yang digunakan untuk membantumurid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan

    berkomunikasi.Menurut Encyclopedia Britannica terapi pertuturan ialah satu rawatan untuk

    memperbaiki kecacatan pertuturan. Ia mungkin berpunca dari otak, telinga,

    sepanjang peti suara yang menjejaskan suara, alat artikulasi,

    perkembangan dan kesukaran bercakap selepas penguasaan bahasa.

    Terapi pertuturan dilakukan adalah untuk membantu seseorang menguasai

    pertuturan atau komunikasi dengan lebih baik

    Kepentingan terapi pertuturan

    melatih murid menguasai kemahiran tertentu membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa

    meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial individu

    meningkatkan tahap keupayaan murid.

    Dilakukan kepada

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    12/22

    - Kanak-kanak lewat pertuturan- Bibir atau lelangit sumbing

    - Kanak-kanak dengan masalah pertuturan khusus- Gagap atau sengau

    - Pesakit stroke

    Punca masalah- Masalah pendengaran

    - Lewat perkembangan- Otot lisan lemah

    - Kecacatan masa lahir

    - Masalah pernafasan- Kecederaan otak

    - Masalah dalam proses penelan makanan

    Strategi pemulihan- Aktiviti intervensi bahasa

    - Terapi artikulasi

    - Terapi motor lisan

    Aktiviti yang boleh dilakukan

    Menggerakkan lidah ke atas, ke bawah, ke kiri an ke kanan Membunyikan vokal dengan panjang

    Aktiviti senaman muka dan mulut (menguap, mengunyah)

    Meniup belon

    Tiup bola ping pong dalam bekas berisi air

    Terapi seni visualApa itu terapi seni??

    Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    13/22

    Terapi seni menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindakbalas individu untuk menghasilkan produk

    Kepentingan terapi seni

    - Menyelesaikan konflik emosi

    - Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri- Membina kesedaran sosial

    - Mengubah tingkah laku- Membina strategi penyelesaian masalah

    - Meningkatkan kemahiran penguasaan hidup

    Kepentingan seni dalam kehidupan dan pendidikan

    seni merupakan pengalaman pandangan melalui imaginasi dan

    perasaan

    seni adalah pengalaman yang berlaku sepanjang hari

    seni adalah pengalaman universal. Tidak terhad kepada individu

    tertentu

    Fungsi seni dalam pendidikan

    a) menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan estatik

    b) menyumbang kepada kepuasan diric) menyumbang kepada penyelesaian masalah

    d) menyumbang kepada perkembangan personalitie) sebagai alat membantu pertumbuhan kanak-kanak

    Kepentingan seni visual kepada murid bermsalah pembelajaran

    a) meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar

    b) meluahka perasaanc) menguatkan daya imaginasi

    d) menguatkan motor kasar dan motor halus

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    14/22

    Aktiviti yang boleh dilakukan- Catan

    - Kolaj dan asemblaj- Reka bentuk

    - Anyaman

    - Kraftangan- Pengubahsuaian alat untuk jadikan benda lain

    Terapi hidroApa iu terapi hidro??

    Hidroterapi bermaksud terapi air atau rawatan air. Rawatan ini bukan sahaja melakukan aktiviti renang malah

    aktiviti berendam di dalam air juga dilakukan.

    Terapi hidro menggunakan air sebagai medium semulajadi untukmeringankan atau mengubah keadaan sedia ada kepada yang lebih baik.

    Terapi ini sangatlah sesuai untuk perkembangkan fizikal pergerakan motorkasar dan halus serta mental.

    Otot dan otak dirangsang kerana pergerakan dalam air lebih mudah danmeredakan ketegangan dan rasa sakit

    Objektif terapi hidro

    Terapi hidro perlu dilakukan ke atas murid masalah pembelajaran adalahuntuk :

    membentuk sikap kerjasama

    memberi keseronokan ketika berada di dalam air

    memulihkan keadaan fizikal, emosi dan spiritual.

    Elemen penting dalam terapi hidro

    Keselamatan di air

    Apungan

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    15/22

    Berenang

    Pernafasan

    Faedah terapi hidro

    Air panas meregangkan dan dapat stimulasi sistem pertahankan badan

    Air sejuk dapat mengurangkan radang

    Merawat masalah pernafasan

    Memberikan keyakinan dan motivasi

    Merangsang pergerakan

    Mengurangkan ketegangan otot

    Meningkatkan kecergasan kardiovaskular

    Langkah keselamatan

    Aktiviti regangan sebelum masuk ke air

    Pastikan paras air sesuai untuk murid

    Alatan yang sesuai digunakan

    Pakaian yang sesuai

    Kawalan guru yang lebih

    Aktiviti yang boleh dilakukan

    Regangan dan pemanasan badan

    Penyesuaian diri dengan air

    Membina keyakinan diri

    Menguatkan motor kasar

    Kawalan pernafasan

    Kayuhan kaki dan imbangan

    Berjalan di dalam air dan apungan

    Berjalan sambil menguak tangan

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    16/22

    Terapi mainApa itu terapi main??

    Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan

    kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.

    Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan

    pendapat masinf-masing.

    Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan

    mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.

    Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang

    dijalankan.

    Konsep terapi bermain

    melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia

    ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain

    kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing

    Tujuan terapi bermain

    mengurangkan masalah tingkah laku

    meningkatkan komunikasi

    mempu menilai diri sendiri

    meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang

    Kelebihan terapi bermain Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri

    Membolehkan melahirkan masalah

    Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan

    Proses terapi bermain

    Tahap satu : rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina

    Tahap dua : luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsis

    Tahap tiga : penerokaan peristiwa

    Tahap empat : bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih

    Pelaksanaan melaksanakan terapi main

    1) bilik terapi Kelengkapan bilik terapibersesuaian bergantung kepada kesesuaiankanak-kanak

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    17/22

    Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku,cermin, almari dan lain-lain

    2) media mainan (kritirea)

    Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak Peluang untuk menguji realiti kanak-kanak

    Membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untukmeluahkan perasaan yang tidak diingini

    Mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak

    3) Kategori mainan

    Mainan mencirikan kehidupan sebenar

    - set permainan pekejaan seperti polis, doktor dan tukang masak- set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon

    Mainan bercirikan luahan perasaan agresif

    - gari- penukul- peralatan militari

    - topeng

    Mainan bercirikan luahan perasaan an kreatif

    - crayon- playdoh- kad- boneka bekas air

    Terapi snoozelenApa itu terapi snoozelen??

    Istilah snoezelen diambil dari perkataan Belanda atau Dutch iaitu snuffelen yang bermaksud mencari atau

    meneroka dandoezelen yang bermaksud releks.

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    18/22

    Snoezeland ialah suatu terapi stimulasi multisensori (visual, auditori,sentuhan, bau) yang digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyaikecacatan pada mental, autisma, hiperaktif, lembam, dan lewatperkembangan.

    Terapi ini dilakukan kepada kanak-kanak untuk memberi stimulasi ataurangsangan pada kesemua pancaindera mereka dengan menggunakanpelbagai :

    kesan lampu

    warna

    suara

    muzik

    bau lain-lain

    Objektif terapi snoozeland

    memberi peluang untuk relaks, eksplorasi dan ekspresi diri.

    sesuai bagi murid yang kurang kesedaran dalam kelompok rakan.

    memberi perhatian secara individu.

    dapat membina kepercayaan antara ahli terapi dan murid.

    Rangsangan dapat dihasilkan dengan beberapa cara, antaranya :

    penglihatan

    pendengaran

    sentuhan

    bau

    Kepentingan terapi snoozelen

    Dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran.

    Memberi relaksasi kepada fizikal dan mental.

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    19/22

    Meningkatkan kesedaran dan perhatian.

    Menunjukkan inisiatif untuk beraktiviti.

    Membina keyakinan pada diri.

    Memperkembangkan kemampuan murid.

    Terapi aroma

    Apa itu aroma terapi??

    Aroma terapi merupakan gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauanyang hadir dari pati minyak dan terapi bermaksud bagaimana bauantersebut diaplikasi untuk melegakan atau memulihkan simptom-simptomfizikal dan meningkatkan kesihatan mental.

    Istilah Aroma terapi terdiri daripada dua patah perkataan iaitu Aromayang bermakna bau, atau haruman, dan Therapy yang bermakna rawatan.

    Terapi aroma kepada kanak-kanak pendidikan khas

    Terapi aroma sangatlah sesuai dijalankan ke atas kanak-kanak pendidikankhas yang mengalami masalah pembelajaran seperti terencat akal

    hiperaktif

    autisma

    lembam

    sindrom down

    ceberal palsy

    Terapi aroma dapat membantu menenangkan minda dan emosi kanak-kanakkhas serta membantu meningkatkan deria rangsangan bau.

    Jenis bau-bauan yang digunakan dalam aroma terapi

    1) lavender

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    20/22

    berfungsi untuk menghilangkan stress

    mengawal emosi yang tidak stabil

    2) jasmin

    dapat menghilangkan stress

    3) ros

    dapat menenangkan emosi

    4) blossom

    http://3.bp.blogspot.com/-R-ZqWoBmVIY/TcoEPfDlHBI/AAAAAAAAADg/T1wfMSHCwj0/s1600/blossom.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-Aqsadw1JG3E/TcoEGmbDJxI/AAAAAAAAADU/iX8qoKv_QRk/s1600/ros.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-Y43a_Gp-zLs/TcoEL7NxkBI/AAAAAAAAADc/KIWdf1uDYro/s1600/jasmin.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-vkKyhYLocZA/TcoEJoxnhnI/AAAAAAAAADY/29dXQCy83jA/s1600/lavener.jpg
  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    21/22

    dapat meningkatkan tumpuan

    dapat mengurangkan sakit kepala

    Kepentingan terapi aroma membantu untuk meningkatkan keupayaan mental dan emosi

    membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi

    merangsang pemikiran dan kreativiti murid

    memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri

    meningkatkan kemahiran pengamatan

    v

    Terapi haiwan

    Apa itu terapi haiwan berkuda??

    Lisa McCallum seorang terapis berkuda dari Sleepy Hollow TherapeuticRiding Centre dan South African Riding for the Disabled Association (Sarda)mengata bahawa "menunggang kuda adalah satu kegiatan yangmenyenangkan bagi kebanyakan orang, tetapi bagi anak-anak yang memilikiketerbatasan, menunggang kuda tersebut boleh dijadikan sebagai salah satucara penyembuhan

    Kelebihan Terapi Berkuda

    Menurut McCallum, terapi berkuda memiliki tiga manfaat utama

    olahraga

    pendidikan

    pengubatan

    Ketiga-tiga hal ini sangat diperlukan untuk pertumbuhan anak-anak.

    Terapi berkuda juga :

    Mampu memotivasikan kanak-kanak yang memiliki masalah mentaldan emosi.

    Membantu kanak-kanak memupuk sifat sabar, dan berdisiplin.

  • 7/30/2019 Apa Itu Terapi Pasir_1

    22/22

    Mampu memotivasikan kanak-kanak yang memiliki masalah mentaldan emosi.

    Membantu kanak-kanak memupuk sifat sabar, dan berdisiplin.