Anjakan 5

3
Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah Beberapa kajian antarabangsa tentang kepimpinan sekolah menunjukkan bahawa pengetua/guru besar yang cemerlang, iaitu yang memberi tumpuan kepada kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan pentadbiran, dapat meningkatkan keberhasilan murid sebanyak 20%. Walau bagaimanapun, kriteria pemilihan yang diamalkan pada masa ini sebahagian besarnya ditentukan berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukannya kecekapan kepimpinan. Tambahan lagi, 55% daripada semua pengetua/guru besar yang ada pada masa ini tidak pernah mengikuti latihan persediaan atau induksi sebelum atau semasa mereka berada dalam tempoh tiga tahun pertama sebagai pengetua/guru besar. Hal ini bermakna mereka mungkin menjalankan tugas sebagai pengetua/guru besar dalam keadaan kurang bersedia. Pengetua/guru besar cemerlang akan diberikan insentif untuk berkhidmat di sekolah berprestasi rendah, dan akan berperanan sebagai mentor dalam komuniti yang lebih luas. . Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013. Kementerian akan menukar kriteria pemilihan pengetua/guru besar daripada pemilihan berasaskan tempoh perkhidmatan kepada pemilihan yang berfokuskan kecekapan kepimpinan. Setiap pengetua/ guru besar juga dikehendaki mendapatkan sijil Kelayakan Profesional Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) daripada Institut Aminuddin Baki (IAB) sebelum boleh dilantik sebagai pengetua/ guru

description

Anjakan 5

Transcript of Anjakan 5

Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

Beberapa kajian antarabangsa tentang kepimpinan sekolah menunjukkan bahawa pengetua/guru besar yang cemerlang, iaitu yang memberi tumpuan kepada kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan pentadbiran, dapat meningkatkan keberhasilan murid sebanyak 20%. Walau bagaimanapun, kriteria pemilihan yang diamalkan pada masa ini sebahagian besarnya ditentukan berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukannya kecekapan kepimpinan. Tambahan lagi, 55% daripada semua pengetua/guru besar yang ada pada masa ini tidak pernah mengikuti latihan persediaan atau induksi sebelum atau semasa mereka berada dalam tempoh tiga tahun pertama sebagai pengetua/guru besar. Hal ini bermakna mereka mungkin menjalankan tugas sebagai pengetua/guru besar dalam keadaan kurang bersedia.

Pengetua/guru besar cemerlang akan diberikan insentif untuk berkhidmat di

sekolah berprestasi rendah, dan akan berperanan sebagai mentor dalam komuniti yang lebih luas.

.

Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan

penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013.

Kementerian akan menukar kriteria pemilihan pengetua/guru besar daripada pemilihan berasaskan tempoh perkhidmatan kepada pemilihan yang berfokuskan kecekapan kepimpinan. Setiap pengetua/ guru besar juga dikehendaki mendapatkan sijil Kelayakan Profesional

Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) daripada Institut Aminuddin Baki (IAB) sebelum boleh dilantik sebagai pengetua/ guru besar. Penetapan syarat ini dijangka menyebabkan purata umur pengetua/guru besar menurun, dan membolehkan mereka

berkhidmat bagi tempoh yang lebih lama di setiap sekolah dan dalam sistem pendidikan secara keseluruhannya. Kementerian juga akan memperkenal proses perancangan penggantian yang mengenal pasti dan melatih individu berpotensi tinggi bagi memastikan terdapat

kelompok calon yang bersedia untuk berkhidmat, apabila dipanggil sebaik sahaja terdapat kekosongan jawatan.

Melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua/Guru Besar yang baharu secara berperingkat, dengan lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid.

Pengetua/ Guru Besar yang bakal dilantik akan mendapat manfaat daripada satu program induksi baharu, yang memerlukan mereka mengikuti program pementoran selama satu bulan di bawah bimbingan pengetua/guru besar yang akan berpindah atau bersara. Mereka juga akan mengikuti suatu tempoh bimbingan dan pementoran daripada pengetua/guru besar berpengalaman atau Rakan Peningkatan Sekolah (SIPartner+) daerah sebaik sahaja mereka memulakan tugas baharu sebagai pengetua/guru besar secara rasmi. Peluang mengikuti CPD tidak terhenti pada tahun pertama perkhidmatan sebagai pengetua/ guru besar. Malah, CPD akan membolehkan setiap pengetua/guru besar memperbaharui tahap profesionalisme masing-masing. Mereka akan dinilai setiap tahun menggunakan satu instrumen penilaian baharu yang memberi penekanan kepada keupayaan kepimpinan dan peningkatan keberhasilan murid. Sebagaimana guru, pengetua/guru besar berprestasi tinggi akan menikmati peluang kemajuan kerjaya yang lebih pantas. Pemberian insentif akan disemak semula bagi

pengetua/guru besar berprestasi tinggi bertugas di kawasan luar bandar dan/atau di sekolah berprestasi rendah. Pengetua/guru besar yang mengalami kesukaran dalam mencapai standard minimum akan diberikan bimbingan tambahan, manakala

pengetua/guru besar yang masih gagal mencapai tahap kualiti minimum walaupun telah diberikan bimbingan tambahan akan ditugaskan semula ke jawatan guru di sekolah lain. Seperti mana guru, aspirasi bagi pemimpin sekolah adalah untuk membina budaya kecemerlangan profesional pimpinan teladan rakan setugas. Pemimpin sekolah membimbing satu sama lain, membangunkan dan menyebar luaskan amalan terbaik, dan bersama-sama bertanggungjawab bagi mencapai standard profesional.