Acf422 fasa2 tema pemikiran latar skrip audio js

2
Petikan Skrip Dialog Audio Drama Jalan Sempit Joyah: Mentang-mentanglah aku orang tua! Sebagai orang muda macam kamu langsung tak ada adab sopan lagi. Tk ada rasa hormat lagi. Dolah: Saya minta maaf Mak Joyah. Saya minta maafJoyah: Maaf, apa maaf? Bukan kali pertama. Dah banyak kali. Kali ini aku sudah hilang sabar! Dolah: Jangan Mak Joyah! Malu saya! Malu! Perkara kecil macam ni pun Mak Joyah nak besar-besarkan. Joyah: Memang perkara kecil. Tetapi kalau kerap berlaku, bila dihimpunkan, akan menjadi besar. Penghulu: Sudah! Sudah! Mak Joyah dengan Dolah! Sudah! --- Munirah: Dia.. dia... Joyah: Eh, budak ni buat orang hilang sabar! Dia apa pada kau? Dia cium pipi engkaukah, Munirah? Leman: Joyah! Kau jangan cuba menuduh anak aku yang bukan-bukan! Takkan anak aku nak biarkan si Husin tu mencium dia pula! Sungguh tidak selayaknya Munirah dengan Husin tu! Munirah: Saya cakap benar Tuk! Husin tu.. Kemudian dia... pegang... pegang... Dolah: Pegang apa? Munirah: Semasa dia terjatuh. Dia pegang kaki saya! ---

Transcript of Acf422 fasa2 tema pemikiran latar skrip audio js

Page 1: Acf422 fasa2 tema pemikiran latar skrip audio js

Petikan Skrip Dialog Audio Drama Jalan Sempit

Joyah: Mentang-mentanglah aku orang tua! Sebagai orang muda macam kamu langsung tak ada adab sopan lagi. Tk ada rasa hormat lagi.

Dolah: Saya minta maaf Mak Joyah. Saya minta maaf…

Joyah: Maaf, apa maaf? Bukan kali pertama. Dah banyak kali. Kali ini aku sudah hilang sabar!

Dolah: Jangan Mak Joyah! Malu saya! Malu! Perkara kecil macam ni pun Mak Joyah nak besar-besarkan.

Joyah: Memang perkara kecil. Tetapi kalau kerap berlaku, bila dihimpunkan, akan menjadi besar.

Penghulu: Sudah! Sudah! Mak Joyah dengan Dolah! Sudah!

---

Munirah: Dia.. dia...

Joyah: Eh, budak ni buat orang hilang sabar! Dia apa pada kau? Dia cium pipi engkaukah, Munirah?

Leman: Joyah! Kau jangan cuba menuduh anak aku yang bukan-bukan! Takkan anak aku nak biarkan si Husin tu mencium dia pula! Sungguh tidak selayaknya Munirah dengan Husin tu!

Munirah: Saya cakap benar Tuk! Husin tu.. Kemudian dia... pegang... pegang...

Dolah: Pegang apa?

Page 2: Acf422 fasa2 tema pemikiran latar skrip audio js

Munirah: Semasa dia terjatuh. Dia pegang kaki saya!

---

Ah Chong: Tuk! Saya nak minta ganti rugi! Ayam-ayam yang saya beli daripada orang kampung habis terlepas. Telur itik dan telur ayam semua pecah. Rugi saya hari ini. Semua ini kerana Murali roti tu!

Murali: Jangan salahkan saya, Ah Chong! Sepatutnya awak tunggu sehingga saya lepas. Tapi awak masuk juga!

Ah Chong: Saya yang jalan dulu! Awak kemduain. Sepatutnya awak yang tunggu!

Tuk Penghulu: Sudah! Sudah! Jangan bergaduh. Bertenang!

---

Lebai Dahaman: Ini yang saya tak mahu dengar! Jalan yang selebar dua kaki itu pun merupakan batas petak tanah sawah saya. Saya tak benarkan dilebarkan lagi masuk ke tanah saya. Saya tak benarkan!

Dolah: Tapi, Pak Lebai… untuk kepentingan orang ramai. Penduduk kampung ini!

Lebai Dahaman: Aku tidak peduli! Kepentingan orang ramai bukan tanggungjawab aku. Tanggungjawab aku memelihara harta pusaka nenek moyang aku. Barangkali kamu semua buta mata dan hati. Tidak pernah memikirkan betapa pedih dan sengsara nenek moyang kami semua mula-mula datang ke sini. Meneroka hutan belantara ini sehingga menjadi sawah bendang yang lapang dan berpetak-petak. Sekarang ini, usahkan kamu nak pagar hutan menjadi sawah, sawah yang ada, kamu timbus. Sehingga permandangan sawah menjadi carik robek. Sepertilah kamu merobek-robek hati dan jantung nenek moyang kamu.

Page 3: Acf422 fasa2 tema pemikiran latar skrip audio js

Penghulu: Sudah! Sudah! Jangan bertengkar! Saya mahukan pendapat. Begini, semua orang tolong diam. Jangan cakap kalau saya tidak minta.