[3] DISKUSI KELAPAN

download [3] DISKUSI KELAPAN

of 6

Transcript of [3] DISKUSI KELAPAN

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KELAPAN

    1/6

    OBJEKTIF

    Memahami maksud keseluruhan yang ingin disampaikan daripada hadith ini sertamengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

    Mengetahui peri pentingnya menjaga pemakanan kita dari sumber yang haram.

    Mengetahui salah satu sebab mengapa doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

    1.0 MUQADDIMAH

    Permasalahan halal dan haram dalam kehidupan masa kini semakin meruncing

    dalam kalangan umat Islam. Allah sendiri menyarankan kepada setiap hambaNya,agar mencari rezeki yang halal walaupun hasil pendapatan yang diperoleh hanyalah

    sedikit. Seandainya, makanan yang dimakan berpunca daripada sumber yang haram,

    akhirnya ia akan memberi impak kepada kehidupan sehariannya, serta tiada

    keberkatan dalam segala perlakuannya. Tambahan pula, doa orang -orang yang

    memakan makanan haram, sukar dimakbulkan oleh Allah.

    Ada dinyatakan dalam sebuah hadith, mafhumnya: Dalam setiap badan manusia,

    ada segumpal darah, jika baik, maka baiklah keseluruhannya, jika kotor, maka

    kotorlah keseluruhannya, dan ia adalah hati. Sememangnya, setiap perkara yang

    berlaku atas dunia ini, akan berkait dengan hati kerana ia merupakan pusat segala

    tindak -tanduk seharian kita. Oleh sebab itu, jika makanan, hasil pendapatan dan

    wang yang diperoleh berasaskan punca haram, kemudian dialirkan dalam darah dan

    akhirnya menjadi sebati dengan darah daging, jadi impaknya hati menjadi kotor

    kerana telah diselaputi dengan anasir -anasir yang tidak baik.

    Tuntasnya, pentingnya menjaga setiap pemakanan, minuman, pemakaian,

    pendapatan, bukan hanya untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat, bahkan juga

    untuk memelihara kesihatan rohani daripada terus tercemar dengan perkara -perkara

    yang tidak mendapat keredhaan Allah.

    DISKUSI 8 :

    MENCAPAI SIFAT WARA

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KELAPAN

    2/6

    2.0 HADITH DAN TERJEMAHAN

    : :

    }: { : } { !:

    !

    .

    Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda:

    Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik.Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang -orang Mukmin dengan apayang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman:(Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik -baik danhendaklah kamu beramal soleh) . Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang -orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik -baik yang Kami

    rezekikan kepada kamu).

    Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang

    berambut kusut masai dan berdeb u, yang menadah tangan ke langit (iaituberdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! . Bagaimanakah doanya akandimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannyaharam dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?.

    (Hadith riwayat al -lmam Muslim)

    3.0 INTIPATI HADITH

    1. Allah itu baik, tidak menerima melainkan yang baik

    Pada hadith tersebut, Rasulullah ada menerangkan bahawa Allah itu baik, dan Dia

    tidak akan menerima melainkan yang baik juga. Erti baik ( yang dimaksudkan (

    disini ialah yang suci dan bersih dari segala keburukan pada amal dan harta

    benda.Ini bererti bahawa Allah tidak akan menerima daripada sesuatu amalannya

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KELAPAN

    3/6

    yang dicampuri riak dan bangga, sedekah daripada hartanya yang haram. Kerana

    sifat yang mengotorkan amal dan sedekah bukanlah dari suatu yang baik

    malahan dari yang buruk dan Allah tidak menerima suatu yang buruk walaupun

    kelihatan pada zahirnya baik.

    Amal seorang Mukmin mempunyai hubungan yang erat dari aspek pemakanan

    dan minuman yang halal. Halal menurut pandangan syarak adalah yang baik

    walaupun tidak lazat rasanya. Inilah yang ditunjukkan oleh Rasulullah pada hadith

    tersebut dengan sabdanya yang menyatakan bahawa Allah memerintah orang -

    orang Mukmin sebagaimana yang telah diperintahkan kepada sekalian Rasul

    dalam perkara pemakanan yang halal. Firman Allah :

    ( )

    Hai sekalian Rasul ! makanlah dari yang baik - baik dan beramallah akan yang

    baik.

    ( )

    Hai sekalian orang yang beriman ! makanlah dari segala yang baik - baik yangkami rezekikan kepada kamu.

    Dua ayat ini menjelaskan bahawa sekalian Rasul dan umat mereka diperintahkan

    agar makan dari makanan yang baik iaitu yang halal dan direzekikan kepada

    mereka. Kerana makanan yang halal menjadi syarat utama bagi kesucian amal

    yang akan diterima.

    2. Orang yang tidak diperkenankan doa

    Setelah itu, pada hadith tersebut diterangkan pula perihal lelaki yang kelihatan

    kusut rambutnya kerana tidak pernah dibersihkan, serta berdebu warna mukanya

    kerana lama dan jauh dalam perjalanannya, taat kepada Allah dan berdoa

    menghulurkan dua tangannya ke langit seraya berkata : Hai Tuhanku ! Hai

    Tuhanku ! Berikanlah kepadaku, sampaikanlah hajatku. Demikianlah keadaannya

    yang berhasrat untuk diterima doanya. Tetapi malang sungguh kerana doanyatidak diperkenankan dan hajatnya tidak dimakbulkan. Hal ini kerana lelaki

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KELAPAN

    4/6

    tersebut tidak layak untuk dikabulkan doanya disebabkan makanan yang datang

    dari sumber haram. Sebagaimana yang diterangkan Rasulullah, iaitu makanannya

    haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan disuapkan ke mulutnya

    dengan yang haram maka bagaimanakah akan diperkenankan bagi doanya?

    3. Segala perbuatan haram menghalangi doa

    Pada suatu masa, Nabi Musa a.s melihat seorang lelaki mengangkat dua

    tangannya kerana berdoa kepada Allah dengan cara yang sungguh -sungguh.

    Kemudian itu, Nabi Musa sendiri mengadu nasib orang itu kepada Allah : Hai

    Tuhanku ! Hamba Engkau ini memohon kepada Engkau supaya Engkau kasihi

    akan dia, kerana Engkau Tuhan yang amat Pengasih dari segala yang kasih, maka

    apakah yang Engkau lakukan pada hajatnya?. Allah berfirman kepadanya : Hai

    Musa ! Kalau dia mengangkat kedua belah tangannya sehingga putus sekalipun

    Aku tidak akan mahu memenuhi hajatnya, sehingga dia sendiri memenuhi hak

    Aku.

    Ketika Ibrahim bin Adham ( seorang ahli tasawuf yang masyhur) berada ditengah -

    tengah padang pasir Basrah, dia dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka

    ada yang bertanya: Mengapakah doa kami tidak dikabulkan Allah sedangkan

    kami selalu berdoa kepadanya? Beliau menjawab: Kerana hati kamu buta

    disebabkan sepuluh perkara. Iaitu:

    Kamu katakan kamu mencintai Allah, tetapi kamu tidak menunaikanhakNya.

    Kamu sangka bahawa kamu cintakan Rasul, tetapi kamu tinggalkan

    sunnah Baginda.

    Kamu telah membaca al -Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.

    Kamu telah makan nikmat -nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukurkepadaNya.

    Kamu katakan bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidakmenentangnya.

    Kamu katakan bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramaluntuknya.

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KELAPAN

    5/6

    Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak laridaripadanya.

    Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia kearahnya.

    Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia,tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.

    Kamu kebumikan mayat -mayat saudara kamu, tetapi kamu tidakmengambil iktibar (pengajaran) daripada mereka.

    4.0 NILAI DAN PENGAJARAN

    1. Wajibnya kepada orang -orang yang beriman agar makan dan minum daripada

    yang halal - halal ialah yang baik, baik menurut hukum, baik menurut faedah

    dan khasiat yang ada padanya serta memakai pakaian yang halal. Dan wajib

    pula mereka mendapatkan yang halal itu dengan jalan yang halal atau dengan

    usaha yang diharuskan.

    2. Orang -orang yang beriman diwajibkan beribadah dan disuruh berdoa. Ibadah

    dan doa wajiblah dilakukan dengan cara yang suci, suci niatnya, suci

    maksudnya, suci zahir badan dan batinnya dari segala yang haram. Yang

    haram itu adalah yang tidak baik, dan Allah tidak akan menerima sesuatu

    yang tidak baik, kerana Dia bersifat baik, sebagaimana yang telah ditegaskan

    pada hadith tadi.

    3. Sheikh Ibnu Hajar al -Haitami dalam huraian hadith ini mengemukakan

    perkara bersedekah dengan harta yang haram. Di antara lain -lain beliau

    menerangkan : Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan menerima sedekah

    dengan harta haram. Kerana orang yang bersedekah itu melakukan suatu

    yang terlarang, iaitu menggunakan milik orang lain.

    4. Dalam berdoa, terdapat juga syarat dan adabnya. Di antaranya ialah berdoa

    dengan suara yang perlahan, menjauhi susunan kata yang bersajak -sajak,

    tidak memohon sesuatu yang haram dan mustahil atau perkara yang tidakmunasabah.

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KELAPAN

    6/6

    RUJUKAN

    1. Al-Wafi fi Syarah Arabain an-Nawawi , Dr Mustafa Bugho, Darul Kalam, Damsyik, 1428H-2008,Cetakan Pertama.

    2. Pdf Hadith 40 Imam Nawawi.3. Jami Ulum wal Hukum fi Syarah Khomsina Hadithan min Jawami Kalam, Ibnu Rejab a l-Hanbali,Darul Fajar li Turath, Qaherah, 1431H-2006.

    4. Hadith 40 dan Terjemahannya, Mustafa Abdul Rahman, 2008, Dewan Pustaka dan Fajar, Shah Alam.