2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

26
TEMA PENYELIDIKAN ESEI ILMIAH SEJARAH KERTAS 940/4 (2014/15)

description

TEMA PENYELIDIKAN ESEI ILMIAH SEJARAH

Transcript of 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

Page 1: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

TEMA PENYELIDIKAN ESEI ILMIAH SEJARAH KERTAS 940/4 (2014/15)

Page 2: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

• Sejarah - satu bidang pengajian/studi mencakupi keseluruhan kehidupan manusia pada suatu masa lepas.

• Penelitian lazimnya tertumpu kepada pelbagai aspek kehidupan yang dijalani manusia dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka pada suatu tempat atau zaman tertentu.

• Disebabkan keluasan bidang kehidupan dan kegiatan manusia itu, mendorong ahli sejarah membahagikannya kepada aspek-aspek atau tema tertentu supaya penelitian yang tersusun, mendalam dan khusus dapat dilakukan.

Page 3: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

Sehubungan dengan itu, menerusi kertas Kerja Kursus Sejarah (940/4) MPM telah membahagikan aspek kehidupan yang wajar diselidiki pelajar yang mengambil kertas 940/4 kepada 12 tema khusus.

Pada tahun 2014, MPM memilih EMPAT tema sebagai subjek penulisan pelajar kertas ini.

Tema tersebut adalah: • 1. Pendidikan. • 2. Sains dan Teknologi . • 3. Kehakiman dan Perundangan, dan • 4. Ketenteraan.

Page 4: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

Konteks & Skop Tema Penelitian

Page 5: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

Pendidikan

• Pendidikan – suatu proses bagaimana sesebuah masyarakat pada masa tertentu memindahkan (transmitting) budaya, pengetahuan, kemahiran, nilai dan lain-lain dari satu individu/kelompok kepada yang lain.

• Pendidikan melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan tekanan atau tumpuan kepada aspek-aspek tertentu yang dikira bernilai untuk dipelihara, dikembangankan dan diperturunkan. Proses ini berkembang sesuai dengn peredaran masa.

• Pendidikan yang berkembang dalam sesebuah masyarakat sentiasa mengalami evolusi dan perubahan demi memenuhi keperluan dan tuntutan semasa.

Page 6: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

• Meskipun pendidikan moden berasaskan model Barat telah diperkenalkan, namun dikebanyakan negara, pendidikan tradisionalnya masih berterusan,

• Proses pendidikan dalam sesebuah masyarakat berlangsung menerusi dua cara - menerusi pendidikan formal dan tidak formal.

• Pendidikan formal berlaku menerusi atau ditempat yang khusus samada dikendalikan oleh kerajaan atau swasta seperti di sekolah, kolej, atau institusi pendidikan tinggi.

• Pendidikan berlaku menerusi sistem pengajaran dan pembelajaran secara berstruktur, sistematik dan tersusun.

• Dalam pendidikan formal, matlamat dan objektif, organisasi, kandungan dan kaedah penyampaiannya (P&P) yang jelas dan tegas.

Page 7: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

• Ini berbeza dengan satu lagi bentuk pendidikan – iaitu, pendidikan tak formal.

• Pendidikan bentuk ini berlangsung dalam kebanyakan masyarakat sebelum munculnya pendidikan formal.

• Akibat perubahan dan kemajuan yang dicapai sesebuah masyarakat, mereka beralih kepada pendidikan formal, tetapi ini tidak bermakna pendidikan tak formal pupus.

• Justeru, proses memindahkan pengetahuan, nilai dan kemahiran masih berlaku dalam kebanyakan masyarakat juga berlangsung di luar daripada bentuk formal itu.

Page 8: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

• Pendidikan sebagai satu fenomena sejarah adalah subjek yang luas cakupannya.

• Kita boleh meneliti pebagai aspeknya seperti matlamat dan objektif, organisasi, kandungan sukatan pelajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran atau sistem pendidikan, institusi, teori dan falsafah, pengalaman keguruan dan sebagainya.

Page 9: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

Sains dan Teknologi• Sejak mula menghuni dunia ini, manusia tidak berhenti

berusaha memahami, mengatur dan melangsungkan kehidupan mereka.

• Sebagai makhluk dalam alam ini, mereka berusaha secara sistematik untuk fahami dunia tempat mereka tinggal dan fenomina alamiah yang mereka hadapi setiap hari.

• Atas usaha secara sedar dan berdasarkan pengalaman itu, manusia membangunkan ilmu pengetahuan tentang alam dan juga diri mereka sendiri dengan tujuan memperolehi manfaat daripada alam itu.

Page 10: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

• Justeru, secara beransur-ansur berkembangnya ilmu kealaman – yang kemudiannya dikenali sebagai sains, iaitu pengetahuan tentang alam dan manusia yang diperolehi secara langsung menerusi pemerhatian, percubaan dan dari pengalaman emperikal yang dilalui (Sains Asas).

• Berikutnya, manusia berusaha pula mengaplikasikan pengetahuan yang dibina tadi (supaya ianya menjadi bersifat boleh guna/ applicable)

Page 11: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

• Tujuannya bagi menumbuh dan mengembangkan pengetahuan praktis (Sains Terapan/Applies Sciences) yang dapat mereka gunakan bagi melakukan atau menghasilkan sesuatu menggunakan pengetahuan yang dimiliki tadi (know-how).

• Berkat usaha manusia itu, akhirnya pengetahuan manusia tentang alam berkembang mencakupi pelbagai fenomina yang berpengaruh dalam mencorakkan kehidupan mereka.

• Dari situ munculnya pelbagai bidang sains seperti fizik, biologi, kimia, perubatan, botani, geologi, microbiologi dan lain-lain. Bidang ini berkembang menjadi disiplin yang dipelajari secara formal di institusi pengajian.

Page 12: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

• Perkembangan ilmu sains banyak membantu manusia membina teknologi untuk menghasilkan pelbagai alat bagi membantu mereka memenuhi keperluan hidup.

• Dengan bermulanya usaha manusia mengaplikasikan pengetahuan dengah tujuan menghasilkan sesuatu produk dan untuk memenuhi keperluan hidup itu, membawa kepada berlakunya pelbagai inovasi.

• Inovasi tersebut melahirkan pelbagai produk teknologi yang direkacipta bagi meringankan beban manusia ketika bekerja atau menghasilkan sesuatu untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

Page 13: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

• Usaha manusia menggunakan pengetahuan untuk merekacipta sesuatu (berasaskan know-how daripada aplikasi sains) itulah yang dikenali sebagai teknologi.

• Dalam sejarah manusia sepanjang ratusan yang silam, kita dapat mengesan bagaimana sains dan teknologi tersebut mencetuskan pelbagai perubahan samada ianya bersifat baik atau buruk ke atas kehidupan mereka.

• Dari segi sejarah, pengaruh sains dan teknologi sangat menentukan dalam mencorakkan perjalanan hidup manusia di serata dunia, termasuk di negara kita.

Page 14: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

• Produk teknologi yang dihasilkan itu telah banyak membantu meringkankan beban manusia dan semakin memberikan kemudahakan kepada kehidupan mereka.

• Misalnya hakikat ini sangat ketara dalam pelbagai bidang kehidupan kita seperti kegiatan ekonomi, pengangkutan, pendidikan, perhubungan, kesihatan dan lain-lainnya.

• Disebabkan besarnya pengaruh sains dan teknologi itu, kita boleh meneliti tentangnya dari pelbagai aspek. Misalnya, aspek pendidikan sains, institusi penyelidikan, saintis, inovasi sains, produk teknologi yang dihasilkan di sesebuah negara, juga tentang teknologi tradisional dan sebagainya.

Page 15: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

Kehakiman dan Perundangan• Kehidupan manusia yang teratur memerlukan kepada

pedoman, peraturan dan hukum bagi membolehkan wujudnya keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat berkenaan.

• Dengan adanya pedoman, peraturan dan hukum yang berjalan dan dipatuhi dalam masyarakat berkenaan, akan membawa kepada terjaminnya kemaslahatan dan kelangsungan anggota masyarakat itu.

• Sepanjang sejarah manusia pihak yang memegang otoriti pemerintahan menyedari bahawa tanpa peraturan dan hukum masyarakat menjadi gawat dan pincang.

• Justeru mereka sentiasa berusaha mewujudkan keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian tersebut.

Page 16: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

• Dengan usaha tersebut munculnya institusi yang diberikan tugas membuat peraturan dan hukum yang diperlukan itu.

• Keperluan kepada peraturan, pedoman dan hukum menjadi pedorong kepada berkembangnya institusi dan sistem perundangan dalam kebanyakan masyarakat.

• Institusi ini diberikan peranan bagi menyusun, menggubal atau mengkanunkan sesuatu peraturan bagi menentukan atau menetapkan hukum atau undang-undang yang akan dilaksana dan dikuatkuasa dalam negara berkenaan.

• Undang-undang yang dikanunkan itu apabila hendak dilaksanakan memerlukan pihak yang berperanan (hakim) sebagai pentafsir dan pemutus apabila timbulnya sesuatu kes yang memerlukan kepada penyelesaian berdasarkan kepada undang-undang yang ada.

Page 17: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

• Dalam sistem pemerintahan tradisional di kebanyakan negara lazimnya tidak wujud institusi perundangan dan institusi kehakiman yang khusus dan jelas.

• Di Malaysia sebelum penjajahan misalnya, kuasa perundangan dan kehakiman bertumpu pada Raja atau Sultan.

• Namun dengan berlakunyanya pemodenan pemerintahan baik semasa zaman penjajahan Inggeris mahupun setelah negara kita mencapai kemerdekaan, sistem berkerajaan moden termasuklah sistem kehakiman dan institusi perundangan moden telah diperkenalkan.

• Sistem negara moden yang berkembang itu membawa kepada pembahagian kuasa yang jelas antara pelbagai institusi, iaitu Legisatif, Eksekutif dan Judiciari

Page 18: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

• Sistem negara moden yang berkembang itu membawa kepada pembahagian kuasa yang jelas antara pelbagai institusi, iaitu Legisatif, Eksekutif dan Judiciari.

• Setiap institusi ini diberikan otoriti yang jelas oleh perlembagaan negara – sebuah dokumen utama yang menjadi asas kepada undang-undang bernegara bagi negara kita.

• Perlembagaan kita memperuntukkan kuasa kepada Badan Legislatif/Perundangan - terdiri daripada Yang Dipertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat untuk membuat undang-undang yang diperlukan.

Page 19: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

• Undang-undang yang hendak dikanunkan itu perlu melalui proses tertentu yang ditetapkan serta memerlukan kepada perkenaan ketiga-tiga bahagian itu.

• Dalam proses pembuatan undang-undang, Badan Eksekutif yang memegang kuasa memerintah – diwakili Kabinet berhak mencadangkan apa-apa peraturan/undang yang hendak diperkenalkan untuk dikanunkan oleh Legislatif.

• Setelah undang-undang dikanunkan, Badan Legislatif dan Eksekutif tidak lagi memainkan peranan utama, kerana kuasa perundangan kini diperuntukkan oleh perlembagaan kepada Badan Judiciari pula.

• Badan ini menerusi institusi kehakiman berkuasa mentafsir dan mengaplikasikan perlembagaan dan undang-undang, khususnya apabila berkitan dengan kes-kes yang di bawa ke hadapan mereka.

Page 20: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

• Di negara kita kuasa menjalankan kehakiman terletak pada badan kehakiman.

• Kuasa itu terbahagi kepada Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rendah: Sesyen, Majistret, Juveni dan Penghulu.

• Ketua Hakim Negara menjadi pentadbir undang-undang yang tertinggi.

• Selain dipengaruhi sistem perundangan dan kehakiman moden/barat - bidang kehakiman dan perundangan juga masih terpengaruh dengan sistem perundangan Islam.

• Kerana adanya pengaruh Islam ini, dari segi perundangan, amalan di Malaysia adalah bersifat dualistik.

Page 21: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

• Ini dapat dilihat dari segi kewujudan institusi dan undang-undang syariahnya. Perjalanan hukum kehidupan bagi orang Islam di Malaysia misalnya, tertakluk kepada undang-undang keluarga Islam dan kuasa kehakimannya dipegang oleh Mahkamah Syariah.

• Disamping adanya undang-undang moden dan Islam serta badan pelaksananya, hukum adat juga masih berlangsung dan berpengaruh dalam kehidupan masyarakat di negara kita

Page 22: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

Ketenteraan• Manusia adalah makhluk politik yang sentiasa berusaha

hidup secara teratur dan demi keselamatan bersama. • Sejak awal kemunculannya, manusia berusaha hidup

bebas dari berbagai bentuk ancaman, khususnya yang akan menggugat kelangsungan hidup mereka.

• Demi mencapai matlamat tersebut, manusia berusaha menerusi pelbagai cara bagi mewujudkan keselamatan itu.

• Salah satu cara mencapai tujuan itu ialah dengan menubuhkan pasukan keselamatan – dalam bentuk tentera, sistem, strategi dan alat persenjatan yang mereka boleh gunakan apabila keadan memerlukan.

• Dengan adanya unsur tersebut, setiap negara memiliki keupayaan untuk menghalang atau melawan pihak lain daripada menggugat, mengancam atau menakluki mereka.

Page 23: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

• Disebabkan peri pentingnya aspek ini kepada kelansungan hidup manusia, sejak seratus tahun lalu kita menyaksikan satu perubahan besar dalam sejarah manusia dari segi ketenteraan, iaitu perubahan besar dari segi bagaimana peperangan dikendalikan, alat senjata yang digunakan dan juga kesan perang ke atas kehidupan kita.

• Peperangan dan konflik yang berlaku serta cara manausia menghadapinya sepanjang sejarah itu menjadi salah satu tumpuan utama dalam sejarah ketenteraan.

• Penelitian tentang ketenteraan dari segi sejarahya mencakupi bidang yang luas.

Page 24: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

• Aspek-aspek yang sering diteliti adalah seperti hal-ehwal ketenteraan, cara perang dikendalikan (operasi) - logistik, taktik, strategi, kepimpinan) dan senjata yang digunakan.

• Tumpuan juga diberikan kepada (kehidupan ketententeraan) seperti institusi-institusi ketenteraan, adat-istiadat, artifak ketenteraan – misalnya senjata, alat teknikal, kubu, berek, kapal tentera, kenderaan pesawat tentera, seragam tentera, unit, briged.

• Juga kepada sejarah perang dan peperangan ( meliputi kendalian perang, penyusunan dan kaedah perang – strtegi, operasi dan taktikal).

Page 25: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014

• Malahan penelitian juga boleh dijuruskan kepada aspek administratif dan teknikal ketenteraan seperti doktrin, sturktur organisasi, pelatihan dan perkembangan persenjataan.

• Kajian ketenteraan juga boleh dijuruskan kepada penelitian ke atas aspek peperangan dan dampaknya kepada masyarakat/Negara samada dampak perang yang berskala besar (Perang Dunia 1 dan 2), berskala kecil seperti peperangan melawan penjajah, menghadapi pemberontakan/pemisahan.

Page 26: 2.Tema Penyelidikan Esei Ilmiah Sejarah 2014