21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

28
BAB 1 : PENGENALAN Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau bahan yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Alat-alat atau bahan-bahan ini dapat membantu guru dengan menyokong penyampaian pelajaran. Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang boleh membantu dalam pengajaran guru. Jenis-jenis alat tersebut ialah bahan bercetak,bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. Semua sumber P&P yang digunakan ini mempunyai beberapa tujuan selain daripada menyampaikan isi pelajaran sahaja. Antara tujuan tersebut ialah untuk merangsang deria rangsangan murid-murid, kefahaman dan interpretasi maklumat kepada murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media, peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi, peningkatan kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan akhir sekali kemahiran psikomotor. Guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut kesesuian murid-murid dari segi tajuk,objektif, dan isi pelajaran. Selain itu aspek tahap kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar juga harus diambil perhatian oleh guru. Sumber pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan murid iaitu dari segi mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah rosak. Penghasilan sumber ini harus dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ini adalah bertujuan supaya dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk memberi lebih perhatian kepada proses pengajaran tersebut sekaligus menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif serta berkesan. 1

Transcript of 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

Page 1: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

BAB 1 :PENGENALAN

Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau

bahan yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat

menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan,

kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Alat-alat atau bahan-bahan

ini dapat membantu guru dengan menyokong penyampaian pelajaran. Terdapat

beberapa jenis sumber atau alat yang boleh membantu dalam pengajaran guru. Jenis-

jenis alat tersebut ialah bahan bercetak,bahan teknologi maklumat dan bahan maujud.

Semua sumber P&P yang digunakan ini mempunyai beberapa tujuan selain

daripada menyampaikan isi pelajaran sahaja. Antara tujuan tersebut ialah untuk

merangsang deria rangsangan murid-murid, kefahaman dan interpretasi maklumat

kepada murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media,

peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi, peningkatan

kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiran interpersonal dan intrapersonal

dan akhir sekali kemahiran psikomotor.

Guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut kesesuian murid-murid

dari segi tajuk,objektif, dan isi pelajaran. Selain itu aspek tahap kebolehan dan

perkembangan kognitif pelajar juga harus diambil perhatian oleh guru. Sumber

pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan murid iaitu dari segi

mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah rosak. Penghasilan

sumber ini harus dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ini adalah bertujuan

supaya dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk memberi lebih perhatian

kepada proses pengajaran tersebut sekaligus menjadikan proses pembelajaran menjadi

lebih efektif serta berkesan.

1

Page 2: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

JENIS-JENIS SUMBER

2

Page 3: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

1.1 JENIS-JENIS SUMBER

Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu pengajaran dan

pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses

pembelajaran. Dalam tugasan ini jenis-jenis sumber pengajaran dan

pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan

bahan maujud. Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza

tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid

memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran.

Melalui sumber-sumber yang sedia ada mahupun yang direkacipta

mengikut kreativiti sendiri, guru perlu peka dalam memilih sumber P&P yang

hendak digunakan dalam proses pembelajaran. Terdapat banyak sumber-

sumber yang boleh digunakan oleh guru-guru yang mengajar. Antara bahan-

bahan yang boleh digunakan ialah buku teks, buku rujukan, buku latihan dan

lampiran nota. Kebanyakan sumber ini biasa digunakan oleh guru-guru di

sekolah. Untuk memberi kelainan atau penambahan yang lebih menarik kepada

proses P&P, guru boleh menggunakan alat audio visual contohnya LCD, peta,

komputer, gambar rajah dan televisyen.

Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik

untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan

secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya

kepada guru. Dengan cara ini juga, objektif yang hendak dicapai akan menjadi

lebih mudah untuk dilaksanakan dan hasilnya akan lebih memuaskan serta

memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu

sendiri.

3

Page 4: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

1.2 BAHAN BERCETAK

Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yangmempunyai

tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca

secara terus. Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan

melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu.

Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad

katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak.

Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di

perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau

pereka-pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing.

Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas

oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat

pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu

ia adalah bahan yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa.

Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang

menyebabkan ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal

dan selalu digunakan.

Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan

bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku

yang tebal contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga

tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran

zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak

terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian

dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk

mengikut peredaran zaman.

4

Page 5: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

1.3 BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan

pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid.

Teknologi Maklumat (Information Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia

yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul.

Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran

kerana pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan

kecekapan proses dan keberkesanan P&P itu.

Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini, mereka boleh

menggunakan portal pendidikan, internet dan intranet, rangkaian LAN dan akhir

sekali ialah multimedia. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu

digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses P&P. Pada

masa kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian-

perisian yang percuma disediakan oleh kerajaan di mana isi perisian tersebut

bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Banyak kelebihan bahan

ini di mana jika ia digunakan secara betul jadi guru perlu selalu memantau

pergerakan murid-murid semasa proses P&P sedang berlangsung.

Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana mereka

akan tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini di mana secara tidak

langsung telah menarik perhatian mereka. Selain itu murid-murid mudah untuk

mengulangkaji apa yang telah dipelajari dan guru juga mudah untuk membuat

suntingan sekiranya guru mendapati terdapat perubahan yang perlu dibuat.

Secara keseluruhannya penggunaan bahan teknologi maklumat ini adalah

banyak kelebihannya berbanding kelemahan yang ada dan dengan bimbingan

daripada guru. Walaubagaimanapun tidak dinafikan kelemahan yang mungkin

5

Page 6: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

timbul tetapi ia akan dapat diatasi dengan mudah sekiranya pengisian yang

menarik daripada guru dihasilkan.

1.4 BAHAN MAUJUD

Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan

bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan

maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan

dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud

bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan

yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud.

Manakala dari segi sumber P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah

alat komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains.

Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu realia asli, realia awet

dan spesimen. Realia asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan

bahan bukan hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam

dunia realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan

hidup pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. Realia awet pula mestilah

berasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam

bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen.

Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili

kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang

lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu

didapati dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan

spesimen ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh

menggunakan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan 6

Page 7: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia

ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran,

rasa, sentuhan dan bauan murid-murid.

BAB 2 :

TUJUAN PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

7

Page 8: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

2.1 RANGSANGAN

Dalam tubuh manusia terdapat beberapa jenis deria yang bertindak untuk

mengesan rangsangan daripada persekitaran. Antara deria rangsangan yang

terlibat ialah deria penglihatan , pendengaran, sentuhan, bauan dan rasa.

Kelima-lima deria rasa ini perlulah dipupuk penggunaannya kepada murid-murid

8

Page 9: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

melalui aktiviti atau proses pembelajaran dalam Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan. Sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan

bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menggunakan kelima-lima

deria yang sedia ada ini. Dalam menggunakan sumber atau bahan bantu

pengajaran, semua deria ini dapat dilatih contohnya bagi deria penglihatan dan

pendengaran, sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan dari

aspek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah dengan menggunakan

tayangan video. Berdasarkan huraian sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan tahun 4, tema Kenali Budaya Malaysia, guru boleh

menunjukkan tayangan video tentang negeri-negeri di Malaysia untuk

merangsang deria penglihatan dan pendengaran murid-murid. Murid-murid

dengan secara tidak langsung akan tertarik dan berminat untuk melihat dan

mendengar apa yang ditayangkan dalam video yang disediakan.

Dalam tema yang sama iaitu Kenali Budaya Malaysia, deria sentuhan

dapat dilatih penggunaannya melalui cara guru menggunakan bahan maujud

contohnya baju-baju tradisional. Manakala dari segi bauan dan rasa pula, guru

boleh membawa makanan yang beraneka jenis mengikut asal kaum-kaum yang

ada di Malaysia. Contoh bagi kaum Melayu, terdapat kuih-muih seperti cucur

keria, cekodok dan lain-lain. Bagi kaum india terdapat kuih maruku dan bagi

kaum cina pula guru boleh membawa kuih bulan. Semua makanan ini akan

merangsang deria bau dan rangsangan deria rasa pula akan menyusul selepas

guru bahagikan semua makanan tersebut antara mereka.

2.2 KEFAHAMAN DAN INTERPRETASI MAKLUMAT

Tujuan kedua penggunaan sumber P&P pula ialah untuk meningkatkan

kefahaman murid-murid dalam sesuatu pembelajaran. Tidak dinafikan walaupun

tanpa penggunaan sumber P&P dalam sesuatu proses pembelajaran, murid-

murid masih boleh memahami mesej yang ingin disampaikan oleh guru. Tetapi

9

Page 10: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

dengan pengguanaan sumber P&P yang sesuai, kefahaman murid-murid akan

dapat ditingkatkan dengan lebih cepat berbanding tanpa menggunakan sebarang

sumber P&P. Ini kerana, murid-murid atau kanak-kanak khususnya lebih

cenderung dan mudah terangsang apabila melihat dan mendengar sesuatu yang

berkaitan dengan alam persekitaran mereka.

Menurut teori kognitif yang disokong oleh Atkinson, McClelland dan

Bruner, kejayaan dan kegagalan seseorang individu adalah bergantung kepada

kefahaman terhadap sesuatu institusi dan keperibadiannya. Ini bermakna

penggunaan sumber P&P juga adalah penting di mana kefahaman seseorang itu

bergantung kepada sesuatu intstitusi tersebut. Dalam hal ini, sumber P&P akan

bertindak sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk mencapai kefahaman

murid-murid.

Di samping kefahaman yang diterima oleh murid-murid, mereka boleh

melakukan interpretasi maklumat di mana mereka akan bertukar-tukar maklumat

yang diperolehi sesama mereka. Dengan kata lain setelah murid-murid

memahami sesuatu pelajaran, mereka boleh mengadakan perbincangan untuk

menjawab sebarang persoalan yang mungkin timbul dalam diri masing-masing.

Jadi dengan cara ini juga dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka di dalam

sesuatu subjek itu. Di samping itu murid-murid akan dapat mengukuhkan lagi

kefahaman di mana mungkin terdapat maklumat yang tidak sampai kepada

mereka semasa proses pembelajaran berlangsung, mereka akan mendapat

penambahan maklumat tersebut daripada rakan-rakan diskusi mereka.

2.3 PENGEKALAN MINAT DAN TUMPUAN MELALUI PELBAGAI MEDIA

Menurut Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner, setiap individu

mempunyai 8 jenis kecerdasan dan kesemua jenis kecerdasan itu boleh

digunakan untuk murid-murid belajar menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis

sumber P&P yang ada. Tujuan seterusnya penggunaan sumber P&P ialah untuk

10

Page 11: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

mengekalkan minat murid-murid terhadap sesuatu subjek dan juga untuk

menarik tumpuan mereka melalui pelbagai jenis sumber P&P.

Minat murid-murid terhadap sesuatu subjek itu terutamanya bagi subjek

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan boleh dipupuk sekiranya guru

mengaplikasikan cara pengunaan sumber P&P dengan betul. Guru perlu tahu

kunci untuk menarik minat semua murid-murid. Dengan cara mempelbagaikan

penggunaan sumber P&P juga dapat membantu dalam hal ini. Tumpuan murid-

murid dalam proses P&P juga adalah penting dan untuk mencapai objektif ini

guru perlu memainkan peranan dengan mengadakan komunikasi dua hala bagi

menjadikan murid lebih aktif dari segi penglibatan semasa dalam kelas.

Contohnya bagi tema Hidup Bersama Di Sekolah dan Masyarakat, dalam

subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5, guru boleh

menyediakan sumber P&P yang menarik di kelas untuk tujuan pembelajaran.

Selain itu untuk menambahkan lagi minat murid-murid guru juga boleh membawa

murid-murid untuk menyertai aktiviti kejiranan atau khidmat masyarakat seperti

rumah terbuka, gotong-royong, sukaneka, riadah di kawasan setempat. Dari situ

akan timbul suasana yang berlainan dalam proses P&P di samping murid-murid

akan didedahkan dengan cara hidup bermasyarakat yang positif. Setelah minat

mereka disemai dalam semua aktiviti yang diadakan, guru bertanggungjawab

untuk mengekalkan minat mereka itu dengan sentiasa memaklumkan mereka

dengan perkembangan aktiviti khidmat mereka kepada masyarakat di mana

akan timbul perasaan mereka dihargai atas usaha yang telah dilakukan.

2.4 PENINGKATAN DAYA INGATAN

Melalui pengetahuan sedia ada pada murid-murid, penggunaan sumber

P&P dapat meningkatkan lagi daya ingatan mereka terhadap sesuatu perkara

yang terdapat dalam subjek ini. Daya ingatan murid-murid boleh ditingkatkan

dengan guru memberikan maklumat baru melalui penggunaan sumber P&P yang

11

Page 12: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

sesuai. Penambahan sebarang maklumat yang baru akan menyebabkan

peningkatan daya ingatan mereka kepada sesuatu perkara. Perkara ini boleh

dibuktikan melalui teori konstruktivisme yang disokong oleh Von Glassefel,

Piaget dan Vygotsky di mana mereka menyatakan Ilmu pengetahuan terbina

hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan

pengalaman sedia ada.

Oleh itu guru yang mengajar seharusnya peka kepada keperluan murid-

murid dengan mengetahui tentang latar belakang atau maklumat yang perlu.

Guru perlu menggunakan sumber P&P dengan sebaik mungkin di mana selari

dengan pengetahuan dan minat murid-murid.

Dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, contoh penggunaan

sumber P&P yang sesuai yang boleh diambil bagi tema Sayangi Keluarga ialah

guru menggunakan surat khabar iaitu bahan bercetak dan menceritakan tentang

organisasi kekeluargaan di mana sudah sedia ada dalam pengetahuan murid-

murid. Kemudian guru mendedahkan isu kepincangan dalam sesebuah keluarga

di mana ia merupakan maklumat baru kepada murid-murid. Kemudian

perbincangan dilakukan dan di sini main peranan boleh diaplikasikan di mana

murid-murid diminta untuk main peranan sebagai anggota keluarga yang

bermasalah dan seterusnya mengatasi konflik tersebut. Murid-murid akan

mengaitkan pengetahuan sedia ada mereka untuk menyelesaikan masalah itu

dan secara tidak langsung peningkatan daya ingatan murid-murid tentang

tanggungjawab mereka dalam hubungan kekeluargaan akan berlaku.

2.5 KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir adalah sesuatu yang amat penting bagi murid-murid.

Ini kerana kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan

analisis, mencari maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea,

membuat inferens serta mengumpul maklumat dan banyak lagi perkara yang lain

12

Page 13: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Semasa proses P&P dijalankan, penggunaan sumber P&P dapat membantu

murid-murid untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Ini kerana

terdapat sumber P&P yang memerlukan murid-murid untuk membuat analisis

dan seterusnya melakukan pengkelasan di mana semua ini memerlukan

kemahiran berfikir yang baik.

Contoh penggunaan sumber P&P yang memerlukan kemahiran berfikir

daripada murid-murid ialah dengan penggunaan bahan teknologi maklumat di

mana bagi tema Malaysia Negaraku, guru menggunakan paparan tentang

organisasi menteri-menteri dalam kabinet kerajaan Malaysia. Kemudian murid-

murid akan diminta untuk mengenal pasti semua peranan dan tanggungjawab

menteri-menteri yang dipaparkan. Kemahiran berfikir ini memerlukan murid-

murid menjalankan proses pengkelasan di mana mereka perlu mengetahui

tentang peranan setiap menteri-menteri dan menyusunnya semula mengikut

pangkat yang tertinggi sehingga ke bawah sehingga membentuk sebuah carta

organisasi.

Guru yang cemerlang tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber P&P.

Jadi untuk memberikan murid-murid kesan pembelajaran yang maksima, guru

boleh membuat penilaian dengan mengadakan soal jawab untuk menguji sejauh

mana kefahaman dan daya ingatan murid-murid tentang apa yang telah

dipelajari. Secara tidak langsung guru dapat mengetahui sama ada objektif kelas

pada hari itu telah tercapai ataupun tidak.

2.6 PENINGKATAN MOTIVASI

Di dalam setiap kelas yang diadakan murid-murid perlu untuk

memusatkan perhatian mereka kepada apa yang diajar oleh guru. Tetapi untuk

mengekalkan perhatian sepenuhnya adalah susah untuk dilakukan oleh murid-

murid. Ini adalah disebabkan oleh keinginan murid-murid untuk menghadiri suatu

13

Page 14: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

proses pembelajaran itu yang semakin pudar. Jadi motivasi adalah perkara yang

diperlukan untuk mengekalkan perhatian murid-murid terhadap pelajaran.

Terdapat beberapa sebab yang mungkin menyebabkan murid-murid kurang

keinginan untuk belajar. Mungkin kerana kaedah pembelajaran yang digunakan

adalah sama dan murid-murid menjadi bosan atau mungkin juga kaedah

pembelajaran yang digunakan adalah tidak kreatif dan tidak dapat menarik

perhatian mereka.

Jadi langkah penyelesaiannya ialah dengan menggunakan sumber P&P

yang sesuai dengan tahap IQ murid-murid dan disertakan dengan pengelolaan

oleh guru secara kreatif supaya murid-murid mempunyai motivasi sama ada

melalui cara ekstrinsik mahupun instrinsik. Pengelolaan yang baik oleh guru

terbukti dapat memberikan motivasi kepada murid-murid. Melalui tema terakhir

dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun 6 iaitu Sedia Hadapi

Cabaran, guru boleh menaikkan motivasi melalui aktiviti P&P dengan cara

memberi kata-kata semangat kepada mereka. Penggunaan sumber P&P yang

boleh digunakan ialah bahan bercetak di mana murid-murid sendiri yang

menghasilkan bahan tersebut. Contoh bahan bercetak yang boleh dihasilkan

ialah buku panduan bertemakan ‘Gaya Hidup Sihat’. Dengan cara ini murid-

murid bukan sahaja mendapat pengetahuan serta maklumat yang perlu tentang

isu-isu gejala sosial di negara kita, malah mereka akan lebih sedar dan akan

berusaha untuk menjauhi gejala tersebut. Mereka akan mendapat motivasi untuk

terus meneladani contoh yang baik di mana ia akan sedikit sebanyak dapat

mempengaruhi rakan-rakan mereka yang lain.

2.7 PENINGKATAN KREATIVITI

Meningkatkan daya kreativiti murid-murid adalah merupakan salah satu

tujuan penggunaan sumber P&P di sekolah. Ini kerana kreativiti merupakan

salah satu kemahiran halus yang boleh digilap untuk menjadikan murid-murid

lebih berfikir ke arah mencipta perkara baru yang lebih bernas serta menarik.

14

Page 15: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

Proses pembelajaran yang memerlukan daya kreativiti daripada murid-murid

perlulah diadakan bagi melatih daya kreativiti mereka yang sedia ada.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dianjurkan oleh guru di mana aktiviti

tersebut boleh menguji sejauh mana daya kreativiti yang ada pada murid-murid.

Selain itu guru juga boleh meningkatkan lagi daya kreativiti murid-murid dengan

menggunakan sumber P&P yang sesuai. Contoh yang boleh diberikan ialah

dalam tema Malaysia Negaraku di mana bahan yang boleh digunakan ialah

bahan maujud. Konsep penggabungjalinan juga boleh diaplikasikan oleh guru di

mana dengan masih menggunakan tema yang sama, guru boleh menggunakan

bahan teknologi maklumat, contohnya tayangan video untuk memberi

pendedahan kepada murid-murid tentang kelebihan dan keunikan tanah tumpah

darah mereka sendiri.

Di sini dengan secara tidak langsung murid-murid akan menerima input

yang baru dan idea-idea baru akan mula timbul dalam kotak fikiran mereka hasil

daripada pendedahan yang diterima. Kemudian melalui penggunaan bahan

maujud guru boleh menguji daya kreativi murid-murid dengan mengadakan

aktiviti melukis poster. Daya kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui idea-

idea yang dicurahkan ke atas kertas lukisan mereka. Guru juga dari masa ke

semasa perlu juga memantau aktiviti murid-murid bagi melihat perkembangan

mereka dan memberi sedikit tunjuk ajar untuk perkara-perkara yang perlu.

2.8 KESERONOKAN DALAM PEMBELAJARAN

Setiap murid-murid merupakan kanak-kanak yang tidak akan lengkap

tanpa melakukan perkara yang boleh mendatangkan keseronokan kepada diri

mereka. Ini adalah merupakan keperluan asas bagi setiap kanak-kanak yang

normal. Jadi guru perlu mengambil berat tentang hal ini dan untuk proses

15

Page 16: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

pembelajaran yang berkesan guru perlu mendapat perhatian daripada murid-

murid terlebih dahulu.

Keseronokan dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk

mengekalkan perhatian murid-murid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang

hendak disampaikan. Menurut sukatan pelajaran dalam Pendididikan Sivik dan

Kewarganegaraaan, berdasarkan tema Kenali Budaya Malaysia, guru boleh

mengubahsuai cara penyampaian pembelajaran dengan menggunakan bahan

maujud. Permainan perlulah direkacipta bagi menimbulkan suasana yang

seronok di dalam kelas kerana murid-murid mudah terangsang dengan aktiviti

permainan. Contoh yang boleh diberi ialah permainan ‘dart’. Akan terdapat satu

papan dart berbentuk bulatan di mana terdapat skor bagi pemain yang

membaling panah dart tersebut. Setiap bulatan mempunyai skor yang tertentu

dan jika murid-murid memanah mengenai mana-mana skor, murid tersebut perlu

menjawab soalan yang terdapat di sebalik skor yang diperolehinya. Markah akan

dikira berdasarkan skor yang diperolehi hanya jika jawapan yang diberi adalah

betul.

Permainan ini adalah pengubahsuaian yang dilakukan untuk disesuaikan

dengan proses pembelajaran di mana dapat menyampaikan isi pelajaran yang

berkaitan tema yang dipilih. Soalan-soalan yang dipilih untuk diletakkan di

sebalik skor perlulah menepati aras yang telah dipilih dan bersesuaian dengan

tahap murid-murid. Permainan ini boleh dikatakan sebagai kuiz tetapi dalam cara

yang berbeza yang lebih menarik perhatian murid-murid.

2.9 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Kemahiran interpersonal menurut pencetus Teori Kecerdasan Pelbagai

iaitu Howard Gardner ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat

serta hasrat orang lain dan kebolehan bertindak secara berkesan kepada orang

lain. Kemahiran ini memerlukan seseorang individu itu mampu berkomunikasi 16

Page 17: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

dengan baik di kalangan masyarakat yang berada di persekitaran. Dalam

konteks ini murid-murid mampu berkomunikasi dengan baik sesama murid dan

murid mampu juga berkomunikasi dengan baik kepada guru.

Kemahiran intrapersonal pula didefinisikan oleh Howard Gardner sebagai

kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan , hasrat dan

kehendak. Kebolehan menangani perasaan, mengawal kemarahan dan

kesedihan diri serta kebolehan membantu diri lebih berdisplin , beradab dan

bersopan. Kemahiran ini lebih memberikan tumpuan dari segi dalaman diri

individu tersebut. Dalam konteks pembelajaran, murid-murid mempunyai

kebolehan untuk menangani sebarang masalah peribadi mereka serta dapat

menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran.

Sumber P&P mempunyai pelbagai jenis di mana tidak dinafikan mampu

menerapkan nilai-nilai murni serta dapat melatih kemahiran interpersonal dan

intrapersonal murid-murid. Gerak kerja kumpulan adalah contoh aktiviti yang

dapat mengasah kedua-dua kemahiran interpersonal dan kemahiran

intrapersonal murid-murid. Contoh yang boleh diberikan ialah aktiviti melukis

poster di mana ia melibatkan bahan maujud. Aktiviti seperti ini memerlukan

kerjasama daripada murid-murid dan secara umumnya guru boleh melatih

kemahiran interpersonal manakala kemahiran intrapersonal pula dapat dilatih

dengan melihat sejauh mana penglibatan seseorang murid itu dalam aktiviti yang

diadakan.

2.10 KEMAHIRAN PSIKOMOTOR

Kemahiran psikomotor merupakan kemahiran pergerakan di mana

memerlukan murid-murid menggunakan semua anggota badan mereka untuk

melakukan kerja. Terdapat banyak jenis pergerakan psikomotor tetapi adalah

17

Page 18: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

bergantung kepada guru untuk melatih mana-mana kemahiran psikomotor

kepada murid-murid dengan menggunakan sumber P&P.

Contoh yang boleh diambil dalam Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan, ialah daripada tema Hidup Bersama Di Sekolah Dan

Masyarakat di mana aktiviti yang boleh dijalankan ialah aktiviti gotong-royong

samada di sekolah ataupun di kawasan setempat. Di samping murid-murid

menaburkan khidmat mereka, mereka dapat juga menjaga kesihatan mereka

dengan melakukan aktiviti yang melibatkan otot badan dan otot karvadiaskular.

Aktiviti-aktiviti lain yang boleh menjadi pilihan untuk dilaksanakan ialah

sukaneka, riadah dan rumah terbuka.

Aktiviti di dalam kelas juga boleh diadakan untuk melatih kemahiran

psikomotor murid-murid. Melalui tema Kenali Budaya Malaysia, guru boelh

mengadakan aktiviti seni tari mengikut budaya kaum di Malaysia. Seni tari

melibatkan banyak pergerakan yang unik dan secara tidak langsung kemahiran

psikomotor dapat dilatih. Di sini penggabungjalinan juga dapat dilakukan dengan

menggabungkan seni muzik semasa aktiviti seni tari dijalankan. Guru perlu

memantau aktiviti murid-murid dan banyak memberi tunjuk ajar kepada mereka

tentang perkara-perkara baru yang masih lagi asing bagi murid-murid. Aktiviti ini

memerlukan latihan yang kerap untuk memastikan murid-murid dapat mencapai

objektif pembelajaran serta menepati tujuan penggunaan sumber P&P yag telah

digunakan.

3.5 DAPATAN KAJIAN

Dari kajian yang telah dijalankan disekolah selama seminggu pada 17

hingga 21 Ogos 2009. Kumpulan kami terdiri daripada 6 orang iaitu Rafidah

binti Shapei, Muhd. Mursyid bin Zulkefli, Mohd. Amir bin Udin, Devishree a/p 18

Page 19: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

Velayutham, Suhail bin Shaharudin dan Akmal Hafeez bin Ayob telah

menjalankan kajian di beberapa buah sekolah yang berasingan. Setakat ini

terdapat 5 buah sekolah yang berlainan yang menjadi tempat kajian

kumpulan kami di tiga buah negeri yang berlainan. Antaranya ialah negeri

Pulau Pinang, negeri Kelantan dan negeri Selangor. Berikut adalah hasil

dapatan kajian yang telah dapat kumpulan kami kumpul dapat kumpul

tentang kajian kepenggunaan sumber atau bahan pengajaran di antara

sekolah-sekolah yang telah kami jalankan kajian.

3.5.1 Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir

Di sekolah ini, terdapat tiga orang guru Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan yang telah ditemu bual mengenai penggunaan sumber

pengajaran di sekolah untuk mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan. Di sekolah berkenaan, guru-guru digalakkan untuk

menggunakan bahan bantu mengajar semasa pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah. Disamping itu, daripada temu bual

yang telah dijalankan ke atas guru-guru di sekolah itu guru-guru tidak

berminat menggunakan sumber pengajaran jenis teknologi maklumat. Hal

ini kerana, terdapat beberapa kekangan yang guru-guru hadapi apabila

ingin menggunakannya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Antara yang dinyatakan adalah kekangan masa yang amat ketara kerana

untuk menggunakan sumber bahan teknologi maklumat melibatkan

penggunaan computer riba dan LCD. Yang menjadi masalah kepada

guru-guru ialah untuk memasang dan menggunakan LCD tersebut yang

akan mengambil masa yang lama terutama bagi guru-guru yang tidak

cekap menggunakan peralatan teknologi seperti itu.

3.5.2. Sekolah Kebangsaan Bukit GelugorSekolah kedua yang telah kami jalankan kajian ialah di Sekolah

Kebangsaan Bukit Gelugor, Gelugor, Pulau Pinang. Sekolah ini

merupakan antara sekolah yang lama ditubuhkan sejak zaman

19

Page 20: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

pemerintahan British lagi. Kemudian, sekolah ini ditukarkan daripada

sekolah Inggeris kepada sekolah kebangsaan. Di sekolah ini, terdapat 3

orang guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar mata pelajaran

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Sebagaimana yang telah kita

sedia maklum, sumber pengajaran amat penting dalam proses

pembelajaran murid-murid. Dan di sekolah ini sumber pengajaran yang

kerap kali digunakan adalah jenis yang bercetak.

Oleh itu, guru-guru di sekolah ini amat mementingkan tentang

penggunaan sumber pengajaran kerana ianya memudahkan penerangan

guru-guru dan ianya juga senang untuk difahami oleh murid-murid

semasa guru mengajar. Mengikut temu ramah yang telah kami lakukan

berikutan kajian kepenggunaan sumber pengajaran di sekolah tersebut,

guru-guru terbabit memberikan respon yang baik dan memberi kerjasama

yang sepenuhnya kepada kami. Dan perkara yang penting yang kami

dapat hasil temu ramah dengan guru-guru daripada temu ramah kami

sepanjang kajian ialah penggunaan sumber pengajaran penting dalam

apa juga mata pelajaran seperti yang telah dinyatakan seperti di atas.

Akan tetapi, penggunaan sumber pengajaran tersebut perlulah mengikut

kesesuaian topik dan tahap murid-murid dalam proses penghasilan bahan

bantu mengajar yang juga dikira sebagai nasihat oleh guru-guru tersebut

kepada kami bakal-bakal guru masa hadapan.

3.5.3 Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor

Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor merupakan sekolah rendah

kebangsaan yang tertua di Malaysia. Sekolah ini terletak berhadapan

20

Page 21: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

dengan padang besar Universiti Sains Malaysia. Oleh itu, sekolah ini

menjadi sekolah contoh di negeri Pulau Pinang dan mendapat kelebihan

dari pelbagai aspek oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Kami amat berbesar

hati kerana berpeluang membuat kajian lapangan di salah sebuah sekolah

yang elit di negeri ini. Sekolah ini sangat mementingkan akademik murid-

muridnya selain kokurikulum. Di sekolah ini terdapat banyak pencapaian

akademik yang cemerlang yang dapat kami lihat.

Oleh itu, sangat mudah apabila kajian yang kami laksanakan ini

berkenaan sumber pengajaran yang digunakan di sekolah tersebut kerana

sekolah tersebut sangat lengkap dengan berbagai-bagai kemudahan

pengajaran. Dan dari temu bual yang kami jalankan kepada guru-guru,

penggunaan sumber pengajaran amat dititik beratkan di sekolah tersebut.

Selain itu, guru-guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sekolah

tersebut lebih menekankan sumber pengajaran teknologi maklumat

kerana ianya lebih menarik dan murid-murid menyukainya. Oleh itu, guru

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan mengadakan kelasnya di

makmal komputer di mana guru tersebut sama ada menggunakan

perisian untuk pengajaran atau menyediakan sendiri bahan bantu

mengajarnya.

3.6 RUMUSAN

Setelah menjalankan kajian selama 5 hari sewaktu program

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), rumusan atau kesimpulan yang 21

Page 22: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

boleh dinyatakan di sini ialah sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P)

yang digunakan oleh semua guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di

sekolah-sekolah yang terlibat adalah berbeza-beza mengikut kemampuan

belanjawan sekolah tersebut dan juga kemudahan infrastruktur seperti

makmal komputer dan bilik atau pusat sumber yang di lengkapi dengan

bahan dan sumber pengajaran. Terdapat sekolah yang sedia membeli

sumber pengajaran dan pembelajaran yang dijual di pasaran dan ada juga

sekolah yang tidak mampu membeli dan sekadar menggunakan sumber

pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada serta yang dihasilkan oleh guru

berkenaan. Namun begitu guru-guru yang terlibat dalam kajian yang

kumpulan kami adakan, mengambil sikap positif dengan mencari inisiatif

sendiri untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai dengan

menggunakan sumber bahan pengajaran.

Perkara ini secara tidak langsung telah mengajar kami untuk tidak

terlalu bergantung kepada sumber pengajaran dan pembelajaran untuk

menjalankan sesuatu kelas. Sumber pengajaran yang digunakan adalah

bertujuan untuk menolong guru-guru supaya mencapai objektif pembelajaran

dengan lebih cepat dan memudahkan pemahaman murid-murid dengan isi

penyampaian semasa proses pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah

juga untuk menolong guru mengawal kelas dengan mudah apabila perhatian

mereka ditarik dengan keunikan sumber bahan pengajaran apabila guru

menggunakannya. Selain itu kami juga sedar bahawa untuk menjadi seorang

guru yang cemerlang dan berdedikasi, kita perlu menjadi lebih kreatif kerana

murid-murid mudah menjadi bosan dengan kaedah pengajaran yang sama

dan mereka akan mula hilang tumpuan dan mengakibatkan objektif

pembelajaran yang telah ditetapkan tidak akan tercapai.

Akhir sekali, kami bersepakat merumuskan bahawa penggunaan

sumber dan bahan pengajaran adalah penting dan amat dititik beratkan

oleh mana-mana sekolah berikutan dengan respon yang diterima semasa

dan sepanjang kajian kes dijalankan. Cuma penggunaan bahan dan

22

Page 23: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

sumber pengajaran tersebut berbeza mengikut kemampuan sekolah dan

guru yang mengajar. Kemampuan sekolah yang dimaksudkan di sini

adalah kemudahan yang telah disediakan oleh sekolah tersebut sama ada

dalam bentuk infrastruktur ataupun jumlah belanjawan PCG mengikut

subjek, dan guru yang mengajar pula dirujuk kepada guru yang mengajar

sama ada mahu menggunakan atau tidak sumber bahan pengajaran

semasa mengajar dan jenis apa yang dirasakan sesuai dengan tajuk

pengajaran yang ingin diajar oleh guru tersebut kepada murid-muridnya

setelah dirasakan ianya sesuai kepada tahap murid-muridnya.

3.7 REFLEKSI

Hasil daripada pemerhatian saya bersama rakan-rakan yang terlibat

semasa program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama lima hari

23

Page 24: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

bermula dari 17 Ogos hingga 21 Ogos 2009 bertempat di Sekolah

Kebangsaan Bukit Gambir, saya mendapati penggunaan sumber Pengajaran

dan Pembelajaran di dalam kelas adalah kebanyakannya hanya berpandukan

buku teks sahaja di mana setiap kelas yang saya hadiri dan membuat

pemerhatian, guru berperanan sebagai sumber rujukan untuk menghurai dan

memastikan murid-murid memahami apa yang ingin disampaikan.

Saya tidak menafikan bahawa penggunaan sumber P&P bahan

bercetak buku teks juga dapat memastikan pembelajaran dapat dijalankan

dengan lancar namun kemudahan sumber-sumber P&P yang lain di mana

berperanan untuk membantu guru memastikan murid-murid lebih seronok

untuk belajar, lebih menumpukan perhatian, lebih cepat untuk memahami isi

kandungan pelajaran dan lain-lain lagi adalah jarang digunakan dan itu

adalah satu kerugian.

Walaupun begitu saya tertarik dengan cara guru-guru di kelas

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mengendalikan kelas supaya murid-

murid memberi sepenuh perhatian kepada apa yang disampaikan oleh guru.

Apa yang saya [elajari ialah ketegasan merupakan suatu kemahiran yang

perlu dipelajari kerana ia dapat menjamin pengawalan kelas yang maksimum.

Murid-murid akan sentiasa mematuhi peraturan serta arahan yang

dikeluarkan oleh guru. Objektif pembelajaran kelas yang ditetapkan oleh guru

tersebut sewaktu hari pemerhatian kami dapat dicapai dengan mudah kerana

kerjasama yang diberikan oleh murid-,murid. Walaupun terdapat kelemahan

dari segi penggunaan sumber P&P, guru tersebut harus dipuji kerana

kebolehannya mengendalikan kelas tanpa sebarang masalah dan pada masa

yang sama dapat mencapai objektif pembelajaran yang sepatutnya.

BIBLIOGRAFI

Teori Pembelajaran: 24

Page 25: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

http://www.teachers.ash.org.au/teachereduc/indexTE.html

Teori Behaviourisme:

http://129.7.160.115/inst5931/Behaviorism.html

Unsur Konstruktivisme:

http://www.usask.ca/education/coursework/802papers/Skaalid/index.html

http://www.sedl.org/scimath/compass/v01n03/welcome.html

http://www.cudenver.edu/~mryder/itc/constructivism.html

Reka bentuk Model Pengajaran:

http://www.cudenver.edu/~mryder/itc/idmodels.html

http://www.usask.ca/education/coursework/802papers/mergel/brenda.htm

http://www.cudenver.edu/~lsherry/courses/IDdoclab.html

Faktor yang mempengaruhi penggunaan komputer dalam P&P di sekolah:

http://www.usask.ca/education/coursework/802papers/krysa/ron.htm

http://www.newhorizons.org/tech_irlkahn.html

http://mohdruzzi.blogspot.com/2008/08/strategi-pengajaran-dan-pembelajaran.html

LAMPIRAN

25

Page 26: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

BAHAN BERCETAK

BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

26

HANDOUT BUKU TEKS

SURAT KHABAR MAJALAH

Page 27: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

BAHAN MAUJUD

27

TAYANGAN VIDEO KOMPUTER

INTERNET ALAT KOMUNIKASI

Page 28: 21171336 psk-tujuan-penggunaan-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran-sid

28

LUKISAN

PERMAINAN

KERTAS MAHJONG

MAKANAN