20141215141249modul Sc Menyelesaikan Masalah

download 20141215141249modul Sc Menyelesaikan Masalah

of 26

description

1

Transcript of 20141215141249modul Sc Menyelesaikan Masalah

MODUL PENGAJARAN SAINS BAGI MENYELESAIKAN MASALAH SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

1.0 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, diharapkan dapat :

1. Mengetahui dan memahami konsep teknologi, sains dan masyarakat dengan jelas.2. Menerangkan peranan teknologi dalam pengajaran sains di sekolah.3. Membincangkan bagaimana masalah pembelajaran sains dapat di atasi berdasarkan kefahaman mengenai teknologi.

2.0 PENGENALAN

Pada pemerhatian umum, konsep teknologi dalam pengajaran sains sering disalah- ertikan. Apabila diminta mentafsir istilah teknologi dalam pengajaran kebanyakan orang akan menyebut tentang penggunaan alatan seperti computer, televisyen, video, CD ROM, projector overhead dan slaid dalam pengajaran. Kekeliruan ini mungkin berpunca daripada pelbagai sebab. Namun kekeliruan itu jelas bersangkut paut dengan kefahaman tentang teori yang mendasari konsep teknologi dalam pengajaran. Kefahaman yang tidak jelas hanya akan mengecilkan skop dan peranan yang dimainkan oleh teknologi dalam pengajaran.Ahli-ahli pendidikan belum mencapai kata sepakat tentang komponen-komponen yang sepatutnya membentuk kurikulum Pendidikan Sains Teknologi dan Masyarakat (STM). Namun demikian ramai di kalangan ahli pendidikan sains yakin bahawa Kurikulum STM jika dapat dilaksanakan merupakan satu kurikulum yang serba lengkap dan yang unggul bagi alaf baru (Aikenhead dan Solomon,1994), dan dijangka dapat meningkatkan lagi literasi sains dan teknologi di kalangan ahli-ahli masyarakat. Di Negara seperti Britain, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia STM merupakan satu mata pelajaran kurikulum yang diperkenalkan di sekolah dan di Pusat Pengajian Tinggi.

3.0 DEFINISI KONSEPSAINS

Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat.Pada dasarnya,semua sains bertujuan untuk memahami dunia di sekeliling kita. Sains sebenarnya ialah suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Prosesnya bermula dengan pengalaman dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Terdapat tiga komponen utama dalam setiap aktiviti sains iaitu Penghuraian, Mencari keseragaman dan Pembentukan Teori dan Hukum.

TEKNOLOGI

Teknologi mempunyai pelbagai makna. Makna teknologi yang biasa kita dengar ialah mesin atau lain-lain produk yang terhasil daripada ilmu sains moden. Mesin atau alat-alat ini diperlukan oleh manusia untuk memastikan kehidupan yang selesa dan bahagia. Bagaimanapun, tafsiran seperti ini dianggap amat sempit. Ia merupakan satu generalisasi jika teknologi ditafsirkan sama seperti mesin atau peralatan semata-mata. Ini kerana maksud teknologi merangkumi lebih daripada perkara-perkara tersebut.

Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, techne yang bermakna kemahiran. Berdasarkan erti asal perkataan Yunani ini, maka wajarlah jika Galbraith (1967) mendefinisikan teknologi sebagai :.the systematic application of scientific knowledge and other organized knowledge to practical tasks.Ertinya, kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik mahupun tidak) secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas.

Dalam pengajaran sains, teknologi ditakrifkan sebagai alat untuk menyelesaikan masalah ia memperlihatkan aspek instrumen yang berhubung rapat dengan teknologi.Menurut Gardner et.al (1990) mendefinisikan teknologi sebagai alat atau proses-proses pembinaan yang menuju ke arah pembentukan alat tersebut. Malcolm dan Stephens (1984) mendefinisikan teknologi sebagai prosedur pemikiran dan pelaksanaan yang bercirikan perkembangan teknologi dan juga segala produk yang dihasilkan, manakala menurut Scriven (1985) merujuk teknologi sebagai keseluruhan pengetahuan dan kemahiran yang terlibat dalam pembuatan, penyenggaraan dan pengubahsuaian alat dan juga semua alat-alat tersebut. Umumnya definisi teknologi merangkumi kedua-dua proses dan produk.

MASYARAKAT

Masyarakat(society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkankomunitimanusiayang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi pelaksanaan, ia bermaksud sesuatu yang dibuat - atau tidak dibuat - oleh kumpulan orang itu.Masyarakatmerupakan subjek utama dalam pengkajiansains sosial. Oleh kerana sesebuah masyarakat yang inginkan kestabilan memerlukan ahli-ahli yang sanggup menolong antara satu sama lain, maka ia perlu kepada nilai-nilai murni sepertikerakyatan,hakdanetika. Ini merupakan perkara asas untuk mencapaikeadilan. Jika nilai-nilai ini gagal dipatuhi, orang akan mengatakan sesebuah masyarakat tersebut sebagai tidak adil dan musibah akan berlaku. Perkataansocietydatang daripadabahasa Latinsocietas, "perhubungan baik dengan orang lain". Perkataansocietasdiambil darisociusyang bererti "teman", maka makna masyarakat itu adalah berkait rapat dengan apa yang dikatakansosial. Ini bermakna telah tersirat dalam kata masyarakat bahawa ahli-ahlinya mempunyai kepentingan dan matlamat yang sama. Maka, masyarakat selalu digunakan untuk menggambarkan rakyat sesebuahnegara.4.0 ISU ATAU MASALAH DALAM MASYARAKAT YANG BERKAITAN DENGAN SAINS DAN TEKNOLOGIISU MASYARAKAT

ISU 1 : ISU ALAM SEKITAR JEREBU

Apa itu jerebu?

Jerebu ialah keadaan kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk dan zarah di dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada pencemaran udara yang berpunca daripada kegiatan manusia dan juga fenomena alam semula jadi.

Pembakaran hutan secara terbukaPengeluaran asap perindustrian dan kenderaan

PUNCA

Faktor Semulajadi El-Nino

Kesan jerebu :

Menjejaskan kesihatan mengganggu sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, pneumonia dan penyakit yang berkaitan dengan jantung. Risiko kemalangan kemalangan kapal terbang, kapal laut serta kenderaan di jalan raya. Menjejaskan aktiviti ekonomi aktiviti penangkapan ikan oleh nelayan terpaksa diberhentikan dan penutupan sekolah. Menjejaskan aktiviti pertanian menghalang kemasukan cahaya matahari yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosintesis. Akibatnya penghasilan buah akan berkurangan.

PENYELESAIAN Masalah jerebu akan dapat diatasi sekiranya tindakan segera diambil dengan menghentikan pembakaran terbuka. Tindakan yang kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik dapat mengurangkan masalah jerebu.

Bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu. Bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Selain daripada itu jerebu juga boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik.

Kawasan yang terlibat hendaklah selalu dipantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti tempat-tempat yang bermasalah contohnya di kawasan perindustrian dan perkilangan kerana jerebu boleh dikurangkan dengan mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan.

Penyelesaian masalah jerebu ini boleh diselesaikan di peringkat global melalui persepakatan bersama antara negara jiran.PENYELESAIAN MELALUI PENGAJARAN SAINS.

Mata pelajaran : Sains Tahun 6Unit : Interaksi Antara Benda HidupTajuk : Pemusnahan Alam Sekitar

Dalam tajuk ini, murid diajar tentang aktiviti yang boleh menyebabkan kemusnahan kepada alam sekitar. Murid perlu dididik pada peringkat paling awal mengenai kesan buruk pemusnahan alam sekitar. Murid perlu diberitahu mengenai hubungan pemusnahan alam sekitar dan hutan dengan kejadian jerebu. Nilai-nilai murni perlu diselitkan dalam PdP. Guru boleh menggabung jalin dengan nilai-nilai murni yang dipelajari dalam mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu. Tajuk ini juga menekankan kepentingan kerjasama antara semua pihak untuk memastikan alam sekitar kekal terpelihara. Murid juga perlu diberitahu bahawa segala kerosakan yang berlaku pada alam sekitar termasuklah kejadian jerebu adalah akibat daripada aktiviti manusia itu sendiri. Kerakusan meneroka hutan dan melakukan pembakaran terbuka untuk tujuan perladangan memberikan kesan besar kepada kualiti alam sekitar.

UJI MINDA

Nyatakan definasi jerebu?

ISU 2 : PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Mengikut Kamus Oxford,1995 pengertian Teknologi Informasi adalah peralatan elektronik terutama komputer untuk menyimpan, menganalisa dan mendistribusikan apa saja informasi termasuk kata-kata, bilangan dan gambar. Pada abad ini penggunaan internet merupakan teknologi canggih dan jika digunakan secara baik ianya dapat memberikan banyak manfaat kepada pengguna. Tetapi jika pengguna menyalahgunakannya ia akan menyebabkan banyak berlaku keburukan. Internet juga dikatakan sebagai kilang sampah sarap yang boleh meracuni minda pengguna.

KADAR JENAYAH MENINGKATPENGARUH BURUK KEPADA REMAJA

ANCAMAN TERHADAP PENGGUNA TEKNOLOGI MAKLUMAT

PENYELESAIAN Peranan ibu bapaIbu bapa memainkan tanggungjawab yang penting dalam mengelakkan anak-anak daripada terjebak dengan pengaruh-pengaruh negatif ini. Ibu bapa haruslah memantau setiap pergerakan mahupun perbuatan yang dilakukan anak-anak mereka.

Peranan Guru di SekolahGuru memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik pelajar-pelajar di sekolah tentang akibat penyalahgunaan internet supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Sebagai contoh khususnya pelajar perempuan tidak mudah mempercayai individu yang hanya dikenalinya melalui internet. Banyak jenayah-jenayah yang berlaku adalah kerana sikap mudah percaya atau termakan kata-kata manis daripada orang yang baru mereka kenali.

Menekankan Pendidikan AgamaKebanyakan remaja yang terlibat dalam penyalahgunaan internet ini adalah kurangnya kesedaran ataupun disebabkan kurangnya didikan agama yang sempurna

Pemilihan Rakan SebayaGolongan remaja khususnya banyak meluangkan masa bersama dengan rakan sebaya mereka. Oleh yang demikian, pemilihan rakan yang sesuai hendaklah dilakukan dengan bijaksana supaya mereka tidak terlibat dalam penyalahgunaan internet yang dilakukan oleh rakan mereka.

PENYELESAIAN MELALUI PENGAJARAN SAINS

Mata pelajaran : Teknologi Maklumat dan KomunikasiModul : Modul Dunia KomputerTajuk : Menjaga Keselamatan Data Dan Komputer

ISU 3 : PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD)Penyakit tidak berjangkit (NCD) merupakan penyakit yang tidak memerlukan vektor atau perantaraan. Ia tidak berjangkit dari penghidapnya kepada orang lain.Penyakit ini berpunca daripada keturunan atau genetik dan gaya hidup seseorang individu itu. Penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, darah tinggi dan diabetes kini menjadi ancaman kesihatan baru di negara ini dengan jumlah pesakitnya meningkat setiap tahun

TAHUKAN ANDA?Seramai 4.4 juta rakyat Malaysia dikategorikan sebagai obesiti dan satu pertiga daripada mereka sengsara akibat kegemukan itu.

Perubahan rutin harian moden seperti kurang aktif menjadi punca utama peningkatan kes penyakit, berbanding masyarakat dulu lebih aktif dalam menjalani rutin harian seperti bercucuk tanam dan sebagainya. Selain itu, penyakit ini juga berpunca daripada : i- amalan kehidupan yang tidak sihatii- pengambilan diet tidak seimbangiii- pengambilan tembakau berlebihaniv- pengambilan alkohol berlebihanNCD bukan saja memberi kemerosotan kualiti hidup kerana penghidap akan bergantung sepenuhnya terhadap rawatan perubatan tetapi menjejas kualiti kehidupan dan boleh memberi bebanan kepada ekonomi negara.Kesan : i kemerosotan kualiti hidupii- menjejaskan kesihataniii ekonomi diri, keluarga dan negaraiv kematian

PENYELESAIAN Bersenam dan bersukan Kita perlu melakukan aktiviti ini tiga kali seminggu dan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit pada setiap sesi. Aktiviti ini dapat meningkatkan tahap kecergasan tubuh dan menguatkan otot jantung kita.

Makan makanan seimbang Kita harus mempelbagaikan makanan dalam menu harian kita. Amalan ini dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita

Memeriksa kesihatan secara berkala dan tetap Kita mesti berjumpa dan mendapatkan nasihat daripada doktor pada setiap enam bulan atau setahun sekali. Melalui pemeriksaan kesihatan ini, kita dapat mengetahui tahap kesihatan tubuh badan kita.

Faktor ini bermula dari rumah melalui pendidikan kesihatan, ia sepatutnya bermula dari kecil dan di peringkat keluarga dan ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik untuk menyampaikan pengetahuan ituAKTIVITIHuraikan bagaimana NCD memberi kesan kepada ekonomi negara______________________________________________________________________________________________________________________________________________________PENYELESAIAN MELALUI PENGAJARAN SAINSMasalah penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam masyarakat perlu diatasi dari peringkat awal lagi. Cara yang paling berkesan adalah melalui pendidikan. Dalam mata pelajaran sains sekolah rendah sudah terdapat tajuktajuk yang perlu diajar kepada murid berkenaan masalah ini. Sekiranya guru dapat menerapkan nilai-nilai yang terdapat dalam PdP kepada murid, ia pasti dapat mengatasi masalah ini dalam jangka masa panjang.

1- MATA PELAJARAN : Dunia Sains dan Teknologi (DST) Tahun 1 Unit 7 : Lidah Untuk MerasaTajuk : Hati-hati memilih makanan

Dalam mata pelajaran Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 1, murid diajar tentang kepentingan memilih makanan yang sesuai dan seimbang. Lidah manusia dapat merasa pelbagai jenis makanan, jadi kita perlu mengawal jenis makanan yang diambil setiap hari. Pengambilan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi boleh menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi. Murid perlu diberitahu tentang kesan buruk akibat pengambilan makanan yang mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.

2- MATA PELAJARAN : Dunia Sains Dan Teknologi ( DST) Tahun 2Unit 1 : ManusiaTajuk : 1- Makanan dan Khasiatnya 2- Pilihan Yang BijakDi dalam unit ini, murid diajar tentang jenis-jenis khasiat yang terkandung dalam makanan yang diambil. Murid diperkenalkan dengan istilah seperti protein, karbohidrat, vitamin dan sebagainya. Murid juga diajar tentang piramid makanan, iaitu jenis makanan yang sesuai diambil untuk menjaga kesihatan. Murid diajar untuk memilih makan yang berkhasiat dan tidak mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan.Khasiat Contoh Makanan

Karbohidrat

Protein

Vitamin

ISU 4 : BANJIR / BANJIR KILATBanjir berlaku apabila tanah dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat menyerap kesemua air. Air itu kemudian mengalir di atas tanah berkenaan. Air ini tidak dapat ditampung oleh aliran sungai atau kolam semula jadi atau disimpan dalam tempat takungan air buatan manusiaBanjir yang berlaku boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk. Selain membahayakan nyawa, ia juga membawa banyak kerosakan kepada negara.

FIKIRKANBagaimana proses pembandaran menyumbang kepada kejadian banjir?PENYELESAIAN

PENYELESAIAN MELALUI PENGAJARAN SAINSMasalah banjir sering menghantui masyarakat kebelakangan ini. Selain pihak berwajib, bidang pendidikan, terutamanya bidang sains juga dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Penyelesaian melalui pengajaran Sains dapat memberikan penyelesaian jangka panjang kepada masyarakat. Dalam mata pelajaran sains sekolah rendah sudah terdapat tajuktajuk yang perlu diajar kepada murid berkenaan masalah ini. Sekiranya guru dapat menerapkan nilai-nilai yang terdapat dalam PdP kepada murid, ia pasti dapat mengatasi masalah ini dalam jangka masa panjang.1. MATA PELAJARAN : Sains Tahun 6Unit 7 : Pengurusan Bahan BuanganTajuk : Bahan Buangan

AKTIVITI

Bagaimana murid dapat menerapkan nilai murni dalam kehidupan seharian bagi membantu mengatasi masalah banjir?_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ISU 5 : MASALAH SOSIAL DADAH, ROKOK DAN ALKOHOL

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Kesan yang mungkin dapat dilihat ialah peningkatan keterlibatan remaja dengan seks luar nikah dan mengakibatkan kelahiran anak luar nikah. Ini secara tidak langsung mendorong remaja melakukan perbuatan yang lebih buruk lagi seperti menggugurkan kandungan dan membuang bayi. Pengambilan dadah, alkohol dan merokok juga menjadi isu hangat di peringkat remaja pada masa kini.

Aktiviti-aktiviti tabiat buruk ini telah mengundang banyak kesan dalam masyarakat. Di peringkat sekolah rendah, pendedahan tentang tabiat buruk perlu diajar di peringkat awal lagi dan beberapa mata pelajaran boleh digabungjalinkan seperti mata pelajaran sains dengan mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Kesihatan. Penerangan tentang kesan-kesan buruk perlu diberi penekanan agar murid-murid dapat menilai baik buruk sesuatu perlakuan yang ada di sekelilingnya.

KESAN BURUK ALKOHOL

Kesan jangka pendek Pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi (tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu). Boleh menyebabkan hangover - sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 hingga 12 jam.Kesan jangka panjang (dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun). sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut - kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid.

Kesan pada otak- peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal, kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti. Kesan pada hati- hati akan mengalami kecederaan (mendapat luka), bengkak hati (hepatitis). Kesan pada perut-kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Kesan pada saraf-menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi dan kecenderungan membunuh diri. Kesan pada janin-menyebabkan kandungan kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi. Membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencatkan hormon penahan kencing. Mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan vitamin. Meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian mulut dan tekak. Menimbulkan pelbagai masalah sosial.- merosakkan hubungan persahabatan, kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan, masalah rumah tangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan moral dan sebagainya.

PENYELESAIANPerbincangan mengenai keruntuhan akhlak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini.

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Penguatkuasaan Undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu murid mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi murid-murid yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

PENYELESAIAN MELALUI PENGAJARAN SAINS

1. Mata Pelajaran : Sains Tahun 4 Tema : Sains Hayat Tajuk : Proses Hidup Manusia

Sains tahun 4 telah mendedahkan murid dengan tajuk tabiat buruk dan isu-isu berkaitan pengambilan dadah, alkohol dan merokok dibincangkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa cadangan yang boleh digunakan semasa proses pengajaran ialah dengan menayangkan video-video berkaitan kesan pengambilan dadah, alkohol dan merokok atau gambar-gambar dan risalah mengenai kesihatan. Untuk memberi kesan yang jelas kepada murid, guru boleh meminta murid menguji kesan rokok dalam eksperimen yang dapat mengeluarkan hasil perubahan warna kapas apabila rokok dinyalakan.

2. Mata Pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1Unit : Tubuh ManusiaTajuk : Anggota Badan

Sains tahun 1 pula dalam tajuk anggota badan, guru boleh menjelaskan kepada murid untuk menggunakan anggota badan dengan sebaik-baiknya agar tidak berlaku perkara yang mengundang kepada masalah seperti mencuri, melihat atau menyentuh perkara yang bukan menjadi hak milik dan sebagainya. Guru juga boleh kaitkan dosa dan pahala apabila sesuatu perbuatan yang dilakukan agar dari peringkat awal lagi murid mengetahui apa yang salah dan betul.

5.0 TEORI-TEORI BERKAITAN

TEORI PENYELESAIAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN TINGKAH LAKU

Pendekatan ketingkahlakuan atau behavioral approach dalam memberi pemulihan seseorang mempunyai sejarah bermula dari beberapa komponen.

Komponen Pertama

Komponen pertama dipetik daripada prinsip pelaziman klasikal, atau kadang-kadang disebut juga sebagai pelaziman responden yang diasaskan dari hasil kajian Pavlov (1960) dan Hull (1943). Dalam sebuah kajian, John B Watson (1920) telah menggunakan prinsip Pavlov, iaitu prinsip pelaziman klasikal, untuk melatih Little Albert takutkan kepada tikus putih, kapas putih dan rambut Watson yang putih.

Dalam eksperimen tersebut ,Watson menggunakan rangsangan tidak terlazim (bunyi loceng yang kuat), yang digandingkan dengan rangsangan dilazimkan (tikus putih). Ini mengakibatkan respons terlazim (terperanjat dan takut). Contoh ini penting untuk difahami kerana ia menjadi asas kefahaman teori behaviorisme dan ia menunjukkan bahawa emosi seseorang boleh dipelajari dan diubah dengan menggunakan prinsip pembelajaran. Rajah di bawah menunjukkan Prinsip Pembelajaran Pelaziman Klasikal. Pendekatan ini telah dibuat oleh Wolpe secara besar-besaran apabila beliau memperkenalkan teknik systematic desensitization.

Terperanjat dan rasa takut (respon tak terlazim)Bunyi loceng kuat (rangsangan tak terlazim)

Rasa takut (respon terlazim)

DIGANDINGKAN

Tikus putih (rangsangan terlazim)

Komponen Kedua

Komponen kedua ialah pelaziman operan yang telah diasaskan oleh B.F. Skinner (1953). Dalam pelaziman operan, peneguhan digunakan untuk memastikan sesuatu tingkah laku berulang. Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkah laku itu diulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa senang. Contoh peneguhan positif ialah wang atau pujian. Contoh peneguhan negatif ialah menghilangkan rangsangan yang negatif seperti kejutan elektrik atau bunyi loceng yang kuat. Peneguhan negatif juga menguatkan ulangan sesuatu tingkah laku. Contoh peneguhan negatif ialah menghilangkan bunyi loceng yang kuat setiap kali tikus menekan palang. Tikus akan kerap menekan palang apabila bunyi loceng dihilangkan secara beransur. Hukuman dan pelupusan (extinction) mengurangkan tingkah laku berulang. Hukuman ialah menambahkan rangsangan yang menyakitkan atau yang tidak selesa. Contohnya seperti dikenakan kejutan elektrik selepas menghisap rokok. Pelupusan ialah mengurangkan sesuatu tingkah laku yang tidak dikehendaki seperti menyampuk orang tua bercakap. Untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak dikehendaki ini memadai dibiarkan sahaja atau tidak diberi sebarang respons pada orang yang menyampuk.

Penggunaan prinsip pelaziman operan sebagai satu teknik mengubah tingkah laku seseorang dinamakan teknik modifikasi tingkah laku atau behavior modification. Dari segi pelaksanaan , teknik ini kadang-kadang disamakan dengan teknik terapi ketingkahlakuan. Skinner menggunakan modifikasi tingkah laku ke atas individu atau terhadap satu kumpulan kecil.

Anda pasti pernah melihat seorang kanak-kanak yang membesar akan meniru segala apa yang dibuat oleh orang dewasa. Adakah perlakuan kanak-kanak tersebut menepati teori teori behaviorisme ? Terangkan.

IDEA ANDAAN

6.0 AKTIVITI P&PAKTIVITI 1KELAS : 4 AmanahBIL. MURID : 35 Orang

TEMA : Sains HayatMASA : 9.00 10.00 pagi

TAJUK : Proses Hidup Manusia

PENGETAHUAN SEDIA ADA:i. Murid telah mengetahui mengenai aktiviti yang memberi kesan buruk kepada badanii. Murid sedar dan mengetahui kepentingan menjaga kesihatan

OBJEKTIF : Pada akhir pelajaran ini diharapkan murid dapat :i. Menjelas dengan contoh tabiat yang mengganggu proses hidup seperti : makan makanan yang tidak seimbang merokok menghidu gam menyalahgunakan dadah minum minuman beralkohol

ii Menerangkan kesan tabiat yang mengganggu proses hidup seperti :memudaratkan kesihatanmengganggu tumbesaranmelambatkan gerak balas terhadap rangsangan.

KEMAHIRAN PROSES SAINS(KPS)i. Memerhati.ii. Membuat inferens iii. Berkomunikasi.

PENILAIAN Lembaran Kerja

ALAT BANTU MENGAJARKomputer, Gambar dan LCD Projecter, Lirik Lagu

SIKAP DAN NILAIMenghargai kesihatan diri

Fasa / MasaKandunganAktiviti P&P

Set Induksi ( 5 Minit )Gambar A.1. Bagaimana rupa orang dalam gambar?2. Apakah yang sebabkan dia menjadi gemuk?3. Apakah penyakit yang mungkin dihidapi olehnya?

Gambar B.1. Bagaimana rupa orang dalam gambar?2. Apakah yang sebabkan perutnya menjadi buncit?3. Apakah penyakit yang mungkin dihidapi olehnya?

1. Murid ditunjukkan dua keping gambar.2. Murid diajukan beberapa soalan berkaitan gambar yang ditunjukkan.3. Guru mengaitkan gambar dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari ini.

Pencetusan idea(10 minit)

Perbincangan

5 tabiat yang perlu dielakkan :- Makan makanan yang tidak seimbang- Merokok- Menghidu gam- Penyalahgunaan dadah- Minum minuman beralkohol1. Dalam kumpulan, murid diminta membincangkan 5 tabiat yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan.2. Selepas perbincangan tamat, setiap wakil kumpulan diminta ke hadapan untuk menulis 1 tabiat yang perlu dielakkan.

Penstrukturan idea

(30 minit)

Aktviti APengkelasan tabiat buruk dan tabiat baik.

Tabiat baik :- Makan makanan yang seimbang.- Makan suplemen kesihatan.- Minum air yang dimasak.- Makan banyak buah-buahan.- Sentiasa bersenam.

Tabiat buruk :- Makan makanan yang tidak seimbang- Merokok- Menghidu gam- Penyalahgunaan dadah- Minum minuman beralkoholDalam kumpulan, murid diminta mengelaskan 10 tabiat yang ada kepada dua bahagian iaitu tabiat baik yang mesti diamalkan dan tabiat buruk yang perlu dielakkan.

Aktviti BMenyenaraikan kesan apabila mengamalkan tabiat buruk yang perlu dielakkan kepada kesihatan.

1. Makan makanan yang tidak seimbang

kegemukan atau obesiti tingkat risiko penyakit tekanan darah tinggi diabetes serangan jantung

Aplikasi idea(10 minit)Lembaran kerja1. Murid diberikan satu helaian lembaran kerja sebagai aktiviti pengukuhan.2. Murid dibenarkan berbincang dalam mencari jawapan.

Refleksi(5 minit)

Permainan Cikgu Kata1.Semua murid diminta berdiri.2. Murid mengikut arahan guru untuk membuat aksi yang perlu dilakukan.

AKTIVITI 2LEMBARAN KERJA

NAMA .........................................................................................KELAS ...............

Tajuk : Kesan tabiat yang mengganggu proses hidup. Arahan : Lengkapkan peta minda di bawah dengan kesan buruk akibat dari aktiviti.

MAKANAN TIDAK SEIMBANG

MEROKOK

PENYALAHGUNAAN DADAH

MINUMAN ALKOHOL

AKTIVITI 3EKSPERIMEN KESAN ROKOKEksperimen SAINS : Kepentingan Menjaga Sistem PernafasanSuatu eksperimen untuk menunjukkan kesan-kesan asap rokok ke atas kapas putih boleh dijalankan seperti berikut: kapas ini adalah satu analogi paru-paru manusia.

1) Radas disediakan seperti rajah di atas.2) Puntung rokok yang sedang menyala ditetapkan pada sebelah tiub U.3) Pada akhir eksperimen, didapati bahawa: Termometer menunjukkan bahawa bacaan suhu menjadi lebih tinggi daripada suhu bilik. Ini menunjukkan bahawa asap rokok boleh meningkatkan suhu paru-paru. Kapas putih bertukar menjadi keperangan (brownish) dengan tompok-tompok hitam. Ini menunjukkan bahawa asap rokok mengandungi tar. Air dalam balang bertukar menjadi kekuningan (yellowish) kerana bahan pencemar dalam asap rokok larut di dalamnya. Air menjadi berasid selepas 2-3 rokok dibakar. Ini menunjukkan bahawa asap rokok mengandungi gas berasid yang boleh makan di sel-sel epitelium pada alveoli.

7.0 RINGKASAN DAN PETA KONSEP

Secara konseptual, pendekatan sains, teknologi dan masyarakat dapat dikaitkan dengan andaian bahawa sains dan teknologi memiliki kaitan secara langsung dengan masyarakat. Ia saling mempengaruhi antara satu sama lain serta membuat kehidupan masyarakat lebih baik dan mudah.

Hungerford, Volk & Ramsey (Galib, 2001) menggambarkan perkaitan sains, teknologi, dan masyarakat dalam suatu paradigma interaksi seperti rajah berikut :

SAINS

MASYARAKATTEKNOLOGI

Berdasarkan definisi di atas dapat disimpulkan bahawa pendekatan ini merupakan suatu strategi pembelajaran yang mengaitkan pemahaman dan pemanfaatan sains, teknologi dan masyarakat dengan tujuan agar konsep sains dapat diaplikasikan melalui penyelesaian yang bermanfaat bagi masyarakat.

Pada hari ini, terdapat pelbagai isu yang membelenggu kehidupan masyarakat khususnya di Malaysia. Isu dan masalah ini menjadikan masyarakat kita hidup dalam keadaan yang tidak selesa serta memerlukan penyelesaian segera.

FIKIRKANApa akan berlaku kepada dunia masa depan sekiranya isu ini tidak diselesaikan dari awal?8.0 KATA KUNCI

1.Sains2.Teknologi 3.Masyarakat4.Penyakit tidak berjangkit5.Masalah sosial dadah, rokok dan alkohol6.Jerebu7.Penyalahgunaan teknologi maklumat8.Banjir / banjir kilat

9.0 PENILAIAN AKHIR UNIT

1. Apakah yang anda faham tentang perkaitan antara sains, teknologi dan masyarakat?........................................................................................................................................................................................................................................................................

2. Nyatakan 3 kesan buruk akibat dari kejadian banjir yang berlaku.a)..........................................................................................................b)..........................................................................................................c)..........................................................................................................

3. Apakah punca yang menyumbang kepada masalah penagihan dadah di kalangan remaja?....................................................................................................................................

4. Bagaimanakah pengajaran sains dan teknologi dapat membantu menyelesaikan masalah yang melanda masyarakat pada hari ini?........................................................................................................................................................................................................................................................................

10.0 RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012) Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012) Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 4. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Modul Pengajaran Teras Tema Dunia Sains Dan Teknologi. Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM

Prof.Madya Dr.Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr.Ramalah Hamzah, Dr.Rosini Abu (2009) Psikologi Pendidikan, Open University Malaysia,Kuala Lumpur.

Prof.Madya Dr.Wan Zah Wan Ali,Prof.Madya Dr.Ramlah Hamzah,Dr.Rosini Abu (2009) Prinsip Teknologi Pengajaran, Open University Malaysia, Kuala Lumpur.

Zainal Abidin Ahmad ( 2007 ). Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur : Meteor Doc.

http://www.slideshare.net/empatsains2013/faktor-faktor-dan-caracara-untuk-mengatasi-jerebu

http://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.html

http://dukeamienerev.blogspot.com/2008/10/definisi-teknologi-dan-maksud-sains.html

27