08(c) Isi Pelajaran_ Interaksi 3

download 08(c) Isi Pelajaran_ Interaksi 3

of 28

Transcript of 08(c) Isi Pelajaran_ Interaksi 3

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

INTERAKSI

3

TAJUK 7 Kata Nama Bahasa MelayuTAJUK 8 Pembentukan Kata Nama Bahasa Melayu TAJUK 9 Penggolongan Kata Kerja Bahasa Melayu

TAJUK 7KATA NAMA BAHASA MELAYU Kata Nama Khas

Kata Nama Am

Kata Ganti Nama

7.1Sipnosis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami Kata Nama Bahasa Melayu, iaitu Kata Nama Khas

Kata Nama Am Kata Ganti Nama 7.2 Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Mengklasifikasi golongan Kata Nama kepada Kata Nama Khas, Kata Nama Am, dan Kata Ganti Nama.

7.3Kata Nama dan PenggolongannyaKata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda, atau konsep. Kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri makna perkataan kepada tiga kumpulan, iaitu (i) kata nama khas,(ii) kata nama am, dan (iii) kata ganti nama.7.4Kata Nama Khas

a. Kata Nama Khas Nik Safiah Karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.Rujuk Rajah 7.1 berikut:

Rajah 7.1 Kata Nama Khas

7.4.1Kata Nama Khas Hidup ManusiaKata nama khas hidup manusia terdiri daripada perkataan yang merujuk kepada manusia sama ada didahului oleh nama panggilan atau gelaran atau tidak, contohnya:

Azman

Prof. Aris

Puteri Hamidah

Kata gelaran si dan sang boleh juga digunakan bagi kata nama am yang sudah diberi pengertian khas. Misalnya:

si mati si berhutang,sang perkasa. 7.4.2Kata nama khas hidup bukan manusiaKata nama khas hidup bukan manusia terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan jenis manusia, seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan seumpamanya. Kata nama khas hidup bukan manusia juga boleh menerima kata panggilan atau gelaran. Misalnya:

Jibrail Hevea Brasilia Belang Sang Lamri 7.4.2Kata nama khas tidak hidup Kata nama khas tidak hidup terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang khusus tetapi bukan hidup, misalnya nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat, undang-undang, dan seumpamanya. Contohnya: Proton Saga, Hospital Kuala Lumpur, Malaysia, Melayu, Ahli Mangku Negara,

7.5Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu

(i) hidup atau tidak hidup,

(ii) manusia atau bukan manusia,

(iii) Institusi atau bukan institusi,

(iv) konkrit atau abstrak, dan

(v) berbilang atau tak berbilang

Rujuk Rajah 7.2 berikut:

Rajah 7.2 : Kata Nama Am

7.6Kata Ganti Nama

Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu (i) Kata ganti nama diri; dan (ii) kata ganti nama tunjuk.

7.6.1Kata nama diriKata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu (i) kata ganti nama diri orang dan (ii) kata ganti nama diri tanya. Kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada tiga, iaitu (i) kata ganti nama diri orang pertama, (ii) kata ganti nama diri kedua, dan (iii) kata ganti nama diri ketiga.

Kata ganti nama diri tanya ialah perkataan yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya. Ada tiga kata ganti nama din tanya, iaitu:

(i) apa yang menujuk benda atau perkana

(ii) siapa yang menujuk orang

(iii) mana yang menujuk benda atau orang

Kata ganti nama din tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk mmbawa maksud rujukan tidak tentu atau penegasan. Misalnya:

(i) apa apa-apa

(ii) mana mana-mana

(iii) siapa siapa-siapa (sesiapa)7.6.2Kata nama tunjuk

Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu. Ada dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini untuk menunjuk pada yang dekat dan itu, untuk menunjuk pada yang jauh.

Ringkasnya, penggolongan kata ganti nama dapat ditunjukkan seperti dalam Rajah 7.3.

Rajah 7.3: Kata Ganti Nama

Rumusan

Aspek Penggolongan Kata: Kata Nama

Kata Nama Am (Konkrit)baju, seluar, kucing, masjid

Kata Nama Am (Abstrak)mimpi, perasaan, kemahuan, idaman, kehendak

Kata Nama Khas

(Hidup - Manusia)Tun Dr. Mahathir, Allahyarham Tun Abdul Razak,

Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muszaphar

Kata Nama Khas

(Hidup - Bukan Manusia)Sang Kancil, Si Belang, Comel, Tompok, Vanda Diana (orkid)

Kata Nama Khas (Tak Hidup)Proton Perdana V6, Proton Waja, Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Dewan Al-Marbawi, Anjung Hikmah, Anjung Mimos,

Wilayah Iskandar, Gerbang Selatan

Kata Ganti Nama (Diri Pertama)aku, beta, daku, kami, patik, hamba, saya

Kata Ganti Nama (Diri Kedua)anda, awak, dikau, engkau, kamu, kalian, tuanku, tuan hamba

Kata Ganti Nama (Diri Ketiga)baginda, beliau, dia, ia, mereka

Kata Ganti Nama (Tunjuk)ini, itu

Kata Ganti Nama (Tanya) apa, siapa, mana, berapa

Kata Ganti Nama (Tempat)sana, sini, situ

TAJUK 8PEMBENTUKAN KATA NAMA BAHASA MELAYU Kata Nama Tunggal

Kata Nama Terbitan

Kata Nama Majmuk Kata Nama Ganda

8.1SinopsisTajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami pembentukan Kata Nama Bahasa Melayu, iaitu Kata NamaTunggal Kata Nama Terbitan Kata Ganti Majmuk

Kata Nama Ganda8.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan dan menghuraikan proses pembentukan Kata Nama bahasa Melayu.

8.3Pembentukan Kata Nama Bahasa MelayuPerkataan-perkataan yang tengolong dalam golongan kata nama boleh dikaji dari segi pembentukan dan unsur-unsur yang ada di dalamnya. Bendasarkan itu kata nama boleh dibahagikan kepada empat bentuk, iaitu:(i) kata nama tunggal

(ii) kata nama terbitan

(iii) kata nama majmuk

(iv) kata nama ganda8.3.1Bentuk Kata Nama Tunggal

Kata nama berbentuk tunggal boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu (i) perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Contohnya:

ikan

daun

tudung

wanita

Allahyanham demokrasi

poskodii. Kata yang berbentuk akronim, iaitu perkataan yang dihasilkan melalui pencantuman bahagian-bahagian danipada serangkaian perkataan. Kata nama tunggal berbentuk akronim boleh dibahagikan kepada empat jenis seperti berikut:(i) kata aknonim cantuman huruf awal perkataan-perkataan. Misalnya ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)(ii) kata aknonim cantuman huruf dan suku kata sesedap sebutan. Misalnya Mara (Majlis Amanah Rakyat)(iii) kata aknonim cantuman suku kata awal perkataan-perkataan. Misalnya, pawagam (Panggung Wayang Gambar)(iv) kata aknonim cantuman bahagian awal perkataan pentama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutmnya. Misalnya jentolak (JenteraTolak)8.3.2Bentuk Kata Nama Terbitan

Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan-imbuhan kata nama pada kata-kata dasar. Tendapat empat jenis imbuhan kata nama yang boleh benganding dengan lima jenis kata dasar untuk menghasilkan kata nama terbitan. Keempat-empat jenis imbuhan itu ialah awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Awalan kata namaAwalan-awalan yang membentuk kata nama dalam bahasa Melayu ialah:

(i) peN-

(ii) pe-(iii) peR-

(iv) ke-

(v) juruAkhiran kata namaTerdapat hanya satu akhiran kata nama asli, iaitu -an yang boleh bengabung dengan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.(a) Aspek makna akhiran -anTerdapat sekurang-kurangnya sembilan makna yang didukung

oleh akhiran an apabila bergabung dengan kata-kata dasar tertentu:(I) maksud kerja atau perkara atau benda hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

kritik + -an (kritikan: hasil mengkritik)tulis + -an (tulisan: hasil menulis)(II) maksud kawasan atau bidang yang luas. Contohnya

laut + -an (lautan: laut yang luas)lapang + -an (lapangan: kawasan lapang yang luas)luar + -an (luaran: kawasan luar yang luas) (III) makna banyak. Contohnya:

parut + -an (parutan: banyak parut)(IV) makna alat. Contohnya:kisar + -an (kisaran: alat untuk mengisar) (V) makna orang atau haiwan yang menjadi penderita kerja. Contohnya:

tawan + -an (tawanan: orang yang ditawan)(VI) makna perkara atau benda yang menderita kerja. Contohnya:

hampar + -an (hamparan: benda yang dihampar)

(VII) makna sesuatu yang mempunyai sifat yang tenkandung dalam kata dasar. Contohnya:

manis + -an (manisan: mempunyai sifat manis)

(VIII) makna tempat melakukan sesuatu yang digambarkan oleh kata dasar. Contohnya:

kurung + -an kurungan (tempat untuk mengurung)(IX) membawa makna ukuran atau kiraan berdasarkan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

hari + -an harian (kiraan bendasarkan hari)

kata bilangan + -an:

satu + -an satuan (kiraan bendasarkan angka)

juta + -an jutaan

Apitan kata namaApitan-apitan yang membentuk kata nama terbitan dalam bahasa Melayu ialah:

(i) peN-.. -an

(ii) pe-...-an

(iii) peR-...-an

(iv) ke-...-an(i) Apitan peN--anBentuk Apitan peN--an

Apitan peN-...-an terdiri daripada empat bentuk, iaitu pe--an, peman, pen--an, dan peng--an. Perbezaan bentuk-bentuk apitan itu berdasarkan dua faktor: faktor fonologi, iaitu jenis huruf pentama pada kata dasar yang akan bencantum dengan bentuk apitan itu. faktor penkembangan dan perancangan bahasa, yang menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman penatunan fonologi bahasa Melayu

(I) peN-... -an menjadi pe--an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ng, ny, r, I, y, dan w.

Contohnya:mandi pemandiannyala penyalaan

Jenis ini juga berlaku pada kata dasar yang bermula dengan hurf-huruf p, t, k, dan s. Huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daenah antikulasinya dengan bunyi pertama dalam kata dasar , iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s.Contohnya:pulau pemulauan

tipu penipuan

(II) paN-...-an menjadi pain-.. -an apabila bengabung dengan kata dasar yang bermula dengan hunuf b, dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf-huruf b, f, dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf p dan b. Contohnya:baca pembacaan

bajak pembajakan(III) peN-...-an menjadi pen-...-an apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf d, c, j, sy dan z, dan perkataan-perkataan pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s. Contohnya:

dapat - pendapatan

damping - pendampingan

(IV) paN-.. .-an menjadi peng-... -an jika bengabung dengan kata dasar yang benmula dengan huruf-hunuf g, kh, dan h (bunyi-bunyi konsonan) dan a, e, i, a, dan u (bunyi-bunyi vokal). Peng-..an dapat juga hadir dengan perkataan pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf k. Contohnya:

gali penggalian

ganda penggandaankategori pengkategorian

peng--an menjadi penge-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang berekasuku kata, iaitu kata dasar yang mernpunyai satu suku kata sahaja. Contohnya:syor pengesyoran

born pengebornan

(V) peN-... -an bervariasi dengan pel-.. -an apabila bengabung dengan perkataan ajar untuk membentuk kata palajaran. Bentuk ini bermaksud perkara yang diajarkan dan dibezakan daripada pengajaran.ajar pelajaran (sesuatu yang diajarkan)

Aspak makna apitan peN--anLazimnya apitan peN-... -an menandakan makna proses mengerjakan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:Bekal pembekalan (proses membekalkan)Tukar penukaran (proses menukar)

Indah pengindahan (proses mengindahkan)

ke tepi pengetepian (proses mengetepikan)

tolak imbang penolakimbangan (proses menolak imbang)bakul sampah pembakulsampahan (proses membakulsampahkan)Apitan peN--an juga membawa maksud melakukan sesuatu.

Contohnya:

gantung penggantungan (tempat menggantungkan sesuatu)(ii) Apitan pe--an

Bentuk Apitan pe--an

Apitan pe-.. -an mempunyai satu bentuk pewujudan, iaitu pe-...-an apabila bergabung dengan kata-kata dasar. Jumlah kata terbitan dengan apitan pe-.. -an dalam bahasa Melayu agak terhad.Contohnya:

sisir pesisiran

karang pekarangan

Aspak makna apitan pe--an(I) Apitan pe-...-an menandakan makna tempat sesuatu kerja dilakukan, atau tempat atau kawasan yang khusus. Contohnya:

tempat petempatan (kawasan penduduk ditempatkan)

karang pekarangan (tempat khusus mengarang bunga atau batu karang di luar rumah)

sisir pesisiran (bahagian laut tempat perahu menyusur pantai)

dalam pedalaman (kawasan atau tempat tertentu yang kedudukannya jauh dan pantai)

(II) Apitan pe- -an juga membawa maksud hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:perang peperangan

periksa peperiksaan(iii) Apitan peR-an

Bentuk apitan peR-...-an

Apitan peR--an mempunyai satu bentuk pewujudan, iaitu per--an apabila bengabung dengan semua kata dasar kecuali kata dasar yang bergabung itu berawalkan hunuf r. Dua huruf r yang bergabung itu akan menjadi satu r melalui proses peleburan.Contohnya:industri perindustrian

ratus peratusanAspek makna apitan peR--anApitan peR-... -an menandakan makna tempat. Contohnya:

kampung perkampungan

bara perbaraan

kubur perkuburan

henti perhentian

lindung perlindungan

Apitan peR-..-an membentuk kata nama yang membawa makna abstrak. Kata-kata yang terbentuk hasil gabungan peR-...-an dengan golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas rnenandakan makna khusus, iaitu hal yang berkait dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasarnya. Contohnya:

aku perakuan

dagang perdagangan

kukuh perkukuhan

ratus peratusan

antara perantaraan(iv) Apitan ke-an

Bantuk apitan ke-an

Apitan ka-. -an boleh hergabung dengan kata dasar tertentu tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf. Contohnya:datang kedatangan

berangkat keberangkatan

tidak adil ketidakadilan

seirnbang keseirnbangan

urus setia keurussetiaanAspak makna apitan ke- -an(I) Apitan ke--an bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata nama yang bensifat abstrak yang membawa maksud hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar.Contohnya:

daulat kedaulatan

berangkat keberangkatan

dingin kedinginan

tidak hadir ketidakhadiran

tidak adil ketidakadilan

Apitan ke-...-an boleh juga membentuk kata narna yang membawa makna ternpat. Contohnya:menteri kementerian

diam kediaman

Sisipan Kata Nama

Ada tiga bentuk sisipan kata nama iaitu, -al-, -an-, dan -am- tetapi pembentukan kata nama melalui sisipan tidak lagi produktif. Contohnya:

(i) Sisipan el- : tapak - telapak

(ii) Sisipan er- : gigi - gerigi(iii) Sisipan em- : kuncup - kemuncup

8.3.3Bentuk Kata Nama Majmuk

Kata nama majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua atau lebih kata dasar. Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit yang membawa makna tertentu.

(i) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, misalnya guru besar

(ii) Kata majmuk yang digunakan sebagai gelaran, misalnya Setiausaha Sulit.(iii) Kata majmuk yang merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, misalnya titik buta.(iv) Kata majmuk yang membawa maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, misalnya anak emas.Ada kata nama majmuk yang dieja bercantum dan dianggap sebagai bentuk yang telah mantap. Misalnya antarabangsa.

8.3.3Bentuk Kata Nama GandaKata nama boleh mengalami proses penggandaan yang membawa makna tertentu. Ada tiga bentuk kata nama ganda, iaitu (i) penggandaan penuh, (ii) penggandaan separa, dan (iii) penggandaan berentak.

(i) Penggandaan penuhPenggandaan penuh melibatkan penggandaan seluruh kata dasar. Misalnya:

Ayat

ayat-ayat

Sayur

sayur-sayuran

Pelabuhan

pelabuhan-pelabuhan

Guru besar

guru-guru besar

Tanggungjawab

tanggungjawab-tanggungjawab(ii) Penggandaan separa

Penggandaan separa melibatkan sukukata pertama dalam kata dasar. Semua bunyi vokal pada suku kata pertama perkataan berubah menjadi vokal tengah e pepet. Contohnya:Langit la-langit

lelangit

(iii) Penggandaan berentak

Kata nama dasar digandakan mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu.

Contohnya:

Sayur

sayur-mayur

Kayu

kayu-kayan

Anak

anak-pinak

Aspek makna penggandaan

1. Kata nama ganda akan membawa maksud jamak, iaitu menandakan jumlah yang banyak, misalnya meja-meja (meja yang banyak).2. Kata nama ganda sebagai penanda makna kesamaan atau keserupaan, misalnya lelangit (seakan-akan langit).

3. Kata nama ganda yang membawa maksud kepelbagaian jenis, misalnya sayur-mayur (pelbagai jenis sayur).

4. Kata nama ganda sebagai penanda tidak tentu, contohnya apa-apa, bila-bila, dan mana-mana.

TAJUK 9PENGGOLONGAN KATA KERJA BAHASA MELAYU Kata Kerja Tak Transitif

Kata Kerja Transitif

9.1Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami penggolongan Kata Kerja Bahasa Melayu, iaitu Kata Kerja Tak Transitif Kata Kerja Transitif9.2Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. membezakan kata kerja tak transitif dengan kata kerja transitif. 9.3Kata Kerja

Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Setiap kata kerja dapat disertai oleh kata bantu (sudah, telah, belum) atau diperluas dengan perkataan dengan (berjalan dengan cepat, menendang dengan kuat).

Jenis Kata KerjaTerdapat dua jenis kata kerja:

a) Kata kerja transitif

b) Kata kerja tak transitif

9.4 Kata Kerja Tak TransitifKata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat dengan tidak memerlukan objek. Kata kerja tak transitif seperti menangis, berenang, berdering, dan mendarat. Kesemua contoh kata kerja tersebut tidak perlu diikuti objek kerana maknnya sudah sempurna. Contoh:

1. Jam loceng itu berdering (pagi tadi).

2. Gadis itu menangis (kerana bapanya meninggal dunia).

3. Air sungai itu mengalir (deras).

4. Pesawat itu mendarat (di landasan).

9.4.1 Kata Kerja Tak Transitif Tanpa PelengkapKata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kaerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya, dan boleh berdiri sendiri sebagai frasa predikat. seperti contoh berikut:

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.Contohnya:

1. Semua orang sudah datang.

2. Dia suka menyanyi.

3. Emak sedang berdoa.

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang diikuti unsur keterangan. Contohnya:

1. Semua orang sudah datang ke majlis itu.

2. Budak itu menyanyi pada malam hari.

3. Dia suka bergurau dengan adik kecilnya.

4. Emak sedang berdoa dengan khusyuknya.

9.4.1 Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja tak transitif berpelengkap pula mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif, seperti dalam contoh-contoh berikut:

Kata kerja tak transitif berpelengkap

a) Kata nama sebagai pelengkap. Contohnya:

1. Dia menjadi guru bahasa Melayu.

2. Saya ada wang.

3. Rumahnya bertiangkan batang menanti.

a) Kata adjektif sebagai pelengkap. Contohnya:

1. Buah-buahan itu menjadi busuk.

2. Kesihatan Ahmad bertambah baik.

3. Peserta itu tidur lena.

a) Frasa sendi nama sebagai pelengkap. Contohnya:

1. Adik berjalan-jalan di tepi pantai.

2. Burung itu hinggap di dahan pokok.

3. Pelajar itu melawat ke Putrajaya.

9.5 Kata Kerja TransitifKata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti objek. Kata kerja transitif tidak boleh berdiri sendiri tanpa objek. Kata kerja transitif seperti menendang bola, menelefon kawan, memukul anjing, dan memakan nasi. Penggunaan kata kerja transitif dapat diperlihat seperti dalam contoh ayat:SubjekKata Kerja TransitifObjek

1. Ammar

2. Ibu

3. Penjaja

4. Bapamembaca

menanak

menjual

membasuhbuku (setiap pagi)nasi

ikan

kereta semalam

Oleh sebab itu, setiap ayat yang mempunyai kata kerja transitif perlu mempunyai objek untuk menerangkan dengan lengkap tentang perbuatan yang dilakukan.

9.6 Perbandingan antara kata kerja tak transitif dengan kata kerja transitif

Latihan:

Tandakan (/) pada ayat yang betul penggunaan kata nama khas dan tandakan (x) pada penggunaan yang salah. Betulkan kesalahan itu.

Abang saya memiliki kereta produa myvi.

Majalah Didik majalah kesukaan kanak-kanak.

Mereka pernah mengunjungi Muzium Negara.

kuala kangsar Bandar di-raja negeri Perak darul ridzuan.

Ayah membelikan saya pen Parker.

Latihan:

Gariskan kata nama am dalam ayat-ayat berikut:

Majalah itu tebal kulitnya.

Pekedai sedang melayan pelanggan.

Nenek menggulai daging rusa.

Encik Ahmad menulis surat.

Jalan di kampong kami sedang dibaiki.

Latihan

Apakah perbezaan antara apa dengan apa-apa, siapa dengan siapa-siapa, dan mana dengan mana-mana?

Mengapakah kata tanya bila sering digunakan untuk menggantikan kata hubung apabila?

Mengapakah ianya sering digunakan sebagai kata ganti?

Apakah beza antara kata nama sebab dengan kata sendi kerana?

Perbezaan kata majmuk daripada frasa

Kata majmuk terbina daripada dua kata, maka kata majmuk sering dikerlirukan dengan frasa.

Kata majmuk ialah binaan morfologi. Frasa ialah binaan sintaksis.

Tiga ciri yang membezakan keduanya ialah:

Kata majmuk mempunyai makna khusus sebagai satu perkataan.

Jawatankuasa ialah kumpulan orang yang ditugaskan membincangkan sesuatu perkara bukannya jawatan yang mempunyai kuasa

Guru besar ialah guru ketua pentadbir sekolah bukannya guru bersaiz besar

Keretapi (kenderaan berkuasa wap bukannya kereta berapi-api)

Kata majmuk mempunyai satu kesatuan sebagai satu kata, iaitu tidak dapat dipisahkan oleh bentuk lain tanpa mengubah makna.

Olahraga (Kata majmuk: olah dan raga tidak dapat dipisahkan, jika dipisahkan maknanya akan menjadi olah/membentuk dan raga/bakul).

Meja tulis (Frasa nama: dapat dijadikan meja bagi menulis dengan tidak mengubah maknanya) Rujuk bab Frasa Nama dalam TBD)

Kata majmuk terdiri daripada satu kumpulan tertutup.

Kata majmuk ialah kumpulan tertutup yang binaannya tidak banyak. Frasa ialah binaan terbuka yang tidak terhad banyaknya.

Rumah sakit, rumah pasung (kata majmuk)

Rumah kecil, rumah batu, rumah pangsa, rumah lama, rumah kuning, (frasa nama).

Latihan:

Dengan merujuk kepada TBD Edisi Baharu 4.2.3 (m/s 73 74) , TBD 12.3.1 (m/s 342 - dan seterusnya) dan TBD 12.2.2 (m/s 389), anda akan menjumpai beberapa perkataan yang dikelaskan sebagai kata majmuk juga telah dinyatakan sebagai frasa (frasa nama / frasa adjektif). Berbincanglah dengan rakan dan pensyarah anda tentang golongan kata majmuk dan frasa itu. Berdasarkan panduan membezakan kata majmuk dengan frasa, nyatakan pandangan anda tentang kata majmuk / frasa yang anda temui.

Latihan:

Pembentukan kata nama dilihat dari segi pembentukan dan unsur-unsur yang ada di dalamnya. Kata nama boleh dibahagikan kepada empat bentuk, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan, kata nama majmuk dan kata nama ganda.

Berdasarkan kenyataan di atas, cuba anda jelaskan bentuk-bentuk itu dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Senaraikan contoh akronim yang lain.

Senaraikan lima perkataan yang menggunakan mana-mana imbuhan apitan.

Bina dua ayat daripada imbuhan apitan yang anda pilih.

Tulis bentuk apitan yang betul pada lajur yang ketiga.

kecantikkankecantikanpembiakanpembiakkankebanyakkankebanyakanpertunjukanpertunjukkan

Mengapakah terdapat bentuk penulisan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah?

Mengapakah bentuk kata yang digunakan dalam majlis-majlis rasmi seperti contoh yang dipaparkan di bawah dikatakan salah? Berikan alasan anda.

salahbetulsalahbetulkata aluankata alu-aluanaturcaraatur carakehadiratke hadiratsiarayasiar rayaizinNyaizin-Nyaurusetiaurus setia

Berikan contoh penggunaan bahasa yang salah berdasarkan pengalaman anda.

Latihan:

Kaji jenis kata kerja dan nyatakan perbezaan penggunaannya mengikut konteks ayat.

Aspek dan Contoh Kata Kerja1. Kata Kerja Transitif (Aktif): membeli, menggunakan, mendiami, mengabaikan, mempererat, menyiram

2. Kata Kerja Transitif (Pasif): dibeli, digunakan, didiami, diabaikan, dipererat

3. Kata Kerja Tak Transitif (Tak Berpelengkap): bangun, datang, tersenyum, berkibaran, menguning, membesar, terduduk

4. Kata Kerja Tak Transitif (Berpelengkap): tinggal, beransur, berbantalkan

Aktif atau tidak aktifnya sesuatu kata kerja digambarkan oleh ____________

Berpelengkap dalam konteks kata kerja tak transitif merujuk kepada _________

Apakah unsur yang membezakan antara kata kerja aktif dengan kata kerja pasif?

Bina satu ayat yang menggunakan kata kerja transitif:

aktif:_______________________________________________________.

pasif:_______________________________________________________.

25