Post on 03-Jun-2018
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
1/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html
F R I D A Y , A P R I L 2 4 , 2 0 0 9
'URF
PENDAHULUAN
Urf merupakan salah satu sumber penting untuk mengeluarkan
hukum syarak walaupun ada di kalangan para ulama yang tidak
mengiktirafkannya sebagai salah satu sumber yang muktabar.
Namun begitu, para ulama yang mengiktirafkannya melihat ia
sebagai salah satu sumber yang amat penting terutama dalam
permasalahan yang berkaitan dengan hubungan antara sesama
makhluk dan dalam beberapa aspek lain juga tidak dapat di
nafikan, kerana di sana ada persoalan yang tidak dapat di
selesaikan dengan menggunakan sumber-sumber yang disepakati
iaitu al-Quran, Al-Sunnah, ijmak dan qiyas.
Oleh itu, perbincangan yang akan dikemukakan dan akan
memperjelaskan keadaan sebenar urf sebagai salah satu sumber
perundangan yang tidak disepakati ini akan diterangkan dalam
perbincangan di bawah dengan sekadarnya.
PENGENALAN URF DAN ADAT
Definisi urf dari segi bahasa:
Takrifan al-urf dari sudut bahasa arab ialah ma'rifah
W A H . . . L I H A T ~
1orang disini
A B O UT M E
USUL FIQH 2
Blog ini merupakanhasil tugasan
subjek Usul Fiqh II yang dilakukan
oleh pelajar-pelajar tahun 1
semester II 2008/2009 Jabatan
Syariah, Fakulti Pengajian Islam,
UKM.
VIEW MY C OMPLETE PROFILE
T I M E I S A G O L D
0 Lainnya Blog Berikut Buat Blog Masu
U S U L F I Q H 2
http://www.freeonlineusers.com/http://e-kamus-malaysia.com/?ref=ibnusahramhttp://e-kamus-malaysia.com/?ref=ibnusahramhttp://www.freeonlineusers.com/http://e-kamus-malaysia.com/?ref=ibnusahramhttp://e-kamus-malaysia.com/?ref=ibnusahramhttp://usulfiqh2.blogspot.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/home#createhttps://www.blogger.com/next-blog?navBar=true&blogID=2555040918621990976http://www.blogger.com/profile/00617360965977139553http://www.freeonlineusers.com/http://www.kedai-buku.com/index.php?&aff_id=919&banner_id=1http://e-kamus-malaysia.com/?ref=ibnusahramhttp://www.blogger.com/profile/006173609659771395538/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
2/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 2
(pengetahuan) dan maksudnya disesuaikan kepada sesuatu yang
ma'ruf dan sikap yang dianggap baik oleh akal yang sejahtera.
(Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: 181) Al-Quran telah
menggunakan al-urf dengan pengertian sesuatu yang maruf
seperti firman Allah swt:
Maksudnya:
Terimalah apa Yang mudah Engkau lakukan, dan suruhlah
Dengan perkara Yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan)
orang-orang Yang jahil (yang degil Dengan kejahilannya). (al-
Quran, al-Araaf, 7:199)
Definisi urf dari segi istilah syarak;
Para ulama mempunyai pelbagai takrifan mengenai urf dari segi
istilah, antara takrif tersebut ialah seperti yang dinukil oleh Haji
Muhammad Saleh B. Haji Ahmad dalam kitabnya daripada kitab
ulama-ulama yang terkenal antaranya ialah;
Mengikut Abu Sunnah, urf adalah setiap yang tetap dalam diri
dari sudut pandangan akal dan diterima oleh tabiat yang baik.Jurjani pula mentakrifkan urf sebagai setiap yang tetap dalam
diri dengan disaksikan oleh akal dan diterima oleh tabiat yang
baik. Dan Sayyid Salih Awad mentakrifkan urf itu sebagai
setiap yang tetap dalam diri, dipandang elok oleh akal, diterima
oleh tabiat yang baik dan sentiasa dilakukan oleh manusia serta
tidak ditolak oleh syarak. Menurut Mustafa Ahmad al-Zarqa urf
itu sebagai adat orang ramai atau majoriti sesuatu kaum pada
perkataan atau amalan.(Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005:
63). Abdul Karim Zaidan mentakrifkan urf sebagai setiap
(perkataan dan perbuatan) yang biasa dalam masyarakat akan
menjadi adat serta menjadi ikutan dalam kehidupan. (Abdul
Karim Zaidan 2004: 201). Urf juga ditakrifkan sebagai perkara
yang tetap di dalam diri manusia dari segi akal fikiran dan
diterima baik oleh tabiat yang sejahtera.(Hasan B. Haji Ahmad
Dahn, Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2002: 337)
I T ' S T O D A Y
B L O G A R C H I VE
2010(1)
2009(9)
May(2)
April(7)
MAHKUM ALAYH DAN
AHLIYYAH
IJTIHAD DALAM KONTEKS
SEMASA
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/ijtihad-dalam-konteks-semasa_25.htmlhttp://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/mahkum-alayh-dan-ahliyyah.htmlhttp://usulfiqh2.blogspot.com/2009_04_01_archive.htmlhttp://void%280%29/http://usulfiqh2.blogspot.com/2009_05_01_archive.htmlhttp://void%280%29/http://usulfiqh2.blogspot.com/search?updated-min=2009-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2010-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=9http://void%280%29/http://usulfiqh2.blogspot.com/search?updated-min=2010-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2011-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=1http://void%280%29/8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
3/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 3
Maka bagi rumusan takrif daripada pendapat para ulama, penulis
mengemukakan pendapat yang dikeluarkan oleh Imam al-Ghazali
yang dinukil oleh Haji Muhammad Saleh B. Haji Ahmad dalam
kitab beliau iaitu sesuatu yang telah mantap di dalam jiwa
manusia dari segi akal fikiran dan diterima oleh tabiat sejahtera.
Atau juga urf itu sesuatu yang menjadi tabiat manusia yang
mempunyai tabiat-tabiat yang sejahtera lahir dari penghuni
sesebuah negeri Islam dengan syarat ia tidak berlawanan dengan
syarak.(Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: 183)
PENGERTIAN ADAT
Adat dari segi bahasa diambil dari perkataan denganmakna berulang kali. Ia merupakan nama kepada pengulangan
perbuatan berkali-kali sehingga menjadi mudah dilakukannya
seperti suatu tabiat, justeru dikatakan
Maksudnya:
Perkara yang dilakukan berulang kali tampa mempunyai
hubungan aqliyyah. (Ibid 2005: 182)
Jelasnya dari takrif di atas bahawa adat pada istilah mempunyai
suatu pengertian yang lebih umum berbanding urf kerana ia
mempunyai suatu pengertian yang syumul dan luas ruang
lingkupnya termasuklah mencakupi adat yang lahir dari faktor
tabie, adat individu dan adat orang ramai.
Hubungan antara urf dan adat
Dalam merumuskan hubungan antara urf dan adat penulis
mengemukakan pendapat yang dikelauarkan oleh Abdul Karim
Zaidan dengan kata beliau:
Urf ialah sesuatu yang telah menjadi kebiasaan kepada
masyarakat dalam kehidupan harian, sama ada perkataan
TAARUD DAN TARJIH
'URF
ISTIHSAN
TAQLID
A P A K A T A K A M U ? ? ?
ShoutMix
Live chat
software for
your website
Click hereto
check it out now!
0.0011s
ShoutMix chat widget
F O L L O W E R S
http://www.shoutmix.com/http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/blog-post.htmlhttp://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/taqlid.htmlhttp://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/istihsan_24.htmlhttp://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.htmlhttp://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/taarud.htmlhttp://www.shoutmix.com/8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
4/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 4
mahupun perbuatan. Maka urf dan adat menurut pandangan
fuqaha memberi erti yang sama. Apabila mereka berkata hukum
ini sabit dengan adat dan urf bukanlah bererti adat berlainan
dengan urf, bahkan kedua-duanya itu satu maksud saja.
Sebutan kalimah adat itu bertujuan untuk mengukuhkan
sahaja. (Abdul Karim Zaidan 2004: 201)
PEMBAHAGIAN URF
Urf terbahagi kepada tiga bahagian,iaitu:
i) Dari aspek kandungan
ii) Dari aspek ruang lingkupiii) Dari aspek syarak
Pertama: dari aspek kandungan - pembahagian urf kepada
perkataan atau lafaz dan perbuatan atau amali.
Urf perkataan atau lafaz
Urf ialah penggunaan sesuatu perkataan atau ayat di kalangansesetengah masyarakat yang berbeza dengan makna asal. Ia
dapat difahami secara spontan tanpa memerlukan perantaraan,
penunjuk(qarinah) atau pengamatan.Jika sesuatu perkataan
atau ayat difahami dengan menggunakan penunjuk atau logik
akal ia adalah majaz bukannya urf. ( Mohammad Zaini Bin Yahaya
1999: 10 )
Contoh bagi majaz yang difahami dengan perantaraan penunjuk
(qarinah) ialah seseorang memberikan sesuatu kepada seseorang
yang lain dengan berkata: aku berikannya dengan bayaran
sekian. Kita akan fahaminya sebagai akad jual beli bukannya
pemberian (hibah) dengan perantaraan perkataan bayaran
sebagai penunjuk lafaz (qarinah lafziyyah). ( Ibid: 10 )
Join this site
w ith Google Friend Connect
Members (61) More
Already a member? Sign in
http://adiwidget.blogspot.com/8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
5/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 5
Contoh bagi majaz yang difahami dengan perantaraan logik akal
ialah jika seseorang berkata mahkamah telah menjatuhkan
hukuman ke atas si anu. Kita akan fahami bahawa hakim yang
menjatuhkan hukuman bukan mahkamah berdasarkan logik akal.
(Ibid: 10)
Perkataan-perkataan yang menjadi kebiasaan untuk maksud-
maksud tertentu yang berbeza dengan maksud asal perkataan-
perkataan tersebut seperti perkataan walad () digunakanpada urf untuk kanak-kanak lelaki sahaja sedangkan maksud
asalnya merangkumi lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan
perkataan al -Laham()(daging) yang pada urf adalah semuajenis daging kecuali daging ikan. Sedangkan maksud asalnya
merangkumi semua jenis daging. ( Nik Salida Suhaila Nik Saleh
2007: 66 )
Jika seseorang itu bersumpah tidak akan memakan daging, ia
tidak kira melanggar sumpahnya atau berdosa dengan memakan
ikan. Ini kerana urf perkataan tidak menamakan ikan sebagai
daging.
Urf perkataan terbahagi kepada dua bahagian. Jika penggunaan
perkataan secara uruf itu dari segi adat kebiasaan sesuatutempat, ia dikenali sebagai hakikat uruf (haqiqah urfiyyah).
Sementara itu,jika penggunaanya dari segi syarak ia dikenali
dengan hakikat syarak (haqiqah syariyyah). Umpamanya
penggunaan perkataan solat dan zakat sebagai ibadah yang
difahami di dalam realiti syarak sedangkan makna asal bagi solat
di dalam bahasa arab ialah doa dan zakat ialah penyucian.
(Mohammad Zaini Bin Yahaya 1999: 10 )
Urf perbuatan atau amali
Urf amali ialah perbuatan atau amalan yang sudah menjadi
kebiasaan manusia. Perbuatan atau amalan tersebut sama ada
dari segi kegiatan biasa atau kegiatan kemasyarakatan. Maksud
kegiatan biasa adalah kegiatan yang bersangkutan dengan
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
6/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 6
kehidupan biasa tanpa melibatkan akad dan hak seperti makan,
minum, pakaian,dan sebagainya. Maksud kegiatan
kemasyarakatan pula ialah kegiatan yang bersangkutan denagn
akad dan hak seperti nikah, jual beli, rampasan, dan lain-lain. (
Ibid: 12 )
Contoh urf amali ialah dari segi kegiatan biasa ialah kebiasaan
masyarakat Malaysia menjadikan nasi sebagai makanan asasi.
Contoh bagi urf amali dari segi urusan kemasyarakatan ialah
kebiasaan penjual di sesetengah tempat menghantar barangan
jualan yang berat ke kediaman pembeli dan kebiasaan
masyarakat berjual beli tanpa lafaz ijab dan qabul. ( Ibid: 12 )
Perbuatan yang menjadi kebiasaan di kalangan manusia seperti
jual beli Muatah () (proses jual beli tanpa ijab dan qabul),penggunaan tandas awam tanpa ditetapkan tempoh masa dan
jumlah air yang digunakan, istisna () (tempahan membuatbarangan seperti kasut, pakaian, dan sebagainya), hidangan
makanan kepada tetamu merupakan keizinan untuk makan dan
sebagainya. . ( Nik Salida Suhaila Nik Saleh 2007: 66)
Kedua : dari aspek ruang lingkup -pembahagian uruf kepada al-
am (umum) dan al-khas(khusus).
Urf am
Perbuatan atau perkataan yang menjadi kebiasaan bagi seluruh
penduduk semua negara Islam sama ada ia baru atau lama, atau
dengan kata lain urf am ialah sesuatu perkara yang sentiasa
diamalkan oleh seluruh umat Islam. ( Ibid: 66)
Contoh urf am ialah akad tempahan (akad al-istisna) iaitu jual
beli melalui tempahan dengan mendahulukan bayaran
cengkeram.Ia amat diperlukan oleh manusia sejak sekian
lama,begitu juga pada hari ini,kita tidak dapat lari dari muamalat
seumpama ini. Begitu juga dengan bayaran penggunaan tandas
awam tanpa mengira kadar air dan tempoh berada di dalamnya.
Kedua-dua perkara tersebut telah menjadi amalan biasa
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
7/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 7
masyarakat antarabangsa sejak zaman berzaman. Ia tidak
dianggap bercanggah dengan prinsip dan sistem kehidupan
masyarakat sejagat. Contoh lain ialah seperti lafaz talak yang
digunakan untuk perceraian oleh seluruh umat Islam walaupun
pada asalnya tidak bermaksud untuk tujuan tersebut sahaja. (
Mohammad Zaini Bin Yahaya 1999: 12 )
Urf khas
Urf khas ialah perkara-perkara yang menjadi kebiasaan sesebuah
negara,masyarakat atau kumpulan-kumpulan tertentu. Ia
berbeza mengikut keadaan dan situasi yang mempengaruhinya.
(Ibid: 13)
Contoh urf khas ialah kebiasaan masyarakat Islam melayu tidak
berkasut di dalam rumah dan menganggap perbuatan memakai
kasut di dalam rumah sebagai tingkah laku yang kurang
sopan.Contoh kedua ialah kebiasaan di sesetengah tempat
meletakkan tanggungjawab membayar bil ke atas pemilik rumah
sewa bukannya penyewa. Seperti uruf di Iraq yang
membahagikan mas kahwin kepada tangguh dan segera. (Ibid:13)
Perbezaan antara urf am dan urf khas dari segi hukum syarak
1. Ruang lingkup hukum yang berdasarkan uruf am adalah lebih
luas berbanding urf khas.
2. Hukum urf am boleh mengkhususkan hukum yang berdasarkan
nas syarak. Sementara hukum urf khas tidak dapat
melakukannya mengikut pendapat yang terkuat di dalam mazhab
Hanafi.
Apabila berlaku percanggahan antara urf khas dan urf am,
hukum syarak adalah berdasarkan urf am jika uruf khas itu di
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
8/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 8
kalangan kumpulan yang kecil. Tetapi jika urf khas di kalangan
kumpulan yang ramai, maka hukum adalah didasarkan kepadakhas
khusus untuk kumpulan tersebut sahaja kerana hukum am tidak
didasarkan kepada urf khas. . ( Mohammad Zaini Bin Yahaya
1999: 14 )
Merujuk kepada pembahagian tersebut, didapati ia telah
mengenepikan perkara-perkara yang berulang-ulang dan menjadi
kebiasaan di kalangan seseorang individu. Ini adalah sebahagian
dari urf menurut penggunaannya yang luas. Bahkan dari satu
sudut ia juga mempunyai kedudukan dalam penetapan hukum
Fiqh. Contohnya untuk menentukan kadar nafkah yang
diwajibkan ke atas seseorang suami,ia hendaklah merujuk
kepada urf iaitu taraf hidup suami serta keperluan keluarganya.(
Mohammad Zaini Bin Yahaya 1999: 14 )
Ketiga : dari aspek syarak pembahagian urf kepada sahih
(betul) dan fasid (batal).
Uruf sahih
Uruf sahih ialah perkara yang menjadi kebiasaan bagi manusia
dan tidak bertentangan dengan nas syarak, ijmak, maslahah, dan
tidak membawa kepada kemudaratan. Uruf sahih ini mungkin
berdasarkan dalil syarak seperti kewajipan suami memberi
nafkah makanan dan pakaian kepada isteri mengikut
kemampuan, ,(Nik Salida Suhaila Nik Saleh 2007: 64). Perkara ini
disebut oleh Allah dalam al-Quran:
Maksudnya:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama
dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan
penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
9/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 9
dan pakaian kepada ibu mengikut cara yang sepatutnya. ( al-
Quran,al-Baqarah: 233)
Contoh urf sahih ialah jual beli tanpa lafaz ijab dan qabul adalah
urf sahih kerana ia tidak bercanggah dengan mana-mana nas al-
Quran dan as-Sunnah. Urf sahih juga merangkumi banyak
perkara yang merupakan urf di zaman Jahiliyyah dan selepas itu
diakui oleh Islam seperti al-Diyah dan al-Salam. ( Ibid: 65)
Kemungkinan juga urf sahih tidak berdasarkan kepada dalilsyarak tetapi ianya membawa kepada kebaikan dan dapat
menjauhi kemusnahan seperti urf dalam pertunangan, iaitu
pihak lelaki menghadiahkan cincin, pakaian, dan sebagainya
kepada pihak perempuan dan ianya tidak dikira sebagai mahar (
mas kahwin). (Ibid: 65)
Urf fasid
Urf fasid ialah perkara yang menjadi kebiasaan bagi manusia
tetapi bertentangan dengan syarak atau sesuatu yang
menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara
yang halal. Urf fasid juga adalah setiap yang menyalahi syarak
dan membawa kemudaratan kepada manusia serta tidak
mendatangkan apa-apa kebaikan seperti pinjaman yang
berbentuk riba sama ada daripada bank atau individu, permainan
berbentuk perjudian, pelacuran, dan sebagainya. Walaupun
kegiatan-kegiatan ini telah menjadi lumrah di kalangan
sesetengah masyarakat tetapi ia adalah bercanggah dengan nas-
nas al-Quran yang jelas. ( Ibid: 65 )
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
10/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 10
Percanggahan antara urf dengan nas boleh berlaku dalam dua
keadaan:
Keadaan pertama: Percanggahan secara umum.
Apabila berlaku percanggahan antara urf dengan kehendak nas
qatiyy, urf ini dikira terbatal. Ini berdasarkan kepada prinsip
syarak yang mendahulukan nas sebagai sumber utamaperundangan Islam. Namun jika hukum dari nas qatiyy
berlandaskan uruf tertentu, ketika itu urf dan nas tersebut
diamalkan secara bersama (tawfiq). Ini bermakna jika urf
tersebut sudah berubah maka urf yang baru akan mengubah
ketetapan hukum tersebut. (Mohammad Zaini Bin Yahaya 1999:
17 )
Keadaan kedua: Percanggahan secara khusus.
Apabila percanggahan berlaku antara nas qatiyy yang bersifat
umum dengan urf yang bersifat khusus,hukum urf tidak
terbatal, sebaliknya ia berkuatkuasa dalam ruang lingkupnya yang
khusus.Oleh itu, para ahli fiqh mengharuskan akad tempahan
walaupun ia kelihatan bercanggah dengan sebuah hadis baginda
saw yang mafhumnya berbunyi jangan menjual barang yang tiada
disisi kamu.( Ibid: 18 )
Akad tempahan telah dikecualikan dari umum hadis tadi
memandangkan ia adalah urf yang sudah menjadi keperluan
umum.Pengecualian ini tidak membatalkan hukum umum hadis
sebaliknya ia adalah satu langkah untuk menggunakan dalil nas
dan urf sekaligus berdasarkan kaedah;
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
11/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 1
Maksudnya:
Menggunakan kedua-dua dalil sekaligus adalah lebih baik dari
membatalkan salah satu darinya.
Penentuan sesuatu urf sama ada ia sahih atau fasid adalah
berdasarkan pertimbangan dari nas serta prinsip umum syarak.
Ketiga-tiga jenis pembahagian lepas adalah berdasarkan aspek
yang berbeza.Kadangkala sesuatu urf bersifat am, perkataan,
atau perbuatan dan sahih atau fasid dalam satu masa. Begitu
juga keadaannya jika ia bersifat khas. Akad tempahan
umpamanya adalah urf yang bersifat am, perkataan, serta sahihdan percampuran antara lelaki dan perempuan bukan mahram
(haram berkahwin) di dalam sesuatu majlis keraian dan perayaan
ialah urf yang bersifat khas, perbuatan serta fasid. (Ibid: 19)
KEHUJAHAN URF
Yang dimaksudkan dengan kehujahan uruf sebagai sumber ialahberamal dengannya. Urf tidak dianggap sebagai hujah jika ia
menyalahi dalil-dalil dan hukum-hukum syarak yang tetap dan
tidak berubah, walaupun suasana dan adat berubah. (Abd Latif
Muda 1997 :135)
Justeru, mana-mana urf yang bertentangan dengan nas atau
hukum mestilah sama-sama kita berusaha untuk
menghapuskannya dan meninggalkannya. Firman Allah:
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
12/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 12
Maksudnya:
Dan janganlah kamu bertolong-menolong pada melakukan
dosa(maksiat) dan pencerobohan....(al-Quran, al-Maidah 5;2)
Ulama Hanafi dan Maliki menerima urf sebagai hujah hukum.
Urf yang betul dan tidak bertentangan dengan syarak mestilah
diambil kira dalam pembinaan hukum dan membuat
keputusan.Oleh itu,mujtahid dan kadi mestilah menilainya dalam
membuat keputusan.Sebagai contoh, syarak mengambil kira dan
menjaga adat kebiasaan orang Arab yang baik serta tidak
bertentangan dengan hukum seperti mewajibkan bayaran diyat
terhadap aqilah iaitu keluarga pembunuh. (Ibid: 138).
Selain itu,kebanyakan orang sekarang ini yang mengamalkan
adat-adat perniagaan,sistem kehakiman dan kemasyarakatan
yang keperluan-keperluan mereka menghendakinya,kerana
matlamat disyariatkan hukum ialah memperbaiki keadaan
manusia, menegakkan keadilan diantara mereka dan menolak
kesempitan daripada mereka, maka jika sekiranya tidak diraikan
di dalam mensyariatkan hukum yang biasa dilakukan oleh orang
ramai dan orang yang mempunyai akal yang waras dan tabiatyang sejahtera, nescaya terjerumus mereka ke dalam
kesempitan dan jadilah syariat Islam bertentangan dengan
matlamat yang dibinakan hukum ke atasnya.( Hasan B.Haji
Ahmad 2002: 345)
Oleh itu, Islam memperakui banyak perkara yang telah menjadi
kebiasaan orang-orang Arab melakukannya sebelum Islam dengan
menyusunnya untuk mereka, seperti jual beli, gadai, sewa-
menyewa, nikah dan sebagainya dan ia tidak menghapuskan
kecuali perkara memudharatkan atau merosakkan seperti riba,
berjudi, membunuh anak-anak perempuan dan mengikat
perempuan daripada menerima pusaka.
Namun begitu, mereka tidak sepakat mengenai kehujahan urf
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
13/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 13
jika ia merupakan perkara yang biasa dilakukan oleh orang ramai
yang terdiri dari cara-cara mentadbirkan perkataan dan khutbah
yang selalu berlaku di kalangan mereka dan amalan-amalan
berkaitan dengan urusan muamalah yang selalu mereka lakukan
yang mana tidak ada dalil syarak yang menghalang atau yang
mengsabitkannya. (Ibid: 346)
Namun begitu, urf yang fasid dan bertentangan dengan syarak
tidak boleh diikuti sama sekali. Ulama, mujtahid serta kadi
mestilah meninggalkannya dalam mengeluarkan keputusan. Ini
kerana urf tersebut bertentangan dengan dalil syarak dan juga
menyebabakan terbatalnya hukum syarak.Sebagai contoh ialah
amalan riba yang berlaku dalam adat masyarakat jahilliyah terus
diharamkan dalam syariat. (Abdul Latif Muda 1997:138)
Bagi Syafie dan Hanbali pula, meraka tidak menjadikan urf ini
sebagai hujah dalam mengeluarkan suatu hukum. Selain itu,uruf
tidak dianggap sebaai hujah jika ia menyalahi dalil-dalil syarak
dan hukumnya yang tetap dan tidak berubah dengan sebab
berlainan suasana dan adat-adat,kerana berhujah dengannya
bererti membelakangkan nas-nas syarak yang qatiyy dan
mengikut hawa nafsu serta membatalkan syariat-syariat kerana
syariat tidak datang untuk memperakui perkara-perkara yangmudharat dan rosak. Oleh yang demikian diketepikan urf itu dan
tolong-menolong menghapuskannya,kerana redha dengannya
bererti tolong-menolong melakukan perkara dosa dan
permusuhan.( Hasan B.Haji Ahmad 2002: 347)
SYARAT-SYARAT KEHUJAHAN URF
Kehujahan urf bukan secara mutlak bahkan ianya dikaitkan
dengan syarat-syarat tertentu, syarat-syarat tersebut adalah
seperti berikut :
1. Urf mestilah muttaridan() dan ghaliban ()
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
14/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 14
Muttaridan bermaksud kulliyyah iaitu bersifat menyeluruh dan
dapat digunapakai secara umum, tersebar luas dan diketahui
semua. Manakala ghaliban pula bermaksud majoriti iaitu
diamalkan oleh majoriti manusia. ( Nik Salida Suhaila Nik Saleh
2007: 71)
2.Urf itu mestilah tidak bertentangan dengan nas syarak
- Iaitu tidak bertentangan dengan nas yang sabit, dalil-dalil
syarak yang lain dan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh
syarak. Jika ia bertentangan dengan perkara tersebut, maka
sudah tentu Urf itu tertolak dan tidak digunapakai dalam
syarak.(Ibid: 71)
3. Urf yang menjadi sandaran mestilah wujud semasa hukum
dikeluarkan
melaluinya.
- Urf tersebut mestilah diamalkan secara meluas sama ada yang
berbentuk perkataan atau perbuatan semasa sesuatu hukum
dikeluarkan melaluinya, jika sesuatu hukum dikeluarkan melalui
urf yang sudah tidak diamalkan lagi maka hukum tersebut tidakdianggap muhakkamah.(Ibid: 71)
3. Tidak ada sesuatu yang mengingkari urf
- Urf mestilah bersih dari sebarang pembatalan yang jelas oleh
kata-kata atau perbuatan. Sebagai contoh, jika Urf untuk
bayaran di kedai tertentu adalah taqsit (ansuran) maka ia akan
terbatal sekiranya pihak pembeli menjelaskan untuk membayar
tunai. Begitu juga jika pada urf, kos penghantaran barang
adalah tanggungan penjual, akan terbatal jika kedua-dua belah
pihak bersetuju untuk meletakkan kos tersebut kepada pembeli.
Oleh itu, ulama telah menyebutkan:
,Ertinya :
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
15/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 15
Apa yang sabit dengan urf tanpa sebutan (tentangan), tidak
akan
thabit jika ada kenyataan yang menentangnya.(Ibid: 71)
HUKUM BERAMAL DENGAN URF ATAU ADAT
Ketika kedatangan Islam, masyarakat Arab mempunyai berbagai-
bagai adat resam, kemudian ia memperakukan mana-mana adat
yang sesuai dan selari dengan matlamat dan prinsip Islam,
seterusnya ditolak mana-mana adat yang bercanggah dengan
syariatnya. Kemudian dipinda atau diperbaiki beberapa urf dan
adat supaya selaras dengan haluan dan matlamatnya.
Adapun urf yang sahih, maka wajib diberi perhatian dalam
perundangan dan kehakiman. Seseorang mujtahid wajib
mengambil kira urf dalam proses pembinaan hukum. Demikian
juga seorang hakim mesti mengambil kira urf dalam
kehakimannya, kerana sesuatu adat yang dikenali dan dihayati
oleh masyarakat telah menjadi sebahagian daripada keperluan
mereka di samping ia selari dengan kepentingan-kepentinganmereka. Justeru, selagi adat itu tidak bercanggah dengan
syarak, wajiblah diambilkira.Terdapat beberapa adat yang baik
dari kalangan orang Arab telah diberi perhatian oleh syarak dalam
perundangan, seperti kewajipan diyat ke atas aqilah dan syarat
kafalah dalam perkahwinan. ( Muhammad Saleh B. Haji Ahmad
2005:191)
Sementara urf fasid tidak boleh diambilkira kerana jelas
percanggahannya dengan dalil syara atau membatalkan hukum
syarak. Kebiasaan bermuamalah riba atau melakukan akad yang
ada unsur-unsur penipuan tidak boleh mengharuskan akad
muamalah tersebut diteruskan. Kerana inilah dalam undang-
undang ciptaan manusia, urf yang berlawanan dengan
perlembagaan atau peraturan am tidak boleh diambilkira, tetapi
yang akan diberi perhatian dalam akad seperti ini adalah dari
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
16/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 16
aspek lain, yakni apakah akad ini dianggap sebahagian dari
darurat atau keperluan manusia? Jikalau dibatal , apakah boleh
menyebabkan kepincangan sistem kehidupan mereka atau
ditimpa kesulitan dan kesusahan, ataupun tidak ada kesan apa-
apa? Lantaran itu, jika urf itu sebahagian dari daruriyyat atau
hajiyyat mereka, maka ia diharuskan kerana darurat
mengharuskan yang dilarang, sedangkan hajat pula boleh
disamakan dengan darurat dalam perkara ini. Sebaliknya, jika urf
itu bukan dari daruriyyat atau hajiyyat mereka, nescaya
dihukumkan batal urf itu dan tidak boleh diambilkira urf yang
berlaku. Dengan kata lain bahawa hendaklah beramal dengan urf
di kalangan pengamalnya berterusan di dalam semua masalah.
Tidak tercicir ia di dalam satu masalah daripadanya, atau tidak
beramal dengannya itu berlaku pada kebanyakan masalah-
masalah tidak pada kesemuanya.( Haji Hasan B. Haji Ahmad
Dahn, Haji Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2002: 342)
URF YANG BERCANGGAH DENGAN NAS
Walaupun syarat beramal dengan urf itu mestilah ia tidak
bercanggah atau berlawanan dengan nas yang telah
dibincangkan, namun perlu diperincikan lagi perbahasannya
kerana dalil-dalil syarak itu adakalanya khas dan adakalanya am.Apabila terdapat percanggahan urf dengan dalil-dalil syara,
maka ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-
1. Urf yang bercanggah dengan nas yang khas
- Ditegaskan oleh ulama bahawa :
Maksudnya :
Setiap urf yang ada dalil syara menyalahinya, maka urf itu
tidak diambilkira.
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
17/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 17
Oleh itu urf yang jelas bercanggah dengan nas tidak mempunyai
nilai pandangan pada syarak, bahkan wajib dihapus dan dibasmi.
Ini tidak terkecuali sama ada urf itu khas atau am, terjadi
setelah turunnya dalil atau sebelumnya. Justeru, mengguna
pakai urf yang bercanggah dengan nas bererti menafikan
peranan nas dalam pembinaan hukum. (Muhammad Saleh B. Haji
Ahmad 2005: 192)
Namun begitu, para fuqaha mengecualikan satu perkara iaitu
apabila nas itu sendiri ketika turunnya atau ketika datangnya
bersandarkan kepada uruf yang memang sudah sedia ada dan
diillatkan kepadanya. Nas yang seperti ini memperhatikan urf
atau adat istiadat masyarakat, oleh kerana itu hukumnya akan
bergantung kepada urf dan akan berubah apabila urf itu
berubah. Sebahagian fuqaha mengecualikan keadaan daruratyang sangat mendesak, sebagaimana yang dijelaskan oleh ulama:
, ,
.Maksudnya:
Tidak harus bagi seorang faqih memberi fatwa atau hukuman
dengan sesuatu yang dikehendaki oleh uruf yang bercanggahdengan dasar-dasar syariat Islam kecuali apabila ada sesuatu
darurat yang memerlukan hokum itu dibina berdasarkan darurat
tersebut dan ia termasuk dalam konsep rukhsah yang diakui oleh
faqih atas dasar ijtihad. (Ibid; 192)
2. Urf yang bercanggah dengan nas yang am
- Urf yang bercanggah dengan nas syarak yang am terbahagi dua
bahagian :
a) Urf yang telah sedia ada sebelum datangnya nas dan ia pula
terbahagi kepada dua jenis iaitu lafzi dan amali.
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
18/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 18
i- Urf lafzi : para fuqaha sepakat mengambilnya sebagai asas
penentuan hukum dan diberikan kedudukan sebagai nas syarak
yang am di dalam batas maknanya yang urfi, sebagaimana
kaedah mengatakan :
Maksudnya:
Hendaklah diberikan lafaz itu maknanya yang hakiki, selama
tidak ada qarinah atau petanda yang menghendaki makna
majazi.
Urf lafzi itu akan menjadi maknanya yang hakiki menurut
urf() , sedangkan makna itu pula perlu didahulukan darimakna segi bahasa seperti salah, siyam dan haji. Maka lafaz-lafaz
ini adalah dimaksudkan dengan makna dari segi urf syarak,
walaupun ia bercanggah dengan makna dari segi bahasa. (Ibid:
150)
ii- Sementara urf amali : para fuqaha berbeza pandapat, apakah
ia boleh mentakhsis nas yang am atau tidak? Sebahagian fuqaha
berpendapat urf amali al-am boleh mentakhsiskan nas yang amiaitu dengan melaksanakan urf pada tempat dan melaksanakan
nas pada amnya. Ini bukan bererti menghapuskan peranan nas
itu, tetapi melaksanakan urf dan nas bersama, sebagaimana
kaedah yang menegaskan :
Maksudnya :
Melaksanakan kedua-dua nas bersama lebih baik daripada
meninggalkan salah satu daripadanya.
Contohnya seperti hadis Rasulullah yang melarang seseorang
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
19/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 19
untuk menjual sesuatu yang tidak dimilikinya, maka nas ini
adalah umum bagi semua jenis perniagaan. Namun begitu, ada
hadis Rasulullah juga membenarkan perniagaan al-salam iaitu
menjual sesuatu yang tidak dimiliki oleh penjual dengan cara
membayar terlebih dahulu sebelumnya adanya sesuatu itu.
Amalan itu dibenarkan kerana adanya kemaslahatan dan
masyarakat memerlukannya, sedangkan perniagaan al-salam itu
berdasarkan kepada adat kebiasaan yang berlaku di Madinah.
Maka urf di sini mentakhsiskan atau mengecualikan perniagaan
al-salam daripada amnya yang terdapat pada nas, bahkan
dilaksanakan hukum nas yang am di samping hukum urf yang
khas. Kepentingannya di sini bahawa urf juga termasuk dalam
pemeliharaan masalih mursalah. (KH. Masdar Helmy 1996: 152)
Adapun urf yang khas apabila bercanggah dengan nas yang am,maka pendapat yang terkuat bahawa urf tersebut tidak boleh
mentakhsiskan nas yang am. Kata ulamak berkata :
,
Maksudnya:
Dalam pembinaan hukum apakah diambilkira urf yang am, atausemata-mata urf walaupun yang khas? Menurut mazhab
(pendapat yang rajah) ialah pendapat yang pertama.
Dan telah disebut oleh Haji Muhammad Saleh B. Haji Ahmad
pendapat Al-Imam al-Qarafi dalam kitabnya bahawa urf amali
tidak boleh mentakhsiskan yang am.(Muhammad Saleh B. Haji
Ahmad 2005: 194)
b) Urf yang terjadi setelah datangnya nas, iaitu para fuqaha
mujtahidin sependapat bahawa urf tersebut tidak boleh
mentakhsiskan nas yang am, walaupun urf itu am kerana ;urf
yang terjadi setelah datangnya nas yang menjelaskan hukum
syarak dan telah pun dilaksanakan hukum tersebut. Apabila
datangnya urf yang mentakhsiskan nas tersebut bererti
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
20/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 20
menasakhkan hukum nas itu sendiri, sedang urf tidak boleh
menasakhkan nas kerana di antara syarat yang membolehkan urf
itu diamalkan ialah urf itu wujud sebelum datangnya nas kerana
urf lafzi yang sedia ada ketika datangnya nas sahaja boleh
menafsir dan menentukan kehendak syarak daripada nasnya.
(Ibid: 151)
4. Urf yang bercanggah dengan dalil-dalil ijtihad
- Apabila urf bercanggah dengan qiyas,istihsan, masalih
mursalah, istihab dan lain-lain dalil ijtihad, yang diambilkira ialah
urf. Sementara qiyas dan seumpamanya, menurut jumhur
fuqaha hendaklah ditinggalkan dan tidak boleh dilaksanakan lagi.
Dan ditegaskan oleh ulama:
,, , .,
Maksudnya:
Maka apabila bercanggah urf dengan qiyas , maka hampir
sepakat pendapat para fuqaha bahawa qiyas itu ditinggalkan
dengan sebab adanya urf, kerana ia adalah tanda keperluanmasyarakat, maka ia lebih kuat daripada qiyas dan diutamakan
atasnya apabila ada percanggahan.
Begitu juga ada setengah ulama berkata:
, , .
Maksudnya :
Dan kadang kala ditinggalkan qiyas dengan sebab adnya urf dan
oleh kerana inilah sah akad isyisna (kontrak tempahan) kerana
urf telah mengamalkannya, walaupun menurut hukum qiyas
tidak sah, kerana ia merupakan akad ke atas sesuatu yang tidak
wujud. .(Ibid: 197)
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
21/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 2
Apabila urf itu didahulukan daripada qiyas, sedangkan qiyas itu
bergantung kepada nas syarak, iaitu asal yang diqiyaskan ke
atasnya, maka mendahulukan urf atas istihsan dan masalih
mursalah yang tidak bergantung kepada nas lebih aula.
URF DIRUJUK BAGI MENAFSIRKAN NAS
Sudah tidak dapat dinafikan lagi bahawa urf merupakan tempat
rujukan bagi pelaksanaan beberapa hukum ke atas peristiwa danmasalah-masalah juziyyah. Syariat Islam telah meninggalkan
banyak perkara yang tidak ditentukan batas sempadan secara
jelas, bahkan sengaja membiarkannya kepada urf untuk
menghukum, menentukan batas sempadan dan perinciannya.
(KH. Masdar Helmy 1996: 152)
Justeru, wujud satu kaedah fiqhiyyah yang diterima pakai oleh
semua ulama iaitu yang bermaksud adat yang ammahu pun khas akan dijadikan rujukan atau hakam, bagi
menentukan hukum syarak khususnya ketika berlaku perselisihan
kerana ia juga merupakan asas pembinaan hukum-hukum yang
tidak dinaskan. Tetapi apabila ada nas maka wajib mengamalkan
nas itu dan tidak harus meninggalkan nas dengan mengamalkan
adat.Contohnya :
#s*s z`n=t/ `gn=y_r& `dq3Br's >$ryJ/
rr& `dq%$s 7$ryJ/ (#rk r&ur urs 5At
O3ZiB (#qJ%r&ur noyyg9$# ! 4 N69s tq
m/ tB tb%x. Bs !$$/ Qqu9$#ur zFy$# 4 `tBur
,Gt !$# @ygs &! %[ txC
Maksudnya :
Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya,
maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) Dengan cara Yang
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
22/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 22
baik, atau lepaskan mereka Dengan cara Yang baik; dan
adakanlah dua orang saksi Yang adil di antara kamu (semasa kamu
merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang
menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah
semata-mata. Dengan hukum-hukum Yang tersebut diberi
peringatan dan pengajaran kepada sesiapa Yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat; dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah
(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan
keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),
(al-Quran,al-Talaq 65:2)
Maka adalah (keadilan) merupakan syarat untuk diterima
kesaksian, sedangkan adalah menurut para fuqaha ialah suatu
malakah (sifat atau bakat atau perwatakan) yang mendorongseseorang menghayati sifat ketaqwaan dan memelihara
maruahnya. Oleh itu, apa sahaja yang boleh merosakkan maruah,
ia dianggap akan mencacatkan adalah, sedangkan sesuatu
dianggap boleh merosakkan maruah adalah berbeza dengan
sebab berbeza tempat dan keadaan. Contohnya seorang lelaki
mempunyai kedudukan tertentu, tidak memakai kopiah
(songkok) dianggap menjatuhkan maruah bagi sesetengah negeri
atau tempat dan boleh mencacatkan keadilan, sedangkan bagi
negeri lain tidak memakai kopiah itu tidak merupakan suatukeaiban dan kecacatan. Maka hukum syarak di sini berbeza
dengan sebab perbezaan tersebut. Firman Allah :
* Nt$!uq9$#ur z` `dys9rr& ,s!qym
n=B%x. ( `yJ9 y#ur& br& L spt$9$# 4 n?tur
q9qpRQ$# &s! g% `kEuq.ur
$rpRQ$$/ 4 w #=s3? tR w) $ygyr 4 w
!$? 8ot$!ur $yd$s!uq/ wur q9qtB m9 n
$s!uq/ 4 n?tur ^#uq9$# @VB y79s 3 b*s #y#ur&
w$ `t
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
23/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 23
penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan
dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya.
tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut
kemampuannya. janganlah menjadikan seseorang ibu itu
menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan)
seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga
menanggung kewajipan Yang tersebut (jika si bapa tiada).
kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan
penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh)
mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah
(melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu
menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu
apabila kamu serahkan (upah) Yang kamu mahu beri itu Dengan
cara Yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta
ketahuilah, Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua
Yang kamu lakukan. (al-Quran,al-Baqarah 2:233)Ms)=sJ=9ur 7tFtB $ryJ9$$/ ( $)ym n?t )-
GJ9$# Maksudnya : Dan isteri-isteri Yang diceraikan
berhak mendapat Mut'ah pemberian saguhati) Dengan cara Yang
patut, sebagai satu tanggungan Yang wajib atas orang-orang
Yang taqwa.(al-Quran, al-Baqarah, 2; 241) PERANAN URF
DALAM PENETAPAN HUKUM FIQH Urf mempunyai kedudukan
yang tinggi dalam sejarah perkembangan fiqh. Ia telah
memainkan peranan yang penting dalam proses pembentukan
hukum fiqh. Para ulama fiqh telah menjadikannya salah satusumber dalam menentukan keputusan ijtihad mereka. Antara
peranan yang dimainkan oleh urf dalam bidang fiqh ialah : 1)
Sebagai Perantara Kepada Dalil-dalil Fiqh Sebahagian ulama
seperti al-Qarafi dan Ibn Abidin telah mengiktiraf urf sebagai
salah satu sumber dalam hukum fiqh. Menurut Abu Yusuf dan
Muhammad ibn al-Hasan, urf dijadikan dalil keharusan akad al-
mudharabah, akad al-istisna, wakaf harta alih. Manakala,
menurut pendapat Imam Malik,urf adalah sebagai dalil ketidak
harusan khiyar syarat. (Mohammad Zaini bin Yahya 1999: 57-58)
Sebahagian ulamak moden telah menolak urf sebagai dalil yang
tersendiri. Walaupun mereka memandang tinggi terhadap urf
tetapi mereka hanya menganggapnya sebagai perantara kepada
dalil-dalil yang sebenar. Di sini,terdapat beberapa contoh
mereka menganggap urf sebagai perantara kepada dalil fiqh
iaitu : a) Dalam contoh al-mudharabah mereka berpendapat urf
bertindak sebagai perantara kepada hadith taqriri iaitu hadis
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
24/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 24
yang berbentuk pengakuan kerana mudharabah telah menjadi
amalan sejak dahulu lagi dan Nabi S.A.W tidak pernah
melarangnya. b) Dalam contoh akad tempahan,urf bertindak
sebagai perantara kepada ijmak sukuti iaitu persepakatan
sebahagian para mujtahid terhadap sesuatu perkara pada
sesuatu zaman dan sebahagian mujtahid hanya mendiamkan diri
setelah mengetahuinya. Para mujtahid tidak pernah membantah
dalam amalan ini. c) Dalam larangan Imam Malik terhadap khiyar
syarat adalah berdasarkan kepada amalan penduduk Madinah
yang merupakan salah satu dalil menurut beliau. 2) Sebagai
Rujukan Kepada Hakim Dalam Membuat Keputusan Dalam bidang
kehakiman Islam, urf menjadi rujukan hakim dan pengamal
undang-undang dalam melaksanakan hukuman. Sebahagian ulama
telah melarang para hakim terikat dengan mana-mana mazhab
dan membelakangkan urf dalam membuat keputusan mereka.
Terdapat dua aspek peranan urf dalam bidang ini iaitu : a) Dariaspek keterangan atau pembuktian Setelah meneliti bukti yang
dikemukakan oleh pihak pendakwa dan tertuduh, hakim akan
merujuk kepada urf untuk membuat keputusan. Contohnya
dalam kes kecurian,untuk menentukan hirz sesuatu barang curi
itu hendaklah merujuk kepada urf kerana hirz sesuatu barang
itu berbeza dengan barang yang lain mengikut perbezaan urf. b)
Dari aspek hukuman Hukuman takzir tidak ditentukan secara
terperinci dalam al-Quran dan Hadith tetapi diserahkan kepada
hakim untuk menentukan bentuk hukuman yang sesuai dengantahap kesalahan dan mampu mencegahnya menurut urf. ( Ibid:
62-63 ) 3) Sebagai Tafsiran Kepada Kehendak Seseorang. Urf
dapat membantu menjelaskan maksud dan kehendak seseorang
yang biasanya kehendak tersebut tidak dijelaskan oleh
seseorang kerana ia sudah diketahui berdasarkan urf.
Contohnya dalam masalah jualbeli yang diwakilkan, penerima
wakil hendaklah melakukan penjualan atau pembelian mengikut
kadar harga pasaran walaupun pewakil tidak menyebutnya di
dalam akad. Di sini menunjukkan pentingnya petunjuk daripada
ulama. (KH. Masdar Helmy 1996: 150) 4) Sebagai Pembantu Dalam
Proses Tarjih Tarjih yang dimaksudkan di sini ialah apa yang
diistilahkan oleh Yusuf al-Qardawi sebagai ijtihad intiqai iaitu
memilih salah satu pendapat para ulama terdahulu berdasarkan
kelebihan tertentu. Tarjih dalam bentuk ini hanya dibenarkan
antara pendapat-pendapat yang berdasarkan dalil-dalil yang
boleh diterima dan hanya berbeza dari segi kekuatannya sahaja.
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
25/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 25
Salah satu dari pendapat tersebut dipilih berdasarkan urf
semasa yang mengambil kira keperluan manusia. (Mohammad
Zaini bin Yahya 1999: 65) Contohnya dalam karya Yusuf al-
Qardawi di mana salah satu tarjih yang dilakukannya ialah
pemilihan beliau terhadap keharusan wanita bermusafir tanpa
ditemani suami atau muhrimnya jika tidak ditakuti apa-apa
gangguan semasa perjalanan,berdasarkan pendapat Ibn Hazm al-
Zahiri. Walaupun pendapat Ibn Hazm ini seperti bersalahan
dengan pendapat majoriti, tetapi ia adalah keperluan semasa
dan urf yang perlu dipelihara. (Ibid: 65) 5) Sebagai Penghurai
Kepada Hukum-hukum Fiqh Yang Terkandung Dalam Nas.
Terdapat banyak hukum fiqh yang terkandung dalam nas dan
hadith yang berdasarkan kepada urf sebagai penghurai seperti
dalm firman Allah s.w.t : n?tur q9qpRQ$# &s! `g%
`kEuq.ur $rpRQ$$/ 4 Maksudnya: Dan
kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepadaibu itu menurut cara Yang sepatutnya. ( al-Quran, al-Baqarah,
2:233 ) Para ulamak telah menyatakan ayat al-Quran di atas
mengandungi hukum fiqh iaitu kewajipan suami memberi nafkah
kepada isteri dan anak. Tetapi kadar, bentuk dan lain-lain
perkara yang berkaitan diserahkan kepada urf yang
menghuraikannya. Di sini jaga jelas bahawa urf sudah di kenal
oleh manusia dan mesti tidak berlawanan dengan kehendak
syarak. (KH. Masdar Helmy 1996: 150) PERUBAHAN HUKUM
DENGAN SEBAB PERUBAHAN MASA Hukum yang dikeluarkan olehmujtahid akan berubah apabila urf dan adat berubah. Inilah
yang dimaksudkan dengan kata-kata fuqaha: "" Di atas dasar inilah berlakunya perubahan hukum. ImamAbu Hanifah dan sahabatnya sebagai contoh, sering berselisih
pendapat dalam beberapa hukum berdasarkan perbezaan urf
masing-masing. Imam Syafie ketika berada di Mesir telah
mengubah sebahagian hukum atau fatwanya sewaktu berada di
Baghdad kerana uruf di Mesir berbeza dengan urf di Baghdad.
Antara contoh perubahan hukum yang disebabkan oleh
perubahan masa ialah yang berlaku pada Imam Abu Hanifah dan
zaman Abu Yusuf dan Muhammad dalam kes selain dari hudud
dan qisas iaitu, Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa
zahirah(berpegang pada keadilan segi zahir sahaja), sudah cukup
bagi diterimanya sebagai saksi, tetapi pada zaman Abu Yusuf dan
Muhammad telah banyak pendustaan yang berlaku, jadi mereka
berpendapat mesti dilakukan taykiyyah al-syuhud demi
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
26/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 26
melindung dari keburukan yang menghilangkan hak-hak orang
ramai. Fuqaha menyatakan bahawa khilaf tersebut hanyalah
perbezaan masa dan waktu, bukan perbezaan hujjah dan dalil.
(Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: 201) Larangan mengambil
upah mengajar al-Quran adalah fatwa yang dikeluarakan oleh
para ulama mutaqaddimin, tetapi setelah berlaku perubahan urf
dan adat, maka para ulama mutaakhirin memberi fatwa harus
mengambil upah mengajar al-Quran agar pengajian al-Quran tidak
terhapus.(Ibid: 202) Dalam Sahih Bukhari ada menyebutkan
Baginda saw telah ditanya mengenai hukum unta yang hilang,
adakah mereka yang melihatnya boleh mengambil unta tersebut
dengan tujuan mewawarkannya dan akan dipulangkan kepada
tuannya apabila ia datang menuntutnya, yang kemudian
ditegahnya oleh Baginda saw, hukum ini terpelihara sehingga
akhir pemerintahan Umar r.a. Namun begitu, pada zaman
Uthman r.a dia memerintahkan supaya dipungut unta yang hilangdan di jualkannya, apabila tuannya datang menuntut, maka di
bayar harga tersebut kepadanya, walaupun arahan ini menyalahi
fatwa yang dikeluarkan oleh Rasulullah saw pada zahirnya,
namun pada hakikatnya ia adalah satu keputusan yang
bertepatan dengan tujuan perintah Rasulullah saw dengan alasan
bahawa masyarakat pada zaman itu telah rosak akhlaknya dan
memanjang kepada yang haram dan demi mengelak dari
menularnya kemudaratan ke atas masyarakat. (Ibid: 203)
Perbezaan pelaksanaan hukum-hukum kerana mengikutperbezaan urf dan adat bukanlah perbezaan dalam tasyri tetapi
perbezaan itu hanyalah dalam tatbiq (pelaksanaan) sahaja, ini
bukanlah bererti bahawa hukum Allah swt dalam satu masalah itu
berbilang-bilang atau berbagai-bagai tetapi maksud tatbiq itu
berbeza ialah kerana situasi, suasana, dan peristiwa yang
berbeza. Dalam dunia undang-undang hukum adalah satu sahaja,
tapi pelaksanaannya berbeza dari satu keadaan dengan keadaan
yang lain, juga kerana perbezaan suasana, keadaan dan
peristiwa itu sendiri. Demikianlah dapat difahami dari
pertukaran hukum dengan bertukarnya masa dan perubahan
fatwa dengan sebab perubahan masa dan suasana. (Ibid: 203)
BEBERAPA CONTOH URF DAN ADAT DI MALAYSIA 1) Memakai
kasut dalam masjid adalah satu penghinaan. 2) Menempah
pakaian atau alat perkakas rumah dan sebagainya adalah harus.
3) Memberi nafkah kepada isteri dan anak dengan wang ringgit
adalah harus. 4) Mengambil upah atau makan gaji kerana
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
27/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 27
mengajar al-Quran, ilmu-ilmu agama, fardu ain atau fardu
khifayah, menjadi imam masjid, muaazzin dan sebagainya adalah
harus. 5) Kokokan ayam jantan yang telah sekian lama menjadi
tanda masuknya waktu subuh. 6) Makan sambil berjalan dikira
aib dan menjatuhkan maruah. .(Muhammad Saleh B. Haji Ahmad
2005: 194)
PENUTUP
Kesimpulannya, urf dan adat tetap diambil kiradalam memberi fatwa dan penghakiman bagi
memelihara kepentingan atau maslahah, keranasebahagian dari bentuk maslahah-maslahah
manusia hendaklah memperakukan sesetangahyang telah menjadi kebiasaan dan adat merekabertahun-tahun lamanya dan silih berganti
generasi demi generasi. Kebiasaan dan amalansedemikian merupakan suatu kelakuan sosial yang
sukar untuk ditingglkan. Oleh itu, pengiktirafan itutidak mutlak, bahkan terikat dengan syarat ia tidak
bertentangan dengan nas syarak dan roh syariatislam.
Dengan kata lainnya, urf merupakan salah satusumber hukum yang amat penting, kekuatannya
dibuktikan oleh dalil-dalil al-Quran, al-Sunnah danijmak, urf tidak boleh diguna pakai secara mutlak,bahkan terdapat syarat-syarat tertentu yang mestiada untuk menjadikannya sebagai sumber hukum.
Dan sememangnya tidak dapat dipertiakaikan lagibahawa urf juga telah bertindak sebagai salah
satu di antara hukum-hukum syariat yangdiperundangkan untuk kepentingan seluruhmanusia seluruhnya dan menolak sebarang
keburukkan yang menimpa mereka.
8/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
28/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 28
POSTED BY USUL FIQH 2 AT 10:38 PM
1 1 C O M M E N T S :
nabilah April 16, 2010 at 12:34 AM
terima kasih info initeruskan menulis
Reply
H.I.M April 27, 2012 at 12:28 AM
comey wak khijo.....trima kasih
Reply
Sadatul Razini June 11, 2013 at 10:50 PM
salam, saya mohon izin utk nak dowload isi blog ni. sgtmembantu utk exam sy. hu. thank you :)
Reply
Budi Ahmad November 5, 2013 at 10:37 PM
Assalamualaikum....
mintak izin untuk ambil maklumat dan menggunakannyadalam tugasan saya...t.kasihsemoga dimudahkan segala urusan anda... :)JazakAllahu Khairan
Reply
miz_TYHA November 6, 2013 at 10:23 PM
This comment has been removed by the author.
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html?showComment=1383747827607#c3641473582571290743http://www.blogger.com/profile/16820333224546649333http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html?showComment=1383662232668#c3564454859338771779http://www.blogger.com/profile/00502544450861098710http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html?showComment=1370962225584#c133894458791742100http://www.blogger.com/profile/03667959778501252324http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html?showComment=1335457728586#c4969214576105703219http://www.blogger.com/profile/13001178550020104673http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html?showComment=1271349252975#c2437688860485612777http://www.blogger.com/profile/14978614212257956822http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.htmlhttp://www.blogger.com/profile/006173609659771395538/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
29/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 29
Reply
miz_TYHA November 6, 2013 at 10:25 PM
assalammualaikum,,ble sy tnya, apa tjuk bku karanganMuhammad Saleh B. Haji Ahmad ne aa?? sy tgh mcaribuku rujukan utk sbjk usul fiqh.. :)
Reply
9W6HLM November 12, 2013 at 7:28 AM
Mohon share...terima kasih.. :)
Reply
ahmad zamani November 26, 2013 at 7:34 PM
mohon share.
Reply
skyjamil December 21, 2013 at 1:46 AM
amik ajelah..ni assgment sebab tu kemas ja, siappembentangan lagi setiap tajuk ni
Reply
Noraini Ain April 8, 2014 at 3:47 PM
assalamualaikum..boleh ke saya dapatkan taju buku Muhammad zaini dannik salida
Reply
jar ark April 29, 2014 at 7:41 PM
good job.Reply
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html?showComment=1398771693176#c6565762335460331583http://www.blogger.com/profile/03562012069582965536http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html?showComment=1396943252955#c8721057052984915535http://www.blogger.com/profile/14096267600654226245http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html?showComment=1387561573535#c3059473234541440475http://www.blogger.com/profile/06560147304532290303http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html?showComment=1385465673751#c8879654797997262717http://www.blogger.com/profile/07798443654745133360http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html?showComment=1384212490242#c6909412174500039769http://www.blogger.com/profile/13670591641261003174http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html?showComment=1383747929448#c5980589587950602934http://www.blogger.com/profile/168203332245466493338/12/2019 USUL FIQH 2_ 'URF
30/30
21/7/2014 USUL FIQH 2: 'URF
Newer Post Older Post
Enter your comment...
Comment as: Google Accou
Publish
Preview
Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
http://usulfiqh2.blogspot.com/feeds/7706179450807889841/comments/defaulthttp://usulfiqh2.blogspot.com/http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/istihsan_24.htmlhttp://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/taarud.html