Post on 07-Jul-2018
8/18/2019 Thinking Skill Pengangguran
http://slidepdf.com/reader/full/thinking-skill-pengangguran 1/15
1
ABSTRAK
Pengangguran dalam kalangan lepasan siswazah merupakan salah satu isu yang sering
dibincangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Penubuhan lebih banyak Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) oleh kerajaan dan penyertaan pihak swasta dalam sektor
pendidikan memberi impak ke atas pembangunan dan perubahan negara. Perkembangan yang
berlaku menyebabkan jumlah tenaga kerja negara meningkat dalam pasaran pekerjaan
sehingga menyebabkan berlakunya pengangguran dalam kalangan graduan. Graduan yang
dilahirkan oleh universiti awam atau swasta seharusnya bersedia dengan keadaan semasa
disebabkan oleh kelembapan ekonomi dunia yang turut terkena tempiasnya pada negara kita.
Tuntasnya, dalam kajian ini terdapat beberapa persoalan dibentuk yang akan dijadikan garis
panduan bagi menjalankan kajian ini seperti bagaimana isu pengangguran ini semakin tidak
nampak di mana penghujungnya dan terus menjadi masalah dalam negara Malaysia umpama
“cendawan tumbuh selepas hujan” yang semakin bertambah. Antara persoalan yang akan
cuba dijawap adalah faktor berlakunya pengangguran di kalangan lepasan siswazah, kesan
pengangguran dalam kalangan lepasan siswazah dan akhir sekali penekanan akan cuba
diterapkan dalam menjawap persoalan langkah-langkah berguna bagi mengatasi
pengangguran dalam kalangan lepasan siswazah. Di harap semua perkongsian maklumat ini
dapat menjadi panduan yang berguna kepada masyarakat sekeliling terutama golongan yang
bakal menjadi lepasan siswazah.
8/18/2019 Thinking Skill Pengangguran
http://slidepdf.com/reader/full/thinking-skill-pengangguran 2/15
2
ISI KANDUNGAN
NO KANDUNGAN MUKA SURAT
1 PENGENALAN 3 - 5
2 FAKTOR PENGANGGURAN DALAM KALANGAN
SISWAZAH
8 - 9
3 KESAN PENGGANGGURAN DALAM KALANGAN
SISWAZAH
10 - 11
4 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PENGGANGGURAN DALAM KALANGAN SISWAZAH
12
5 KESIMPULAN 13
6 RUJUKAN 14
8/18/2019 Thinking Skill Pengangguran
http://slidepdf.com/reader/full/thinking-skill-pengangguran 3/15
8/18/2019 Thinking Skill Pengangguran
http://slidepdf.com/reader/full/thinking-skill-pengangguran 4/15
4
dan produktiviti yang dihasilkan tidak mengikut keupayaan sebenar. Tambahan pula, gaji
yang diperolehi juga tidak setaraf dengan kelayakan mereka
Berdasarkan statistik sehingga Disember 2014, didapati jumlah tenaga buruh negara
adalah seramai 12,059,000 orang. Daripada jumlah tersebut, terdapat seramai 391,400 orang
atau 3.25 peratus daripada jumlah tenaga buruh yang menganggur di Malaysia. Seramai
32,000 orang atau 8.2 peratus daripada jumlah penganggur berkenaan terdiri daripada
siswazah yang telah menamatkan pengajian iaitu sebanyak 21,760 orang atau 68 peratus
terdiri daripada perempuan dan 10,240 orang atau 32 peratus adalah lelaki yang sedang aktif
mencari pekerjaan (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2014).
Kajian yang dilakukan oleh Rohana (2001) terhadap semua fakulti di Universiti
Malaya (UM) mendapati graduan daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS)
menunjukkan tahap pengangguran yang paling tinggi iaitu 30 peratus berbanding fakulti-
fakulti lain yang berteraskan sains dan teknologi. Kajian tersebut mendapati sebanyak 49
peratus siswazah Sarjana Muda Sastera telah bekerja iaitu 38 peratus daripada mereka bekerja
di sektor swasta, 26 peratus bekerja secara tetap dan 14 peratus lagi bekerja secara sementara.
Jika dilihat secara terperinci berdasarkan jabatan,
kajian menunjukkan 19.6 peratus daripada siswazah Jabatan Pengajian Media yang
masih belum bekerja. Jabatan Geografi pula sebanyak 15.1 peratus, manakala Jabatan
Antropologi dan Sosiologi sebanyak 11 peratus. Kajian selanjutnya telah dilakukan oleh
Norhaslina et. al. (2005) menunjukkan 78.6 peratus daripada siswazah FSSS, UM telah
mendapat pekerjaan setelah satu setengah tahun menamatkan pengajian masing-masing.
Daripada jumlah tersebut, 51 peratus daripada mereka mendapat pekerjaan yang tetap,
sembilan peratus kontrak, enam peratus sangkutan dan lima peratus lagi bekerja secara
sambilan. Dalam kajian yang sama, statistik menunjukkan siswazah yang masih belum
bekerja secara majoriti terdiri daripada siswazah Melayu iaitu sebanyak 60.1 peratus, Cina
sebanyak 24.2 peratus, manakala India sebanyak 13.1 peratus dan lain-lain bangsa sebanyak
2.6 peratus.
8/18/2019 Thinking Skill Pengangguran
http://slidepdf.com/reader/full/thinking-skill-pengangguran 5/15
5
Kajian mengenai siswazah dan pengangguran juga telah dilakukan oleh Institut
Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara pada tahun 2003 dan memfokuskan kepada masalah
pengangguran dalam kalangan siswazah. Kajian yang dilakukan melibatkan sampel siswazah
tahun 2001 yang masih menganggur dan juga siswazah yang telah bekerja. Kajian tersebut
dilakukan untuk mengkaji pola, corak dan punca masalah pengangguran dalam kalangan
siswazah IPTA, IPTS dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar negara yang mendapat ijazah
pada tahun 2001. Di samping melihat perkaitan antara siswazah menganggur dengan
siswazah yang mendapat pekerjaan, bidang pengajian, tempoh masa menganggur, kemahiran
dan kecekapan, kajian yang dilakukan meneliti aspek profil siswazah mengikut perspektif
majikan.
Melalui hasil kajian yang diperolehi, pengkaji telah mencadangkan beberapa tindakan
yang perlu diambil oleh IPT bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh graduan. Antara
cadangan yang dikemukakan adalah setiap IPT dicadangkan agar memberi peluang kepada
pelajar untuk memilih bidang atau program yang mereka minati, menawarkan program yang
tidak terlalu berasaskan teras dan menekankan teori semata-mata tetapi mengaitkannya
dengan realiti dan konteks, menyediakan perkhidmatan kerjaya kepada pelajar peringkat pra-
universiti supaya mereka tahu tentang bidang yang diceburi, menawarkan bidang pengajian
yang tidak terlalu mengkhusus dan sesuai dengan prospek di Malaysia, meningkatkan
program Bahasa Inggeris dan memberi peluang kepada semua pelajar untuk memperoleh
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semasa di IPT. Aktiviti ko-kurikulum
yang ditawarkan juga memainkan peranan penting dan sepatutnya berupaya melatih pelajar
dalam pelbagai aspek seperti mengendalikan mesyuarat, berurusan dengan masyarakat dan
mempunyai kemahiran asas yang diperlukan dalam sesebuah organisasi.
8/18/2019 Thinking Skill Pengangguran
http://slidepdf.com/reader/full/thinking-skill-pengangguran 6/15
6
2. FAKTOR PENGANGGURAN DALAM KALANGAN SISWAZAH.
Pengganguran yang berlaku di kalangan mahasiswa di Malaysia kini semakin
meningkat seperti cendawan tumbuh selepas hujan sejak kebelakangan ini. Kebanyakan
mahasiswa yang menganggur hanya duduk di rumah dan tidak berusaha untuk mencari
peluang pekerjaan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mahasiswa di negara kita
sehingga kini menganggur tanpa melakukan apa-apa pekerjaan.
Pengangguran dalam kalangan siswazah merupakan satu pembaziran, khususnya
kepada negara kerana kos pendidikan dan latihan yang ditanggung oleh kerajaan amatlah
tinggi dan tempoh masa untuk mendapatkan ijazah adalah panjang. Adakalanya terdapat
siswazah yang bekerja secara sementara atau memegang pekerjaan yang tidak setaraf dengan
kelayakan mereka. Seseorang graduan dianggap “under employed” sekiranya die bekerja
mengikut musim, dalam jangka masa pendek atau bekerja dalam pekerjaan yang memerlukan
kelayakan lebih rendah daripada yang telah dicapainya. Keadaan ini menyebabkan pekerja
tidak mampu menghasilkan produktiviti yang sepatutnya sekaligus menerima bayaran yang
tidak setimpal dengan kebolehannya. Jumlah graduan dalam kumpulan ini yang bekerja
dalam sektor bukan tertiari juga semakin menigkat dari semasa ke semasa. (Ishak Yussof, R.
I. R. S, 2008).
Antara faktor pengangguran ialah sikap mahasiswa terlalu memilih pekerjaan, prestasi
calon berkenaan terlalu tinggi daripada jawatan ditawarkan, majikan tidak mampu membayar
permintaan gaji yang tinggi dansegelintir individu yang tidak menceburi bidang
keusahawanan. Sikap mahasiswa terlalu memilih pekerjaan menyebabkan bilangan
pengangguran di negara meningkat. Rata-rata mahasiswa memilih pekerjaan yang tidak
berjauhan dengan keluarga. Mereka lebih mengutamakan keluarga daripada peluang
pekerjaan yang mereka dapat. Ramai juga pencari kerja berminat bekerja di dalam pejabat
yang berhawa dingin daripada bekerja di ladang.Walaupun pelbagai usaha dilakukan kerajaan
bagaimanapun jika pencari pekerjaan itu masih meletakkan beberapa syarat maka peluang
pekerjaan seolah-olah tertutup buat mereka Thahir, S. A. A. (2014).
Faktor pengangguran seterusnya ialah prestasi calon berkenaan terlalu tinggi daripada
jawatan yang ditawarkan, sebagai contoh jawatan juruteknik hanya memerlukan kelulusan
sijil tetapi kebanyakan calon yang hadir adalah di kalangan pemegang diploma dan ijazah.
Jika mereka diterima bekerja akan menimbulkan masalah dari aspek skim gaji yang tidaksesuai dengan kelulusan. Meskipun ekonomi berasaskan pembuatan sejak setahun lalu
8/18/2019 Thinking Skill Pengangguran
http://slidepdf.com/reader/full/thinking-skill-pengangguran 7/15
7
menampakkan sedikit pertumbuhan, namun kadar pengangguran ini masih tidak dapat
dielakkan. Dengan pemulihan ekonomi dan peluang pekerjaan buruh kasar yang agak murah,
banyak negara pelabur asing mula memandang negara-negara seperti Vietnam, Indonesia,
Kemboja dan China untuk dijadikan tempat melabur.
Pihak majikan tidak mampu membayar permintaan gaji yang tinggi merupakan faktor
ketiga dalam masalah pengangguran mahasiswa di Malaysia ini menyebabkan mahasiswa
masih menganggur sehingga kini. Selain itu, majikan merasakan bahawa lebih baik
mengambil graduan yang lebih muda dan yang pentingnya dengan gaji yang lebih rendah
semata-mata untuk mengurangkan kos operasi.
Tambahan lagi, faktor pengangguran mahasiswa di Malaysia terdapat segelintir
individu yang tidak menceburi bidang keusahawanan Warman, S., Roddin, R., Esa, A.,
Awang, H., Mohamed, M., & Ab Rahman, A. (2010). Pada pandangan mereka bidang yang
mereka ambil tidak dapat memberikan jaminan masa depan yang cerah seperti majikan
mereka bekerja makan gaji dalam sektor awam mahupun swasta. Ini berlaku
keranakurangnya pendedahan terhadap ilmu berkaitan keusahawanan dalam diri pelajar.
Kurangnya penglibatan belia dalam bidang keusahawanan ini adalah kerana
kurangnyapenghayatan tentang konsep dan falsafah keusahawanan dalam diri individu itu
sendiri. Kini, terdapat banyak institusi-institusi pendidikan tinggi yang sedar akan
kepentingan penerapam kemahiran keusahawanan diperingkat pengajian tinggi, maka
pelbagai cara dan kaedah dilakukan untuk menerapkan ilmu ini bagi menggalakkan pelajar
menceburi bidang keusahawanan.
Kesimpulan daripada faktor pengangguran ini, disebabkan para graduan muda ini
adalah antara yang terbabit, pastinya usaha kerajaan untuk mendapatkan mereka pekerjaan
adalah satu benda penanda aras atau KPI. Mereka tidak mahu kerajaan terus menyalahkan
mereka kerana terlalu memilih pekerjaan. Bagi mereka, mereka tidak memilih tetapi
mahukan pekerjaan yang sesuai dengan ilmu yang mereka perolehi jika keadaan ini tidak
ditangani dengan segera serta tindakan sewajarnya diambil, kadar pengangguran dijangka
meningkat sehingga 6% menjelang 2020. Usaha komprehensif dan menyeluruh diperlukan
dari semua pihak iaitu masyarakat, majikan dan juga kerajaan agar masalah ini dapat
ditangani.
8/18/2019 Thinking Skill Pengangguran
http://slidepdf.com/reader/full/thinking-skill-pengangguran 8/15
8
3. KESAN PENGGANGGURAN DALAM KALANGAN SISWAZAH
Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah bukan sesuatu perkara yang baru
sama ada di dalam mahupun luar negara. Ia juga merupakan satu ciri bagi krisis pendidikan
tinggi, di mana fenomena ini berlaku apabila peningkatan yang mendadak dalam bilangan
kemasukan pelajar di IPT. Pada waktu yang sama, apabila kemasukan pelajar terlalu tinggi di
IPT, akan berlakunya masalah kesukaran bagi mereka untuk memasuki pasaran pekerjaan
selepas mereka menamatkan pengajian. Malaysia juga tidak dapat mengelak dan tidak
terkecuali dalam mengalami krisis ini, terutama apabila wujudnya galakan kerajaan yang
sentiasa ingin menambahkan bilangan rakyat yang berpendidikan tinggi pada masa akan
datang. Masalah pengangguran ini banyak memberi impak tidak hanya kepada Negara malah
kepada siswazah itu sendiri (Zulkefly A.K et all , 2007)
Penubuhan lebih banyak Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) oleh kerajaan dan
penyertaan pihak swasta dalam sektor pendidikan ini turut memberi impak yang sangat besar
ke atas pembangunan dan perubahan negara. Perkembangan yang berlaku menyebabkan
wujudnya peningkatan jumlah tenaga kerja negara dalam pasaran pekerjaan walhal
permintaan terhadap tenaga kerja tidak tumbuh seiring penawarannya. Hal ini secara tidak
langsung menjadikan lepasan siswazah atau graduan-garaduan di Malaysia tidak mempunyai
pekerjaan seterusnya menjadi penganggur. Negara sudah tentu memerlukan tenaga mahir dan
tenaga dari kalangan anak muda untuk meningkatkan kemajuan serta pembangunan negara.
Apabila kadar pengangguran dalam kalangan mahasiswa ini tidak dapat dibendung,
negara akan mengalami kekurangan tenaga mahir dan tenaga muda yang sememangnya
mempunyai daya pemikiran yang kreatif serta berinovasi. Keupayaan graduan bekerja secara
individu mahupun secara berkumpulan pada masa tertentu, mereka akan berupaya untuk
melakukan kerja pada masa yang ditetapkan, berpengalaman, berkemahiran serta mempunyai
sifat interpersonal yang tersendiri adalah merupakan nilai tambah untuk mereka agar diterima
bekerja. Namun, apabila kadar pengangguran terlalu tinggi, hal ini akan mensia-siakan
kemahiran para mahasiswa yang sedia ada (Zaleha Mohd Noor et all , 2007).
8/18/2019 Thinking Skill Pengangguran
http://slidepdf.com/reader/full/thinking-skill-pengangguran 9/15
9
Seterusnya, pengangguran dalam kalangan mahasiswa ini memberi kesan kepada
institusi-institusi pengajian yang ada. Isu ini akan menunjukkan kelemahan IPT bahawa
mereka tidak mampu menjamin masa depan para graduasi mereka. Pihak universiti harus
menilai semula peranan mereka sebagai penjana ilmu. Kurikulum dan kandungan pendidikan
IPT haruslah tidak terhad kepada pendekatan teori sahaja tetapi merangkumi semua aspek
atau kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mereka diterima dalam pasaran kerja
kelak. Kadang kala, masa depan siswazah bergantung kepada tahap pencapaian mereka di
universiti. Ini sangat memberi kesan kepada mereka. Namun begitu, sekiranya kadar
pengangguran dalam kalangan siswazah masih tidak mampu dibendung, ia akan memberi
kesan kepada IPT atau institusi pengajian yang ada kerana ia merupakan kayu pengukur
dimana tahap pencapaian para siswazah itu bermula mempraktikkan diri di dalam alam
pekerjaan (Zaleha Mohd Noor et all , 2007).
Masalah pengangguran ini tidak dipandang ringan oleh kerajaan memandangkan ia
bukan sahaja membazirkan sumber negara, malah memberi kesan kepada individu yang
mengalaminya. Di samping tidak mempunyai semangat dan hilang keyakinan diri, kemahiran
yang dimiliki juga akan semakin berkurangan apabila mengalami proses “menunggu” yang
lama. Negara turut mengalami kerugian dari segi output apabila siswazah yang berintelektual
yang sepatutnya bekerja telah menganggur dalam waktu yang panjang. Ini kerana mereka
tidak dapat bekerja dan menyumbang tenaga untuk mengeluarkan barang serta perkhidmatan
yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan KDNK negara.
8/18/2019 Thinking Skill Pengangguran
http://slidepdf.com/reader/full/thinking-skill-pengangguran 10/15
10
4. LANGKAH MENANGANI PENGANGGURAN KALANGAN SISWAZAH
Isu pengangguran bukanlah perkara baru pada zaman global ini.Perkara ini sudah
berlarutan bertahun lamanya. Namun, masalah ini dikhuatiri lebih meruncing apabila
penawaran peluang pekerjaan yang tidak selari, selain didorong oleh persepsi pihak industri
yang masih kurang yakin terhadap kualiti mereka. Walaupun banyak penambah baikkan
dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi tahap kebolehpasaran siswazah di IPTA, masih terdapat
lagi banyak rungutan yang dikemukakan oleh para majikan tentang kualiti para graduan ini.
Antara rungutan yang sering dikemukakan oleh para majikan adalah kelemahan para
graduan dalam aspek kemahiran (soft skills) seperti kemahiran komunikasi, penguasaan
bahasa Inggeris dan sebagainya. Justeru itu pelbagai langkah harus diambil bagi
kebolehpasaran siswazah-siswazah yang sedang menganggur. Antaranya ialah Majikan harus
membuka peluang pekerjaan dengan lebih terbuka dan skop yang lebih besar. Hal ini
membolehkan para siswazah yang mempunyai pelbagai kemahiran boleh memasuki bidang
yang dikendaki .Sebagai contoh jika siswazah itu berkemahiran dalam bidang sains maka
peluang pekeerjaan dalam bidang sains patut diperbanyakkan.
Seterusnya ialah sikap siswazah yang terlalu memilih itu sendiri. Setiap perkara yang
kita ingin lakukan hendaklah bermula dari bawah, begitu juga dengan para lepasan universiti
yang sedang mencari pekerjaan. Para siswazah haruslah menerima apa sahaja pekerjaan atau
tugas yang diberi walaupun tidak menepati dengan bidang yang dipelajari di universiti.
Sesuatu kejayaan tidak akan rasa manisnya jika kita tidak bersusah-susah dahulu sebelum
mencapai kejayaan tersebut. Oleh sebab para graduan sudah bercambah dari saban tahun jadi
para siswazah haruslah tidak memilih sekalipun apa pekerjaan yang mereka perolehi.
Tambahan pula, majikan haruslah mengurangkan syarat piawaian dalam pemilihan
pekerja. Masalah yang siswazah hadapi adalah majikan yang terlalu memilih criteria tertentu
sebelum menawarkan sesuatu pekerjaan. Situasi ini dinamakan sebagai diskriminasi kepada
siswazah yang baru lepas bergraduan. Industri era ini memang gemar memberikan pekerjaan
kepada yang lebih berpengalaman. Namun hal ini tidak adil kepada siswazah kerana jika
tidak memberi mereka peluang bagimana mereka mahu membina pengalaman. Kerana
siswazah juga harus diberikan peluang untuk mereka membuktikan apa yang dipelajari di
universiti.
8/18/2019 Thinking Skill Pengangguran
http://slidepdf.com/reader/full/thinking-skill-pengangguran 11/15
8/18/2019 Thinking Skill Pengangguran
http://slidepdf.com/reader/full/thinking-skill-pengangguran 12/15
12
KESIMPULAN
Isu pengangguran ini sebenarnya merupakan isu yang tidak pernah selesai kerana
setiap tahun akan lahir beribu-ribu graduan yang akan mencari pekerjaan. Sebenarnya,
masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran positif
dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut
teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat
yang sama sepanjang hidup mereka. Kita perlu sedar bahawa ekonomi adalah sesuatu yang
dinamik. Untuk berjaya, ilmu dan tenaga kerja perlu juga dinamik dan boleh dikembangkan
sejajar dengan masa sekarang dan hadapan. Ilmu-ilmu di dalam institusi pengajian adalah
suatu yang mulia dan perlu pendokongan yang kukuh.
Di masa yang sama, ianya tidak boleh rigid dan terlalu konservatif kerana ilmu-ilmu
yang dipelajari adalah simbiosis dan saling memanfaatkan di antara satu sama sendiri.
Bidang-bidang pengajian yang kononnya tidak popular, perlu diberi nafas baru dan perlu
menggabungi segala aspek ilmu dan teknologi tinggi di dalamnya agar selari dengan
keperluan dan permintaan semasa dan masa hadapan. Bak kata pepapat “Hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih.
8/18/2019 Thinking Skill Pengangguran
http://slidepdf.com/reader/full/thinking-skill-pengangguran 13/15
13
RUJUKAN
Jabatan Perangkaan Malaysia. 2014. Perangkaan Ekonomi Malaysia Siri Masa. Kuala
Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.
Jomo. 1990. The South Asian Philips Curve: Asessing the Gordon Triangle”.European
Jounal of Economics, Finace and Administrative Science. Issue 36, pp.110-114
Zulkefly A.K, Md Zyadi M.T & Aqualdo N.2007. Gelagat Tabungan Sektor Swasta di
Malaysia. Akademika 71: 75-90
Zaleha Mohd Noor, Norashidah Mohamed Nor dan Judhiana abdul Ghani .2007.” The
Relationship between Output and unemployment in Malaysia: Does Okun’sLaw
exits?”.Int.Journal of Economics and Management 1(3):337-344.
Ishak Yussof, R. I. R. S. (2008). Graduan dan Alam Pekerjaan : Kes Siswazah UKM.
Akademika 72, 3-24.
Thahir, S. A. A. (2014). Faktor-faktor yang mempengaruhi pengangguran di
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/faktor-faktor-yang-
mempengaruhi-pengangguran-di-malaysia-dan-kesan-jangka-panjang
Warman, S., Roddin, R., Esa, A., Awang, H., Mohamed, M., & Ab Rahman, A. (2010).
Penerapan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar di politeknik. Fakulti
Pendidikan Teknikal: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
8/18/2019 Thinking Skill Pengangguran
http://slidepdf.com/reader/full/thinking-skill-pengangguran 14/15
14
LAMPIRAN
8/18/2019 Thinking Skill Pengangguran
http://slidepdf.com/reader/full/thinking-skill-pengangguran 15/15
15