Sikap Dan Nilai 8-4-14

Post on 15-Jan-2016

277 views 3 download

description

NILAI MURNI

Transcript of Sikap Dan Nilai 8-4-14

SIKAP DAN NILAI

Penyerapan sikap dan nilai dalam kurikulum Matematik bertujuan melahirkan insan yang berketerampilan dan memiliki akhlak yang mulia.

SIKAP DAN NILAI

penghayatan sikap dan nilai dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur.

SIKAP DAN NILAI

Sikap dan nilai murid terbentuk melalui pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh guru.

SIKAP DALAM MATEMATIK

1. Tanggapan positif terhadap matematik dan kebergunaan matematik.

2. Minat dan keseronokan mempelajari matematik.

3. Penghargaan terhadap keindahan dan keupayaan matematik.

4. Keyakinan menggunakan dan mengaplikasikan

matematik.

5. Cekal dan tabah dalam menyelesaikan masalah berkaitan matematik.

SIKAP DALAM MATEMATIK

1) Tanggapan positif terhadap matematik dan kebergunaan matematik.

Contoh: murid dapat menyatakan matematik sangat berguna dalam kehidupan harian – mengukur, membina rumah, perabot

SIKAP DALAM MATEMATIK

2. Minat dan keseronokan mempelajari matematik.

Contoh: Murid selalu bertanya soalan tentang matematik dan ingin menyelesaikan masalah berkaitan dengan matematik

SIKAP DALAM MATEMATIK 3) Penghargaan terhadap

keindahan dan keupayaan matematik.

Contoh: memuji dan bersyukur matematik banyak membantu kita dalam kehidupan harian, misalnya membina rumah, jual beli.

SIKAP DALAM MATEMATIK

4. Keyakinan menggunakan dan mengaplikasikan

matematik.

Contoh: menyelesaikan masalah matematik dengan pengetahuan dan kemahiran matematik yang telah dibelajari dengan yakin (menyatakan jawapan dan jalan kerjanya adalah betul)

SIKAP DALAM MATEMATIK

5) Cekal dan tabah dalam menyelesaikan masalah berkaitan matematik.Contoh: Sanggup mencuba

banyak kali untuk mendapatkan jawapan yang betul

NILAI DALAM MATEMATIK Nilai peribadi merujuk kepada nilai yang berkait dengan pembentukan sahsiah dan keperibadian individu sepertijujur, sistematik, bertekad, tekun dan cekal, kreatif, berkeyakinan, teliti, pengurus masa yang baik, berdikari, boleh dipercayai, cekap, bertanggungjawab, sabar dan berdedikasi.

Nilai interaksi berkait dengan pembentukan tingkah laku baik dalam konteks bilik darjah. Nilai yang ditekankan dalam interaksi semasa aktiviti matematik seperti menghargai kepentingan dan keindahan matematik, kerja berpasukan, perbincangan dan perkongsian idea, mesra dalam pergaulan, toleransi, adil, fikiran terbuka dan hormat menghormati.

NILAI DALAM MATEMATIK

Nilai proseduralberkait dengan aktiviti spesifik dalam matematik sepertimenaakul, membuat perwakilan, menyelesaikan masalah, berkomunikasi, membuat kaitan dan mengguna teknologi.Contoh: menyemak kerja yang dibuat, menunjukkan jalan kerja semasa menyelesaikan masalah, membuat perwakilan yang jelas, menganggar jawapan bagi sesuatu pengiraan, mencari jalan penyelesaian yang paling efisien

NILAI DALAM MATEMATIK

Nilai intrinsikberkait dengan pembentukan kandungan matematik dan disiplinnya seperti nilai epistemologi,nilai pembudayaan nilai sejarah.

NILAI DALAM MATEMATIK

Nilai EpistemologiNilai yang diberi penekanan dalam konteks penjanaan, pembentukan, pengembangan dan penilaian pengetahuan matematik.

Contohnya: menganggap pentingnya kerasionalan, kejituan, kejelasan, ketelitian, sistematik, mementingkan kebolehan untuk berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai inisiatif sendiri, mengutamakan penglibatan aktif dalam pembelajaran matematik, mencintai pengetahuan yang bermanfaat, dan mementingkan kemampuan untuk membuat refleksi dan abstraksi.

NILAI DALAM MATEMATIK

NILAI DALAM MATEMATIK

Nilai pembudayaanNilai yang diberi penekanan dalam usaha membudayakan matematik.Contoh: menganggap pentingnya penggunaan matematik untuk membantu pelaksanaan tanggungjawab kepada Tuhan, diri sendiri, masyarakat dan alam sekitar, penggunaan matematik untuk membantu usaha menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama, akal, nyawa, harta dan keturunan, dan menggunakan matematik untuk menjalani kehidupan berkualiti dan membangunkan tamadun.

Misalnya: Sebutan pecahan “½” dalam bahasa Melayu ialah “satu perdua” dan bahasa Inggeris ialah “one over two”, baca satu kemudian dua, tetapi dalam bahasa Cina sebutannya “二分之一”, iaitu baca dua ( 二 ) dulu kemudian satu ( 一 ).

NILAI DALAM MATEMATIK

Nilai SejarahNilai yang diberi penekanan dalam konteks sejarah pembentukan dan pengembangan pengetahuan matematik.Contoh: menganggap pentingnya perbincangan tentang asal usul subbidang matematik, pembentukan topik matematik, pengembangan cabang matematik, sejarah penggunaan matematik dalam kehidupan, dan faktor yang mendorong atau menghalang perkembangan matematik.

Misalnya: murid dapat menyatakan asal usul pembentukan nombor 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9, menyatakan bagaimana orang dulu mengira atau merekod kuantiti objek.

TP TAFSIRAN

1Murid dapat menyatakan salah satu item bagi sikap dan nilai dalam Matematik dengan bimbingan guru.

2Murid menjelaskan salah satu item bagi sikap dan nilai dalam matematik dengan memberikan contoh yang munasabah.

3Murid menunjukkan sikap dan nilai dalam matematik bagi sesuatu situasi dengan bimbingan guru.

4Murid dapat mendemostrasikan sikap dan nilai berkaitan matematik dalam pelbagai situasi.

5Murid sentiasa mengamalkan sikap dan nilai berkaitan matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

6Murid sentiasa mengamalkan sikap dan nilai yang positif berkaitan Matematik dalam kehidupan seharian serta menjadi pembimbing dan teladan kepada rakan lain.

TP TAFSIRAN

1Murid dapat menyatakan salah satu item bagi sikap dan nilai dalam Matematik dengan bimbingan guru.

2Murid menjelaskan salah satu item bagi sikap dan nilai dalam matematik dengan memberikan contoh yang munasabah.

3Murid menunjukkan sikap dan nilai dalam matematik bagi sesuatu situasi dengan bimbingan guru.

4Murid dapat mendemostrasikan sikap dan nilai berkaitan matematik dalam pelbagai situasi.

5Murid sentiasa mengamalkan sikap dan nilai berkaitan matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

6Murid sentiasa mengamalkan sikap dan nilai yang positif berkaitan Matematik dalam kehidupan seharian serta menjadi pembimbing dan teladan kepada rakan lain.

TP TAFSIRAN

1Murid dapat menyatakan salah satu item bagi sikap dan nilai dalam Matematik dengan bimbingan guru.

Contoh: Murid dapat menyatakan salah satu item bagi sikap dalam Matematik

Misalnya:

1. Mempunyai tanggapan bahawa Matamatik dapat membantu kita menyelesaikan masalah harian

2 Belajar matematik perlu ada minat dan merasa belajar matematik akan mendapat keseronokan

3. Memberi penghargaan terhadap keindahan dan keupayaan matematik 4 Ada keyakinan menggunakan dan mengaplikasikan matematik.

5. Cekal dan tabah dalam menyelesaikan masalah berkaitan matematik.

TP TAFSIRAN

1Murid dapat menyatakan salah satu item bagi sikap dan nilai dalam Matematik dengan bimbingan guru.

Contoh: Murid dapat menyatakan salah satu item bagi

nilai dalam Matematik :

nilai peribadi – berdikari, tekun

nilai interaksi – kerja berpasukan, mesra dalam pergaulan

nilai prosedural – membuat perwakilan

nilai intrinsik – mengutamakan penglibatan aktif dalam pembelajaran matematik

TP TAFSIRAN

2Murid menjelaskan salah satu item bagi sikap dan nilai dalam matematik dengan memberikan contoh yang munasabah.

Misalnya:

1. Mempunyai tanggapan bahawa Matamatik dapat membantu kita menyelesaikan masalah harian, contohnya, mengagihkan wang secara adil kepada empat orang

2 Belajar matematik perlu ada minat dan merasa belajar matematik akan mendapat keseronokan, contohnya, Jika ada minat belajar matematik maka kita akan belajar bersungguh-sungguh, misalnya murid berminat belajar luas kerana dia hendak tahu luas rumahnya, luas permukaan kotak penselnya. merasa seronok apabila dapat menyelesaikan sesuatu masalah matematik atau melibatkan diri dalam aktiviti matematik contohnya menglengkapkan teka silang nombor. Menyelesaikan satu masalah bukan rutin.

TP TAFSIRAN

2Murid menjelaskan salah satu item bagi sikap dan nilai dalam matematik dengan memberikan contoh yang munasabah.

Misalnya:

3. Memberi penghargaan terhadap keindahan dan keupayaan matematik

contohnya, memuji matematik dapat membantu kita membina bangunan yang tinggi dan cantik, contohnya KLIA, KLCC, Menara KL dan mereka corak-corak yang cantik pada kain.

4 Ada keyakinan menggunakan dan mengaplikasikan matematik. contohnya, yakin dengan pengetahuan dan kemahiran matematik

yang dibelajari akan dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan matematik, misalnya mencari tinggi sesuatu bangunan, jumlah wang yang digunakan untuk membina rumah.

TP TAFSIRAN

2Murid menjelaskan salah satu item bagi sikap dan nilai dalam matematik dengan memberikan contoh yang munasabah.

Misalnya:

5. Cekal dan tabah dalam menyelesaikan masalah berkaitan matematik. contohnya, menyelesaikan masalah bukan rutin, murid perlu mencuba banyak kali atau menggunakan pelbagai strategi untuk menyelesaikannya, jika buat sekali sahaja telah give up , murid itu dikatakan tidak cekal dan tabah dalam penyelesaian masalah

TP TAFSIRAN

2Murid menjelaskan salah satu item bagi sikap dan nilai dalam matematik dengan memberikan contoh yang munasabah.

nilai prosedural – membuat perwakilan (melukis gambar atau graf untuk menyelesaikan masalah, contohnya melukis gambar kek bulat dan memotongnya secara sama banyak mengikut pecahan yang diberi untuk membuat penambahan pecahan)

nilai intrinsik – mengutamakan penglibatan aktif dalam pembelajaran matematik (melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran metamatik, contohnya cikgu tanya soalan sentiasa mengangkat tangan untuk menjawabnya atau bertanya soalan atau banyak memberi pendapat semasa perbincangan atau aktiviti kumpulan))

TP TAFSIRAN

2Murid menjelaskan salah satu item bagi sikap dan nilai dalam matematik dengan memberikan contoh yang munasabah.

Murid dapat menyatakan salah satu item bagi nilai dalam Matematik :

nilai peribadi – berdikari (menyelesaikan masalah tanpa bantuan orang lain, contohnya menyiapkan kerja rumah matematik tanpa bantuan ibu bapa, tekun (rajin membuat ulang kaji, contohnya selepas belajar sudut, membuat ulang kaji di rumah dan mengikut jadual belajar sendiri).

nilai interaksi – kerja berpasukan (bersama-sama menyelesaikan sesuatu masalah, contohnya bekerjasama menyelesaikan masalah yang diberi dalam aktiviti kumpulan), mesra dalam pergaulan (berbaik-baik dengan semua orang, contohnya tidak bergaduh dan bermusuhan antara satu sama lain semasa waktu matematik)

TP TAFSIRAN

3Murid menunjukkan sikap dan nilai dalam matematik bagi sesuatu situasi dengan bimbingan guru.CONTOHNYA, DALAM AKTIVITI

KUMPULAN MURID AKTIF DALAM PERBINCANGAN DAN MENJALANKAN AKTIVITI, BEKERJASAMA, BERTOLERANSI, SANGGUP MENERIMA PENDAPAT ORANG LAIN, MEMUJI RAKAN YANG MEMBERI IDEA YANG BAIK, CEKAL DAN TABAH MENYELESAIKAN MASALAH

TP TAFSIRAN

4Murid dapat mendemostrasikan sikap dan nilai berkaitan matematik dalam pelbagai situasi.

Contohnya, murid cekal dan tabah semasa menyelesaikan masalah secara berkumpulan atau berpasangan atau individu.-- Mengguna bahan bantu belajar atau ICT dan sebagainya-- melapor hasil kerja atau menjalankan aktiviti atau melakon atau sumbangsaran atau perbincangan dll.

- menyemak kerja yang dibuat, menunjukkan jalan kerja semasa menyelesaikan masalah, membuat perwakilan yang jelas, menganggar jawapan bagi sesuatu pengiraan, mencari jalan penyelesaian yang paling efisien

-menaakul, membuat perwakilan, menyelesaikan masalah, berkomunikasi, membuat kaitan dan mengguna teknologi.

TP TAFSIRAN

5Murid sentiasa mengamalkan sikap dan nilai berkaitan matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya, murid cekal dan tabah semasa menyelesaikan masalah secara berkumpulan, berpasangan dan individu.-- Mengguna bahan bantu belajar, ICT dan sebagainya-- melapor hasil kerja, menjalankan aktiviti, melakon, sumbangsaran, perbincangan dll.- menyemak kerja yang dibuat, menunjukkan jalan kerja semasa menyelesaikan masalah, membuat perwakilan yang jelas, menganggar jawapan bagi sesuatu pengiraan, mencari jalan penyelesaian yang paling efisien -menaakul, membuat perwakilan, menyelesaikan masalah, berkomunikasi, membuat kaitan dan mengguna teknologi.

TP TAFSIRAN

6Murid sentiasa mengamalkan sikap dan nilai yang positif berkaitan Matematik dalam kehidupan seharian serta menjadi pembimbing dan teladan kepada rakan lain.

Contohnya, murid sentiasa mengamalkan sikap dan nilai berkaitan Matematik dalam kehidupan seharian (dalam kelas, padang, kantin, perpustakaan, makmal sains, aktiviti kokurikulum, di kawasan sekolah, di rumah dll) serta menjadi pembimbing (membimbing rakan mengamalkan sikap dan nilai dalam matematik, contohnya, membimbing rakan mencuba banyak kali dalam menyelesaikan masalah matematik-membimbing rakan mengamalkan sikap cekal dan tabah menyelesaikan masalah) dan teladan kepada rakan lain (sebagai murid contoh).