Sejarah Dunia STPM : kesan perang dunia kedua (penggal 1)

Post on 11-Feb-2017

2.224 views 23 download

Transcript of Sejarah Dunia STPM : kesan perang dunia kedua (penggal 1)

17.3 KESAN PERANG

DUNIA IIKak NongKatongAdriana

AnisEyfaa

POLITIK

Timbul keperluan untuk menubuhkan badan antarabangsa

yang berperanan memelihara keamanan dunia. Liga Bangsa yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Petama

gagal memainkan peranan dengan berkesan bagi menghalang peperangan.

Penubuhan PBB pada tahun 1945 mempunyai dua matlamat utama, iaitu:

i. Mengekalkan keamanan duniaii. Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang sosial

dan ekonomi. Memainkan peranan dengan memberikan bantuan

kemanusiaan serta mencegah wabak penyakit berjangkit.

Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Ibu Pejabat PBB di New York

Kebangkitan semangat kebangsaan dalam

kalangan penduduk Asia dan Afrika. Penduduk tanah jajahan bngkit menentang

percubaan penjajah untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Asia dan Afrika.

Penduduk tanah jajahan ingin memperoleh kemerdekaan dan menentukan nasib negara dan bangsa mereka sendiri.

Kos peperangan yang amat tinggi menyebabkan negara-negara Eropah mengalami masalah kewangan.

Dekolonisasi

Perkembangan ini menyebabkan negara-negara

Eropah memulakan proses dekolonisasi dengan memberikan kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahan.

Menyebabkan India dan Pakistan mencapai kemerdekaan daripada Britain pada bulan Ogos 1947.

Indonesia mencapai kemerdekaan dari Belanda manakala IndoChina dari Perancis.

Kebanyakan tanah jajahan di Asia dan Afrika telah mencapai kemerdekaan antara tahun 1945-1970.

Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa

besar dunia. Hubungan kedua-dua negara menjadi semakin

tegang dan telah mencetuskan Perang Dingin. Hubungan menjadi tegang semasa Persidangan

Yalta pada tahun 1945. Hubungan menjadi semakin tegang apabila Rusia

menolak tuntutan A.S dalam Persidangan Potsdam. Menyebabkan A.S memperjuangkan penubuhan

kerajaan bercorak demokrasi di Eropah Barat.

Perang Dingin

Rusia pula mengasaskan pemerintahan

komunis di Eropah Timur. 1948, negara-negara Eropah Timur yang

dibebaskan oleh Rusia berada di bawah pemerintahan komunis.

Kedua-dua kuasa besar menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-masing.

Perang ini berlanjutan hingga keruntuhan negara-negara komunis di Eropah Timur pada 1989.

Jerman telah dibahagikan kpd empat zon. Selepas Perang

Dunia Kedua. Zon-zon tersebut berada di bawah penguasaan Britain,

Perancis, A.S dan Soviet Union. Dlm Persidangan Potsdam, keempat-empat kuasa besar

bersetuju untuk mengamalkan sistem ekonomi yang seragam di zon-zon tersebut.

Disember 1946, Britain, Perancis dan A.S bertindak menggabungkan zon-zon yg berada di bawah pengawasaan merek sebagai satu zon ekonomi.

Jerman Barat mendapat bantuan ekonomi drpd A.S melalui Rancangan Marshall.

Rusia membangunkan Jerman Timur sebagai zon Komunis.

Perpecahan Jerman

Jun 1948, Rusia bertindak menutup jalan darat

yg menghubungkan Jerman Timur dgn Jerman Barat.

Menyebabkan penduduk di Jerman Barat menghadapi masalah kebuluran.

A.S menghantar bekalan ke Berlin melalui udara.

Mei 1949, Republik Persekutuan Jerman telah ditubuhkan dgn ibu kotanya di Bonn.

Oktober 1949, Republik Demokratik Jerman ditubuhkan dgn ibu kotanya di Berlin.

Persidangan Potsdam

Soviet Union meluaskan sempadannya hingga meliputi

wilayah-wilayah Jerman, Finland, Poland, Czechoslovokia, Romania dan Jepun.

S.U juga menguasai tiga negara yg tidak memihak kpd mana-mana pihak dlm Perang Dunia Kedua, iaitu Estonia, Latvia dan Lithuania.

Negara-negara Baltik yg diduduki oleh Rusia sblm perang menerusi Perjanjian Molotov-Ribbentrop dgn Jerman telah dikuasai semula selepas perang pada tahun 1944.

S.U menubuhkan kerajaan yang berasingan di wilayah-wilayah yang dikuasainya semasa perang berlangsung.

Perancis bertindak menguasai wilayah Saar. Poland mendapat ganti rugi. Jerman kehilangan satu perempat wilayah.

Perubahan Sempadan Negara-negara Eropah

EKONOMI

Ekonomi negara Eropah musnah. Kawasan tanah pertanian yang luas rosak dan

pengeluaran hasil pertanian merosot. Selain itu, sektor perindustrian juga merosot . Negara-negara Eropah mengalami defisit

sebanyak 4 billion dolar Amerika. Kos Perang Dunia II dianggarkan hampir US$

500 billion.

Kemusnahan Ekonomi

Angka kematian tinggi disebabkan wabak penyakit,

pembunuhan dan masalah kekurangan makanan selain drpd serangan bom.

Dianggarkan 600 000 rakyat Jerman terkorban di dalam perang ini.

Dalam kalangan Pihak Berikat, Rusia merupakan negara yang mengalami banyak kehilangan nyawa ( 7 juta org awam, 11 juta tentera )

Britain dan negara2 Komanwel mencatatkan kehilangan 445 000 tentera dan 60 000 org awam. Perancis kehilangan hampir 500 000 org dan A.S sbyk 325 000 anggota tentera.

Kehilangan Nyawa

Hungary, Finland dan Romania dikehendaki membayar

ganti rugi ( $300 000 000 ) kpd Soviet Union. Itali membayar ( $360 000 000 ) kpd Greece, Yugoslavia

dan Soviet Union. S. Union memindahkan jentera-jentera dan mesin dr

kilang perindustrian di wilayah Jerman yg didudukinya. Britain dan Perancis mendapatkan bekalan arang batu

sebagai ganti rugi. A.Syarikat mengambil aset milik syarikat-syarikat

Jerman yang beroperasi di negaranya. Juga mendapatkan paten (hak cipta) jentera & mesin yg

dihasilkan oleh saintis Jerman ($10 billion).

Ganti Rugi Perang

SOSIAL

Masalah kekurangan pekerja di sektor

perindustrian dan perkilangan. Kaum wanita mula mengambil alih kerja2

yang sebelum ini dilakukan oleh kaum lelaki di sektor perindustrian.

Kaum wanita kini menjadi pekerja dan buruh di kilang2.

Perubahan Peranan Wanita

Timbul masalah pelarian. 6 juta etnik minoriti Jerman di Czechoslovokia

dan Hungary menjadi pelarian. Ratusan ribu pekerja Eropah Timur tidak mahu

kembali ke negara asal mereka dan telah menjadi pelarian.

Masalah Pelarian

Perbicaraan terhadap penjenayah2 perang

diadakan di Nuremberg selepas tamat Perang Dunia Ke-2.

1945-1947 ; 13 perbicaraan diadakan terhadap org Jerman.

Perbicaraan dikendalikan oleh para hakim dari A.S, Britain, Perancis, dan Rusia.

177 org Jerman telah dihadapkan ke mahkamah. ( 25 org hukuman mati, 20 org hukuman penjara, 35 org dibebaskan )

Perbicaraan Jenayah Perang

KETENTERAAN

Perkembangan teknologi peperangan telah

menyebabkan negara2 yg terlibat b’lumba2 utk mencipta kapal2 terbang yg menggunakan teknologi terkini.

Muncul era baharu dlm peperangan, peperangan udara.

Menjelang peringkat akhir Perang Dunia II, peluru berpandu turut digunakan dlm peperangan.

Kemajuan Teknologi Peperangan

Kapal2 terbang dan peluru berpandu yg digunakan.

Perkembangan paling penting dlm bidang

teknologi ketenteraan ialah kemajuan dlm penggunaan senjata nuklear.

A.S menggerakkan para saintis bagi menjalankan kajian dlm bidang persenjataan nuklear.

Projek Manhattan ; saintis A.S dan Britain di bawah pimpinan Robert Oppenheimer berjaya mencipta bom atom.

Pengguguran bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945.

Teknologi Nuklear

Kuasa-kuasa besar yang terlibat dalam

peperangan mula melengkapkan askar-askar dgn peralatan yang canggih.

Teknologi Persenjataan

Perang Dunia ke-2 tercetus apabila Jerman bertindak melancarkan

serangan terhadap Poland pada 1 September 1939. Faktor2 terjadinya perang ini :a) Tdk puas hati trhadap Perjanjian Versaillesb) Kemunculan Adolf Hitlerc) Dasar imperialisme Jermand) Penyerahan wilayah Saar kpd Perancise) Kemunculan ideologi baharuf) Kemelesetan ekonomig) Penolakan Perjanjian Versaillesh) Kebangkitan golongan tentera di Jepuni) Liga Bangsa tidak dpt memainkan peranan menyekat peperangan Perang Dunia II meninggalkan kesan dari segi politik, ekonomi, dan

sosial.

Kesimpulannya...

Ada pertanyaan ??????

Terima Kasih diatas komitmen anda semua mendengar pembentangan ini. Minta maaf jika ada bahasa kasar yang digunakan. Semoga berjumpa lagi di pembentangan akan datang

**jika ada sebarang kemusykilan tentang tajuk yang dibentangkan, sila rujuk pihak yang berkaitan :D