Post on 19-Jul-2016
description
NORANATI BINTI MD SOKI [PENGAJIAN MELAYU (B)]
a) Apa yang akan dilaksanakan semasa praktikum
Praktikum kali ini merupakan praktikum yang terakhir untuk saya yang turut
juga dikenali sebagai sesi internship. Sesi praktikum untuk semester ini memerlukan
saya untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 3 bentuk projek. 3 bentuk projek
yang dimaksudkan disini ialah 2 projek besar yang dilaksanakan secara
berkumpulan dan 1 projek kecil yang dilaksanakan secara individu.
Oleh kerana telah sedia maklum bahawa untuk semester ini memerlukan
saya dan rakan-rakan praktikum yang lain untuk melaksanakan beberapa projek di
Sekolah Kebangsaan Simpang Empat ini, sejak dari praktikum pada semester yang
lalu lagi pihak sekolah telah menyenaraikan cadangan beberapa bentuk projek untuk
dilaksanakan oleh saya dan rakan praktikum yang lain. Kebanyakkan projek yang
telah dicadangkan oleh pihak sekolah banyak melibatkan projek keceriaan dan
kesedaran antaranya ialah seperti mural untuk kempen Anti-Denggi dan lain-lain
lagi.
Bukan itu sahaja, saya juga akan turut mencadangkan kepada pihak
pentadbir beberapa bentuk projek yang bersesuaian antaranya adalah seperti,
keceriaan kelas, pertandingan mereka cipta kad raya, pertandingan mereka cipta
sampul duit raya, pertandingan mewarna poster anti-denggi dan lain-lain lagi.
Selain daripada itu, untuk sesi internship pada semester ini juga, saya juga
akan turut menggunakan peluang ini untuk melaksanakan Penyelidikan Tindakan
seperti yang telah dirancang sejak daripada praktikum semester lepas lagi. Untuk
semester ini setiap guru pelatih akan diberi antara 2 hingga 4 masa interaksi PNP,
saya akan menggunakan sesi interaksi PNP untuk mengumpul maklumat yang
diperlukan untuk membuat analisa bagi melaksanakan penyelidikan tindakan yang
telah dirancang.
Saya juga berharap untuk sesi internship kali ini hubungan persahabatan
yang telah telah terjalin bersama warga-warga sekolah SK Simpang Empat akan
dapat terus dikukuhkan lagi dan diteruskan lagi pada masa akan datang.
NORANATI BINTI MD SOKI [PENGAJIAN MELAYU (B)]
b) Apa yang dialami dan dilaksanakan sepanjang praktikum
Sepanjang menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat,
Simpang Empat Perlis selama 4 minggu untuk sesi Internship kali ini, semestinya
telah banyak input-input dan ilmu-ilmu baru serta pengalaman yang berharga yang
telah berjaya diperolehi. Sepanjang proses praktikum ini, saya bukan sahaja
memperoleh pengalaman baru dalam melibatkan diri dalam keadaan realiti sebenar
mengajar apabila saya perlu mengajar kanak-kanak sebenar yang berada dalam
kalangan umur 10 tahun, bahkan yang lebih utama ialah ilmu dan pengalaman
mengelolakan sesuatu pertandingan atau program di peringkat sekolah dan usaha
sebagai seorang guru dalam menjayakan sesebuah program yang dilaksanakan.
Antaranya projek / aktiviti yang telah berjaya dijalankan sepanjang 4 minggu disini
ialah :-
I. Projek Melukis Mural sempena Kempen Cegah Denggi
II. Projek Pertandingan Teka Silang Kata Simpulan Bahasa – Permainan
Bahasa (Projek Individu)
III. Projek Mereka Cipta Kad Ucapan Kreatif sempena Hari Raya Aidilfitri
IV. Melibatkan diri dalam Program Bubur Lambuk 2014 Sekolah
Kebangsaan Simpang Empat anjuran Panitia Pendidikan Islam.
V. Melibatkan diri dalam Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah
Kebangsaan Simpang Empat.
VI. Melibatkan diri dalam Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah
Kebangsaan Simpang Empat.
Oleh kerana ini merupakan pengalaman yang keempat saya
berpraktikum saya, proses mengawal kelas dan disiplin pelajar sepanjang
melaksanakan sesi PNP atau sesuatu program yang dijalankan bukanlah
sesuatu yang baru. Menyediakan diri untuk lebih tegas semasa melaksanakan
pengajaran atau program yang dijalankan merupakan salah satu cara untuk
saya mengawal disiplin murid-murid supaya suasana yang lebih tenang dan
kondunsif dapat dicapai.
NORANATI BINTI MD SOKI [PENGAJIAN MELAYU (B)]
Selain itu, untuk praktikum kali ini, saya juga telah banyak melibatkan
diri dalam aktiviti serta program program yang berunsurkan ko-akademik.
MINGGU PERKARA
1 Pada minggu pertama berpraktikum, oleh kerana jadual waktu pengajaran masih
belum lagi diperoleh dan masih lagi disusun oleh pihak sekolah, terdapat kelapangan
dari segi peruntukkan masa untuk minggu pertama. Oleh itu, saya dan rakan-rakan
praktikum yang lain mengambil peluang kelapangan masa ini untuk melaksanakan
sesi kolaborasi bersama pihak pentadbir iaitu Penolong Kanan HEM dan Penolong
Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Simpang Empat dalam menyediakan sebuah kertas
cadangan untuk melaksanakan projek yang ingin dijalankan sepanjang Internship di
Sekolah Kebangsaan Simpang Empat ini. 3 kertas cadangan telah berjaya
disiapkan dan diluluskan oleh Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Simpang
Empat.
2 Saya juga telah menjalankan Pertandingan Teka Silang Kata Simpulan
Bahasa – Permainan Bahasa sebagai projek internship individu saya pada
minggu ini bersama para pelajar tahun 4 Berjaya. Penglibatan murid yang
sangat aktif sepanjang pertandingan ini telah banyak membantu saya dalam
menjayakan projek ini dengan lebih cemerlang sepertimana yang telah
dirancang. Pemenang untuk Pertandingan Teka Silang Kata Simpulan
Bahasa juga turut mendapat hadiah yang telah dijanjikan.
Pemenang Tempat Pertama : Muhamad Aman bin Ali
Pemenang Tempat Kedua : Muhammad Nur Farhan bin Nasharuddin
Pemenang Tempat Ketiga : Muhammad Adib bin Zulkepli
Pada minggu ini juga, saya telah ditugaskan sebagai salah seorang AJK
kawalan murid semasa Program Bubur Lambuk 2014 Sekolah Kebangsaan
Simpang Empat anjuran Panitia Pendidikan Islam. Pendekatan yang tegas
memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk sentiasa
NORANATI BINTI MD SOKI [PENGAJIAN MELAYU (B)]
mengawal tingkahlaku dan disiplin pelajar semasa Ceramah Perdana Nuzul
Quran dijalankan.
Selain itu, saya dan rakan-rakan guru pelatih yang lain pula telah mula
menghasilkan mural sebagai satu lagi tugasan projek sepanjang sesi
Internship ini iaitu Projek Melukis Mural sempena Kempen Cegah Denggi.
Saya mendapati bahawa, sikap tolong menolong dan berkerjasama
memainkan peranan yang sangat penting dalam melancarkan dan
memudahkan lagi urusan menjayakan sesuatu projek yang bergerak secara
berkumpulan.
3 Pada minggu ketiga pula, saya dan rakan-rakan guru pelatih yang lain telah
pun berjaya untuk menyiapkan projek mural sempena Kempen Cegah
Denggi. Perancangan dan peruntukkan masa menyiapkan projek telah
berjaya mengikut tentatif program yang ditetapkan di dalam kertas cadangan.
Selain itu, Pertandingan Mereka Cipta Kad Ucapan Kreatif sempena Hari
Raya Aidilfitri juga telah berjaya dijalankan dengan amat baik. Murid-murid
dilihat melibatkan diri secara sangat aktif dan dedikasi sepanjang
pertandingan dijalankan. Terdapat banyak penyertaan oleh murid-murid tahun
4 dan 5. Penilaian dan pengadilan untuk mencari kad ucapan yang terbaik
juga turut dijalankan pada minggu yang sama juga.
Bukan itu sahaja, Program Khatam Al-Quran juga telah dijalankan pada hari
Jumaat minggu tersebut. Dedikasi guru menjalankan aktiviti tadarus Al-Quran
pada setiap pagi sepanjang bulan Ramadhan membuahkan hasil dengan
melihat kejayaan pada Program Khatam Al-Quran tersebut. Terdapat ramai
murid yang telah berjaya selesai berkhatam Al-Quran sempena Program Ihya
Ramadhan.
4 Untuk minggu ke Empat pula iaitu minggu terakhir internship, penyampaian
hadiah untuk pertandingan mereka cipta kad ucapan telah dilaksanakan.
Pemenang daripada tempat pertama hingga kelima telah diberi untuk setiap
NORANATI BINTI MD SOKI [PENGAJIAN MELAYU (B)]
Tahun 4 dan Tahun 5.
Manakala, pada hari Sabtu minggu tersebut juga, Sambutan Hari Raya
Aidilfitri peringkat Sekolah Kebangsaan Simpang, Empat juga turut dijalankan.
Pada hari tersebut, ternyata hubungan akrab antara guru-guru, para pekerja,
staf sekolah, pihak pentadbir dan murid-murid memainkan peranan yang
sangat penting dalam menghasilkan suasana harmoni di sesebuah sekolah.
NORANATI BINTI MD SOKI [PENGAJIAN MELAYU (B)]
c) Apa yang dialami selepas praktikum?
Selepas sebulan menjalani Internship di Sekolah Kebangsaan Simpang
Empat, Perlis terdapat banyak ilmu dan pengalaman baharu yang telah saya
peroleh. Melalui projek yang telah dilaksanakan, telah banyak membantu saya untuk
meningkatkan kemahiran saya dalam pelbagai aspek. Sepanjang menjalani
Internship, segala proses pelaksanaan projek telah dapat dilakukan secara efisien
dan lancar bermula daripada proses merancang projek yang akan dijalankan di
sekolah sehinggalah selepas tamat projek. Kerjasama daripada rakan-rakan dan
pihak sekolah juga telah memudahkan lagi pelaksanaan program selama sebulan
ini.
Melalui program ini juga, saya telah belajar untuk merancang, mengurus dan
melaksanakan sesuatu projek atau aktiviti dengan baik dan sebagai bakal guru,
proses tersebut merupakan salah satu kemahiran yang perlu saya pelajari apabila
berada di sekolah kelak. Selain itu, melalui projek yang dirancang juga telah
membantu meningkatkan proses komunikasi saya bersama guru-guru, murid-murid
dan juga pihak sekolah.
Di samping itu, melalui Internship juga, saya telah dapat meningkatkan tahap
keyakinan saya untuk bekerja bersama dengan pihak lain seperti rakan-rakan guru
pelatih, guru-guru sekolah, staf-staf sokongn serta pekerja-pekerja sekolah. Ini
sekaligus dapat mengeratkan ukhuwah saya bersama guru-guru dan juga warga
sekolah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung..
Sebulan berada di sekolah adalah tempoh yang terlalu singkat untuk saya.
Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan sepanjang
menjalani Internship terutamanya menyiapkan projek yang telah dirancang bermula
NORANATI BINTI MD SOKI [PENGAJIAN MELAYU (B)]
minggu pertama menjalani Internship hinggalah minggu ke minggu yang terakhir.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, segalanya telah dipermudahkan walaupun
terdapat banyak kekangan yang terpaksa dihadapi oleh saya dan rakan saya.
Melalui sesi Internship ini juga, saya juga telah banyak menimba ilmu baru
untuk sentiasa mempunyai “backup-plan” terhadap apa bentuk projek yang
dirancang. Untuk saya “backup-plan” memainkan peranan yang sangat penting
dalam menjayakan sesebuah projek yang dirancang agar dapat terus berjalan
seperti yang diingini. Melalui pengalaman ini juga telah banyak membantu
menyokong pendapat yang selama ini didengar iaitu seorang guru perlu kreatif
dalam mengatasi sesuatu masalah atau kekangan yang dihadapi.
Kesimpulannya, program Internship telah banyak membantu saya daripada
pelbagai aspek dan kemahiran. Saya juga telah menimba pelbagai pengalaman
daripada guru-guru di sekolah dan kesemua guru di sekolah berkenaan sangat baik
dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Saya berharap agar segala
pengalaman yang diperoleh dapat membantu saya untuk menjadi bakal guru yang
lebih baik pada masa hadapan dengan persediaan dari pelbagai aspek sebagai
seorang guru.
NORANATI BINTI MD SOKI [PENGAJIAN MELAYU (B)]
REFLEKSI INTERNSHIP
Sesi internship selama sebulan pada semester 8 ini telah memberi pengalaman
sebenar kepada saya tentang cara-cara untuk mengendalikan program atau projek
dengan kerjasama pihak sekolah di sekolah yang telah ditempatkan. Melalui sesi
internship kali ini saya telah diberi pendedahan awal dan pengalaman sebenar untuk
bergerak sendiri dalam menjayakan sesebuah projek atau program yang ingin
dijalankan.
REFLEKSI PROJEK AKTIVITI MELUKIS MURAL (KEMPEN CEGAH DENGGI)
Dari segi kekuatan projek, terdapat beberapa kekuatan Projek / Aktiviti yang
telah berjaya saya kenalpasti sepanjang melaksanakan Projek / Aktiviti Melukis
Mural (Kempen Cegah Denggi) ini, antaranya ialah melalui Projek / Aktiviti Melukis
Mural (Kempen Cegah Denggi) telah memberi saya peluang yang baik kepada saya
sebagai seorang guru pelatih untuk mempelajari cara-cara menulis dan
menghasilkan sebuah kertas cadangan seterusnya melaksanakan sesuatu projek
dengan rakan-rakan lain demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di
sekolah.
Selain itu, penghasilan mural ini juga dalam masa yang sama telah
menyediakan satu tempat belajar yang ceria, selesa dan kondunsif untuk murid-
murid supaya dapat membuka minda murid dengan lebih luas lagi tentang masalah
NORANATI BINTI MD SOKI [PENGAJIAN MELAYU (B)]
denggi yang semakin menular pada masa kini. Murid juga kini telah dapat
mengetahui serba sedikit cara-cara mencegah dan mengelak daripada dijangkiti
denggi. Kesedaran untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran mereka juga
turut dapat diberi melalui penghasilan mural ini.
Kekuatan projek dilihat telah dapat mengeratkan lagi hubungan dengan
warga Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Perlis ini. Atas bantuan dan sokongan
yang diberikan dari masa ke semasa oleh guru pembimbing, staf sekolah, pihak
pentadbir serta pekerja-pekerja sekolah telah banyak membantu saya dan rakan-
rakan guru pelatih yang lain dalam proses untuk melengkapkan Projek / Aktiviti
Melukis Mural (Kempen Cegah Denggi) ini.
Bukan itu sahaja, Puan Salme Bt Ismail Penolong Kanan HEM SK Simpang
Empat juga telah banyak membantu kumpulan kami semasa melaksanakan tugas
penghasilan Projek / Aktiviti Melukis Mural (Kempen Cegah Denggi) ini. Kami
sentiasa merujuk kepada beliau jika mempunyai sebarang kemusykilan dari segi
penyediaan gambar atau masalah dari segi bahan yang diperlukan untuk
menghasilkan mural. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar, idea, pandangan dan
cadangan untuk membantu kami dalam menghasilkan mural yang menarik dan
menepati kriteria yang ditetapkan.
Antara kekuatan yang lain pula ialah, kami telah mendapat sokongan penuh
daripada unit Panitia Pendidikan Seni Sekolah Kebangsaan Simpang Empat.
Sekiranya kami mempunyai masalah dari segi kekurangan bahan yang diperlukan
seperti berus atau warna cat-cat tertentu, unit Panitia Pendidikan Seni Sekolah
Kebangsaan Simpang Empat dengan mudahnya memberi peluang kepada kami
dalam meminjamkan bahan-bahan mereka kepada kami untuk membantu
memudahkan urusan kami dalam menyiapkan mural.
Faktor pengalaman juga telah menjadi salah satu kekuatan Projek / Aktiviti
Melukis Mural (Kempen Cegah Denggi) ini. Pengalaman kami semasa diarahkan
untuk menghasilkan mural semasa sesi praktikum fasa 3 semester lepas telah
sedikit sebanyak membantu kami dalam usaha untuk menghasilkan mural yang baik
dan sesuai pada sesi internship untuk kali ini. Kami kena lebih matang dalam
membuat perancangan proses penghasilan mural yang baik. Kombinasi warna juga
NORANATI BINTI MD SOKI [PENGAJIAN MELAYU (B)]
telah berjaya dihasilkan bagi mendapatkan warna cat pelaka yang tidak dapat
disediakan oleh pihak sekolah.
Manakala, antara kelemahan yang telah dikenalpasti bagi Projek / Aktiviti
Melukis Mural (Kempen Cegah Denggi) ini dapat dilihat melalui faktor keselamatan.
Proses melukis mural menjadi agak berbahaya keraa projek ni dilaksanakan di luar
makmal komputer. Gambar mural yang agak besar dan tinggi memerlukan kami
untuk menggunakan tangga. Angin yang kuat menyebabkan kami berhati-hati
semasa memanjat tangga untuk mewarna serta melukis gambar mural yang tinggi.
Kelemahan yang lain pula ialah, terdapat sedikit kekangan dari segi warna cat
pelaka yang diperlukan untuk menghasilkan lukisan warna mural yang lebih menarik.
Terdapat beberapa warna yang tidak mencukupi untuk kami menyiapkan lukisan
atau gambar mural yang lebih menarik antaranya adalah seperti warna putih, coklat
dan lain-lain lagi.
Selain itu, kami juga telah memulakan proses membuat mural dengan agak
lambat kerana penyediaan bahan seperti cat pelaka dan berus disediakan oleh pihak
sekolah agak lambat. Oleh itu, kerja menghasilkan gambar mural sudah sedikit
tertangguh daripada masa atau tarikh yang ditetapkan dalam kertas cadangan yang
telah disediakan.
Bukan itu sahaja, terdapat hari-hari yang hujan telah membantutkan urusan
menghasilkan mural tersebut. Oleh itu, dapat dilihat disini bahawa terdapat
kekangan dari segi masa dan cuaca yang telah membantut atau menganggu urusan
kami untuk menghasilkan mural.
Kesimpulan akhir yang dapat dibuat setelah selesainya Projek / Aktiviti
Melukis Mural (Kempen Cegah Denggi) ini ialah, melalui projek yang berunsurkan
keceriaan ini, saya telah banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan baru.
Pengalaman dan pengetahuan baru yang dimaksudkan disini ialah tentang cara
menulis kertas kerja yang baik, cara-cara mengurus dan mengendalikan sesuatu
projek dengan lebih sistematik dan lain-lain lagi.
Bukan itu sahaja, yang paling penting sekali ialah melalui projek ini saya kini
sedar tentang kepentingan semangat saling tolong-menolong dan berkerjasama
NORANATI BINTI MD SOKI [PENGAJIAN MELAYU (B)]
dengan rakan-rakan guru pelatih yang lain dalam usaha untuk menyiapkan serta
menghasilkan sesuatu projek kumpulan. Kemahiran sosial dan komunikasi saya juga
telah dapat ditingkatkan secara tidak langsung semasa proses kolaborasi dan
perbincangan yang dijalankan bagi membuat sesuatu keputusan berkenaan
projek/aktiviti ini.
Selain itu, dengan selesainya projek ini, keadaan sekolah ini kini menjadi
lebih berinformasi, ceria, selesa dan lebih menarik minat murid-murid untuk
mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan bahayanya denggi, Di samping
itu, melalui mural ini juga telah dapat menjadi medium dalam memberi kesedaran
kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran mereka
bagi mengelak daripada dijangkiti demam denggi.
Walaupun mempunyai faktor-faktor dari segi kekangan masa, namun kami
telah berjaya menyiapkan Projek / Aktiviti Melukis Mural (Kempen Cegah Denggi) ini
telah berjaya disiapkan dengan baik atas kerjasama serta semangat berpasukan
yang diberi oleh semua rakan-rakan guru pelatih yang lain serta sokongan padu
yang diberi oleh warga Sekolah Kebangsaan Simpang Empat. Dengan itu, saya
akan menggunakan dan mengaplikasikan pengalaman menghasilkan projek ini serta
pengetahuan yang diperoleh pada masa yang akan datang.
REFLEKSI PROJEK PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA SIMPULAN BAHASA (PERMAINAN BAHASA)
Melalui pemerhatian saya, dari segi minat yang ditunjukkan oleh murid, murid
dilihat sangat berminat untuk melibatkan diri sepanjang sesi pertandingan
dilaksanakan. Semangat kompetetif murid dapat dilihat dengan jelas bagi setiap
murid. Bukan itu sahaja, melalui pertandingan ini juga, dalam masa yang sama
murid dapat menimba ilmu baru berkenaan dengan simpulan bahasa. Dalam masa
yang sama, pertandingan ini juga telah membuka minda mereka tentang keunikan
simpulan bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu itu sendiri.
NORANATI BINTI MD SOKI [PENGAJIAN MELAYU (B)]
Selain itu, melalui pelaksanaan projek yang berunsurkan pertandingan ini
juga telah banyak mengajar saya serta melatih diri saya dalam usaha untuk berdiri
sendiri bagi menghasilkan sesuatu program kecil bersama warga sesebuah institusi
itu juga. Bukan itu sahaja, tahap sosial dan kemahiran komunikasi saya juga dapat
ditingkatkan secara tidak langsung apabila saya melaksanakan sesi kolaborasi
bersama mentor/guru pembimbing saya serta perbincangan bersama pihak
pentadbir sekolah seperti Penolong Kanan serta Guru Besar berkenaan dengan
projek yang bersesuaian dengan murid-murid yang terlibat. Secara tidak langsung,
tahap keyakinan diri saya sendiri juga telah meningkat.
Kekuatan lain yang dapat dikenalpasti melalui projek/aktiviti Pertandingan
Teka Silang Kata Simpulan Bahasa ialah dari segi pengurusan tentatif program.
Masa yang ditetapkan telah berjaya mengikut masa yang ditetapkan. Melalui
pengurusan masa yang atau tentatif program yang sistematik telah berjaya
membantu saya dalam mempermudahkan lagi urusan perjalanan program/aktiviti
Pertandingan Teka Silang Kata Simpulan Bahasa ini.
Melalui pelaksanaan projek/aktiviti Pertandingan Teka Silang Kata Simpulan
Bahasa ini juga, telah banyak memberi pendedahan kepada saya tentang cara
bagaimana mengurus dan mengawal murid semasa sesuatu aktiviti atau projek
berjalan. Selain itu, saya juga telah banyak menimba ilmu baru tentang cara atau
prosedur menulis kertas kerja, mencari sumber kewangan, membahagikan tugas,
merancang masa dan sebagainya yang berkaitan pengurusan sesuatu aktiviti projek.
Akhir sekali, projek/aktiviti Pertandingan Teka Silang Kata Simpulan Bahasa
ini juga telah memberi peluang kepada saya sebagai seorang guru pelatih untuk
mengaplikasikan ilmu teori yang dipelajari di IPG dalam situasi sebenar di sekolah.
Manakala, dari segi kelemahan pula terdapat juga beberapa kelemahan
Projek / Aktiviti yang turut juga telah dikenalpasti sepanjang melaksanakan
Pertandingan Teka Silang Kata Simpulan Bahasa ini, salah satu daripadanya ialah
kekurangan pengalaman saya sendiri sebagai seorang yang masih berstatus guru
pelatih dalam mengurus sesuatu projek menyebabkan projek kewarganegaraan ini
mengambil masa yang agak lama untuk dimulakan.
NORANATI BINTI MD SOKI [PENGAJIAN MELAYU (B)]
Selain itu, saya juga turut menyedari bahawa sepanjang pertandingan
dilaksanakan saya kerap membantu murid seperti memberi mereka beberapa
bentuk klu bagi mendapatkan jawapan kepada teka silang kata tersebut. Hal ini
menyebabkan murid kurang mencari sendiri jawapan kepada teka silang kata
tersebut dan terlalu bergantung kepada guru. Guru sebenarnya hanya berperanan
sebagai pembimbing. Dalam masa yang sama, tahap kognitif murid tidak dapat diuji
dengan sepenuhnya seperti yang diinginkan.
Bukan itu sahaja, saya juga mendapati, sepanjang Projek Pertandingan Teka
Silang Kata ini dijalankan, terdapat beberapa orang murid yang kurang memberi
komitmen dalam melibatkan diri sepanjang pertandingan dilaksanakan. Mereka
bersikap sambil lewa dan tidak tidak mengambil berat. Mereka perlu diberi
pengawasan yang lebih dan arahan yang kerap. Ada juga yang diantara mereka
yang langsung tidak menjawab soalan teka silang kata yang telah diedarkan
Kelemahan yang lain pula ialah, dari segi penyediaan hadiah untuk para
pemenang Pertandingan Teka Silang Kata. Saya terpaksa menggunakan
peruntukkan wang sendiri bagi menyediakan hadiah yang ingin diberi kepada para
pemenang.
Kesimpulan akhir yang dapat dibuat setelah selesainya projek Pertandingan
Teka Silang Kata Simpulan Bahasa ialah objektif awal yang telah ditetapkan dalam
kertas kerja yang telah dirancang berjaya dicapai dengan cemerlang. Oleh itu,
kejayaan projek/aktiviti ini telah dapat mencapai target secara tidak langsung.
Selain itu, sepanjang proses melaksanakan projek/aktiviti Pertandingan Teka
Silang Kata Simpulan Bahasa ini, telah banyak ilmu dan pengalaman baru yang
telah berjaya diperoleh. Ilmu dan pengalaman inilah yang akan banyak membantu
dan membimbing saya kearah usaha untuk menjadi seorang guru yang cemerlang
dan berjaya pada masa akan datang.
NORANATI BINTI MD SOKI [PENGAJIAN MELAYU (B)]
REFLEKSI PROJEK PERTANDINGAN MEREKACIPTA KAD UCAPAN KREATIF SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH
Beberapa kekuatan Projek / Aktiviti yang telah berjaya saya kenalpasti
sepanjang melaksanakan Projek / Aktiviti Pertandingan Merekacipta Kad Ucapan
Kreatif Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah telah memberi saya peluang
yang baik kepada saya sebagai seorang guru pelatih untuk mempelajari cara-cara
menulis dan menghasilkan sebuah kertas cadangan seterusnya melaksanakan
sesuatu projek dengan rakan-rakan lain demi memupuk semangat kerjasama dan
berpasukan di sekolah.
Selain itu, melalui projek / aktiviti ini juga, saya kini dapat mengetahui dan
mempelajari bahawa tugas sebagai seorang guru bukanlah suatu kerja yang mudah.
Saya juga mendapat banyak pengalaman tentang cara menguruskan dan
mengelolakan sesuatu pertandingan ko-akademik di peringkat sekolah. Dalam masa
yang sama saya juga telah belajar cara untuk mengadili sesuatu pertandingan
dengan menilai hasil kerja akhir murid-murid..
Kekuatan projek dilihat telah dapat mengeratkan lagi hubungan dengan
warga Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Perlis ini. Atas bantuan dan sokongan
yang diberikan dari masa ke semasa oleh guru pembimbing, staf sekolah, pihak
pentadbir serta pekerja-pekerja sekolah telah banyak membantu saya dan rakan-
rakan guru pelatih yang lain dalam proses untuk menjalankan Projek / Aktiviti
Pertandingan Merekacipta Kad Ucapan Kreatif Sempena Hari Raya Aidilfitri
Peringkat Sekolah.
Antara kekuatan yang lain pula ialah, kami telah mendapat sokongan penuh
daripada unit Panitia Pendidikan Seni Sekolah Kebangsaan Simpang Empat.
Sokongan yang dimaksudkan disini ialah unit Panitia Pendidikan Seni Sekolah
Kebangsaan Simpang Empat telah bersetuju untuk menaja hadiah yang akan
diberikan kepada pemenang-pemenang pertandingan ini.
Bukan itu sahaja, saya kini lebih memahami bahawa tahap kreativiti dan
tahap kognitif murid-murid tahun 4 dan 5 Sekolah Kebangsaan Simpang Empat,
NORANATI BINTI MD SOKI [PENGAJIAN MELAYU (B)]
Perlis. Secara tidak langsung, hubungan positif dan mesra telah dapat dijalinkan
dengan baik. Murid-murid juga menunjukkan minat dan dedikasi yang sangat baik
dalam melibatkan diri mereka dalam pertandingan ini dengan terhasilnya jenis-jenis
kad kreatif yang sangat unik dan menarik.
Dari segi kelemahan pula, antara kelemahan yang telah dikenalpasti bagi
Projek / Aktiviti Pertandingan Merekacipta Kad Ucapan Kreatif Sempena Hari Raya
Aidilfitri Peringkat Sekolah ialah kumpulan sasaran kami iaitu murid tahun 6 tidak
dapat turut serta dalam Pertandingan Merekacipta Kad Ucapan Kreatif Sempena
Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah ini kerana mereka mempunyai Peperiksaan
Percubaan UPSR pada hari aktiviti / projek dijalankan. Oleh itu, atas permintaan
guru besar, kami perlu mengecualikan murid tahun 6 dan hanya mengambil murid
tahun 4 dan 5 untuk turut serta dalam pertandingan yang dijalankan. Oleh itu,
penyertaan daripada murid-murid agak kurang daripada target yang telah
ditetapkan.
Kelemahan yang lain pula ialah, terdapat sedikit kekangan dari segi masa
atau hari yang bersesuaian untuk melaksanakan Pertandingan Merekacipta Kad
Ucapan Kreatif Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah. Ia adalah kerana,
setiap minggu semasa interaksi kokurikulum dilaksanakan terdapat program
program yang telah pun dirancang. Oleh yang demikian kami perlu banyak merujuk
pihak guru daripada Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Simpang Empat
untuk mengambil masa interaksi kokurikulum bagi menjalankan pertandingan pada
hari yang telah ditetapkan.
Selain itu, kami juga telah memulakan proses menyampaikan “fliers” pada
setiap kelas berkenaan dengan Pertandingan Merekacipta Kad Ucapan Kreatif
Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah ini agak lambat kerana terlalu sibuk
dalam usaha untuk menyudahkan projek melukis mural sempena Kempen Cegah
Denggi.
Bukan itu sahaja, masa yang diperuntukkan untuk mengadakan pertandingan
juga agak singkat dimana kami hanya mempunyai 1jam masa interaksi kokurikulum
untuk memberi peluang untuk membuat “touch-up” akhir terhadap hasil kad raya
mereka. Oleh itu, segalanya perlu dilakukan tepat pada masa yang ditetapkan
NORANATI BINTI MD SOKI [PENGAJIAN MELAYU (B)]
seperti yang dinyatakan dalam tentatif program bagi mengelakkan mengambil masa
pulang murid-murid terlalu lama.
Kesimpulan akhir yang dapat dibuat setelah selesainya Projek / Aktiviti
Pertandingan Merekacipta Kad Ucapan Kreatif Sempena Hari Raya Aidilfitri
Peringkat Sekolah, melalui projek yang berunsurkan ko-akademik ini, saya telah
banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan baru. Pengalaman dan
pengetahuan baru yang dimaksudkan disini ialah tentang cara menulis kertas kerja
yang baik, cara-cara mengurus dan mengendalikan sesuatu projek dengan lebih
sistematik dan lain-lain lagi.
Bukan itu sahaja, yang paling penting sekali ialah melalui projek ini saya kini
sedar tentang kepentingan semangat saling tolong-menolong dan berkerjasama
dengan rakan-rakan guru pelatih yang lain dalam usaha untuk menyiapkan serta
menghasilkan sesuatu projek kumpulan. Kemahiran sosial dan komunikasi saya juga
telah dapat ditingkatkan secara tidak langsung semasa proses kolaborasi dan
perbincangan yang dijalankan bagi membuat sesuatu keputusan berkenaan
projek/aktiviti ini.
Walaupun mempunyai faktor-faktor dari segi kekangan masa, namun kami
telah berjaya menyiapkan dan menyempurnakan Projek / Aktiviti Pertandingan
Merekacipta Kad Ucapan Kreatif Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah ini
dengan baik atas kerjasama serta semangat berpasukan yang diberi oleh semua
rakan-rakan guru pelatih yang lain serta sokongan padu yang diberi oleh warga
Sekolah Kebangsaan Simpang Empat. Dengan itu, saya akan menggunakan dan
mengaplikasikan pengalaman menghasilkan projek ini serta pengetahuan yang
diperoleh pada masa yang akan datang.