Perlengkapan Dan Perkakas Elektrik Domestik

Post on 20-Oct-2015

194 views 7 download

description

rbt

Transcript of Perlengkapan Dan Perkakas Elektrik Domestik

PERLENGKAPAN DAN PERKAKAS ELEKTRIK

DOMESTIK

PERLENGKAPAN ELEKTRIK DOMESTIK

SUISPENETAP LAMPUSOKET KELUAR

PLAG

SUIS

• Sejenis alat yang boleh :memutuskan litar elektrik menghentikan aliran arus elektrikmengalihkan arah aliran dari satu pengalir ke pengalir yang lain

Jenis-jenis suis

Suis togelSuis tekan tutupSuis tekan buka

Suis togel

• Digunakan untuk menyambung dan memutuskan aliran arus di dalam litar.

• Arus akan mengalir apabila punat suis ditekan atau ditolak.

• Apabila punat suis ditekan atau ditolak ke arah yang berlawanan, arus akan berhenti mengalir.

Suis tekan tutup

• Digunakan untuk menyambung dan memutuskan aliran arus di dalam litar.

• Arus akan mengalir apabila punat suis ditekan.

• Cth:- loceng rumah

Suis tekan buka

• Digunakan untuk menyambung dan memutuskan aliran arus di dalam litar.

• Arus tidak akan mengalir apabila punat suis ditekan.

• Cth :- Litar penanda lampu untuk pintu kereta

Penetap lampu

Lampu pijar

• sebuah sumber cahaya buatan.• Ia merupakan lampu elektrik yang dibuat

daripada kaca lut cahaya atau lut sinar sebagai balangnya dan terdapat dawai filamen di dalamnya yang akan mengeluarkan cahaya apabila dialiri arus elektrik.

• Filamen biasanya diperbuat daripada bahan tungsten.

Bahagian-bahagian

1.Bola lampu2.Gas bertekanan rendah (argon, neon, nitrogen)3.Filamen wolfram4.Kawat penghubung ke kaki tengah5.Kawat penghubung ke ulir6.Kawat penyangga7.Kaca penyangga8.Kontak arus elektrik di ulir9.Sekrup ulir10.Isolator11.Kontak arus elektrik di kaki tengah

Operasi lampu pijar

• Apabila arus elektrik mengalir, filamen menjadi sangat panas.

• Ini menyebabkan warna cahaya yang dipancarkan oleh lampu pijar biasanya berwarna kuning kemerahan.

• Pada suhu yang sangat tinggi itulah, filamen menghasilkan cahaya.

Lampu pendarfluor

Bahagian-bahagian

Tiub pendafluor

• Diperbuat daripada kaca.• Berisi wap merkuri dan gas argon.• Bahagian dalam disalut dengan lapisan fosfur.• Terdapat dua pin elektrod pada kedua-dua

hujung tiub.

• Apabila arus elektrik mengalir melalui pin elektrod, tiub akan menghasilkan sinaran ultraungu.

• Cahaya putih akan dihasilkan apabila terkena sinaran ultraungu.

Perumah

• Mengandungi cok, pemegang tiub, pemegang suis penghidup, dan suis penghidup.

Cok

• Digunakan untuk membekalkan voltan yang tinggi pada awal penyalaan dan menstabilkan voltan selepas lampu menyala.

Pemegang tiub

• Pemegang tiub terletak pada kedua-dua hujung perumah.

• Pemegang tiub berfungsi untuk menyangga tiub pendarfluor.

Pemegang suis penghidup

• untuk menempatkan suis penghidup.

Suis penghidup

• Suis penghidup hanya berfungsi untuk menghidupkan lampu.

• Lampu akan terus menyala walaupun suis penghidup ditanggalkan.

Kebaikan lampu pendarfluor

• Keberkesanan kilauan - Lampu pendarfluor menukarkan lebih banyak kuasa masukan kepada cahaya tampak berbanding mentol lampu.

• Jangka hayat - Lampu perdarfluor lazimnya tahan antara 10 hingga 20 kali lebih lama daripada lampu pijar apabila dikendalikan dalam masa beberapa jam pada satu-satu masa.

• Kos pengendalian - Kos pembelian lampu pendarfluor yang lebih tinggi diatasi dengan penggunaan tenaga elektrik yang rendah. Jangka hayat yang lebih panjang juga turut menyumbang kepada penjimatan tambahan berikutan kos penggantian lampu yang kurang.

• Kilauan yang kurang - Jika dibandingkan dengan lampu pijar, tiub pendarfluor ialah punca cahaya yang lebih besar serta cahayanya lebih berbaur. lampu tersebut adalah besar berbanding jarak antara lampu serta permukaan yang diteranginya.

Kelemahan

• Jika ia kerap dihidupkan - Jika lampu dipasang di kawasan di mana ia kerap dihidupkan dan dimatikan, ia tidak akan tahan lama. Dalam keadaan yang terlampau, jangka hayatnya boleh jadi lebih pendek daripada mentol lampu yang murah.

• Kandungan raksa di dalam lampu - Jika tiub lampu pecah, sedikit kandungan raksa boleh mencemar persekitaran sekeliling. Lebih kurang 99% raksa terdapat pada lapisan fosfor, terutamanya pada lampu yang hampir tamat jangka hayatnya. Kaca yang pecah itu biasanya dianggap lebih berbahaya daripada sedikit tumpahan raksa.

Soket keluar

• Soket alur keluar ialah punca sambungan (sentuhan) yang dipasangkan ke pemasangan tetap. Soket alur keluar boleh menerima satu palam untuk menyambungkan bekalan ke alat-alat mudah alih.

• Terdapat berbagai-bagai saiz, bentuk dan jenis soket alur keluar iaitu dua, tiga atau empat sentuhan atau punca sambungan.

• Kadaran soket alur keluar mengikut piawaian British (BS) ialah 2 A, 5 A, 13 A, 15 A dan 30 A untuk penggunaan biasa dan 16 A, 32 A, 63 A untuk industri

• Tapak soket alur keluar dibuat daripada tembikar, kaca bakelit, plastik, atau daripada bahan penebat yang teguh. Hujung sentuhan di belakang soket ditutup agar tidak bersentuh dari luar, kecuali disebelah palam dimasukkan.

• Setiap soket mempunyai sama ada dua atau tiga wayar penyambung:

• Wayar hidup (juga dikenali sebagai wayar fasa) - membawa arus ulang-alik dari punca kuasa ke beban.

• Wayar neutral - mengembalikan arus elektrik ke punca kuasa.

• Wayar bumi - bertujuan hanya untuk mengangkut arus elektrik bocor ke bumi apabila berlaku kebocoran arus elektrik akibat kegagalan penebat; jika tiada kebocoran arus elektrik, wayar ini tidak membawa sebarang arus elektrik.

Plag

• Plag digunakan untuk menyambungkan peralatan elektrik dengan soket alir keluar.

• Terdapat pelbagai jenis dan bentuk plag mengikut kegunaan dan kuasa alatan yang disambungkannya.

Plag 2-pin 2 ampere

• Wayar teras kembar digunakan pada plag ini.• Terdapat hanya dua tamatan, iaitu teras Hidup

(L) dan teras Neutral (N).• Plag ini digunakan untuk alatan berkuasa kecil

seperti radio, pencukur elektrik, dan jamelektrik.

Plag 3-pin 13 ampere

• Plag ini mempunyai tiga tamatan, iaitu Hidup (L), Neutral (N), dan Bumi (E).

• Fius kartrij 13 ampere dipasangkan di dalam plag untuk tujuan keselamatan.

Plag 3-pin 15 ampere

• Digunakan untuk kelengkapan yang berkuasa tinggi seperti seperti pendingin udara dan pemanas air.

• Mempunyai bentuk pin bulat dan tidak menggunakan fius.