Post on 25-Jan-2016
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
UNIT 5
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengenalan
Unit ini menggariskan panduan kepada IPGK mengendalikan kursus induksi kepada pensyarah
untuk memberi pendedahan tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam kurikulum
latihan perguruan agar mereka menjadi kompeten dalam pengajaran dan pembelajaran.
Hasil Pembelajaran
Selepas mengikuti unit ini, pensyarah akan dapat:
i. Memahami konsep dan proses reka bentuk kurikulum.
ii. Mengaplikasi pendekatan, kaedah, strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran
iii. Menguasai konsep dan pelaksanaan praktikum serta kokurikulum.
Pembahagian topik dan masa
Sub Unit
Topik Jam
4.1 Reka bentuk Kurikulum 2 Jam
4.2 Penyampaian Kurikulum 9 Jam
4.3 Bimbingan dan Penyeliaan 9 Jam
Jumlah20 Jam
1
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
FASA: 2
TARIKH:
TAJUK: 5.1 Rekabentuk kurikulum
MASA: 2 jam
Objektif:
Setelah mengikuti Sub Unit 5.1 ini, pensyarah dapat:
1. memahami konsep, model dan proses rekabentuk kurikulum.
2. memahami semua jenis dan mod pelaksanaan program IPGM.
3. memahami struktur kursus yang ditawarkan di IPGK.
Pengenalan
Kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi
strategi untuk mencapai matlamat yang dihajat (Ornstein dan Hunkin,1998). Kurikulum ialah
satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu.
(Mohd Daud, 1995). Kurikulum merupakan dokumentasi khas yang memberi tumpuan kepada
kaedah penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kurikulum Pendidikan Guru adalah suatu pelan pengalaman pembelajaran untuk belajar
dan pengalaman pembelajaran untuk mengajar bagi melahirkan insan guru yang profesional
dan bersepadu.
Reka bentuk kurikulum meliputi tujuan, objektif, hasil pembelajaran yang diharapkan,
sukatan pelajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.
PERINCIAN AKTIVITI2
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
LANGKAH/ MASA AKTIVITI STRATEGI
Langkah 1
(5 minit)
1. Fasilitator mengalu-alukan kehadiran
peserta.
2. Soalan pra diedarkan kepada peserta.
3. Perbincangan dengan peserta mengapa
soalan dikemukakan
Soalan pra diedarkan
kepada peserta
Langkah 2
(15 minit)
1. Fasilitator menjelaskan aspek-aspek
berikut sebagai input kepada peserta:
Reka bentuk kurikulum Prinsip rekabentuk kurikulum Model rekabentuk kurikulum Proses rekabentuk kurikulum
penerangan
bahan input disertakan
Langkah 3
(15 minit)
1. Fasilitator memberi input tentang KSSR dan
membuat perbandingan dengan KBSR
2. Soal jawab dengan peserta
penerangan dan
perbincangan
bahan input disertakan
Langkah 4
(15 minit)
Fasilitator menjelaskan aspek-aspek berikut
sebagai input kepada peserta:
Jenis program Struktur kurikulum IPG Jam kredit (PISMP)
Penerangan
bahan input disertakan
Langkah 5
(15 minit)
Peserta diminta mencari maklumat berhubung
jam kredit proforma yang ada di IPG mengikut
program yang mereka ajar.
mengumpul maklumat
Langkah 6
(45 minit)
Peserta diminta membuat banding beza
program dan struktur kurikulum di IPGK
menggunakan proforma kursus yang ada
serta menjelaskan maksud jam kredit yang
terapat pada proforma yang telah dikumpul
(3+1, 2+1, 1+2, 0+3, 0+1, dll)
latihan dan
pembentangan
Langkah 7
(10 minit)
1. Fasilitator merumuskan unit ini dan
berbincang dengan semua peserta.
2. Peserta juga boleh diminta membuat
rumusan dari unit ini.
perbincangan
3
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
INPUT UNTUK PENSYARAH
1. Reka Bentuk Kurikulum
Kurikulum IPGM direka bentuk berdasarkan prinsip-prinsip seperti Rajah 1di bawah:
Rajah 1 : Prinsip Reka Bentuk Kurikulum
i. Berasaskan Hasil Pembelajaran
Menjurus ke arah pencapaian Hasil Pembelajaran Program dan Hasil Pembelajaran Kursus / Bidang.
Mematuhi Panduan Standard Program Peringkat Sarjana Muda dan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework- MQF).
ii. Koheren
Mempunyai pautan antara kursus dan pengalaman praktikal/klinikal.
iii. Spiral and Developmental
Pengalaman pembelajaran dirancang dengan rapi mengikut turutan, lingkaran dan keselarasan berdasarkan pelbagai jenis pengalaman, tahap kesukaran dan konteks dalam setiap kursus, dan antara kursus-kursus yang ditawarkan.
iv. Holistik Keseimbangan dan integrasi di antara ilmu pengetahuan, kemahiran,
nilai/disposisi. Kemahiran Psikomotor (hard skills) dan Kemahiran Insaniah (soft skills)
4
BerasaskanHasil
Pembelajaran
REKA BENTUK
KURIKULUM
Spiral&
Developmental
KoherenPraktikal
&Kontekstual
Holistik
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
Perspektif global (UNESCO): Education For All (EFA), Education for International Understanding (EIU), Education for Sustainable Development (ESD)
Empat Tonggak Pendidikan UNESCO (Pillars of Education):o Belajar untuk mengetahui (Learning to know)o Belajar untuk melakukan (Learning to do)o Belajar untuk hidup bermasyarakat (Learning to live together)o Belajar untuk mencapai matlamat (Learning to be)
Kurikulum, aktiviti kokurikulum, dan Bina Insan Guru.
v. Praktikal dan Kontekstual
Berbentuk praktikal Berasaskan kurikulum sekolah rendah Pelaksanaan mengikut sekolah (kalendar akademik setiap semester). Merujuk situasi sebenar/amalan bilik darjah di sekolah. Melaksanakan amalan terbaik.
2. Model Reka Bentuk Kurikulum
Reka Bentuk Kurikulum untuk program PISMP adalah berasaskan Model Tyler. Model ini adalah berasaskan empat prinsip /langkah iaitu
i. Tujuan Sekolah/Institut: Langkah pertama ialah mengenalpasti tujuan dan objektif sekolah/Institut. Apakah tujuan pendidikan yang ingin dicapai oleh sekolah/Institut?
ii. Pengalaman Pembelajaran: Memilih/menyediakan pengalaman pembelajaran yang dapat mencapai
tujuannya. Pengalaman pembelajaran perlu mengambil kira pengalaman pelajar yang lepas serta pandangan pelajar berkaitan dengan perkara yang ingin dipelajari.
Apakah pengalaman pembelajaran dapat disediakan untuk membolehkan sekolah/institut mencapai tujuannya?
iii. Organisasi Pengalaman Pembelajaran Pengalaman pembelajaran harus diorganisasikan dan disusun secara sistematik
dari mudah ke susah/kompleks dan dari umum ke spesifik. Bagaimana pengalaman pembelajaran dapat diorganisasikan dengan berkesan?
iv. Penilaian Langkah terakhir ialah menilai keberkesanan proses perancangan dan
pelaksanaan kurikulum untuk menentukan sama ada kurikulum yang terhasil berjaya mencapai tujuan dan objektif yang digariskan. Penilaian dapat dijalankan melalui kajian, temubual graduan dan kaji semula /reviu program. Bagaimana kita dapat menentukan sama ada tujuan/objektif kurikulum tercapai?
5
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
3. Proses Reka Bentuk Kurikulum
Proses reka bentuk kurikulum merupakan satu proses yang bersistematik dan teratur
serta memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang spesifik. Berikut adalah langkah-langkah
dalam proses reka bentuk kurikulum seperti yang tercatat dalam prosedur kualiti IPGKPM PPK
PT04 (MS ISO 9001:2008)
Proses Reka Bentuk dan Penggubalan Kurikulum Latihan Guru
4. Jenis Program dan Struktur
4.1 Jenis Program
6
4
5
7
8
33. Menyediakan kertas kerja reka bentuk kurikulum dan struktur kursus selepas menerima input mesyuarat pre-council Reka Bentuk Kurikulum
4. Menggubal, semak dan pastikan sama ada reka bentuk kurikulum yang disediakan mengikut keperluan yang ditetapkan. ( Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Akademik,
Mesyuarat Pengurusan, KPM)
Ya
Tidak
6. Memohon kelulusan kurikulum program dan sukatan pelajaran / pro forma kursus daripada Senat IPGM.
7. Menguruskan edaran sukatan pelajaran / pro forma kursus yang telah dibuat pindaan ke Institut Pendidikan Guru Kampus pada masa
yang ditetapkan.
8. Memberi induksi kurikulum baru kepada pensyarah.
6Tidak
Ya
5. Mengadakan Mesyuarat Pre-council, Menggubal, menyediakan dan memurnikan sukatan pelajaran / pro forma kursus mengikut keperluan reka bentuk kurikulum
11. Merancang reka bentuk kurikulum setelah menerima arahan daripada Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia
22. Mengadakan mesyuarat pre-council reka bentuk kurikulum latihan
guru untuk mendapat pandangan dan panduan daripada pakar Unit Kurikulum, Institut Pendidikan Guru KPM, Bahagian-Bahagian Kementerian Pelajaran, pihak Universiti dan wakil komuniti.
9 9. Menjalankan pemantauan untuk mendapat maklum balas reka bentuk dan kandungan kurikulum
Mula
Tamat
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
IPGM menawarkan program-program latihan perguruan seperti berikut:
Program Mod Tempoh
Pra PerkhidmatanPPISMP sepenuh masa 3 semesterPISMP sepenuh masa 8 semesterDPLI sepenuh masa 3 semesterProgram berkembar sepenuh masa 6 tahunKDC KDPM kursus dalam cuti 5 peringkatKDC KPLI kursus dalam cuti 3 semesterKDC KEMAS/PERPADUAN kursus dalam cuti 5 peringkatKDC SEDIDIK kursus dalam cuti 5 peringkatJ-QAF Latihan Perguruan Berasakan Sekolah 3 semesterSABK Latihan Perguruan Berasakan Sekolah 5 peringkatDalam PerkhidmatanPGSR kursus dalam cuti 8 semesterPPG PJJ 8 semesterPITO (Program Intervensi Tambah Opsyen)
kursus dalam cuti (bergantung kepada mod 1, 2 atau 3)
INTERIM (kerjasama dengan JPN)
untuk guru-guru baru yang belum mendapat penempatan
4.2 Struktur Program
Struktur program merupakan kerangka dan komponen kurikulum yang menetapkan
kursus-kursus yang ditawarkan pada setiap semester serta jumlah kredit dan jumlah jam
interaksi serta kewajarannya. Berikut adalah contoh struktur program PISMP yang menunjukkan
kursus-kursus yang ditawarkan berserta dengan wajarannya:
BIL. KURSUS KREDIT
1. KURSUS WAJIB 23 (17%)
Kursus Wajib IPT Kursus Wajib IPG
2. KURSUS TERAS 86 (65%)
Pengajian Profesional Major Amalan Profesional
3. KURSUS ELEKTIF24 (18%)
Pakej Elektif 1 Pakej Elektif 2
JUMLAH 133 (100%)
7
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
Kursus Wajib
Kursus Wajib terdiri daripada Kursus Wajib Institusi Pengajian Tinggi (IPT), dan Kursus
Wajib Institut Pendidikan Guru (IPG).
Kursus Wajib ialah kursus yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar IPG yang mengikuti
PISMP. Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan pengetahuan asas, kemahiran generik, dan
kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh seseorang guru. Kursus Wajib diperuntukkan
sejumlah 23 kredit.
Kursus Teras
Kursus Teras terdiri daripada Pengajian Profesional, Major, dan Amalan Profesional.
Pengajian Profesional memberi pendedahan dalam bidang-bidang asas pendidikan yang
merangkumi aspek pengetahuan, nilai dan etika keguruan serta kemahiran profesional bagi
melahirkan guru yang mampu melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan. Pengajian
Profesional diperuntukkan sejumlah 27 kredit.
Kursus Major ditawarkan untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan kandungan
subjek dan pengetahuan kandungan pedagogi bagi membolehkan pelajar menguasai major
yang berkenaan. Penguasaan pengetahuan kandungan subjek adalah sehingga tahap ijazah.
Kursus Major diperuntukkan sejumlah 45 kredit.
Amalan Profesional membolehkan pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran
pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah. Amalan Profesional
diperuntukkan sejumlah 14 kredit yang merupakan salah satu syarat penganugerahan ijazah.
Sepanjang mengikuti program, pelajar dikehendaki menjalani Amalan Profesional selama 32
minggu yang dilaksanakan melalui tiga bentuk iaitu:
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan selama 4 minggu tanpa kredit menerusi kursus Pengajian Profesional, major dan elektif.
Praktikum dilaksanakan selama 24 minggu yang diagihkan kepada tiga fasa.
Internship dilaksanakan selama 4 minggu pada semester 8.
Kursus Elektif
Kursus Elektif terdiri daripada dua Pakej Elektif yang diitawarkan bagi
membolehkan pelajar mengajar dua mata pelajaran lain selain daripada kursus major. Skop
8
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
kursus merangkumi aspek pengetahuan kandungan pedagogi dan pentaksiran yang
berasaskan Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah. Pakej Elektif diperuntukkan sejumlah 24
kredit. Setiap Pakej Elektif diagihkan sejumlah 12 kredit.
Berikut adalah jadual yang menunjukkan agihan jam seminggu/semester bagi
pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran daripada peruntukan jam kredit yang
diberikan diterjemahkan seperti berikut:
KREDIT(jam/M)
KULIAH(jam/M)
TUTORIAL(jam/M)
AMALI(jam/M)
ISL*(jam/M)
JUMLAH(jam/M)
JUMLAH(jam/S)
SLTLAIN(jam/S)
JUMLAH(jam/S)
3+0 2 1 - 2 5 75 45 1200+3 - - 6 - 6 90 30 1202+1 1 1 2 1 5 75 45 1201+2 1 - 4 - 5 75 45 1202+0 1 1 - 1 3 45 35 800+2 - - 4 - 4 60 20 801+1 1 - 2 - 3 45 35 801+0 1 - - - 1 15 25 400+1 - - 2 - 2 30 10 40 Rujukan
Bahagian Pendidikan Guru. (2007). Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru Malaysia (PISMP – IPGM). Induksi Pelaksanaan PISMP – IPGM Semester 3, 2008 (Tahun 2) Ambilan Januari 2007.
Bahagian Pendidikan Guru. (2007). Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru Malaysia (PISMP – IPGM). Pelaksanaan Kursus Semester 1
Bahagian Pendidikan Guru. (2008). Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru Malaysia (PISMP – IPGM). Taklimat Umum Pelaksanaan Kursus Semester 1, Semester 3 dan Semester 5.
Bahagian Pendidikan Guru. (2008). Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru Malaysia (PISMP – IPGM). Taklimat Umum Pelaksanaan Kursus Semester 2 dan Semester 4 2008.
Bahagian Pendidikan Guru. (2009). Pelaksanaan Kurikulum PISMP Semester 3 Ambilan November 2008 (Kohort 1) dan Semester 1 Ambilan November 2009 (Kohort 2) Bagi Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR).
Bahagian Pendidikan Guru. (2010). Pelaksanaan Kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 8 Sesi Jun 2010.
FASA: 2
TARIKH:
TAJUK: 5.2 Penyampaian Kurikulum
MASA: 10 jam
9
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
Objektif:
Setelah mengikuti Sub Unit 5.2 ini, pensyarah dapat:
1. memahami tentang pedagogi dan andragogi.
2. mengaplikasi pendekatan, kaedah, strategi dan teknik pengajaran dan
pembelajaran.
3. memahami prosedur kualiti IPG KPM – PPK-PT05.
Pengenalan
Seorang pensyarah perlu menguasai pendekatan dan strategi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai selari dengan
kehendak proforma, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang boleh diaplikasikan dalam
proses p&p.
Perincian aktiviti dalam sub unit ini dibahagikan kepada dua aktiviti yang berasingan.
i. Pengenalan pedagogi dan andragogi, kepelbagaian pendekatan, kaedah dan
aktiviti, kecerdasan pelbagai serta kreativiti dan inovatif. (4 jam)
ii. Aplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran. (6 jam)
PERINCIAN AKTIVITI: Pengenalan Pedagogi Dan Andragogi, Kepelbagaian Pendekatan, Kaedah Dan Aktiviti, Kecerdasan Pelbagai Serta Kreativiti Dan Inovatif. (4 Jam)
LANGKAH/ MASA AKTIVITI STRATEGI
Langkah 1 Fasilitator menerangkan tentang konsep: penerangan
10
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
(20 minit) Pedagogi
Andragogi
bahan input disertakan
Langkah 2
(40 minit)
1. Fasilitator memberi pendedahan kepada
peserta tentang
pendekatan
strategi
teknik
aktiviti
2. Peserta diminta memilih aktiviti P&P (secara
cabut undi). Peserta diminta mencari maklumat
dan menyediakan contoh-contoh aplikasi
aktiviti dalam P&P.
Bahan input disediakan
dalam aspek ini.
Selepas Fasilitator
memberi input, peserta
diminta mencari
maklumat aktiviti-aktiviti
P&P dan menyediakan
contoh aplikasi dalam
P&P (dalam kumpulan
bertiga / berempat)
*peserta dibenarkan
pergi ke Pusat Sumber
Langkah 3
(30 minit)
1. Pembentangan oleh kumpulan peserta.
2. Fasilitator memberi maklumbalas.
Langkah 4
(30 minit)
1. Fasilitator menerangkan tentang kecerdasan
pelbagai kepada peserta.
2. Mereka diminta menyenaraikan aktiviti P&P
berdasarkan kecerdasan pelbagai mengikut
mata pelajaran yang diajar.
Tugasan:
Berdasarkan input tentang kecerdasan
pelbagai, anda diminta menyenaraikan
aktiviti P&P berdasarkan kecerdasan
pelbagai mengikut mata pelajaran yang
diajar.
Menyediakan senarai
aktiviti P&P berdasarkan
kecerdasan pelbagai.
Rujuk proforma kursus.
Rujuk power point yang
disertakan.
Langkah 5
(60 minit)
1. Peserta membentang hasil kerja kumpulan
mereka.
2. Fasilitator memberi maklumbalas.
Langkah 6
(30 minit)
Fasilitator menjelaskan aspek-aspek berikut
sebagai input kepada peserta:
kreativiti dan inovasi
Penerangan
bahan input disertakan
11
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
nilai-nilai murni yang diaplikasikan
dalam P&P
Langkah 7
(30 minit)
1. Pembentangan oleh wakil peserta
senarai aktiviti berdasarkan kecerdasan
pelbagai
aktiviti kreativiti dan inovatif
2. Ulasan dan rumusan oleh fasilitator
Kerja kumpulan
pembentangan
rumusan oleh fasilitator
INPUT
1. Pedagogi
Pedagogi melibatkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar. Ia merangkumi
pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
(Shahabuddin Hashim et.al, 2007).
Slavin (1997) melihat pedagogi sebagai penghubung antara perkara yang guru
mahukan pelajarnya belajar dengan hasil pembelajaran sebenar yang diperolehi pelajar
tersebut. Ia dianggap prinsip dan kaedah pembelajaran.
Pedagogi boleh dirumuskan sebagai sains pengajaran dan pembelajaran dalam
pendidikan formal. Ianya merangkumi prinsip-prinsip pengajaran, kaedah pengajaran,
penilaian, pengurusan pelajar, pengurusan bilik darjah, perancangan pengajaran dan
kurikulum..
2. Andragogi
Teori andragogi oleh Knowles (1984) adalah suatu percubaan untuk mengembangkan
satu teori yang khas tentang pembelajaran orang dewasa. Knowles menegaskan orang dewasa
adalah terarah diri dan dijangka bertanggungjawab atas keputusannya. Program pembelajaran
orang dewasa seharusnya menampung aspek asas ini.
Secara praktiknya, andragogi bermakna instruksi untuk orang dewasa perlu berfokuskan
lebih kepada proses daripada isi kandungan yang diajar. Strategi-strategi seperti kajian kes,
main peranan, simulasi, dan penilaian kendiri adalah paling berguna. Pengajar memainkan
peranan sebagai fasilitator atau kakitangan resos dan kurang sebagai pensyarah atau penilai.
12
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
2.1 Perbezaan Proses Elemen Pedagogi dan Andragogi
Elemen Pedagogi Andragogi
Iklim mesrakasih sayangtimbang rasamudah ubahsuai
motivasitiada tekanankerelaankeikhlasan
Perancangan berstrukturberpusat
mudah ubahsuaiarah kendiri
Diagnosis Keperluan ditentukan oleh fasilitator sebelum pembelajaran
ditentukan oleh peserta/ kendiri
Menentukan objektif dirancang oleh organisasi arah kendiripeserta yang menentukan
Membentuk pelan pembelajaran
ikut strategi pembelajaranditentukan oleh guru
pembelajaran eksperientalkendiri dan fasilitator
Aktiviti pembelajaran pelbagai strategi dan rangsangan
berasaskan pengalamaneksperimeninteraksi
Penilaian sumatifformatif
penilaian kendirirakan sebayafasilitator
3. Kecerdasan Pelbagai
Howard Gardner (1999) berpendapat setiap pelajar mempunyai jenis kecerdasan yang
berbeza. Kecerdasan boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk menyelesaikan masalah
atau untuk menghasilkan produk yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Para ahli
psikologi telah menjeniskan kecerdasan ini kepada lapan inventori seperti di bawah.
13
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
Huraian Kecerdasan Pelbagai
Linguistik
• Merangkumi pembacaan, penulisan dan perbualan dalam bahasa sendiri dan bahasa asing.
Muzik • Melibatkan kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi serta bertindak balas kepada
elemen yang melibatkan perasaan.
Kinestetik • Penggunaan tubuh untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu serta menyatakan
idea dan perasaan.
14
spiritual
Interpersonal
Logik matematik
Naturalis Intrapersonal
Kinestetik
Visual Ruang
Muzik
Verbal linguistik
Kecerdasan Pelbagai
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
Interpersonal• Keupayaan untuk memahami niat orang lain dan mengenal pasti matlamat pendorong
orang lain untuk bekerja. Intrapersonal
• Dimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tentang diri sendiri dan melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup.
Visual-Spatial (ruang)• Keupayaan untuk menghasilkan ruang pandangan dunia dipindah ke dalam imej mental.
Logik • Mahir memanipulasi nombor dan pengiraan. Mampu menyatakan sesuatu secara
induktif dan deduktif. Menyelesaikan masalah secara sistematik. Naturalistik
• Menyintai alam semula jadi. Mudah mengenali dan mengerti tumbuhan dan haiwan. Suka meneroka hutan.
Spiritual (kerohanian)
• Berkeupayaan untuk menghayati kewujudan manusia dan kematian.
4. Kreativiti dan Inovasi
Guru perlu kreatif dan inovatif untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dalam memainkan peranan sebagai pemangkin atau tidak menjadi mangsa kepada
globalisasi.
“kreativiti ialah idea yang original dan asli. Pemikiran kreatif memerlukan individu berfikir dalam hal yang baharu; meninggalkan corak pemikiran yang sedia ada dan ke arah corak yang baharu” (Paul E. Plsek, 1997)
5. Nilai-Nilai Murni
"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988)
15
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
Nilai-nilai berikut perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
baik hati keberanian
berdikari kebersihan fizikal dan mental
hemah tinggi kejujuran
hormat menghormati kerajinan
kasih sayang kerjasama
keadilan kesederhanaan
kebebasan kesyukuran
rasional semangat bermasyarakat
6. Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran
Prosedur pengajaran dan pembelajaran diterangkan secara terperinci dalam prosedur
kualiti IPG KPM-PPK-PT05 berserta dengan Arahan Kerja (AK) dan borang-borang yang perlu
digunakan (LAM-PT05). (rujuk dokumen MS-ISO versi 2008)
7. Pengenalan KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mula diperkenalkan pada tahun 2011 di
sekolah rendah bagi menggantikan KBSR. KSSR melibatkan transformasi dari aspek bentuk,
bahan, organisasi kandungan, peruntukan masa, pedagogi, pentaksiran dan pengurusan
kurikulum. (rujuk lampiran KSSR)
16
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
PERINCIAN AKTIVITI: Aplikasi Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran (5 Jam).
LANGKAH/ MASA AKTIVITI STRATEGI
Langkah 1
(40 minit)
Fasilitator memberi sedikit pendedahan
kepada pelbagai kaedah P&P.
Beberapa contoh dibincangkan.
Pembelajaran Aktif
Koperatif
Inkuiri Penemuan
Pembelajaran Luar Bilik Darjah
Kajian Masa Depan
Konstruktivisme
bahan input disediakan
dalam aspek ini. (rujuk
bahan input yang
disediakan)
*Fasilitator boleh
memilih mana-mana
kaedah P&P yang perlu
didedahkan kepada
peserta.
.
Langkah 2
(60 minit)
1. Peserta diberikan struktur
pembelajaran koperatif.
2. Peserta diminta membuat amali
berdasarkan struktur pembelajaran
koperatif.
Pilih mana-mana struktur pembelajaran
koperatif dan aplikasikan dengan mana-
mana tajuk proforma kursus (mengikut
bidang peserta).
peserta secara
kumpulan mengikut
mata pelajaran/ kursus
yang diajar.
Fasilitator menyediakan
bahan yang diperlukan.
Langkah 3
(40 minit)
Pembentangan aplikasi struktur
pembelajaran koperatif oleh peserta.
Rumusan oleh fasilitator.
Fasilitator mengaitkannya dengan
penyediaan Rancangan Pelajaran
Harian.
Langkah 4
(60 minit)
Peserta diminta merancang satu contoh
RPH menggunakan mana-mana
kaedah berikut:
Koperatif
Inkuiri Penemuan
Pembelajaran Luar Bilik Darjah
Peserta dibahagikan
kepada 5 kumpulan
kecil.
Setiap kumpulan
merancang contoh P&P
berdasarkan kaedah
17
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
Kajian Masa Depan
Konstruktivisme
yang dipilih
Langkah 5
(60 minit)
Pembentangan perancangan untuk
disemak dan untuk maklumbalas.
Fasilitator memberi ulasan dan komen
Ketua kumpulan
membentang
perancangan.
Langkah 6
(10 minit)
Fasilitator menerangkan perkembangan
kaedah pengajaran terkini kepada
peserta
i. papan interaktif (Interactive White
Board )
ii. video conferencing
iii. penggunaan email, on line learning,
you tube, facebook
Perkongsian bersama
dengan peserta. Tiada
input dibekalkan.
Langkah 7
(30 minit)
Fasilitator menjelaskan lampiran-
lampiran berkaitan P&P (MS ISO dan
MQA) serta keperluan dalam
pembinaan portfolio pengajaran.
i. LAM PT05-02 – Rancangan Semester
ii. LAM PT05 -03 – Rancangan
Mingguan
iii.LAM PT05-04- Penilaian P&P oleh
Pelajar
iv. LAM PT05-06 – Rekod Kehadiran
Pelajar
Peserta didedahkan
tentang keperluan MS
ISO dan pembinaan
folio pembelajaran.
Bahan-bahan input
i. Koperatif
ii. Inkuiri Penemuan
iii. Kontekstual
iv. Kajian Masa Depan
v. Konstruktivisme
vi. Pembelajaran Luar Bilik Darjah
vii. Pembelajaran Aktif
18
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
STRUKTUR/ STRATEGI PEMBELAJARAN KOPERATIF
1. Fan-N-Pick
Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir- gilir Pelajar 1 : susun kad seperti kipas Pelajar 2 : pilih kad dan bacakan soalan Pelajar 3 : jawab soalan Pelajar 4 : beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi
2. Inside-Outside Circle
Cari pasangan Bentuk dua bulatan , satu di dalam (Bulatan 1) dan satu di luar (Bulatan 2). Berdiri
menghadapi pasangan Guru beri soalan /tugasan kepada murid dalam Bulatan 1. Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakanyna hanya mendengar Beri pujian atau kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap. Kemudian tukar peranan dengan soalan baru Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan
3. Match Mine
Empat orang murid duduk dalam satu pasukan Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka . Pelajar 1 mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada
Pelajar 1 (Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh Pelajar 1 ) Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada kefahamannya dari arahan atau mesej yang disampaikan oleh Pelajar 1 Pelajar 1 melihat hasil yang dibuat oleh Pelajar 2 dan mereka saling kukuh
mengukuh Kemudian kedua-duanya tukar peranan
4. Same Different
2 orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang dari mereka
Kemudian mereka bandingkan jawapan Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan
5. Rally Robin
Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang satu-satu perkara secara lisan
6. Round Robin
19
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat
7. Rally Table
Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen/pensil yang sama
8. Round Table
Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat
9. Simultaneous Round Table
Dalam pasukan pelajar menulis respon kepada masalah dalam kertas masing-masing.
Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat menambah/membetulkan apa yang ditulis.
10. Spin-N-Think
Kadbod yang ada anak panah dan boleh dipusing digunakan untuk menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji
11. Talking Chips
Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberi pendapat
Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberi peluang
12. Jigsaw Problem Solving
Dalam pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada masalah dengan bergerak kepada kumpulan lain.
13. Mix-N-Match
Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan/perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya
14. Trade-A-Problem
Pasukan membina masalah/soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk dicari penyelesaian
15. Team Stand-N-Share
Ahli pasukan berdiri Guru/rakan lain memberi soalan
20
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
Pasukan hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan/pendapat dengan pasukan lain
16. Find the Fib/Guess the Fib
Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu yang sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah salah
Ahli lain diminta mencari yang mana yang salah
17. Line Ups
Dalam pasukan berempat pelajar membuat barisan Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak
setuju
18. Formations
Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untuk menunjukkan kesepakatan
19. Window Pane
Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada carta/papan hitam Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi
konsep/perkara tersebut
20. Showdown
Setiap ahli pasukan menulis satu jawapan /penyelesaian kepada masalah Pada masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan
21. Lyrical Lessons
Pasukan tulis lirik /nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak
22. Timed Pair Share
Secara pasangan, Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian dalam masa yang ditetapkan dengan Pelajar 2
Kemudian tukar peranan 23. Stir- the- Class
Pasukan duduk dalam bulatan Membincangkan jawapan untuk menyelesai masalah Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan
persetujuan Bila loceng dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk
soalan yang berikutnya
21
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
24. Team Word-Web
Pelajar tulis topik di tengah-tengah kertas mahjong Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang
berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka 25. Mendeklamasi sajak/ menyanyi lagu
Seorang pelajar mendeklamasikan baris pertama sajak atau menyanyi lagu Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya Akhirnyna bersama-sama mendeklamasi /menyanyi bersama-sama dalam harmoni
26. Paraphrase Passport
Pelajar hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang jawapan kawan sebelumnya
27. Mix-Freeze Group
Pelajar membentuk pasukan mengikut arahan guru Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan,
diletakkan dalam “Lost and Found”
28. Think-Pair-Share
Guru kemukakan masalah kepada ahli pasukan Setiap ahli diberi masa untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli
pasukan yang lain secara berpasangan Semua ahli Pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah
29. Roam the Room
Dengan isyarat guru , murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan
Apabila guru beri isyarat kedua, semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam pasukan apa yang dipelajari dari rakan/pasukan lain
30. Gallery Tour
Seperti di atas tetapi mereka bergerak secara pasukan Hasil pasukan lain ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain
melihat/membacanya Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya pasukan
yang datang melawat boleh beri komen atau pengukuhan hasil kerja mereka Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk
melihat stesen lain pula Setelah kembali semula ke pasukan asal, ceritakan/laporkan
pembelajaran/pengalaman yang diperolehi
22
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
31. Three Stray, One Stay
Tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain Seorang tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain dan untuk menjelaskan
kedudukan /hasil kerja pasukannya Bila selesai Murid 2 pula tinggal dan jalankan tugas di atas Kemudian Murid 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya.
32. Rotating Review
Pasukan bincang topik Buat carta/pengurusan grafik Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri pendapat
tentang hasil perbincangan kumpulan itu Buat carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu Begitulah seterusnya
33. The Yarn Yarn
Setiap kali seorang ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk dililit di tangan Akhirnya kumpulan dapat tahu siapa yang lebih memberi pendapat/idea
34. Kinesthetic Symbols
Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan pelajaran
35. Team Statements
Pelajar berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan individu
Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang dipersetujui semua
36.. Who am I ?
Setiap orang pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di belakang baju)
Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain tentang identiti masing-masing.
Rakannya hanya boleh menjawab “ya atau tidak” Apabila identiti diperolehi hasil dari klu jawapan yang diberi rakan, individu tersebut
boleh menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum ‘mengenalpasti” identitinya
37. Stages Share
23
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
Pelajar buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut, mencatat ‘initial” mereka
Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang bijak (yg menulis initial tadi) untuk kefahaman lebih lanjut tentang ideanya
38. Traveling File
Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya ada soalan, kes atau masalah untuk dibincangkan
Selepas 10-15 minit soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain
Setiap pasukan yang mendapat fail baru dari pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai dan disunting.
Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3 Traveling File, soalan-soalan dan jawapan-jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan.
39. Team Interview
Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi (sambil berdiri)
40. Team Project
Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan, membentuk pasukan sorak ( team cheers), logo pasukan dan warna pasukan
41. Value Lines
Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga yang terendah dalam aspek kehidupan seharian seperti keselamatan famili, keamanan dunia, keseronokan hidup
Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murni berdasarkan keutamaannya seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lain-lain
Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk menilai hasil kerja mereka
42. Find-Someone-Who
Pelajar dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti rancangan televisyen yang digemari, makanan kegemaran, ataupun pelajar diberi lambaran kerja yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya daripada rakan sekelasnya yang tahu
43. Rotating Review
Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik , kemudian mencatatkannya di kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing
Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian hasil kerja setiap pasukan
24
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
Setiap ahli pasukan boleh membuat komen,tambahan idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan warna pen yang berbeza
44. Three-Step Interview
Empat orang pelajar dalam satu pasukan Langkah 1 : Secara berpasangan seorang pelajar menjadi penemuduga dan
seorang lagi yang ditemuduga Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan di atas Langkah 3 : Setiap pelajar secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilalui
semasa temuduga dengan ahli pasukan yang lain
45. Two-Box Induction
Diwujudkan 2 kategori iaitu contoh dan bukan contoh Fasilitator beri ransangan Ahli pasukan berbincang secara Round Table untuk wujudkan hipotesis Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah
dipersetujui oleh semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut
RUJUKAN
Bandura, A. (1977). Self-efficacy: Toward a unifying theory of behavioral change. Psychological Review, 84. 191-215.
Duun, R & Dunn, K. (1978), Teaching students through their individual learning styles: A practical Approach. Reston, Virginia: Reston Publishing.
Johnson, D & Johnson, R (1985) Learning together and alone: Cooperation, competition and individualization, Englewoods Cliffs, NJ : Prentice Hall
Howard Gardner. (1999). Intelligence reframed: Multiple intelligences for the 21st century. New York:Basic Book publication.
Kagan, S. (1994). Cooperative learning. San Clemente, CA.1 (800) WEE CO-OP.
Kamus Dewan (1998). Edisi baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Knowles, M. (1984). Andragogy in Action. San Francisco: Jossey-Bass
Pusat Perkembangan Kurikulum. (1999). Buku pencapaian guru projek kajian masa depan. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Slavin, Robert. (1970) Cooperative learning: Theory, research and practice, Englewoods Cliffs, NJ: Prentice Hall.
25
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
Shahabuddin Hashim, Shahabuddin bin Hashim, Rohizani binti Yaakub & Mohd. Zohir bin Ahmad. (2007). Pedagogi: Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional.
FASA: 2
TARIKH:
TAJUK: 5.3 Bimbingan dan Penyeliaan
MASA: 9 jam
Objektif:
26
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
Setelah mengikuti Sub unit 5.3 ini, pensyarah dapat:
1. memahami konsep dan proses pelaksanaan praktikum, kokurikulum dan Bina Insan Guru.
2. memahami struktur praktikum, kokurikulum dan Bina Insan Guru.
3. memahami bentuk bimbingan dan penilaian bagi praktikum, kokurikulum serta Bina Insan Guru.
Pengenalan
Tugas pensyarah merangkumi pelaksanaan P&P, praktikum, kokurikulum dan BIG. Kokurikulum
dan BIG merupakan kursus wajib yang perlu diikuti oleh semua pelajar IPGKPM manakala
praktikum (amalan profesional) merupakan kursus teras.
Perincian Aktiviti dalam sub unit ini dibahagikan kepada dua aktiviti yang berasingan.
i. Bimbingan dan Penyeliaan Praktikum (4 jam)
ii. Bimbingan dan Penyeliaan Kokurikulum dan Bina Insan Guru. (5 jam)
-
PERINCIAN AKTIVITI: Bimbingan dan Penyeliaan Praktikum (4 jam)
LANGKAH/ MASA AKTIVITI STRATEGI
Langkah 1 Fasilitator memberi input tentang
Praktikum (amalan Profesional) dari
Rujuk nota yang dibekalkan
27
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
(60 minit) segi:
Matlamat
Objektif
Struktur praktikum
Penilaian
Penyeliaan bersama
Pencerapan klinikal
Prosedur pelaksanaan praktikum
(modul praktikum NKRA)
Langkah 2
(60 minit)
Peserta diberi satu video pengajaran
dan pembelajaran. Peserta diminta
mengutip data untuk penilaian P&P
berdasarkan prinsip Pencerapan
Klinikal.
(Aspek yang hendak dinilai bergantung
kepada fasilitator: contoh:
kawalan kelas, penyoalan, hubungan
guru-murid.)
Video P&P
Borang PR1
senarai semak
lakaran
Langkah 3
(60 minit)
Pembentangan oleh peserta. Pembentangan oleh
wakil kumpulan
Langkah 4
(60 minit)
Fasilitator membuat rumusan
pembentangan peserta dan rumusan
berhubung praktikum secara
keseluruhannya.
1. Praktikum (Amalan Profesional)
1.1 Pengenalan
Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program
pendidikan guru. Latihan praktik di lapangan memberi peluang kepada pelajar untuk
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi 28
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
sebenar di bilik darjah atau sekolah. Program ini sebagai landasan untuk pelajar untuk
mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diterima semasa pengajian. Selain program ini
memberi tumpuan kepada proses P&P, ia juga merupakan perkongsian pintar dan
permuafakatan antara agensi-agensi dalam KPM seperti JPN, PPD, sekolah dan IPG KPM
untuk melahirkan guru permulaan yang profesional dan berkesan.
1.2 Matlamat
Praktikum (Amalan Profesional) membolehkan pelajar menguasai dan mengamalkan
segala konsep, prinsip, teori, kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seseorang insan guru
yang profesional. Ia juga membantu meningkatkan perkembangan potensi pelajar supaya
mempunyai daya ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah.
1.3 Objektif
1.3.1 Menyepadukan teori & amali p&p
1.3.2 Mengaplikasikan pelbagai strategi & kemahiran p&p
1.3.3. Merancang & melaksanakan p&p secara berpasangan & individu dgn bimbingan
1.3.4 Mengenal pasti & menyelesaikan masalah p&p
1.3.5 Memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri serta menghayati & mengamalkan nilai profesion keguruan
1.3.6 Memperkembangkan potensi diri sbg pendidik melalui pembinaan portfolio dgn mengamalkan refleksi & penilaian kendiri dlm semua aspek tugas
1.3.7 Mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dlm pembestarian proses p&p
1.3.8 Menguasai kemahiran pemudahcaraan; dan
1.3.9 Menguasai pelbagai strategi, perancangan & pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
1.4 Struktur Praktikum (rujuk Buku Panduan Praktikum / Garis Panduan Amalan Profesional PISMP)
1.5 PenilaianPenilaian dalam praktikum dilaksanakan dalam bentuk:
Portfolio Penulisan jurnal
29
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
Refleksi/ Pemikiran reflektif Penilaian bersama (PR2) Penilaian borang PR1 dan PR 2
1.6 Penyeliaan Bersama
Penyeliaan terakhir bersama guru pembimbing di mana markah terakhir ditentukan bagi
pelajar tersebut berdasarkan kepada penilaian dalam borang PR 1 dan PR 2.
1.7 Pencerapan Klinikal
Pencerapan klinikal merupakan proses penyeliaan yang merangkumi pra pemerhatian,
pemerhatian pengajaran secara langsung, pengumpulan data dari pemerhatian, penganalisisan
tingkah laku mengajar dan aktiviti untuk meningkatkan mutu pengajaran.
Pencerapan klinikal memperbaiki kelemahan pengajaran/pembelajaran dan
memperkembangkan potensi serta kemahiran.
Langkah-langkah dalam Pencerapan klinikal:
1.7.1 Sidang prapemerhatian
1.7.2 Pemerhatian
1.7.3 Analisis
1.7.4 Sidang pasca pemerhatian
1.7.5 Analisis sidang pasca pemerhatian
1.8 Prosedur pelaksanaan praktikum
(Sila rujuk Prosedur Kualiti IPG KPM-PPK-PT05 dan Lampiran MS ISO
9001:2008)
PERINCIAN AKTIVITI: Bimbingan dan Penyeliaan Ko Kurikulum dan Bina Insan Guru (5
jam)
Langkah/ Masa Aktiviti Strategi
Langkah 1
(40 minit)
1. Peserta dibekalkan dengan
maklumat tentang kokurikulum.
Pendekatan think-pair-
share
30
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
2. Peserta diminta membincangkan
konsep dan matlamat Kokurikulum
menggunakan pendekatan think-pair-
share
3. Peserta diminta membentangkan
dapatan perbincangan kumpulan.
4. Rumusan oleh fasilitator
penyediaan peta minda
Langkah 2
(40 minit)
1. Peserta diminta membincangkan
perbezaan strategi pelaksanaan
kokurikulum di sekolah dan di IPG
Matlamat
Objektif
strategi
2. Pembentangan oleh peserta
3. Rumusan oleh fasiliator.
Perbincangan dalam
kumpulan.
gallery walk.
Langkah 3
(40 minit)
Peserta sekali lagi diberikan
pendedahan tentang struktur dan
penilaian kokurikulum serta lampiran-
lampiran berkaitan pelaksanaan
kokurikulum (MS ISO) LAM PT05-07
input oleh fasilitator
Langkah 4
(70 minit)
1. Peserta diberikan tugasan.
Mereka diminta merancang aktiviti yang
sesuai berdasarkan Gerko (Sukan, Unit
Beruniform/ Persatuan/ Permainan)
yang dipegang di IPG sekarang. Aktiviti
yang dirancang perlu merangkumi
semua aspek kemahiran yang
diperlukan dalam Gerko.
2. Pembentangan oleh peserta.
3. Rumusan oleh fasilitator.
Hasil tugasan dibuat
dalam bentuk power
point untuk dibentang
dan dibincangkan.
Langkah 5
(40 minit)
1. Fasilitator memberi input tentang
Program Bina Insan Guru (BIG) dari
segi:
matlamat
Nota dibekalkan dan
video pelaksanaan BIG
ditunjukkan kepada
peserta.
31
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
domain kandungan
struktur pelaksanaan
Langkah 6
(50 minit)
1. Peserta diminta menyenaraikan
aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan
berdasarkan 6 domain kandungan BIG.
2. Peserta diminta membuat refleksi
berdasarkan aktiviti yang dirancang dan
mengaitkannya dengan falsafah
Pendidikan Guru.
3. Pembentangan dibuat dan rumusan
oleh fasilitator.
perbincangan kumpulan.
Tugasan perlu dibuat
dalam bentuk peta
minda
Langkah 7
(20 minit)
Fasilitator membuat rumusan
keseluruhan tajuk yang dibincangkan
Peserta diberi ujian pasca dan analisis
dijalankan.
Ujian pos
2. Kokurikulum
2.1 Pengenalan
Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, kegiatan
kokurikulum bermaksud segala aktiviti luar bilik darjah yang dilakukan oleh murid-murid
sekolah. Aktiviti ini merupakan lanjutan kegiatan kurikulum yang diajar dalam bilik darjah. Ini
memperkukuhkan lagi kefahaman murid dalam segala bidang ilmu pengetahuan, kemahiran,
nilai-nilai, dan norma yang diperoleh untuk melengkapkan diri mereka bagi menghadapi
cabaran hidup.
Kokurikulum mempunyai tiga komponen iaitu, Persatuan, Unit Beruniform dan Sukan.
Semua murid sekolah diwajibkan menyertai dalam sekurang-kurangnya satu jenis aktiviti dalam
setiap komponen (Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/85).
“Matlamat dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk mewujudkan suatu bangsa bercorak Malaysia yang bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini akan dapat dicapai jika generasi muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu akademik dan gerak kerja kokurikulum. Ini bermakna seseorang pelajar itu diberi pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan spiritual.”
32
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
(YB Dato’ Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi, 1985)
Di peringkat IPGK, kokurikulum mempunyai sukatan pelajaran yang teratur dan
tersendiri untuk semua komponen. Penilaian dalam komponen-komponen kokurikulum
dikendalikan mengikut spesifikasi penilaian yang sedia ada untuk setiap komponen.
2.2 Matlamat Kokurikulum
Matlamat utama kokurikulum adalah untuk membentuk warganegara yang produktif,
patuh kepada perlembagaan negara dengan cara menyemai kesedaran dan kepatuhan kepada
negara serta meningkatkan kepercayaan kepada tuhan.
2.3 Objektif kokurikulum di IPGK:
Membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran untuk mengendalikan aktiviti kokurikulum (Persatuan, Unit Beruniform dan Sukan di sekolah;
Menguasai aspek pengurusan dan kepemimpinan untuk membolehkan pelajar merancang, mengurus dan melaksanakan semua aktiviti kokurikulum;
Membentuk sahsiah bersepadu melalui penghayatan nilai-nilai murni;
Mewujudkan sifat kepimpinan dan membina daya pemikiran yang tajam, inovatif, kreatif, serta daya tahan dalam menghadapi tugas, dan
Melahir dan mengembangkan bakat, potensi dan kepimpinan pelajar dalam kegiatan sosial, kebudayaan dan khidmat masyarakat ke arah usaha mencapai matlamat integrasi, perpaduan negara dan masyarakat penyayang
Adalah menjadi tanggungjawab semua pensyarah penasihat kokurikulum untuk menunjukkan
sikap positif dan mengambil initiatif untuk mengendalikan aktiviti kokurikulum secara kreatif bagi
memperluaskan pengetahuan, kemahiran, nilai dan potensi bakal guru.
2.4 Struktur kokurikulum
(Sila rujuk kepada Buku Panduan Kokurikulum).
2.5 Penilaian dalam kokurikulum
Penilaian dalam kokurikulum dijalankan dalam bentuk:
Ujian bertulis
Amali – kemahiran
33
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
Amali - perkhemahan
Folio
(Sila rujuk spesifikasi penilaian kokurikulum untuk maklumat terperinci).
2.6 Prosedur pelaksanaan kokurikulum
(Sila rujuk Prosedur Kualiti IPG KPM-PPK-PT05 dan Lampiran MS ISO
9001:2008)
3. Bina Insan Guru (BIG)
3.1 Pengenalan
Program Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar pra perkhidmatan ( PISMP, DPLI,
KDPM dll). Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus. Melalui
aktiviti yang dirancang pelajar dapat mengenal diri (real self) dan mampu mengaplikasikan
pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru
secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan
sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi agar sentiasa bersedia dan mampu menangani
pelbagai cabaran pendidikan serta arus globalisasi. Pelaksanaan BIG lebih menekankan
kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar
dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan.
3.2 Matlamat
Program ini bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan
akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi, serta aura
keguruan yang selaras dengan prinsip rukun negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).
3.3 Domain Kandungan
Pembangunan ciri-ciri dan kualiti insan guru melalui BIG dilaksanakan berasaskan
kepada 6 domain seperti di bawah:
3.3.1 Kerohanian dan akhlak keguruan
34
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
3.3.2 Berilmu, beramal dan berbakti
3.3.3 Berakauntabiliti dan amanah
3.3.4 Berdayatahan yang tinggi
3.3.5 Berjiwa merdeka dan perkasa
3.3.6 Kreatif dan Inovatif
3.4 Struktur pelaksanaan
3.4.1 Program DPLI
Program BIG dilaksanakan pada awal pengajian (semester 1) dalam bentuk
perkhemahan 4 hari 3 malam.
3.4.2 PISMP
Program BIG dilaksanakan sepanjang tempoh pengajian Tahun 1 hingga Tahun 3
(semester 1 – 6). Struktur pelaksanaan keseluruhan kurikulum BIG adalah seperti dalam jadual
di bawah:
Jadual: Struktur pelaksanaan BIG PISMP
Bil. PROGRAM / AKTIVITI Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
S1 S2 S3 S4 S5 S6
1 Perkhemahan 1 (4H+3M) X
2 Aktiviti Kemasyarakatan X X X
3 Lawatan “bench-marking” X X
4 Kursus/Bengkel/Seminar X X X X
5 Perkhemahan 2 (3H+2M) X
45j 10j 10j 35j 10j 10j
RUJUKAN
Bahagian Pendidikan Guru. (2007). Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Institut Pendidikan Guru Malaysia: BINA INSAN GURU.
Bahagian Pendidikan Guru. (2009). Garis Panduan Amalan Profesional Program
35
MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2012
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian.
Bahagian Pendidikan Guru. (2010). Garis Panduan Praktikum: Latihan Perguruan PraPerkhidmatan.
Bahagian Pendidikan Guru. (2010). Garis Panduan Internship: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Bahagian Pendidikan Guru. (2011). Modul Praktikum NKRA.
Majlis Kokurikulum IPBMM. (2008). Buku Panduan Kokurikulum.
SOALAN PRA DAN PASCA
Perhatian: Soalan ini dikemukakan kepada peserta pada awal dan akhir modul ini
dilaksanakan. Soalan 10 hanya diberikan pada akhir pelaksanaan modul.
1. Terangkan apa yang anda faham tentang istilah pedagogi?
2. Sila nyatakan dua pendekatan yang pernah anda gunakan dalam P&P dan terangkan
lima kelebihan bagi kedua-dua pendekatan tersebut?
3. Apa yang anda faham tentang Reka bentuk kurikulum?
4. Nyatakan makna kecerdasan pelbagai dan senaraikan jenis-jenis kecerdasan pelbagai
yang anda tahu.
5. Huraikan tiga sebab mengapa pensyarah mesti memahami kecerdasan pelbagai.
6. Apa yang anda faham tentang kreativiti dan Inovasi? Bagaimanakah aspek kreativiti
dan inovasi menjadikan P&P lebih berkesan?
7. Nyatakan komponen-komponen dalam kokurikulum dan BIG.
8. Pada pendapat anda, mengapakah bakal guru mesti tahu tentang konsep dan matlamat
kokurikulum?
9. Apakah peranan pensyarah dalam bimbingan dan penyeliaan dalam praktikum?
10. Apakah pendapat anda tentang keseluruhan (post) kursus Induksi pensyarah
peringkat 2 ini? (dijawab pada akhir pelaksanaan modul ini)
36