Metodologi Sejarah - pengantar ilmu sejarah

Post on 20-Jun-2015

5.981 views 12 download

description

Metodologi sejarahTafsiran SejarahKritikan Sejarah (Kritikan Luaran)

Transcript of Metodologi Sejarah - pengantar ilmu sejarah

METODOLOGI

SUMBER

SEJARAH

TAFSIRANSUMBERSEJARAH

KOMPONEN SATU :

APA ITU TAFSIRAN SUMBER SEJARAH?

Keterangan dan penjelasan terhadap sesuatu perkara

Kamus Dewan Edisi Keempat

Justeru dari segi istilah umumnya, Tafsiran Sumber Sejarah itu boleh dimaksudkan

sebagai “ keterangan,ulasan dan penjelasan terhadap peristiwa atau kejadian yang

pernah berlaku”

TAFSIRAN SEJARAH

Peristiwa yang pernah berlaku

Bukti Masih Ada / Wujud

Dibuat berdasarkan apa yangtelah tersurat (tertulis)

“Sesebuah karya sejarah dianggapberjaya sekiranya sejarawan dapat

membuat pensejarahan yangmengandungi tafsiran yang objektif”

Tafsiran Yang Objektif

Penerangan sejarah dibuat berdasarkan sumber sejarah yang masih kekal

Proses penyelidikan mesti kritis(kritis – bersifat mengkritik)

Kebenaran boleh dipertahankan dalam suatu tempoh masa tertentu

KONSEP OBJEKTIF

Pentafsir itu sendiri faham akan apa

yang ditafsirnya dan dia sendiri yang

menjalankan kajiantersebut secara

kritis dan sistematik

Tafsir dan analisis hasil kajian dengan

jujur

Tokoh sejarawan Islam, IbnuKhaldun adalah antara sejarawan yang menekankanprinsip keobjektifan dalam Sejarah.

Mengikut kaedah beliau, terdapat LAPANpendekatan pentafsiran yang boleh dianggap sebagai menyeleweng dalammentafsir iaitu :

Semangat Parti

Keyakinan yang melampau kepada sumber

Tulisan yang berlebih-lebih untuk memperoleh kasih (mengampu)

Tidak memahami kenapa peristiwa itu berlaku

Sikap tidak menghiraukan perubahan semasa

Kepercayaan yang melebih-lebih

Kejahilan tentang hukum yang menguasai perubahan manusia.

JENIS – JENISTAFSIRAN

Verbal Teknikal

LogikalPsikologikal

Fakta

VerbalBerlaku bila ahli sejarah menumpukan perhatian kpd perkataan perkataan yg terdapat dlm sesuatu dokumen secara individu/berkumpulan.

Dalam hal ini,beberapa perkara diambil perhatian oleh ahli sejarah iaitu melihat sesuatu sumber itu dari sudut gaya bahasa,perbendaharaan kata,tatabahasadan terjemahan.

Gaya Bahasa melihat makna perkataan dan cara

penulisan mengikut zaman

Perbendaharaan Kata maksud sesuatu perkataan

(kadangkala maksud perkataan berbeza mengikut zaman)

Tatabahasamemahami konsep sintaksis ayat

dalamsesuatu dokumen.

Translasimenterjemah sesuatu karya asal ke

dalam Bahasa lain.

TeknikalMenjelaskan tujuan penulis dalam penulisan sejarah dan sebarang pembacaan secara spesifik yg

digunakan.

Biasanya berasaskan Dua pertimbangan :

1.Tujuan Menulis Sejarah2. Bentuk Pembacaan Yang TepatKedua-dua perkembangan sangat

penting kerana perbezaan maklumat ataupun sumber bercampur.

LogikalProses melihat pelbagai bahagian sumber mengikut kaedah yang betul.Ahli sej melihat proses kesinambungan/ kepentingan antara dokumen ke satu dokumen.

Menterjemahkan dokumen itu mengikut sudut pandangan pengkaji—tafsiran.

Penyambungan idea utama diperolehi drp pembacaan yg luas.

PsikologikalMelihat kpd pemikiran/karakter penulis dipengaruhi persekitaran,fizikal,sosial

dan intelektual.

-proses bagaimana ahli sej mentafsir dokumen. 

-ahli sej boleh mengesan pengaruh pemikiran dan fizikal berdasarkan

kerja penulis terhadap kerja yg dilakukan.

-menjurus kepada idea emosi.

Fakta

Digunakan utk memahami makna sumber dan dokumen dgn

mengaplikasikan satu atau lebih drp 3 metod di atas ,kita boleh menentukan secara terus makna /signifikan data-

data yg terdapat dlm sumber dan dokumen.

Menilai fakta secara individu/berkumpulan utk jelaskan

sebab dan akibat peristiwa 

Menterjemahkan fakta dgn tepat 

Ahli sej yg baik perlu berjaya terjemahkan fakta

---tiada tafsiran tiada sejarah

KONSEPKRITIKAN

SUMBER SEJARAH

Komponen Dua

APA ITU KRITIKANSUMBER SEJARAH?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat,Kritikan membawa maksud analisis, penilaian,dan ulasan terhadap sesuatu karya dll.

Dan ini bertepatan dengan konsep kritikan dalamsumber sejarah itu sendiri yang sememangnyabersifat menganalisis setiap bahan sejarah yangdiperoleh.

Dalam konteks metod sejarah itusendiri,kritikan membawa maksud :

Satu proses yang dilakukan ke atassumber sejarah bagi memastikanketulenan dan keaslian sumber dari segi luaran dan dalaman.

Dalam makna yang lebih ringkas, proses ini adalah untuk

memastikan validity sesuatu sumber itu sendiri.

Untuk itu, pengkaji sejarah telahmenggariskan dua cabang dalam

mengkritik sesuatu sumber :

Kritikan Luaran Kritikan Dalaman

nota kaki : kita tidak akan membincangkan perkaraini secara mendalam,sebaliknya akan dijelaskan

oleh rakan kita minggu hadapan.

Pun begitu,kita akan lihat sepintas lalu apa yangdimaksudkan dengan kritikan dalaman dan

luaran ini:

KRITIKAN LUARANProses menentukan kesahihan sumber dan

kebenaran sumber

Contoh :Jika sumber itu berbentuk primer seperti diari, tulisan tangan dsb,adakah benar ianya ditulis

oleh tokoh sejarah itu sendiri?

Dalam hal ini,suatu peristiwa terkenal mengenai kesahihan sumber adalah mengenai Catatan

Harian Hitler yang telah dipalsukan.

Perkara ini ada diceritakan oleh S.Suntharalingam dalam bukunya,Pengenalan

Kepada Sejarah.

Hasil ujian kesahihan sumber,didapati catatan Hitler adalah palsu berdasarkan 2 asas:

1.tulisan tangan yang berbeza2.benang yang menjahit buku itu hanya mula

diperkenalkan selepas kematian Hitler.

Menurut Dr.Arba’iyah Mohd Nor (Buku History and Histriography,2002) pensyarah

Jab.Sejarah Universiti Malaya :

“sumber yang telah diuji kebenarannya merupakan perkara yang amat penting dalam

sejarah dan berbeza dengan penulisan sastera yang kreatif, dan sekiranya sumber itu

diterima bulat-bulat maka masyarakat tidak akan dapat menerima hakikat sesuatu

peristiwa sejarah yang telah berlaku itu sama ada benar ataupun tidak sebagaimana

berlakunya pada karya Sejarah Melayu.”

KRITIKAN DALAMANsatu proses menentukan ketepatan atau

kerasionalan tentang sesuatu isi kandungan sesuatu sumber sejarah.

RENUNGAN RAMADHANProses mengkritik sumber telah lamadipraktikkan oleh umat Islam dalam ilmu Hadis.Kerana itulah Hadis Sahih itu hanya boleh dianggap sahih sekiranya sanadnya tidak terputus.Malah,perawi hadis juga perlulah menepati spesifikasi yang telah ditetapkan oleh ulama hadis.

SEBAB KRITIKAN SUMBER DIBUAT:

1.Memastikan sumber itu adalah benar.Jika tidak,fakta sejarah yang bakal dikemukakan kelak berkemungkinan besar akan ditolak dan dipertikai.2.Memastikan sejarah itu akan ditafsirsecara objektif.3.Mencari sumber yang relevan dengan skop dan ruang lingkup kajian.

RUJUKAN

NOTA KULIAHENCIK HASIM

SAARIIPG KAMPUS

DARUL AMAN

PENGENALANKEPADASEJARAH

R.SUNTHARALINGAM

Sejarah Sekolah Menengah Atas (SMA) Indonesia

susunan Dosen Dr. Nana Supriatna, Universitas Pendidikan Indonesia

Rujukan Internet :1. http://www.dbp.gov.my

2.http://www.nongsalimandut.blogspot.com3.http://www.books.google.co

m.my

SEKIAN TERIMAKASIH

Disediakan oleh:HAZMAN B AZHAR

KU MOHD AMIRUDDIN