Konsep asas matematik

Post on 14-Apr-2017

873 views 0 download

Transcript of Konsep asas matematik

KONSEP ASAS MATEMATIK

Disampaikan oleh:Muhammad Safar bin Abdurahman

Email: m.safar07@gmail.comNo. Tel: 013-4423750

Pengenalan

• Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada murid prasekolah. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang.

• Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan.

Konsep Asas Matematik

KONSEP ASAS

MATEMATIK

Pranombor

Nombor

Operasi Nombor

Nilai Wang

Konsep Waktu

Bentuk dan Ruang

Pengalaman Pranombor• Kemahiran yang paling awal perlu

diperkenalkan sebelum memperkenalkan murid dengan konsep nombor.

• Melibatkan pengkelasan, turutan/seriasi, perbandingan kuantiti dan konservasi.

Pengelasan

• Meletakkan benda berasaskan ciri yang sama – bentuk, warna, saiz, dll.

• Satu proses penting bagi membentuk konsep nombor.

• Memerlukan kebolehan memerhati benda yang mempunyai kesamaan & perbezaan.

Memilih dan membanding Mengumpul Memilih

semualaMengasingkan

kumpulan

Memilih objek berdasarkan

fungsi, kegunaan

• Mengelaskan objek mengikut satu ciri:– Warna

– Saiz

– Bentuk

• Mengelaskan objek mengikut dua ciri:a. Bentuk dan warna

b. Bentuk dan saiz

c. Warna dan saiz

• Mengelaskan objek mengikut tiga ciri:a. Warna, saiz dan bentuk

• Mengelaskan objek mengikut rasa.• Mengelaskan objek mengikut kesamaan.

Perbandingan

• Proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975).

• Membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif antara dua objek.

• Perbandingan seperti sama banyak, lebih atau kurang.

Seriasi

• Menyusun set objek mengikut arah atau susunan atau gambaran tertentu misalnya menyusun objek daripada yang terkecil kepada yang terbesar.

• Menurut Charlesworth (2004), seriasi melibatkan perbandingan lebih daripada dua objek atau set dan disusun daripada pertama hingga akhir.

• Kebolehan menyusun ini adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan.

• Kebolehan dalam aktiviti seriasi bergantung kepada ‘pemikiran berbalik’ atau penyusunan dua arah seperti ke hadapan dan ke belakang.

• Merangkumi aktiviti menyusun objek mengikut kriteria: a. Kecil ke besar b. Pendek ke panjang c. Rendah ke tinggid. Nipis ke tebal dan sebaliknya

Padanan Satu Dengan Satu• Hubungan perkaitan satu dengan satu antara

objek yang sama atau berbeza.• Menurut Gelman dan Gallistel (1978), kanak-

kanak tidak akan dapat membilang selagi kemahiran padanan satu dengan satu tidak dikuasai.

Proses Padanan

PADANAN

Warna

Saiz

Bentuk

Bilangan

Pasangan

Objek - Nombor

Nombor-Nombor

Konsep Pola

• Pola = urutan warna, objek, bunyi, cerita atau pergerakan yang berulang² dlm susunan yg sama.

• Membantu kanak² meramal berdasarkan ulangan corak/pola – warna, bunyi, alam semulajadi, pergerakan, kedudukan, kuantiti, masa.

Konsep Pengekalan

• Pengekalan bermaksud memahami bahawa perubahan bentuk objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya.

• Satu kuantiti atau jumlah tidak akan berubah walaupun terdapat perubahan dlm bentuk atau pun susunan.

• Terdapat beberapa konsep pengekalan seperti pengekalan nombor, pepejal, isipadu

Konsep Nombor• Suatu idea abstrak mengenai ukuran yang

meliputi ruang lingkup luas dan boleh diaplikasikan dalam pelbagai keadaan.

• Contohnya, nombor empat: empat meter, jam empat, empat ringgit, empat rakaat dsb.

• Kanak-kanak lebih berminat dengan nombor sekiranya nombor itu ada perkaitan dengan dirinya.

• Kanak-kanak di peringkat awal biasanya membilang dalam bentuk hafalan tanpa kefahaman.

• Kebolehan mengira secara hafalan bukan bererti kanak-kanak sudah dapat mengaitkan antara kuantiti dan fungsi.

• Proses mengira sebenar hanya berlaku sekiranya kanak-kanak faham maksud satu mewakili satu benda, dua dengan dua benda dan seterusnya (Fuson, 1988).

Konsep Nombor

•Kedudukan/tertib•Cth: Nombor 1 adalah tempat pertama, nombor 2 adalah tempat kedua Ordinal•Nilai•Cth: 2 adalah lebih besar daripada 1 Kardinal•Nama•Cth: 1 dibaca sebagai satu, 2 dibaca sebagai dua Nominal

ANGKA VS NOMBOR

Angka • simbol• 1, 2, 3 …

Nombor • nama• satu, dua, tiga

Operasi Nombor• Operasi nombor dalam kurikulum awal

Matematik melibatkan operasi tambah dan tolak (KSPK, 2010).

:: Konsep tambah ::– 2 set benda atau angka dicampurkan

:: Konsep tolak :: – Aktiviti membuang atau mengurangkan benda

daripada set

Nilai Wang

• Konsep wang = perkaitan nombor dengan nilai sesuatu nombor.

• Boleh diperkenalkan melalui permainan jual beli dan pengalaman menggunakan wang.

• Konsep turutan nilai - RM 2.00 > RM 1.00• Konsep warna wang - RM 5.00 (hijau), RM 10.00

(merah).• Duit syiling - saiz dan warna membantu kanak-

kanak mengenal konsep wang.

Konsep Waktu

• Masa adalah satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

• Konsep masa berkait rapat dengan turutan atau seriasi.

• Turutan peristiwa seperti akhir, pertama, selepas, sebelum dan di antara menunjukkan idea kedudukan seperti pertama, kedua dan ketiga.

• Masa boleh diukur dengan dua cara, iaitu tempoh masa (peristiwa yang mengambil kira masa ia berlaku) dan waktu ia berlaku (ketika waktu itu berlaku).

Bentuk dan Ruang

Konsep Bentuk• Mengecam bentuk asas geometri seperti;– Segitiga– Bulat– Segi empat tepat– Segi empat sama

Konsep Ruang• Melitupi kebolehan memikirkan hubungan ruang di

antara objek.• Kecerdasan ruang:

1. Kebolehan membentuk imej mental ttg keluasan2. Kebolehan seseorang melihat, menggambarkan atau

membayangkan sesuatu objek & membentuk imej mental

3. Kebolehan menganggap warna, garisan, bentuk, ruang & hubungan dlm elemen tersebut

Kesedaran tentang hubungan ruang

Kedudukan

Bina penghubung

Bina lingkungan

Jarak: jauh, dekat, jauh dari, hampir dengan

Kedudukan

Kedudukan: depan, belakang, atas, bawah, tepi, tengah, luar, dalam

Arah: ke atas, ke bawah, ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan

Bina penghubung

Guna blok mendatar utk menghubungkan/isi ruang antara 2 blok menegak.

Kanak² akan buat cuba jaya utk dptkan saiz yg sesuai.

Merapatkan 2 blok yg menegak kpd blok yg mendatar.

Bina lingkungan

Tanggapan terhadap jarak sesuatu objek samada jauh atau dekat dgn objek lain.

Buat anggaran keluasan lingkungan.

Membina satu lingkungan yg lengkap.

Menyatakan sebab saiz lingkungan itu dibina.

Sekian, Terima Kasih