Kepentingan Sejarah & Perkaitan Hala Tuju Negara

Post on 03-Dec-2014

3.671 views 9 download

description

Nota Pembentangan Tutorial Sejarah : Kepentingan Sejarah & Perkaitan Dengan Hala Tuju Negara oleh guru pelatih PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 di IPG KaDRI

Transcript of Kepentingan Sejarah & Perkaitan Hala Tuju Negara

KEPENTINGAN SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA DAN

PERKAITANNYA DENGAN WAWASAN,HALA TUJU

PERUBAHAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA

AHMAD AMSYAR BIN ABDULLAHPISMP KAJIAN SOSIAL SEM 2

KEPENTINGAN SEJARAH DALAM

PEMBINAAN NEGARA BANGSA

SEJARAH PENCETUS

SEMANGAT PATRIOTISME

PEMBINAAN NEGARA BANGSA

ASAS PERPADUAN

PENBENTUKAN JATI DIRI

SEJARAH PENCETUS SEMANGAT PATRIOTISME

• Sejarah ibarat guru yang membantu untuk memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa lalu.

• rakyat dapat mempelajari sejarah negara, perjuangan dan susah payah membangunkannya.

• Sejarah dapat menceritakan semula tentang asal usul bangsa malaysia kini.

PEMBENTUKAN JATI DIRI

• Mengingati masa lalu penting dalam membentuk keperibadian sesuatu kumpulan, puak atau masyarakat.(Wang Gung Wu)

• Jati diri yang kuat akan menghasilkan warga yang lebih prihatin dan bertanggungjawab kepada negara. (Sartono Kartodirdjo)

• Penghayatan Rukun Negara dan Perlembagaan dapat mengembalikan jati diri anak malaysia yang sejati.

ASAS PERPADUAN

• Penekanan pendidikan sejarah tertumpu terhadap kesedaran sejarah, toleransi dan kepekaan masyarakat untuk berkongsi tanggungjawab terhadap masa depan negara.

• Menghayati Perlembagaan Persekutuan mampu menyedarkan tentang kepentingan tolak ansur dan toleransi

• Memberi iktibar agar peristiwa rusuhan kaum tidak terjadi lagi.

PEMBINAAN NEGARA BANGSA

• Sejarah memberi banyak pengajaran yang berkait rapat dengan jatuh bangun sesuatu bangsa dan negara.

• Dengan mengetahui sejarah negara sendiri. Kita boleh merancang masa depan negara kita dengan baik dan berkesan.(Tun Dr. Mahathir)

• Pembinaan negara bangsa hari ini ada hanya boleh dicapai melalui penelitian pembentukan masyarakat malaysia sejak dahulu lagi.

• Sejarah mampu menjadi medium integrasi kaum untuk membentukan negara bangsa malaysia yang berdaulat.

PERKAITAN SEJARAH DENGAN WAWASAN,

HALA TUJU PERUBAHAN DAN PEMBANGUNAN

NEGARA

PENDEFINISIAN

WAWASAN

• SATU WAWASAN (VISION) STRATEGIK JANGKA PANJANG SEBAGAI PANDUAN ARAH DASAR YANG LUAS MELIPUTI PELBAGAI ASPEK BERKAITAN PEMBANGUNAN NEGARA DALAM HUBUNGAN DENGAN PERKEMBANGAN EKONOMI DUNIA KESELURUHANNYA

HALA TUJU PERUBAHAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA

• Hala tuju perubahan sesebuah negara merujuk kepada agenda, matlamat, dan objektif yang digunakan sebagai panduan untuk memandu sesebuah negara ke arah sesuatu perubahan.

• Pembangunan (development) adalah proses perubahan yang mencakup seluruh system sosial, seperti politik, ekonomi, infrastruktur, pertahanan, pendidikan dan teknologi, kelembagaan, dan budaya (Alexander 1994).

SEJARAH SEBAGAI PENCETUS IDEA

• Usaha menentukan matlamat dan hala tuju negara telah dimulakan dengan giat selepas peristiwa 13 Mei setelah mengambil kira rusuhan yang terjadi.– Sebelum tahun 1969, amalan ekonomi bebas

diberi keutamaan dan ia telah membawa kepada ketidakseimbangan sosioekonomi di antara kaum

• Pasaran ekonomi bebas tidak boleh dibiarkan mencari haluan sendiri. Sebaliknya, campur tangan kerajaan amat penting dalam dasar pembangunan negara.

• Dalam konteks inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (1971-1990).

• Semangat dan falsafah DEB kemudiannya dilanjutkan Dasar Wawasan Negara sehinggalah kepada Wawasan 2020.

SEJARAH SEBAGAI EJEN REFORMASI

• Pendidikan sejarah memberi iktibar dan teladan daripada kegagalan yang lepas.

• Bertujuan sebagai penambahbaikan untuk sesebuah negara.

• contohnya : – ekonomi kolonialisme dan feudal kepada ekonomi

moden.

SEJARAH SEBAGAI SATU

KESINAMBUNGAN

• Wawasan 2020 merupakan satu usaha yang berkesinambungan dengan dasar-dasar sebelumnya.

• Hala tujunya bersifat lebih jelas dan terarah.• Dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun

1991 dan bakal memakan masa 30 tahun.• Bermatlamat melahirkan negara maju dengan

caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang.

Transformasi

Dijajah dan diperintah negara asing

Mencontohi negara Barat

Mencontohi Timur (Dasar Pandang Ke Timur)

Negara acuan sendiri (wawasan 2020)

RUJUKAN

Mohamad Rodzi Abd Razak. (2009). Pembinaan Negara Bangsa. Abd. Rahim Abd. Rashid. (2010). Pendidikan Dalam Konteks Sejarah

Pembinaan Semula Bangsa Malaysia. Universiti Malaya.Lim Hin Fui. (2001). Dasar Wawasan Negara Asas Perpaduan. Utusan

Malaysia Sdn.Bhd.Perspektif Wawasan 2020.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=255:perspektif-wawasan-2020&catid=88:dasar-dasar-negara

Kepentingan Sejarah Perkembangan Negara Dalam Pembinaan Negara. http://kakayapgsr-amal.blogspot.com/2010/06/kepentingan-sejarah-perkembangan-negara.html

SEKIANTERIMA KASIH