Kehebatan cinta 1 januari

Post on 12-Jun-2015

438 views 4 download

Transcript of Kehebatan cinta 1 januari

KEHEBATAN CINTA 1 JANUARI

Bu, adik Cuma ingin bertanya… Rasanya ibu tak akan mampu

menjawabnya... Ibu ingat tak MALAM AMBANG 1 JAN

Malam tu ibu ada temu janjiIbu jumpa jejaka itu

Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?

Dia puji dan puja ibuDia rayu dan belai ibu

Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?

Ibu terkhayal dengan pujukannyaIbu terbuai dalam bicaranyaIbu terlena oleh bisikannya

Benarkah bu?

Ibu tak kisah dia peluk ibuIbu izin dia sentuh jasad ibu

Ibu puas dapat buktikan setia ibuMacam dia kata.. mahu bukti cinta

dari ibuTapi benarkah bu?

Masa berlalu,Hari ini lepas 9 bulan...

Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasilHari ini buah cinta kalian telah

terzahirHari ini bukti kasih jejaka itu pada

ibu telah lahir...tapi benarkah bu?

Kenapa dia tidak sama menyambut kami?

Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?

Mengapa ibu pun benci kami?Sedangkan inilah semaian tanda cinta

kalian?

Mengapa ibu?

Tak terasakah sakit dan perittak berbakikah kasih dan sayang

danTidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?Benarkah begitu?